the effect on the victim, whether physical or mental, is of special seriousness. Where any one or more of these aggravating features are present, the sentence should be substantially higher than the figure suggested as the starting point.” [Penekanan ditegaskan] [49] Menurut fakta dalam kes ini, kejadian rogol telah dilakukan oleh Perayu berulang kali terhadap mangsa dan Perayu juga telah merancang bila dan bagaimana untuk mengambil kesempatan untuk merogol anak kandungnya yang adalah seorang kanak-kanak di dalam rumah dan bilik mangsa. [50] Maka Mahkamah berpandangan bahawa satu hukuman untuk tempoh pemenjaraan yang lama akan menjadi pengajaran kepada Perayu dan bakal-bakal pesalah agar tidak melakukan kesalahan rogol atau kesalahan jenayah seksual yang lain. [51] Saya juga berpendapat yang hujahan peguam Perayu bahawa tempoh hukuman penjara 30 tahun dijatuhkan ke atas Perayu akan terjumlah kepada umur purata seorang lelaki di Malaysia kerana Perayu berusia 42 tahun sewaktu hukuman dijatuhkan ke atasnya tidak bermerit. October 10, 2024 20 [52] Ini adalah kerana hukuman penjara 30 tahun untuk setiap satu kesalahan rogol bagi 7 pertuduhan tersebut telah diperintahkan oleh HMS YB untuk berjalan serentak serta Perayu juga akan memperolehi 1/3 pengremitan hukuman di bawah Seksyen 44 Akta Penjara 2000 dibaca bersama Peraturan 43 Peraturan Peraturan Penjara 2000 tertakluk kepada perlakuan baik Perayu. [53] Ini bermakna Perayu akan hanya menjalani hukuman penjara selama 20 tahun bagi kesalahan rogol untuk kesemua tujuh (7) pertuduhan tersebut. Maka otoriti Tuan Mat Tuan Lonik (supra) yang peguam Perayu bergantung boleh dibezakan kerana dalam kes tersebut, tertuduh yang berumur 48 tahun telah dijatuhkan hukuman penjara 75 tahun yang akan menjadikan umur beliau mencapai 123 tahun selepas beliau selesai menjalani hukuman penjara. [54] Oleh yang demikian saya berpendapat bahawa faktor seseorang tertuduh akan menjangkau umur purata seorang lelaki di Malaysia jika satu hukuman penjara untuk tempoh lama diberikan tidak boleh dijadikan satu justifikasi untuk tidak mengenakan hukuman penjara untuk satu tempoh yang lama kerana ini bermakna pesalah yang berusia tua akan lebih manfaat jika dibandingkan dengan seorang pesalah muda. Apa yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan dalam kes Tuan Mat Tuan Lonik (supra) harus dibaca dalam konteks yang betul dan setiap kes untuk jatuh hukum akan berbeza mengikut fakta kes tersebut. [55] Selanjutnya saya juga berpendapat bahawa kes Tuan Mat Tuan Lonik (supra) sebenarnya tidak memihak kepada Perayu sekiranya diteliti dengan terperinci. Mahkamah Rayuan dalam membenarkan October 10, 2024 21 rayuan tertuduh dalam kes tersebut, menjatuhkan hukuman penjara secara keseluruhannya selama tempoh 30 tahun dan Mahkamah juga telah mengambil kira bahawa selepas remitan untuk perlakuan baik, tertuduh dalam kes tersebut akan bebas lebih kurang sewaktu berumur 70 tahun yang adalah jangka hayat seorang lelaki di Malaysia. [56] Selain daripada itu, Mahkamah Rayuan juga dalam kes tersebut, menjawab persoalan mengapa hukuman penjara untuk tempoh lama 30 tahun iaitu satu “crushing sentence” dijatuhkan dengan memberikan justifikasi dan rasional seperti berikut: - “[13] When this panel imposed the above sentences, we had to consider several factors but due to the factual matrix of the case, the factor of public interest was uppermost in our mind. Public interest varies with place, time and circumstances of each case including the age of the offender and the prevalence of the offence. A certain type of sentence may not satisfy public interest at another place (New Tuck Shen v. Public Prosecutor [1982] 1 MLJ 27). The sentence must be deterrent enough, in that the prisoner will realize crime does not pay, with the punishment being debilitating to his freedom. Not only will would-be offenders be deterred from trying but so will it deter repeat offenders (Rex v. Kenneth John Ball [1951] 35 Cr. App. R 164). [14] The concept of retribution akin to ‘tooth for a tooth’, normally takes front stage if the offence is considered an offence against a member of the public, especially here when a stepdaughter has been raped repeatedly since of tender age. Due to the special relationship here between the victim and the appellant, let alone the rape incidents were repeatedly carried out until an illegitimate child was born, the demand to satisfy society’s October 10, 2024 22 needs to avenge the wrongful act of the appellant must take centre stage. [16] Likewise it was also timely that we show our abhorrence of incestuous rape and impose the appropriate sentence in the circumstances of the case. Despite the above supplied facts and prognosis, this panel did not go overboard by ignoring the law or even rationality, and impose impossible sentences. We had occasion to remark in open court that judges should not be blinded by emotion and react emotionally as the law is not as evil as the appellant. In the circumstances of the case, anything less than 30 years in jail would not suffice to qualify as retributive, hence that span of time ordered against the appellant. [18] In Tan Bok Yeng v. PP [1972] 1 MLJ 214, Sharma J had occasion to state: It is not merely the correction of the offender which is the prime object of punishment. The considerations of public interest have also to be borne in mind. In certain types of offences a sentence has got to be deterrent so that others who are like-minded may be restrained from becoming a menace to society (emphasis added) [19] In the circumstances of the case, a lenient sentence, or reformative sentences may not be suitable. [20] ……………………………. It is widely known that incest statistically appears to be on the rise, with the victim getting younger by the day, as reported daily by the local media. And no amount of consensual defence will be accepted, be it on ground of religion, morality, or law. With the facts as they were, let alone public interest demands a retributive and deterrent sentence, discounts are not appropriate here (PP v. Govindnan a/l Chinden Nair [1998] 2 CLJ 370; PP v. Dato’ Nallakaruppan Solaimalai [1999] 2 CLJ 596). October 10, 2024 23 [21] The appellant is the authority in the household, and every member of the family would inevitably look up to him, not only for guidance, but also protection. Unfortunately the trust was betrayed when he took advantage of his power of strength by regularly forcing himself on the victim……………………” [Penekanan ditegaskan] [57] Dalam kes Davies Jonis v Public Prosecutor [2015] 1 LNS 1411 pula, berkenaan perbuatan seorang ayah kandung yang merogol anak kandung yang masih kanak-kanak berulang kali, Mahkamah Tinggi telah putuskan seperti berikut: - “The heinous repeated act of the accused to his minor biological child does not call nor justify for any consideration to reduce the sentence that have been passed by the learned Session Court judge.” [58] Selanjutnya Mahkamah mengambil maklum mengenai peningkatan dalam bilangan kes-kes jenayah seksual serta yang melibatkan kanak-kanak sebagai mangsa oleh ahli keluarga terdekat. Sila rujuk kepada kes Ali Deraman v Pendakwa Raya [2016] 1 LNS 1603. [59] Mahkamah juga mengambil “judicial notice” bahawa kes-kes jenayah seksual yang melibatkan kanak-kanak sebagai mangsa semakin kerap dan meningkat di Wilayah Johor Utara. [60] Akhir sekali Mahkamah mengambil kira tuntutan masyarat untuk menghukum pesalah seperti Perayu yang adalah ayah kandung kepada mangsa dan akibat kejadian rogol tersebut, mangsa mengandung dan telah melahirkan anak luar nikah. October 10, 2024 24 [61] Manakala kesalahan di bawah Seksyen 14(a) AKSTK 2017 adalah satu kesalahan berasingan (“distinct offence”) kerana menurut fakta kes, Perayu telah menyelak pakaian mangsa dan memasukkan jari ke dalam kemaluan mangsa dalam tahun 2020. Kesalahan ini adalah berasingan dengan kesalahan rogol yang berlaku pada tarikh-tarikh berlainan. [62] Dalam kes Yit Kean Hong v PP [2005] 4 CLJ 592, Mahkamah Rayuan telah memutuskan bahawa: - “With regard to sentences of imprisonment, the law provides that every sentence of imprisonment shall take effect from the date on which it was passed unless the court passing the sentence otherwise directs (s. 282(d) of the Criminal Procedure Code). In deciding whether the sentences of imprisonment should run concurrently or consecutively, first and foremost, the court must look at the facts and circumstances of each case and the background of the accused. Generally, where two or more distinct offences have been committed, all sentences of imprisonment ought to be made consecutive. On the other hand, where the offences are committed in the course of a single transaction i.e. where the second offence is subsidiary to the first offence, the sentences of imprisonment ought to be made concurrent.” [63] Oleh yang demikian, hukuman penjara bagi kesalahan di bawah Seksyen 14(a) dibaca bersama Seksyen 16(1) AKKSTK 2017 perlu berjalan berasingan dengan kesalahan di bawah Seksyen 376 (3) KK. [64] Walau bagaimanapun, Perayu akan memperolehi 1/3 pengremitan hukuman ke atas hukuman penjara 5 tahun bagi kesalahan di October 10, 2024 25 bawah Seksyen 14(a) AKSTK 2017 dan hukuman tambahan penjara 3 tahun di bawah Seksyen 16(1) (a) AKSTK 2017. KEPUTUSAN [65] Oleh yang demikian, Mahkamah mendapati HMS YB tidak terkhilaf dalam pemakaian prinsip-prinsip jatuh hukum dengan menjatuhkan hukuman penjara untuk satu tempoh yang lama. [66] HMS YB juga tidak terkhilaf apabila memerintahkan bahawa hukuman penjara bagi kesalahan di bawah Seksyen 14(a) AKKSTK 2017 dibaca bersama Seksyen 16(1) AKKSTK 2017 berjalan berasingan selepas habis hukuman penjara bagi Seksyen 376(3) KK. [67] Namun Mahkamah ini mengambil kira bahawa Perayu telah mengaku salah pada tahap yang awal lagi dan ini telah menjimatkan masa Mahkamah serta perbelanjaan. Tambahan lagi mangsa juga tidak perlu melalui trauma dan aib sewaktu memberi keterangan dalam perbicaraan terhadap ayah kandungnya. [68] Maka Mahkamah hanya membenarkan Rayuan Tertuduh setakat hukuman penjara bagi kesemua tujuh (7) pertuduhan di bawah Seksyen 376(3) KK dikurangkan daripada tempoh 30 tahun ke 27 tahun sahaja. [69] Manakala hukuman penjara 5 tahun bagi pertuduhan untuk kesalahan di bawah Seksyen 14(a) AKKSTK 2017 dan hukuman penjara tambahan 3 tahun di bawah Seksyen 16(1) AKKSTK 2017 yang dijatuhkan oleh HMS YB dikekalkan. October 10, 2024 26 [70] Perintah HMS YB bahawa hukuman penjara bagi kesemua pertuduhan di bawah Seksyen 376(3) KK berjalan serentak dan hukuman penjara untuk kesalahan di bawah Seksyen 14(a) dibaca bersama Seksyen 16(1) AKKSTK 2017 berjalan berasingan selepas habis hukuman penjara bagi Seksyen 376(3) KK juga dikekalkan. [71] Jumlah sabitan yang dikenakan oleh HMS YB bagi kesemua pertuduhan juga dikekalkan. [72] Tetapi Mahkamah ini melaksanakan kuasa-kuasa semakan kehakiman menurut Seksyen 31 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 berkenaan jumlah hukuman sebat yang harus dikenakan ke atas Perayu akibat kekeliruan yang timbul dalam alasan penghakiman HMS YB dibandingkan dengan Perintah Mahkamah Sesyen. [73] Walaupun jumlah sebatan yang diberikan kepada Perayu oleh HMS YB bagi kesemua lapan (8) pertuduhan dan setiap Perintah Mahkamah Sesyen dalam setiap kes memperuntukkan bahawa hukuman sebat yang dilaksanakan adalah sebanyak 24 kali sebatan menurut Seksyen 288(1) Kanun Prosedur Jenayah, namun demi untuk mengelak sebarang kekeliruan dalam pembacaan dan pentafsiran Perintah tersebut, Mahkamah memerintahkan bahawa daripada jumlah 75 sebatan tersebut, Perayu akan hanya menjalani sebatan sebanyak 24 kali sahaja sebagaimana menurut Seksyen 288(1) KTJ. October 10, 2024 27 Bertarikh pada 10 Oktober 2024 di Muar dalam Negeri Johor Darul Takzim. t.t. SURIA KUMAR DJ PAUL Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Malaya Muar Johor Darul Ta’zim Kaunsel: - Bagi pihak Tertuduh : Syaffie bin Naim Bagi pihak Responden : Danial bin Munir Peguamcara: - Bagi pihak Tertuduh Tetuan M N Halim Syaffie & Associates Peguambela Dan Peguamcara No. 13, Bangunan KAAK BP Berhad No. 1, Jalan Pegawai 83000 Batu Pahat Johor [No. Ruj: YBGK/T/JB-M/1329/22/HIDAYAT] October 10, 2024 28 Bagi pihak Responden Timbalan Pendakwa Raya Pejabat Timbalan Pendakwa Raya Mezzanine Floor Muar Trade Centre No. 16, Jalan Petri 84000 Muar Johor [No. Ruj: ] Tarikh Pendengaran : 22 September 2024 Tarikh Keputusan : 10 Oktober 2024