Content
1 DI DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI KUALA TERENGGANU DALAM NEGERI TERENGGANU NO. KES: TA-83D-1190-09/2024 ANTARA PENDAKWA RAYA LAWAN MUHAMMAD NAZRAN BIN LUTFI ALASAN PENGHAKIMAN
TA-83D-1190-09/2024
Magistrates Court of Malaysia23 Oct 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“the material time workers at Klinik Arinaga and were present during the robbery incident on 21 April 2003. [7] Vasudevan was injured during the robbery incident and his statement under s 112 of the Criminal Procedure Code was recorded by the police while he was still in the hospital on 9 June 2003. Vellaichamy's statem”
“uently a further statement was recorded on 10 October 2005. [8] In the course of the trial, the prosecution attempted to tender the statements recorded from the two witnesses under s 32(1)(i) of the Evidence Act 1950 on the ground that the witnesses could not be found. [9] In rejecting the prosecution's application to”
“(iv) after defence is called, the accused elects to give evidence, then go through the steps set out in Mat v. Public Prosecutor [1963] 1 LNS 82; [1963] MLJ 263".”
“63. Seterusnya, di dalam kes Mohamad b Abdul Rahman v Public Prosecutor [2013] MLJU 1592 Mahkamah Rayuan telah memutuskan bahawa: “[25] We find that in the instant appeal the prosecution had failed to discharge that duty. We are reminded of the Federal Court’s decision in Ti Chuee Hiang”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DI DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI KUALA TERENGGANU DALAM NEGERI TERENGGANU NO. KES: TA-83D-1190-09/2024 ANTARA PENDAKWA RAYA LAWAN MUHAMMAD NAZRAN BIN LUTFI ALASAN PENGHAKIMAN
1
Pertuduhan terhadap Tertuduh adalah sebagaimana berikut: “Bahawa kamu pada 21/06/2024 jam lebih kurang 5.30 petang di hadapan sebuah rumah beralamat Jln Batu Rakit, Wakaf Tengah, di dalam Daerah Kuala Terengganu, di dalam Negeri Terengganu, dapati telah ada dalam kawalan kamu dadah berbahaya jenis Methamphetamine seberat 8.62 gram (Berat Bersih). Oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(1) Akta yang sama. Hukuman: Penjara tidak kurang 2 tahun tetapi tidak lebih 5 tahun dan diwajibkan sebatan rotan antara 3 hingga 9 kali.
2
Pertuduhan telah dibacakan terhadap Tertuduh dan Tertuduh telah mohon untuk dibicarakan. Tertuduh adalah diwakili peguam sepanjang perbicaraan dijalankan. S/N Jqg8JyzeXU6mWfqMVi8u2w
3
Pihak Pendakwaan telah mengemukakan seramai 5 orang saksi sebagaimana berikut: i) SP1 - Lans Koperal Mohd Makran Bin Hisabuddin (Penjaga Stor) ii) SP2 - Inspektor Celestine Shataz Anak Umpang (Pegawai Tangkapan dan Serbuan) iii) SP3 - Koperal Muhammad Hafizuddin bin Sabri (Anggota Tangkapan) iv) SP4 - Puan Norhaya Binti Jaafar (Ahli Kimia) v) SP5 - Inspektor Aizuddin bin Wahab (Pegawai Penyiasat)
4
Pada 21.6.2024 jam lebih kurang 5.30 petang, Inspektor Celestine Shataz (SP2) telah mengetuai sepasukan anggota operasi berkait penugasan OPS TAPIS. Serbuan telah disertai seramai 1 pegawai iaitu SP2 sendiri bersama 10 anggota termasuk Koperal Muhammad Hafizuddin bin Sabri (SP3). Sewaktu dalam penugasan, SP2 dan anggota serbuan telah menahan seorang lelaki yang sedang duduk di atas sebuah motosikal jenis Yamaha 125Z warna merah nombor pendaftaran TBT 8327 (Eksibit P24) di hadapan sebuah rumah beralamat Lot 10095-A, Jalan Batu Rakit, Wakaf Tengah, 21030, Kuala Terengganu, Terengganu.
5
Semasa tiba di tempat kejadian, pemerhatian telah dibuat oleh SP2 dengan menggunakan kenderaan persendirian yang turut dinaiki oleh SP3, Koperal Suhaimi dan Koperal Garreld. Sementara itu, anggota-S/N Jqg8JyzeXU6mWfqMVi8u2w anggota lain yang tidak terlibat dalam pemerhatian tersebut telah diarahkan oleh SP2 untuk bersiap sedia serta berkawal di luar kawasan tempat kejadian. Semasa pemerhatian, SP2 telah melihat 1 lelaki Melayu sedang duduk di atas sebuah motosikal jenis Yamaha 125Z warna merah nombor pendaftaran TBT 8327 (Eksibit P24) dalam keadaan mencurigakan. Setelah pemerhatian dilakukan lebih kurang 5 minit, SP2 telah mengarahkan 3 anggota, terdiri daripada SP3, Koperal Suhaimi dan Konstabel Haziq untuk bersama-sama SP2 menghampiri Tertuduh. Anggota serbuan yang lain telah diarahkan oleh SP2 untuk membuat kawalan di kawasan sekeliling tempat kejadian.
6
Setelah SP2, SP3, Koperal Suhaimi dan Konstabel Haziq menghampiri Tertuduh, SP2 telah memperkenalkan diri sebagai Pegawai Kanan Polis. Tertuduh yang pada ketika itu sedang duduk di atas P24 kelihatan panik, gelisah, cuba bertindak agresif dan cuba melawan semasa tangkapan dilakukan. SP2 menyatakan bahawa kekerasan pada tahap minima digunakan untuk menjayakan tangkapan terhadap Tertuduh.
7
Setelah keadaan terkawal dan Tertuduh berjaya ditahan, SP2 telah membuat pemeriksaan fizikal terhadap Tertuduh dan tidak menjumpai apa-apa barang salah. Seterusnya, SP2 telah membuat pemeriksaan terhadap P24. SP2 telah menjumpai di dalam raga P24 tersebut, satu balutan kain tuala berwarna biru (Eksibit P2). SP2 telah membuat pemeriksaan terhadap P2 tersebut di hadapan Tertuduh dan hasil daripada pemeriksaan tersebut SP2 mendapati di dalamnya terdapat 1 S/N Jqg8JyzeXU6mWfqMVi8u2w bungkusan plastik berwarna hitam (Eksibit P3) yang di dalamnya mengandungi: i) 4 paket plastik warna biru (Eksibit P15) di mana setiap satu paket berisi biji-biji pil disyaki dadah jenis pil yaba. ; dan ii) 1 paket plastik warna merah jambu bertanda A (Eksibit P16) berikat gelang getah (Eksibit P4) berisi biji-biji pil disyaki dadah jenis pil yaba.
8
SP2 telah merampas kesemua barang kes tersebut. Barang kes yang dirampas telah dimasukkan ke dalam beg silang milik SP2 sendiri. Sepanjang perjalanan ke IPD Kuala Terengganu, barang kes hanya dikawal oleh SP2 sahaja. Setelah tiba di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJND) IPD Kuala Terengganu, SP2 bersama anggota serbuan telah membawa Tertuduh dan barang-barang rampasan untuk pengiraan dan penandaan. SP2 telah menurunkan tandatangan dan membuat tandaan tarikh 21.6.2024 pada barang-barang kes yang dirampas. Proses pengiraan dan penandaan dilakukan dihadapan anggota-anggota serbuan termasuk SP3 dan Tertuduh sendiri. SP2 kemudiannya telah menyediakan dokumentasi Borang Bongkar (Eksibit P11), yang telah ditandatangan oleh SP2 dan Tertuduh.
9
Pada jam 1.46 pagi, SP2 telah menyediakan repot polis Batu Rakit/1041/24 (Eksibit P10). P10 mengandungi butiran-butiran mengenai tangkapan dan rampasan barang kes yang dibuat berkaitan dengan Tertuduh. SP2 juga turut menyediakan Borang Serah Terima Barang S/N Jqg8JyzeXU6mWfqMVi8u2w Kes (Eksibit P12) yang turut ditandatangan oleh SP2 dan Pegawai Penyiasat (SP5). SP2 telah menyerahkan barang-barang rampasan tersebut kepada SP5 pada 22.6.2024 jam lebih kurang pukul 3.00 pagi. SP5 kemudiannya membuat tandaan beliau sendiri iaitu tandaan “AW” beserta tandatangan dan tarikh pada semua barang kes tersebut. SP5 kemudiannya menyimpan kesemua barang kes dadah di dalam almari besi berkunci di dalam pejabatnya.
10
SP5 mengeluarkan barang kes daripada almari besi berkunci tersebut bagi tujuan untuk mengambil gambar barang kes (Eksibit P14 A-F) menggunakan telefon bimbit jenis Motorola Edge 30 Pro milik SP5 sendiri. Selepas itu, SP5 menyediakan satu beg barang kes PDRM dengan nombor siri 134854 dengan penandaan “AW” dan bermeterai (Eksibit P8). SP5 telah memasukkan barang kes iaitu P15A-D, P16, P17 dan P18 yang mengandungi biji-biji pil merah dan biji-biji pil hijau bagi setiap paket P15 dan P16 tersebut. Akhir sekali, SP5 turut materai beg barang kes tersebut. Seterusnya, SP5 telah menyimpan semula semua barang kes ke dalam kabinet besi berkunci di dalam bilik beliau. SP5 telah pergi ke tempat kejadian, melakar rajah kasar dan kunci rajah kasar tempat kejadian (Eksibit P27). SP5 turut mengambil 4 keping gambar tempat kejadian (Eksibit P13A-D).
11
Pada 25.6.2024 jam lebih kurang pukul 10.57 pagi, SP5 telah menghantar barang kes ke Jabatan Kimia Malaysia Terengganu untuk dianalisa. SP4 telah memeriksa beg barang kes PDRM “AW” yang telah diserahkan kepadanya dan mendapati di dalamnya empat paket plastik S/N Jqg8JyzeXU6mWfqMVi8u2w berwarna biru dan satu paket plastik berwarna merah jambu, setiap satu berisi pil-pil berwarna merah dan hijau. SP4 telah membuat analisis terhadap barang-barang kes tersebut.
12
Setelah dianalisis SP4 mendapati berat bersih pil-pil berwarna merah tersebut ialah sejumlah 55.29 gram yang mengandungi 8.62 gram methamphetamine, manakala berat bersih pil-pil berwarna hijau tersebut ialah sejumlah 0.80 gram yang tidak mengandungi sebarang dadah berbahaya. SP4 turut mengeluarkan laporan kimia bernombor makmal 24-FR-T-02428 (Eksibit P19) bertarikh 17.7.2024. Barang-barang kes tersebut telah disimpan oleh SP4 di dalam kabinet berkunci milik beliau yang terletak di dalam bilik kebal. Kunci kabinet berkenaan hanya dipegang oleh SP4. Sepanjang tempoh analisis dijalankan, eksibit tersebut berada di bawah kawalan dan pengawasan SP4 sahaja.
13
Pada 18.7.2024, SP4 telah menyerahkan kembali eksibit dengan berseal dan label-label keselamatan Jabatan Kimia Malaysia pada beg barang kes PDRM (Eksibit P8) berserta dengan laporan berkait (Eksibit P19) kepada SP5.
14
Pada 3.9.2024, Tertuduh telah dituduh di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu atas pertuduhan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(1) Akta yang sama. S/N Jqg8JyzeXU6mWfqMVi8u2w
15
Undang-undang adalah jelas iaitu di bawah Seksyen 180 Kanun Tatacara Jenayah, Mahkamah hendaklah mempertimbangkan sama ada pihak Pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes prima facie terhadap Tertuduh sebelum Tertuduh dipanggil untuk membela diri.
16
Maksud kes 'prima facie' ini telah dijelaskan oleh beberapa kes Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan seperti kes Balachandran v. PP [2005] 1 CLJ 85 dan Looi Kow Chai & Anor v. PP [2003] 1 CLJ 734.
17
Berhubung pembuktian kes ‘prima facie’ dan perkara yang perlu di pertimbangkan ini juga digariskan dengan jelas dalam kes Mahkamah Persekutuan, PP v. Mohd. Radzi bin Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457; [2005] 6 MLJ 393, di perenggan 8 seperti berikut: 'For the guidance of the courts below, we summaries as follows the steps that should be taken by a trial courts at the close of the prosecution's case:
i
the close of the prosecution's case, subject the evidence led by the prosecution in its totality to a maximum evaluation. Carefully scrutinize the credibility of each of the prosecution's witnesses. Take into account all reasonable inference that may be drawn from that evidence. If the evidence admits of two or more inferences, then draw the inference that is most favourable to the accused;
II
(ii) ask yourself the question: If I now call upon the accused to make his defence and he elects to remain silent am I prepared to S/N Jqg8JyzeXU6mWfqMVi8u2w convict him on the evidence now before me? If the answer to that question is 'Yes, then a prima facie case has been made out and the defence should be called. If the answer is 'No' then, prima facie case has not been made out and the accused should be acquitted;
III
(iii) after the defence is called, the accused elects to remain silent, then convict;
IV
(iv) after defence is called, the accused elects to give evidence, then go through the steps set out in Mat v. Public Prosecutor [1963] 1 LNS 82; [1963] MLJ 263".
18
Berdasarkan nas undang-undang yang dihuraikan dan yang sedia ada, di akhir kes Pendakwaan, penilaian maksima hendaklah dilaksanakan terhadap keterangan yang dikemukakan oleh pihak Pendakwaan. Penilaian maksima ini memerlukan Mahkamah menilai keterangan Pendakwaan dari setiap sudut termasuk kredibiliti dan kebolehpercayaan saksi-saksi Pendakwaan. Akhirnya jika berdasarkan keseluruhan keterangan di akhir kes pendakwaan ini Mahkamah bersedia untuk mensabitkan Tertuduh dengan kesalahan yang dipertuduhkan jika Tertuduh berdiam diri apabila dipanggil untuk membela diri, maka suatu kes 'prima facie ' adalah terbukti. Sebaliknya jika tidak, tiada kes 'prima facie' yang dibuktikan oleh pihak Pendakwaan.
19
Dalam kes ini, pihak Pendakwaan perlu membuktikan elemen-elemen pertuduhan sebagaimana berikut: S/N Jqg8JyzeXU6mWfqMVi8u2w i) Dadah tersebut adalah Methamphetamine seberat 8.62 gram, yang tersenarai di bawah Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952; ii) Dadah berada di dalam possession Tertuduh (milikan, jagaan atau kawalan dan pengetahuan); dan iii) Rantaian keterangan barang kes adalah tidak terputus.
20
Di dalam kes ini, Mahkamah telah melepaskan dan membebaskan Tertuduh di akhir kes Pendakwaan tanpa Tertuduh dipanggil untuk membela diri. Alasan Mahkamah dalam memutuskan sedemikian adalah sebagaimana di perenggan berikut. PERBEZAAN BERAT BARANG KES YANG DITIMBANG OLEH SP2 DAN
21
Pihak Pembelaan telah berhujah berkenaan dengan perbezaan berat dadah di mana berdasarkan laporan polis Batu Rakit 1041/24 (Eksibit P10), anggaran berat kasar barang kes yang dirampas oleh SP2 adalah sebanyak 113.2 gram. Namun di dalam laporan kimia (Eksibit P19) ianya menunjukkan berat bersih sebenar hanyalah 56.09 gram. Berat yang ditimbang kemudiannya adalah jauh lebih rendah daripada berat awal. Pembelaan selanjutnya menghujahkan bahawa: S/N Jqg8JyzeXU6mWfqMVi8u2w i) Tiada keterangan kukuh daripada saksi-saksi Pendakwaan yang dapat menjelaskan perbezaan besar dalam timbangan tersebut. ii) Tiada penjelasan diberikan oleh SP2 dan SP3 berkenaan dengan kawalan ke atas barang kes dari pukul 5.30 petang sehingga barang kes diserahkan kepada SP5 pada pukul 3.00 pagi.
22
Berkenaan dengan perbezaan berat barang kes tersebut, Mahkamah telah meneliti keterangan SP2 dan Mahkamah ini mendapati seperti berikut : i) SP2 menyatakan bahawa “saya buka dan timbang barang kes menggunakan alat timbangan alat tidak dikaliberasi Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman saya timbang semua barang kes dengan disaksikan anggota saya dan Tertuduh“. ii) Semasa pemeriksaan semula oleh Timbalan Pendakwaraya, SP2 tidak dapat menjelaskan berkenaan perbezaan tersebut. Soalan dan penjelasan daripada SP2 adalah seperti berikut: Tadi Peguam ada minta Tuan rujuk Laporan Kimia dan report polis sebab anggaran dalam report 113.2 gram dan Laporan Kimia adalah 55.29 gram Inspektor jawab kalau hasil pakar Jabatan kimia proses Jabatan kimia jelaskan? Serah menyerah barang kes dengan Jabatan kimia bukan tugas saya dan ianya adalah antara Jabatan kimia yang terima barang kes dan IO kes
23
Setelah penelitian Mahkamah terhadap keterangan SP2, hanya itu sahaja penjelasan diberikan olehnya. SP2 tidak dapat memberikan sebarang penjelasan berkenaan perbezaan berat tersebut malahan meletakkan beban tersebut kepada SP4 dan SP5. Dalam kes ini juga, tiada keterangan daripada SP2 berkenaan bagaimana cara barang kes dadah tersebut ditimbang olehnya.
24
Seterusnya, Mahkamah juga telah meneliti keterangan Ahli Kimia iaitu SP4. SP4 juga telah dicadangkan berkenaan dengan perbezaan berat dadah tersebut oleh pihak Pembelaan. Soalan Pembelaan adalah sebagaimana berikut : Q : Saya katakan berdasarkan pengalaman perbezaan berat sangat besar tak patut terjadi dalam kes dadah? A : Tidak setuju saya tidak setuju Q : Kenapa tak setuju? A : Perbezaan besar bergantung cara timbangan diambil akan berlaku timbangan cara saya ambil timbangan mungkin berbeza IO ambil timbangan saya tak pasti cara IO jalankan timbangan cara saya jalankan timbangan ikut sop ditetapkan. Q : Setuju dengan saya anggota serbuan buat timbangan ? A : Benar Q : Puan tak tahu kenapa boleh ada perbezaan ketara ? A : Benar S/N Jqg8JyzeXU6mWfqMVi8u2w Q : Setuju dengan saya 20-10 gram normal 50 tak normal ? A : Ya betul Q : Kalau saya cadangkan pada Puan barang kes dikacau ganggu setuju dengan saya? A : Saya tak setuju Q : Saya katakan memandangkan kiraan pil tak dibuat dalam kes ini tak tahu boleh jadi kehilangan pil bila sampai pada chemist kemungkinan itu ada ? A : Kemungkinan itu ada mungkin ada
25
Timbalan Pendakwaraya juga telah menjalankan tugasnya memeriksa semula SP4 dan penjelasan SP4 adalah sebagaimana berikut : Q : Peguam ada tanya kita juga sebentar tadi Puan ada nyatakan bahawa Puan tak tahu macam mana cara timbangan pegawai tangkap atau IO kes ? A : Benar di luar pengetahuan saya Q : Nyatakan contoh-contoh perbezaan timbangan ? A : Berdasarkan pengalaman saya berlaku perbezaan timbangan berat kasar jika ada diletakkan di dalam borang pol31 jika berlaku berat kasar pol31 dan berat kasar dilaporkan kimia mungkin disebabkan cara penimbangan pertama mungkin alat timbangan digunakan sama ada dalam keadaan baik atau tidak kedua barang ditimbang adalah timbang bersama pembalut atau beg atau bungkusan sebagainya ketiga antara boleh menyumbang kedudukan alat timbang dalam keadaan stabil atau tidak semasa menjalankan S/N Jqg8JyzeXU6mWfqMVi8u2w timbangan antara faktor boleh menyumbang perbezaan berat kasar PDRM dan Jabatan kimia Malaysia.
26
Berkenaan dengan perbezaan berat ini, Mahkamah bersetuju dengan hujahan pihak Pembelaan yang menghujahkan bahawa keterangan SP4 berkait kemungkinan-kemungkinan yang boleh menyumbang kepada perbezaan yang ketara tersebut hanyalah pandangan SP4 sahaja dan bukanlah satu keterangan kukuh yang dapat menepis keraguan yang ditimbulkan oleh pihak Pembelaan iaitu terdapat kacau ganggu pada barang kes. Walaupun terdapat penjelasan diberikan oleh SP4 selaku Ahli Kimia namun ianya adalah “mungkin disebabkan” sahaja dan bukanlah penjelasan tepat di dalam kes ini.
27
Tambahan pula, tiada sebarang keterangan oleh saksi-saksi polis iaitu SP2, SP3 dan SP5 yang terlibat secara langsung dalam pengendalian barang-barang kes tersebut bahawa kemungkinan-kemungkinan yang dinyatakan oleh SP4 tersebut telah berlaku semasa proses timbangan barang kes di pejabat BSJND IPD Kuala Terengganu. Kemungkinan-kemungkinan tersebut tidak pernah dinyatakan oleh saksi-saksi tersebut bagi mengesahkan kemungkinan yang dijelaskan oleh SP4 tersebut berlaku. Bagaimana cara ianya ditimbang juga tidak pernah dinyatakan oleh SP2.
28
Mahkamah ini juga tidak melepaskan peluang untuk meneliti semula keterangan SP5 berkenaan isu yang dibangkitkan Pembelaan dan keterangan SP5 semasa peringkat pemeriksaan semula adalah sepertimana berikut: Q : Peguam ada nyatakan sepatutnya merujuk kepada timbangan Peguam cuba bandingkan kimia dan polis buat menggunakan penimbang PDRM adalah sangat berbeza boleh terangkan ? A : Timbangan tersebut berbeza kerana semasa menimbang barang kes tersebut pengadu menimbang bersama barang kes lain tuala dan bungkusan plastik hitam Q : Boleh terangkan balik maksud boleh terangkan ? A : Masa timbangan barang kes ditimbang. Q : Saya rasa Inspektor kena rujuk resit Laporan Kimia. Rujuk Laporan Kimia rujuk kepada report polis. Rujuk kepada kedua-dua laporan tersebut Peguam ada nyatakan lebih kurang 50 gram perbezaan antara berat bersih dinyatakan oleh kimia dan berat bersih oleh Inspektor Syataz dalam report boleh terangkan kepada Mahkamah kenapa wujud perbezaan macam Peguam nyatakan ? A: Timbangan saya guna timbangan dibuat oleh pengadu dan saya tak pasti macam mana pengadu membuat timbangan tersebut. S/N Jqg8JyzeXU6mWfqMVi8u2w Q : Peguam ada nyatakan Inspektor tak buat timbangan lain terangkan ? A : Saya tidak buat kerana saya yakin pada timbangan dibuat oleh pengadu Q : Terangkan ? A : Pengadu telah membuat timbangan dengan penimbang dibekalkan PDRM jadi cukup sekadar timbangan oleh pihak pengadu Q : Peguam ada nyatakan pada asalnya tak munasabah kalau wujud perbezaan yang sangat berbeza dalam kes ini boleh Inspektor nyatakan tak setuju terangkan ? A : Saya tak pasti timbangan dibuat pengadu sama ada menimbang sekali dengan bungkusan plastik hitam dan balutan kain tuala tersebut sekadar hanya menimbang barang kes dadah tersebut Q : Maksud Inspektor. Rujuk kepada report polis nyatakan bahawa dadah jenis yaba 113.2 gram betul. Nyatakan kepada Mahkamah kenapa tidak setuju dengan kenyataan tidak munasabah seandainya sangat berbeza 113.2 pil yaba kimia 55.29 gram berat bersih Laporan Kimia ialah 55.29 gram manakala rujuk report ia 113.2 gram ? A : Ok Q : Sebentar tadi Peguam ada tanya berkenaan tak munasabah kalau timbangan sangat berbeza ? A : Munasabah jika ditimbang sekali dengan balutan kain tuala warna biru serta bungkusan plastik hitam tersebut.
29
Pada awalnya, SP5 menyatakan timbangan tersebut berbeza kerana semasa menimbang barang kes tersebut, ianya ditimbang bersama barang kes lain iaitu tuala dan bungkusan plastik hitam. Setelah itu, SP5 menyatakan pula bahawa SP5 tidak pasti macam mana pengadu membuat timbangan tersebut. Setelah ditanya berkali-kali oleh Timbalan Pendakwaraya, SP5 nyatakan pula beliau tidak pasti timbangan yang dibuat pengadu.
30
Mahkamah ini dapat merumuskan bahawa SP5 selaku Pegawai Penyiasat semasa pemeriksaan semula oleh Timbalan Pendakwaraya telah memberikan penjelasan yang berubah-ubah. SP5 seakan-akan tidak pasti berkenaan timbangan tersebut sehingga memberikan penjelasan berubah-ubah. Penjelasan tersebut gagal memberikan pencerahan yang meyakinkan terhadap isu yang dibangkitkan oleh pihak Pembelaan. Jawapan yang berubah-ubah dan kurang pasti ini sudah semestinya menjejaskan kredibiliti SP5 berkaitan isu berat barang kes. Jawapan-jawapan diberikan SP5 ini bukanlah satu penjelasan yang boleh digunapakai untuk menjelaskan berkenaan dengan perbezaan berat dadah di dalam kes ini.
31
Oleh yang demikian, Mahkamah ini merumuskan bahawa tiada sebarang keterangan oleh saksi-saksi Pendakwaan iaitu SP2, SP3 dan SP5 bahawa kemungkinan kemungkinan yang dinyatakan oleh SP4 tersebut telah berlaku semasa proses timbangan barang kes di pejabat BSJND IPD Kuala Terengganu.
32
Mahkamah merujuk kepada kes Mahkamah Rayuan iaitu kes PP v. Khoo Chong Ban [2015] 2 CLJ 36 telah dinyatakan bahawa: “(1) Where the identity of the exhibits was in issue, any shortfall must either be explained by witnesses or by evidence. The burden to clear the doubt fell on the prosecution. Although there may be no break in the movement of the exhibits, if there was tampering of the exhibits at any stage of the movement, the integrity of the exhibits would be compromised. This would constitute a break in the chain of evidence affecting the identity of the exhibits. Therefore, no break in the movements of exhibits must not be equated with no break in the chain of evidence. (paras 5, 8 & 9)
2
Evidence of tampering, when detected, must be held against the prosecution unless satisfactorily explained. In the absence of what actually transpired at the time the 200 pills were removed from the rest of the exhibits, the inference was that the entire drug exhibits had been tampered with. Failure by the prosecution to close the gap in the chain of evidence had cast a real and reasonable doubt on the identity of the entire exhibits. (paras 10 & 11)”
33
Mahkamah juga merujuk kepada kes Zaifull Muhammad V. PP & Another Appeal [2013] 2 CLJ 383 Arifin Zakaria KHN menyampaikan penghakiman Mahkamah seperti berikut: “(1) Terdapat percanggahan material dalam bilangan ketulan yang dinyatakan dalam pertuduhan asal berbanding dengan bilangan ketulan seperti dalam keterangan saksi-saksi pihak pendakwaan. Sebarang percanggahan serius terhadap berat kasar dan bilangan ketulan, kecuali jika dijelaskan secara memuaskan, akan membawa kepada persoalan identiti ekshibit dadah. Tambahan, adalah S/N Jqg8JyzeXU6mWfqMVi8u2w bercanggah dari segi terma untuk menyatakan bahawa tiada pemecahan dalam rantai keterangan apabila wujudnya percanggahan material berat ekshibit dadah.
2
Adalah penting bagi pihak pendakwaan untuk memberi penjelasan bagi percanggahan tersebut. Tanpa penjelasan, ianya telah menyebabkan satu keraguan munasabah terhadap identiti ekshibit dadah. Dalam keadaan itu, pembelaan sepatutnya tidak dipanggil pada akhir kes pendakwaan. Oleh itu, adalah tidak selamat untuk mempertahankan sabitan perayu-perayu”.
34
Berdasarkan kes-kes rujukan tersebut, Mahkamah ini mendapati bahawa apabila identiti barang kes menjadi isu, apa-apa perbezaan hendaklah dijelaskan oleh saksi-saksi Pendakwaan. Beban untuk menjelaskan sebarang keraguan adalah terletak pada pihak Pendakwaan. Walaupun tiada pemutusan dalam pergerakan barang kes, tetapi jika barang kes terutamanya dadah telah diusik di mana-mana peringkat pergerakan, integriti barang kes tersebut akan terjejas seterusnya rantaian keterangan barang kes juga akan turut terjejas.
35
Di dalam kes di hadapan Mahkamah ini, perbezaan berat adalah jelas apabila terdapat pengurangan sebanyak 57.91 gram. Mahkamah ini percaya bahawa perbezaan tersebut adalah material ditambah lagi apabila tiada penjelasan yang jelas oleh saksi-saksi Pendakwaan berkenaan perbezaan berat tersebut. Rantaian keterangan barang kes telah terganggu. S/N Jqg8JyzeXU6mWfqMVi8u2w
36
Memandangkan telah timbul isu perbezaan timbangan yang sangat besar tersebut, pihak Pembelaan telah menyoal balas berkali-kali kepada SP2 bagaimanakah kawalan terhadap barang kes bermula daripada pukul 7.30 petang sehingga 3.00 pagi. Di dalam kes ini, SP2 mengambil masa lebih dari 7 jam untuk menyerahkan barang kes kepada SP5 yang mana barang kes hanya diserahkan pada pukul 3.00 pagi sedangkan SP2 telah kembali ke Pejabat BSJND IPD Kuala Terengganu pada pukul 7.30 petang.
37
Berkenaan kawalan barang kes ini, Mahkamah telah meneliti keterangan daripada SP2. Keterangan SP2 semasa pemeriksaan utama adalah seperti berikut : … barang kes masa tersebut saya simpan dalam beg silang saya sentiasa bawa ketika serbuan … … saya bersama barang kes sentiasa kawal … …Sepanjang perjalanan kami tidak singgah mana-mana. Sampai ke pejabat dalam lebih kurang 7 petang …
38
Semasa pemeriksaan balas pula SP2 menyatakan seperti berikut : Saya minta explanation jarak jauh sangat tadi buat rampasan lebih kurang 5.30 lepas itu kembali pejabat 7.30 , 3 pagi baru serah kepada IO jelaskan satu satu minit ke minit kalau 3 pagi esok hari baru serah pada IO macam mana barangan dijaga di mana diletakkan terangkan pada mahkamah ? Untuk makluman sepanjang jam sebelum report ditaip dan send pada masa tersebut saya membuat soal siasat secara penuh dan teliti pada Tertuduh dan Tertuduh dikawal anggota saya dan juga semua barang kes dikawal saya sendiri dan tidak diganggu gugat oleh sesiapa. Saya katakan jawapan Inspektor tak detail jam berapa Tuan tak boleh explain di mana kedudukan ketika itu ? Tak setuju untuk detail saya tak ingat secara ringkas Saya ambil jawapan Inspektor tak ingat ? Ya barang kes-kes saya sentiasa kawal Tapi minit minit Inspektor tak ingat ?
39
Semasa pemeriksaan semula SP2 telah menyatakan seperti berikut: Tadi Peguam suruh Inspektor explain serbuan 5.30 petang sampai di pejabat lebih kurang 7.30 petang serahan barang kes kepada IO lebih kurang 3 pagi peguam minta Inspektor explain kronologi dari masa ke semasa dan S/N Jqg8JyzeXU6mWfqMVi8u2w Inspektor kurang ingat tapi boleh Inspektor jelaskan setakat Inspektor ingatkan? Saya perjelaskan di mana sepanjang proses penahanan Tertuduh dan proses dokumentasi terhadap semua barang kes dan Tertuduh soal siasat Tertuduh di pejabat Narkotik siasatan Jenayah Narkotik IPK Terengganu Tertuduh sentiasa dikawal dan barang kes sentiasa dikawal saya sendiri dan dibantu beberapa orang anggota pada masa tersebut setiap jam saya tak boleh katakan sebab tak ingat selepas selesai semua baru saya buat report dan send report tersebut selepas pukul 12 tengah malam tarikh seterusnya sehinggalah selesai saya buat report apa semua saya bawa barang kes semua barang kes dan Tertuduh kepada IO kes Inspektor Aizuddin dan serah menyerah di bahagian siasatan Jenayah Narkotik IPD Kuala Terengganu dengan Inspektor Aizuddin iaitu IO kes pada hari ini dan sepanjang saya sambung sepanjang perjalanan saya bawa semua barang kes dan juga Tertuduh adalah semuanya berada di bawah kawalan saya.
40
Berdasarkan keterangan SP5 tersebut, Mahkamah mendapati bahawa tiada keterangan yang jelas oleh SP2 bahawa sepanjang tempoh 7 jam beliau telah menyimpan selamat dadah tersebut dan tidak bercampur dengan barang kes yang lain. Tanpa sebarang penjelasan terperinci oleh SP2, telah menimbulkan persoalan yang tidak dijawab mengenai pergerakan, kawalan dan penyimpanan barang kes dadah tersebut dari masa rampasan hingga diserahkan kepada SP5.
41
Adakah memadai apabila SP2 menyatakan bahawa sepanjang masa barang kes adalah dalam kawalannya tanpa menerangkan secara jelas bagaimana barang kes tersebut dijaga dan disimpan memandangkan 7 jam bukanlah satu masa yang singkat. Mahkamah dapati keterangan SP2 tersebut adalah bersifat umum. Sewajarnya pihak Pendakwaan meminta SP2 untuk memberi penjelasan mengenainya bagi mengenepikan segala kemungkinan bahawa berlakunya percampuran barang kes atau berlakunya kacau ganggu terhadap barang kes tersebut.
42
Pihak Pembelaan juga telah mengajukan soalan kepada SP5 berkenaan pergerakan barang kes dadah dalam masa 7 jam tersebut sebelum diserahkan kepada SP5 oleh SP2. Berikut adalah keterangan SP5 semasa pemeriksaan balas oleh pihak Pembelaan. Q : Jadi saya katakan kepada Inspektor kalau semua buat di balai penandaan dokumen tadi jadi 7.30 baru kembali ke balai itu ambil masa lama dan ada kemungkinan ada berhenti tempat lain untuk buat tangkapan dadah kes lain ? A : Setuju Q : Dalam kes ini report polis lambat 1.40 pagi tangkapan petang setuju tarikh lain lambat jugak kira ? A : Setuju .. S/N Jqg8JyzeXU6mWfqMVi8u2w Q : Saya katakan senggang waktu sehingga 7 jam lebih untuk bagi pada Tuan adalah lama dan tak dapat jelaskan Inspektor Syataz mahupun ARO Koperal Hafizuddin apa terjadi dalam tempoh-tempoh itu ? A : Saya dimaklumkan dalam kawalan diorang Q : Kawalan macam mana tak tahu ? A : Pengadu sahaja yang ada akses pada barang kes Q : Relevan saya tanya soalan berkaitan chain evidence rantaian keterangan dari 7.30 hingga 3 pagi saya rujuk Inspektor pada P10 muka surat 2. Setuju timbang berat kasar kes ini dilakukan Inspektor Syataz . Betul dia buat timbangan ? A: Betul pengadu buat timbangan
43
Berikut pula adalah keterangan SP5 semasa pemeriksaan semula oleh Timbalan Pendakwaraya: Q : Peguam ada nyatakan bahawa barang kes serahan semua barang kes dilakukan pada Inspektor anggaran pukul 3 pagi ? A : Betul Q : Peguam nyatakan dalam kes ini tempoh masa dari tempoh tangkapan dan masa serahan barang kes tempoh masa lama senggang masa lama boleh terangkan? A : Seperti yang saya maklumkan selain daripada tangkapan dan rampasan kes ini, pada waktu tersebut adalah pasukan serbuan terlibat dengan penugasan ops tapis ada buat pemeriksaan kosong alamat lain dalam tempoh itu banyak dokumen dokumen perlu disiapkan di pejabat dan perlu dibuat report pemeriksaan kosong di S/N Jqg8JyzeXU6mWfqMVi8u2w rumah rumah pemeriksaan sebelum ini semasa penugasan tersebut Q : Sebentar tadi Inspektor nyatakan pemeriksaan kosong pemeriksaan kosong apa? A : Apabila pasukan serbuan ke sesebuah rumah dan buat pemeriksaan tetapi tidak jumpa apa apa barang menyalahi undang-undang dan pemeriksaan perlu buat pemeriksaan kosong bagi mengelakkan perkara-perkara berbangkit di masa hadapan? Q : Dalam kes ini Inspektor nyatakan bahawa Inspektor dimaklumkan barang kes telah dimaklumkan Inspektor Syataz barang kes hanya dalam kawalan Inspektor Syataz ? A : Setuju Q : Terangkan berkenaan hal ini ? A : Barang kes tersebut berada dalam kawalan pengadu iaitu Inspektor Syataz kerana semasa serbuan pemeriksaan lain ada juga dibawa oleh Inspektor Syataz di dalam beg. Q : Pemeriksaan lain pemeriksaan macam mana ? A : Pemeriksaan kosong tadi
44
Berdasarkan keterangan SP5 tersebut, Mahkamah ini mendapati bahawa penjelasan SP5 tersebut tidak pernah diceritakan oleh SP2 langsung. SP5 menjelaskan bahawa tempoh masa yang lama antara tangkapan dan serahan barang kes disebabkan oleh keperluan anggota serbuan untuk menjalankan tugasan lain dalam operasi tersebut, termasuk pemeriksaan di beberapa premis lain serta penyediaan laporan S/N Jqg8JyzeXU6mWfqMVi8u2w dan dokumentasi berkaitan pemeriksaan tersebut. Penjelasan tersebut adalah berbeza dengan penjelasan diberikan oleh SP2 sendiri di mana SP2 mengatakan bahawa “…Sepanjang perjalanan kami tidak singgah mana-mana. Sampai ke pejabat dalam lebih kurang 7 petang…” dan SP2 hanya menyatakan bahawa sepanjang tempoh tersebut SP2 hanya jalankan soal siasat dan tidak pernah menyentuh berkenaan apa-apa pemeriksaan kosong atau penyediaan dokumen bagi pemeriksaan kosong tersebut.
45
Bagi isu ini, Pihak Pendakwaan telah menghujahkan bahawa percanggahan tidak material dan tidak menyentuh “root of the charge” kerana SP5 menyatakan bahawa hari kejadian hanya satu kes sahaja yang melibatkan rampasan barang kes iaitu kes Tertuduh dan barang kes dalam kawalan SP2 sepenuhnya.
46
Mahkamah ini tidak bersetuju dengan hujahan pihak Pendakwaan tersebut. Mahkamah ini mendapati bahawa terdapat percanggahan keterangan oleh SP2 dan SP5 berkenaan perkara ini. Percanggahan tersebut adalah material kerana ianya berkaitan dengan penjelasan saksi-saksi Pendakwaan berkenaan dengan kawalan barang kes sebelum SP2 menyerahkan barang kes tersebut kepada SP5.
47
Mahkamah ini merujuk kepada kes Loo See Lee v. PP [2018] 5 CLJ 385, Mahkamah Rayuan menyatakan: “...there are two sets of evidence led by the prosecution and that each one contradicts the other, the consequence of which is that the court will S/N Jqg8JyzeXU6mWfqMVi8u2w be left with no reliable and trustworthy evidence upon which the conviction of the accused might be based. Inevitably, the accused would have to be given the benefit of the doubt in such a situation." Just In PP v. Mohd Radzi Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457.”
48
Mahkamah mendapati bahawa percanggahan keterangan SP2 dan SP5 mengenai kawalan barang kes menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap rantaian keterangan. Keraguan ini mestilah memihak kepada Tertuduh, dan Tertuduh berhak menerima manfaat keraguan tersebut.
49
Oleh yang demikian, Mahkamah ini mendapati bahawa rantaian keterangan barang kes telah terputus apabila pihak Pembelaan telah mencabar saksi pendakwaan berkenaan dengan perbezaan berat barang kes dadah dan tiada penjelasan dapat diberikan oleh saksi Pendakwaan berkenaan dengan perbezaan tersebut. Ditambah pula apabila terdapat jarak masa lebih 7 jam di antara masa serahan barang kes dadah oleh SP2 kepada SP5, juga tiada penjelasan dapat diberikan oleh SP2 berkenaan kawalan barang kes dadah tersebut sepanjang masa tersebut. Ditambah pula adanya percanggahan keterangan oleh SP2 dan SP5.
50
Haruslah sentiasa diingat bahawa bukanlah tugas pihak Pembelaan untuk mencabar rantaian keterangan barang kes yang dirampas, sebaliknya tugas Pendakwaan untuk membuktikannya. Mahkamah ini merujuk kepada kes Kumaraguru a/l N Muniandy & Ors v. PP [1994] 2 CLJ 53; [1994] 1 MLJ 254. S/N Jqg8JyzeXU6mWfqMVi8u2w
51
Di dalam kes ini barang kes dadah bukanlah ditemui di dalam fizikal Tertuduh tetapi ditemui di dalam raga motosikal. Menurut saksi Pendakwaan, pada masa kejadian, Tertuduh adalah berada di atas motosikal tersebut (Eksibit P24). Di dalam kes ini, Mahkamah perlu memutuskan bahawa sama ada Tertuduh mempunyai milikan eksklusif terhadap motosikal tersebut tanpa adanya akses oleh orang lain. Melalui eksibit P9, motosikal adalah di bawah nama penama Muhammad Amiruddin bin Zamri. Penama tersebut tidak dikemukakan di Mahkamah atas alasan bahawa penama tersebut tidak dapat dihubungi oleh SP5. Keterangan SP5 berkenaan penama tersebut semasa pemeriksaan utama adalah sebagaimana berikut: Q : Pendakwaan mohon dikemukakan semakan Jabatan Pengangkutan Jalan cabutan Jabatan Pengangkutan Jalan P9 kepada SP5,rujuk kepada dokumen Jabatan Pengangkutan Jalan siapa pemilik asal kenderaan? A : Rujuk kepada resit rasmi asal Jabatan Pengangkutan Jalan pemilik moto nama Muhammad Amiruddin Bin Zamri Q : Ada buat tindakan lanjut? A : Saya ada rakam keterangan dia Q : Hasil rakaman percakapan Muhamad Amiruddin Bin Zamri apa? S/N Jqg8JyzeXU6mWfqMVi8u2w A : Dia telah memaklumkan moto telah dijual kepada Tertuduh pada hari ini. Q : Apa lagi Muhamad Amiruddin ini cakap pada Inspektor ? A : Amiruddin juga menyatakan yang dia tidak pernah menggunakan moto tersebut selepas dijual kepada Tertuduh dan moto tersebut telah dijual tanpa apa-apa dokumen. Q : Tanpa apa-apa dokumen maksudnya macam mana ? A : Dijual secara lisan tanpa dokumen jual beli. Q : Inspektor ada lakukan tindakan lanjut berkenaan kehadiran Muhamad Amiruddin? A : Saya ada mengarahkan pasukan serbuan mengesan pemilik moto seperti alamatnya yang tertera pada resit rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan tadi iaitu 4743 Kampung petai bubus, manir, Kuala Terengganu Terengganu selepas 2 kali pasukan serbuan ke alamat tersebut penama pada resit ini tidak dapat dikesan Q : Ada buat apa-apa dokumen? A : Ada Q : Apa Inspektor buat? A : Saya buat ID kesan TPR: Mohon ID kesan sebagai P28. Mahkamah : P28.
52
Keterangan SP5 semasa pemeriksaan balas pula adalah seperti berikut: Q : Kalau keterangan Inspektor yang kata berdasarkan rakaman percakapan Amirudin dan jual moto kepada OKT itu berdasarkan rakaman percakapan ? A : Betul Q : Bila dijual ? A : Menurut keterangan awal 2024. Q : Kalau saya rujuk kepada P9 ada dinyatakan AEON CREDIT SERVICE bersama nombor siri tuntutan ini loan beli moto oleh Amirudin ini ? A: Betul … Q : Saya cadangkan apa Inspektor beritahu pada mahkamah hasil rakaman percakapan sahaja mungkin Amirudin nak lepaskan diri dari kes ini sebab Inspektor tak buat siasatan lanjut dengan Amirudin atau bank ? A: Setuju Q : Saya katakan Inspektor sebagai penyiasat tak boleh beritahu hasil rakaman percakapan kena ada dokumen sekurang-kurangnya AOEN dan bank setuju ? A : Setuju Q : Saya katakan pada Inspektor Muhamad Amirudin pelengkap kes Pendakwaan kalau dia datang dia boleh sahkan kes ini ? A : Setuju S/N Jqg8JyzeXU6mWfqMVi8u2w Q : Saya katakan Muhammad Amirudin perlu hadir ke mahkamah beri pengesahan mengenai moto ini ? A : Setuju. … Q : Kalau tengok kotak last 13.8 ada dikatakan Walaubagaimanapun, segala maklumat yang diperolehi akan dijadikan sebagai guideline meneruskan risikan dan siasatan bagi mengesan penama. Saya katakan maksud siasatan dan risikan belum lengkap ? A : Betul Q : Hingga tarikh ini ? A : Belum dapat tangkap Q : Sebab Inspektor guna perkataan belum dapat tangkap maksud Amirudin kategori melarikan diri ? A : Pembetulan belum dapat kesan Q : Larikan diri ? A : (Tiada jawapan) Q : Dpp kata tak dapat serah ? A : Sebab dia tak ada di alamat tersebut Q : Sapina tak dapat serah ? A : Tak dapat Q : Maksudnya dia larikan diri cari bulan-bulan ? A : Betul …. S/N Jqg8JyzeXU6mWfqMVi8u2w Q : Saya cadangkan kepada Inspektor di dalam kes ini pihak polis mengesan Aminudin tidak mencukupi dan tidak mengikut prosedur undang-undang ? A : Tidak mencukupi. … Q : Kalau ikut cabutan Jabatan Pengangkutan Jalan siasatan berkait pemilik 10.6 baru dibuat ? A : Betul Q : Kes tahun 6/2024 setahun lebih baru buat carian pemilik moto ? A : Betul … Q : Tadi peguam ada tanyakan berkenaan moto bukan milik OKT Inspektor tak setuju terangkan ? A : Moto tersebut adalah milik OKT tapi tidak mempunyai dokumen jual beli yang sah antara pemilik asal iaitu Muhamad Amirudin dan OKT sendiri.
53
Mahkamah ingin merujuk kepada kes Ibrahim Mohamad & Anor V. PP [2011] 4 CLJ yang mempunyai fakta seperti kes semasa yang mana Mahkamah memutuskan bahawa kegagalan pihak Pendakwaan untuk mengemukakan pemilik kereta atau sekurang-kurangnya mengemukakan kenyataan beliau di bawah Seksyen 32(1)(i) Akta Keterangan 1950 telah menimbulkan persoalan siapakah yang mengawal kenderaan itu sebelum tarikh tangkapan.
54
Merujuk kepada salinan carian JPJ (Eksibit P9), Muhammad Amiruddin masih pemilik motosikal tersebut dan tiada apa-apa dokumen dikemukakan oleh pihak Pendakwaan untuk mengatasi keterangan eksibit P9 tersebut.
55
Selanjutnya, pihak Pendakwaan tidak mengemukakan Muhammad Amiruddin ketika perbicaraan atas alasan pihak polis gagal untuk mengesan Muhammad Amiruddin. Pihak Pendakwaan juga telah mengemukakan ID kesan (Eksibit P28) untuk mengecualikan kehadiran Muhammad Amiruddin tersebut. Berdasarkan P28 tersebut, SP5 hanya memberi arahan untuk mengesan Muhammad Amiruddin tersebut pada 1.6.2025. Kemudian, pihak polis hanya membuat cubaan mengesan Muhammad Amiruddin tersebut sebanyak 2 kali sahaja iaitu pada 1.7.2025 dan 13.8.2025. Malahan, usaha yang dibuat oleh pihak polis hanyalah dengan pergi ke rumah Muhammad Amiruddin dan bertanya kepada jiran sahaja. Lebih parah, SP5 bersetuju risikan dan siasatan bagi mengesan Muhammad Amiruddin masih belum selesai.
56
Bagi isu ini, pihak Pembelaan telah merujukkan Mahkamah kepada kes Public Prosecutor v Lee Jun Ho & ORS [2011] 6 MLJ 220, yang mana di dalam kes tersebut pihak Pendakwaan telah membuat permohonan di bawah Seksyen 32(1)(i) Akta Keterangan 1950 untuk mengemukakan kenyataan di bawah Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah bagi saksi-saksi yang tidak dapat dikesan. Telah dinyatakan bahawa: S/N Jqg8JyzeXU6mWfqMVi8u2w FINDINGS [6] The problem faced by the prosecution in this case was the absence of two key witnesses to testify. The two witnesses were Vasudevan and Vellaichamy. Both were Indian Nationals. They were at the material time workers at Klinik Arinaga and were present during the robbery incident on 21 April 2003. [7] Vasudevan was injured during the robbery incident and his statement under s 112 of the Criminal Procedure Code was recorded by the police while he was still in the hospital on 9 June 2003. Vellaichamy's statement was recorded by the police on 8 May 2003 and subsequently a further statement was recorded on 10 October 2005. [8] In the course of the trial, the prosecution attempted to tender the statements recorded from the two witnesses under s 32(1)(i) of the Evidence Act 1950 on the ground that the witnesses could not be found. [9] In rejecting the prosecution's application to tender the witnesses' statement as evidence, the learned trial judge gave the following reasons :
a
The police has failed to take all reasonable and practicable steps to trace the witnesses. There was not a single proactive effort by the police to procure the attendance of such material, relevant and important eyewitnesses; and
b
There was no attempt to fully utilise the prevailing and available provisions of the Criminal Procedure Code, in order to secure the attendance of the witnesses. The police failed to invoke the provisions of ss 47 and 49 of the Criminal Procedure Code, which empowers the court to issue a warrant in lieu of or in addition to summon a witness and to require that person to execute a bond for his appearance in court. They also failed to invoke the provisions of s 118(1) of the Criminal Procedure Code whereby the police officer who desires any S/N Jqg8JyzeXU6mWfqMVi8u2w person, who is acquainted with the circumstance of a case, to be present in court, shall require that person to execute a bond to appear at the trial court. The prosecution also failed to utilise the provisions of s 396 of the Criminal Procedure Code whereby the public prosecutor may apply to court to commit to civil prison until the trial any witness of any sizeable offence who intends to leave Malaysia and that the ends of justice would probably be defeated if that person were not present at the trial to give evidence. [12] We are in complete agreement with the reasoning of the learned trial judge. The basis upon which the prosecution tried to invoke s 32(1)(i) of the Evidence Act was that the two witnesses could not be found. However, as pointed out by the learned trial judge, actions to trace the two witnesses were only taken in 2008, while in the midst of the trial. The actions were taken five years after recording the witnesses' statements. Thus, as rightly pointed out by the learned trial judge, greater efforts was expected to secure the attendance of the witnesses in such a serious charge. In the absent of such effort, we are of the same view with the learned trial judge that the witnesses' statements of the two key witnesses could not be admitted under s 32(1)(i) of the Evidence Act.
57
Berdasarkan kes tersebut, pihak Pembelaan telah menghujahkan bahawa pihak Pendakwaan tidak pernah membuat permohonan di bawah Seksyen 32 Akta Keterangan 1950 kepada Mahkamah dan kenyataan di bawah Seksyen 112 KTJ Muhammad Amiruddin juga tidak dikemukakan, maka, keterangan SP5 bahawa Muhammad Amiruddin telah menjual motosikal tersebut kepada Tertuduh kekal sebagai satu keterangan hearsay.
58
Pihak Pendakwaan pula menghujahkan bahawa bahawa bukan semua kes memerlukan untuk memanggil pemilik berdaftar sesuatu kenderaan terlibat sebagai saksi. Pihak pendakwaan telah merujuk Mahkamah kepada kes Public Prosecutor v Letchumanan a/l Suppiah [2006] 2 MLJ 555 yang menyatakan seperti berikut : “The issue of the ownership of the motorcycle was irrelevant. The issue was one of custody or control of the orange plastic packet in the carrier basket of the motorcycle. Without calling the respondent's brother, the prosecution was able to discharge the burden of establishing possession with knowledge with the aid of the presumption under s 37(d) of the Act. The ownership of the drugs was never in issue (see para 15).”
59
Mahkamah ini telah membaca keseluruhan kes Public Prosecutor v Letchumanan a/l Suppiah (Supra) tersebut dan Mahkamah ini mendapati bahawa di dalam kes tersebut turut menyatakan: “In any event, the name Ganeson a/l Suppiah never came out in the evidence of the prosecution in any culpable manner. The case against the accused was based on the observation made by PW5 and his team prior to the arrest and the accused’s conduct which clearly showed that the accused was in custody or control of the orange packet in the carrier basket of the motorcycle. There was not even a suggestion by the defence that someone else had placed the drugs in the carrier basket. On the other hand, the totality of the evidence led by the prosecution including the cross examination of the witnesses by the defence never showed the culpability of anyone other than the accused in the matter”.
60
Jadi, fakta kes tersebut adalah berbeza dengan kes di hadapan Mahkamah ini memandangkan di dalam kes di hadapan Mahkamah ini, pihak Pembelaan telah mencadangkan kepada SP5 dengan S/N Jqg8JyzeXU6mWfqMVi8u2w bertanyakan “Saya katakan dadah bukan milik OKT dan moto bukan milik OKT?” dan SP5 telah memberikan jawapan tidak setuju terhadap soalan Pembelaan tersebut. Ditambah pula di dalam kes ini, Tertuduh bukanlah ditahan sedang menunggang motosikal sebagaimana di dalam kes Public Prosecutor v Letchumanan a/l Suppiah (Supra) tersebut tetapi Tertuduh ditahan sedang duduk di atas motosikal sahaja dan dalam keadaan enjin motosikal tidak dihidupkan. Adalah menjadi fakta tidak dipertikaikan bahawa kunci tidak dirampas daripada fizikal Tertuduh tetapi diambil oleh SP2 daripada motosikal tersebut.
61
Mahkamah juga merujuk kepada kes Karthi a/l Gopal v Public Prosecutor [2016] 5 MLJ 274: “[27] it is settled principle of law that the prosecution has a duty to exclude the possibility of access by others to the drug… [28] Based on a string of decided cases, we found that the prosecution had failed to prove its case beyond reasonable doubt as the possibility of access by Nelson and Jennifer had not been concluded, which in turn rendered the conviction of the appellant unsafe”.
62
Mahkamah juga merujuk kepada kes Husin bin Sitorus [2012] 3 MLJ 782, di mana Mahkamah Rayuan telah memutuskan seperti berikut: “[15] There is a welter of authoritative precedents which have held that for possession to be established, accessibility by others to the place where the drugs are found should be excluded by evidence by the prosecution (Public Prosecutor v Kang Ho Soh [1991] 3 CLJ 2914; [1991] 3 CLJ Rep 557 (HC), Public Prosecutor v Tang Chew Weng [1969] 1 S/N Jqg8JyzeXU6mWfqMVi8u2w LNS 141 (HC). The onus is not on the defence to prove possibility of access by others but on the prosecution to exclude such possibility and the issue must be answered in favour of the appellant if there were more than one way in which the evidence adduced by the prosecution might be viewed such as in the present case, implicating the appellant or the other persons who were present in the boat (Abdullah Zawawi Yusoff v Public Prosecutor [1993] 4 CLJ 1 (SC)). In other words exclusivity of custody and control of the drugs ought to be established by the prosecution.”
63
Seterusnya, di dalam kes Mohamad b Abdul Rahman v Public Prosecutor [2013] MLJU 1592 Mahkamah Rayuan telah memutuskan bahawa: “[25] We find that in the instant appeal the prosecution had failed to discharge that duty. We are reminded of the Federal Court’s decision in Ti Chuee Hiang v Public Prosecutor [1995] 2 MLJ 433; [1995] 3 CLJ 1and wish to reiterate what was stated by Edgar Joseph Jr FCJ at p 440 (MLJ); pp 6–7 (CLJ): ... while the prosecution has a complete discretion as to the choice of witnesses to be called at the trial ... it also has a duty to call all of the necessary witnesses to establish proof against the accused beyond all reasonable doubt, and if, in the exercise of its discretion, it fails to fulfil this obligation, which is nothing less than a statutory duty, the accused must be acquitted. [26] Likewise, the appellant in the instant appeal ought to have the benefit of the prosecution’s failure.”
64
Kesimpulannya, penama Muhammad Amiruddin adalah saksi material kerana beliau merupakan pemilik berdaftar motosikal tempat barang kes dadah ditemui. Tanpa kehadirannya atau keterangan sah di bawah Seksyen 32 Akta Keterangan 1950, Mahkamah tidak dapat menentukan siapakah sebenarnya yang mempunyai akses dan kawalan eksklusif terhadap motosikal tersebut. Usaha polis mengesan Muhammad Amiruddin juga tidak memadai, dan keterangan SP5 berkenaan Muhammad Amiruddin adalah kekal sebagai ‘hearsay’ sahaja. Pihak Pendakwaan telah gagal untuk menunjukkan bahawa hanya Tertuduh seorang sahaja mempunyai akses eksklusif terhadap motosikal tersebut untuk memenuhi elemen kawalan dan jagaan.
65
Walaupun penama Muhammad Amiruddin tersebut telah ditawarkan oleh pihak Pendakwaan kepada pihak Pembelaan namun, adalah menjadi tugas Pendakwaan untuk membuktikan kes Pendakwaan dan memenuhi lompong-lompong yang ada pada kes Pendakwaan.
66
Kegagalan Pendakwaan mengemukakan Muhammad Amiruddin, ditambah dengan usaha pengesanan yang tidak memadai, menimbulkan keraguan munasabah tentang siapa sebenarnya mempunyai kawalan terhadap motosikal tersebut sebelum tangkapan. Justeru, Mahkamah memutuskan bahawa elemen kawalan dan milikan dadah tidak dapat dibuktikan oleh Pendakwaan. S/N Jqg8JyzeXU6mWfqMVi8u2w
67
Oleh yang demikian, Mahkamah ini memutuskan bahawa Tertuduh adalah dilepas dan dibebaskan tanpa dipanggil untuk membela diri di bawah Seksyen 173(f) Kanun Tatacara Jenayah. Bertarikh pada 4 Disember 2025 NOOR MAZRINIE BINTI MAHMOOD MAJISTRET MAHKAMAH MAJISTRET 1 KUALA TERENGGANU Pihak-pihak : Timbalan Pendakwaraya bagi pihak Pendakwaan: Nur Anith Nabilah binti Rusli Peguambela bagi Tertuduh: Muhammad Faris bin Mohamad Fauzi
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.