11.1.1 Keterangan saksi-saksi dan ekshibit-ekshibit menunjukkan bahawa berlaku pelanggaran di belakang motokar Defendan (SD1) [13] Dalam kes ini, tiada gambar dibekalkan oleh Pegawai Penyiasat 25 SP1. SP1 dalam keterangannya memaklumkan bahawa terdapat masalah teknikal yang dihadapi oleh Jurufoto yang menyebabkan gambar tidak boleh dicetak dan dikeluarkan. S/N GmSvzasMEyvucN4ceOn5g [14] Satu-satunya gambar kenderaan-kenderaan selepas kejadian yang ada bagi kes ini adalah dari Defendan (SD1) sendiri. Peguam Plaintif semasa dalam perbicaraan ini tidak mempunyai bantahan untuk menjadikan gambar-gambar tersebut sebagai ekshibit dan gambar-gambar tersebut seterusnya ditandakan sebagai D2A dan D2B. 5 [15] Setelah meneliti gambar-gambar tersebut khususnya gambar D2A yang menunjukkan gambar motokar Defendan (SD1) selepas kejadian, Mahkamah membuat penilaian bahawa gambar-gambar tersebut tidak mencukupi untuk menunjukkan kerosakkan dan ‘point of impact’ di mana 10 pelanggaran tersebut benar-benar berlaku. [16] Mahkamah berpendapat bahawa ‘Point of impact’ dalam kes ini adalah amat penting bagi menentukan versi mana yang lebih munasabah, inherently probable memandangkan terdapat 2 versi yang amat berlainan 15 diberikan oleh kedua-dua pihak dan tiada bukti lain diserahkan kepada Mahkamah melainkan gambar-gambar yang dibekalkan oleh Defendan (SD1) sendiri. Oleh itu, Mahkamah hanya boleh bersandarkan kepada keterangan-keterangan saksi untuk menentukan versi mana yang lebih munasabah. 20 [17] Justeru, dalam menentukan point of impact, Mahkamah menumpukan perhatian kepada keterangan SP1, Pegawai Penyiasat dalam kes ini, yang mana melalui hasil dapatan siasatan beliau, satu saman telah dikeluarkan kepada Plaintif (SP2) di mana Plaintif (SP2) telah 25 disaman atas dasar melanggar belakang motokar Defendan (SD1). Dalam keterangan beliau juga, SP1 memaklumkan bahawa jika versi Plaintif (SP2) digunapakai iaitu motokar Defendan (SD1) memintas motosikal Plaintif (SP2) yang berada di laluan kiri, motokar Defendan (SD1) tersebut akan mengalami kerosakan di bahagian kiri motokar 30 S/N GmSvzasMEyvucN4ceOn5g tersebut. Namun, ia tidak terjadi dalam kes ini di mana hasil siasatan mendapati kerosakan adalah di bahagian belakang motokar tersebut. [18] Mahkamah juga melihat kepada keterangan pihak-pihak di mana kesemua pihak tidak menafikan bahawa dalam kejadian tersebut, Plaintif 5 (SP2) telah melanggar bahagian belakang kenderaan Defendan (SD1) dalam cubaan beliau untuk mengelak kenderaan tersebut. [19] Hal ini adalah disokong oleh keterangan SP1 yang menyatakan bahawa memandangkan terdapat 2 versi yang berbeza, SP1 telah melihat 10 kepada kerosakan pada kenderaan Defendan (SD1) di mana kerosakan didapati sebelah tengah dan kanan belakang kenderaan Defendan (SD1). [20] Hal ini juga adalah disokong oleh keterangan Plaintif (SP2) sendiri di mana Plaintif (SP2) juga telah bersetuju bahawa beliau telah melanggar 15 bahagian belakang belah kanan motokar Defendan (SD1). [21] SD1 juga semasa memberi keterangan menyatakan bahawa point pelanggaran motosikal tersebut adalah di bahagian tengah belakang motokar tersebut. 20 [22] Oleh yang demikian, memandangkan gambar yang dibekalkan oleh Defendan (SD1) di D2A adalah tidak jelas, keterangan SP1 yang menyatakan bahawa kerosakan didapati sebelah tengah dan kanan belakang motokar Defendan (SD1) adalah tidak bercanggah dengan 25 keterangan-keterangan yang diberikan oleh Plaintif (SP2) dan Defendan (SD1) dan sekaligus menunjukkan bahawa pelanggaran berlaku di belakang motokar tersebut. S/N GmSvzasMEyvucN4ceOn5g [23] Oleh yang demikian, memandangkan point of impact adalah di belakang motokar Defendan (SD1) seperti dipersetujui oleh pihak-pihak, maka, versi diberikan oleh Defendan (SD1) adalah lebih munasabah dan inherently probable. 5 11.1.2 Isu berkenaan dengan kedudukan SD1 sebelum kejadian tersebut [24] Dalam hujahan Peguam Plaintif, Peguam Plaintif mempertikaikan kredibiliti keterangan Defendan (SD1) atas alasan keterangan Defendan (SD1) di Mahkamah adalah berbeza dengan laporan polis Defendan 10 (SD1) di ekshibit D1. SP1 juga dalam keterangan beliau, semasa pemeriksaan utama dan pemeriksaan balas menyatakan kedudukan Defendan (SD1) semasa kejadian berlaku adalah di dalam motokar. [25] Setelah meneliti keterangan SD1 sepanjang perbicaraan dan 15 membaca D1, Laporan polis Defendan, Mahkamah mendapati bahawa tiada pencanggahan antara kedua-dua tersebut. Dalam Laporan Polis Defendan, ekshibit D1, Defendan (SD1) tidak pernah menyatakan bahawa semasa kejadian, beliau berada dalam kenderaan tersebut. Pertama kali Defendan (SD1) memaklumkan kedudukan beliau semasa 20 kejadian adalah semasa pemeriksaan utama dan pemeriksaan balas di mana Defendan (SD1) konsisten menyatakan Defendan (SD1) berada di luar kenderaan tersebut semasa kejadian. [26] Walaupun keterangan SP1 menyatakan sebaliknya, namun, melihat 25 kepada tingkah laku dan demeanor Defendan (SD1) sepanjang perbicaraan di mana keterangan Defendan (SD1) adalah sentiasa konsisten, maka, Mahkamah berpendapat keterangan SD1 boleh diterima pakai dan tidak harus ditolak begitu sahaja hanya kerana terdapat S/N GmSvzasMEyvucN4ceOn5g pencanggahan keterangan SP1 dan SD1 mengenai kedudukan SD1 semasa kemalangan. 5 11.2 Pelanggaran kewajipan berjaga-jaga (breach of duty of care) oleh Defendan (SD1). [27] Setelah membuat penilaian bahawa versi diberikan oleh Defendan 10 (SD1) adalah lebih munasabah dan inherently probable dan oleh itu, dalam menggunapakai versi tersebut, Mahkamah seterusnya akan menilai sama ada Defendan (SD1) telah melanggar kewajipan berjaga-jaga (breach of duty of care) kepada pengguna-pengguna jalan raya khususnya kepada Plaintif (SP2) sehingga menyebabkan Plaintif (SP2) 15 mengalami kerugian dan juga kecederaan akibat daripada pelanggaran kewajipan berjaga-jaga (duty of care) tersebut. Dalam menentukan ini, Mahkamah akan menilai berdasarkan isu; 20 11.2.1 Isu berkenaan kegagalan Defendan (SD1) untuk memberikan sebarang isyarat kecemasan kepada pengguna-pengguna jalan raya lain semasa memberhentikan motokar di lorong kecemasan [28] Melalui keterangan oleh Defendan (SD1) , Defendan (SD1) 25 mengakui bahawa semasa Defendan (SD1) memberhentikan motokar di lorong kecemasan, Defendan (SD1) gagal untuk meletakkan kon kecemasan atau segi tiga kecemasan. Fakta ini juga selari dengan keterangan SP1. Semasa pemeriksaan balas, Defendan (SD1) juga S/N GmSvzasMEyvucN4ceOn5g bersetuju bahawa segi tiga kecemasan diperlukan untuk setiap kenderaan. [29] Pencanggahan hanya berlaku berkenaan sama ada Defendan (SD1) ada memasang lampu kecemasan semasa memberhentikan 5 kenderaan motokar tersebut atau tidak. Defendan (SD1), semasa memberi keterangan menyatakan bahawa beliau ada memasang lampu signal seperti yang dilihat dalam ekshibit D2 yang dikemukakan oleh Defendan (SD1) manakala Plantif (SP2) menyatakan sebaliknya. 10 [30] Melalui penelitian pada ekshibit D2, Mahkamah melihat bahawa lampu motokar Defendan (SD1) adalah malap. Semasa perbicaraan, apabila ditanyakan oleh Mahkamah sama ada lampu motokar Defendan (SD1) malap, Defendan (SD1) hanya menjawab, “dia okay Puan tapi tak tahulah kan.” Namun, semasa pemeriksaan balas, 15 Defendan (SD1) tidak bersetuju dengan Peguam Plaintif (SP2) bahawa lampu motokar beliau sedikit malap. [31] Mahkamah dalam menyimpulkan sama ada Defendan (SD1) ada memasang lampu kecemasan atau tidak semasa kejadian, dalam isu 20 ini, adalah cenderung kepada fakta bahawa Defendan (SD1) ada memasang lampu kecemasan motokar beliau. Namun, Mahkamah berpendapat bahawa soalan seterusnya yang harus dijawab adalah adakah lampu kecemasan yang dipasang oleh Defendan (SD1) adalah mencukupi untuk memberi amaran kepada kenderaan-kenderaan lain 25 bahawa Defendan (SD1) telah memberhentikan kenderaan beliau di lorong kecemasan mengambil kira bahawa lampu motokar tersebut, adalah melalui dapatan Mahkamah adalah sedikit malap? S/N GmSvzasMEyvucN4ceOn5g [32] Dalam hal ini, Mahkamah berpendapat bahawa walaupun Defendan (SD1) ada memasang lampu kecemasan, namun, ia adalah tidak mencukupi untuk dijadikan amaran kepada pengguna-pengguna jalan raya lain lebih-lebih lagi dengan mengambil kira bahawa lampu motokar tersebut adalah sedikit malap dan juga keadaan jalan di mana 5 kejadian tersebut berlaku di mana pihak-pihak tidak menafikan bahawa jalan tersebut adalah sangat gelap dan tiada lampu jalan. Mahkamah juga mengambil kira kenyataan SP1 semasa pemeriksaan balas oleh Peguam Defendan di mana SP1 berulang kali menyatakan tempat kejadian adalah sangat gelap dan ada kemungkinan bahawa 10 pengguna-pengguna jalan raya tidak boleh melihat kenderaan tersebut dan seterusnya mengelak daripada melanggar motokar Defendan (SD1). [33] Oleh itu, dalam kes ini, Defendan (SD1) yang telah memberhentikan 15 kenderaan beliau di lorong kecemasan mempunyai kewajipan berjaga-jaga (duty of care) terhadap pengguna-pengguna jalan raya lain dengan memberi amaran yang mencukupi. Namun, Mahkamah berpendapat setelah meneliti semua keterangan dan ekshibit dikemukan, Defendan (SD1) dalam kes ini, telah gagal untuk 20 memberikan amaran yang mencukupi dan langkah yang berjaga-jaga kepada pengguna jalan raya yang lain dan oleh itu, telah melanggar kewajipan berjaga-jaga (breach of duty of care) sehingga menyebabkan Plaintif (SP2) mengalami kecederaan dan kerugian akibat kegagalan tersebut. 25 [34] Justeru, Mahkamah mendapati bahawa Plaintif (SP2) telah berjaya membuktikan tuntutan ini di atas imbangan kebarangkalian.