bulan penjara dari tarikh jatuh hukum (20.10.2021) dan denda 70 RM 5,000.00 dan jika gagal bayar, enam (6) bulan penjara. [5] Perayu/Tertuduh tidak berpuas hati terhadap keputusan Puan Majistret yang bijaksana, dan telah memfailkan rayuan ke atas sabitan dan hukuman yang telah diberikan. 75 [6] Setelah mempertimbangkan hujahan-hujahan bertulis yang difailkan serta hujahan yang dikemukakan secara lisan oleh pihak Perayu/Tertuduh dan pihak Responden/Pendakwa bagi rayuan yang didengar pada 18 Januari 2023, Mahkamah ini telah menolak rayuan 80 Perayu ke atas sabitan dan membenarkan rayuan terhadap hukuman dengan hukuman pemenjaraan diketepikan tetapi denda dinaikkan ke RM8,000 dan jika gagal bayar, 6 bulan penjara. [7] Pihak Pendakwa Raya/Responden tidak berpuas hati ke atas 85 hukuman yang dibenarkan tersebut iaitu hukuman pemenjaraan telah diketepikan dan digantikan dengan hukuman denda RM8,000 dan jika gagal bayar, 6 bulan penjara. Rayuan Pendakwa Raya/Responden adalah keatas hukuman sahaja. Manakala di pihak Perayu/Tertuduh, tiada rayuan yang difailkan ke atas sabitan yang dikekalkan atau 90 hukuman denda yang dinaikkan tersebut. Isu utama [8] Isu utama adalah apabila hukuman pemenjaraan adalah wajib di 95 bawah undang-undang bolehkah hukuman itu tidak dikenakan dengan mengambil kira tempoh reman yang pesalah telah jalani? [9] Berikut adalah alasan-alasan keputusan saya bagi keputusan yang membenarkan rayuan terhadap hukuman tersebut. 100 [10] Di dalam mempertimbangkan hukuman, Puan Majistret telah mengambil kira latar belakang Perayu termasuk latar belakang keluarga Perayu dan juga kesalahan kali pertama Perayu, namun beliau mendapati kepentingan awam adalah melebihi daripada kepentingan Perayu dan 105 seterusnya menjatuhkan hukuman seperti yang telah dijelaskan. PETISYEN RAYUAN PERAYU TERHADAP HUKUMAN YANG DIPERTIMBANGKAN tersebut: [11] Perayu melalui Petisyen Rayuan telah membangkitkan 22 isu tetapi 110 adanya cuma 5 isu mengenai hukuman seperti berikut: a) Puan Majistret Yang Bijaksana telah terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta apabila menjatuhkan hukuman yang "excessive' terhadap Perayu berbanding dengan kesalahan yang dilakukannya. 115 b) Puan Majistret Yang Bijaksana telah terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta apabila gagal mempertimbangkan latar belakang Perayu yang merupakan pesalah pertama dan pesalah muda yang hanya berumur 21 tahun ketika kejadian. c) Puan Majistret Yang Bijaksana telah terkhilaf dari segi undang- 120 udang dan fakta apabila gagal mengaprisasikan bahawa kesalahan yang dilakukan oleh Perayu tiada unsur keganasan atau jenayah. d) Puan Majistret Yang Bijaksana telah terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta apabila menilai faktor kepentingan awam 125 dilindungi sekiranya Perayu dihukum pemenjaraan walaupun kesalahan yang dilakukan oleh Perayu adalah kesalahan trafik dan mengambil kira latar belakang Perayu, pemulihan harus diutamakan daripada “deterrence”; dan e) Puan Majistret Yang Bijaksana telah terkhilaf dari segi undang- 130 undang dan fakta apabila gagal memberi pertimbangan untuk mengunakan seksyen 294 Akta 593 untuk memberikan bon berkelakuan baik kepada Perayu yang merupakan pesalah pertama, pesalah muda dan telah memberikan kerjasama yang baik di sepanjang kes ini. 135 HUJAHAN PERAYU/TERTUDUH (ISU HUKUMAN) [12] Perayu berhujah bahawa hukuman yang diberikan iaitu penjara 6 bulan kepada Perayu adalah keterlaluan dalam kes ini memandangkan Perayu hanya berumur 21 tahun dan ini adalah kesalahan pertama 140 Perayu. Bagi latar belakang Perayu, beliau bekerja sebagai “office boy” dan banyak membantu keluarganya. [13] Perayu berhujah bahawa hukuman penjara bagi tempoh enam (6) bulan tidak patut dikenakan kepada Perayu kerana selain daripada Puan 145 Majistret yang bijaksana telah gagal mempertimbangkan faktor umur Perayu yang hanya berusia 21 tahun, ini adalah kesalahan pertama Perayu dan kesalahan in tidak mempunyai unsur keganasan atau melibatkan mangsa. Kes Luqmanul Hakim Abdul Shukor v Pendakwaraya |2020] MLJU 1383 (H) di mana Ab Karim B. Haji Ab 150 Rahman H telah memutuskan; “[12] Sewajarnya Mahkamah harus elakkan seboleh mungkin dan bergantung kepada jenis kesalahan serta latar belakang pesalah, daripada di hantar ke penjara, lebih-lebih lagi atas kesalahan yang hanya melibatkan 155 kesalahan trafik.” [14] Seterusnya pihak Perayu/Tertuduh menghujahkan bahawa di dalam kes trafik sebegini, kepentingan awam terhadap pesalah dijamin sekiranya Perayu diberi peluang untuk mengubah diri dan tidak 160 mengulangi perbuatan ini. Selepas ditangkap, Perayu telah direman selama 3 hari untuk membantu siasatan dan tempoh reman tersebut telah memberikan trauma dan pengajaran yang secukupnya kepada Perayu untuk tidak mengulangi kesalahan trafik sebegini. 165 [15] Peguam terpelajar turut menghujahkan bahawa hukuman pemenjaraan dapat menjejaskan masa depan Perayu yang baru sahaja ingin memulakan hidup sebagai orang dewasa. Perayu berada dalam "transmission period" dari alam remaja ke alam dewasa dan mula mengetahui tanggungiawab beliau sebagai seorang dewasa. 170 [16] Pihak Perayu/Tertuduh memohon agar hukuman pemenjaraan diketepikan dan digantikan dengan denda. Namun, sekiranya sabitan dikekalkan, dipohon agar hukuman penjara diketepikan dan digantikan dengan denda yang munasabah. 175 HUJAHAN PERAYU/PENDAKWA RAYA (ISU HUKUMAN) [17] Pendakwaan menghujahkan bahawa Puan Majistret telah menepati kehendak prinsip menjatuhkan hukuman kerana Puan Majistret telah mengarahkan mindanya kepada elemen kepentingan awam yang 180 merupakan suatu elemen yang asas dan utama bagi menjatuhkan hukuman. Puan Majistret juga telah mengarahkan mindanya kepada elemen keseriusan kes ini dan telah menyeimbangkan mindanya apabila menuruti prinsip undang-undang apabila telah pun menimbangkan faktor kesalahan pertama perayu. 185 [18] 'Legal test’ di dalam kes rayuan atas hukuman adalah pihak perayu harus menunjukkan bahawa Hakim bicara telah terkhilaf dengan menjatuhkan hukuman yang tidak menepati prinsip-prinsip hukuman yang sah. Perkara ini digariskan di dalam kes Adam Atan v Pendakwaraya 190 [2009] 1 CLJ 33 khususnya di muka surat 36 YAA Gopal Sri Ram, Hakim Mahkamah Rayuan berkata: “In an appeal against sentence, the initial function of this court is one of review only. The fact that each of us sitting separately or together would 195 have imposed a lesser sentence is irrelevant. The appellant must satisfy this court that the sentencing court has either erred in principle or imposed a sentence that manifestly excessive. We find it unnecessary to cite any authority in support of this well-established principle”. 200 [19] Selanjutnya, Seksyen 42(1) Akta 333 memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun dan didenda tidak kurang daripada lima ribu ringgit dan tidak lebih daripada lima belas ribu ringgit dan, dalam hal sabitan kali kedua atau kali kemudian, penjara selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun dan denda tidak kurang 205 daripada sepuluh ribu ringgit dan tidak lebih daripada dua puluh ribu ringgit. [20] Adalah dihujahkan bahawa jika dibandingkan dengan peruntukkan hukuman sedia ada, hukuman yang dijatuhkan oleh Puan Majistret ini 210 adalah hukuman minimum i.e. penjara 6 bulan dari tarikh jatuh hukum 20.10.2021 dan denda sebanyak RM5000.00 gagal bayar (6) bulan penjara. Dengan mengambil kira bahawa ini adalah kes perbicaraan penuh dan bukannya kes pengakuan salah yang mewajarkan diskaun, hukuman yang dijatuhkan adalah sangat sedikit. Jadi ianya adalah 215 hukuman yang bertepatan dan bukanlah suatu yang manifestly excessive. Di dalam R v Ball [1951] 35 Cr App R 164; ianya telah diputuskan: "Our law does not ... fix the sentence for a particular crime, but fixes a 220 maximum sentence and leaves it to the court to decide what is, within that maximum, the appropriate sentence for each criminal in the particular circumstances of each case. Not only in regard to each crime, but in regard to each criminal, the court has the right and the duty to decide whether to be lenient or severe”. 225 [21] Pihak Pendakwa Raya turut menghujahkan bahawa hukuman 'bon berkelakuan baik' tanpa hukuman berbentuk pemenjaraan menunjukkan kepentingan Perayu telah dilebihkan dan tidak mencerminkan konsep keseimbangan antara kepentingan awam dan kepentingan Perayu. 230 Sungguh pun fakta kes menunjukkan kesalahan yang dilakukan oleh perayu tidak melibatkan perlanggaran dengan pengguna jalan raya yang lain, namun sifat semula jadi kesalahan tersebut telah menunjukkan terdapat ancaman bahaya ke atas pelaku kesalahan itu sendiri serta pengguna jalan raya yang lain. 235 ANALISIS DAN KEPUTUSAN MAHKAMAH INI [22] Setelah mempertimbangkan hujahan-hujahan yang dikemukakan secara bertulis dan secara lisan, dan setelah meneliti rekod-rekod rayuan 240 bagi kes ini, Mahkamah berpendapat penilaian keterangan dan dapatan fakta serta undang-undang yang disandarkan oleh Puan Majistret yang bijaksana bagi sabitan adalah selamat dan tidak mewajarkan gangguan oleh Mahkamah ini tertakluk kepada apa yang akan dikatakan selepas ini. 245 [23] Walau bagaimanapun, bagi hukuman yang dijatuhkan ke atas Perayu/Tertuduh, merujuk kepada kedudukan Perayu/Tertuduh yang merupakan seorang pesalah muda yang berusia 21 tahun ketika kejadian dan turut merupakan pesalah kali pertama, Mahkamah mendapati hukuman pemenjaraan yang diberikan adalah berat dan tidak mencapai 250 kepada maksud hukuman yang bersifat pencegahan dan kesedaran. Di dalam kes Pendakwaraya v Muhammad Zharif Marzuki [2012] 1 LNS 374, telah merujuk kepada kes klasik Rex v. Kenneth John Ball 35 Cr. App. R. 164 yang menyatakan; 255 “In deciding the appropriate sentence a court should always be guided by certain considerations. The first and foremost is the public interest. The criminal law is publicly enforced, not only with the object of punishing crime, but also in the hope of preventing it. A proper sentence, passed in public, serves the public interest in two ways. It may deter others who might be 260 tempted to try the crime as seeming to offer easy money on the supposition, that if the offender is caught and brought to justice, the punishment will be negligible. Such a sentence may also deter the particular criminal from committing a crime again, or induce him to turn from a criminal to an honest life. The public is indeed served, and best served, if the offender is induced 265 to turn from criminal ways to honest living..." [24] Justeru, mengambil pendekatan bahawa di dalam kes ini, kesalahan yang dilakukan oleh Perayu/Tertuduh di dalam usia yang sebegitu muda, melakukan kesalahan ini buat kali pertama dan juga tiada 270 mangsa yang terlibat, hukuman yang sesuai perlu dipertimbangkan agar ianya dapat mencegah Perayu/Tertuduh daripada melakukan kesalahan yang sama dan bukannya hukuman yang semata-mata bersifat menghukum. Di dalam usia yang sebegitu muda, hukuman pemenjaraan dilihat tidak sesuai diberikan ke atas beliau. Mahkamah merujuk kepada 275 kes Reg v Sargeant (1974) 60 Cr App R 74, 77 yang menjelaskan; "There are two aspects of deterrence: deterrence of the offender and deterrence of likely offenders." 280 [25] Bagi hukuman berbentuk bon berkelakuan baik seperti yang dicadangkan oleh peguam Perayu/Tertuduh seawal kes di peringkat Mahkamah Majistret, Mahkamah berpendapat kesalahan ini adalah serius kerana boleh membawa kepada kemalangan bukan sahaja kepada diri Perayu/Tertuduh sendiri tetapi juga kepada orang awam. Ianya tidak 285 harus dibenarkan tanpa sekatan dan hukuman yang diberikan perlu menjadi pengajaran kepada Perayu dan perlu selaras dengan kepentingan awam bagi menangani kekerapan kesalahan sebegini daripada berlaku lagi. 290 [26] Semasa hujahan lisan bagi rayuan dikemukakan pada 18 Januari 2023, Timbalan Pendakwa Raya yang terpelajar telah kepada suatu soalan yang dibangkitkan oleh saya bahawa [nampaknya] tiada adanya hukuman minima, telah menjawab “ya, saya setuju tetapi kami berhujah 6 bulan pemenjaraan adalah tepat.” 295 [27] Justeru, Mahkamah ini berpandangan memandangkan Perayu/Tertuduh tidak mempunyai rekod lampau, seorang pesalah muda, tiada mangsa yang terlibat, dan telah direman tiga hari, rayuan mengenai pemenjaraan adalah dibenarkan dan diketepikan, tetapi mengambil kira 300 keseriusan kesalahan ini dan melibatkan kepentingan awam, Mahkamah menggunakan kuasa sedia ada untuk meninggikan denda dan hukuman denda menjadi RM 8,000.00 gagal bayar 6 bulan penjara. Mahkamah ini selanjutnya di atas semakan dan penelitian lanjut (“upon reflection”) mendapati Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 305 memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun dan didenda tidak kurang daripada lima ribu ringgit dan tidak lebih daripada lima belas ribu ringgit dan, dalam hal sabitan kali kedua atau kali kemudian, penjara selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun dan denda tidak kurang daripada sepuluh ribu ringgit dan tidak lebih daripada 310 dua puluh ribu ringgit. [28] Di dalam kes Public Prosecutor v Dato Alimikadi bin Dato Hadi [2022] MLJU 1718 yang menjelaskan seperti berikut; 315 “[47] With regards to whether the words ‘shall also be punished with whipping’ connotes a mandatory sentence or discretionary, the intention of the Parliament as explained in the Hansard, the 7th Parliament’s First Session, 4th December 1986 is clear that the whipping sentence under section 39A of the DDA is mandatory, as it is couched with the words ‘shall 320 also be punished with whipping’. See PP v. Mohamad Ramadzan Mohd Yusof [2021] 1 LNS 1345. [48] Further the case of PP v. Hassan Ali Abdul Razak [2016] 9 CLJ 584 denote that the words “shall be punished with” gives no discretion to the 325 court. [49] Therefore in exercise of my powers of revision, the mandatory whipping that was left out by the learned Magistrate is hereby imposed to the extent of 3 strokes in addition to the 24 months imprisonment that was imposed by 330 the learned Magistrate.” [29] Keputusan Hakim Mahkamah Tinggi di dalam kes PP v. Hassan Ali Abdul Razak (supra) ini telah dipersetujui oleh Mahkamah Rayuan semasa pendengaran rayuan tersebut seperti yang telah dinyatakan di 335 dalam kes PP v. Mohd Firdaus Mohamed Fuad [2022] 1 LNS 1437 yang menyatakan seperti berikut; “[24] On appeal against this ruling to the Court of Appeal in Criminal Appeal No. B-09(H)-302-08-2016 (unreported), it was agreed by the Court of Appeal 340 that the words "be liable" confers discretionary power as opposed to the term "shall be liable punished" which connotes the element of mandatoriness.” [30] Mahkamah mengambil maklum bahawa di bawah seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 perkataan bagi hukuman pemenjaraan 345 adalah “shall on conviction be punished with imprisonment for a term not exceeding five years” dan maka mengikut otoriti-otoriti yang disebut di atas, pemenjaraan adalah wajib. [31] Dalam kes Luqmanul Hakim bin Abdul Shukor (supra) Ab Karim 350 Bin Ab Rahman H. telah memutuskan: “Tuan Majistret dalam menyatakan hukuman ke atas Perayu hanya mempertimbangkan atas faktor pemberatan. Tanpa mempertimbangkan secara seimbang akan faktor usia muda Perayu, kesalahan pertama Perayu 355 serta latar belakang Perayu. Tuan Majistret telah khilaf tanpa mengarahkan dirinya untuk mempertimbangkan faktor-faktor mitigasi Perayu tersebut. Jika dipertimbangkan keseluruhannya didapati hukuman yang dijatuhkan oleh Tuan Majistret adalah melampau beratnya dalam hal keadaan kes ini. Dengan itu perintah 8 bulan penjara diketepikan. Bagi 360 mematuhi kehendak penjara yang mandatori yang ditetapkan dibawah seksyen 42(1) Akta maka mahkamah gantikan hukuman penjara itu kepada satu (1) hari penjara yang tidak memerlukan Perayu dimasukkan ke penjara.” 365 [32] Di bawah seksyen 282(d) Kanun Tatacara Jenayah Akta 593 adalah diperuntukkan seperti berikut: “With regard to sentences of imprisonment the following provisions shall be followed: