Content
DALAM MAHKAMAH TINGGI DI SHAH ALAM DI DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN PERBICARAAN JENAYAH NO: BA-45A-77-04/2022 ANTARA PENDAKWA RAYA LAWAN MUHAMMAD NUR BIN IBRAHIM NO.KP: 940209-03-5213 ALASAN PENGHAKIMAN
BA-45A-77-04/2022
High Court of Malaysia23 Jun 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“cutions under the Dangerous Drugs Ordinance a lack of evidence in this connection may be made good by the statutory presumptions contained in that Ordinance. But there are no such presumptions in the Common Gaming Houses Ordinance nor are there any such **Note : Serial number will be used to verify the originality of t”
“mething in the evidence to satisfy the Court that the person who is physically in a position to deal with the thing as his own had the intention of doing so. It is true that in prosecutions under the Dangerous Drugs Ordinance a lack of evidence in this connection may be made good by the statutory presumptions contained”
“) juga merujuk kepada keputusan PP v Datuk Harun bin Haji Idris & Ors [1977] 1 MLJ 180 di muka surat 183 yang mana Abdoolcader J telah memutuskan - “And secondly, in the context of section 92 of the Evidence Act, the clause ... would appear to refer to bilateral instruments and dispositive documents only, such contract”
“person can be convicted it is necessary in addition to prove mens rea. And for this purpose as was pointed out by Gordon-Smith Ag. C.J. in the case of Toh Ah Loh and Mak Thim v. Rex [1948] 1 LNS 72; [1949] MLJ 54, supra, it is necessary to prove that the person in possession knows the nature of the thing possessed. If”
“] The idea of exclusivity features in the meaning of 'possession' in criminal law as one of the elements necessary to constitute possession. As Taylor J said in Leow Nghee Lim v. Reg [1955] 1 LNS 53; [1956] MLJ 28: '... It is often said that 'possession must be exclusive'. This is ambiguous. Possession need not be excl”
“al number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal mempunyai akses ke atas unit kedua. Rujuk Mahkamah Persekutuan di dalam kes Ghasem Gharezadehsharbiani Hassan v PP [2014] CLJU 752; [2014] 1 LNS 752.”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
DALAM MAHKAMAH TINGGI DI SHAH ALAM DI DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN PERBICARAAN JENAYAH NO: BA-45A-77-04/2022 ANTARA PENDAKWA RAYA LAWAN MUHAMMAD NUR BIN IBRAHIM NO.KP: 940209-03-5213 ALASAN PENGHAKIMAN
1
Muhammad Nur Ibrahim (OKT) telah dipertuduhkan dengan pertuduhan berikut: Bahawa kamu pada 07.12.2021 jam lebih kurang 6:30 petang bertempat di Lot 428-02 Kg Changkat, dalam Daerah Gombak, dalam Negeri Selangor, telah mengedar dadah berbahaya iaitu Methamphetamine seberat 56.21 gram dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) Akta yang sama. Hukuman: Mati atau penjara seumur hidup hendaklah, jika dia tidak dihukum dengan hukuman mati, dihukum dengan sebatan yang tidak kurang daripada dua belas tahun.
2
OKT tidak mengaku salah apabila pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa Mahkamah. OKT mohon dibicarakan.
3
Di akhir kes pendakwaan, Mahkamah setelah menilai secara maksima keterangan dan kredibiliti saksi pendakwaan, Mahkamah memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah gagal membuktikan intipati pertuduhan. Oleh itu, pihak pendakwaan gagal membuktikan suatu kes prima facie terhadap OKT. Berasaskan kepada seksyen 180(2) Kanun Tatacara Jenayah (KTJ), Mahkamah memutuskan untuk melepas dan membebaskan OKT daripada pertuduhan.
4
Tidak berpuas hati atas keputusan Mahkamah, pihak pendakwaan telah merayu ke Mahkamah Rayuan melalui Notis Rayuan bertarikh 3 Julai 2025.
5
Pihak Pendakwaan telah memanggil seramai 6 orang saksi bagi membuktikan kes terhadap OKT iaitu seperti berikut: SP1 Ab Manan Bin Mahmood (Pemilik Rumah) SP2 L/KPL 198832 Muhammad Aiman Bin Md Ali (Jurustor) SP3 ASP G/21556 Mohd Rashshidy bin Ab Rahman @ Ab Rahim (Pegawai Serbuan) SP4 Hairul Nizwan Bin Ab Manap (Ahli Kimia) SP5 SI/D 118329 Mohd Yusoff Bin Baharin (Anggota Serbuan)
6
Pada 7.12.2021 jam lebih kurang 1815 hrs, bertindak atas maklumat dadah, SP3 mengetuai sepasukan polis dari JSJN IPK Selangor yang terdiri daripada D/Si 118329, D/Sjn 124451, Sjn/W 141799, D/Sjn 177724, D/Kpl 171392, Kpl 177932, Kpl 191793 dan Konst 208909 telah membuat serbuan di Lot 428-03, Kg Changkat, Gombak, Selangor.
7
Sampai di alamat lot 428-03 (selepas ini dirujuk “unit pertama”), SP3 mendapati (1) lelaki melayu (B1) di hadapan rumah dan pintu rumah dalam keadaan terbuka. Setelah perkenalkan diri polis dengan menunjukkan kad kuasa, SP3 telah tahan saspek (B1) seterusnya terus masuk ke dalam rumah dan sekali lagi perkenalkan diri polis dengan menunjukkan kad kuasa tahan lagi (2) lelaki melayu iaitu (B2 dan B3) di dalam rumah.
8
SP3 telah bacakan kata-kata amaran di bawah seksyen 37B (1) (b) ADB 1952 kepada ketiga-tiga saspek, kemudian saspek (B2) telah menyerahkan dengan tangan kanannya (1) pouch (pouch) berzip di dalamnya terdapat (2) peket plastik lutsinar berisi bahan disyaki dadah jenis syabu (Anggaran Berat: 1.6 Gram).
9
Semasa pemeriksaan dijalankan telah datang B4/OKT, masuk ke dalam rumah tersebut. Setelah perkenalkan diri polis dengan menunjukkan kad kuasa, SP3 telah tahan OKT dan buat pemeriksaan badan telah merampas (1) rangkai kunci yang mengandungi (5) anak kunci dari dalam genggaman tangan kanan OKT. SP3 terangkan kesalahan, rampas barang kes dan tangkap kesemua saspek untuk tindakan selanjutnya. Butir-butir tangkapan adalah seperti berikut:
1
Mohd Fadly Bin Johan (B1)
2
Mohamad Fathurrahma Bin Mohd Mazlan (B2) No K/P Baru : 900110035815 3. Wan Mohd Nafiza Bin Firdaus (B3) No K/P Baru : 860731295421 4.
10
Seterusnya, pada 7.12.2021 jam lebih kurang 1830 hrs SP3 mengetuai sepasukan polis dari JSJN IPK Selangor yang terdiri daripada D/Si 118329, Sjn/W 141799 dan Konst 208909 dengan dipandu arah oleh OKT telah unit bersebelahan Lot 428-02 (selepas ini dirujuk sebagai “unit kedua’), Kg Changkat, Gombak, Selangor yang mana pintu rumah dalam keadaan terbuka. SP3 masuk ke dalam rumah dan telah tahan (1) perempuan melayu bernama Shafaah Binti Azmi (B5) yang sedang duduk di ruang tamu rumah tersebut setelah perkenalkan diri polis dengan menunjukkan kad kuasa.
11
Dengan menggunakan kunci yang dirampas daripada OKT, SP3 telah berjaya membuka pintu tingkat satu kabinet berkunci yang berada di dalam bilik pertama rumah tersebut. Dengan disaksikan oleh OKT, perempuan Melayu tersebut dan saksi polis, SP3 membuat pemeriksaan di dalam kabinet tersebut telah menjumpai (1) pouch kain berzip bertulisan “porter” warna merah di dalamnya terdapat (3) peket plastik lutsinar berisi bahan disyaki dadah jenis syabu (Anggaran Berat: 76 Gram).
12
Turut dirampas di dalam pouch tersebut (1) surat LALAMOVE yang terdapat nama: Muhammad Nur Bin Ibrahim, Nombor K.P: 94020903-5213 dan (1) alat penimbang digital. SP3 terangkan kesalahan, rampas kesemua barang kes dan membuat tangkapan ke atas B1, B2, B3, OKT dan B5 untuk tindakan selanjutnya.
13
Bagi membuktikan OKT melakukan kesalahan di bawah seksyen 39B ADB 1952 sepertimana di dalam pertuduhan pihak Pendakwa Raya perlu membuktikan intipati berikut:
a
Dadah yang dirampas adalah dadah berbahaya.
b
OKT mempunyai kawalan dan jagaan terhadap dadah tersebut.
c
OKT mempunyai pengetahuan terhadap dadah tersebut .
d
OKT mengedar dadah tersebut. INTIPATI PERTUDUHAN YANG PERLU DIBUKTIKAN ELEMEN PERTAMA: IDENTITI DADAH
14
Pihak pendakwaan menghujahkan bahawa identiti dadah yang dirampas SP3 tidak dipertikaikan. Barang rampasan telah dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia untuk dianalisa oleh SP4 dan hasil analisa adalah sebagaimana yang terkandung dalam laporan kimia P17.
15
Oleh hal yang demikian, tidak timbul isu bahawa barang rampasan merupakan dadah berbahaya sebagaimana dalam jadual Akta Dadah Berbahaya 1952 yang menjadi intipati dalam pertuduhan terhadap OKT.
16
JAGAAN TERHADAP DADAH YANG DIRAMPAS Pihak pendakwaan menghujahkan elemen kawalan dan jagaan OKT terhadap barang kes dadah yang dijumpai dalam pouch kain berzip bertulisan porter warna merah [eksibit P6(A)] di dalamnya terdapat (3) peket plastik lutsinar [eksibit P6(A1)], [P6(A2)] dan [P6(A3)] berisi dadah jenis Methamphetamine seberat 56.21 gram. Ia dijumpai di dalam tingkat satu kabinet berkunci yang berada di dalam bilik pertama rumah yang disewa oleh OKT. Menururt keterangan SP3 iaitu pegawai serbuan yang yang membuat pemeriksaan semasa kejadian berlaku, beliau membuka pintu tingkat satu kabinet berkunci kerana OKT enggan membuka kabinet tersebut.
17
Turut dijumpai di dalam pouch [eksibit P6(A)], (1) surat LALAMOVE yang terdapat nama: Muhammad Nur Bin Ibrahim, Nombor K.P: 94020903-5213 [P19] dan (1) alat penimbang digital [P20].
18
Semasa SP3 mula-mula menahan OKT di rumah no. unit pertama, SP3 ada bertanya pada OKT ini kunci apa. OKT beritahu ini kunci rumah beliau di unit kedua. Semasa SP3 memasuki rumah no. unit kedua bersama OKT dan pasukan serbuan, SP3 juga bertanya kepada OKT ini kunci bilik yang mana? OKT kata bilik pertama.
19
Bagi dadah yang dijumpai dalam [P6(A)], keterangan yang menunjukkan OKT mempunyai milikan sebenar terhadap dadah yang dijumpai adalah kerana kunci [P18] yang digunakan untuk membuka tingkat satu kabinet berkunci dirampas dari dalam genggaman tangan kanan OKT dan di dalam [P6(A)] juga mengandungi barang peribadi OKT iaitu [P19]. Keterangan SP3 ini juga disokong oleh keterangan anggota serbuan iaitu SP5.
20
Keterangan dari SP1 iaitu Ab Manan Bin Mahmood mengesahkan bahawa rumah tersebut disewa oleh OKT sejak 3.11.2020 sehingga OKT ditangkap pada tahun 2021 menurut perjanjian OKT sewa rumah tersebut selama 2 tahun, mulai 3.11.2020 sehingga 2.11.2022. Oleh yang demikian, keterangan adalah jelas bahawa rumah tersebut sememangnya disewa dan didiami oleh OKT pada masa kejadian.
21
Oleh itu, pihak pendakwaan berhujah bahawa OKT sebenarnya mempunyai kawalan dan jagaan ke atas dadah yang dijumpai dalam tingkat satu kabinet tersebut.
22
TERHADAP DADAH YANG DIRAMPAS Pihak pendakwaan menghujahkan OKT mempunyai pengetahuan berkenaan barang kes tersebut berdasarkan kepada perbuatan OKT itu sendiri sebagaimana berikut: i) Kunci tingkat satu kabinet yang mana dijumpai telah dirampas daripada genggaman tangan kanan OKT; ii) OKT telah memandu arah SP3 ke rumah sewanya dan membawa SP3 ke dalam bilik pertama rumah; iii) Pouch eksinit P6(A) yang dijumpai oleh pihak polis berada dalam ruangan tingkat satu kabinet berkunci yang berada dalam bilik pertama rumah sewa OKT. iv) Turut dijumpai di dalam P6(A) selain dadah, adalah barang peribadi milik OKT iaitu surat LALAMOVE yang tercatat nama OKT dan alat penimbang digital. v) Reaksi muka OKT dalam keadaan terkejut dari mula tangkapan sehingga barang kes dadah ditemui.
23
Perbuatan OKT yang memandu arah SP3 yang dinyatakan di atas terjumlah kepada perbuatan selepas atau subsequent conduct di bawah seksyen 8 Akta Keterangan 1950.
24
Pihak pendakwaan menghujahkan dadah yang dijumpai tersembunyi di dalam pouch di bahagian tingkat satu kabinet berkunci di dalam bilik pertama rumah sewa OKT. Walaupun kedudukan dadah yang dijumpai tersembunyi dan tersorok, tidak bermakna OKT tidak mempunyai pengetahuan mengenainya.
25
Kedudukan dadah yang dijumpai tersembunyi dan tersorok ini boleh dikaitkan dengan pengetahuan OKT berdasarkan fakta OKT menggunakan cara sepouchini untuk menyembunyikan dadah bagi mengelakkan daripada dikesan oleh pihak Polis. Jelas dapat dilihat daripada cara pembungkusan dadah yang ditemui dan cara dadah ini disembunyikan menunjukkan OKT mempunyai niat untuk mengelakkan dadah ini ditemui oleh pihak berkuasa.
26
Pihak pendakwaan selanjutnya menghujahkan yang Mahkamah boleh membuat inferen bahawa OKT menggunakan cara sepouchini untuk menyembunyikan dadah bagi mengelakkan daripada dikesan oleh pihak Polis. Keadaan barang kes yang dijumpai sememangnya telah dibungkus dengan peket-peket plastik berisi dadah dan disembunyikan di dalam kabinet berkunci tersebut. Tindakan OKT menyembunyikan dadah ini terjumlah kepada pengetahuan OKT sendiri yang akan menggunakan pelbagai cara dan strategi untuk menyimpan dadah secara tersembunyi.
27
Walaupun kelakuan OKT yang menurut sahaja arahan SP3 dan pasukan serbuan ini tidak bermaksud OKT tiada pengetahuan mengenai dadah yang dirampas. Pihak pendakwaan merujuk kepada kes Teh Hock Leong v Public Prosecutor [2010] 1 MLJ 741[Tab 11] muka surat 745 sebagai sandaran.
28
Pihak pendakwaan berhujah ketika serbuan OKT telah dikepung dengan anggota serbuan termasuk SP3. Jelas di sini, OKT tiada ruang dan peluang untuk bertindak melarikan diri ataupun berkelakuan agresif kerana OKT sudah tahu jika OKT bertindak sedemikian, OKT tidak akan berjaya melepaskan diri, malahan akan menimbulkan kecurigaan oleh pasukan serbuan bahawa OKT ada menyimpan barang salah.
29
Tambahan pula, OKT sudah tahu dadah tersebut disembunyikan dan disorok di dalam tingkat satu kabinet berkunci di rumah sewanya yang mana kemungkinan besar sukar ditemui oleh pasukan serbuan. Oleh itu, kelakuan OKT yang menurut sahaja arahan SP3 dan pasukan serbuan ini tidak bermaksud OKT tiada pengetahuan mengenai dadah tersebut.
30
Oleh hal yang demikian, berdasarkan nas undang-undang di atas pihak pendakwaan hujahkan bahawa tindakan OKT yang memandu arah SP3 ke rumah sewa OKT, keadaan reaksi OKT yang dalam keadaan terkejut dan cara dadah tersebut disembunyikan sebenarnya menunjukkan yang OKT tahu bahawa kandungan dalam P6(A1), P6(A2), dan P6(A3) merupakan dadah berbahaya.
31
ELEMEN KEEMPAT: OKT MENGEDAR Bagi pembuktian elemen mengedar, pihak pendakwaan menggunakan anggapan pengedaran dalam seksyen 37 (da) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang menyatakan seperti berikut: Section 37. Presumptions In all proceedings under this Act or any regulation made thereunder— (da) any person who is found in possession of –
XVI
(xvi) 50 grammes or more in weight of Methamphetamine;
32
Memandangkan berat bersih dadah dalam kes ini adalah sebanyak 56.21gram Methamphetamine, OKT dikatakan dianggap memiliki dadah tersebut bagi tujuan pengedaran.
33
Pihak pembelaan menghujahkan secara serius mengenai beberapa kelompangan seperti berikut:
a
Eksibit P7 Borang senarai geledah di Unit unit pertama yang melibatkan tangkapan B1, B2 dan B3 serta B4(OKT) tidak dinyatakan dalam tangan siapa serangkai kunci yang dirampas.
b
Eksibit P11 Borang serah terima barang kes dari pegawai serbuan (SP3) dan pegawai penyiasat (SP7) menyatakan serangkai kunci dirampas. Walau bagaimanapun, tidak dinyatakan ditangan siapa ia dirampas.
c
Eksibit P8 Borang senarai geledah di unit kedua yang melibatkan tangkapan B4(OKT) dan B5. Terdapat pindaan dengan tulisan tangan dibuat berhubung satu rangkai kunci yang mengandung 4 batang anak kunci dan dipinda kepada 5 batang anak kunci. Siapa yang membuat pindaan adalah dipertikaikan kerana tidak ada tandatangan. Pouchitu juga dari siapa serangkai kunci tersebut dirampas juga tidak dinyatakan.
d
P4 gambar rumah unit pertama dan unit kedua. Saksi-saksi pendakwaan SP1, SP3 dan SP7 memberi keterangan berbeza mengenai bagaimana nombor rumah dikenalpasti yang sememangnya nombor rumah tidak jelas di dalam gambar P4.
e
Telefon bimbit yang dirampas dari B1 dan B2 tidak dihantar ke makmal forensik untuk dianalisa untuk membuktikan penglibatan B4(OKT).
f
P17 laporan kimia oleh SP4 yang terkandung analisa bagi kedua-dua dadah yang dirampas dari unit 428-03 dan 428-02.
g
B5 yang ditangkap di unit kedua tidak dipanggil sebagai saksi. Kegagalan ini amatlah kritikal kepada kes pendakwaan kerana pihak pendakwaan gagal membuktikan pengecualian B5 akses kepada rumah unit kedua yang diduduki oleh OKT.
h
B1, B2, B3 telah gagal dipanggil oleh pendakwaan. Kegagalan tersebut menyebabkan kelompangan kepada kes pendakwaan kerana dadah yang dijumpai di unit pertama yang melibatkan B1, B2, B3 dan B4 adalah yang sama jenisnya dengan dadah yang dirampas di unit kedua yang mana barang kes dadah dalam kes ini dijumpai.
i
Pihak pendakwaan gagal menggunapakai seksyen 47 dan 49 Kanun Tatacara Jenayah untuk mendapatkan waran untuk memastikan kehadiran saksi-saksi penting dalam kes ini. PRINSIP UNDANG-UNDANG DI AKHIR KES PENDAKWAAN
34
Prinsip undang-undang adalah mantap berkaitan beban pembuktian di akhir kes pendakwaan terletak di pihak pendakwaan yang mesti membuktikan suatu kes prima facie di bawah seksyen 180 Kanun Tatacara Jenayah. Rujuk Mohd Radhi bin Yaakop v PP [1991] 1 CLJ Rep 311; [1991] 6 MLJ 169, Low Kow Chai & Anor v PP [2003] 2 MLJ 65; [2003] 1 CLJ 734, Balachandran v PP [2005] 2 MLJ 301; [2005] 1 CLJ 85. 7
35
Menurut kes Looi Kow Chai v PP [2003] 1 CLJ 734;
2203
2 MLJ 65, Mahkamah Rayuan dengan menerimapakai prinsip undang-undang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan menggariskan panduan berkaitan penentuan kes prima facie seperti berikut: “It therefore follows that there is only one exercise that a judge sitting alone under s. 180 of the CPC has to undertake at the close of the prosecution case. He must subject the prosecution evidence to maximum evaluation and to ask himself the question: if I decide to call upon the accused to enter his defence and he elects to remain silent, am I prepared to convict him on the totality of the evidence contained in the prosecution case? If the answer is in the negative then no prima facie case has been made out and the accused would be entitled to an acquittal.”
36
Dengan berpandukan kepada prinsip kes di atas, Mahkamah ini hendaklah membuat penilaian maksima ke atas keterangan saksi pendakwaan yang dikemukakan bagi menentukan kes prima facie terhadap Tertuduh. ANALISA DAN DAPATAN MAHKAMAH
32
Mengenai elemen pertama identiti dadah, Mahkamah berpuas hati barang kes dadah yang dijumpai sepertimana eksibit P8 yang dikemukakan di Mahkamah adalah barang kes yang sama yang dirampas oleh SP3, yang diserahkan kepada SP6 untuk diserahkan kepada Hairul Nizwan bin Ab Manap, ahli kimia (SP4). Dadah yang sama yang dikemukakan di Mahkamah telah dianalisa oleh SP4 berdasarkan Laporan kimia yang ditandakan sebagai eksibit P17. Merujuk kepada kes Gunalan Ramachandran & Ors v Public Prosecutor [2004] 4 CLJ 551; [2004] 4 MLJ 489; [2004] 6 AMR 189, apa yang mustahak di dalam kes yang melibatkan pengedaran dadah bahawa pihak pendakwaan mestilah membuktikan bahawa barang kes yang dijumpai adalah yang sama dianalisa oleh ahli kimia dan OKT telah dipertuduhkan dengan pertuduhan pengedaran yang berkait dengan dadah tersebut. Rantaian keterangan barang kes adalah penting dalam tempoh masa ia dijumpai sehinggalah selesainya barang kes dianalisa oleh ahli kimia. Oleh itu, Mahkamah merumuskan bahawa rantaian keterangan berhubung barang kes dadah adalah utuh dan tidak terputus.
33
Manakala isu dibangkitkan pihak pembelaan mengenai SP4 telah menyediakan Laporan Kimia eksibit P17 yang mengandungi dadah yang dijumpai di unit pertama dan unit kedua bersekali dalam satu laporan yang menunjukkan mengenai dadah yang dirampas daripada B1 dan OKT di dalam kes ini. B1 tidak dipertuduhkan bersama dengan OKT. Malahan B1 telah dipertuduhkan di Mahkamah Majistret Selayang. Oleh itu, pihak pembelaan menghujahkan terputusnya rantaian barang kes dadah.
34
Mahkamah ini berpandangan adalah wajar SP4 menyediakan laporan berasingan bagi kes yang melibatkan B1 dan OKT dalam kes ini untuk mengelakkan daripada isu sepouchini dibangkitkan. Namun, SP4 telah memberi keterangan bahawa beliau telah membuat analisa berasingan untuk pouch berzip bertanda “BB” yang melibatkan OKT dan pouch berzip bertanda “BK” melibatkan B1 sepertimana perenggan a. dan b laporan kimia eksibit P17. Oleh itu, Mahkamah berpandangan dengan penjelasan yang diberikan, ia tidak menimbulkan keraguan atau mencacatkan laporan kimia eksibit P17.
35
Oleh itu, adalah dirumuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan elemen pertama. ELEMEN KEDUA : OKT MEMPUNYAI KAWALAN, JAGAAN, MILIKAN SERTA PENGETAHUAN TERHADAP
36
Haruslah ditekankan di sini bahawa dadah yang dijumpai di dalam pouch berzip dalam almari kabinet berpintu bukannya dijumpai di badan OKT. Sebaliknya, pihak pendakwaan mengaitkan OKT dengan dadah tersebut berdasarkan kepada kunci kabinet berkunci dalam genggaman OKT dan bersandarkan kepada inferen bahawa OKT mengetahui mengenai dadah tersebut bersandarkan kepada surat Lalamove atas nama OKT di dalam pouch berkenaan.
37
Bagi elemen kedua, elemen milikan merupakan intipati penting yang mesti dibuktikan oleh pihak pendakwaan. Untuk elemen tersebut, pihak pendakwaan hendaklah membuktikan elemen jagaan dan kawalan serta pengetahuan OKT berkaitan barang kes dadah.
38
Dalam hal ini, kes yang sering dirujuk Chan Pean Leon V. Public Prosecutor [1956] 22 MLJ 237 di muka surat 239 telah memberikan panduan kepada Mahkamah seperti berikut: "Possession" itself as regards the criminal law is described as follows in Stephen's Digest (9th Edition, page 304):- "A moveable thing is said to be in the possession of a person when he is so situated with respect to it that he has the power to deal with it as owner to the exclusion of all other persons, and when the circumstances are such that he may be presumed to intend to do so in case of need." To put it otherwise, there is a physical element and a mental element which must both be present before possession is made out. The accused must not only be so situated that he can deal with the thing as if it belonged to him, for example have it in his pocket or have it lying in front of him on a table. It must also be shown that he had the intention of dealing with it as if it belonged to him should he see any occasion to do so, in other words, that he had some animus possidendi. Intention is a matter of fact which in the nature of things cannot be proved by direct evidence. It can only be proved by inference from the surrounding circumstances. Whether these surrounding circumstances make out such intention is a question of fact in each individual case. If a watch is in my pocket then in the absence of anything else the inference will be clear that I intend to deal with it as if it were my own and accordingly I am in possession of it. On the other hand, if it is lying on a table in a room in which I am but which is also frequently used by other people then the mere fact that I am in physical proximity to it does not give rise to the inference that I intend to deal with it as if it belonged to me. There must be some evidence that I am doing or having done something with it that shows such an intention. Or it must be clear that the circumstances in which it is found show such an intention. It may be found in a locked room to which I hold the key or it may be found in a drawer mixed up with my own belongings or it may be found, as occurred in a recent case, in a box under my bed. The possible circumstances cannot be set out exhaustively and it is impossible to lay down any general rule on the point. But there must be something in the evidence to satisfy the Court that the person who is physically in a position to deal with the thing as his own had the intention of doing so. It is true that in prosecutions under the Dangerous Drugs Ordinance a lack of evidence in this connection may be made good by the statutory presumptions contained in that Ordinance. But there are no such presumptions in the Common Gaming Houses Ordinance nor are there any such presumptions in relation to possession of stolen property. Once possession is proved then before the accused person can be convicted it is necessary in addition to prove mens rea. And for this purpose as was pointed out by Gordon-Smith Ag. C.J. in the case of Toh Ah Loh and Mak Thim v. Rex [1948] 1 LNS 72; [1949] MLJ 54, supra, it is necessary to prove that the person in possession knows the nature of the thing possessed. If the thing, as in Toh's case, is in a box which itself is in the possession of the accused it must be proved that he knew what was in the box. If, as in Lee's case, it was a lottery document it must be proved that he knew it was a lottery document. Here again knowledge cannot be proved by direct evidence, it can only be proved by inference from the surrounding circumstances. Again the possible variety of circumstances which will support such an inference is infinite. There may be something in the accused's behaviour that shows knowledge, or the nature of the thing may be so obvious that it is possible to say "he must have known what it was" or, again in cases under the Dangerous Drugs Ordinance, there may be a statutory presumption which fills a gap in the evidence."
39
Manakala nas undang-undang adalah jelas bahawa milikan terhadap dadah tidak semestinya bersifat eksklusif. Mahkamah ini perlu berpuas hati bahawa tertuduh berkeupayaan untuk berurusan dengan dadah tersebut iaitu “power of disposal to the exclusion of others.” Sepertimana diputuskan di dalam kes Pendakwa Raya v. Denish Madhavan [2009] 2 CLJ 209 FC. Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa: "[17] The idea of exclusivity features in the meaning of 'possession' in criminal law as one of the elements necessary to constitute possession. As Taylor J said in Leow Nghee Lim v. Reg [1955] 1 LNS 53; [1956] MLJ 28: '... It is often said that 'possession must be exclusive'. This is ambiguous. Possession need not be exclusive to the accused. Two or more persons may be in joint possession of chattels, whether innocent or contraband. The exclusive element of possession means that the possessor or possessors have the power to exclude other persons from enjoyment of the property.' Custody likewise may be sole or joint and it has the same element of excluding others. The main distinction between custody and possession is that a custodian has not the power of disposal. The statement that 'possession must be exclusive' is often due to confusion of the fact to be proved with the evidence by which it is to be proved. It is essential to keep this distinction clearly in mind, especially when applying presumptions".
40
Persoalan kepada Mahkamah adalah sama ada bukti dan keterangan saksi pendakwaan berjaya membuktikan elemen milikan, kawalan dan jagaan serta pengetahuan barang kes dadah oleh OKT. KEGAGALAN MEMANGGIL B5 YANG DITANGKAP DI
41
Pihak pendakwaan bergantung kepada keterangan SP3 dan SP7 untuk membuktikan kes terhadap OKT. SP3 menyatakan bahawa B5 telah ditangkap ketika SP3 memasuki rumah unit kedua. Ketika itu, B5 sedang duduk di bahagian ruang hadapan rumah tersebut.
42
Pihak pendakwaan juga gagal memanggil B1 dan B3 yang mana Mahkamah berpandangan adalah saksi-saksi material untuk memberi keterangan bagi pihak pendakwaan sedangkan Mahkamah Persekutuan di dalam kes Ti Chuee Hiang v PP [1995] 3 CLJ 1, telah membuat suatu prinsip undang-undang penting berkaitan tanggungjawab pihak pendakwaan memanggil saksi yang material seperti berikut: “[1] It is clear that while the prosecution has a complete discretion as to the choice of witnesses to be called at the trial, it also has a duty to call all of the necessary witnesses to establish proof against the accused beyond all reasonable doubt, and if, in the exercise of its discretion, it fails to fulfill this obligation, which is nothing less than a statutory duty, the accused must be acquitted.”
43
Bukan itu sahaja, SP3 juga tidak merampas apa-apa barang peribadi OKT semasa membuat rampasan pouch eksibit P17 yang boleh mengaitkan kabinet tersebut dengan OKT.
44
Pihak pendakwaan menghujahkan tidak ada keperluan memanggil B5 atau baik B1, B2 dan B3 kerana dadah ditemui di dalam kabinet berkunci dan dikatakan bahawa OKT mempunyai kunci kabinet. Selain itu terdapat surat Lalamove yang berkaitan OKT. Oleh itu, pihak pendakwaan dengan mudahnya menghujahkan bahawa keterangan sedia ada adalah mencukupi membuktikan kawalan, jagaan serta pengetahuan OKT terhadap barang kes dadah.
45
Persoalannya ialah sama ada pihak pendakwaan berjaya membuktikan B5 tidak mempunyai akses terhadap rumah unit kedua. Berdasarkan kepada keterangan saksi, Mahkamah mendapati bahawa SP3 telah disoal balas oleh pihak pembelaan mengenai kawalan dan jagaan B5 ke atas bilik pertama mahupun rumah unit kedua dan SP3 dan SP7 bersetuju apabila disoal balas oleh pihak pembelaan bahawa B5 mempunyai akses di dalam rumah dan bilik yang mana kabinet diletakkan. Dengan demikian, adalah tidak syak lagi B5 juga mempunyai kawalan dan jagaan ke atas rumah tersebut.
46
Mahkamah berpandangan adalah mustahak untuk pihak pendakwaan memanggil B5 terutamanya untuk membuktikan bahawa tidak ada sesiapa yang mempunyai akses kepada rumah unit kedua dan bilik yang mana kabinet diletakkan dan barang kes dadah dijumpai. Bukan itu sahaja, ketiadaan keterangan B5, B1, B2 dan B3 boleh juga dikatakan bahawa terdapat orang lain yang telah meletakkan dadah dan surat Lalamove ke dalam pouch berkenaan.
47
Pihak pendakwaan juga gagal mengemukakan pernyataan di bawah seksyen 112 KTJ hasil siasatan ke atas B5, B1, B2 dan B3 untuk menguatkan hujahan pihak pendakwaan bahawa hanya OKT sahaja yang mempunyai akses ke atas unit kedua. Rujuk Mahkamah Persekutuan di dalam kes Ghasem Gharezadehsharbiani Hassan v PP [2014] CLJU 752; [2014] 1 LNS 752.
48
Dalam konteks ini, pihak pembelaan telah merujuk kepada kes Mahkamah Rayuan di dalam Mohd Helmi bin Mohd Ali v PP [2017] 5 MLJ 235 untuk menyokong hujahannya yang mana pihak pendakwaan menghujahkan bahawa fakta kes tersebut adalah berbeza dengan fakta kes di hadapan Mahkamah ini.
49
Mahkamah ini telah meneiliti kes yang dirujuk pihak pembelaan. Di dalam kes tersebut, perayu/OKT telah disabitkan dengan kesalahan di bawah seksyen 39B ADB 1952. Fakta yang disandarkan oleh pihak pendakwaan dalam kes tersebut adalah perayu telah menunjukkan barang kes dadah yang dijumpai di bilik perayu bersama-sama dokumen milik peribadi perayu. Daripada fakta tersebut, Hakim bicara telah memutuskan perayu mempunyai kawalan dan jagaan. Hakim bicara juga menggunapakai peruntukan anggapan di bawah seksyen 37(d) ADB 1967 untuk membuktikan elemen pengetahuan. Keputusan Hakim bicara telah diketepikan oleh Mahkamah Rayuan yang mana perayu telah dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan atas asas bahawa kelemahan pihak pendakwaan membuktikan isu akses.
50
Berbalik kepada naratif kes pendakwaan dalam kes di Mahkamah ini, tidak ada secebis pun keterangan diberikan oleh pihak pendakwaan mengenai keterangan B5 mahupun B1, B2 dan B3. Yang membezakan kes yang dirujuk pihak pembelaan dengan fakta kes di hadapan Mahkamah ini adalah berkaitan almari kabinet tidak berkunci di dalam kes yang dirujuk yang berbeza dengan kes ini.
51
Namun, penekanan yang dibuat oleh Mahkamah Rayuan di dalam kes yang dirujuk yang mana sama dengan isu di hadapan Mahkamah ini ialah mengenai kegagalan pihak pendakwaan membuktikan tidak ada akses oleh pihak ketiga di tempat kejadian yang mana sama dengan isu yang dibangkitkan dalam kes di hadapan Mahkamah ini.
52
Oleh itu, berpandukan kepada kes Mahkamah Rayuan yang dirujuk pihak pembelaan, Mahkamah berpandangan bahawa kes yang dirujuk adalah terpakai kepada fakta dan isu kritikal kes ini.
53
Mahkamah ini berpandangan bahawa hujahan pihak pendakwaan bahawa OKT telah memandu arah SP3 ke unit kedua dan kedudukan pouch yang berzip dan kabinet berkunci menunjukkan pengetahuan OKT kerana pihak pendakwaan menghujahkan OKT menggunakan cara sebegini untuk menyembunyikan dadah bagi mengelakkan daripada dikesan oleh pihak Polis.
54
Hujahan pihak pendakwaan bahawa tindakan OKT menyembunyikan dadah ini terjumlah kepada pengetahuan OKT yang akan menggunakan pelbagai cara dan strategi untuk menyimpan dadah secara tersembunyi. Mahkamah tidak dapat menerima hujahan pihak pendakwaan bahawa OKT sudah tahu dadah tersebut disembunyikan dan disorok di dalam tingkat satu kabinet berkunci di rumah sewanya yang mana kemungkinan besar sukar ditemui oleh pasukan serbuan.
55
Mahkamah berpandangan bahawa ini merupakan satu andaian oleh pihak pendakwaan sahaja dan tidak disokong dengan apa-apa bukti. Mahkamah berpandangan bahawa pihak pendakwaan tidak boleh sewenang-wenangnya membuat hujahan sedemikian tanpa sebarang bukti kukuh kerana beban pembuktian adalah di bahu pihak pendakwaan. Mahkamah berpandangan pouch yang berzip mewajarkan lagi pihak pendakwaan membuktikan bahawa OKT yang meletakkan surat Lazada tersebut dan telah menzipkan bag tersebut.
56
Menurut keputusan Mahkamah Persekutuan di dalam PP v Abdul manaf bin Muhammad Hassan [2006] 2 CLJ 129; [2006] 3 MLJ 193 dan Ibrahim Mohammad v PP [2011] 4 CLJ 113, Mahkamah telah memutuskan berikut: “The law is well settled that having only custody or control over the said drugs is insufficient to establish “possession”. The physical act of control or custody must be accompanied with evidence that the accused had knowledge of the said drugs. In the absence of any statutory presumptions, knowledge has to be proved either by direct evidence or circumstantial evidence. Mere knowledge alone without exclusivity of either physical custody or control or both is insufficient in law to constitute possession, let alone trafficking.”
57
Malahan adalah tidak logik OKT meletakkan surat Lazada berkenaan dalam pouch tersebut kerana kebiasaannya pouch tidak digunakan untuk menyimpan dokumen.
58
Isu-isu di atas telah menimbulkan keraguan kepada Mahkamah mengenai pembuktian oleh pihak pendakwaan berkaitan pengetahuan OKT dengan dadah yang dijumpai di dalam pouch tersebut. Berdasarkan kepada keputusan Mahkamah Rayuan di dalam Goh Ming Han v PP [2015] 3 MLJ 781, Mahkamah telah memutuskan: “it is trite jurisprudence that in a doubtful situation such as this the law leans in favour of the accused person. ... The unsatisfactory state of evidence led by the prosecution did not make the conviction safe.”
59
Persoalan seterusnya ialah tidak ada kata-kata amaran diberikan kepada OKT mengenai sama ada OKT ada menyimpan barang salah ketika OKT sedang dibawa ke unit kedua dan OKT membuat pengakuan sehingga menyebabkan OKT memandu arah SP3 dan pasukan serbuannya ke rumah unit kedua.
60
Tambahan pula, reaksi OKT yang tidak bertindak agresif dan cuba melarikan diri menguatkan lagi hujahan pihak pembelaan bahawa OKT tidak mempunyai pengetahuan mengenai barang kes dadah yang dijumpai di dalam pouch jenama “porter”. BORANG SENARAI GELEDAH EKSIBIT P7 (UNIT
61
Pihak pendakwaan bergantung kepada serangkai kunci dan surat Lalamove atas nama OKT untuk mengaitkan OKT dengan pertuduhan yang mana dihujahkan bahawa OKT mempunyai kawalan, jagaan serta pengetahuan mengenai barang kes dadah.
62
Berhubung dengan kunci, terdapat keraguan yang berjaya ditimbulkan oleh pihak pembelaan mengenai borang senarai geledah (eksibit P7) di unit pertama dan (eksibit P8) di unit kedua, terutamanya berkaitan serangkai kunci. Dua aspek keraguan yang berjaya ditimbulkan ialah mengenai kesilapan pada eksibit P8 dan jumlah sebenar batang kunci yang dirampas.
63
SP3 semasa mengisi Borang Senarai Geledah eksibit P7 dan P8 tidak menyatakan dalam tangan siapa serangkai kunci tersebut dirampas. Apa yang jelas Mahkamah mendapati bahawa serangkai kunci tersebut dijumpai di unit pertama dan kedua. Oleh itu, timbul keraguan mengenai berapa sebenarnya rangkai kunci dan berapa batang anak kunci yang telah dirampas.
64
Malahan, terdapat pindaan kepada eksibit P8 mengenai bilangan batang kunci yang dirampas dan SP3 tidak ada membuat catatan mahupun menandatangani setelah membuat pindaan kepada bilangan batang kunci.
65
Mahkamah mendapati kesilapan dibuat oleh SP3 mengenai bilangan batang kunci sepertimana di dalam P8 dan tidak ada tandatangan atau catatan dibuat telah menimbulkan keraguan kepada Mahkamah akan bilangan sebenar batang kunci yang dirampas. Mahkamah tidak menidakkan bahawa kesilapan boleh berlaku. Mahkamah juga mengambil perhatian akan keputusan Mahkamah Agong di dalam kes San Soo Ha v PP [1968] 1 MLJ 34 yang dirujuk pihak pendakwaan yang mana memutuskan bahawa kegagalan mematuhi seksyen 64 KTJ boleh menimbulkan keraguan terhadap bona fide of the parties conducting the search” dan Mahkamah ini merumuskan terdapat keraguan yang berjaya dibangkitkan berdasarkan kepada fakta kritikal kes ini.
66
Mahkamah mendapati SP3 telah mengisi senarai geledah tersebut pada pukul 6.15 ptg untuk unit pertama dahulu dan kemudiannya pada pukul 6.30 ptg, SP3 mengisi P8 untuk unit kedua. Tempoh yang singkat dan jumlah barang rampasan yang tidak banyak telah menimbulkan beberapa keraguan kepada Mahkamah mengenai eksibit P8.
67
Apabila terdapat keraguan mengenai jumlah sebenar batang kunci walaupun SP3 hanya mengatakan satu set sahaja, maka akses kepada kabinet di unit kedua adalah dipertikaikan.
68
Mahkamah juga telah dirujuk dengan satu keputusan Mahkamah Tinggi di dalam kes Pendakwa Raya v Ranjit Singh Jit Singh, [Perbicaraan Jenayah No. 45-126-2004] yang diputuskan oleh Abang Iskandar B. Abang Hashim (ketika itu) yang memutuskan bahawa dokumen “search list” tidak terjatuh di bawah ruang lingkup seksyen 92 Akta Keterangan 1950. YA Hakim (ketika itu) juga merujuk kepada keputusan PP v Datuk Harun bin Haji Idris & Ors [1977] 1 MLJ 180 di muka surat 183 yang mana Abdoolcader J telah memutuskan - “And secondly, in the context of section 92 of the Evidence Act, the clause ... would appear to refer to bilateral instruments and dispositive documents only, such contracts, grants or other dispositions of property which the law requires to be reduced to writing, and not to every and all matters which the law requires to be reduced to writing into a document, ...”
69
Pihak pembelaan tidak menghujahkan bahawa eksibit P8 tidak boleh dipinda kerana peruntukan seksyen 92 Akta Keterangan. Mahkamah ini juga berasaskan kepada keputusan Mahkamah Persekutuan di dalam San Soo Ha v PP (supra), dan berpegang kepada prinsip undang-undang di dalam kes tersebut yang telah diputuskan bahawa kesilapan ke atas dokumen tersebut boleh menimbulkan keraguan kepada kes pendakwaan sekiranya kesilapan dilakukan adalah tidak diterima.
70
OKT juga tidak memberikan sebarang reaksi apabila SP3 menjumpai barang kes dadah di dalam pouch. Walaupun reaksi OKT adalah subjektif, akan tetapi, ia boleh menguatkan kes pembelaan bahawa OKT tidak mempunyai pengetahuan mengenai dadah yang dijumpai di dalam eksibit P17.
71
Mahkamah berpandangan adalah tidak selamat dengan hanya bergantung kepada anak kunci dan surat Lalamove untuk mengaitkan OKT dengan barang kes dadah.
72
Berdasarkan kepada di atas, memandangkan pihak pendakwaan gagal membuktikan elemen kawalan, jagaan, milikan dan pengetahuan, maka peruntukan anggapan di bawah seksyen 37(da) ADB 1952 tidak terpakai.
73
Berdasarkan kepada di atas, setelah membuat analisa ke atas keterangan saksi pendakwaan dan bukti dokumentar yang telah diterima Mahkamah, persoalannya ialah sama ada adakah selamat untuk mensabitkan OKT sekiranya OKT berdiam diri apabila diperintahkan untuk membela diri. Jawapan kepada persoalan tersebut adalah negatif.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.