Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KLANG DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN GUAMAN SIVIL NO.: BL-A53KJ-407-11/2022 ANTARA MUHAMMAD NUR IKMAL BIN RAZALI … PLAINTIF DAN SHAHMAREFFENDY BIN MOHD UMAR …DEFENDAN
BL-A53KJ-407-11/2022
Sessions Court of Malaysia27 Mar 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“mana Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria telah memutuskan: “It is settled law that the burden of proof rests throughout the trial on the party who asserts that the facts exist (section 101 of the Evidence Act 1950 ). Where a party on whom the burden of proof lies has discharged that burden, then the evidential burde”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KLANG DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN GUAMAN SIVIL NO.: BL-A53KJ-407-11/2022 ANTARA MUHAMMAD NUR IKMAL BIN RAZALI … PLAINTIF DAN SHAHMAREFFENDY BIN MOHD UMAR …DEFENDAN
1
Ini merupakan rayuan oleh pihak Plaintif terhadap keputusan Mahkamah ini berkenaan isu liabiliti yang telah diputuskan selepas perbicaraan penuh pada 27.03.2024.
2
Pihak Plaintif telah memanggil lima (3) orang saksi manakala pihak Defendan-Defendan tidak memanggil saksi.
3
Pada 9.12.2017,lebih kurang 11.30 pagi, Plaintif sedang menunggang motorsikal no. BHQ 9349 bersama pembonceng si mati, Nurhayati dalam perjalanan dari Banting menuju ke Klang. Apabila perjalanan Plaintif sampai di/atau berhampiran persiaran Tengku Ampuan Rahimah Klang (sebelum persimpang lampu isyarat Bandar Parkland), Plaintif jalan terus di laluan sah Plaintif apabila sebuah motorsikal no. BLN 8549 yang datang dari Lorong sebelah kiri tanpa sebarang amaran /isyarat ubah dari kiri ke kanan lalu masuk ke laluan Plaintif dan menyebabkan kemalangan diantara motorsikal no. BHQ 9349 dan motorsikal BLN 8549.Kedua-dua motorsikal adalah dari arah yang sama. (yang mana dinafikan oleh Defendan).
4
Pertikaian antara Plaintif dan Defendan adalah semasa kemalangan, samada Plaintif (motorsikal no.9349) terlibat dengan kemalangan dengan motorsikal Defendan ,BLN
8549
C) SAKSI – SAKSI DALAM PERBICARAAN Plaintif i) Saksi Plaintif Pertama – Pegawai Penyiasat ii) Saksi Plaintif Kedua –kakak Plaintif iii) Saksi Plaintif Ketiga – Plaintif D) VERSI PLAINTIF [6] Pada 9.12.2017 jam lebih kurang 11.30 pagi semasa Plaintif menunggang motorsikal no. BHQ 9349 bersama si mati pembonceng dalam perjalanan dari Banting menuju ke KLang. Apabila beliau sampai di jalan persiaran lampu isyarat bandar parkland, beliau telah bergerak terus apabila sebuah motorsikal no.BLN 8549 yang datang di lorong sebelah kiri tanpa memberikan sebarang amaran atau isyarat ubah haluan dari kiri ke kanan lalu masuk ke laluan beliau dan menyebabkan kemalangan. E) VERSI DEFENDAN [7] Pada hari kemalangan, beliau dan motorsikalnya BLN 8549 berada di rumahnya di lot 1447 , Lorong Sentosa BT8, Kg Sijangkang 42500, Panglima Garang, Selangor. Beliau tidak memberi pinjam motorsikalnya kepada sesiapa pada hari tersebut dan tidak terlibat dengan kemalangan motorsikal BHQ9349. (mengikut “Statutory Declaration”- ID9). F) LIABILITI Isu: Samada Plaintif sebagai penunggang motorsikal no. BHQ 9349 terlibat dengan kemalangan Defendan yang menunggang motorsikal no.BLN 8549. [8] Peguam Plaintif telah berhujah bahawa saksi-saksi Plaintif telah memberi keterangan dan membuktikan bahawa Plaintif telah terlibat dengan kemalangan dengan Defendan penunggang motorsikal BHQ9349.Plaintif (SP3) telah memberi keterangan bahawa beliau telah bersama si mati pembonceng dari Banting ke Klang.Apabila beliau sampai di jalan persiaran Tengku Ampuan Rahumah , Klang sebelum sampai di persimpangan lampu isyarat Bandar Parkland, beliau telah bergerak terus tiba-tiba sebuah motorsikal no. BLN 8549 yang datang dari lorong sebelah kiri tanpa memberikan sebarang amaran atau isyarat ubah haluan dari kiri ke kanan lalu masuk ke laluannya dan menyebabkan kemalangan.Beliau telah cuba untuk membrek tetapi tidak dapat mengelak. [9] Plaintif seterusnya memberi keterangan bahawa akibat kemalangan tersebut, beliau telah cedera patah di kedua-dua pehanya dan mengalami kecederaan dalaman dan telah di bawa ke hospital Tengku Ampuan Rahimah. (HTAR).Penunggang motorsikal BLN 8549 adalah seorang lelaki melayu tanpa pembonceng. Plaintif tidak sempat ambil butiran seperti nama, alamat dan nombor telefon penunggang motorsikal BLN 8549. [10] Semasa perbicaraan, Plaintif telah mengemukakan gambar-gambar yang diambil oleh orang awam menggunakan telefon bimbit Plaintif (ID4 (a)-(i)). Plaintif telah cam gambar-gambar di ms 31,ikatan B(ID4 (a)) gambarnya yang terbaring di atas jalan dan gambar ms 32,ikatan B (ID4 (b) ) yang menunjukkan gambar motorsikal BLN 8549 yang diletakkan di sebelah kanan jalan raya.Plaintif juga mengesahkan gambar ms 9 dan 10,ikatan B (P2(a) & (b)) mayat si mati pembonceng bernama Nurhayati yang telah meninggal dunia dalam kemalangan tersebut. [11] Selain Plaintif, kakak Plaintif (SP3) telah memberi keterangan bahawa pada hari kemalangan, beliau telah menerima panggilan telefon dari kakaknya yang sedang dalam perjalanan ke melaka .Kakaknya memberi tahu maklumat tersebut didapati dari pihak ambulan.Beliau hanya dapat membuat laporan polis pada 14.12.2017 kerana kekangan kerja. [12] Plaintif berhujah bahawa bukti-bukti bergambar , laporan-laporan perubatan bahagian sejarah bertarikh 25.09.2018 dan 25.11.2029 (ms 12-15, ikatan B) (“alledged motor vehicle accident on 9.12.2017” . “Patient motorbike rider v motorbike”), laporan polis dari Plaintif(P5) , kakak Plaintif (SP2) dan ayah simati pembonceng,Nurhayati iaitu Norhadi Bin Amir (IDD8) jelas menunjukkan penglibatan motorsikal BLN 8549 dalam kemalangan seperti berikut:
i
Laporan polis Plaintif (laporan pertama dan pembetulan) tentang bagaimana kemalangan berlaku dan penglibatan motorsikal no. BLN 8549 adalah konsisten dan disokong oleh keterangan kakak Plaintif (SP2) dan laporan polis ayah si mati (pembonceng) (IDD8);
II
(ii) Keterangan Plaintif tentang penglibatan motorsikal no. BLN 8549 juga tidak dapat dicabar kerana pada setiap masa semasa kemalangan Plaintif konsisten menyatakan kemalangan yang melibatkan Plaintif adalah disebabkan oleh motorsikal BLN 8549;
III
(iii) Laporan polis dan versi Plaintif juga disokong oleh gambar bahawa kedua-dua kenderaan berada di tempat kejadian dan disahkan oleh kakak Plaintif(SP2) dan Pegawai penyiasat juga menyatakan gambar tersebut adalah berkaitan dengan kemalangan ini;
IV
(iv) Tempat kemalangan juga telah ditandakan oleh Plaintif pada rajah kasar; dan
v
Laporan perubatan juga adalah konsisten dengan versi Plaintif bahawa kemalangan adalah diantara motorsikal dengan motorsikal. [13] Plaintif berhujah bahawa Defendan adalah bertangungan 100% kerana telah mengubah haluan dan melanggar motorsikal Plaintif. Keterangan dan versi Plaintif ini tidak disangkal oleh Defendan kerana Defendan tidak hadir ke Mahkamah untuk memberi keterangan. [14] Plaintif telah merujuk kes Jaafar Shaari & Siti Jama v Tan Lip Eng & Anor [1997] 1 MLRA 605: “Once a Defendant in civil proceedings elects not to call evidence, then all evidence led by the Plaintiff must be assumed to be true”. Seterusnya, Plaintif juga merujuk kes Rubiah Anuar v Lim Sang [1996] 2 MLRH 166: “[2] The onus would be on the driver of the car to show that he has not negligent. However, the defendant took a perilous course by not attending the trial and consequently, the Defendant did not give evidence at the trial. That being the case, the particulars of the negligent of the Defendant as itemised in the Plaintiff’s statement stood unrebutted”. Selanjutnya, di dalam kes Mahkamah Rayuan Fatimah Derakman v Wan Jusoh Kolok & Anor [1994] 2 MLRH 678: “[2] Since the defence did not produce any evidence to dispute this and took the option of not producing any witnesses, the Plaintiff’s evidence that the car was stationary and its correct side of the road, when the collision occurred, had to be accepted. In the circumstances, the driver of the van was solely to blame for the accident..” [15] Plaintif berhujah penglibatan motorsikal Defendan no. BLN 8549 dalam kemalangan dan butir-butir kecuaian yang dikatakan oleh Plaintif terhadap Defendan adalah tidak disangkal dan dicabar. Ketidakhadiran Defendan yang tiada penjelasan munasabah menyebabkan Mahkamah sepatutnya menggunakan anggapan di bawah s.114(g) Akta Keterangan 1950. [16] Pihak Defendan telah berhujah balas bahawa pihak Plaintif telah gagal untuk membuktikan penglibatan motorsikal Defendan no. BL 8459 di dalam kemalangan tersebut. Menurut Defendan, terdapat percanggahan dalam versi Plaintif sendiri iaitu dalam perenggan 3 pernyata tuntutan Plaintif, laporan polis Plaintif pertama dan pembetulan dan juga keterangan Plaintif (SP3) di Mahkamah. [17] Di dalam perenggan 3 pernyata tuntutan Plaintif telah dinyatakan seperti berikut: “..Plaintif sedang berjalan terus dilaluan sah dan betul Plaintif apabila tiba-tiba sebuah motorsikal motorsikal no. BLN 8549 yang ditunggang oleh penunggang motorsikal no. BLN 8549 dengan keizinan dan/atau sebagai ejen dan/atau sebagai pengkhidmat Defendan yang berada berada di lorong kiri tanpa memberikan sebarang amaran atau isyarat menyelit di celah-celah kenderaan, memotong sebuah kenderaan di hadapan beliau dan terus mengubah haluan dari kiri ke kanan lalu menceroboh masuk dan menghalangi laluan sah Plaintif dan menyebabkan kemalangan diantara motorsikal no. BHQ9349 dan motorsikal no. BLN 8549. .” Manakala d dalam laporan polis Plaintif pertama (P5) menyatakan seperti berikut: “..saya jalan terus tiba-tiba sebuah motorsikal no. BLN 8599 yang berada di lorong kiri telah ubah haluan dan masuk haluan saya. Akibat jarak terlalu dekat, saya tidak sempat brek lalu melanggar motorsikal tersebut. Dalam kes ini laporan polis (pembetulan) (P10) menyatakan bahawa “no. Kenderaan yang terlibat dengan kemalangan saya ialah no. BLN 8549..” Dalam pemeriksaan utama semasa perbicaraan, Plaintif (SP3) telah menyatakan seperti berikut: “S: Sepanjang masa motorsikal no. BLN 8549 menunggang di lorong mana jika rujuk kepada rajah kasar dan kunci? J: Diantara B-C. Pada masa kenderaan lain sedang perlahan kerana menghampiri lampu isyarat dan saya juga bergerak dengan perlahan dan tiba-tiba motorsikal no. BLN 8549 yang bergerak dari arah kiri mencelah dan memotong sebuah kenderaan lain yang berada di sebelah kiri saya dengan laju dan terus masuk ke laluan saya”. Peguam Defendan berhujah bahawa semasa disoal balas, Plaintif (SP3) sendiri mengakui bahawa terdapat perbezaan antara keterangannya di Mahkamah dan laporan polisnya.
Preamble
Menurut Defendan keadaan ini menunjukkan terdapat percanggahan yang material diantara kes yang diplidkan dan juga laporan polis dan keterangan Plaintif di Mahkamah.Percanggahan ini menunjukkan keterangan Plaintif adalah diragui dan tidak boleh dipercayai. Peguam Defendan telah merujuk kes Abdul Kadir Bin Mohamad v Kamarulzaman Bin Mohd Zin & Anor (2001) Mallal’s digest para 823 [Kes no:10] yang memutuskan: “In a motor accident case, precision in lodging a police report will go a long way in advancing one’s case in a court of law. The failure of the first Defendant to mention certain material facts in the police report was construed adversely against him”. [18] Seterusnya, Peguam Defendan berhujah bahawa Plaintif juga telah gagal untuk membuktikan bahawa motorsikal Defendan no. BLN 8549 telah terlibat dalam kemalangan ini atas alasan-alasan berikut:
i
Keterangan Plaintif bahawa beliau tidak tahu butiran Defendan (nama, nombor telefon bimbit dan lain-lain).;
II
(ii) Keterangan SP1 (pegawai penyiasat ) bahawa tiada saksi bebas , tiada cctv dan tiada kesan kemalangan.
III
(iii) Keterangan SP1 bahawa kedua-dua kenderaan yang dikatakan terlibat tiada di tempat kemalangan semasa beliau sampai;
IV
(iv) Keterangan SP1 bahawa beliau tidak siasat no chasis dan enjin kedua-dua kenderaan;
v
Keterangan SP1 bahawa rakaman percakapan (“statement”) Plaintif adalah bercanggah dengan laporan polis Plaintif;
VI
(vi) Keterangan SP1 bahawa beliau ada mengambil rakaman percakapan Defendan dan Defendan menafikan terlibat dalam kemalangan ini dan menafikan penglibatan motorsikal no. BLN 8549 dalam kemalangan ini;
VII
(vii) Keterangan SP1 bahawa beliau tidak pasti siapa penunggang motorsikal Defendan;
VIII
(viii) Keterangan SP1 bahawa tiada gambar motorsikal Plaintif atau motorsikal Defendan diambil;
IX
(ix) Keterangan SP1 bahawa penglibatan motorsikal Defendan adalah hanya berasaskan versi Defendan sahaja;
x
Keterangan SP1 bahawa tiada bukti-bukti fizikal yang menunjukkan penglibatan motorsikal Defendan dalam kemalangan ini;
XI
(xi) Keterangan SP1 bahawa tiada laporan puspakom dan tiada laporan kimia.
XII
(xii) Keterangan SP1 bahawa keputusan kes adalah NFA atas arahan TPR kerana penafian dari Defendan dan tiada bukti perlanggaran antara motorsikal Plaintif dan motorsikal Defendan;
XIII
(xiii) Laporan FIR (IDD6)-yang menyatakan bahawa kemalangan ini melibatkan sebuah motorkar dan motorsikal.
XIV
(xiv) Keterangan SP2 adalah hanya dengar cakap (“hearsay”) kerana menerima panggilan daripada kakaknya dan kakak SP2 tidak dipanggil untuk beri keterangan. [19] Peguam Defendan berhujah bahawa Plaintif telah gagal untuk membuktikan kesnya seperti yang dilplidkan.Peguam Defendan telah merujuk kes Ng Chul Sia v Maimon Bt Ali [1983] 1 MLJ 110 : “In an action for negligence, the onus of proving the allegation of negligence rests on the persons who makes it unless there are disclosed facts which raise a presumption in favour of the Plaintif. The Plaintif must show affirmatively that there has been a breach of a specific or general duty by the Defendant and this resulted in the damage to the Plaintiff. If he fails to prove this, the action must fail..” [20] Oleh yang demikian, Peguam Defendan berhujah bahawa memandangkan Plaintif telah gagal membuktikan kesnya terhadap Plaintif, tuntutan Plaintif terhadap Defendan hendaklah ditolak DAPATAN MAHKAMAH Isu: Samada Plaintif sebagai penunggang motorsikal no. BHQ 9349 terlibat dengan kemalangan Defendan yang menunggang motorsikal no.BLN 8549. [21] Setelah mendengar keterangan saksi-saksi Plaintif, eksibit-eksibit yang dikemukakan dan hujahan kedua belah pihak, Mahkamah ini mendapati pihak Plaintif telah gagal membuktikan kesnya terhadap Defendan. [22] Plaintif telah gagal membuktikan kemalangan berlaku antara motorsikal Plaintif dan Defendan. Plaintif telah memanggil 3 orang saksi untuk membuktikan kesnya iaitu SP1 (pegawai penyiasat ), kakak Plaintif (SP2) dan Plaintif (SP3) .Namun tiada satu keterangan yang dapat mengaitkan penglibatan motorsikal Defendan no.BLN 8549 dalam kes ini. [23] Walaupun keterangan SP1 (pegawai penyiasat ) tidak dapat menentu sahkan penglibatan motorsikal Defendan BLN 8549 dalam kemalangan ini, Peguam Plaintif telah berhujah bahawa penglibatan motorsikal Defendan BLN 8549 dapat dibuktikan melalui :
i
9 keping gambar-gambar ID4 (a)-(i);
II
(ii) keterangan SP2 kakak Plaintif dan laporan polis P7
III
(iii) keterangan SP3 (Plaintif) dan laporan pertama (P5) dan laporan pembetulan (P10);
III
(iii) laporan ayah si mati pembonceng( IDD 8) [24] Mahkamah ini telah meneliti kesemua keterangan pembuktian diatas yang dinyatakan oleh Plaintif seperti berikut: 9 keping gambar-gambar ID4 (a)-(i) [25] Mahkamah ini telah meneliti keterangan berkenaan 9 keping gambar ID4 (a)-(i). Gambar-gambar ini tidak menunjukkan kemalangan antara motorsikal Plaintif dan Defendan. Gambar-gambar tersebut hanya menunjukkan motorsikal-motorsikal tersebut sahaja dan gambar-gambar ini tidak menunjukkan pertembungan atau penglibatan kedua-dua motorsikal Plaintif BHQ 9349 dan mptorsikal Defendan no.8549 di dalam kemalangan. Selain itu, tiada saksi yang dapat menjelaskan siapa yang mengambil gambar-gambar tersebut.Plaintif mengatakan 9 keping gambar ini diambil oleh orang awam menggunakan telefon bimbitnya sewaktu kejadian. Namun “orang awam” tersebut tidak dipanggil di dalam perbicaraan untuk mengesahkan kewujudan gambar-gambar dan kenderaan-kenderaan yang dikatakan berada di tempat keiadian dan sebab dia menggunakan telefon bimbit mangsa (Plaintif) yang dikatakan terlibat dalam kemalangan tersebut. Pegawai penyiasat menyatakan tiada gambar kerosakan diambil bagi kedua-dua kenderaan kerana kenderaan-kenderaan tidak di bawa ke balai walapun telah diminta dan semasa beliau sampai ke tempat kejadian , kenderaan-kenderaan telah dialihkan. [26] Keterangan saksi-saksi Plaintif berkenaan 9 keping gambar-gambar (ID4 (a)-(i) ) yang menunjukkan motorsikal Plaintif dan Defendan adalah seperti berikut: Keterangan SP1 (pegawai penyiasat) : Soal Utama S: gambar-gambar ID4 (a)-(i). adakah kamu ditunjukkan gambar-gambar ini semasa mengambil keterangan penunggang-penungang motorsikal tersebut? J: bukan dia tetapi orang lain. Runner insuran. Hanya 2 keping gambar ditunjukkan kepada saya iaitu gambar (c ) dan (e). S: Adakah kamu tunjuk kepada Defendan? J: ya S: Dia kata apa? J: dia kata dia tidak tahu kenapa gambar motorsikal diambil dan berada di tepi jalan dan diambil oleh orang. Soal Balas S: saya cadangkan tiada bukti penglibatan motorsikal Defendan no.BLN 8549 dalam kes ini? J: setuju .. S: rujuk 9 keping gambar, ms 31-33, ikatan B. (ID4 (a)-(i). kamu tahu siapa ambil gambar-gambar ini? J: tidak pasti S: siapa baring kat sana? J: tidak pasti S: berdasarkan gambar-gambar ini diambil dari mana? J; tidak pasti S: ms 32, ikatan B. (ID4(b) ) hanya tunjuk ada motorsikal BLN no. 8549. Tidak tahu ambil dari mana? J: ya S: mungkin cuba menolong simati? J: tidak pasti S: tiada gambar yang menunjukkan siapa penunggang motorsikal ini? J: ya : Keterangan SP2 (kakak Paintif) Soal Utama S: Bagaimana kamu tahu nombor motorsikal BLN8549 yang melanggar adik kamu? J: Berdasarkan maklumat yang saya dapati daripada kejadian tersebut dan pihak ambulan serta gambar di tempat kejadian. Soal Balas SP2 (kakak Plaintif) S: gambar ms 31 hingga 33, ikatan B (ID4A-I) , kamu tahu siapa ambil gambar ini? J; tidak pasti S: gambar-gambar ini tidak menunjukan motorsikal BLN 8549 terlibat kemalangan. Tidak tunjuk motorsikal terlibat dalam kemalangan ini? J; tidak pasti S; gambar tidak tunjuk motorsikal no. BLN8549 langgar motorsikal adik kamu. J: ya Keterangan SP3 (Plantif) “Soal Balas SP3 S: 9 keping gambar di ms 31-33, ikatan B-ID4(a)-(i). siapa ambil gambar? J: Orang awam menggunakan telefon saya. S; kamu masih simpan dalam hand phone kamu? J: dalam phone dah tiada..” [27] keterangan ketiga-tiga saksi Plaintif (SP1,SP2 dan SP3) tidak mengetahui siapa orang yang mengambil 9 keping gambar ID4 (a)-(i) yang mengandungi gambar motorsikal Plaintif dan Defendan. SP3 (Plaintif) mengatakan ianya diambil oleh orang awam menggunakan telefon bimbit SP3 .Namun begitu, beliau tiada butiran nama orang awam yang telah mengambil 9 keping gambar ketika Plaintif telah mengalami kemalangan dan cedera di tempat kejadian dan bagaimana SP3 memperolehi 9 keping gambar tersebut dari orang awam yang dikatakan telah mengambil gambar-gambar tersebut menggunakan telefon bimbitnya semasa beliau baru mengalami kemalangan. “Orang awam” yang dikatakan oleh Plaintif juga tidak dipanggil oleh Plaiintif dalam perbicaraan untuk mengesahkan kewujudan kenderaan-kenderaan yang terlibat dalam kemalangan iaitu motorsikal Plaintif no. BHQ 9349 dan motorsikal Defendan no. BLN8549. Apabila ditanya di dalam soal balas samada beliau masih mempunyai 9 keping gambar tersebut, beliau menjawab gambar-gambar itu tiada dalam telefon bimbitnya. [28] Selain itu, SP2 kakak Plaintif juga tidak tahu siapa yang mengambil gambar-gambar tersebut walaupun mengakui pernah melihatnya. Pegawai penyisat ,SP1 pula mengatakan pernah melihat gambar ID4(c) dan (e ) apabila ditunjuk oleh “runner insurans”. SP1 menyatakan beliau tidak tahu dan tidak pasti siapa yang mengambil 9 keping gambar tersebut. [29 ] Berdasarkan keterangan saksi-saksi ini, Mahkamah mendapati gambar-gambar ID4(a)-(i)tidak boleh dijadikan eksibit kerana tiada siapa yang tahu siapa pembuat dokumen tersebut ie siapa orang awam yang dikatakan telah mengambil gambar-gambar tersebut menggunakan telefon SP3 setelah SP3 terlibat dalam kemalangan. Tiada kesahihan sumber gambar-gambar ini. Tiada pembuat dokumen atau “maker” bagi 9 keping gambar-gambar ID4 (a)-(i) tersebut yang dapat dikenal pasti.Kesahihan samada 9 keping gambar tersebut bahawa gambar-gambar tersebut benar-benar telah diambil pada masa, tempat dan kejadian kemalangan kes ini tidak dapat disahkan oleh mana-mana saksi dalam kes ini. [30] Selain itu, melihat kepada 9 keping gambar tersebut (ID4 (a)-(i) , ianya juga tidak menunjukkan motorsikal Defendan 8549 telah terlibat dalam kemalangan dengan motorsikal Plaintif BHQ9349. “At best”, gambar-gambar tersebut hanya menunjukkan motorsikal Defendan berada di tempat kemalangan. Ianya tidak menunjukkan motorsikal Defendan terlibat dalam kemalangan. Keberadaan motorsikal Defendan di tempat kemalangan tidak membuktikan motorsikal tersebut terlibat dengan kemalangan dengan motorsikal Plaintif. Oleh yang demikian, dakwaan Plaintif bahawa 9 keping gambar ID4(a)-(i) tersebut menunjukkan penglibatan motorsikal Defendan BLN8549 dalam kes ini tidak boleh dibuktikan dan adalah tidak berasas. keterangan SP2, kakak Plaintif dan laporan polis SP2( P7) [31] Plaintif berhujah selain 9 keping gambar-gambar ID4 (a)-(i), penglibatan motorsikal Defendan BLN8549 dapat dibuktikan melalui keterangan SP2 kakak Plaintif dan laporan polis kakak Plaintif P7. [32] Keterangan SP2 (kakak Plaintif) (Noralilatul Akmar Binti Razali) berkenaan penglibatan motorsikal Defendan no. BLN 8549 dalam kes ini adalah seperti berikut: Soal Utama: S: Bagaimana kamu tahu tentang kemalangan yang melibatkan adik kamu? J: Semasa saya berada di rumah saya terima panggilan dari kakak saya memberitahu Muhammad Nur Ikmal Bin Razali telah terlibat dalam kemalangan jalan raya semasa menunggang motorsikal no. BHQ9349 dengan sebuah motorsikal BLN 8549 dipersiaran Tengku Ampuan Rahimah Klang (depan bandar Parkland). Adik saya mengalami kecederaan dan dimasukkan ke wad 38 HTAR. .. S: Bagaimana kamu tahu nombor motorsikal BLN8549 yang melanggar adik kamu? J: Berdasarkan maklumat yang saya dapati daripada kejadian tersebut dan pihak ambulan serta gambar di tempat kejadian. Soal Balas S: Rujuk soalan no. 4 & 8 penyata saksi. Saya bantah soalan ini Puan hearsay. Kamu diberitahu oleh kakak kamu? J: saya diberitahu oleh kakak. S: kakak kamu? J: dia dapat panggilan dari ambulan menyatakan maklumat muhamad nur ikmal (Plaintif) terlibat dengan kemalangan. Kakak on the way ke melaka atas urusan dia. Jadi dia maklumkan kepada saya tentang kejadian kemalangan tersebut.” Laporan polis SP2 (P7) bertarikh 14.12.2017 adalah seperti berikut: “Pada 9.12.2027, jam lebih kurang 1130 pagi semasa saya berada di rumah terima panggilan dari kakak saya beritahu adik saya bernama Muhammad Nur Ikmal Bin Razali KP No.: 991218-10-6159 telah terlibat dalam kemalangan jalan raya semasa menunggang motorsikal no. BHQ9349 dengan sebuah motorsikal no. BLN 8549 di jalan Persiaran Tg Ampuan Rahimah Klang. Adik saya mengalami kecederaan di masuk ke wad 3B hospital Tg Ampuan Rahimah, Klang”. [33] Setelah meneliti keterangan SP2 kakak Plaintif dan laporan polisnya P7, Mahkamah ini mendapati keterangannya bahawa penglibatan motorsikal Defendan no. 8549 dalam kes ini adalah keterangan dengar cakap atau “hearsay” kerana maklumat berkenaan penglibatan motorsikal Defendan no. BLN 8549 dikatakan terlibat dengan motorsikal Plaintif BHQ9349 adalah melalui “kakak” kepada SP2 yang dalam perjalanan ke melaka yang telah mendengar dari “pihak ambulan”. SP2 tiada pengetahuan sendiri atau “personal knowledge” berkaitan penglibatan motorsikal Defendan no. BLN 8549. Pihak Plaintif juga telah gagal memanggil “kakak” kepada SP2 dan “pihak ambulan” untuk memberi keterangan berkenaan penglibatan motorsikal Defendan BLN 8549. Oleh yang demikian, memandangkan keterangan SP2 adalah ‘hearsay”, keterangan SP2 tidak dapat membuktikan penglibatan motorsikal Defendan no. 8549 dalam kemalangan ini. Dengan itu, dakwaan Plaintif bahawa keterangan SP2 dapat membuktikan penglibatan motorsikal Defendan no. 8549 adalah ditolak. keterangan SP3 (Plaintif) , laporan pertama (P5) , laporan pembetulan Plaintif (P10) dan laporan ayah si mati pembonceng( IDD 8)” [34] Peguam Plaintif telah berhujan bahawa keterangan SP3, laporan Plaintif (P5) dan laporan pembetulan (P10) dan laporan ayah si mati pembonceng (IDD8) telah membuktikan penglibatan motorsikal Defendan no. BLN 8549 dalam kes ini. [35] Mahkamah ini telah meneliti keterangan SP3 dan laporan-laporan polis seperti berikut: Keterangan SP3 (Plaintif): Soal Utama S: Kamu kata penunggang motorsikal no. BLN 8549 adalah seorang lelaki melayu. Beritahu mahkamah jika kamu ada mengambil butiran penunggang yang melanggar kamu? J; Benar yang melanggar saya adalah lelaki melayu . Saya tidak sempai ambil butiran seperti nama, alamat dan no. telefon kerana saya masih kesakitan selepas dilanggar tapi saya memang nampak yang menunggang lelaki melayu. .. S: Apakah kenderaan yang kamu bawa ketika itu dan adakah kamu seorang diri? J: saya menunggang motorsikal no. BHQ9349 bersama pekmbonceng Nurhayati Binti Nurhadi. Soal Balas SP3 (Plaintif) S: Laporan polis kamu 5 bulan lepas kemalangan? J; betul S: kenapa lewar? J: kaki saya patah kiri kanan. Ambil masa lama untuk berjalan. Saya ambil masa lama untuk pulih. S: ms 4, ikatan B. kamu tunggu bulan untuk buat repot kedua. J: saya nak mengesahkan nombor kenderaan betul atau tidak. S: rujuk ms 32, Ikatan B, ID4(b). gambar motorsikal Defendan no. BLN 8549 ini tidak tunjuk langgar motorsikal kamu. J’: ya S: gambar hanya menunjukkan dia berada disitu, dia tidak tunjuk dia langgar kamu. J: betul. .. S: ikmal,saya rujuk soalan no. 7 penyata saksi kamu. Setuju bahawa fakta bahawa kamu ada pemboncenf tidak dinyatakan dalam kedua-dua laporan kamu. J: ya Laporan polis Plaintif (P5): “Pada 9.12.2017 jam lebih kurang 1130hrs , saya menunggang mtorsikal no. 9349 dari banting hendak ke klang , apabila sampai di persiaran Tengku Ampuan Rahimah , saya jalan terus tiba-tiba motorsikal no. BLN 8599 yang berada di Lorong kiri telah ubah haluan dan masuk ke laluan saya. Akibat jarak terlalu dekat , saya tidak sempat brek lalu melanggar motorsikal tersebut.” Laporan polis pembetulan Plaintif (P10): “Bersangkut repot trafik Klang/022406/17, saya ingin membuat pembetulan repot iaitu no. kenderaan yang terlibat kemalangan dengan motorsikal saya ialah BLN 8549. Lain-lain maklumat adalah sama seperti asal.” Laporan polis ayah si mati (pembonceng) Norhadi Bin Amir (IDD8): “Pada 22.08.2018 jam lebih kurang 11.00 malam semasa saya berada di rumah saya, saya diberitahu oleh anak saya nama Julatif, mengenai kematian anak perempuan saya iaitu Nurhayati Binti Norhadi , KPT: No.: 841108-12-6472, umur 34 tahun, anak perempuan saya telah terlibat kemalangan jalan raya pada 9.12.2017 di persiaran Tg Ampuan Rahimah , Klang semasa menunggang motorsikal no. BLN8549 dengan motorsikal no.BHQ 9349.Pada 23.08.2018, jam lebih kurang 3.00 petang , saya telah membuat pengecaman ke atas mayat anak perempuan saya itu di bilik mayat hospital Tg Ampuan Rahimah, Klang..” [36] Mahkamah ini mendapati keterangan SP3, laporan Plaintif (P5) dan laporan pembetulan (P10) dan laporan ayah si mati pembonceng Nurhayati iaitu Norhadi (IDD8) diatas tidak langsung membuktikan penglibatan motorsikal Defendan no. BLN 8549 dalam kes ini. [37] Keterangan Plaintif (SP3) menyatakan beliau hanya tahu penunggang BLN no. 8549 adalah lelaki melayu tetapi tiada butiran nama dan lain-lain. Beliau bersetuju gambar motorsikal Defendan no. BLN8549 di ID4(b) tidak menunjukan bahawa motorsikal tersebut terlibat dalam kemalangan bersamanya. Beliau juga telah membuat laporan pembetulan (P10) 2 bulan selepas laporan polisnya (P5) kerana perlu mengesahkan kenderaan yang terlibat dalam kemalangan. Beliau juga bersetuju bahawa fakta penting bahawa simati Nurhayati adalah pembonceng tidak langsung dimasukkan ke dalam kedua-dua laporan polisnya (P5) dan (P10) dan hanya menyatakan fakta bahawa simati Nurhayati adalah pembonceng semasa memberi keterangan di Mahkamah. Namun begitu, laporan ayah simati Nurhayati iaitu Norhadi (IDD8) menyatakan bahawa simati adalah penunggang motorsikal dan bukan pembonceng. Plaintif (SP3) tidak menjelaskan percanggahan ini.Mahkamah mendapati keterangan Plaintif adalah sangat meragukan. Keterangan Plaintif (SP3) yang meragukan ini tidak menunjukkan beliau pasti terhadap penglibatan pihak-pihak dalam kemalangan termasuk simati Nurhayati dan motorsikal Defendan no. 8549. [37] Selain itu, laporan ayah simati pembonceng Nurhayati iaitu Norhadi (IDD8) tidak diterima sebagai eksibit di Mahkamah kerana beliau tidak hadir memberi keterangan dan mengesahkan laporan polis beliau, IDD8. Mahkamah ini juga mengambil maklum bahawa ayah si mati juga tidak berada di tempat kejadian dan bukan lah pihak semasa kemalangan. Oleh yang demikian, dakwaan Peguam Plaintif bahawa laporan IDD8 ini menyokong penglibatan motorsikal Defendan no. 8549 adalah salah dan patut ditolak. [38] Pada tahap ini , Mahkamah mendapati keterangan SP3, laporan Plaintif (P5), laporan pembetulan (P10) dan laporan ayah si mati pembonceng (IDD8) tidak membuktikan penglibatan motorsikal Defendan no. BLN 8549 dalam kes ini seperti yang didakwa oleh Peguam Plaintif. Versi Plaintif sendiri adalah bercanggah antara satu sama lain dan terdapat “radical departure” di dalam plidingnya. [39] Selain daripada yang dinyatakan diatas, Mahkamah ini juga mendapati versi Plaintif sendiri bercanggah antara satu sama lain dan terdapat “radical departure” di dalam plidingnya. [40] Versi-versi Plaintif adalah seperti berikut:
i
(i)Versi pertama : Plaintif yang dinyatakan dalam perenggan 3 tuntutannya dan laporan polis (P5) adalah Defendan telah ubah haluan dan masuk ke laluan Plaintif .Akibat daripada jarak terlalu dekat beliau tidak dapat membrek lalu melanggar motorsikal Defendan.
II
(ii)Versi Kedua: Plaintif menyatakan dalam soalan no.18 penyata saksi dan soal balas bahawa Defendan telah menunggang motorsikal dengan mencelah-celah dan telah memotong kenderaan di hadapannya lalu memasuki laluan Plaintif dan Defendan telah melanggar Plaintif. [41] SP3 (Plaintif ) telah memplidkan di perenggan 3 pernyata tuntutannya seperti berikut: “..Plaintif sedang berjalan terus dilaluan sah dan betul Plaintif apabila tiba-tiba sebuah motorsikal motorsikal no. BLN 8549 yang ditunggang oleh penunggang motorsikal no. BLN 8549 dengan keizinan dan/atau sebagai ejen dan/atau sebagai pengkhidmat Defendan yang berada berada di lorong kiri tanpa memberikan sebarang amaran atau isyarat menyelit di celah-celah kenderaan, memotong sebuah kenderaan di hadapan beliau dan terus mengubah haluan dari kiri ke kanan lalu menceroboh masuk dan menghalangi laluan sah Plaintif dan menyebabkan kemalangan diantara motorsikal no. BHQ9349 dan motorsikal no. BLN 8549. .” Manakala d dalam laporan polis Plaintif pertama (P5) menyatakan seperti berikut: “saya jalan terus tiba-tiba sebuah motorsikal no. BLN 8599 yang berada di lorong kiri telah ubah haluan dan masuk haluan saya. Akibat jarak terlalu dekat, saya tidak sempat brek lalu melanggar motorsikal tersebut.” Dalam kes ini laporan polis (pembetulan) (P10) menyatakan bahawa “no. Kenderaan yang terlibat dengan kemalangan saya ialah no. BLN 8549..” Dalam pemeriksaan utama semasa perbicaraan, Plaintif (SP3) telah menyatakan seperti berikut: “S: Sepanjang masa motorsikal no. BLN 8549 menunggang di lorong mana jika rujuk kepada rajah kasar dan kunci? J: Diantara B-C. Pada masa kenderaan lain sedang perlahan kerana menghampiri lampu isyarat dan saya juga bergerak dengan perlahan dan tiba-tiba motorsikal no. BLN 8549 yang bergerak dari arah kiri mencelah dan memotong sebuah kenderaan lain yang berada di sebelah kiri saya dengan laju dan terus masuk ke laluan saya”. Soal Balas SP3: S: saya rujuk soalan no.18 penyata saksi kamu. Saya cadang jawapan kamu berbeza dengan laporan polis. Dalam laporan polis kamu tidak kata dia datang dari celah-celah kenderaan dan langar kamu. Jadi berbeza. J: tidak setuju S: dalam laporan polis memang tiada. J: tiada .. S: Kamu tiada bukti dia mencelah-celah. J: tidak ada bukti..” Soal Semula Plaintif (SP3) S: kamu dicadangkan bahawa kamu tidak sebut mencelah-celah antara kereta dalam repot polis dan penerangan dalam jawapan soalan no. 18 adalah berbeza . Kenapa tidak sebut fasal mencelah. J: saya ada nyatakan bahawa motorsikal itu berada di Lorong kiri dalam laporan polis itu maksud saya dia mencelah-celah ubah haluan dan langgar saya. S: gambar itu tidak tunjukkan langar kamu. Kenapa gambar motorsikal itu ada dalam gambar tersebut. J: kerana dia yang langgar saya. Plaintif (SP3) sendiri mengakui bahawa terdapat perbezaan antara keterangannya di Mahkamah dan laporan polisnya. [42] Perbezaan kedua-dua versi amat ketara dan telah menyebabkan “radical departure” antara satu sama lain. Pada pernyata tuntutan dan laporan polis (P5),Plaintif menyatakan motorsikal Defendan telah mengubah haluan dan memasuki laluan Plaintif menyebabkan beliau(Plaintif) melanggar Defendan kerana jarak terlalu dekat untuk beliau membrek.Namun begitu, di dalam Mahkamah semasa soal utama dan soal balas Plaintif mengatakan Defendan telah mencelah-celah dan memotong kenderaan di hadapannya dan telah memasuki laluan Plaintif dan Defendan telah melanggar Plaintif. [43] Pada versi pertama, Plaintif menyatakan beliau telah melanggar Defendan, namun pada versi kedua, Plaintif menyatakan bahawa beliau telah dilanggar oleh Defendan. “Radical departure” daripada pernyata tuntutan Plaintif ini menyebabkan keterangan Plaintif sendiri berbolak balik dan bercanggah antara satu sama lain.Plaintif tidak dapat memastikan bagaimana kemalangan berlaku, penglibatan serta kecuaian Defendan dalam kemalangan ini. [44] Ianya adalah undang-undang mantap bahawa pihak-pihak adalah terikat dengan plidingnya. Mahkamah ini merujuk kepada kes otoriti yang dirujuk oleh pihak Defendan iaitu Abdul Rahman Bin Abdul Karim v Abdul Wahab Bin Abdul Hamid [1996] 4 MLJ 623: “(1) It is trite law that parties are bound by their pleadings and are not allowed to adduce facts which they have not pleaded (see p643E; Chartered Bank v Yong Chan [1974] 1 MLJ 157 followed). .. “it is now trite law that whe a party in giving his oral evidence in court deviates from his pleaded defence, then his account as narrated to the court must surely be suspect..” Seterrusnya, di dalam kes Periasamy Subbiah v Siew Peng Whye & Satu lagi [1998] 5CJ : “..[4a] Dengan mengemukakan sesuatu keterangan yang langsung tidak hendak disandarkan di dalam pernyataan pembelaan mereka, responden-responden telah melakukan satu “radical departure” daripada pliding mereka yang semestinya memberi kejutan kepada Perayu..”. [45] Memandangkan Plaintif telah gagal untuk mengesahkan penglibatan motorsikal Defendan no. BLN 8549 , kecuaian Defendan dalam kemalangan ini dan versi-versi Plaintif juga bercanggah antara satu sama lain, Plaintif telah gagal untuk membuktikan kesnya terhadap Defendan. Keterangan SP1 (pegawai penyiasat) dan SP2 kakak Plaintif tidak menyokong penglibatan Defendan dalam kemalangan [46] SP1 (pegawai penyiasat) dalam keterangannya tidak dapat mengesahkan terdapat kemalangan antara motorsikal Plaintif (no. BHQ 9349) dan Defendan (no.BLN 8549). SP1 telah memberi keterangan bahawa beliau telah memulakan siasatan pada 9.12.2017 hari yang sama dengan kemalangan. Kemalangan dikatakan telah berlaku pada 9.12.2017 jam 11.30 pagi. SP1 telah pergi ke tempat kemalangan dengan jurugambar pada hari yang sama 9.12.2017 jam 2.15 pm. [47] Beliau menyatakan bahawa tiada saksi bebas dan tiada kesan kemalangan dan tiada juga cctv di tempat kejadian. Kedua-dua motorsikal Plaintif dan Defendan tiada di tempat kejadian semasa beliau sampai di situ. Beliau tidak siasat no. chasis dan no. enjin kedua-dua motorsikal dan juga tidak siasat kerosakan kedua-dua motorsikal.Beliau tidak tahu siapa mengambil 9 keping gambar (ID4 (a)-(i)). Selain itu,tiada juga laporan puspakom dan laporan kimia untuk mengesahkan kerosakan kedua-dua motorsikal kerana kedua-dua motorsikal tidak dikemukakan kepada SP1 untuk siasatan. Norhayati yang dikatakan oleh Plaintif telah meninggal dunia di tempat kejadian. Terdapat 4 laporan polis bagi kes ini iaitu P5 laporan polis Plaintif, P10 laporan pembetulan Plaintif, IDD8 laporan polis ayah simati , Norhadi dan laporan polis Defendan (IDD9).Laporan polis Plaintif (P5) dan (P10) tidak menyebut tentang simati Nurhayati dan hanya dinyatakan oleh Plaintif. [48] SP1 telah mengambil rakaman percakapan Plaintif pada 20.08.2018 dan Defendan pada 17.05.2019. Di dalam rakaman percakapan, Defendan telah menafikan penglibatan motorsikal no.BLN 8549 dalam kemalangan tersebut. [49] SP1 juga mengesahkan laporan polis awal (FIR)(IDD6) adalah menyatakan kemalangan adalah antara sebuah motorkar dengan motorsikal.Keputusan kes adalah “NFA” atas arahan TPR kerana terdapat penafian dari Defendan dan tiada bukti perlanggaran antara motorsikal Plaintif dan Defendan. SP1 tidak dapat mengesahkan penglibatan motorsikal Defendan no. BLN 8549 dalam kes ini.Begitu juga dengan TPR yang telah memutuskan untuk “NFA” kerana tiada sebarang keterangan yang boleh mengaitkan penglibatan motorsikal Defendan. Oleh yang demikian, keterangan SP1 tidak dapat menyokong penglibatan motorsikal Defendan no. BLN 8549 dalam kes ini. [50] Seterusnya, SP2 , kakak Plaintif telah memberi keterangan bahawa beliau tidak melihat kemalangan ini. SP2 menyatakan beliau diberitahu oleh kakak beliau yang dalam perjalanan ke Melaka yang telah dimaklumkan oleh pihak ambulan bahawa Plaintif terlibat dengan kemalangan jalan raya melibatkan motorsikal Plaintif BHQ9349 dan motorsikal Defendan BLN8549. Beliau telah membuat laporan polis lewat pada 14.12.2017 (P7) kerana kekangan kerja.Keterangan SP2 kakak Plaintif adalah adalah hanya dengar cakap atau “hearsay” kerana beliau hanya diberitahu oleh kakak beliau dan kakak beliau telah diberitahu oleh pihak ambulan. Kakak beliau dan pihak ambulan tidak dipanggil untuk memberi keterangan di Mahkamah mengesahkan penglibatan motorsikal Defendan no. BLN8549 dalam kes ini.Oleh itu, keterangan “hearsay” SP2 juga tidak dapat menyokong penglibatan motorsikal Defendan no. BLN 8549 dalam kes ini. [51] Pada tahap ini Mahkamah berpendapat bahawa Plaintif tidak berjaya melepaskan bebannya terhadap Defendan. Tiada satu keterangan dapat mengaitkan penglibatan motorsikal Defendan no. BLN 8549 dalam kemalangan dengan motorsikal Plaintif no. BHQ9349. Ianya adalah undang-undang mantap bahawa beban pembuktian terletak sepanjang perbicaraan ke atas pihak yang menuntut bahawa fakta tertentu wujud (s 101 Akta Keterangan 1950). Pihak di mana terletak beban pembuktian ke atasnya telah melepaskan beban tersebut, dengan itu beban akan beralih (“shift”) kepada pihak lain. Tetapi jika pihak di mana terletak ke atasnya beban pembuktian gagal untuk melepaskannya, pihak yang lain tidak perlu mengemukakan apa-apa keterangan.Mahkamah ini telah merujuk kepada kes Mahkamah Persekutuan Hong Yik Trading v Liziz Plantation Sdn Bhd [2017] 8 CLJ 491 , dimana Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria telah memutuskan: “It is settled law that the burden of proof rests throughout the trial on the party who asserts that the facts exist (section 101 of the Evidence Act 1950 ). Where a party on whom the burden of proof lies has discharged that burden, then the evidential burden shifts to the other party. However, if the party on whom the burden of proof lies fails to discharge it, the other party need not call any evidence.” Oleh yang demikian, memandangkan Plaintif telah gagal membuktikan kewujudan Defendan dan motorsikal no. BLN8549 yang dikatakan terlibat dalam kemalangan ini serta gagal membuktikan Defendan telah cuai menunggang motorsikal BLN8549 yang telah menyebabkan kemalangan dalam kes ini, beban pembuktian tidak berpindah kepada Defendan untuk pihak Defendan menyangkalnya. Oleh itu, tuntutan Plaintif terhadap Defendan adalah wajar ditolak. G) KESIMPULAN [52] Oleh yang demikian, Mahkamah berpendapat bahawa keputusan mengenai liabiliti yang diputuskan adalah tepat ,wajar, adil dan munasabah. [53] Mahkamah juga telah memberikan perintah, sekiranya tuntutan Plaintif berjaya dibuktikan,gantirugi yang akan dibenarkan 100% liabiliti adalah seperti berikut: Gantirugi Am
1
Intra abdominal injury-stable grade 5 renal injury and grade 3 liver injury-award RM40,000.00 adalah wajar dan munasabah
2
Closed right Peri Prosthetic femur fracture with implant in situ and closed fracture left proximal femur-award RM 30,000.00 adalah wajar dan munasabah
3
Scars-award RM10,000.00 adalah wajar dan munasabah
4
Muscle wasting-award RM5,000.00 adalah wajar dan munasabah
5
Pain and suffering-award RM5,000.00 adalah wajar dan munasabah Ganti rugi khas
1
Item (a), (b) dan (c )-kos perjalanan Plaintif, kos perjalanan keluarga & kehilangan barangan peribadi-tidak dibenarkan
2
Item (d ) bil hospital-RM466.00
3
Item (e )kos laporan pakar/polis/jpj etc-RM826.00
4
Item (f) & (g) -kos rawatan/ubatan sampingan , kos membaiki motorsikal-tidak dibenarkan
5
Item (h )Kos pembedahan masa hadapan-RM3,333.33
6
Item(i)-kerusi roda-tidak dibenarkan
7
Item (j)kos implant-tidak dibenarkan
8
Item (k), (l) dan (m)-kos fisioterapi, kehilangan pendapatan & kos alatan ortopedik-tidak dibenarkan – Faedah dibenarkan: -5% setahun ke atas ganti rugi am dari tarikh penyampaian writ sehingga tarikh penghakiman -2.5% setahun ke atas ganti rugi khas dari tarikh kemalangan sehingga tarikh penghakiman -5% setahun ke atas jumlah penghakiman sehingga tarikh penyelesaian penuh jumlah penghakiman. -kos RM7,000.00 dibenarkan. Sekian, untuk pertimbangan YA Hakim zarifah Zarifah Binti Zainal Abidin Hakim Mahkamah Sesyen Klang Klang, Selangor 28 Jun 2024
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.