Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI ALOR SETAR DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN PERBICARAAN JENAYAH NO: KA-45A-7-02/2022 DAN KA-45A-2-02/2022 ANTARA PENDAKWA RAYA … PERAYU
KA-45A-7-02/2022
High Court of Malaysia4 Sept 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“he prosecution and the failure on the part of the prosecution to call the informer to testify had seriously compromised its case, warranting the adverse inference under s. 114 illustration (g) of the Evidence Act 1950, against the prosecution to be invoked. [12] In support of his submission, learned counsel relied on t”
“said that, it is in our view clear law, that while the prosecution has a complete discretion as to the choice of witnesses to be called at the trial (see eg, Adel Muhammed el Dabbah v. AG (Palestine) [1994] AC 156 at 167-9) the most basic limitation upon prosecutorial discretion in the presentation of a case, is that i”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI ALOR SETAR DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN PERBICARAAN JENAYAH NO: KA-45A-7-02/2022 DAN KA-45A-2-02/2022 ANTARA PENDAKWA RAYA … PERAYU
1
Terdapat 2 kes yang dibicarakan secara bersama-sama bagi perbicaraan ini. Kes pertama iaitu kes KA-45A-7-02/2022, Orang S/N 5LTjxFiqkmf/AgRoMxy/Q **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 2 Kena Tuduh (OKT) telah dituduh dengan 2 kesalahan pengedaran dadah di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (Akta 234) iaitu pertamanya mengedar dadah jenis Heroin seberat 15.2 gram dan keduanya mengedar dadah Methamphetamine seberat 86.8 gram. Kes kedua iaitu KA-45-2-02/2022, OKT dituduh di bawah seksyen 12(2)/39A(1) Akta 234 kerana mempunyai di dalam milikannya dadah Monoacetylmorphine seberat 3.6 gram.
2
Pertuduhan-pertuduhan ke atas OKT adalah seperti berikut: (KA-45A-7-02/2022) Pertuduhan Pertama “Bahawa kamu pada 21 September 2021, jam lebih kurang 9.30 malam, di hadapan sebuah rumah alamat No. 325, Taman Sri Abadi, Jalan Dedap 2, Jalan Kuala Kedah, Alor Setar dalam daerah Kota Setar di dalam Negeri Kedah, telah didapati mengedar dadah berbahaya iaitu Heroin seberat 15.2 gram. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) Akta yang sama.” Pertuduhan Kedua “Bahawa kamu pada 21 September 2021, jam lebih kurang 9.30 malam, di hadapan sebuah rumah alamat No. 325, Taman Sri Abadi, Jalan Dedap 2, Jalan Kuala Kedah, Alor Setar dalam daerah Kota Setar di dalam Negeri Kedah, telah didapati S/N 5LTjxFiqkmf/AgRoMxy/Q **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 3 mengedar dadah berbahaya iaitu Methamphetamine seberat 86.8 gram. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) Akta yang sama.” (KA-45-2-02/2022) Pertuduhan “Bahawa kamu pada 21 September 2021, jam lebih kurang 9.30 malam, di hadapan sebuah rumah alamat No. 325, Taman Sri Abadi, Jalan Dedap 2, Jalan Kuala Kedah, Alor Setar dalam daerah Kota Setar, di dalam Negeri Kedah, telah memiliki dadah berbahaya iaitu Monoacetylmorphine seberat 3.6 gram. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 12 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A (1) Akta yang sama.”
3
Pihak Pendakwa Raya (PR) telah mengemukakan seramai 3 orang saksi dan fakta kes ini di peringkat pendakwaan adalah mudah iaitu pada 21/9/2021, berdasarkan maklumat, SP2 bersama-sama beberapa anggota serbuan telah pada jam 9.00 malam membuat serbuan di hadapan sebuah rumah beralamat di No. 325, Taman Sri Abadi, Jalan Dedap 2, Jalan Kuala Kedah, Alor Setar, Kedah (tempat kejadian). S/N 5LTjxFiqkmf/AgRoMxy/Q **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 4
4
SP2 telah nampak OKT sedang berdiri di tepi jalan di hadapan rumah tersebut dan kelihatan mencurigakan. SP2 telah mengarahkan anggotanya untuk menahan OKT dan SP2 turut memperkenalkan diri sebagai polis. Pemeriksaan ke atas OKT telah dijalankan di mana SP2 menemui satu beg silang (P29) yang disilang di badan OKT.
5
Pemeriksaan lanjut ke atas P29 menemukan dua peket plastik lutsinar pelbagai saiz yang kemudiannya disahkan oleh SP1 merupakan dadah-dadah yang dipertuduhkan di dalam kes ini. Turut ditemui di dalam P29 adalah kad pengenalan OKT.
6
Beban pembuktian di akhir kes pendakwaan adalah sepertimana yang telah dinyatakan di bawah seksyen 180 Kanun Tatacara Jenayah (“KTJ”) iaitu untuk menentukan berdasarkan kepada keterangan-keterangan yang kredibel wujudnya satu kes prima facie.
7
Mahkamah berpandukan kepada 2 kes utama berkaitan prima facie iaitu kes Balachandran v PP [2005] 1 CLJ 85 dan kes PP v Mohd Radzi Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457. Mahkamah dengan ini merumuskan bahawa di akhir kes pendakwaan bermakna Mahkamah ini hendaklah membuat penilaian maksimum ke atas keterangan-keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan termasuk menilai kredibiliti keterangan-keterangan oleh saksi-saksi pendakwaan. Mahkamah sedar jika terdapat lebih S/N 5LTjxFiqkmf/AgRoMxy/Q **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 5 dari satu inferens yang boleh dibuat, maka Mahkamah perlu memberi kelebihan kepada inferens yang memihak kepada OKT.
8
Berpandukan kepada kes Muhammad Lukman Mohamad v PP [2021] 7 CLJ 524 elemen yang perlu dipenuhi bagi satu kesalahan pengedaran dadah berbahaya di bawah seksyen 39B Akta 234 adalah seperti berikut; “In our view, there is force in the submission. The requisites that must be satisfied to sustain conviction for the offence of trafficking in dangerous drugs under s. 39B(1)(a) of DDA 1952 are well-settled. The following elements must be established: a) The impugned drugs are dangerous drugs as listed in the First Schedule of DDA 1952; b) The impugned drugs are under the custody, control and possession of the appellant; and c) The appellant trafficked in the said impugned drugs.”
9
Isu utama di dalam kes ini adalah melibatkan pembuktian utama iaitu sama ada pihak PR telah membuktikan bahawa dadah tersebut yang ditemui di dalam beg P29 adalah berada dalam milikan OKT. Ini merupakan isu asas di dalam kes ini. S/N 5LTjxFiqkmf/AgRoMxy/Q **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 6
10
Bagi menyokong elemen utama ini, Puan TPR telah mendasarkan hujahan pihak PR kepada pendirian bahawa OKT telah ditangkap secara terang-terangan memiliki dadah-dadah tersebut apabila P29 tersebut ditemui sedang disilang di badan OKT semasa serbuan. Pendirian Puan TPR ini bersandarkan kepada nas-nas duluan seperti Zainuddin bin Abbas v PP [2015] 1 MLJ 309; Chan Kim Seng v PP [2016] 3 MLJ 80 dan Adib Nafis bin Hassane Nafis v PP [2020] 1 LNS 1240 yang merupakan kes-kes yang hampir sama faktanya dengan kes di hadapan Mahkamah.
11
Namun Peguam OKT di dalam pemeriksaan balas ke atas SP2 dan SP3 (Pegawai Penyiasat) telah menimbulkan naratif yang berbeza iaitu semasa serbuan, OKT ada bersama-sama dengan seorang yang bernama Saleh. Menurut pemeriksaan balas, Peguam OKT meletakkan naratif bahawa sejurus sebelum serbuan, Saleh telah keluar untuk menelefon seseorang dan beg P29 tersebut ditinggalkan oleh Salleh di atas motorsikal. Selepas itu pihak polis telah menyerbu dan menangkapnya dan OKT mendakwa P29 tersebut adalah beg Saleh.
12
Teras hujahan Peguam OKT adalah keterangan SP2 adalah suatu yang tidak benar mengambil kira bahawa serbuan adalah berdasarkan maklumat yang diterima oleh SP2 dan SP2 sendiri mengakui tidak mengenali OKT sebelum ini serta maklumat tesrsebut tidak juga menyatakan secara spesifik kedudukan OKT. Bagi Peguam, adalah tidak lojik untuk menerima keterangan SP2 secara bulat-bulat sedangkan tempat kejadian adalah sebuah kawasan perumahan dan tempat serbuan adalah kawasan yang terbuka. S/N 5LTjxFiqkmf/AgRoMxy/Q **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 7
13
Peguam menghujahkan bahawa kredibiliti SP2 adalah terjejas dan ianya sama sekali menjejaskan kredibiliti keterangan pihak PR dan sekaligus menjejaskan keupayaan Mahkamah ini untuk membuat satu penemuan prima facie di peringkat ini.
14
Di atas analisis ke atas keterangan, Mahkamah ini mendapati, keterangan SP2 di peringkat pemeriksaan utama diberikan secara Pernyataan Bertulis Saksi di bawah seksyen 172B KPJ dan ia adalah jelas. Serbuan adalah berdasarkan maklumat dan semasa OKT ditahan, sedang ada di dalam milikannya P29 tersebut di mana ia disilang di badan OKT. Semasa di peringkat pemeriksaan balas, SP2 telah diasak dengan naratif pihak OKT iaitu terdapat seorang yang bernama Saleh ada semasa serbuan. Namun ianya dinafikan oleh SP2.
15
Dari keseluruhan pemeriksaan balas tersebut, Mahkamah merumuskan bahawa SP2, secara amnya, sebelum serbuan tidak mengetahui secara spesifik di mana OKT dan siapa OKT secara khusus. Dengan kata lain, serbuan yang dijalankan bolehlah dikatakan seolah-olah satu cubaan nasib oleh SP2 dan pasukannya ke atas mana-mana orang iaitu dengan membuat rondaan di persekitaran kawasan perumahan tersebut.
16
Walaubagaimanapun, semasa pemeriksaan semula, SP2 telah diperiksa semula berkaitan ketiadaan pengetahuan SP2 berhubung siapa OKT dan kedudukan khusus OKT. Di dalam keterangannya secara lisan, SP2 menyatakan seperti berikut; S/N 5LTjxFiqkmf/AgRoMxy/Q **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 8 TPR : Tadi kamu telah disoal oleh Peguam cerita kamu yang telah pergi ke tempat kejadian dan telah membuat tangkapan secara tepat kepada OKT di tepi jalan sedangkan kamu dan anggota tidak mengenali OKT. Cerita itu tidak benar dan tidak munasabah dan rekaan kamu. Kamu tidak setuju. Boleh kamu jelaskan. SP2 : Berkaitan maklumat yang diterima berkaitan 1 lelaki Melayu yang melakukan aktiviti dadah, maklumat telah diterima melalui telefon meminta sumber untuk menunjukkan kawasan lokasi keberadaan suspek dan di dalam perjalanan kami telah berjumpa dengan sumber dan sumber telah menunjukkan lorong di mana suspek berada. Oleh sebab itu, kami pihak Polis dapat mengetahui lokasi suspek.
17
Keterangan ini secara amnya telah mewujudkan naratif yang berbeza dari keterangan asal SP2. Perbezaan yang wujud adalah berkaitan “meminta sumber untuk menunjukkan kawasan lokasi keberadaan OKT” dan “di dalam perjalanan kami telah berjumpa dengan sumber” dan “sumber telah menunjukkan lorong di mana suspek berada”.
18
Keterangan baru ini jelas menimbulkan naratif berbeza dan sekaligus menimbulkan inferens berkaitan sama ada seorang yang bernama Saleh sepertimana yang diletakkan oleh Peguam OKT adalah wujud. S/N 5LTjxFiqkmf/AgRoMxy/Q **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 9
19
Prinsip undang-undang adalah mantap iaitu apabila terdapat 2 inferens yang berbeza, maka inferens yang memihak kepada OKT hendaklah diberikan keutamaan. [20] Bagi pandangan Mahkamah, perbezaan keterangan ini adalah sangat material kerana ia membangkitkan persoalan iaitu sama ada naratif OKT melalui Peguamnya iaitu kewujudan seorang yang bernama Saleh dan P29 tersebut adalah merupakan milik Saleh adalah naratif yang sebenarnya. Apatah lagi, cadangan Peguam kepada SP2 adalah selari dengan keterangan SP2 semasa pemeriksaan semula iaitu sumber telah menelefon SP2 dan menunjukkan lokasi OKT.
21
Keraguan menjadi lebih kompleks apabila SP3, sebagai Pegawai Penyiasat tidak menjalankan siasatan-siasatan yang sepatutnya. Walaupun SP3 sedar tempat kejadian tersebut adalah merupakan suatu kawasan perumahan dan rumah di tempat kejadian tersebut adalah rumah OKT, namun SP3 langsung tidak mengambil inisiatif untuk mendapatkan keterangan dari penghuni rumah tersebut maupun keterangan-keterangan jiran. SP3 turut bersetuju bahawa SP2 dan pasukan tidak mengenali OKT dan tidak mengetahui lokasi sebenar OKT sebelum serbuan.
22
Selain dari itu, Mahkamah turut mendapati bahawa SP2 turut menyatakan di dalam keterangannya; “Oleh sebab itu, kami pihak polis dapat mengetahui lokasi suspek”.
23
Keterangan ini menimbulkan persoalan yang sangat material berkenaan peranan yang dimainkan oleh sumber yang dinyatakan oleh SP2. Walaupun seksyen 40 Akta 234 memperuntukkan S/N 5LTjxFiqkmf/AgRoMxy/Q **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 10 ketidakbolehan pendedahan maklumat berkaitan sumber, namun Mahkamah ini berpandangan, jika sumber telah berperanan melampaui peranan sebagai pemberi maklumat semata-mata dan hadir semasa serbuan, maka sumber sudah kini menjadi saksi penting bagi menguraikan naratif pihak PR.
24
Di dalam hal keadaan sedemikian jika pihak PR tidak memanggil sumber atau menawarkannya kepada pihak OKT, maka ia dengan sendirinya boleh membangkitkan inferens yang bertentangan ke atas kes PR.
25
Prinsip berkaitan peranan sumber ini pernah dibincangkan oleh Mahkamah Rayuan di dalam kes Heng Poh Kean v PP & other appeals [2019] 9 CLJ 69 yang dinyatakan seperti berikut; “Role Of The Informer
10
The law relating to an informer is settled. Under s. 40 of the DDA, the identity of an informer is protected from disclosure in any legal proceedings, which necessarily includes protection from being identified and called to testify in a criminal trial.
11
However, it was submitted before us by learned counsel for the second appellant and adopted by counsels for the first and third appellants, that the informer in this case had assumed the role or mantle of an agent provocateur. Therefore, it was argued that the identity of the informer lost its protection under the law. The informer in fact has S/N 5LTjxFiqkmf/AgRoMxy/Q **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 11 metamorphosed into an essential witness for the prosecution and the failure on the part of the prosecution to call the informer to testify had seriously compromised its case, warranting the adverse inference under s. 114 illustration (g) of the Evidence Act 1950, against the prosecution to be invoked.
12
In support of his submission, learned counsel relied on the judgment of the Federal Court in Wan Yurillhami Wan Yaacob & Anor v. PP [2010] 1 CLJ 17; where it was held that:
16
From the decision of the above cited cases, the position in law in relation to ss. 40 and 40A of the Act is well settled and clear. The informer is protected from giving evidence whilst an agent provocateur is not protected. In other words, if a person is only an informer, the prosecution is not required to call him as a witness or offering him to the defence. An informer is protected under s. 40 of the Act. On the other hand, if a person is an agent provocateur, he is required to give evidence in court as a prosecution witness and if he is not called he has to be offered and made available to the defence. Failure to comply with this requirement will attract the application of adverse inference under s. 114(g) of the Evidence Act against the prosecution's case.
13
The guiding principle regarding the issue can further be found in the Federal Court case of Ti Chuee Hiang v. Public S/N 5LTjxFiqkmf/AgRoMxy/Q **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 12 Prosecutor [1995] 3 CLJ 1; in which it was laid down as follows: Having said that, it is in our view clear law, that while the prosecution has a complete discretion as to the choice of witnesses to be called at the trial (see eg, Adel Muhammed el Dabbah v. AG (Palestine) [1994] AC 156 at 167-9) the most basic limitation upon prosecutorial discretion in the presentation of a case, is that it also has a duty to call all of the necessary witnesses to establish proof against the accused beyond all reasonable doubt, and if, in the exercise of its discretion, it fails to fulfil this obligation which is nothing less than a statutory duty - the accused must be acquitted. In the present case, the informer, having regard to his role, was not a mere informer, but had assumed the mantle of an agent provocateur, for it was he, who had put the appellant in touch with the undercover agent Lian. Indeed, he was the active instrument without whose intervention, the appellant might never have been even arrested. His identity was no longer a secret and thus he had lost the protection from disclosure of identity normally accorded to informers under s. 40 of the Act. In these circumstances, he came within the category of witnesses, described by Lord Roche in Seneviratne, as "witnesses essential to the unfolding of the narratives on which the prosecution case is based." The same might be S/N 5LTjxFiqkmf/AgRoMxy/Q **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 13 said of the informer's friend. Yet, neither the so called informer nor his friend, whose testimony would have been essential to the unfolding of the narrative on which the prosecution case was based, was called by the prosecution or even made available to the defence to be called as defence witnesses nor any explanation vouchsafed to the trial Judge for these glaring omissions. We hasten to add, that in a case such as the present, where it was never suggested by the prosecution that either of these individuals was not capable of belief, it would not have sufficed for the prosecution to have merely made them available to the defence to be called as defence witnesses as such a course would have put the defence to the disadvantage of not having been able to cross-examine them on any point on which they might support the prosecution case. In our view, having regard to the circumstances of the present case, it was the obligation of the prosecution to call and examine these individuals as their witnesses or, at least, to have offered them for cross-examination by the defence or in default to have explained why they were unable or unwilling to call them as the case may be. We say so because without their testimony there was a gap in the narrative of the prosecution case. Moreover, there was no suggestion that their testimony would have been obviously hostile to the prosecution or otherwise unreliable, in which case, "the prosecutor will ensure that S/N 5LTjxFiqkmf/AgRoMxy/Q **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 14 the accused is given the opportunity to call the witness". (Per the High Court of Australia in Richardson, ibid).
14
The pertinent question thus is whether the informer in this case had in fact assumed the mantle of an agent provocateur and hence became "witnesses essential to the unfolding of the narratives on which the prosecution case is based"?” [penekanan ditegaskan]
26
Menggunapakai prinsip-prinsip yang telah diulas dengan berbalik kepada kes ini, Mahkamah merumuskan bahawa naratif pihak PR adalah SP2 bergantung sepenuhnya kepada sumber di dalam mengenalpasti siapa OKT dan di mana OKT berada. Naratif OKT pula adalah semasa serbuan terdapat seorang yang bernama Saleh dan P29 di mana dadah ditemui di dalamnya adalah milik Salleh.
27
Oleh itu, di dalam hak keadaan sedemikian, Mahkamah memutuskan sumber bukan sekadar pemberi maklumat namun adalah merupakan saksi yang penting dan bebas yang sebenarnya boleh merungkaikan naratif sebenar yang berlaku semasa serbuan. Oleh itu, apabila pihak PR memilih untuk menyembunyikan identiti sumber serta tidak memanggil sumber memberi keterangan maka ia telah menimbulkan keraguan di atas kes pihak PR. Di dalam masa yang sama ia juga telah menimbulkan 2 inferens yang berbeza yang mana kelebihan perlu diberikan kepada OKT. S/N 5LTjxFiqkmf/AgRoMxy/Q **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 15
28
Di atas pertimbangan-pertimbangan ini, Mahkamah ini merumuskan bahawa pihak PR telah gagal membuktikan secara prima facie sama ada P29 yang mengandungi dadah tersebut berada di dalam milikan OKT. Dengan kata yang lain, pihak PR gagal membuktikan elemen pemilikan.
29
Selanjutnya, memandangkan di dalam kes ini pihak PR bergantung kepada peruntukan andaian di bawah seksyen 37(d) Akta 234 bagi membuktikan elemen pengedaran, maka dengan sendirinya elemen pengedaran telah gagal dibuktikan oleh pihak PR.
30
Mahkamah berpandangan bahawa adalah tidak selamat untuk memerintahkan OKT membeladiri ke atas pertuduhan-pertuduhan yang dikenakan ke atasnya. OKT dengan ini dilepas dan dibebaskan di akhir kes pendakwaan. Bertarikh: 14hb. November 2024 (DATUK MOHAMAD ABAZAFREE BIN MOHD ABBAS) S/N 5LTjxFiqkmf/AgRoMxy/Q **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 16 Hakim Mahkamah Tinggi Malaya Alor Setar, Kedah. Pihak-Pihak: Bagi Pihak Perayu : Kamaliza binti Md Zain Timbalan Pendakwa Raya Wisma Darul Aman Pejabat Penasihat Undang-Undang Aras 4, Blok C Jalan Tengku Bendahara 05250 Alor Setar Kedah Darul Aman Bagi Pihak Responden : Ahmad Taufiq bin Baharom Tetuan Abdul Halim Said & Co. Peguambela & Peguamcara No.14, Tingkat Satu Kompleks Kulim Jalan Bayu Satu 09000 Kulim Kedah Darul Aman Tarikh Bicara : 18hb. Ogos, 2024 Tarikh Keputusan : 04hb. September, 2024 S/N 5LTjxFiqkmf/AgRoMxy/Q **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 17 Undang-Undang Yang Dirujuk: ➢ Akta Dadah Berbahaya 1952 (Akta 234) ➢ Kanun Tatacara Jenayah (“KTJ”) Kes-Kes Yang Dirujuk: ➢ Balachandran v PP [2005] 1 CLJ 85 ➢ PP v Mohd Radzi Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457 ➢ Muhammad Lukman Mohamad v PP [2021] 7 CLJ 524 ➢ Zainuddin bin Abbas v PP [2015] 1 MLJ 309 ➢ Chan Kim Seng v PP [2016] 3 MLJ 80 ➢ Adib Nafis bin Hassane Nafis v PP [2020] 1 LNS 1240 ➢ Heng Poh Kean v PP & other appeals [2019] 9 CLJ 69 S/N 5LTjxFiqkmf/AgRoMxy/Q **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.