unit kad berwarna kuning tertera gambar tertuduh tulisan Polis Diraja Malaysia No Polis 1743784 pangkat Koperal Nama Muhammad Zairul Nizam Bin Shahrul dan (1) unit kad berwarna biru tertera gambar tertuduh tulisan Polis Diraja Malaysia di dalam poket seluar sebelah kanan tertuduh. Laporan tangkapan sebagaimana Kuala Kangsar 3585/25. Hasil siasatan yang di jalankan tertuduh telah ada dalam milikkan tertuduh (2) keping kad menyerupai kad kuasa Polis Diraja Malaysia yang disyaki telah dipalsukan. Oleh itu, keterangan keterangan ini menunjukan kepada satu kesimpulan iaitu tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 89 Аkta Рolis 1967. [C] Prosiding di mahkamah [4] Selepas fakta kes dikemukakan dan ditanda sebagai P1, eksibit-eksibit berikut telah turut dikemukakan dan ditandakan oleh mahkamah ini: P2- Laporan polis Kuala Kangsar 3585/ 25 S/N ubDGN3LhjUqqihQwmbgXIA P3- Gambar tempat kejadian (A-E) P4- Gambar barang kes (A-C) P5- Borang bongkar P6- Borang serah menyerah P7- Plastik berseal tanpa tandaan P7A-Dompet P7B-Sekeping kad X4 P7C-Sekeping kad X3 Kesemua eksibit telah ditunjukkan kepada Tertuduh dan diakui olehnya tanpa sebarang syarat. [5] Setelah berpuas hati dengan akuan salah Tertuduh, akuan ke atas fakta kes dan kesemua eksibit yang dikemukakan, saya ini telah menerima dan merekodkan pengakuan salah Tertuduh seperti mana dalam pertuduhan pindaan. [6] Tertuduh, yang diwakili oleh peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) telah diberikan ruang untuk mengemukakan rayuan mitigasi. Peguam telah menggunapakai rayuan yang sama bagi kes AG-83RS-30-07/ 2025 yang telah dipanggil lebih awal dimana dalam kes tersebut, Mahkamah telah dimaklumkan bahawa Tertuduh bekerja sebagai wiring man dengan pendapatan bulanan sebanyak RM1500 sebulan. Dalam kes tersebut juga, peguam telah memohon untuk Tertuduh dikenakan hukuman pemenjaraan serentak dengan hukuman yang sedang dijalani oleh Tertuduh sekarang memandangkan Tertuduh mempunyai tanggungan yang ramai. Pengakuan salah S/N ubDGN3LhjUqqihQwmbgXIA Tertuduh juga dihujahkan sebagai faktor mitigasi bagi hukuman yang bakal dikenakan ke atas Tertuduh. [7] Puan Timbalan Pendakwa Raya (DPP) yang terpelajar sebaliknya memohon kepada mahkamah ini agar menjatuhkan hukuman setimpal bersifat pengajaran. [8] Prosiding pada 30 Julai 2025 ini telah dikendalikan dengan teratur. Pengakuan salah Tertuduh telah diterima berdasarkan prinsip undang-undang yang selamat. Begitu juga hukuman dan fakta kes bagi kes ini yang telah diterangkan dan dijelaskan serta diakui sendiri oleh Tertuduh. Oleh yang demikian, saya telah menerima akuan salah Tertuduh dan mensabitkannya berdasarkan prosedur yang jelas selamat untuk diterima berdasarkan prinsip undang-undang yang sedia ada. [D] Hukuman [9] Saya berpandangan bahawa prinsip undang-undang perlu dilaksanakan sebaik mungkin dalam menjatuhkan hukuman ke atas mana-mana pesalah. Prinsip yang terkandung dalam Halsburys Laws of England Vol 9, perenggan 365 yang menyatakan seperti berikut telah dirujuk: “…The Court, in fixing the punishment for any particular crime, will take into consideration the nature of the offence, the circumstances in which it was committed, the provocation which he had received, if the crime is one of S/N ubDGN3LhjUqqihQwmbgXIA violence, the antecedents of the prisoner up to the time of the sentence, his age and character…” [10] Dalam menentukan hukuman yang sewajarnya yang patut dikenakan ke atas Tertuduh dalam kes ini, saya juga telah membuat rujukan ke atas kes Abdul Karim v Regina [1954] 1 LNS 3, dimana antara lain menyatakan seperti berikut: "… the particular offence and the particular offender, are the concern of the Court, whose business is to decide what punishment is merited upon the facts of the individual case within the limits the legislative has provided …" [11] Saya memandang serius kesalahan memiliki kad yang menyerupai kad kuasa Polis Diraja Malaysia. Kad kuasa polis bukanlah suatu dokumen biasa, sebaliknya merupakan suatu pengenalan rasmi yang melambangkan kuasa dan autoriti yang diberikan oleh undang-undang kepada seseorang anggota polis dalam menjalankan tugasnya. Justeru, pemilikan kad sedemikian tanpa kuasa yang sah berpotensi menjejaskan integriti institusi Polis Diraja Malaysia serta menghakis keyakinan masyarakat terhadap pasukan penguat kuasa. [12] Saya turut mengambil kira bahawa Tertuduh didapati memiliki bukan hanya satu, malah dua keping kad yang menyerupai kad kuasa Polis Diraja Malaysia. Keadaan ini S/N ubDGN3LhjUqqihQwmbgXIA menunjukkan bahawa pemilikan tersebut bukanlah sesuatu yang bersifat kebetulan atau tidak disengajakan. Sebaliknya, ia memperlihatkan suatu penguasaan yang disengajakan terhadap dokumen yang menyerupai dokumen rasmi Polis Diraja Malaysia. [13] Selain itu, saya juga mengambil kira bahawa kedua-dua kad tersebut memaparkan gambar Tertuduh sendiri serta butiran yang menunjukkan seolah-olah Tertuduh merupakan seorang anggota Polis Diraja Malaysia yang mempunyai kuasa. Ciri-ciri tersebut meningkatkan potensi penyalahgunaan kad berkenaan bagi memperdayakan orang awam atau memperoleh kepercayaan yang tidak sepatutnya daripada masyarakat. Walaupun tiada pertuduhan bahawa kad tersebut telah digunakan bagi tujuan sedemikian, potensi penyalahgunaannya tetap merupakan suatu pertimbangan yang relevan dalam menentukan tahap keseriusan kesalahan ini. Seseorang yang memiliki kad sedemikian boleh memperdayakan orang awam dengan menyamar sebagai anggota polis bagi mendapatkan kepercayaan, mengelakkan pemeriksaan, memperoleh kelebihan yang tidak sepatutnya atau melakukan perbuatan yang menyalahi undang-undang. Sekiranya penyalahgunaan sedemikian berlaku, pihak yang paling terkesan bukan sahaja orang awam, malah imej dan kewibawaan Polis Diraja Malaysia dan negara turut akan tercemar kerana masyarakat bahkan pelancong luar berkemungkinan mengaitkan perlakuan tersebut dengan anggota polis di Malaysia yang sebenar. [14] Saya berpandangan bahawa kesalahan seperti ini menuntut hukuman yang mempunyai unsur pencegahan. Kepentingan awam menghendaki mesej yang jelas disampaikan bahawa sebarang pemilikan tanpa kuasa yang sah terhadap dokumen yang S/N ubDGN3LhjUqqihQwmbgXIA menyerupai kad kuasa Polis Diraja Malaysia tidak akan dipandang ringan kerana perbuatan sedemikian berpotensi menjejaskan kewibawaan pasukan polis dan kepercayaan masyarakat terhadap institusi penguatkuasaan undang-undang mahupun negara. [15] Saya juga telah mempertimbangkan hujahan mitigasi bagi peringanan hukuman ke atas Tertuduh. Saya mengambil kira bahawa Tertuduh mempunyai tanggungan yang ramai, yang mana hukuman yang dijatuhkan berpotensi memberi kesan kepada kebajikan ahli keluarganya. [16] Saya turut mengambil kira latar belakang pekerjaan Tertuduh sebagai seorang wiring man yang mempunyai pendapatan berjumlah RM1500 sebulan. Perkara ini menunjukkan Tertuduh mempunyai pekerjaan dan sumber pendapatan sebelum kejadian, dan bukan seseorang yang tidak mempunyai mata pencarian sekali gus Tertuduh pernah menyumbang kepada masyarakat melalui kebolehannya. [17] Saya juga mengambil kira bahawa pengakuan bersalah Tertuduh seawal tarikh Tertuduh dipertuduhkan di mahkamah telah menjimatkan masa dan sumber mahkamah serta pihak pendakwaan. [18] Justeru, selepas mempertimbangkan segala faktor yang telah dinyatakan dalam alasan penghakiman ini, saya menjatuhkan hukuman pemenjaraan ke atas Tertuduh selama 6 bulan. S/N ubDGN3LhjUqqihQwmbgXIA Penentuan tarikh hukuman pemenjaraan [19] Seperti yang telah dinyatakan, sebelum kes ini dipanggil, Mahkamah terlebih dahulu telah mendengar dan memutuskan kes melibatkan Tertuduh di bawah nombor AG-83RS-30-07/ 2025. Sebagaimana juga yang dinyatakan dalam alasan penghakiman bagi kes tersebut, saya mengambil maklum bahawa Tertuduh dihadapkan ke mahkamah ini dalam keadaan sedang menjalani hukuman pemenjaraan bagi suatu kes lain. Sehubungan itu, Mahkamah telah membuat semakan terhadap rekod prosiding Tertuduh dalam Case Management System ("CMS") dan mendapati bahawa Tertuduh telah dijatuhi hukuman oleh Mahkamah ini pada 16 Julai 2025 di bawah kes AG-83RS-42-11/ 2024 bagi suatu kesalahan di bawah seksyen 414 Kanun Keseksaan, dengan hukuman pemenjaraan selama satu tahun bermula pada tarikh tersebut. Rekod ini diakui sepenuhnya oleh Tertuduh semasa ditanya ketika dalam prosiding AG-83RS-30-07/