sebuah mesin rumput milik Tan Kim Siong (No. Kpt: 631004085613) dengan mengetahui atau ada sebab untuk mempercayai bahawa harta tersebut adalah harta curi. Oleh itu, tertuduh telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 411 kanun keseksaan di mana sabit kesalahan boleh dihukum di bawah peruntukan seksyen yang samа. [C] Prosiding di mahkamah [4] Selepas fakta kes dikemukakan dan ditanda sebagai P1, eksibit-eksibit berikut telah turut dikemukakan dan ditandakan oleh mahkamah ini: P2- Laporan polis Kuala Kangsar 559/ 25 S/N xpnqMx4aZE6vVWIy5dd60w P3- Laporan polis Kuala Kangsar 3816/ 25 P4- Laporan polis Kuala Kangsar 3621/ 25 P5- Gambar tempat kejadian barang kes dijumpai P6- Gambar barang kes P7- Borang bongkar P8- Borang serah menyerah barang kes P9- 1 unit mesin rumput tandaan XB4 Kesemua eksibit telah ditunjukkan kepada Tertuduh dan diakui olehnya tanpa sebarang syarat. [5] Setelah berpuas hati dengan akuan salah Tertuduh, akuan ke atas fakta kes dan kesemua eksibit yang dikemukakan, saya ini telah menerima dan merekodkan pengakuan salah Tertuduh seperti mana dalam pertuduhan. [6] Tertuduh, yang diwakili oleh peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) telah diberikan ruang untuk mengemukakan rayuan mitigasi. Peguam telah mengguna pakai rayuan yang sama bagi kes AG-83RS-30-07/ 2025 yang telah dipanggil lebih awal dimana dalam kes tersebut, Mahkamah telah dimaklumkan bahawa Tertuduh bekerja sebagai wiring man dengan pendapatan bulanan sebanyak RM1500 sebulan. Dalam kes tersebut juga, peguam telah memohon untuk Tertuduh dikenakan hukuman pemenjaraan serentak dengan hukuman yang sedang dijalani oleh Tertuduh sekarang memandangkan Tertuduh mempunyai tanggungan yang ramai. Pengakuan salah S/N xpnqMx4aZE6vVWIy5dd60w Tertuduh juga dihujahkan sebagai faktor mitigasi bagi hukuman yang bakal dikenakan ke atas Tertuduh. [7] Puan Timbalan Pendakwa Raya (DPP) yang terpelajar sebaliknya memohon kepada mahkamah ini agar menjatuhkan hukuman setimpal yang bersifat pengajaran ke atas Tertuduh. [8] Prosiding pada 30 Julai 2025 ini telah dikendalikan dengan teratur. Pengakuan salah Tertuduh telah diterima berdasarkan prinsip undang-undang yang selamat. Begitu juga hukuman dan fakta kes bagi kes ini yang telah diterangkan dan dijelaskan serta diakui sendiri oleh Tertuduh. Oleh yang demikian, saya telah menerima akuan salah Tertuduh dan mensabitkannya berdasarkan prosedur yang jelas selamat untuk diterima berdasarkan prinsip undang-undang yang sedia ada. [D] Hukuman [9] Saya berpandangan bahawa prinsip undang-undang perlu dilaksanakan sebaik mungkin dalam menjatuhkan hukuman ke atas mana-mana pesalah. Prinsip yang terkandung dalam Halsburys Laws of England Vol 9, perenggan 365 yang menyatakan seperti berikut telah dirujuk: “…The Court, in fixing the punishment for any particular crime, will take into consideration the nature of the offence, the circumstances in which it was S/N xpnqMx4aZE6vVWIy5dd60w committed, the provocation which he had received, if the crime is one of violence, the antecedents of the prisoner up to the time of the sentence, his age and character…” [10] Dalam menentukan hukuman yang sewajarnya yang patut dikenakan ke atas Tertuduh dalam kes ini, saya juga telah membuat rujukan ke atas kes Abdul Karim v Regina [1954] 1 LNS 3, dimana antara lain menyatakan seperti berikut: "… the particular offence and the particular offender, are the concern of the Court, whose business is to decide what punishment is merited upon the facts of the individual case within the limits the legislative has provided …" [11] Adalah menjadi pendirian saya bahawa kesalahan yang melibatkan harta benda, khususnya kesalahan berkaitan penerimaan, penyimpanan atau pelupusan harta curi, merupakan suatu bentuk jenayah yang tidak boleh dipandang ringan. Kesalahan sedemikian bukan sahaja menyebabkan kerugian kepada mangsa dari sudut harta benda, malah turut menjejaskan rasa selamat masyarakat serta keyakinan awam terhadap keberkesanan sistem keadilan jenayah. Jenayah harta benda terus berlaku secara berulang dan memberi kesan yang berpanjangan kepada ketenteraman awam. Oleh itu, hukuman yang dikenakan hendaklah mencerminkan kecaman badan kehakiman terhadap perbuatan tersebut disamping berupaya memberi mesej S/N xpnqMx4aZE6vVWIy5dd60w pencegahan yang jelas kepada masyarakat bahawa kesalahan seumpama ini akan menerima tindakan yang tegas. [12] Dalam kes ini, penglibatan Tertuduh tidak terhad kepada pengetahuan bahawa mesin rumput tersebut merupakan harta curi. Sebaliknya, Tertuduh telah dengan sengaja menyimpan harta tersebut walaupun mengetahui atau sekurang-kurangnya mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa harta tersebut diperoleh melalui suatu kesalahan. Kesalahan di bawah seksyen 411 Kanun Keseksaan memainkan peranan yang amat penting dalam membanteras jenayah harta benda kerana individu yang sanggup menerima atau menyimpan harta curi secara tidak langsung mewujudkan permintaan terhadap harta yang diperoleh melalui aktiviti jenayah. Tanpa kewujudan pihak yang bersedia menerima atau menyimpan harta curi, kesalahan-kesalahan seperti kecurian lazimnya menjadi lebih mudah untuk terus berleluasa kerana wujud pihak yang bersedia menjadi penyimpan atau penerima hasil jenayah tersebut. Justeru, penglibatan Tertuduh dalam kes ini bukanlah suatu peranan yang remeh, sebaliknya merupakan satu komponen penting yang menyumbang kepada kelangsungan jenayah harta benda. [13] Saya juga mengambil maklum bahawa kesalahan berkaitan harta benda masih merupakan antara kesalahan yang kerap berlaku di daerah Kuala Kangsar. Walaupun hukuman tidak boleh diasaskan semata-mata atas faktor rampancy, badan kehakiman berhak mengambil kira kepentingan pencegahan sebagai salah satu pertimbangan dalam menentukan hukuman yang sesuai. Dalam keadaan sedemikian, hukuman yang terlalu ringan berisiko memberikan tanggapan bahawa kesalahan berkaitan harta curi tidak membawa akibat yang serius, sedangkan kesannya kepada mangsa dan S/N xpnqMx4aZE6vVWIy5dd60w masyarakat adalah sangat serius. Oleh itu, kepentingan awam menuntut agar hukuman yang dijatuhkan bukan sahaja bersifat menghukum Tertuduh atas perbuatannya, malah turut berfungsi sebagai amaran kepada orang lain agar tidak terlibat dalam kesalahan yang sama. [14] Selain itu, sebelum prosiding bagi kes ini dimulakan, saya turut mengambil maklum bahawa Tertuduh telah disabitkan atas beberapa pertuduhan lain yang melibatkan pelbagai kesalahan, iaitu kes AG-83RS-42-11/ 2024 yang diputuskan pada 16 Julai 2025 serta kes AG-83RS-30-07/ 2025, AG-83-121-07/ 2025, AG-83RS-24-07/ 2025, AG-83RS-26-07/ 2025 dan AG-83RS-27-07/ 2025 yang diputuskan lebih awal pada hari yang sama. Kesemua kes tersebut, kecuali AG-83-121-07/2025, melibatkan kesalahan berkaitan harta benda yang berlaku dalam kejadian dan laporan polis yang berasingan. Ia merupakan suatu faktor yang relevan pada peringkat penentuan hukuman bagi menilai keperluan pencegahan khas, perlindungan masyarakat serta prospek pemulihan Tertuduh. Corak penglibatan yang berulang dalam kesalahan berkaitan harta benda menunjukkan bahawa hukuman yang lebih tegas adalah diperlukan bagi menghalang Tertuduh daripada terus mengulangi perlakuan yang sama. [15] Dalam menjatuhkan hukuman, saya turut mempertimbangkan faktor-faktor mitigasi yang dikemukakan bagi pihak Tertuduh sebagaimana dihujahkan dalam prosiding kes AG-83RS-30-07/ 2025. Antaranya, Tertuduh mempunyai tanggungan keluarga yang ramai dan hukuman pemenjaraan yang dikenakan sudah tentu akan memberi kesan terhadap ahli-ahli keluarga yang bergantung kepadanya. Faktor tersebut telah saya ambil kira sebagai salah satu keadaan peribadi Tertuduh. S/N xpnqMx4aZE6vVWIy5dd60w [16] Saya juga mengambil kira bahawa Tertuduh bekerja sebagai seorang wiring man dengan pendapatan sekitar RM1500 sebulan. Disamping itu, saya memberikan pertimbangan sewajarnya terhadap pengakuan bersalah Tertuduh pada peringkat awal prosiding yang telah menjimatkan masa dan kos pendakwaan dan Mahkamah serta mengelakkan keperluan pihak pendakwaan memanggil saksi-saksi untuk memberi keterangan. [17] Setelah menimbang keseluruhan fakta kes, tahap kesalahan yang dilakukan, faktor-faktor pemberatan dan mitigasi serta prinsip-prinsip penghukuman yang berkaitan, saya berpendapat bahawa hukuman pemenjaraan selama lapan (8) bulan adalah suatu hukuman yang adil, munasabah dan setimpal dengan tahap kesalahan yang dilakukan oleh Tertuduh dalam kes ini. Penentuan tarikh pemenjaraan [18] Sebelum kes ini diputuskan, saya telah terlebih dahulu mendengar dan memutuskan beberapa kes melibatkan Tertuduh iaitu AG-83RS-30-07/2025, AG-83-121- 07/2025, AG-83RS-24-07/2025, AG-83RS-26-07/2025 dan AG-83RS-27-07/2025 pada hari yang sama. Saya juga mengambil maklum bahawa Tertuduh sedang menjalani hukuman pemenjaraan bagi kes AG-83RS-42-11/ 2024 setelah dijatuhi hukuman selama setahun pada 16 Julai 2025 oleh saya, yang mana semakan dalam sistem Case Management System dan akuan oleh Tertuduh telah dibuat berkaitan perkara ini semasa prosiding dalam kes AG-83RS-30-07/2025 dibuat. Justeru, saya perlu menentukan sama ada hukuman dalam kes ini wajar dijalankan secara serentak atau berturutan dengan S/N xpnqMx4aZE6vVWIy5dd60w hukuman-hukuman tersebut berdasarkan fakta setiap kes serta prinsip-prinsip undang-undang yang berkaitan. [19] Kedudukan hukuman pemenjaraan yang sedang dan akan dijalani oleh Tertuduh adalah seperti berikut: i) AG-83RS-42-11/2024 – hukuman setahun penjara bermula 16 Julai 2025; ii) AG-83RS-30-07/2025 – hukuman 25 bulan penjara yang diperintahkan berjalan selepas kes (i); iii) AG-83-121-07/2025 – hukuman 6 bulan penjara yang diperintahkan berjalan selepas kes (i) dan (ii); iv) AG-83RS-24-07/2025 – hukuman 8 bulan penjara yang diperintahkan berjalan selepas kes (i), (ii) dan (iii); v) AG-83RS-26-07/2025 – hukuman 8 bulan penjara yang diperintahkan berjalan serentak dengan kes (iv) tetapi berasingan daripada kes (i), (ii) dan (iii); dan vi) AG-83RS-27-07/2025 – hukuman 8 bulan penjara yang diperintahkan berjalan berasingan dengan kes (i), (ii), (iii), (iv) dan (v). [20] Rekod-rekod tersebut adalah relevan bagi membantu saya menentukan mod pelaksanaan hukuman sama ada secara serentak atau berturutan selaras dengan peruntukan undang-undang yang terpakai serta prinsip-prinsip yang telah ditetapkan. Dalam hal ini, saya turut merujuk kepada prinsip-prinsip yang dihuraikan dalam kes PP v Mohamad Ramadzan [2021] MLJU 1629, Wan Azman Atan v PP [2006] 7 CLJ 281, Kanagasuntharam v PP [1992] 1 SLR 81, Noor Azmi v PP [2023] 12 MLJ 182 dan S/N xpnqMx4aZE6vVWIy5dd60w Bachik Abdul Rahman v PP [2004] 2 CLJ 572 berkaitan pelaksanaan hukuman pemenjaraan, khususnya berhubung prinsip single transaction, budi bicara Mahkamah dalam menentukan sama ada hukuman hendaklah berjalan secara serentak atau berturutan, serta pemakaian prinsip totality. [21] Berdasarkan penelitian saya terhadap fakta setiap kes serta prinsip-prinsip yang digariskan dalam kes-kes yang dinyatakan, saya mendapati bahawa kes AG-83RS-42- 11/ 2024, AG-83RS-30-07/ 2025, AG-83-121-07/ 2025 dan AG-83RS-27-07/ 2025 melibatkan kejadian, laporan polis, mangsa dan fakta yang berasingan serta tidak membentuk satu transaksi yang sama dengan kes ini. Terutamanya bagi kes AG-83-121- 07/ 2025 yang bukan merupakan kes melibatkan jenayah harta benda. Oleh itu, hukuman bagi kes-kes tersebut adalah wajar dijalankan secara berasingan. [22] Sebaliknya, saya mendapati bahawa kes AG-83RS-24-07/ 2025 dan AG-83RS- 26-07/ 2025 mempunyai hubungan fakta yang rapat dengan kes ini. Ketiga-tiga pertuduhan tersebut lahir daripada rentetan siasatan yang sama, melibatkan penemuan barang-barang kes di lokasi yang sama hasil daripada tindakan Tertuduh membawa pihak polis ke tempat barang-barang tersebut disimpan. Hubungan yang rapat dari segi masa, tempat serta kesinambungan siasatan menyebabkan ketiga-tiga kes tersebut pada pandangan saya membentuk suatu rangkaian transaksi yang sama (same transaction). Dalam keadaan sedemikian, pelaksanaan hukuman secara serentak bagi ketiga-tiga kes tersebut adalah lebih selaras dengan prinsip keadilan dan prinsip penghukuman yang telah digariskan. S/N xpnqMx4aZE6vVWIy5dd60w [23] Sehubungan itu, setelah menilai keseluruhan keadaan kes, faktor-faktor pemberatan dan mitigasi serta prinsip-prinsip penghukuman yang terpakai, saya memerintahkan supaya hukuman pemenjaraan selama 8 bulan dalam kes ini hendaklah dijalankan secara serentak dengan hukuman dalam kes AG-83RS-24-07/ 2025 dan AG-83RS-26-07/ 2025 tetapi berjalan secara berasingan dengan hukuman dalam kes AG-83RS-42-11/ 2024, AG-83RS-30-07/ 2025, AG-83-121-07/ 2025 dan AG- 83RS-27-07/ 2025. [24] Dalam menilai keseluruhan struktur hukuman yang akan ditanggung oleh Tertuduh, saya telah turut mengambil kira prinsip totality dan berpuas hati bahawa tempoh keseluruhan pemenjaraan yang terhasil daripada perintah-perintah tersebut tidak membawa kepada suatu hukuman yang bersifat keterlaluan atau mewujudkan crushing effect, sebaliknya masih berada dalam lingkungan yang munasabah, adil dan setimpal dengan keseluruhan kesalahan yang telah dilakukan oleh Tertuduh dalam kes-kes yang telah saya putuskan. [25] Keputusan saya untuk memerintahkan sebahagian hukuman dijalankan secara berturutan dan sebahagian lagi secara serentak bukanlah dibuat secara automatik atau sebagai suatu kaedah yang terpakai kepada semua keadaan. Sebaliknya, keputusan tersebut merupakan suatu pelaksanaan budi bicara kehakiman setelah penelitian yang teliti dibuat terhadap fakta setiap pertuduhan, hubungan antara kes-kes berkenaan, sama ada kesalahan-kesalahan tersebut membentuk suatu transaksi yang sama atau merupakan kejadian yang berasingan, serta dengan mengambil kira prinsip-prinsip undang-undang yang telah dihuraikan dalam prinsip kes-kes yang dirujuk. S/N xpnqMx4aZE6vVWIy5dd60w [26] Saya turut mengambil kira bahawa setiap kesalahan yang dilakukan oleh Tertuduh hendaklah menerima hukuman yang mempunyai makna serta mencerminkan tahap keseriusan kesalahan-kesalahan tersebut. Dalam masa yang sama, saya juga tidak boleh mengabaikan hak Tertuduh untuk dihukum secara adil mengikut keseluruhan keadaan kes. Atas sebab itu, saya telah memastikan bahawa struktur hukuman yang dikenakan tidak menjadi terlalu berat sehingga menimbulkan suatu crushing effect yang bercanggah dengan prinsip totality. Justeru, saya telah menggunakan budi bicara secara berhati-hati dengan memerintahkan hukuman berjalan secara berasingan bagi kes-kes yang benar-benar berasingan, manakala hukuman dijalankan secara serentak bagi kes-kes yang mempunyai hubungan fakta yang rapat dan membentuk suatu transaksi yang sama. [27] Dengan pendekatan tersebut, saya berpuas hati bahawa perintah yang diberikan bukan sahaja memberikan hukuman yang sewajarnya terhadap setiap kesalahan yang dilakukan oleh Tertuduh dan memastikan bahawa setiap kesalahan menerima akibat undang-undang yang setimpal; malah pada masa yang sama mengekalkan keseimbangan antara kepentingan awam, hak mangsa, kepentingan pencegahan am dan pencegahan khas, prinsip pemulihan Tertuduh serta prinsip keadilan yang menjadi asas kepada pelaksanaan hukuman vagi kes jenayah. [28] Justeru, saya amat berpuas hati bahawa budi bicara dalam menyusun struktur hukuman ini telah dilaksanakan oleh saya secara kehakiman, berdasarkan fakta kes dan prinsip-prinsip undang-undang yang terpakai. S/N xpnqMx4aZE6vVWIy5dd60w [29] Adalah diharapkan agar Tertuduh mengambil pengajaran yang bermakna daripada hukuman yang perlu ditanggungnya dan memahami sepenuhnya implikasi perbuatan yang telah dilakukan. Semoga hukuman yang dijatuhkan akan menjadi titik perubahan kepadanya untuk kembali ke landasan yang betul, memperbaiki diri, serta tidak lagi mengulangi sebarang kesalahan jenayah pada masa akan datang. Bertarikh 6 Julai 2026 MOHD SHAZMEER BIN ZAMHARI Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Rendah Malaya Negeri Perak Tarikh keputusan: 30 Julai 2025 Timbalan Pendakwa Raya: Nur Mirza Zulaikha binti Mohd Fadzly Peguam YBGK: Hennie Soraya binti Hanafi S/N xpnqMx4aZE6vVWIy5dd60w