Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI JOHOR BAHRU DI DALAM NEGERI JOHOR, MALAYSIA RAYUAN SIVIL NO : JA-12B-58-09/2025 ANTARA MUHAMMAD NURHIDAYAT BIN ISMAIL……PERAYU/DEFENDAN
/akn/my/judgment/high-court/2026/896fa407-2573-43f6-be2f-0b26b8f54d9e
High Court of Malaysia19 May 2026JA-12B-58-09/2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI JOHOR BAHRU DI DALAM NEGERI JOHOR, MALAYSIA RAYUAN SIVIL NO : JA-12B-58-09/2025 ANTARA MUHAMMAD NURHIDAYAT BIN ISMAIL……PERAYU/DEFENDAN
1
1.
2
… PERAYU-PERAYU/PLAINTIF-PLAINTIF Didengar Bersama Dengan DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI JOHOR BAHRU DI DALAM NEGERI JOHOR, MALAYSIA RAYUAN SIVIL NO : JA–12B–59–09/2025
1
1.
2
… PERAYU-PERAYU/PLAINTIF-PLAINTIF S/N wabw1FvkHEywxAbdjThtiQ MUHAMMAD NURHIDAYAT BIN ISMAIL ..…RESPONDEN/DEFENDAN [DALAM MAHKAMAH SESYEN DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR, MALAYSIA GUAMAN NO. JA - B53KJ - 19 - 02 TAHUN 2024
1
1.
2
… PLAINTIF-PLAINTIF MUHAMMAD NURHIDAYAT BIN ISMAIL … DEFENDAN] S/N wabw1FvkHEywxAbdjThtiQ ALASAN PENGHAKIMAN
1
Rayuan ini memperlihatkan suatu keadaan yang tidak luar biasa dalam litigasi kecederaan peribadi, di mana kedua-dua pihak yang berlitigasi memilih untuk mencabar keputusan Mahkamah Bicara yang diputuskan pada 29.8.2025 berhubung kuantum ganti rugi, tetapi dari sudut yang berbeza dan dengan kepentingan yang bertentangan. Di hadapan Mahkamah ini terdapat dua rayuan yang difailkan terhadap keputusan yang sama oleh Hakim Mahkamah Sesyen, masing-masing oleh Defendan dan Plaintif, yang pada asasnya mempersoalkan sama ada penilaian gantirugi yang telah dibuat itu adalah selaras dengan prinsip undang-undang serta keterangan yang dikemukakan.
2
Rayuan pertama, iaitu Rayuan No. JA-12B-58-09/2025, telah difailkan oleh Defendan yang tidak berpuas hati dengan beberapa award yang diberikan oleh Mahkamah Sesyen, khususnya berkaitan kecederaan tertentu serta kos rawatan masa hadapan dan gantirugi khas. Rayuan kedua, iaitu Rayuan No. JA-12B-59-09/2025, pula difailkan oleh Plaintif yang pada masa yang sama mendakwa bahawa Mahkamah Sesyen telah tersalah arah dalam menolak atau mengurangkan beberapa tuntutan penting, termasuk tuntutan berkaitan kerugian S/N wabw1FvkHEywxAbdjThtiQ ekonomi masa hadapan dan rawatan lanjut yang disyorkan oleh pakar.
3
Kedua-dua rayuan ini tidak menyentuh isu liabiliti, yang telah pun dimuktamadkan di peringkat Mahkamah Sesyen dan tidak dicabar dalam rayuan ini. Sebaliknya, tumpuan sepenuhnya adalah terhadap persoalan kuantum, iaitu sama ada ganti rugi yang telah diberikan atau ditolak oleh Mahkamah Sesyen adalah tepat dari segi prinsip dan wajar berdasarkan fakta kes.
4
Dalam keadaan di mana kedua-dua pihak merayu terhadap keputusan yang sama tetapi dalam arah yang bertentangan, Mahkamah ini berdepan dengan suatu tanggungjawab yang lebih luas, iaitu bukan sahaja menilai sama ada terdapat kesilapan yang memerlukan campur tangan, tetapi juga memastikan bahawa setiap komponen gantirugi yang dipertikaikan dianalisis secara berasingan dan diputuskan berdasarkan prinsip undang-undang yang mantap. Ini memerlukan suatu pendekatan yang teliti dan berdisiplin, agar Mahkamah ini tidak terjerumus kepada penilaian semula fakta secara bebas, tetapi kekal dalam lingkungan kuasa rayuan yang terhad kepada kesilapan prinsip atau dapatan yang jelas salah. S/N wabw1FvkHEywxAbdjThtiQ
5
Sehubungan itu, Mahkamah ini akan meneliti kedua-dua rayuan ini secara serentak dan menyediakan satu alasan penghakiman yang bersepadu, dengan tujuan untuk melupuskan semua isu yang dibangkitkan oleh pihak-pihak secara menyeluruh, koheren dan selaras dengan kehendak undang-undang.
6
Tindakan asal di Mahkamah Sesyen adalah suatu tuntutan kecederaan peribadi yang timbul daripada satu kemalangan jalan raya yang tidak lagi dipertikaikan dari segi liabiliti. Plaintif telah mendakwa bahawa akibat daripada kemalangan tersebut, beliau telah mengalami pelbagai kecederaan fizikal dan kesan kesihatan yang memerlukan rawatan serta memberi impak terhadap keupayaan beliau untuk bekerja dan menjalani kehidupan harian.
7
Dalam menyokong tuntutan tersebut, Plaintif telah mengemukakan pelbagai keterangan termasuk laporan pakar perubatan yang merangkumi aspek neurologi, ortopedik dan urologi. Antara kecederaan yang dibangkitkan termasuk kecederaan kepala ringan (‘mild head injury’), disfungsi ereksi (‘erectile dysfunction’), serta beberapa kecederaan pada anggota badan yang membawa kepada had pergerakan dan risiko komplikasi masa hadapan seperti osteoarthritis. S/N wabw1FvkHEywxAbdjThtiQ
8
Selain daripada kecederaan fizikal, Plaintif juga mengemukakan tuntutan berkaitan kerugian ekonomi, termasuk kehilangan pendapatan sebelum perbicaraan, serta dakwaan kehilangan pendapatan masa hadapan dan/atau kehilangan keupayaan untuk menjana pendapatan. Tuntutan ini disokong dengan dokumen seperti slip gaji, rekod pekerjaan, serta hujahan berkenaan pengiraan menggunakan pendekatan ‘multiplier-multiplicand’.
9
Di pihak Defendan, walaupun liabiliti tidak lagi dipertikaikan, pelbagai hujahan telah dikemukakan bagi mencabar skop dan nilai tuntutan Plaintif. Antaranya termasuk hujahan bahawa beberapa kecederaan telah dinilai secara berasingan walaupun sepatutnya digabungkan, bahawa sesetengah keadaan perubatan tidak mempunyai kaitan kausal dengan kemalangan, serta bahawa beberapa tuntutan masa hadapan adalah bersifat spekulatif dan tidak disokong oleh keterangan yang mencukupi.
10
Setelah menilai keseluruhan keterangan dan hujahan pihak-pihak, Hakim Mahkamah Sesyen telah memberikan pelbagai award di bawah gantirugi am dan khas. Bagi kecederaan tertentu seperti ‘erectile dysfunction’ dan kecederaan ortopedik, award telah diberikan dalam jumlah yang signifikan. Bagi beberapa tuntutan lain seperti rawatan masa hadapan tambahan dan kerugian pendapatan masa hadapan, tuntutan S/N wabw1FvkHEywxAbdjThtiQ tersebut telah ditolak oleh HMS atas alasan kekurangan bukti atau sifatnya yang spekulatif.
11
Bagi kehilangan pendapatan sebelum perbicaraan, HMS telah menerima pendekatan pengiraan berdasarkan perbandingan antara purata pendapatan sebelum kemalangan dan pendapatan sebenar selepas kemalangan, dengan merujuk kepada slip gaji yang dikemukakan. Hasil daripada analisis tersebut, suatu jumlah telah diberikan sebagai gantirugi bagi kehilangan pendapatan sebenar.
12
Walau bagaimanapun, kedua-dua pihak tidak berpuas hati dengan dapatan tersebut. Defendan berpendapat bahawa beberapa award adalah berlebihan dan tidak selaras dengan prinsip undang-undang, manakala Plaintif pula berpendapat bahawa beberapa tuntutan telah ditolak secara tidak wajar atau dinilai terlalu rendah.
13
Maka, kedua-dua pihak telah memfailkan rayuan masing-masing terhadap keputusan tersebut, yang kini berada di hadapan Mahkamah ini untuk penentuan. Dalam konteks ini, Mahkamah ini perlu menilai semula setiap komponen gantirugi yang dicabar, bukan dengan tujuan untuk menggantikan penilaian Mahkamah Sesyen secara keseluruhan, tetapi untuk S/N wabw1FvkHEywxAbdjThtiQ menentukan sama ada terdapat kesilapan prinsip atau dapatan yang memerlukan campur tangan.
14
Dalam Rayuan No. 58, pihak Defendan telah mengemukakan hujahan yang bersifat menyeluruh terhadap hampir keseluruhan komponen gantirugi yang diberikan oleh Hakim Mahkamah Sesyen. Teras utama hujahan Defendan adalah bahawa Mahkamah Sesyen telah gagal mengaplikasikan prinsip penilaian kuantum secara betul, khususnya apabila menilai kecederaan-kecederaan yang menurut Defendan mempunyai pertindihan dari segi sifat dan kesan. Dalam hal ini, Defendan berhujah bahawa kecederaan ‘mild head injury’ tidak sepatutnya dinilai secara berasingan daripada ‘erectile dysfunction’, kerana kedua-duanya didakwa berpunca daripada punca yang sama, iaitu kecederaan kepala yang dialami oleh Plaintif. Oleh itu, Defendan menegaskan bahawa award yang berasingan telah membawa kepada suatu bentuk pampasan berganda yang tidak dibenarkan di sisi undang-undang.
15
Di samping itu, Defendan turut mencabar award yang diberikan bagi ‘hyperlipidemia’, dengan hujahan bahawa keadaan tersebut bukanlah suatu kecederaan traumatik yang berpunca daripada kemalangan, sebaliknya merupakan suatu keadaan perubatan yang lazim berkait dengan faktor dalaman seperti gaya hidup dan kecenderungan biologi. Oleh itu, menurut S/N wabw1FvkHEywxAbdjThtiQ Defendan, tiada asas untuk mengaitkan keadaan tersebut dengan kemalangan yang menjadi subjek tindakan ini, dan sebarang award yang diberikan adalah bersifat spekulatif serta tidak disokong oleh keterangan pakar yang mencukupi.
16
Defendan juga tidak bersetuju dengan award yang diberikan bagi beberapa kecederaan ortopedik termasuk risiko ‘osteoarthritis’ serta had pergerakan anggota badan, dengan alasan bahawa jumlah yang diberikan adalah berlebihan dan tidak selaras dengan julat award dalam kes-kes terdahulu. Dalam masa yang sama, Defendan mencabar award bagi kos rawatan masa hadapan, khususnya berkaitan rawatan ‘erectile dysfunction’ melalui penggunaan ubat PDE5i serta ubat-ubatan lain seperti ‘analgesics’ dan ‘Betaserc’, dengan hujahan bahawa keperluan rawatan tersebut tidak dibuktikan secara mencukupi atau terlalu spekulatif dari segi tempoh dan kosnya.
17
Tidak terhenti di situ, Defendan turut mencabar gantirugi khas yang diberikan, termasuk bil perubatan di hospital swasta serta kos penjagaan, dengan alasan bahawa jumlah tersebut tidak dibuktikan secara ketat atau melebihi keperluan sebenar Plaintif. Dalam keseluruhannya, pendekatan Defendan adalah untuk menunjukkan bahawa HMS telah memberikan award yang terlalu tinggi dan tidak selaras dengan prinsip undang-undang yang terpakai, sekali gus mengundang campur tangan Mahkamah ini. S/N wabw1FvkHEywxAbdjThtiQ
18
Sebaliknya, dalam Rayuan No. 59, pihak Plaintif mengambil pendekatan yang bertentangan sepenuhnya dengan Defendan. Plaintif berhujah bahawa HMS telah bersikap terlalu konservatif dalam menilai beberapa komponen gantirugi, khususnya berkaitan rawatan masa hadapan dan kerugian ekonomi. Plaintif menegaskan bahawa Mahkamah Sesyen telah gagal memberikan pertimbangan sewajarnya kepada keterangan pakar yang menyokong keperluan rawatan lanjut seperti penggunaan ‘Caverject’, ‘vacuum pump’ dan juga prosedur ‘penile prosthesis’.
19
Dalam konteks ini, Plaintif berhujah bahawa cadangan rawatan tersebut bukanlah bersifat alternatif semata-mata, tetapi merupakan pilihan rawatan yang sah dan berkemungkinan diperlukan sekiranya rawatan sedia ada tidak memberikan hasil yang diharapkan. Oleh itu, Plaintif berpendapat bahawa Mahkamah Sesyen telah tersalah arah apabila menolak tuntutan tersebut secara keseluruhan tanpa memberikan pertimbangan yang mencukupi terhadap kemungkinan keperluan masa hadapan.
20
Berhubung dengan kerugian ekonomi, Plaintif berhujah bahawa HMS telah tersalah arah dalam menilai ‘actual partial loss of earnings’ sebelum perbicaraan dengan tidak menerima sepenuhnya pengiraan yang dikemukakan oleh Plaintif. Plaintif menegaskan bahawa pendekatan yang digunakan oleh mereka S/N wabw1FvkHEywxAbdjThtiQ adalah lebih tepat dan mencerminkan kerugian sebenar yang dialami.
21
Lebih penting lagi, Plaintif mencabar penolakan tuntutan bagi ‘future loss of earnings’ dengan berhujah bahawa kecederaan yang dialami telah menjejaskan keupayaan Plaintif Pertama untuk menjana pendapatan pada masa hadapan, walaupun pada masa ini Plaintif Pertama masih bekerja. Dalam hal ini, Plaintif Pertama mengemukakan pengiraan terperinci menggunakan kaedah ‘multiplier-multiplicand’ bagi menyokong tuntutan berjumlah RM243,201.54.
22
Sebagai alternatif kepada tuntutan tersebut, Plaintif Pertama turut berhujah bahawa sekiranya Mahkamah tidak berpuas hati dengan tuntutan ‘future loss of earnings’, maka sekurang-kurangnya suatu award bagi ‘loss of earning capacity’ wajar diberikan, berdasarkan risiko nyata bahawa kecederaan yang dialami akan menjejaskan kebolehpasaran dan keupayaan Plaintif Pertama dalam pasaran pekerjaan pada masa hadapan.
23
Oleh itu, dapat dilihat bahawa kedua-dua rayuan ini bukan sahaja bertindan dari segi isu, tetapi juga mewakili dua pendekatan yang bertentangan terhadap penilaian kuantum. Mahkamah ini dengan itu perlu menilai setiap hujahan tersebut S/N wabw1FvkHEywxAbdjThtiQ secara berasingan dan seterusnya membuat dapatan yang selaras dengan prinsip undang-undang yang mantap.
24
Isu-isu utama untuk diputuskan dalam kedua-dua rayuan ini adalah seperti berikut: Isu (i): Sama ada award gantirugi am dan kos rawatan masa hadapan yang diberikan oleh HMS adalah berlebihan, bertindih atau tidak disokong oleh keterangan. Isu (ii): Sama ada award bagi hyperlipidemia wajar dikekalkan walaupun isu kausaliti dengan kemalangan dipertikaikan. Isu (iii): Sama ada award gantirugi khas, termasuk kehilangan pendapatan sebelum perbicaraan, bil perubatan dan kos penjagaan, telah dibuktikan serta dikira dengan betul. Isu (iv): Sama ada Plaintif berhak kepada future loss of earnings atau, secara alternatif, loss of earning capacity, serta rawatan masa hadapan tambahan bagi ED. S/N wabw1FvkHEywxAbdjThtiQ ANALISIS DAN DAPATAN MAHKAMAH Isu (i): Sama ada award gantirugi am dan kos rawatan masa hadapan yang diberikan oleh HMS adalah berlebihan, bertindih atau tidak disokong oleh keterangan.
25
Mahkamah ini memulakan analisis dengan prinsip kawalan bahawa campur tangan terhadap kuantum adalah terhad. Dalam kes Pang Ah Chee v Chong Kwee Sang [1985] 1 MLJ 153 (FC), Mahkamah Persekutuan menegaskan bahawa Mahkamah Rayuan hanya akan campur tangan jika terdapat kesilapan prinsip, salah arah dalam menilai bukti material, atau award itu begitu tinggi atau rendah sehingga menjadi suatu anggaran yang jelas salah. Prinsip ini mengikat Mahkamah ini untuk menilai sama ada dapatan HMS benar-benar menzahirkan kecacatan prinsip, bukan sekadar perbezaan pandangan tentang angka.
26
Dalam kerangka itu, hujahan teras Defendan ialah bahawa HMS telah memberikan award berasingan bagi kecederaan yang didakwa berpunca daripada punca yang sama, khususnya ‘mild head injury’ dan ‘erectile dysfunction’, sekali gus mewujudkan pertindihan. Mahkamah ini menerima bahawa undang-undang melarang pampasan berganda (‘double recovery’), namun larangan tersebut tidak bermakna semua akibat daripada satu kemalangan mesti disatukan dalam satu angka global tanpa membezakan sifat dan kesan setiap kecederaan. Garis panduan yang diiktiraf dalam autoriti ialah bahawa Mahkamah boleh mengasingkan award gantirugi S/N wabw1FvkHEywxAbdjThtiQ apabila manifestasi, fungsi dan impak kecederaan adalah berbeza, asalkan jumlah keseluruhan tidak memberi pampasan berganda bagi kerugian yang sama. Pendekatan ini selari dengan prinsip umum yang turut dihuraikan dalam kes-kes dalam ikatan otoriti yang membezakan antara kecederaan yang tidak boleh dipisahkan (‘indivisible’) dan yang boleh dipisahkan (‘divisible’) dari segi kesan.
27
Berhubung ‘mild head injury’, Mahkamah ini meneliti dapatan HMS yang berpandukan laporan pakar neurologi mengenai simptom kognitif seperti gangguan tumpuan, keletihan mental dan kesan terhadap fungsi harian. Walaupun diklasifikasikan sebagai ‘mild’, kesan residu yang diterangkan dalam keterangan menunjukkan impak yang tidak boleh dipandang remeh terhadap kebolehan bekerja dan kualiti hidup. Dalam keadaan sedemikian, dan mengambil kira julat award dalam kes-kes sebanding yang dirujuk pihak-pihak, Mahkamah ini tidak melihat sebarang salah arah pada penetapan RM100,000.00. Jumlah itu tidak menzahirkan sifat keterlaluan atau ketidakseimbangan yang membolehkan campur tangan di bawah prinsip Pang Ah Chee (supra).
28
Bagi ‘erectile dysfunction’ (ED), Mahkamah ini menerima bahawa kecederaan ini mempunyai dimensi yang berbeza daripada kecederaan neurologi. ED membawa implikasi berterusan terhadap fungsi seksual, maruah diri, kesejahteraan S/N wabw1FvkHEywxAbdjThtiQ psikologi dan hubungan kekeluargaan. Autoriti dalam ikatan yang disentuh oleh pihak-pihak menunjukkan bahawa kerugian berbentuk ‘loss of amenity’ yang khusus seperti ini wajar dinilai secara tersendiri. Oleh itu, walaupun wujud hubungan kausal yang mungkin berpunca daripada kecederaan kepala, kesan yang berlainan sifat membenarkan penilaian berasingan. Dalam kerangka itu, award RM80,000.00 oleh HMS adalah munasabah dan tidak menunjukkan ‘double recovery’.
29
Hujahan Defendan bahawa kedua-dua head ini wajib digabungkan tidak boleh diterima. Penggabungan secara global lazimnya sesuai apabila kecederaan tidak dapat dipisahkan dari segi kesan dan fungsi. Dalam kes ini, perbezaan yang nyata antara gangguan kognitif dan kegagalan fungsi seksual menjustifikasikan pemisahan. Pendekatan HMS adalah selaras dengan prinsip yang dibincangkan dalam kes-kes yang dirujuk oleh pihak-pihak yang membezakan antara pertindihan dari segi kausaliti (‘overlap in causation’) dan Pertindihan dari segi kerugian (‘overlap in damage’) dimana yang terakhir sahaja yang dilarang iaitu pampasan berganda bagi kerugian yang sama adalah tidak dibenarkan.
30
Mahkamah ini seterusnya meneliti ‘limitation of movement of the left elbow and right wrist’ (RM10,000.00). Keterangan ortopedik menunjukkan had fungsi semasa yang nyata pada sendi berkenaan. Had pergerakan ini merupakan kerugian S/N wabw1FvkHEywxAbdjThtiQ fungsi yang berdiri sendiri dan tidak bertindih dengan risiko degeneratif masa hadapan. Autoriti dalam ikatan yang menyentuh kecederaan ortopedik menyokong bahawa had pergerakan semasa adalah kategori yang berasingan daripada risiko komplikasi masa hadapan. Dalam keadaan ini, award RM10,000.00 adalah sederhana dan tidak berlebihan, serta tidak menimbulkan isu pertindihan.
31
Berhubung risiko ‘post-traumatic osteoarthritis’, Mahkamah ini menerima prinsip bahawa award boleh diberikan bagi risiko masa hadapan jika terdapat asas perubatan yang munasabah menunjukkan kebarangkalian berlakunya komplikasi tersebut. Dalam kes Sadan a/l Pendek v. Koperasi Kenderaan Pahang Timur Berhad [2007] 1 PIR 24 dan Karim b Tompang & Anor v. Ahmad Saiful Hairi b Mohamad [2007] 1 PIR 33 Mahkamah mengiktiraf pemberian award sederhana bagi risiko osteoarthritis apabila disokong oleh keterangan pakar. Berdasarkan laporan ortopedik dalam kes ini yang menunjukkan peningkatan risiko degeneratif akibat trauma, Mahkamah ini berpuas hati bahawa pemberian award sederhana oleh HMS adalah selaras dengan prinsip tersebut dan tidak memerlukan campur tangan Mahkamah ini.
32
Mahkamah ini beralih kepada kos rawatan masa hadapan bagi ED melalui PDE5i (RM312,000). Prinsip yang terpakai ialah kos rawatan masa hadapan hanya boleh diberikan jika ia diperlukan S/N wabw1FvkHEywxAbdjThtiQ secara munasabah (‘reasonably necessary’) dan disokong oleh keterangan pakar, serta tidak bersifat spekulatif. Autoriti yang dirujuk pihak-pihak menggariskan bahawa Mahkamah perlu menilai sama ada rawatan itu adalah rawatan kali pertama yang realistik, tempoh penggunaan yang munasabah, dan anggaran kos yang berasaskan fakta. Dalam kes ini, keterangan pakar urologi menunjukkan bahawa PDE5i merupakan rawatan utama yang sesuai untuk keadaan Plaintif. Tiada keterangan yang menafikan keperluan tersebut atau menunjukkan bahawa kos yang dianggarkan adalah melampau. Oleh itu, Mahkamah ini berpendapat bahawa HMS telah menilai komponen ini secara betul dan award RM312,000 wajar dikekalkan.
33
Berkenaan kos ubat-ubatan masa hadapan iaitu ‘analgesics’ (RM10,704.00) dan ‘Betaserc’ (RM48,168.00), Mahkamah ini menilai hujahan Defendan yang mempersoalkan keperluan dan tempoh penggunaan. Prinsip undang-undang membenarkan award bagi ubat-ubatan masa hadapan apabila terdapat keterangan perubatan yang menunjukkan keperluan berterusan dan anggaran kos yang realistik. Rekod perubatan dalam kes ini menunjukkan simptom kesakitan dan simptom ‘vestibular’ yang berpanjangan, yang secara munasabah memerlukan ‘analgesics’ dan ‘Betaserc’. Tiada bukti yang menunjukkan bahawa preskripsi tersebut tidak perlu atau kosnya tidak berasas. Maka, Mahkamah ini berpuas hati bahawa kedua-dua award tersebut adalah S/N wabw1FvkHEywxAbdjThtiQ disokong oleh keterangan dan tidak spekulatif, dan oleh itu dikekalkan.
34
Mahkamah ini juga mengambil kira hujahan umum Defendan bahawa jumlah keseluruhan award adalah berlebihan. Namun, setelah menilai setiap award secara berasingan dan kemudian secara agregat, Mahkamah ini tidak mendapati bahawa jumlah keseluruhan tersebut mencapai tahap ‘wholly erroneous estimate’ yang membolehkan campur tangan. Penilaian HMS menunjukkan pertimbangan yang teliti terhadap laporan pakar, fungsi yang terjejas, serta keperluan rawatan masa hadapan, dan tidak menzahirkan kesilapan prinsip.
35
Dengan mengambil kira keseluruhan analisis di atas, Mahkamah ini mendapati bahawa bagi semua komponen di bawah Isu (i) iaitu ‘mild head injury’ (RM100,000.00), ‘erectile dysfunction’ (RM80,000.00), ‘limitation of movement’ (RM10,000.00), kecederaan ortopedik termasuk risiko osteoarthritis, kos rawatan masa hadapan ED melalui PDE5i (RM312,000.00), serta kos ubat-ubatan masa hadapan (‘analgesics’ RM10,704.00 dan ‘Betaserc’ RM48,168.00), HMS telah bertindak selaras dengan prinsip undang-undang yang betul dan dapatan tersebut disokong oleh keterangan. S/N wabw1FvkHEywxAbdjThtiQ
36
Sehubungan itu, Mahkamah ini menolak rayuan Defendan berhubung semua head di bawah Isu (i) dan mengekalkan sepenuhnya award yang diberikan oleh HMS bagi komponen-komponen tersebut. Isu (ii): Sama ada award bagi ‘hyperlipidemia’ wajar dikekalkan walaupun isu kausaliti dengan kemalangan dipertikaikan.
37
Mahkamah ini seterusnya beralih kepada isu ‘hyperlipidemia’, yang pada hemat Mahkamah ini merupakan suatu isu yang berdiri secara berasingan kerana ia melibatkan persoalan asas mengenai keperluan membuktikan hubungan kausal antara kecederaan yang didakwa dan kemalangan.
38
Prinsip undang-undang yang terpakai adalah jelas bahawa dalam tuntutan kecederaan peribadi, Plaintif mesti membuktikan bahawa kecederaan tersebut adalah akibat langsung atau tidak langsung daripada kemalangan yang menjadi asas tindakan. Kegagalan untuk membuktikan elemen ini adalah fatal kepada tuntutan tersebut.
39
Walaupun pihak-pihak tidak secara khusus merujuk kepada satu kes tunggal mengenai ‘hyperlipidemia’, prinsip umum ini adalah konsisten dengan pendekatan dalam kes-kes yang dirujuk dalam kes Mahkamah Rayuan seperti kes Sumarni v Yow Bing Kwong & Anor [2008] 1 MLJ 608, di mana S/N wabw1FvkHEywxAbdjThtiQ Mahkamah menegaskan bahawa gantirugi hanya boleh diberikan bagi kerugian yang dibuktikan secara sah dan tidak bersifat spekulatif.
40
Dalam kes ini, Mahkamah ini mendapati bahawa tiada keterangan pakar yang secara jelas mengaitkan hyperlipidemia dengan kemalangan yang dialami oleh Plaintif. Sebaliknya, sifat keadaan tersebut, sebagaimana yang diterangkan dalam keterangan perubatan, menunjukkan bahawa ia lebih berkait dengan faktor dalaman seperti gaya hidup, pemakanan dan predisposisi biologi.
41
Ketiadaan hubungan kausal ini tidak boleh diperbaiki melalui pemberian award nominal. Prinsip undang-undang tidak membenarkan Mahkamah memberikan pampasan semata-mata kerana suatu keadaan wujud, tanpa bukti bahawa ia berpunca daripada tort yang dipertikaikan.
42
Oleh itu, Mahkamah ini mendapati bahawa HMS telah tersalah arah dalam memberikan award RM2,000 bagi hyperlipidemia. Sehubungan itu, award tersebut diketepikan sepenuhnya. S/N wabw1FvkHEywxAbdjThtiQ Isu (iii): Sama ada award gantirugi khas, termasuk kehilangan pendapatan sebelum perbicaraan (‘actual partial loss of earnings’), bil perubatan dan kos penjagaan, telah dibuktikan serta dikira dengan betul.
43
Mahkamah ini memulakan analisis dengan menegaskan bahawa ganti rugi khas tertakluk kepada prinsip pembuktian yang lebih ketat berbanding gantirugi am. Prinsip yang mantap adalah bahawa setiap item gantirugi khas mesti dibuktikan secara khusus melalui keterangan dokumentari yang mencukupi. Kegagalan untuk berbuat demikian akan mengakibatkan tuntutan tersebut tidak boleh diberikan, walaupun Mahkamah berpuas hati bahawa suatu kerugian mungkin telah berlaku.
44
Prinsip ini telah ditegaskan dalam kes Mahkamah Persekutuan, Ong Ah Long v Dr S Underwood [1983] 2 MLJ 324, di mana Mahkamah menekankan bahawa gantirugi khas mesti dibuktikan secara khusus dan tidak boleh dianggarkan semata-mata. Pendekatan yang sama turut dilihat dalam kes Bonham-Carter v Hyde Park Hotel Ltd [1948] 64 TLR 177, yang sering dirujuk bagi prinsip bahawa kerugian kewangan mesti dibuktikan dengan bukti terbaik yang tersedia. Lord Goddard menyatakan dalam kes ini seperti berikut: “On the question of damages I am left in an extremely unsatisfactory position. Plaintiffs must understand that if they bring actions for damages it is for them to prove their damage; it is not enough to write down the particulars, and, so to S/N wabw1FvkHEywxAbdjThtiQ speak, throw them at the head of the court, saying: ‘This is what I have lost;I ask you to give these damages’. They have to prove it.” [Penekanan ditambah]
45
Dalam konteks rayuan ini, Mahkamah ini meneliti tiga komponen utama gantirugi khas yang dipertikaikan, iaitu:
i
(i) kehilangan pendapatan sebelum perbicaraan;
Subparagraph
(ii) bil perubatan; dan
Subparagraph
(iii) kos penjagaan.
a
(a) ‘Actual Partial Loss of Earnings’ (Pre-Trial)
46
Berhubung kehilangan pendapatan sebelum perbicaraan, Mahkamah ini mendapati bahawa HMS telah menggunakan pendekatan yang selaras dengan prinsip undang-undang, iaitu dengan membandingkan pendapatan purata Plaintif sebelum kemalangan dengan pendapatan sebenar selepas kemalangan berdasarkan slip gaji yang dikemukakan.
47
Prinsip ini adalah konsisten dengan kes Sumarni (supra), yang membezakan antara kehilangan pendapatan sebenar (‘actual loss’) dan kerugian masa hadapan yang bersifat spekulatif. Dalam kes tersebut, Mahkamah menegaskan bahawa kehilangan pendapatan sebenar mesti dibuktikan melalui S/N wabw1FvkHEywxAbdjThtiQ dokumen yang menunjukkan jumlah pendapatan yang hilang secara nyata.
48
Dalam kes ini, Mahkamah ini mendapati bahawa purata pendapatan sebelum kemalangan sebanyak RM4,657.99.00 tidak dipertikaikan. HMS kemudiannya meneliti slip gaji bagi setiap bulan dalam tempoh relevan dan mengira perbezaan sebenar antara pendapatan sebelum dan selepas kemalangan.
49
Pendekatan ini adalah tepat kerana ia tidak bergantung kepada anggaran semata-mata, sebaliknya berasaskan bukti dokumentari yang konkrit. Jumlah yang diperoleh, iaitu RM25,660.83, mencerminkan kerugian sebenar yang dialami oleh Plaintif.
50
Sebaliknya, pengiraan Plaintif yang lebih tinggi tidak selaras dengan data sebenar yang terkandung dalam slip gaji dan tidak menunjukkan asas yang konsisten. Oleh itu, Mahkamah ini berpendapat bahawa HMS tidak tersalah arah dalam menolak pengiraan tersebut. Sehubungan itu, Mahkamah ini mengekalkan award RM25,660.83 bagi ‘actual partial loss of earnings’ (pre-trial). S/N wabw1FvkHEywxAbdjThtiQ
b
(b) Bil Perubatan 51. Mahkamah ini seterusnya meneliti tuntutan bagi bil perubatan yang telah diberikan oleh HMS. Prinsip undang-undang yang terpakai adalah bahawa bil perubatan mesti dibuktikan melalui resit atau dokumen hospital yang sah, serta menunjukkan bahawa rawatan tersebut adalah berkaitan dengan kecederaan yang dialami.
52
Dalam kes ini, Plaintif telah mengemukakan bil perubatan daripada KPJ Pasir Gudang Specialist Hospital berjumlah RM44,202.04. Mahkamah ini mendapati bahawa bil tersebut disokong oleh dokumentasi yang lengkap dan tidak dicabar secara berkesan oleh Defendan.
53
Tiada keterangan yang menunjukkan bahawa rawatan tersebut tidak perlu, tidak munasabah, atau tidak berkaitan dengan kecederaan yang dialami oleh Plaintif. Dalam keadaan ini, Mahkamah ini berpendapat bahawa Plaintif telah memenuhi keperluan pembuktian ketat bagi gantirugi khas. Oleh itu, Mahkamah ini mengekalkan award RM44,202.04 bagi bil perubatan.
c
(c) Kos Penjagaan 54. Berhubung kos penjagaan, Mahkamah ini mengambil kira bahawa kecederaan yang dialami oleh Plaintif memerlukan S/N wabw1FvkHEywxAbdjThtiQ bantuan pihak ketiga dalam tempoh pemulihan. Prinsip undang-undang membenarkan award bagi kos penjagaan, walaupun penjagaan tersebut diberikan oleh ahli keluarga, selagi terdapat bukti bahawa penjagaan tersebut diperlukan dan mempunyai nilai ekonomi.
55
Pendekatan ini selari dengan prinsip dalam kes-kes kecederaan peribadi yang mengiktiraf bahawa kehilangan keupayaan untuk menjaga diri sendiri merupakan suatu kerugian yang boleh dinilai secara kewangan.
56
Dalam kes ini, HMS telah memberikan award berdasarkan kadar RM1,350.00 sebulan selama 13 bulan, menjadikan jumlah keseluruhan RM17,550.00. Mahkamah ini mendapati bahawa jumlah ini adalah sederhana dan selaras dengan tempoh pemulihan yang munasabah berdasarkan keterangan perubatan. Defendan gagal menunjukkan bahawa tempoh atau kadar tersebut adalah berlebihan atau tidak disokong oleh keterangan. Oleh itu, Mahkamah ini mengekalkan award RM17,550.00 bagi kos penjagaan.
57
Berdasarkan keseluruhan analisis di atas, Mahkamah ini mendapati bahawa HMS telah mengaplikasikan prinsip yang betul dalam menilai gantirugi khas, dan setiap komponen yang diberikan adalah disokong oleh bukti dokumentari yang S/N wabw1FvkHEywxAbdjThtiQ mencukupi serta tidak bersifat spekulatif. Sehubungan itu, Mahkamah ini menolak rayuan Defendan terhadap gantirugi khas dan mengekalkan sepenuhnya semua award di bawah Isu
Subparagraph
(iii). Isu (iv): Sama ada Plaintif berhak kepada Kehilangan Pendapatan Masa Hadapan (‘future loss of earnings’) atau, secara alternatif, Kehilangan Keupayaan Pendapatan (‘loss of earning capacity’), serta rawatan masa hadapan tambahan bagi ED.
58
Mahkamah ini terlebih dahulu meneliti tuntutan Plaintif bagi kehilangan pendapatan masa hadapan berjumlah RM243,201.54. Prinsip undang-undang yang terpakai telah dihuraikan dalam kes Ngooi Ku Siong & Anor v Aidi Abdullah [1985] 1 MLJ 30, di mana Mahkamah Persekutuan menegaskan bahawa tuntutan bagi kehilangan pendapatan masa hadapan mesti disokong oleh bukti yang menunjukkan kerugian sebenar yang boleh dinilai secara munasabah.
59
Prinsip yang sama turut ditegaskan dalam Sumarni (supra), yang membezakan antara kerugian sebenar dan kerugian yang bersifat spekulatif. Dalam kes ini, Mahkamah ini mendapati bahawa keterangan dokumentari menunjukkan bahawa pendapatan Plaintif selepas kemalangan adalah lebih tinggi daripada sebelum kemalangan. Fakta ini adalah penentu dan S/N wabw1FvkHEywxAbdjThtiQ secara langsung menafikan kewujudan kerugian pendapatan masa hadapan.
60
Dalam keadaan sedemikian, penggunaan kaedah ‘multiplier-multiplicand’ oleh Plaintif tidak dapat menyelamatkan tuntutan tersebut kerana asas faktanya tidak wujud. Oleh itu, Mahkamah ini menolak tuntutan kehilangan pendapatan masa hadapan dan mengekalkan dapatan HMS. Kehilangan Keupayaan Pendapatan (‘Loss of Earning Capacity’)
61
Mahkamah ini seterusnya meneliti tuntutan alternatif bagi Kehilangan Keupayaan Pendapatan. Prinsip undang-undang yang terpakai telah dihuraikan dalam kes Sumarni (supra) serta kes Chong Chee Khong & Anor v Ng Yeow Hin [1997] 5 MLJ 786, yang mengiktiraf bahawa award boleh diberikan walaupun plaintif masih bekerja, sekiranya terdapat risiko nyata terhadap keupayaan menjana pendapatan pada masa hadapan.
62
Dalam kes ini, Mahkamah ini mendapati bahawa laporan pakar menunjukkan bahawa Plaintif mengalami kekangan tertentu, termasuk kesan terhadap fungsi kognitif dan fizikal, yang berpotensi menjejaskan kebolehpasaran dalam pasaran pekerjaan. Walaupun kekangan tersebut tidak menjejaskan pendapatan semasa, ia tetap merupakan suatu ‘handicap’ S/N wabw1FvkHEywxAbdjThtiQ yang nyata. Oleh itu, Mahkamah ini berpendapat bahawa suatu award adalah wajar.
63
Walau bagaimanapun, Mahkamah ini menolak pendekatan Plaintif yang menggunakan kaedah ‘multiplier-multiplicand’ bagi jumlah RM243,201.54, kerana pendekatan tersebut tidak sesuai untuk tuntutan ini. Sehubungan itu, Mahkamah ini memberikan award secara lump sum sebanyak RM100,000. Rawatan Masa Hadapan – ‘Caverjet’, ‘Vacuum Pump’ dan’ Penile Prosthesis’
64
Mahkamah ini kini meneliti tuntutan Plaintif bagi rawatan tambahan iaitu:
i
(i) ‘Caverjet’;
Subparagraph
(ii) ‘vacuum pump’ dan kos penyelenggaraan tahunan;
Subparagraph
(iii) ‘penile prosthesis’’
65
Prinsip undang-undang yang terpakai adalah bahawa kos rawatan masa hadapan hanya boleh diberikan jika ia dibuktikan sebagai perlu secara munasabah dan bukan bersifat spekulatif. Ini selari dengan pendekatan dalam kes-kes dalam ikatan otoriti yang menekankan keperluan perubatan. S/N wabw1FvkHEywxAbdjThtiQ
66
Dalam kes ini, Mahkamah ini mendapati bahawa keterangan pakar Plaintif sendiri menunjukkan bahawa rawatan tersebut merupakan rawatan alternatif atau pilihan kedua dan ketiga, manakala rawatan utama adalah melalui penggunaan PDE5i, yang telahpun diberikan oleh HMS.
67
Tiada bukti bahawa rawatan PDE5i telah gagal atau tidak mencukupi, atau bahawa Plaintif dengan kebarangkalian yang munasabah akan memerlukan rawatan alternatif tersebut. Dalam keadaan sedemikian, tuntutan bagi ‘Caverjet’, ‘vacuum pump’ dan ‘penile prosthesis’ adalah bersifat spekulatif dan tidak memenuhi ambang yang diperlukan bagi pemberian ganti rugi. Oleh itu, Mahkamah ini menolak tuntutan Plaintif bagi ketiga-tiga rawatan tersebut dan mengekalkan keputusan HMS.
68
Setelah meneliti keseluruhan hujahan pihak-pihak, keterangan dalam rekod serta prinsip undang-undang yang terpakai, Mahkamah ini mendapati bahawa sebahagian besar dapatan Hakim Mahkamah Sesyen (“HMS”) adalah selaras dengan prinsip undang-undang dan tidak menzahirkan sebarang kesilapan yang memerlukan campur tangan Mahkamah ini. S/N wabw1FvkHEywxAbdjThtiQ
69
Berhubung Isu (i), Mahkamah ini mendapati bahawa penilaian dan pengasingan kecederaan oleh HMS adalah betul dari segi prinsip. Tiada pertindihan yang membawa kepada tuntutan berganda, dan jumlah yang diberikan tidak boleh dianggap sebagai berlebihan atau suatu anggaran yang jelas salah sebagaimana yang digariskan dalam Pang Ah Chee (supra).
70
Sehubungan itu, Mahkamah ini secara khusus mengekalkan award berikut yang telah dicabar oleh Defendan, iaitu:
a
(a) ‘mild head injury’ — RM100,000.00;
b
(b) ‘erectile dysfunction’ — RM80,000.00;
c
(c) limitation of movement of left elbow and right wrist — RM10,000.00;
d
(d) kecederaan ortopedik lain termasuk risiko ‘osteoarthritis’;
e
(e) kos rawatan masa hadapan bagi ‘erectile dysfunction’ melalui PDE5i — RM312,000.00;
f
(f) kos ubat-ubatan masa hadapan, iaitu: analgesics—RM10,704.00 dan ‘tablet Betaser’c — RM48,168.00
71
Berhubung Isu (ii), Mahkamah ini mendapati bahawa award bagi ‘hyperlipidemia’ adalah tidak berasas kerana kegagalan Plaintif untuk membuktikan hubungan kausal antara keadaan tersebut dengan kemalangan. Oleh itu, award sebanyak RM2,000.00 oleh HMS adalah diketepikan sepenuhnya. S/N wabw1FvkHEywxAbdjThtiQ
72
Berhubung Isu (iii), Mahkamah ini meneliti dengan teliti award ganti rugi khas yang telah diberikan oleh HMS, khususnya berkaitan bil-bil perubatan dan kos penjagaan yang turut dicabar oleh Defendan. Prinsip undang-undang yang terpakai adalah bahawa ganti rugi khas mestilah dibuktikan secara ketat (‘strict proof’), melalui dokumen sokongan seperti resit, invois atau rekod rasmi yang menunjukkan bahawa perbelanjaan tersebut benar-benar telah ditanggung dan berkait secara langsung dengan kecederaan yang dialami.
73
Dalam hal ini, Mahkamah ini mendapati bahawa Plaintif telah mengemukakan bukti dokumentari yang mencukupi bagi menyokong tuntutan tersebut, termasuk bil perubatan daripada KPJ Pasir Gudang Specialist Hospital yang berjumlah RM44,202.04. Tiada bukti dikemukakan oleh Defendan untuk menunjukkan bahawa bil tersebut adalah tidak munasabah atau tidak berkaitan dengan rawatan kecederaan yang dialami oleh Plaintif.
74
Sehubungan itu, Mahkamah ini berpuas hati bahawa HMS telah mengaplikasikan prinsip yang betul dalam menerima bil-bil tersebut sebagai gantirugi khas yang dibuktikan secara ketat. Oleh itu, award sebanyak RM44,202.04 bagi bil perubatan dikekalkan sepenuhnya. S/N wabw1FvkHEywxAbdjThtiQ
75
Berhubung kos penjagaan, Mahkamah ini mendapati bahawa Plaintif telah membuktikan bahawa beliau memerlukan bantuan penjagaan dalam tempoh pemulihan akibat kecederaan yang dialami. Jumlah yang diberikan oleh HMS, iaitu RM1,350.00 sebulan selama 13 bulan yang menjadikan keseluruhan RM17,550.00, adalah sederhana dan munasabah berdasarkan keadaan Plaintif serta tempoh pemulihan yang diperlukan.
76
Mahkamah ini tidak mendapati sebarang kesilapan prinsip dalam penilaian tersebut, dan Defendan gagal menunjukkan bahawa award tersebut adalah berlebihan atau tidak disokong oleh keterangan. Oleh itu, Mahkamah ini mengekalkan sepenuhnya award RM17,550.00 bagi kos penjagaan. Secara keseluruhannya bagi isu (iii) ini Mahkamah berpuas hati bahawa pendekatan HMS dalam menilai gantirugi khas adalah betul dan disokong oleh keterangan dokumentari. Ini termasuk:
a
(a) actual partial loss of earnings (pre-trial) sebanyak RM25,660.83;
b
(b) bil perubatan di KPJ Pasir Gudang Specialist Hospital sebanyak RM44,202.04; dan
c
(c) kos penjagaan sebanyak RM17,550. Sehubungan itu, semua award di bawah gantirugi khas tersebut adalah dikekalkan sepenuhnya. S/N wabw1FvkHEywxAbdjThtiQ
77
Berhubung Isu (iv), Mahkamah ini mendapati bahawa tuntutan Plaintif bagi kehilangan pendatapan masa hadapan berjumlah RM243,201.54 adalah tidak berasas kerana keterangan menunjukkan bahawa pendapatan Plaintif selepas kemalangan adalah lebih tinggi daripada sebelum kemalangan. Oleh itu, penolakan oleh HMS adalah dikekalkan.
78
Walau bagaimanapun, Mahkamah ini berpuas hati bahawa Plaintif telah membuktikan kewujudan suatu kehilangan keupayaan pendapatan, berdasarkan kekangan fizikal dan kognitif yang memberi kesan kepada keupayaan masa hadapan dalam pasaran pekerjaan. Selaras dengan prinsip dalam kes Sumarni (supra) dan Chong Chee Khong (supra), suatu award adalah wajar diberikan. Oleh itu, Mahkamah ini memberikan award lump sum sebanyak RM100,000.00 bagi kehilangan keupayaan pendapatan.
79
Berhubung tuntutan Plaintif bagi rawatan masa hadapan tambahan, iaitu:
a
(a) ‘Caverjet’;
b
(b) ‘vacuum pump’ dan kos penyelenggaraan; dan
c
(c) ‘penile prosthesis’ Mahkamah ini mendapati bahawa rawatan tersebut adalah bersifat alternatif atau rawatan pilihan kedua dan ketiga, dan S/N wabw1FvkHEywxAbdjThtiQ tidak dibuktikan sebagai perlu secara munasabah pada masa ini. Oleh itu, tuntutan tersebut adalah spekulatif dan ditolak. PERINTAH MAHKAMAH
80
Berdasarkan dapatan di atas, Mahkamah ini memerintahkan seperti berikut:
i
(i) Rayuan Defendan (JA-12B-58-09/2025) dibenarkan sebahagian setakat award hyperlipidemia sahaja, yang diketepikan.
Subparagraph
(ii) Rayuan Plaintif (JA-12B-59-09/2025) dibenarkan sebahagian setakat: i. Award bagi kehilangan keupayaan pendapatan sebanyak RM100,000 adalah diberikan kepada Plaintif; dan ii. Award bagi ‘hyperlipidemia’ sebanyak RM2,000 adalah diketepikan sepenuhnya. Tuntutan Plaintif bagi: i. kehilangan pendapatan masa hadapan sebanyak RM243,201.54; dan ii. rawatan masa hadapan tambahan (‘Caverjet’, ‘vacuum pump’, ‘penile prosthesis’), adalah ditolak. S/N wabw1FvkHEywxAbdjThtiQ Semua award lain oleh HMS, termasuk tetapi tidak terhad kepada: i. mild head injury RM100,000.00; ii. ‘erectile dysfunction’ RM80,000.00; iii. ‘limitation of movement’ RM10,000.00; iv. kos rawatan ED (PDE5i) RM312,000.00; v. ‘analgesics’ RM10,704.00; vii. ‘Betaserc’ RM48,168.00; viii. bil perubatan RM44,202.04; ix. kos penjagaan RM17,550.00; adalah dikekalkan sepenuhnya.
Subparagraph
(iii) Kos Memandangkan kedua-dua pihak berjaya dan gagal dalam bahagian yang berbeza dalam rayuan ini, Mahkamah ini berpendapat bahawa perintah yang adil adalah supaya kos ditanggung oleh pihak masing-masing. BERTARIKH 22 JUN 2026 t.t MANIRA BINTI MOHD NOR PESURUHJAYA KEHAKIMAN MAHKAMAH TINGGI SIVIL 4 JOHOR BAHRU S/N wabw1FvkHEywxAbdjThtiQ Peguam Bagi Pihak Perayu/Plaintif Sekar Palaniandy bersama Thamayanthy Tetuan Sekar Gill & C.Suran, Melaka Peguam Bagi Pihak Defendan/ Teo Han Lay bersama Responden Teo Woo En Tetuan Teo & Associates Johor Bahru S/N wabw1FvkHEywxAbdjThtiQ
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.