For the purpose of this section, a prima facie case is made out against the accused where the prosecution has adduced credible evidence proving each ingredient of the offence which if unrebutted or unexplained would warrant a conviction. [20] Maksud Prima Facie didalam Seksyen 180 (4) KTJ telah diperjelaskan oleh Mahkamah Persekutuan didalam kes PP v. Mohd. Radzi Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457 telah menjelaskan maksud Prima Facie seperti berikut: [12] After the amendments to ss. 173(f) and 180 of the CPC, the statutory test has been altered. What is required of a Subordinate Court and the High Court under the amended sections is to call for the defence when it is satisfied that a prima facie case has been made out at the close of the prosecution case. This requires the court to undertake a maximum evaluation of the prosecution evidence when deciding whether to call on the accused to enter upon his or her defence. It involves an assessment of the credibility of the witnesses called by the prosecution and the drawing of inferences admitted by the prosecution evidence. Thus, if the prosecution evidence admits of two or more inferences, one of which is in the accused's favour, then it is the duty of the court to draw the inference that is favourable to the accused. … If the court, upon a maximum evaluation of the evidence placed before it at the close of the prosecution case, comes to the conclusion that a prima facie case has not been made out, it should acquit the accused. If, on the other hand, the court after conducting a maximum evaluation of the evidence comes to the conclusion that a prima facie case has been made out, it must call for the defence. If the accused then elects to remain silent, the court must proceed to convict him. It is not open to the court to then re-assess the evidence and to determine whether the prosecution had established its case beyond a reasonable doubt. The absence of any evidence from the accused that casts a reasonable doubt on the prosecution's case renders the prima facie case one that is established beyond a reasonable doubt. Put shortly, what the trial court is obliged to do under ss. 173(f) and 180 of the CPC is to ask itself the question: If the accused elects to remain silent, as he is perfectly entitled to do, am I prepared to convict him on the evidence now before me? ... If the answer to that question is in the affirmative, then the defence must be called. And if the accused remains silent, he must be convicted. If the answer is in the negative, then the accused must be acquitted. [21] Berdasarkan otoriti-otoriti diatas, adalah menjadi tugas dan tanggungjawab mahkamah untuk membuat analisa dan memberi pertimbangan semula ke atas semua keterangan saksi-saksi, soal balas yang dikemukakan oleh peguam Tertuduh dan juga ekshibit-ekshibit yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan dalam menentukan sama ada pihak pendakwaan telah membuktikan suatu kes Prima Facie terhadap Tertuduh dengan menggunapakai ujian penilaian maksima ke atas semua keterangan saksi pendakwaan. [22] Bagi membolehkan mahkamah menentukan sama ada pihak Pendakwaan telah membuktikan suatu kes Prima Facie terhadap Tertuduh, mahkamah perlulah antara lain melihat sama ada pihak Pendakwaan telah membuktikan setiap elemen-elemen pertuduhan sebagaimana termaktub didalam Seksyen 180(4) KPJ. [23] Didalam kes ini, Tertuduh menghadapi satu Pertuduhan. Tertuduh dituduh dibawah Seksyen 12(2) ADB dan boleh dihukum dibawah Seksyen 39A (1) ADB. Oleh itu, terdapat tiga elemen pertuduhan yang perlu dibuktikan oleh pihak Pendakwaan bagi membuktikan sama ada suatu kes Prima Facie telah dibuktikan. Elemen-elemen tersebut adalah seperti berikut: i. Bahan yang dirampas tersebut adalah dadah berbahaya seperti yang tersenarai dibawah Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952; ii. Berat dadah berbahaya tersebut adalah seperti yang dinyatakan dalam Seksyen 39A (1) ADB; dan iii. dadah yang dirampas ada didalam milikan Tertuduh, iaitu Tertuduh mempunyai jagaan dan kawalan ke atas dadah tersebut serta Tertuduh mempunyai pengetahuan bahawa dadah tersebut adalah dadah berbahaya. [24] Berbalik semula kepada kes ini, setelah mahkamah meneliti Nota Keterangan dan exhibit yang dikemukakan oleh pihak Pendakwaan, mahkamah mendapati bahawa pihak Pendakwaan telah berjaya membuktikan kesemua elemen pertuduhan bagi Pertuduhan. [25] Bagi elemen pertama dan kedua, mahkamah mendapati bahawa elemen pertuduhan telah berjaya dibuktikan bahawa bahan yang dirampas merupakan dadah berbahaya jenis Methampethamine seberat 20.13 gram. [26] Laporan Kimia merupakan asas bagi menyokong atau membuktikan elemen pertama dan kedua pertuduhan iaitu bahan yang dirampas tersebut adalah dadah berbahaya seperti yang tersenarai dibawah Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952. Oleh itu, mahkamah memutuskan bahawa pihak Pendakwaan telah berjaya membuktikan elemen pertama dan kedua Pertuduhan. [27] Bagi elemen Pertuduhan ketiga, Pihak Pendakwaan perlu membuktikan dadah yang dirampas ada didalam milikan Tertuduh, iaitu Tertuduh mempunyai jagaan dan kawalan ke atas dadah tersebut serta Tertuduh mempunyai pengetahuan bahawa dadah tersebut adalah dadah berbahaya. [28] Mahkamah merujuk kes PP v Puvaneswaran Kaniapan (2003) 4 CLJ 609 di m/s 623; “Dalam usaha membuktikan pemilikan, Pendakwaan perlu menunjukkan tertuduh mempunyai jagaan atau kawalan terhadap dadah berbahaya berkenaan dan dia juga mempunyai pengetahuan terhadap apa yang ada dalam milikannya. Jagaan dan kawalan boleh dibuktikan melalui keterangan langsung ataupun dibuat kesimpulan daripada fakta yang telah terbukti terdahulu. Selalunya pengetahuan merupakan perkara yang dapat digarap melalui penyimpulan daripada fakta.” [29] Mahkamah ini turut merujuk kepada kes Mohammad Alhalki v Public Prosecutor [2021] MLJU 2818 yang menyatakan seperti berikut:- “[58] More crucially however, in the cirumstances of the case, on the entirety of admissible evidence, it is not difficult to appreciate why this theory cannot hold water. The drugs were found in the paper bag. The bag was seen to have been in the hand of the accused, before he threw the bag to the floor. He then ran to escape to the neighbouring Unit 03A. And all these happened in the condominium unit rented solely by the accused [59] In light of the authorities above, it can be safely concluded that the accused then had the power to exclude other persons from the enjoyment of the property, for that at all material times, the offending drugs were in the custody and control of the accused. The irresistible inference that must accordingly be drawn is that the accused all along must have known about the drugs found in the bag he was holding.” [30] Berdasarkan kes-kes yang dirujuk di atas, fakta perbuatan melemparkan dan mencampakkan sesuatu barang kes dadah semasa diserbu polis adalah satu fakta yang diterima Mahkamah memenuhi elemen pembuktian ‘possession’ dadah. Oleh itu, perbuatan OKT melemparkan satu bekas berpenutup warna merah jambu cerah bertulisan straw plastic cup (Ekshibit P8) yang berisi dadah-dadah tersebut semasa cuba melarikan diri daripada SP2 dan anggota namun berjaya ditahan SP4 menunjukkan OKT ada ‘possession’ terhadap barang yang dirampas. Tambahan pula, P8 yang berisi dadah tersebut telah dilihat dalam pengangan tangan OKT daripada pemerhatian yang dibuat oleh SP2, SP4 dan anggota dan SP4 lihat sendiri OKT campak barang kes tersebut semasa serbuan. Elemen-Elemen Pertuduhan [31] Berdasarkan isu-isu diatas yang telah diputuskan oleh mahkamah, dengan ini mahkamah mendapati bahawa kesemua elemen pertuduhan telah berjaya dibuktikan oleh pihak Pendakwaan sebagaimana diperuntukan didalam Seksyen 180 (4) KTJ. [32] Dalam kes ini, di akhir kes pendakwaan, Mahkamah mendapati bahawa pendakwaan berjaya buktikan kes prima facie di mana melalui keterangan saksi-saksi pendakwaan terutama SP2 dan SP4, tertuduh mempunyai kawalan dan jagaan serta pengetahuan mengenai dadah yang dijumpai maka ianya adalah dalam milikan beliau semasa ditangkap yang melihat OKT mencampakkan botol air merah jambu (ekshibit P8) yang berisi dadah selain anggapan di bawah Seksyen 37(d) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang menyatakan seperti berikut:-