1.23 petang sahaja. Malahan Hakim Mahkamah Sesyen juga dengan berdasarkan rakaman CCTV yang sama telah membuat dapatan bahawa Perayu telah meninggalkan tempat kejadian pada pukul 1.22 petang. Manakala pihak pendakwaan pula tidak mengemukakan sebarang keterangan bagi menunjukkan Perayu telah kembali semula dan berada di tempat kejadian tersebut pada jam antara pukul 2.00 petang sehingga 3.00 petang seperti dalam pertuduhan. Perayu juga menghujahkan kejadian yang dipertuduhkan terhadap Perayu iaitu menyentuh dan menjilat kemaluan mangsa hanya didapati dalam keterangan saksi-saksi lain sedangkan mangsa sendiri tidak pernah memberikan keterangan sedemikian. Hakim Mahkamah Sesyen gagal membangkitkan anggapan bertentangan di bawah seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950 atas kegagalan pendakwaaan memanggil dan/atau menawarkan saksi bernama Ayra kepada pembelaan. Hakim Mahkamah Sesyen gagal menilai keterangan pembelaan secara menyeluruh dan maksima sebelum menolak pembelaan Perayu sebagai ‘bare denial’. Hujahan Responden [18] Pihak Pendakwaan pula telah menghujahkan bahawa mangsa adalah saksi yang kompeten dan kredibilitinya tidak pernah dicabar oleh pembelaan. Bagi pertuduhan ini Perayu boleh disabitkan berdasarkan keterangan saksi kanak-kanak iaitu SP2 dan SP4 tanpa memerlukan keterangan sokongan lain. Pun begitu, terdapat banyak keterangan sokongan lain yang kredibel. Manakala masa pula bukan lah intipati bagi pertuduhan yang dikenakan dan anggapan bertentangan di bawah seksyen 114 (g) Akta Keterangan tidak terpakai terhadap pendakwaaan walau pun penama Ayra tidak dipanggil dan tidak ditawarkan sebagai saksi. Hakim Mahkamah Sesyen juga tidak terkhilaf di dalam memutuskan pembelaan Perayu adalah satu penafian kosong semata-mata. ANALISIS, DAPATAN DAN KEPUTUSAN MAHKAMAH INI Kompentesi Saksi Kanak-Kanak [19] Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta) mempunyai peruntukan khusus mengenai anggapan kompetensi kanak-kanak dalam memberikan keterangan di Mahkamah. Akta ini juga memperuntukkan bahawa keterangan mereka boleh dijadikan asas sabitan tertuduh tanpa memerlukan keterangan sokongan. Peruntukan-peruntukan berkenaan adalah seperti berikut: Seksyen 17 Anggapan keupayaan saksi kanak-kanak. ‘Walau apa pun apa-apa yang berlawanan dalam mana-mana undang-undang bertulis yang lain, dalam mana-mana prosiding terhadap mana-mana orang yang berhubungan dengan mana-mana kesalahan di bawah Akta ini, atau mana-mana kesalahan yang dinyatakan dalam Jadual sekiranya mangsa ialah kanak-kanak, seseorang kanak-kanak dianggap kompeten untuk memberikan keterangan melainkan jika mahkamah berpendapat selainnya.’ Seksyen 18 Keterangan saksi kanak-kanak ‘Walau apa pun apa-apa yang berlawanan dalam mana-mana undang-undang bertulis yang lain, dalam mana-mana prosiding terhadap mana-mana orang yang berhubungan dengan mana-mana kesalahan di bawah Akta ini, atau mana-mana kesalahan yang dinyatakan dalam Jadual sekiranya mangsa ialah kanak-kanak, mahkamah boleh mensabitkan orang itu bagi kesalahan itu berasaskan keterangan tanpa sokongan seseorang kanak-kanak, yang diberikan dengan sumpah atau selainnya.’ [20] Justeru, pada hemat saya, aduan Perayu mengenai penerimaan keterangan bersumpah SP2 (mangsa) yang dikatakan tidak memahami maksud ‘sumpah’ dan juga sabitan ke atas Perayu oleh HMS dengan bersandarkan kepada keterangan saksi kanak-kanak tanpa keterangan sokongan lain adalah tersasar dan tidak berasas. [21] Walau pun benar sebagaimana hujahan peguambela terpelajar bahawa Hakim Mahkamah Sesyen (selepas ini dirujuk sebagai HMS) tidak menyatakan apakah alasan beliau di dalam mengarahkan SP2 yang mengakui tidak tahu apa itu ‘sumpah’ untuk memberikan keterangan secara bersumpah dan HMS juga gagal menyatakan secara jelas bahawa beliau telah berpuas hati bahawa saksi kanak-kanak iaitu SP2 dan SP4 ‘is possessed of sufficient intelligence to justify the reception of evidence and understands the duty of speaking the truth’ seperti yang dituntut di bawah seksyen 133A Akta Keterangan 1950, sebelum menerima keterangan mereka. Namun, saya mendapati fakta bahawa kedua-dua saksi yang sebaya usia ini seorang telah dibenarkan memberikan keterangan bersumpah (SP2), manakala seorang lagi (SP4) telah diambil keterangannya tanpa sumpah oleh HMS, jelas menunjukkan bahawa HMS berkenaan telah pun mengarahkan mindanya dan membuat penilaian mengenai tahap kecerdikan mereka yang berbeza dan kemampuan masing-masing di dalam memahami tanggungjawab untuk bercakap benar di mahkamah. [22] Pada masa yang sama, walau pun SP2 mengatakan tidak tahu makna sumpah, namun daripada jawapan-jawapan yang diberikannya dalam menjawap soalan-soalan ujian awalan (preliminary enquiry) yang diajukan seperti ‘kalau duduk tang tue (dalam kandang saksi) kita nie kena cakap betul ke kena cakap bohong? dan ‘kalau kita cakap bohong apa jadi dekat kita?’, yang mana, SP2 telah menjawab bahawa apabila berada di kandang saksi kena bercakap benar dan kalau bercakap bohong akibatnya akan masuk api neraka, pada hemat saya, jelas menunjukkan bahawa walaupun mungkin SP2 tidak faham maksud sumpah secara literal, namun, SP2 memahami maksudnya secara hakiki. Dengan kata lain, SP2 memang faham dan tahu bahawa sebagai saksi beliau wajib bercakap benar di Mahkamah. [23] Tambahan pula, sebagaimana yang telah dijelaskan berdasarkan seksyen 17 Akta ini, setiap kanak-kanak adalah saksi yang kompeten secara statutori kecuali jika hakim yang di hadapannya kanak-kanak itu memberikan keterangan berpendapat sebaliknya. Memandangkan HMS berkenaan tidak di mana-mana menyatakan pendapatnya bahawa SP2 dan/atau SP4 tidak kompeten sebagai saksi, malahan sebaliknya, HMS berkenaan telah menerima keterangan kedua-dua mereka, maka adalah jelas bahawa kompetensi SP2 dan SP4 secara statutori telah diaktifkan. [24] Pun begitu, menyedari bahawa Perayu boleh disabitkan semata-mata atas keterangan saksi kanak-kanak yang hanya berusia enam (6) tahun semasa kejadian dan tujuh (7) tahun semasa memberikan keterangan, saya tetap meneliti dan memperhalusi keterangan kedua-dua saksi ini. [25] Dari penelitian kepada keterangan kedua-dua saksi ini di semua peringkat, saya mendapati dan berpuas hati bahawa HMS tidak silap atau terkhilaf di dalam menerima keterangan mereka. Ini kerana, dari jawapan-jawapan rational yang mereka berikan jelas mencerminkan kecerdikan mereka di dalam memahami setiap soalan yang diajukan. Malahan, kejujuran dan ketelusan mereka juga terserlah apabila memberikan jawapan secara spontan, tidak mengelak dan tanpa berselindung. Walaupun bagi mendapatkan jawapan dan bagi memastikan mereka faham setiap soalan-soalan yang diajukan, kadang-kadang memerlukan pengulangan soalan dan sedikit usaha di pihak-pihak yang mengajukan soalan di dalam melaraskan lenggok bahasa dan memilih perkataan agar bersesuaian dengan tahap usia dan minda kedua-dua saksi ini. Namun, adalah tidak dapat dinafikan bahawa keterangan mereka mengenai kejadian walau pun telah diasak dan cuba digoyah dalam pemeriksaan balas adalah tetap utuh, munasabah, konsisten, serta menyakinkan. Sebagai contoh, berkait dengan isu bagaimana Perayu dikatakan telah menjilat kemaluan mangsa (SP2) sedangkan mangsa memaklumkan seluarnya tidak ditanggalkan, keterangan SP2 adalah dipetik seperti berikut: TPR : XX habaq dia buka baju XX, dia buka seluar XX tak ? Jawapan : Tak. Lepas itu pakcik itu dia jilat burung sayalah TPR : Burung XX itu apa dia ? Jawapan : Petpet TPR : XX, auntie nak tanya. Tadi XX habaq dia tak buka seluar XX tapi macam mana dia boleh jilat petpet Rawdah ? Jawapan : Sebab dia buka seluar sayalah tapi dia buka pendek laaa. Dia tak londeh semua. Dia buka sikit saja [26] Manakala kejujuran dan kebenaran (truthfulness) mangsa adalah ketara di dalam keterangan spontan mangsa (SP2) yang turut diiyakan oleh SP4 mengenai keluarnya air macam air susu dari kemaluan Perayu setelah dijilat oleh SP2 dan SP4. Pertanyaan mangsa kepada SP3 mengenai perkara ini jelas timbul dari sifat rasa ingin tahu (curiosity) yang secara fitrah wujud dalam diri setiap kanak-kanak. Keterangan ini jelas menunjukkan bahawa kedua-dua saksi ini telah benar-benar diperlakukan oleh Perayu seperti yang mereka dakwa. Ini kerana, hanya apabila telah melihat dan mengalami sendiri peristiwa tersebut baru lah kanak-kanak seperti SP2 dan SP4 boleh menceritakan perkara ini kepada orang lain. Adalah amat mustahil bagi kanak-kanak seusia SP2 dan SP4 ( mereka berusia 6 tahun semasa kejadian) untuk sama-sama berfantasi dan/atau mengkhayalkan perkara tersebut dan seterusnya bersekongkol dengan niat jahat bagi memfitnah dan/atau mengenakan Perayu dengan mereka-reka kejadian yang begitu privasi, intim dan terlalu asing bagi kanak-kanak seusia mereka. Rujukan dibuat kepada kajian ilmiah mengeni perkara ini yang diterbitkan dalam artikel oleh R. Mark Henaghan, Nicola J Taylor, and David C. Geddis bertajuk Child Sexual Abuse: Child Witnesses and Rules Evidence [1992] 4 CLJ xxxi: “A child-no matter how inventive-cannot speak of real matters which are outside its experience. For example, a four year old child who is able to describe sticky milk, which tastes yucky, coming out of the end of Daddy’s penis, must have some basis experience from which to offer the description.” [27] Oleh yang demikian, saya mendapati tiada kekhilafan di pihak HMS yang membicarakan di dalam penerimaan keterangan kedua-dua saksi kanak-kanak ini. Samada HMS berkenaan bersandar kepada peruntukan statutori mengenai anggapan kompetensi di bawah Akta ini dan/atau kerana beliau mendapati kedua-dua saksi ini benar-benar kompeten adalah tidak material kerana seperti yang telah dihuraikan, ia tidak menjejaskan fakta bahawa kedua-dua saksi kanak-kanak ini adalah saksi-saksi yang berkredibel dan boleh dipercayai. Keterangan Sokongan [28] Walau pun sabitan yang berasaskan keterangan saksi kanak-kanak yang tidak disokong oleh keterangan lain samada diberikan secara bersumpah atau pun tidak bagi kesalahan-kesalahan di bawah Akta ini adalah dibolehkan sebagaimana yang telah dihuraikan, namun, penelitian kepada keseluruhan nota keterangan jelas menunjukkan terdapat terlalu banyak keterangan lain yang menyokong keterangan SP2 dan SP4 di dalam kes ini. [29] Keterangan-keterangan sokongan lain yang berkredibel antaranya adalah fakta bahawa keterangan SP2 dan SP4 adalah saling menyokong antara satu sama lain, keterangan dari saksi-saksi yang tidak tercalar kredibiliti mereka iaitu SP3 dan SP6, rakaman CCTV yang jelas menunjukkan pergerakan Perayu, SP2 dan SP4 ke arah dan dari tandas tempat kejadian, kelakuan (conduct) SP2 sendiri yang pada hari kejadian terus menceritakannya kepada SP3 dan SP6, kegelisahan dan ketakutan kedua-dua saksi apabila diminta mengecam Perayu secara fizikal di Mahkamah dan perbuatan SP2 yang telah bersungguh-sungguh membersihkan kemaluannya dengan alasan kemaluanya telah dijilat oleh Perayu serta pengesahan Perayu sendiri bahawa imej lelaki yang kelihatan dalam rakaman CCTV bersama SP2 dan SP4 yang sedang bergerak ke arah tandas berkenaan adalah dirinya sendiri. Pertuduhan Cacat Kerana Perbezaan Waktu Dalam CCTV Dan Dalam Pertuduhan [30] Isu yang dibangkitkan oleh Perayu iaitu perbezaan waktu di mana berdasarkan rakaman CCTV angggaran waktu kejadian adalah antara 1pm hingga 2 pm. Sedangkan waktu yang dinyatakan dalam pertuduhan adalah antara 2 pm hingga 3 pm. [31] Berkait isu ini, rujukan adalah dibuat kepada kes Sanusi Mat Karto v PP [2009] 7 CLJ 236 yang menyatakan seperti berikut: [18] In the same case her Ladyship Rahmah Hussain FCJ said at p. 794 para c: As to the significance of the date in the charge, the learned trial judge stated (at p. 365 of [2001] 3 CLJ 313 as follows: In any event a date in the charge has never seen material. In R v. Severo Dossi [1918] 13 Cr App R 158 (quoted in Low Kiat Leng v. PP [1996] 1 MLJ 252, Lord Atkin observed: From time immemorial a date specified in an indictment has never been a material matter unless it is actually an essential part of the alleged offence. “[22] What is a lot more material in sexual offences are the ingredients of the offence, the most vital being the identity of the offender and the sexual act itself. Obviously time is not an essential ingredient of the offence. The testimonies of the witnesses for the prosecution in particular that of the victim, SP2, very clearly adverted to the sexual act between SP2 and the appellant that one fine afternoon at Ladang Kelapa Sawit Bukit Kera Moyang and no where else. [32] Masa bukanlah satu elemen di dalam membuktikan pertuduhan terhadap Perayu di dalam kes ini. Tambahan pula, adalah jelas bahawa Perayu tidak diprejudiskan kerana berdasarkan rakaman CCTV (eksibit P3) yang disandarkan oleh pihak pendakwaan, Perayu tahu dengan jelas bahawa Perayu dipertuduhkan melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa itu adalah pada masa dan tempat sebagaimana dalam rakaman CCTV tersebut. Sementelah pula, Perayu sendiri telah mengakui bahawa imej lelaki berbaju hitam berseluar hijau di dalam rakaman CCTV tersebut adalah beliau sendiri. Perayu langsung tidak dikelirukan dengan perbezaan masa ini, malahan telah dapat menjawab pertuduhan tersebut dan mengemukakan pembelaan dengan baik. Ini jelas dicerminkan melalui pembelaan Perayu iaitu walau pun mengakui bahawa Perayu ada bergerak bersama-sama mangsa, SP4 dan seorang lagi budak perempuan ke arah tandas yang dikatakan sebagai tempat kejadian, namun, Perayu mengatakan Perayu tidak membawa mereka masuk ke dalam tandas berkenaan dan melakukan apa yang dipertuduhkan. Sebaliknya, apa yang kelihatan dalam CCTV tersebut adalah pergerakan Perayu, mangsa, SP4 dan seorang lagi budak tersebut yang dalam perjalanan untuk pergi membeli coklat di ‘Sunny Point’ yang kebetulan kedudukannya adalah sama arah dengan tandas berkenaan. [33] Justeru adalah dapatan saya bahawa HMS tidak melakukan kekhilafan apabila memutuskan perbezaan masa ini tidak fatal kepada kes pendakwaan dan tidak juga mencacatkan pertuduhan. Masa Kejadian Yang Terlalu Singkat [34] Berdasarkan masa yang dicatatkan dalam rakaman CCTV tersebut yang menunjukkan keberadaan Perayu bersama mangsa (SP2) dan SP4 hanya lah selama empat (4) minit sahaja, peguam telah membangkitkan di dalam hujahannya persoalan tentang kemunasabahan kejadian yang dipertuduhkan telah benar-benar berlaku. [35] Perkara ini tidak pernah dicabar kepada SP2 mahu pun SP4, apatah lagi dibuktikan bahawa semua kejadian yang dikatakan telah berlaku di dalam tandas tersebut memerlukan masa lebih dari empat minit untuk berlaku. Sehubungan itu, ia tidak lebih dari andaian dan spekulasi peguam sahaja. Andaian dan spekulasi sudah tentu tidak boleh mematahkan keterangan SP2 dan SP4 yang begitu mantap, konsisten dan saling menyokong antara satu sama lain mengenai segala apa yang telah berlaku di dalam tandas tersebut. Mahkamah ini juga bersetuju dengan hujahan Puan TPR yang terpelajar bahawa rakaman CCTV menunjukkan ada beberapa minit dan bukannya beberapa saat yang mana dalam beberapa minit boleh berlaku apa-apa sahaja termasuk lah apa yang telah dinyatakan oleh SP2 dan SP4 bahawa Perayu telah menyentuh, menjilat kemaluan SP2 dan juga menyuruh SP2 dan SP4 menjilat kemaluan Perayu. Samada Anggapan di bawah seksyen 114 (g) Akta Keterangan Terpakai Terhadap Pendakwaan Atas Kegagalan Memanggil/ Menawarkan Penama Ayra Sebagai Saksi. [36] Dalam kes Munusamy Vengadasalam v PP [1987] CLJ (Rep) 221, prinsip-prinsip asas bagi pemakaian seksyen 114 (g) Akta Keterangan 1950, telah dijelaskan seperti berikut: It is essential to appreciate the scope of section 114(g) lest it be carried too far outside its limit. Adverse inference under that illustration can only be drawn if there is a withholding or suppression of evidence and not merely on account of failure to obtain evidence. It may be drawn from withholding not just any document, but material document by a party in his possession, or for non production of not just any witness but an important and material witness. [37] Penelitian kepada rekod rayuan/nota keterangan jelas menunjukkan bahawa pihak pendakwaan tidak pernah menyembunyikan kewujudan penama Ayra ini. Malahan pegawai penyiasat telah memberikan keterangan bahawa penama ini gagal dikesan kerana mangsa dan saksi tidak dapat membekalkan maklumat mengenai penama ini untuk siasatan. [38] Pada masa yang sama, pada hemat mahkamah ini, Ayra bukanlah merupakan saksi yang penting atau material. Ini kerana selain dari hanya kelihatan di dalam rakaman CCTV bersama-sama Perayu, SP2 dan SP4 bergerak ke arah tandas berkenaan, keterangan SP2 dan SP4 bahawa Ayra telah melarikan diri apabila disuruh oleh Perayu masuk ke dalam tandas di dalam mana kejadian yang dipertuduhkan dikatakan telah berlaku tidak pernah dicabar oleh pembelaan. Tiada juga sebarang keterangan yang dikemukakan bagi menunjukkan bahawa Ayra adalah saksi yang material. Justeru, adalah fakta bahawa Ayra tiada bersama dan dengan itu tidak menyaksikan kejadian yang berlaku di dalam tandas berkenaan, maka Ayra bukanlah saksi yang penting atau material. Memandangkan tiada sebarang penyembunyian saksi penting dan material oleh pendakwaan, maka anggapan bertentangan di bawah seksyen 114 (g) Akta Keterangan 1950, tidak terpakai dan tidak boleh dibangkitkan terhadap pendakwaan. Kegagalan Menilai Pembelaan Perayu Secara Menyeluruh dan Mengenepikannya Sebagai Penafian Kosong (Bare Denial). [39] Sebagaimana yang dihuraikan di atas, intipati pembelaan Perayu hanyalah beliau tidak membawa mangsa dan SP4 masuk ke tandas dan tidak melakukan segala apa perbuatan yang terjumlah kepada amang seksual fizikal terhadap mangsa dan SP4 di dalam tandas berkenaan. Perayu juga tidak tahu kenapa SP2 dan SP4 memberikan keterangan yang mengatakan Perayu telah membawa SP2 dan SP4 masuk ke dalam tandas, mengunci tandas tersebut dari dalam, membuka baju dan melondehkan seluar SP2, mencium dan menjilat kemaluan SP2, membuka seluarnya sendiri dan menyuruh SP2 dan SP4 menjilat kemaluannya sehingga keluar air mani. Tegas Perayu pada hari kejadian, Perayu hanya membawa mereka ke kedai dengan niat membelikan mereka coklat sebagai sedekah. [40] Mahkamah Agung dalam kes Mohamad Radhi Yaakob v. Public Prosecutor [1991] 3 CLJ 2073 telah menyatakan seperti berikut: It is a well established principle of Malaysian criminal law that the general burden of proof lies throughout the trial on the prosecution to prove beyond reasonable doubt the guilt of the accused for the offence with which he is charged. There is no similar burden placed on the accused to prove his innocence. He is presumed innocent until proven guilty. To earn an acquittal, his duty is merely to cast a reasonable doubt in the prosecution case. [41] Maksud keraguan yang munasabah (reasonable doubt) pula telah dijelaskan di dalam kes PP v Saimin & Ors (1971) 2 MLJ 16 seperti berikut: It is not mere possible doubt, because everything relating to human affairs and depending upon moral evidence is open to some possible or imaginary doubt. It is that state of the case which after the entire comparison and consideration of all the evidence leaves the mind of the jurors in that condition that they cannot say they feel an abiding conviction to a moral certainty of the truth of the charge. It has again been said that ‘reasonable doubt is the doubt which makes you hesitate as the correctness of the conclusion which you reach. If under your oaths and upon your consciences, after you have fully investigated the evidence and compared it in all its parts, you say to yourself I doubt if he is guilty, then it is a reasonable doubt. It is a doubt which settles in your judgment and finds a resting place there. Or as sometimes said, it must be a doubt so solemn and substantial as to produce in the mind of the jurors some uncertainty as to the verdict to be given. A reasonable doubt must be a doubt arising from the evidence or want of evidence and cannot be an imaginary doubt or conjecture unrelated to evidence. [42] Dalam kes PP v Ho Sek Kong [2006] 5 CLJ: Chan Chewn Kong v PP [1962] MLJ 307, telah diputuskan seperti berikut: Although the burden of proof in a criminal trial lies throughout on the prosecution in bringing home a conclusion that it had proven its case beyond a reasonable doubt, the accused, if called upon to his defence bears the evidential of casting that doubt. Justeru, bagi tujuan menimbulkan keraguan yang munasabah tersebut, tugas pembelaan adalah untuk membawa keterangan yang mampu menimbulkan keraguan ke atas kes pendakwaan. Penafian semata-mata bukanlah keterangan. Dengan itu penafian adalah tidak memadai untuk menimbulkan keraguan yang munasabah ke atas kes pendakwaan. [43] Penelitian kepada nota keterangan, saya mendapati Perayu bukan sahaja gagal membawa sebarang keterangan, malahan Perayu juga gagal meletakkan atau mengemukakan versi pembelaannya kepada mana-mana saksi pendakwaan terutamanya mangsa (SP2) sendiri dan SP4. SP2 dan SP4 langsung tidak ditanya mengenai kononnya pada hari kejadian tersebut mereka telah terlebih dahulu mengikut Perayu ke kedai di bawah flat berkenaan dengan tujuan membeli coklat tetapi malangnya kedai tersebut ditutup, lalu mereka bertukar haluan ke kedai ‘Sunny Point’ tetapi telah berpatah balik setelah separuh jalan kerana Perayu perlu bergegas ke masjid untuk bersolat Jumaat dan Perayu telah memberikan mereka wang dan menyuruh mereka pergi beli coklat sendiri dengan wang tersebut. Tidak cukup dengan kegagalan ini, kes Perayu menjadi lebih parah apabila secara tidak langsung pembelaan telah mengakui versi bahawa mangsa (SP2) telah masuk ke tandas (panchor) iaitu tempat kejadian itu bersama Perayu tetapi pada masa yang berbeza dari pertuduhan iaitu pada jam lebih kurang 4.00 petang pada hari kejadian. Petikan bahagian soal jawap terhadap SP2 semasa pemeriksaan balas yang relevan adalah seperti berikut: Peguambela : Kamu pergi ke panchor selepas pakcik itu bagi coklat kaaa ? Jurubahasa : Pakcik tue bagi coklat baru XX masuk panchor, betul ? Jawapan : Angguk Peguambela : Tadi adik XX kata dia tak bagi coklat. Sekarang adik XX kata dia bagi coklat. Mana satu betul ? Jawapan : Dia tak bagi coklat. Peguambela : Pada waktu kejadian, setuju dengan saya ada ramai orang yang turun/naik lif, betul ? Jawapan : Satu pun takdak Peguambela : Jadi kamu setuju. kamu telah masuk tandas itu jam lebih kurang 4.00 petang ? Jawapan : Tak tahu [44] Sehubungan itu, dapatan HMS bahawa pembelaan Perayu hanyalah penafian semata-mata adalah tepat. SALAH ARAHAN HMS ADALAH ‘CUREABLE’ [45] Di dalam kes ini, saya mendapati HMS telah melakukan satu kekhilafan dalam bentuk salah arahan mengenai beban pembuktian pihak pembelaan di akhir kes pembelaan. Petikan arahan/keputusan HMS berkenaan yang relevan adalah dipetik seperti berikut: Tarikh : 12 April 2021 Korum : Tuan Mazdi Bin Abdul Hamid Pegawai Pendakwa : TPR Tuan Rais Imran Bin Hamid Peguambela : Encik Yagoo Subramaniam OKT hadir Timb. Pendakwa Raya : Kes untuk keputusan di akhir kes pembelaan. Mahkamah : Keputusan kes di akhir kes pembelaan. Setelah mendengar keterangan saksi-saksi pembelaan dan setelah membaca hujahan kedua-dua belah pihak dan setelah meneliti semula semua keterangan saksi-saksi serta setelah meneliti ekshibit-ekshibit yang dikemukakan ke Mahkamah, Mahkamah mendapati pada tahap imbangan kebarangkalian yang munasabah pihak pembelaan telah gagal untuk menimbulkan apa-apa pembelaan dan juga gagal untuk membuktikan apa-apa keraguan ke atas kes pendakwaan. Dengan itu, Mahkamah memutuskan bahawa Pihak Pendakwaan telah berjaya untuk membuktikan kes pendakwaan melampaui keraguan yang munasabah. Oleh demikian, OKT disabitkan atas kesalahan dan didapati bersalah atas pertuduhan pindaan di lampiran A di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. (Penekanan ditambah) [46] Ternyata telah berlaku salah arahan di pihak HMS kerana beban undang-undang (legal burden) ke atas pembelaan untuk mengemukakan keterangan pada tahap imbangan kebarangkalian hanya berlaku dalam situasi beban pembuktian telah berpindah kepada pihak pembelaan bagi mematahkan anggapan statutori yang telah berbangkit yang mana tidak berlaku dan langsung tidak timbul dalam kes ini. Prinsip ini telah dinyatakan dalam banyak otoriti yang mantap. Salah satunya adalah kes Nagappan A/L Kuppusamy v. Public Prosecutor [1988] 2MLJ 53 yang menyatakan seperti berikut: how much evidence is to be adduced depends on the nature of the requirement. Where the burden is shifted to the defence by a statutory presumption, the test in R v. Carr Briant [1943] KB 607 and adopted in Public Prosecutor v. Yuvaraj [1969] 2 MLJ 89 would be on the balance of probabilities. [47] Namun demikian, adalah dapatan Mahkamah ini, bahawa kekhilafan HMS berkenaan tidak menghalang Mahkamah ini dari mengekalkan sabitan ke atas Perayu. Ini kerana dari penelitian kepada keseluruhan prosiding perbicaraan di hadapan HMS berkenaan, saya mendapati perbicaraan tersebut telah dijalankan dengan mematuhi peruntukan Kanun Tatacara Jenayah. Tiada apa-apa kegagalan keadilan (miscarriage of justice) telah berlaku terhadap Perayu. Perayu telah diberikan seluas-luas peluang untuk mengemukakan pembelaannya. Pembelaan Perayu pula telah diteliti, dinilai, dianalisis serta dipertimbangkan secara keseluruhan dan dengan sewajarnya. Pada masa yang sama, saya berpendapat wujudnya terlalu banyak keterangan yang sangat kukuh dan mantap (overwhelming evidence) terhadap Perayu seperti mana yang telah dihuraikan di atas. Dalam keadaan kes ini, mana-mana Mahkamah pun yang tidak terkhilaf seperti mana HMS ini, akan tetap mencapai keputusan untuk menyabitkan Perayu atas kesalahan seperti yang dipertuduhkan. Justeru, salah arahan yang berlaku dalam kes ini boleh diatasi (cureable) di bawah seksyen 422 Kanun Tatacara Jenayah dan dengan itu, tidak membatalkan sabitan. Dalam konteks ini, rujukan telah dibuat kepada otoriti-otoriti berikut: