Perayu telah bertindak menarik seluar SP6 secara kuat ke bawah menggunakan satu tangan. Perayu juga ada memegang paha SP6. SP6 berjaya menepis tangan perayu dan berjaya melepaskan tangan perayu dan berjalan laju ke arah pintu keluar dan menuju ke masjid. SP6 takut menceritakan kejadian kepada sesiapa kerana takut diugut oleh perayu yang merupakan guru disiplin di sekolah tersebut. KES PEMBELAAN [3] Perayu telah memberikan keterangannya secara bertulis tanpa sumpah dan tanpa disoal balas oleh pihak pendakwaan. Selain itu perayu memanggil 3 orang saksi lain. Penyataan bertulisnya telah ditandakan sebagai PSD3 berbunyi seperti berikut:- Saya berumur 30 tahun, kini tidak bekerja dan sebelum ini merupakan cikgu Kafa di Sekolah Rendah Agama BSP (sekolah tersebut) Saya mula bekerja di sekolah tersebut sejak 10/6/2013 sebagai cikgu Kafa dimana sebelum itu saya sudah 4 bulan di situ sebagai guru praktikal (pelatih). Maka sehingga saya diberhentikan servis di sekolah tersebut disebabkan kes ini, saya telah bertugas di sekolah tersebut selama 7 tahun. Sepanjang 7 tahun ini, selain sebagai cikgu Kafa, saya turut ditugaskan beberapa penggal sebagai guru disiplin dan pengawas, guru sumber, guru lawatan murid, guru redaksi majalah, dan selainnya. Saya diamanahkan jawatan-jawatan tersebut dan saya percaya saya telah mengamalkan tugas saya sebaik-baiknya dimana saya telah diberikan sijil-sijil atau anugerah tanda kasih oleh pihak sekolah. Saya kenal AA kerana beliau merupakan salah seorang murid kelas Sirah dimana beliau juga mengambil kelas KMK yang turut diajar saya. AA agak sering mencari saya untuk sembang kerana saya sudah kenali beliau sejak beliau darjah enam dan kita agak banyak tahun kenali masa itu. Seingat saya, ada sekali lepas tolong saya angkat buku ke Pusat Sumber, AA pernah menanya saya tentang onani, dan saya ada menegur beliau supaya tidak terleka dengan kegiatan sebegitu. Saya percaya kemungkinan beliau rasa malu atau marah, dan beliau mula beritahu kawan yang saya yang ajar beliau onani. Disebabkan itu, saya pernah bertengkar dengan beliau kerana memfitnah saya depan kawan-kawan beliau, dan mungkin disebabkan itu, beliau menyimpan dendam terhadap saya. Saya ingin maklum pihak mahkamah bahawa adalah tidak munasabah sekiranya kejadian benar-benar berlaku seperti huraian AA dan beliau masih menolong saya di Pusat Sumber beberapa kali selepas beliau menuduh kejadian pertama. Selain itu, yang juga menjadi keraguan adalah AA hanya membuat laporan setelah cerita jadi heboh. Dengan kata lain, beliau "terpaksa" membuat laporan memandangkan tipuan beliau dah jadi heboh dan tiada pilihan Iain. AA pada awalnya memfitnah saya liwat beliau sehingga beiiau dapati bahawa doctor boleh memeriksa samada beliau pernah diliwat dimana disitulah beliau menukar pengakuan katanya tidak, ini jelas tanda menipu. Saya juga ingin mengatakan bahawa seingat saya, saya tidak pernah berduaan dengan AA tanpa murid Iain. Namun, saya kini tidak dapat membuktikan saya sendiri kerana sekiranya beliau menuduh kita berduaan, apakah bukti yang boleh dibuktikan sebaliknya. Sepatutnya pegawai penyiasat boleh mendapatkan buku rekod keluar masuk Pusat Sumber yang boleh membuktikan AA tidak datang berseorangan namun beliau tidak membuat siasatan sebegitu; Pegawai boleh membuat siasatan DNA dimana AA mendakwa saya onani di bilik saya semestinya boteh buat tracing namun tidak dibuat juga. Saya bukan yang fasih undang-undang namun saya tidak berpuas hati kerana siasatan polis seolah-olah hanya fokus pada apa yang AA katakan dan bukan mencari kebenaran dimana kesemua bukti yang boleh membuktikan saya tidak bersalah tidak dicarikan dan semasa saya dijamin keluar, buku daftar Pusat Sumber "tiba-tiba" sudah lenyap dan saya tidak dibenarkan masuk ke sekolah dan tidak dapat menyiasat sendiri untuk membuktikan ketidaksalahan saya. Saya berasa system amat tidak adil kerana tidak menolong saya membuat siasatan langsung. Saya ingin mengatakan bahawa ayah saya telah meninggal masa saya umur 27 tahun, ibu saya kini tidak bekerja, saya masih mempunyai dua orang adik yang sedang belajar. Tanggungan di atas bahu saya agak berat dan adalah mustahil saya membuat sesuatu yang akan megugat pendapatan keluarga saya. Sepanjang 7 tahun saya mengajar disekolah tersebut, saya hanya pernah dapat anugerah dan sijil penghargaan, dimana tidak pernah saya terima aduan terhadap saya. Saya berasa amat hampa dan sedih disebabkan penipuan seseorang budak, saya bukan sahaja kehilangan kerja, turut saya kehilangan nama baik dan masa depan saya. Saya turut ingin maklum Mahkamah bahawa selama 30 tahun ini, saya tidah pernah mempunyai sebarang rekod disipiin, kes polis, atau mahkamah yang Iain. Pertuduhan terhadap saya harini hanya bedasarkan kata-kata budak yang tidak disokong bukti-bukti lain. Saya ingin mengatakan bahawa ia adalah sangat bahaya dan tidak selamat untuk diterima dan merosakkan karier serta masa depan saya sahaja. Saya turut lampirkan sijil-sijil atau bukti-bukti anugerah yang saya digelar cikgu cemerlang dalam sekolah tersebut untuk rujukan pihak Mahkamah, Saya hanya bercakap benar-benar belaka dan tidak ada yang tidak benar. KUASA MAHKAMAH UNTUK CAMPUR TANGAN [4] Undang-undang berkenaan kuasa mahkamah dalam bidang kuasa rayuannya untuk campur tangan berkenaan dapatan fakta hakim bicara adalah nyata dan matan. Mahkamah ini hanya boleh campur tangan sekiranya terdapat kekhilafan atau salah arah diri dari Hakim Bicara dalam menilai dan menentukan keterangan yang material setelah melalui perbicaraan penuh. Saya merujuk kepada kes Mahkamah Persekutuan PP v Mohd Radzi Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457 yang memutuskan:- "It is settled law that it is no part or function of an appellate Court in criminal case or indeed any case to make its own findings of fact. That is a function exclusively reserved by the law to the trial court. An appellate court necessarily fettered because it lacks the audio-visual advantage enjoyed by the trial court [5] Selanjutnya dalam kes Public Prosecutor v. Wan Razali Kassim [1970] CLJU 121; [1970] 1 LNS 121; [1970] 2 MLJ pula diputuskan: "An appellate court should be slow to interfere with the finding of fact by a lower court as an appellate court does not have the advantage of seeing and hearing the witnesses and therefore of assessing their credibility. [6] Di dalam kes Sivalingam a/l Periasamy v Periasamy & Anor[1996]4 CLJ 545 telah memutuskan berkenaan peranan Mahkamah ini dalam menjalankan bidang kuasa rayuannya seperti berikut: “It is trite law that this Court will not readily interfere with the findings of fact arrived at by the Court of first instance to which the law entrusts the primary task of evaluation of the evidence. But we are under a duty to intervene in a case where, as here, the trial Court has so fundamentally misdirected itself, that one may safely say that no reasonable Court which had properly directed itself and asked the correct questions would have arrived at the same conclusion.” [7] Berdasarkan kepada kes-kes yang telah diputuskan, dalam menjalankan bidang kuasa rayuannya, Mahkamah ini hendaklah bertindak perlahan dalam mengusik apa-apa dapatan fakta oleh HMS kecuali ia merekodkan dapatan bahawa pandangan yang diambil oleh mahkamah perbicaraan bukan pandangan yang munasabah terhadap keterangan atas rekod. HUJAHAN PERAYU [8] Perayu menghujahkan bahawa HMS telah terkhilaf berkenaan beban pembuktian keterangan kanak-kanak yang memerlukan keterangan sokongan. Perayu menegaskan bahawa adalah merupakan dapatan HMS bahawa keterangan-keterangan SPI dan SP6 merupakan keterangan kanak-kanak yang tidak disokong keterangan sokongan. Malah, HMS telah memberikan perintah bebas dan lepas untuk perayu bagi pertuduhan kelima. Alasan penghakiman HMS pula tidak menjelaskan sebab untuk perlepasan tersebut, dan pihak pendakwaan tidak membuat rayuan terhadap pertuduhan tersebut. Mangsa yang disebut dalam pertuduhan kelima adalah ‘AA’ yang merupakan SP1 iaitu salah seorang saksi kanak-kanak dalam kes ini. Pertuduhan kelima adalah berdasarkan P2 iaitu laporan polis yang dibuat oleh SPI. Memandangkan tiada penjelasan atau alasan penghakiman yang menjelaskan sebab pelepasan dan pembebasan untuk pertuduhan kelima, perayu menghujahkan salah satu inferens yang boleh dibangkitkan adalah:- keterangan SPI tidak selamat untuk digunapakai bagi menentukan kesalahan perayu. Justeru, keputusan ini bercanggah dengan alasan penghakiman HMS yang mengatakan bahawa beliau berpuashati dengan kredibiliti SPI di dalam memberi keterangan walaupun hanya seorang kanak-kanak [9] Perayu juga menghujahkan bahawa keterangan SPI dan SP6 tidak konsisten. Ini adalah kerana P2 yang dibuat oleh SP1 mengatakan:- "sebelum ini beliau sudah 3 kali meliwat saya". Namun, setelah diperiksa oleh doktor, SPI menukar keterangannya dengan mengatakan bahawa beliau tidak pernah diliwat. SPI mengatakan beliau telah tersilap berkenaan definasi liwat, maka telah memberi perkataan yang silap dalam laporan polisnya. Perayu menghujahkan bahawa keterangan tersebut tidak sepatutnya diterima kerana sewaktu SP1 membuat laporan, dia ditemani oleh ibubapanya. Berdasarkan P2, SPI langsung tidak mengatakan bahawa perayu ada memasukkan kemaluan beliau ke dalam mulutnya, tetapi ia mengatakan perayu telah membuka seluar SPI dan meliwatnya. Tetapi keterangan ini bertukar setelah SP1 berjumpa dengan doktor pakar dimana setelah diperiksa tidak mempunyai koyakan di dubur beliau. Adalah amat nyata bahawa SPI tidak memberi keterangan secara konsisten. Perayu menghujahkan bahawa disebabkan keterangan yang tidak konsisten tersebut, HMS telah memberi perintah perlepasan dan pembebasan untuk pertuduhan kelima yang mengatakan perayu ada memasukkan kemaluannya ke dalam mulut SPI. Justeru dapatan HMS bahawa keterangan kanak-kanak ini adalah konsisten dan "unusually convincing” adalah dipersoalkan. [10] Perayu juga menghujahkan bahawa HMS telah terkhilaf apabila tiada sebarang penjelasan atau perbincangan di dalam alasan penghakimannya berkenaan panduan untuk menerima keterangan saksi kanak-kanak tanpa keterangan sokongan dan bagaimana ia boleh dikatakan sebagai "unusually convincing". Perayu menghujahkan adalah undang-undang yang mantap bahawa tidak selamat untuk mensabitkan seseorang hanya berdasarkan kepada keterangan seseorang saksi. Ia memerlukan sebab untuk mewujudkan "unusually convincing" namun dalam alasan penghakiman yang disediakan oleh HMS langsung tidak berbincang berkenaan elemen ini. [11] Perayu juga menghujahkan bahawa HMS telah terkhilaf apabila penghakimannya adalah ringkas dan tidak terperinci memandangkan di dalam kes ini terdapat sembilan (9) pertuduhan yang dihadapi oleh perayu. Namun begitu di dalam alasan penghakiman beliau, hanya menyebut beberapa isu yang berbangkit sahaja tanpa alasan penghakiman secara terperinci bagi setiap pertuduhan tidak kira yang diberikan perintah perlepasan atau sabitan. HUJAHAN RESPONDEN [12] Responden menghujahkan bahawa kesemua elemen-elemen pertuduhan 1, 2, 3, 4, 6, 7, 8 dan 9 telah berjaya dibuktikan keatas perayu melalui keterangan saksi-saksi pendakwaan terutama mangsa sendiri iaitu SP1, SP5 dan SP6. Kesemua mangsa telah dapat mengecam perayu secara positif semasa perbicaraan di Mahkamah bahawa perayu adalah pelaku dan merupakan guru yang pernah mengajar mereka. Responden menghujahkan bahawa keterangan SP1, SP5 dan SP6 telah dinilai oleh HMS dan telah memutuskan keterangan saksi-saksi ini adalah kukuh dan kredibel untuk membuktikan setiap elemen pertuduhan semasa perbicaraan di Mahkamah. HMS juga telah menghuraikan fakta yang membuktikan setiap elemen yang berkaitan sepertimana dalam alasan penghakiman HMS dengan menerangkan dengan teliti setiap elemen pertuduhan yang berjaya dibuktikan berkaitan dengan pertuduhan pindaan tersebut. [13] Responden juga menghujahkan bahawa di dalam alasan penghakiman HMS telah memberikan huraian yang jelas dengan cara apa beliau telah menilai keterangan SP1 dan SP6 yang merupakan kanak-kanak semasa kejadian dan telah memutuskan berpuashati untuk menerima keterangan SP1 dan SP6 di Mahkamah Sesyen semasa perbicaraan dengan melakukan satu ‘inquiri’ keatas SP1 dan SP6 untuk mengetahui tanggungjawabnya bercakap benar dibawah Seksyen 133A Akta Keterangan 1950. [14] Disamping itu, adalah dihujahkan bahawa HMS juga telah berpuas hati dengan keterangan SP1 dan SP6 yang merupakan saksi kanak-kanak yang disifatkannya sebagai seorang saksi yang kredibel dan boleh dipercayai apabila memberikan keterangan yang mengaitkan tindakan perayu bahawa perayu telah menyentuh bahagian badan SP1 dan SP6 semasa kejadian dalam bilik gelap Pusat Sumber sekolah tersebut dan juga keterangan SP1 bahawa tindakan perayu cuba mencium mulut SP1 adalah mencukupi untuk mensabitkan perayu atas pertuduhan pindaan 1 sehingga 9. HMS dihujahkan telah berpuashati bahawa SP1 dan SP6 sepanjang perbicaraan boleh memberikan keterangan dengan baik dan jelas serta dapat memahami keperluan bercakap benar. Alasan penghakiman HMS juga telah merujuk kepada kepada Seksyen 18 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan bahawa, sekiranya mangsa ialah kanak-kanak, Mahkamah boleh mensabitkan orang itu bagi kesalahan itu berasaskan keterangan tanpa sokongan seseorang kanak-kanak, yang diberikan dengan sumpah atau selainnya. Responden menghujahkan bahawa perayu telah gagal menunjukkan dalam mana-mana keterangan SP1 dan SP6 semasa saksi ini memberikan keterangan yang merupakan keterangan yang bercanggah atau tidak benar. [15] Responden menghujahkan bahawa, apabila disoal balas oleh peguambela keterangan saksi-saksi ini tidak goyah. Naratif kejadian yang berlaku atas perbuatan perayu keatas SP1 dan SP6 telah dapat membuktikan elemen pertuduhan keatas SP1 dan SP6 dimana HMS telah membuat pertimbangan secara keseluruhan dan menyimpulkan bahawa keterangan SP1, SP5 dan SP6 adalah kukuh dan tidak langsung memerlukan keterangan sokongan. Responden juga menegaskan bahawa keterangan kesemua saksi-saksi pendakwaan adalah kredibel kerana saksi-saksi pendakwaan telah memberi keterangan yang utuh dan teguh serta tidak dapat digoyahkan oleh pembelaan perayu. Justeru, dapatan fakta oleh HMS yang bijaksana adalah betul memandangkan HMS telah membuat penilaian keatas ‘demeanour’ saksi-saksi terutama SP1, SP5 dan SP6 semasa memberikan keterangan semasa perbicaraan. Malahan HMS juga telah mempertimbangkan dengan sewajarnya pembelaan perayu sebelum memutuskan bahawa perayu gagal menimbulkan keraguan yang munasabah ke atas kes pendakwaan, [16] Pihak responden juga menghujahkan perayu sendiri telah memberikan keterangan secara tidak bersumpah dari kandang tertuduh melalui satu keterangan bertulis di Mahkamah. Keterangan perayu ini adalah penuh dengan rekaan dan penafian yang meragukan dan harus diambil kira dengan penuh berhati-hati memandangkan keterangan ini adalah tidak tertakluk kepada pemeriksaan balas. Justeru, nilai penerimaan keterangan yang tidak menjalani pemeriksaan balas tidak boleh sama seperti keterangan yang diberikan secara bersumpah dari kandang saksi. Oleh itu responden menhujahkan bahawa keterangan sebegini adalah tidak mencukupi untuk mewujudkan keraguan kepada kes pendakwaan. [17] Responden juga menghujahkan HMS adalah betul apabila telah membuat rumusan terhadap pembelaan perayu sebagai pembelaan yang difikirkan terkemudian. Ini adalah kerana, perayu gagal memeriksa balas SP1 berkenaan dakwaannya semasa kes pembelaan bahawa dia telah membuat teguran kepada SP1 supaya tidak terleka dengan kegiatan beronani. Di samping itu, responden menghujahkan bahawa perayu tidak memberikan apa-apa keterangan pembelaan, terhadap keterangan SP5 dan SP6 sepertimana pertuduhan yang dihadapi oleh perayu dalam kes ini. [18] Responden juga menghujahkan bahawa HMS adalah betul apabila telah merumuskan keterangan SD3 yang merupakan bekas pelajar kepada perayu dan tidak mengetahui apa aktiviti yang dilakukan perayu disekolah. Manakala keterangan SD2 iaitu ibu kepada perayu dirumuskan sebagai keterangan yang menyebelahi perayu di Mahkamah. Begitu juga keterangan SD4 yang merupakan bekas guru besar di sekolah tempat kejadian juga tidak mengetahui berkenaan aktiviti penuh perayu di sekolahnya. KEPUTUSAN MAHKAMAH [19] Saya telah meneliti rekod rayuan dan hujahan pihak-pihak dan memutuskan untuk menolak rayuan perayu. Aduan perayu yang mengatakan bahawa HMS telah tidak memberikan alasannya apabila melepas dan membebaskan perayu dari pertuduhan pindaan kelima, justeru ia telah menjejaskan kredibiliti SP1:- saya mendapati hujahan tersebut adalah tanpa merit yang sah. Ini adalah kerana, seperti yang diakui oleh perayu sendiri, pihak pendakwaan telah tidak membuat rayuan terhadap perintah lepas dan bebas tersebut, Justeru tiada kewajiban HMS untuk memberikan alasannya atas perintah pembebasan tersebut. Adalah menjadi undang-undang yang mantap bahawa rayuan adalah kesinambungan daripada perbicaraan. Oleh itu, prosiding jenayah terhadap perayu akan diteruskan apabila terdapat notis rayuan difailkan bagi memberikan bidang kuasa Mahkamah ini untuk mendengar semula kes dan memutuskan mengenai kesalahan atau tidaknya perayu berkenaan dengan tuduhan tersebut. Saya merujuk kepada kes Mahkamah Persekutuan Bird Dominic Jude v. PP [2014] 4 CLJ 133 [2014] 1 LNS 277 yang memutuskan seperti berikut:- “[21] Furthermore, in the present case, the prosecution has filed a notice of appeal against the acquittal decision of the High Court. On this point it is important to consider that an appeal is a continuation of a trial (See the case of Balasingham v. PP [1959] CLJU 8; [1959] 1 LNS 8; [1959] 25 MLJ 193). Consequently, the criminal proceedings against the appellant is continued. This gives jurisdiction to the Court of Appeal to rehear the case and decide on the appellant's guilt or innocence in respect of the drug trafficking charge against him.” [20] Ini bermakna, tanpa notis rayuan oleh pihak pendakwaraya menyebabkan keputusan lepas dan bebas perayu bagi pertuduhan kelima itu kekal, tanpa kuasa oleh Mahkamah ini mendengar semula kes itu. Ketiadaan alasan penghakiman oleh HMS adalah selaras dengan ketiadaan notis rayuan yang difailkan. Justeru, hujahan perayu yang mengatakan kononnya perayu dilepas dan dibebaskan adalah disebabkan oleh kredibiliti SP1 yang tercalar dan keterangan SP1 dan SP6 yang tidak konsisten, adalah tanpa asas dan hanyalah anggapan perayu sendiri. Ketiadaan alasan penghakiman tidak bermakna kredibiliti SP1 tercemar kerana bagi sabitan-sabitan pertuduhan yang lain, HMS telah menggariskan alasan-alasan beliau mengapa beliau mempercayai keterangan SP1, SP5 dan SP6 . Mahkamah juga mendapati alasan-alasan penghakiman HMS adalah mencukupi bagi menjelaskan mengapa beliau sampai kepada konklusi sabitan terhadap perayu. Justeru, saya menolak isu yang ditimbulkan oleh perayu ini. . [21] Saya telah meneliti rekod rayuan, alasan penghakiman HMS dan saya mendapati HMS telah memberikan alasan-alasannya mengapa beliau mensabitkan tertuduh bagi pertuduhan-pertuduhan selain dari pertuduhan kelima dan alasan-alasan beliau adalah berdasarkan kepada fakta atau keterangan yang dikemukakan dan dinilai secara maksima serta undang-undang yang terpakai. Saya enggan mengusik dapatan beliau bagi sabitan tersebut kerana tiada salah arah yang berlaku dan saya mendapati sabitan-sabitan itu adalah selamat. [22] Saya merujuk kepada alasan penghakiman HMS terpelajar yang menyatakan bahawa pembuktian kes pendakwaan adalah berdasarkan intipati-intipati yang perlu dibuktikan. Beliau kemudiannya menyatakan keterangan-keterangan yang dikemukakan oleh saksi-saksi terutamanya SP1, SP6 dan SP5 yang menurut beliau telah membuktikan intipati-intipati tersebut. Bagi pertuduhan pertama hingga ke ketiga, setelah HMS menghuraikan keterangan yang diberikan oleh SP1 dan SP6, HMS terpelajar telah sampai kepada konklusi berikut:- Dalam kes ini sentuhan yang dibuat OKT terhadap SPI adalah di anggota sulit seorang lelaki iaitu buah dada, kemaluan dan dubur. Manakala terhadap SP6 sentuhan OKT adalah pada bahagian peha yang mana ianya amat berdekatan dengan kemaluan SP6. Ini dikuatkan lagi dengan keterangan oleh SPI dan SP6 yang mana OKT teläh menggunakan modus operandi yang sama iaitu memasang video lucah bagi merangsang seksual kanak-kanak. Selain itu tindakan menanggalkan pakaian SPI oleh OKT dan percubaan untuk melondehkan seluar yang dipakai oleh SP6 juga telah membuktikan tujuan sentuhan bahagian badan kanak-kanak tersebut dalam kes di sini SPI dan SP6 adalah dibuat bagi maksud seksual. Tindakan OKT menyentuh bahagian badan SPI dan SP6 yang merupakan kanak-kanak adalah dibuat dengan maksud seksual dan tiada penjelasan munasabah lain yang boleh menafikan perkara tersebut. Jelas bahawa OKT telah melakukan amang seksual fizikal ke atas SPI dan SP6 seperti mana pertuduhan ke atas OKT. Mengambil kira keterangan SPI dan SP6, intipati pertama iaitu OKT telah menyentuh bahagian badan kanak-kanak dan intipati kedua iaitu sentuhan dibuat bagi maksud seksual bagi kesalahan di bawah pertuduhan seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 telah dibuktikan. Saya mendapati HMS adalah betul apabila beliau sampai kepada konklusi tersebut berdasarkan keterangan yang dikemukakan oleh saksi-saksi. [23] Manakala bagi pertuduhan keempat, HMS menyatakan seperti berikut:- Berdasarkan keterangan SPI ini, yang mengatakan bahawa disebabkan takut SPI terus menghisap kemaluan OKT dalam tempoh 1 minit sehingga air mazi OKT keluar jelas bahawa OKT telah melakukan seks yang bertentangan dengan aturan tabii dengan memasukkan zakarnya ke dalam mulut SPI sebagaimana definisi di dalam seksyen 377A Kanun Keseksaan sepertimana dalam pertuduhan pindaan keempat.