Content
1 DI DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SUNGAI PETANI DI DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN, MALAYSIA NO KES: KB-45A-32-09/2022 PENDAKWA RAYA LAWAN MUHAMMAD SHAFI BIN RASHIDI (No K/P: 980524-02-5425) ALASAN PENGHAKIMAN Pengenalan
KB-45A-32-09/2022
High Court of Malaysia11 Dec 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“bt, but it is certainly lighter than the burden of the prosecution to prove beyond reasonable doubt. To earn an acquittal at the close of the case for the prosecution under s. 173(f) or s. 180 of the Criminal Procedure Code, the Court must be satisfied that no case against the accused has been made out which if unrebut”
“(v) pembelaan OKT gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan mengikut prinsip yang dinyatakan dalam kes Mat v. PP [1963] MLJ 263; dan”
“(i) Eksibit P7 tiada kata-kata amaran dan oleh itu harus diabaikan (Ngu Chee Wui v. PP [2014] MLRAU 501 di para [15]; [2014] MLJU 1720; Francis Antonysamy v. PP [2005] 3 MLJ 389 di 398; [2005] MLRA 230 di para [13]);”
“ing the "reasonable doubt" (Balachandran (supra) di 315, Gunalan Ramachandran v. PP [2004] 4 MLJ 489 di 526 [2004] 6 AMR 189; [2004] 4 CLJ 551 & Md Zairudin bin Raujan v. PP [2013] 3 MLJ 773 di 793; [2012] MLJU 314; [2013] 4 CLJ 21; [2013] 3 AMR 480).”
“(i) Eksibit P7 tiada kata-kata amaran dan oleh itu harus diabaikan (Ngu Chee Wui v. PP [2014] MLRAU 501 di para [15]; [2014] MLJU 1720; Francis Antonysamy v. PP [2005] 3 MLJ 389 di 398; [2005] MLRA 230 di para [13]);”
“(i) Eksibit P7 tiada kata-kata amaran dan oleh itu harus diabaikan (Ngu Chee Wui v. PP [2014] MLRAU 501 di para [15]; [2014] MLJU 1720; Francis Antonysamy v. PP [2005] 3 MLJ 389 di 398; [2005] MLRA 230 di para [13]);”
“32. Dalam kes Wan Amirul Mubin Wan Kamaruddin v. PP [2017] MLJU 1253, Idrus Harun HMR (pada ketika itu) memutuskan di para [24] **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 13 allude in greater detail to the evid”
“Eksibit P7. Eksibit P7 hanya setakat menunjukkan barang kes dadah dijumpai atas maklumat yang diberikan oleh OKT. (Ariff Arhannan Che Udin v. PP [2022] 4 CLJ 1 di 17; [2022] 3 MLJ 157 & Sohel v. PP [2022] CLJU 2812 di para [14]).”
“61. OKT berhujah tiada sebarang keterangan yang mengaitkannya dengan barang kes dadah kecuali keterangan SP1 dan Eksibit P7. Tiada keterangan sokongan lain. (PP v. Zulkifli Desa & Anor [2022] MLJU 308 di para [38]; [2022 MLRHU 283). Penilaian dan dapatan Mahkamah di akhir kes”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DI DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SUNGAI PETANI DI DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN, MALAYSIA NO KES: KB-45A-32-09/2022 PENDAKWA RAYA LAWAN MUHAMMAD SHAFI BIN RASHIDI (No K/P: 980524-02-5425) ALASAN PENGHAKIMAN Pengenalan
1
Tertuduh, Muhammad Shafi Bin Rashidi (No K/P: 980524-02- 5425) (OKT) dihadapkan di Mahkamah atas pertuduhan-pertuduhan berikut Pertuduhan Pertama pada 28.2.2019 jam lebih kurang 5:50 pagi, di bertempat di kawasan belakang rumah tidak bernombor Jalan Sedaka, Kampung Ulu Sedaka, 08800, Yang Kechil di dalam Daerah Yan, di dalam Negeri Kedah Darul Aman, telah didapati mengedar dadah berbahaya iaitu Heroin seberat 156.65 gram. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama. (Eksibit B1); Pertuduhan Kedua bertempat di kawasan belakang rumah tidak bernombor Jalan Sedaka, Kampung Ulu Sedaka, 08800, Yang Kechil di dalam Daerah Yan, di dalam Negeri Kedah Darul Aman, telah didapati mengedar dadah berbahaya iaitu Monoacetylmorphines seberat 432.68 gram. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh (Eksibit B2); dan Pertuduhan Ketiga bertempat di kawasan belakang rumah tidak bernombor Jalan Sedaka, Kampung Ulu Sedaka, 08800, Yang Kechil di dalam Daerah Yan, di dalam Negeri Kedah Darul Aman, telah didapati mengedar dadah berbahaya iaitu Methamphetamine seberat 1718.7 gram. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen (Eksibit B3). Kes pendakwaan
2
Kes pendakwaan yang terdiri daripada 3 orang saksi adalah seperti berikut. Pada 28.2.2019, Inspektor G/22151 Faizal Rashidi bin Md Dom, pengadu (SP1) diarahkan untuk menjalankan serbuan ke atas rumah tidak bernombor di Kampung Perupok, Mukim 06700 Pendang.
3
Di rumah Kampung Perupok, SP1 menahan penama Mohd Nasir bin Ghazali @ Mat Hussain (Nasir). Berdasarkan soal siasat ke atas penama ini dan dengan dipandu arah olehnya, SP1 dan pasukan serbuan pergi ke sebuah lagi rumah tidak bernombor di Jalan Sedaka, Kampung Ulu Sedaka, 08800 Yan Kechil (Rumah).
4
Pada pukul 5:50 pagi, SP1 menyerbu masuk Rumah tersebut dan menahan seorang lelaki Melayu yang kemudiannya dicam sebagai OKT di ruang tamu Rumah tersebut. Pada ketika itu, Rashidi bin Bakar, Rushidah binti Hassim dan Siti Solehah binti Rashidi ada bersama OKT di ruang tamu Rumah tersebut.
5
Hasil pemeriksaan fizikal ke atas OKT, tiada barang salah dijumpai. SP1 menjalankan soal siasat ke atas OKT dan berikut maklum balasnya apa hang nak bagitahu kat aku? saya ada sorok barang salah diluar rumah. apa barang salah yang hang sorok itu? barang panaih dan barang sejuk. apa barang panaih dan barang sejuk yang hang cakap tu? barang panauh tu heroin dan sejuk tu dadah ice. boleh hang tunjuk pada aku kat mana hang simpan barang salah tersebut?
6
Maklumat yang diberikan oleh OKT dicatatkan pada kertas dan ditandatangani oleh OKT (Eksibit P7).
7
Kemudian, dengan dipandu arah oleh OKT, SP1 dan pasukannya pergi ke kawasan di belakang Rumah tersebut di antara parit/sungai di sebelah kiri dan pokok tinggi dan kawasan semak di sebelah belakang. OKT menunjukkan muncung mulutnya ke kawasan bawah pokok buluh yang tertimbus dengan daun-daun kering (Eksibit P5I dan P5J).
8
Dari tempat yang ditunjukkan oleh OKT, SP1 menjumpai dan merampas
i
(Eksibit P11) yang mengandungi
a
58 paket plastik lutsinar yang berisi serbuk dan ketulan warna cokelat disyaki dadah jenis Heroin (Eksibit P12(1)-(58)) dan
b
2 paket plastic lutsinar yang berisi serbuk ketulan hijau disyaki dadah jenis Heroin (Eksibit P12(59) &
60
(60));
II
(ii) satu plastik warna putih (Eksibit P16) yang mengandungi 17 paket plastik lutsinar yang berisi serbuk ketulan warna cokelat disyaki dadah jenis Heroin (Eksibit P17(1)-(17));
III
(iii) satu plastik warna merah (Eksibit P18) yang mengandungi 2 paket plastik warna keemasan bertulis dadah jenis Syabu (Eksibit P19, P19A, P20 & P20A));
IV
(iv) satu plastik warna biru (Eksibit P21) yang mengandungi 10 paket plastik lutsinar yang berisi serbuk ketulan kristal yang disyaki dadah jenis syabu (Eksibit P22(1)-(10));
v
satu alat timbang elektronik bertulis TOHNICHI (Eksibit P23); dan
VI
(vi) satu sudu plastik warna kuning (Eksibit P24).
9
OKT ditangkap dan dibawa ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Yan bersama barang kes yang dirampas untuk tindakan lanjut.
10
Di IPD Yan, SP1 menimbang dan membuat tandaan pada barang kes yang dirampas dan menyediakan borang bongkar (Eksibit P1) dan laporan tangkapan (Eksibit P3).
11
Pada hari yang sama, jam 3:40 petang, SP1 menyerahkan OKT, barang kes dadah dan dokumen berkaitan kepada DSP G/16023 Shaiful Muzir bin Abdul Rahman, pegawai penyiasat (SP3). Borang serah barang kes (Eksibit P4) ditandatangani oleh kedua pegawai berkenaan.
12
SP3 membuat tandaan pada barang kes dadah dan mengarahkan Sjn 114116 Ibrahim bin Mohd Raji (Jurufoto) mengambil 14 keping gambar barang kes sebelum dan selepas dusting (Eksibit P2A-N). Tiada kesan cap jari pada barang kes tersebut.
13
Pada 1.3.2019 jam 2:00 petang, beliau pergi ke tempat kejadian bersama SP1 dan Jurufoto yang diarahkan mengambil 10 keping gambar tempat kejadian (Eksibit P5A-J). Beliau juga menyediakan rajah kasar tempat kejadian (Eksibit
14
Pada hari yang sama, jam 3:30 petang SP3 bersama 2 anggota lain dipandu arah oleh OKT ke Rumah tersebut di mana beliau merampas
i
sehelai T- (Eksibit P27(A1)) dan sepasang seluar jeans panjang warna biru jenama Lemans (Eksibit P27(A2)) milik OKT dari ruang tamu Rumah tersebut; dan
II
(ii) satu kotak bertulis IMPULSE SEALER yang mengandungi satu sealer (Eksibit P27(B) dan P27(B1)) dan 5 paket plastik lutsinar berisi paket-paket plastik kosong (Eksibit P27(C1-C5)) di bilik kedua sebelah kanan Rumah tersebut.
15
Beliau membuat laporan rampasan barang kes ini (Eksibit P 28) dan mengarahkan Jurufoto mengambil 3 keping gambar acupakai oleh OKT (Eksibit P29A-C).
16
Pada 4.3.2019, SP3 masukkan Eksibit-Eksibit P11 dan P12(1)- (Eksibit P10) dan Eksibit P16, P17(1)-(17), P18, P19, P20, P21, P22(1)-(10), (Eksibit P15) dan meterai kedua kotak tersebut dengan seal PDRM 587.
17
Pada hari yang sama, beliau menyerahkan Eksibit P10 dan Eksibit P15 kepada Encik Abdul Rahim bin Ismail, pegawai sains (SP2), yang mengeluarkan resit rasmi JKM dengan nombor makmal: 19-FR-K-01662 [Eksibit P8].
18
Pada 23.9.2019, SP2 menyerahkan kembali Eksibit P10 dan Eksibit P15 yang kini dimeterai dengan label keselamatan JKM dengan nombor makmal yang sama bersama laporan kimia bertarikh 19.9.2019 (Eksibit P9).
19
Eksibit-Eksibit P10 dan P15 disimpan selamat dalam almari berkunci beliau sehingga 24.9.2019 di mana kedua eksibit tersebut diserahkan kepada Sjn 87884 Termizi bin Ismail untuk disimpan dalam stor barang kes IPD Yan. Barang kes itu didaftarkan dengan nombor ER 145/2019 Keterangan ahli kimia
20
SP2 memberi keterangan bahawa pada masa beliau menerima Eksibit P10 dan Eksibit P15 daripada SP3 meterai PDRM 587 dalam keadaan baik. Beliau keluarkan resit dalam Eksibit P8 dan melekatkan nombor makmal pada kedua eksibit tersebut.
21
SP2 memeriksa dan menjalankan ujian-ujian ke atas
i
Eksibit P12(1)-(58) dan mendapati ianya mengandungi 153.9 gram heroin dan 410.6 gram monoacetylmorphines;
II
(ii) Eksibit P12(59)-(60) dan mendapati ianya mengandungi 0.65 gram heroin dan 3.28 gram monoacetylmorphines;
III
(iii) P17(1)-(17) dan mendapati ianya mengandungi 2.1 gram heroin dan 9.8 gram monoacetylmorphines; dan
IV
(iv) P19A, P20A dan Eksibit P22 (1)-(10) dan mendapati ianya mengandungi 1718.7 gram methamphetamine.
22
Hasil analisa SP2 dinyatakan Eksibit P9. Prinsip kes prima facie
23
Tugas Mahkamah di akhir kes pendakwaan ialah untuk melakukan penilaian maksima ke atas keseluruhan keterangan pendakwaan dan memutuskan sama ada pendakwaan telah berjaya membuktikan suatu kes prima facie terhadap Tertuduh seperti diperuntukkan di bawah seksyen 180(1) Kanun Tatacara Jenayah (KTJ).
24
Dalam kes PP v. Mohd Radzi Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457 di 467 Mahkamah Persekutuan menyarankan langkah-langkah yang perlu diambil oleh hakim bicara di akhir kes pendakwaan. (PP v. Seri Anwar bin Ibrahim (No 3) [1999] 2 MLJ 1 di 63, Looi Kow Chai & Anor v. PP [2003] 1 CLJ 734 di 752, Balachandran v. PP [2005] 2 MLJ 301 di 315; [2005] 1 AMR 321; [2005] 1 CLJ 85 & Magendran Mohan v. PP [2011] 1 CLJ 805 di 824). Elemen-elemen pertuduhan
25
Elemen-elemen kesemua pertuduhan terhadap-OKT adalah
i
jenis dan berat dadah yang menjadi hal perkara pertuduhan-pertuduhan adalah dadah merbahaya seperti ditakrif di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 (ADB) dan dinyatakan dalam Pertuduhan tersebut;
II
(ii) dia memiliki dadah berbahaya dan mempunyai pengetahuan mengenai milikan itu; dan
III
(iii) dia mengedar dadah berbahaya itu. (Muhamad Lukman Mohamad v. PP [2021] 7 CLJ 524 di 537) Penilaian dan dapatan Mahkamah Elemen jenis dadah dan berat dadah
26
SP2 memberi keterangan dengan jelas dan konsisten. Hasil analisa beliau ke atas barang kes dadah menunjukkan ianya mengandungi dadah berbahaya seperti diperihalkan dalam pertuduhan-pertuduhan terhadap OKT.
27
Mahkamah mendapati tiada sebarang kekeliruan berkenaan barang kes dadah yang dikemukakan dalam kes ini kerana pada setiap masa yang material, barang kes dadah tersebut dalam kawalan, pemerhatian dan/atau simpanan selamat SP1, SP3 dan SP2. Dalam keadaan ini, Mahkamah berpuas hati bahawa rangkaian keterangan berkenaan barang kes dadah tidak terputus.
28
Berpandukan penghakiman Augustine Paul HMR (ketika itu) dalam kes Balachandran (supra) di 314, Mahkamah menerima keterangan SP2 pada nilai zahirnya sebagai keterangan yang boleh dipercayai. (Munusamy Vengadasalam v. PP [1987] 1 MLJ 492, PP v. Lam San [1991] 3 MLJ 426, Khoo Hi Chiang v. PP [1994] 2 CLJ 151, Tarmizi bin Yaacob dan 1 lagi v. PP [2006] 6 MLJ 197 di 205; [2006] 5 AMR 660; [2006] 4 CLJ 472).
29
Heroin, Monoacetylmorphines dan Methamphetamine yang disenaraikan sebagai dadah berbahaya dalam Jadual Pertama ADB. Dengan ini elemen jenis dan berat dadah terbukti dalam kesemua pertuduhan terhadap OKT. Elemen milikan dan pengetahuan dadah
30
Untuk elemen ini, Mahkamah berpandukan amatan Thomson J dalam kes Chan Pean Leon v. PP [1956] 1 MLJ 237 di 239. Penghakiman tersebut telah dirujuk dan diendos oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes-kes PP v. Abdul Rahman bin Akif [2007] 5 MLJ 1, PP v. Denish Madhavan [2009] 2 MLJ 194, Siew Yoke Keong v. PP [2013] 3 MLJ 630, Ghasem Hozouri Hassan v. PP [2019] 6 MLJ 231 & Chan Wei Loon v. PP and another appeal [2021] 4 MLJ 660.
31
Dalam kes PP v. Muhamad Nasir Bin Shaharuddin & Anor [1994] 2 MLJ 576 di 592; [1992] 4 CLJ 2028, Visu Sinnadurai J memperjelaskan elemen kawalan dan jagaan seperti berikut Possession is not defined in the DDA. However, it is now firmly established that to constitute possession, it is necessary to establish that; (a) the person had knowledge of the drugs; and (b) that the person had some form of control or custody of the drugs. To prove either of these two requirements, the prosecution may either adduce direct evidence or it may rely on the relevant presumptions under s 37 of the DDA.
i
Knowledge The prosecution's contention is that there is sufficient direct evidence to establish knowledge of the drugs on the part of the first accused. It is further contended that even if there was not, then: (a) by the statements made by the accused to the police which led to the discovery of the drugs, knowledge may be inferred; and/or (b) by the application of the presumptions under s 37, knowledge of the drugs may be imputed on the accused. For this purpose, the prosecution relies on the presumptions stated in s 37(b), (d) and (g) of the DDA. Two points must, however, be stressed at this stage: (i) that knowledge is only one of the ingredients of the offence of possession. Mere knowledge by itself does not amount to possession. Therefore, even if the prosecution succeeds in establishing knowledge, it must also go a step further and establish control or custody of the drugs by the first accused;
32
Dalam kes Wan Amirul Mubin Wan Kamaruddin v. PP [2017] MLJU 1253, Idrus Harun HMR (pada ketika itu) memutuskan di para [24] allude in greater detail to the evidence of PW4 which described the manner in which the drug was carefully concealed in order to avoid detection. The site in question which was at the back of the house and near the rear fence was covered with the earth and the rock. When PW4 removed the rock usin Malay language) which he found at the back of the house, he noticed that the spot was covered with earth. He used the steel digger to dig and remove the earth until he could see the cover evidence was supported by his officer PW5. In our judgment, the cumulative effect of the combined evidence of the manner in which the drug was concealed at the back of the house, coupled with the fact that he was the f any knowledge about the drug, clearly showed that there was a strong connection between the appellant and the place chosen as well as the drug that was found. An inference which could be drawn, without question, could significantly go beyond a mere inference of knowledge. We would say without any hesitation that an inference could also convincingly be made that considering the circumstances of this case, the appellant was in control of the drug and was so situated with respect to it that he had the power to deal with it as owner that would exclude others from enjoyment of the same and was thus in possession of the said drug [PP v Denish Madhavan, supra]. It clearly to avoid detection by the relevant enforcement authorities. possession of the drug in the first charge could not be faulted and his inevitable invocation of the presumption of trafficking in the illicit drug under section 37(da) of Act 234 was impeccable.
33
Berpandukan nas undang-undang ini, Mahkamah meneliti keterangan SP1
i
dia bertindak atas maklumat dan telah menahan Nasir di rumah Kampung Perupok;
II
(ii) hasil soal siasat ke atas Nasir, dia dipandu arah ke Rumah tersebut; dan
III
(iii) di Rumah tersebut, beliau menahan OKT dan menjalankan soal siasat ke atas OKT;
IV
(iv) maklumat yang diterima daripada OKT dicatat pada Eksibit P7;
v
OKT kemudiannya memandu arah beliau ke kawasan di belakang Rumah di antara parit/sungai di sebelah kiri dan pokok tinggi dan kawasan semak dan menunjukkan ke arah kawasan yang ditimbun daun dan rumput kering; dan
VI
(vi) apabila kawasan itu diselak, SP1 menjumpai barang kes dadah dalam keadaan tersembunyi di bawah timbunan tersebut.
34
Mahkamah menerima keterangan langsung SP1 yang barang kes dadah dijumpai hasil maklumat yang diberikan oleh OKT. Mahkamah juga menerima Eksibit P7 setakat maklumat itu mengesahkan keterangan SP1 yang barang kes dadah dijumpai hasil maklumat yang diberikan oleh OKT sahaja.
35
Di bawah seksyen 27 Akta Keterangan 1950 hanya maklumat yang membawa kepada penemuan sesuatu perkara atau fakta boleh diterima sebagai keterangan. Dalam kes PP v. Mohd Farid Mohd Sukis & Anor [2002] 3 MLJ 401; [2002] 8 CLJ 814; [2002] 3 AMR 3457, Augustine Paul H (pada ketika itu) memutuskan di 419 object is produced from a place of concealment, the information supplied is admissible even if the place of concealment is accessible to others and even though the object could have been otherwise discovered, though with some difficulty. This is of course subject to the qualification that
36
Berdasarkan fakta yang dikemukakan oleh pendakwaan. Mahkamah membuat dapatan barang kes dadah adalah dalam pengetahuan, kawalan dan jagaan OKT berdasarkan maklumat yang diberikan kepada SP1 dan tempat dan cara bagaimana barang kes dadah itu disorok.
37
Mahkamah berpandukan saranan Augustine Paul H (pada ketika itu) dalam kes kes PP v. Dato' Seri Anwar Ibrahim (No:3) [1999] 2 CLJ 215 di 293 berhubung penilaian kebolehpercayaan saksi.
38
Mahkamah mendapati SP1 seorang saksi yang kredible dan memberi keterangan dengan konsisten walaupun disoal balas atas butiran tempat dan penemuan barang kes dadah.
39
Dengan keterangan yang ada, Mahkamah berpuas hati OKT mempunyai milikan dan pengetahuan berkenaan barang kes dadah tersebut.
40
Dengan ini elemen milikan dan pengetahuan terbukti. Elemen pengedaran dadah
41
Seseorang itu adalah dianggap mengedar dadah sekiranya didapati di dalam miliknya ada sejumlah 15 gram atau lebih heroin (seksyen 37(da)(i) ADB) atau monoacetylmorphines (seksyen 37(da)(iii) ADB) atau sejumlah 50 gram atau lebih methamphetamine (seksyen 37(da)(xvi) ADB).
42
Berlandaskan keterangan SP2 berkenaan hasil analisa beliau, dan bersandarkan tanggapan statutori ini, Mahkamah mendapati elemen pengedaran dadah untuk kesemua pertuduhan terbukti. Kegagalan memanggil Nasir di peringkat kes pendakwaan
43
Dalam kes Ti Chuee Hiang v. PP [1995] 2 MLJ 433 di 440; [1995] 3 CLJ 1, Mahkamah Rayuan memutuskan pendakwaan mempunyai budi bicara sepenuhnya berkenaan pilihan saksi-saksi untuk membuktikan kes mereka. Pendakwaan mempunyai tanggungjawab untuk memanggil kesemua saksi yang diperlukan untuk membentangkan naratif kes pendakwaan. Hanya kegagalan memanggil saksi yang penting boleh memudaratkan kes pendakwaan.
44
Pada hemat Mahkamah, kegagalan memanggil Nasir sebagai saksi pendakwaan tidak memudaratkan kes pendakwaan. Ini kerana
i
dia tidak ditangkap di rumah Kampung Sedaka di mana OKT ditangkap dan barang kes dadah dirampas;
II
(ii) selepas tangkapannya, dia ditahan dalam kenderaan polis dan tidak turun bersama SP1 dan pasukan serbuannya di Rumah tersebut; dan
III
(iii) dia tidak ada bersama SP1 dan pasukan serbuannya semasa serbuan ke atas Rumah itu, tangkapan dan soal siasat ke atas OKT dan penemuan dan rampasan barang kes dadah di kawasan belakang Rumah itu.
45
Peranan Nasir terhad kepada memberi maklumat berkenaan OKT dan memandu arah SP1 dan pasukannya ke Rumah tersebut. Dapatan Mahkamah di akhir kes pendakwaan
46
Berdasarkan huraian di atas, Mahkamah telah membuat penilaian maksima ke atas keterangan saksi-saksi pendakwaan dan berpuas hati pendakwaaan telah berjaya membuktikan suatu kes prima facie bagi setiap pertuduhan terhadap OKT. OKT dipanggil membela diri untuk kesemua pertuduhan terhadapnya. Kes pembelaan
47
Mahkamah melalui jurubahasa menerangkan pilihan-pilihan membuat pembelaan kepada OKT dan OKT memilih untuk memberi keterangan bersumpah dari kandang saksi. OKT dan 2 orang lagi menjadi saksi di peringkat kes pembelaan.
48
OKT mengemukakan pernyataan bertulis di bawah seksyen 402B KTJ bertarikh 1.7.2025 [PSD1]. Keterangan OKT boleh diringkaskan seperti berikut
i
pada masa serbuan polis, dia bersama ahli keluarganya yang lain sedang tidur;
II
(ii) dia ditangkap, digari dan ditanya berkenaan barang salah tetapi dia tidak tahu barang apa yang dimaksudkan;
III
(iii) pada hari itu dia cuma dapat panggil telefon dari Nasir, yang dia, Zul dan Ujang ada lepak di belakang rumahnya;
IV
(iv) dia menandatangani Eksibit P7 di balai dan bukannya di Rumah;
v
dia diheret masuk ke kereta polis dan dibawa ke rumah Nasir di mana dia nampak Nasir dibawa keluar dari kereta lain;
VI
(vi) dia dapat tahu rumah Nasir juga digeledah dan Nasir ditangkap tetapi tiada barang salah dijumpai di rumahnya;
VII
(vii) kemudian mereka dibawa ke balai polis di mana dia nampak Zul dan Ujang telahpun ditangkap;
VIII
(viii) mereka dipukul dan disoal siasat berkenaan barang salah; dan
IX
(ix) kemudian dia dapat tahu yang Nasir, Zul dan Ujang dibuang daerah.
49
OKT menafikan keseluruhan keterangan SP1.
50
Nasir (SD2), memberi keterangan yang dia tidak tahu apa-apa berkenaan barang kes yang dijumpai di rumah OKT. SD2 setuju yang dia menunjuk rumah OKT kepada pihak polis pada tarikh serbuan dan tangkapan itu.
51
Siti Solehah binti Rashidi, kakak OKT (SD3) mengesahkan serbuan dijalankan di rumahnya pada malam tersebut tetapi dia tidak tahu berkenaan penyiasatan yang membawa kepada penemuan dan rampasan barang kes dadah di belakang rumah.
52
Zulkifli bin Dahlan (Zulkifli) telah ditawarkan kepada pembelaan tetapi tidak dapat dikesan dan dikemukakan oleh pihak pendakwaan. Hujahan di akhir kes Ringkasan hujahan pendakwaan
53
Pendakwaan menghujahkan mereka berjaya membuktikan suatu kes melampaui keraguan munasabah. Mereka merujuk Mahkamah semula kepada intipati pertuduhan-pertuduhan terhadap OKT dan menyorot keterangan saksi-saksi pendakwaan.
54
Pendakwaan berhujah pembelaan OKT tidak mempertikaikan intipati jenis dan berat dadah mahupun tanggapan statutori di bawah seksyen 37(da) ADB. Pembelaan OKT tertumpu kepada intipati milikan dan pengetahuan dadah di mana OKT menafikan pengetahuan berkenaan barang kes dadah yang dijumpai di belakang rumahnya.
55
Pendakwaan berhujah pembelaan OKT masih membangkitkan keperluan kata-kata amaran pada Eksibit P7. Eksibit P7 hanya setakat menunjukkan barang kes dadah dijumpai atas maklumat yang diberikan oleh OKT. (Ariff Arhannan Che Udin v. PP [2022] 4 CLJ 1 di 17; [2022] 3 MLJ 157 & Sohel v. PP [2022] CLJU 2812 di para [14]).
56
Pendakwaan menekankan keterangan SD2 dan SD3 tidak membantu mengesahkan keterangan OKT kerana mereka tidak bersamanya semasa dia membawa pasukan serbuan di bahagian belakang rumah di mana barang kes dadah dijumpai.
57
Pendakwaan berhujah kegagalan mengemukakan Zulkifli yang ditawarkan kepada pembelaan tidak memudaratkan kes mereka. Zulkifli juga tiada di tempat kejadian dan mengikut keterangan OKT sendiri, dia berjumpa Zulkifli di balai polis. Ringkasan hujahan pembelaan
58
Pembelaan berhujah bahawa berlandaskan seksyen 182A KTJ dan penghakiman dalam kes Hj Abd Razak [2020] 5 MLRH 232 di 882, Mahkamah harus menilai semula keseluruhan keterangan yang dikemukakan oleh pendakwaan dan pembelaan pada tahap maksima.
59
Pembelaan menekankan percanggahan dalam keterangan SP1 dan OKT dan berhujah bahawa
i
Eksibit P7 tiada kata-kata amaran dan oleh itu harus diabaikan (Ngu Chee Wui v. PP [2014] MLRAU 501 di para [15]; [2014] MLJU 1720; Francis Antonysamy v. PP [2005] 3 MLJ 389 di 398; [2005] MLRA 230 di para [13]);
II
(ii) makluman berkenaan lokasi barang kes dadah diberitahu oleh SD2 dan tiada pengeledahan dijalankan di rumah OKT (PP v. Shaik Anwar Abdul Jalil [1990] 2 CLJ (Rep) 822 di 824; [1989] 2 MLRH 765);
III
(iii) OKT tiada kawalan mutlak dan eksklusif di kawasan sekeliling Rumah tersebut mahupun di mana barang kes didakwa dijumpai; dan
IV
(iv) OKT tiada pengetahuan berkenaan barang kes dadah yang sebenarnya disimpan oleh SD2, Zul dan Ujang tetapi perkara ini tidak disiasat dengan terperinci oleh SP3 (Wan Amirul (supra)).
60
Pembelaan mencabar kebolehpercayaan keterangan SP1 berdasarkan percanggahan dalam keterangan beliau dan OKT dan SD2 berkenaan keadaan persekitaran rumah OKT.
61
OKT berhujah tiada sebarang keterangan yang mengaitkannya dengan barang kes dadah kecuali keterangan SP1 dan Eksibit P7. Tiada keterangan sokongan lain. (PP v. Zulkifli Desa & Anor [2022] MLJU 308 di para [38]; [2022 MLRHU 283). Penilaian dan dapatan Mahkamah di akhir kes
62
Seksyen 182 KTJ memperuntukkan Procedure at the conclusion of the trial
1
At the conclusion of the trial, the Court shall consider all the evidence adduced before it and decide whether the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt.
2
If the Court finds that the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt, the Court shall find the accused guilty and he may be convicted on it.
3
If the Court finds that the prosecution has not proved its case beyond reasonable doubt, the Court shall record an order of
63
Dalam kes Mohd Radhi bin Yaakob v. PP [1991] 1 CLJ (Rep) 311 di 315; [1991] 3 CLJ 2073; [1991] 3 MLJ 169, Mohd Azmi HMA menerangkan It is a well established principle of Malaysian criminal law that the general burden of proof lies throughout the trial on the prosecution to prove beyond reasonable doubt the guilt of the accused for the offence with which he is charged. There is no similar burden placed on the accused to prove his innocence. He is presumed innocent until proven guilty. To earn an acquittal, his duty is merely to cast a reasonable doubt in the prosecution case. In the course of the prosecution case, the prosecution may of course rely on available statutory presumptions to prove one or more of the essential ingredients of the charge. When that occurs, the particular burden of proof as opposed to the general burden, shifts to the defence to rebut such presumptions on the balance of probabilities which from the defence point of view is heavier than the burden of casting a reasonable doubt, but it is certainly lighter than the burden of the prosecution to prove beyond reasonable doubt. To earn an acquittal at the close of the case for the prosecution under s. 173(f) or s. 180 of the Criminal Procedure Code, the Court must be satisfied that no case against the accused has been made out which if unrebutted would warrant his conviction (Munusamy v. PP [1936] 1 LNS 32. If defence is called, the duty of the accused is only to cast a reasonable doubt in the prosecution case. He is not required to prove his innocence beyond reasonable doubt. To earn an acquittal, the Court may not be convinced of the truth of the defence story or version. Raising a reasonable doubt in the guilt of the accused will suffice. It is not, however, wrong for the Court to be convinced that the defence version is true, in which case the Court must order an acquittal. In appropriate cases it is also not wrong for the Court to conclude that the defence story is false or not convincing, but in that instance, the Court must not convict until it asks a further question that even if the Court does not accept or believe the defence explanation, does it nevertheless, raise a reasonable doubt as to his guilt? It is for this reason that in dealing with the defence story or explanation, the majority of Judges rightly prefer to adopt straight away the legally established "reasonable doubt" test, rather than to delve in the "believable and convincing" test before applying the "reasonable doubt" (Balachandran (supra) di 315, Gunalan Ramachandran v. PP [2004] 4 MLJ 489 di 526 [2004] 6 AMR 189; [2004] 4 CLJ 551 & Md Zairudin bin Raujan v. PP [2013] 3 MLJ 773 di 793; [2012] MLJU 314; [2013] 4 CLJ 21; [2013] 3 AMR 480).
64
Undang-undang adalah jelas bahawa bagi mendapatkan perintah perlepasan dan pembebasan terhadap pertuduhan di akhir kes pembelaan, pembelaan hanya perlu menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan. Definisi dalam kes PP v. Saimin & Ors [1971] 2 MLJ 16 seperti berikut following definition of is often quoted: It is not mere possible doubt, because everything relating to human affairs and depending upon moral evidence is open to some possible or imaginary doubt. It is that state of the case which after the entire comparison and consideration of all the evidence leaves the minds of the jurors in that condition that they cannot say they feel an abiding conviction to a moral certainty of the truth of the charge. It has again been said that is the doubt which makes you hesitate as to the correctness of the conclusion which you reach. If under your oaths and upon your consciences, after you have fully investigated the evidence and compared it in all its parts, you say to yourself I doubt if he is guilty, then it is a reasonable doubt. It is a doubt which settles in your judgment and finds a resting place Or as sometimes said, it must be a doubt so solemn and substantial as to produce in the minds of the jurors some uncertainty as to the verdict to be given. A reasonable doubt must be a doubt arising from the evidence or want of evidence and cannot be an imaginary doubt or conjecture unrelated to
65
Berpandukan saran ini, Mahkamah menimbang dan menganalisa kesemua keterangan yang dikemukakan dalam perbicaraan terhadap OKT untuk memutuskan sama ada pihak pendakwaan telah membuktikan kes mereka melampaui keraguan munasabah.
66
Cabaran OKT kepada keseluruhan keterangan pendakwaan adalah atas elemen pemilikan dan pengetahuan.
67
Keterangan pendakwaan adalah yang barang kes dadah itu dijumpai lanjutan dari soal siasat yang dijalankan oleh SP1 ke atas OKT dan direkodkan dalam Eksibit P7. OKT mengakui tandatangan pada Eksibit P7 adalah tandatangannya.
68
Berpandukan penghakiman dalam kes Ariff Arahanan (supra), Mahkamah mendapati Eksibit P7 bukan suatu kenyataan yang memerlukan kata-kata amaran di bawah seksyen 37B ADB. Sebaliknya Eksibit P7 penting kerana ianya relevant di bawah seksyen 8(2) Akta Keterangan 1950 yang memperuntukkan The conduct of any party, or of any agent to any party, to any suit or proceeding in reference to that suit or proceeding, or in reference to any fact in issue therein or relevant thereto, and the conduct of any person an offence against whom is the subject of any proceeding, is relevant if the conduct influences or is influenced by any fact in issue or relevant fact, and
69
Dalam konteks kes ini, Mahkamah membuat inferens pemilikan dan pengetahuan berkenaan barang kes dadah berdasarkan keterangan bahawa
i
ketika disoal siasat, OKT memberitahu ada barang kes dadah di belakang Rumah (Eksibit P7); dan
II
(ii) OKT sendiri membawa SP1 ke tempat di semak buluh di mana barang kes dijumpai. Keterangan saksi-saksi pembelaan lain
70
Mahkamah berpeluang melihat dan mendengar kedua saksi pembelaan yang lain. Kedua mereka tidak pergi ke belakang Rumah dan melihat sendiri bagaimana dan dalam keadaan apa barang kes dadah dijumpai.
71
Peranan SD2 terhad kepada menunjukkan jalan ke rumah OKT apabila disoal siasat oleh SP1. Itu sahaja. Walaupun rumah tunangnya di mana dia ditangkap digeledah, SD2 tidak ditanya apa-apa berkenaan barang kes dadah yang dirampas dari belakang Rumah tersebut.
72
Dia tidak dibawa bersama semasa serbuan ke atas rumah OKT. Walau bagaimanapun dia menafikan naratif OKT yang dia menghubungi OKT dan maklumkan yang dia akan lepak di belakang rumah OKT. Dalam keadaan ini, keterangannya tidak membantu pembelaan OKT.
73
Begitu juga dengan keterangan SD3. Dia tiada bersama semasa OKT menunjuk hala ke belakang Rumah dan dia tiada pengetahuan berkenaan orang-orang yang dikatakan melepak ke belakang rumah itu. Lawatan siasat ke tempat kejadian
74
Mahkamah melawat rumah OKT pada 30.7.2025 untuk membuat perhatian kawasan persekitaran rumah OKT dan tempat di mana barang kes dadah dijumpai. Mahkamah prihatin yang serbuan ke atas Rumah tersebut dibuat pada tahun 2019. Mahkamah mendapati
i
jalan sekeliling ke belakang Rumah tidak mudah dan kemas; laluan tersebut sukar dilalui kerana ada sampah dan tumbuhanan;
II
(ii) kawsan belakang Rumah juga dipenuhi pokok buloh dan semak yang menutup laluan mana-mana arah lain;
III
(iii) hanya orang yang mengetahui jalan boleh akses ke belakang Rumah itu; dan
IV
(iv) tiada apa-apa di belakang Rumah itu yang mungkin menarik orang untuk lepak di belakang rumah tersebut.
75
Dari penelitian Mahkamah kawasan di belakang Rumah itu tidak seperti yang digambarkan oleh OKT iaitu sebagai suatu tempat yang mudah diakses oleh orang lain.
76
Pendakwaan gagal mengemukakan saksi yang ditawarkan mereka di akhir kes pendakwaan. Mahkamah menerima penjelasan yang terkandung dalam kertas siasatan berkenaan usaha-usaha yang diambil untuk mengesan Zulkifli.
77
Berdasarkan keterangan OKT sendiri, dia hanya tenguk Zulkfili selepas dia di bawah ke IPD Yan. Tiada apa-apa keterangan baik dari SD2 mahupun SD3 yang Zulkifli pernah ke kawasan di belakang Rumah tersebut.
78
Pada hemat Mahkamah, dalam konteks fakta dan keadaan kes ini, Zulkifli bukan saksi yang penting untuk pendakwaan mahupun pembelaan kerana keterangannya tidak akan memberikan pencerahan lanjut berkenaan kejadian serbuan dan tangkapan OKT.
79
Secara keseluruhan Mahkamah mendapati pembelaan OKT adalah penafian semata-mata dan tidak mampu mematahkan dapatan fakta pemilikan dan pengetahuan atas imbangan kebarangkalian atau mewujudkan suatu keraguan munasabah dalam kes pendakwaan.
80
Setelah membuat penilaian maksima dan menimbang keseluruhan keterangan pihak pendakwaan dan pembelaan OKT, dengan mengambilkira kredibiliti saksi-saksi kedua pihak, Mahkamah mendapati
i
kes pendakwaan terhadap OKT adalah mapan dan kukuh kerana disokong oleh keterangan saksi-saksi pendakwaan;
II
(ii) pembelaan OKT gagal mematahkan dapatan fakta pemilikan dan pengetahuan atas imbangan kebarangkalian;
III
(iii) pembelaan OKT gagal mematahkan tanggapan statutori pengedaran dadah di bawah seksyen 37(da) ADB atas imbangan kebarangkalian;
IV
(iv) Mahkamah tidak mempercayai pembelaan OKT yang berupa penafian semata-mata;
v
pembelaan OKT gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan mengikut prinsip yang dinyatakan dalam kes Mat v. PP [1963] MLJ 263; dan
VI
(vi) pendakwaan telah berjaya membuktikan kes terhadap OKT untuk ketiga-tiga pertuduhan di bawah seksyen 39B(1)(a) ADB melampaui keraguan munasabah. Keputusan
81
Dengan itu, OKT didapati bersalah atas ketiga-tiga pertuduhan tersebut.
82
OKT mengemukakan faktor-faktor mitigasi bahawa dia berumur 21 tahun semasa tangkapan dan berada dalam tahanan polis sejak 6 tahun. Sebelum ditahan polis, OKT penjual ikan bersama ayahnya.
83
Sejak tangkapan dan tahanannya, OKT bekerjasama dengan pihak polis dan penjara. OKT tidak pernah menggunakan kekerasan terhadap mana-mana pihak.
84
OKT pohon agar diberikan peluang untuk membaiki diri dan hanya dikenakan hukuman penjara. Faktor pemberatan
85
Pendakwaan berhujah kepentingan awam perlu diutamakan dalam menjatuhkan hukuman untuk kes dadah yang berupa musuh No:1 Negara. Pendakwaan memohon agar Mahkamah mengambil pengiktirafan kehakiman (judicial notice) bahawa kes dadah kian berleluas
86
Dengan berkuatkuasanya Akta 846 mulai 4.7.2023, Mahkamah kini mempunyai budibicara sepenuhnya untuk sama ada mengenakan hukuman gantung sampai mati atau hukuman penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang dari 12 sebatan untuk kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) ADB.
87
Berdasarkan keterangan yang dikemukakan dalam kes ini, Mahkamah berpendapat tiada faktor-faktor pemberatan yang mewajarkan OKT dikenakan hukuman gantung sampai mati.
88
Walau bagaimanapun, Mahkamah berpendapat apa-apa hukuman yang dikenakan ke atas OKT harus mencerminkan keseriusan pertuduhan-pertuduhan yang dikenakan ke atasnya dan memberi keutamaan kepada kepentingan awam.
89
Setelah menimbang segala fakta kes ini termasuk mitigasi OKT dan faktor pemberatan hukuman pendakwaan dan berpandukan nas undang-undang dahuluan, Mahkamah memutuskan
i
untuk Pertuduhan Pertama, OKT disabitkan kesalahan dan dikenakan hukuman penjara penjara seumur hidup, yakni untuk tempoh 30 tahun dari tarikh tangkap dan disebat 12 kali;
II
(ii) untuk Pertuduhan Kedua, OKT disabitkan kesalahan dan dikenakan hukuman penjara penjara seumur hidup,
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.