Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET SERI MANJUNG DALAM NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN, MALAYSIA PERBICARAAN JENAYAH : AH-83-640-12/2024 DI ANTARA PENDAKWA RAYA V MUHAMMAD SHAFIQ SAMSUL BARDARI [NO KP: 990224105895]
AH-83-640-12/2024
Magistrates Court of Malaysia18 Feb 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“a OKT bersalah dan seterusnya mensabitkan OKT bersalah ke atas pertuduhan. Mahkamah ini berpuas hati bahawa pengakuan salah oleh OKT adalah sama sepertimana menurut kes PP v. Nor Zuliana Tahir & Anor [2017] MLRHU 782:- "It is trite law that there are safeguards which must be complied with before a court can accept a pl”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET SERI MANJUNG DALAM NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN, MALAYSIA PERBICARAAN JENAYAH : AH-83-640-12/2024 DI ANTARA PENDAKWA RAYA V MUHAMMAD SHAFIQ SAMSUL BARDARI [NO KP: 990224105895]
1
Muhammad Shafiq Samsul Bardari (selepas ini dirujuk sebagai OKT) telah dituduh di mahkamah ini pada 13 Disember 2024. Pada awalnya OKT memilih untuk tidak mengaku salah pada kali pertama pertuduhan dibacakan kepadanya. Namun demikian, pada sebutan semula kes 18 Februari 2025, OKT telah mengubah fikiran dan telah mengaku salah.
2
Pertuduhan terhadap OKT adalah seperti berikut: Bahawa kamu pada 30/8/2024 jam lebih kurang 0030 hrs, bertermpat di rumah alamat D-L3A-07, Apartment Bukit Permata, 32200 Lumut, didalam negeri Perak dengan sengaja telah menyebabkan kecederaan keatas isteri kamu nama : Jamilah binti Ya’akub, KPT: 881106-08-6256 dengan cara memukul dibahagian kepala isteri kamu sehingga mengalami lebam dan bengkak di bahagian kepala. Oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum dibawah seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama seksyen 326A Kanun yang sama.
3
Hukuman yang diperuntukkan bagi seksyen 323 Kanun Keseksaan adalah seperti berikut:- Barang siapa, kecuali dalam hal yang diperuntukkan oleh seksyen 334, dengan sengaja menyebabkan cedera, hendaklah dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh yang boleh sampai setahun, atau dengan denda yang boleh sampai dua ribu ringgit, atau dengan kedua-duanya.
4
Hukuman yang diperuntukkan bagi seksyen 326A Kanun Keseksaan adalah seperti berikut:-
1
Barang siapa, yang menyebabkan kecederaan kepada pasangannya atau bekas pasangannya, seorang kanak-kanak, seorang dewasa yang kurang upaya atau ahli keluarga yang lain dan melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 323, 324, 325, 326, 334, 335 hendaklah dihukum dengan pemenjaraan bagi suatu tempoh dua kali ganda tempoh maksimum yang mana dia boleh dikenakan atas sabitan bagi kesalahan itu di bawah seksyen yang relevan walau apa pun hukuman lain yang diberikan bagi kesalahan tersebut.
2
Bagi maksud seksyen ini, "pasangan", "kanak-kanak", "orang dewasa yang kurang upaya" dan "ahli keluarga yang lain" mempunyai maksud yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 2 Akta Keganasan Rumah Tangga 1994. [5] Dapatlah diamati bahawa hukuman yang boleh dikenakan terhadap OKT menurut seksyen 323 Kanun Keseksaan dibaca bersama seksyen 326A Kanun Keseksaan bagi kes ini adalah maksimum 2 tahun penjara. [6] Encik Amani William Hunt daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan mewakili OKT semasa pendengaran kes ini. Selanjutnya, pertuduhan di atas telah dibacakan, diterangkan dan difahamkan kepada OKT. OKT mengakui faham pertuduhan yang telah dikemukakan terhadapnya dan memilih untuk mengaku salah. [7] Mahkamah seterusnya telah membacakan dan menjelaskan hukuman yang boleh dikenakan ke atas OKT sekiranya beliau disabitkan bersalah. OKT mengakui faham kesan dan akibat pengakuan bersalahnya dan masih mahu mengaku salah ke atas pertuduhan. [8] Mahkamah ini kemudiannya telah membacakan fakta kes kepada OKT dan OKT mengakui akan kebenaran fakta kes tersebut. Pihak pendakwaan kemudiannya mengemukakan dua laporan polis (ditandakan sebagai P2 dan P3), satu set gambar kecederaan mangsa (ditandakan sebagai P4) dan juga satu laporan perubatan (ditandakan sebagai P5). Semua ekshibit telah dikemukakan kepada OKT dan diakui benar oleh OKT. [9] Setelah mahkamah berpuas hati bahawa OKT faham sebab dan akibat pengakuan salahnya dan pengakuan salahnya juga dibuat dengan rela hati tanpa sebarang paksaan dari mana-mana pihak, mahkamah telah menerima pengakuan salah OKT. Mahkamah ini selanjutnya telah memberikan peluang pihak pembelaan dan pihak pendakwaan berhujah berkenaan hukuman yang wajar bagi OKT. [10] Hujahan pihak pembelaan adalah bahawa OKT berumur 25 tahun dan sebelum ditangkap OKT merupakan seorang penganggur. OKT bergantung kepada isteri OKT (pengadu dalam kes ini) dan isteri OKT merupakan seorang pekerja Grab. OKT mempunyai 2 orang anak. OKT sebelum ini minta dibicarakan namun demikian OKT telah mengaku salah pada hari ini. OKT meminta maaf dan OKT tidak akan mengulangi lagi perbuatannya. OKT juga menghidapi masalah kesihatan di mana kaki OKT patah. Pihak OKT pohon diberikan hukuman penjara yang ringan dari tarikh ditangkap. Pihak pendakwaan pula memohon Mahkamah mengenakan hukuman setimpal dengan kepentingan awam mengambil kira fakta bahawa mangsa dalam kes ini merupakan isteri kepada OKT. [11] Setelah mendengar hujahan berkaitan hukuman, Mahkamah ini telah mendapati bahawa OKT bersalah dan seterusnya mensabitkan OKT bersalah ke atas pertuduhan. Mahkamah ini berpuas hati bahawa pengakuan salah oleh OKT adalah sama sepertimana menurut kes PP v. Nor Zuliana Tahir & Anor [2017] MLRHU 782:- "It is trite law that there are safeguards which must be complied with before a court can accept a plea of quilty as valid and unequivocal. First, the court must ensure that it is the accused himself who wishes to plead guilty and the accused must plead guilty by his mouth, and not through his counsel. Secondly, the Court must ascertain that the accused understands the nature and consequences of his plea. Thirdly, the Court must ensure that the accused intends to admit without qualification the offence alleged against him. This is done by the prosecution tendering a statement of facts disclosing all the necessary elements of the offence." [12] Mahkamah ini selanjutnya telah menjatuhi hukuman penjara 2 tahun dari tarikh tangkap [tarikh tangkap ialah 12 Disember 2024] terhadap OKT bagi kesalahan menurut seksyen S323 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan. OKT tidak berpuas hati terhadap hukuman yang diberikan oleh Mahkamah dan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah ini. Alasan Mahkamah [13] Mahkamah ini berpendirian bahawa hukuman yang diberikan adalah adil dan wajar terhadap OKT. Sungguhpun diakui bahawa kesalahan yang dilakukan oleh OKT merupakan suatu kesalahan kali pertama. Mahkamah ini turut mengambil maklum bahawa dalam kes: Yit Kean Hong v. Public Prosecutor [2005] 2 MLRA 222; [2005] 4 CLJ 592; [2005] 6 AMR 637, Mahkamah Rayuan berpendapat bahawa seseorang tertuduh yang telah mengaku bersalah hendaklah diberikan diskaun atau kredit bagi pengakuannya itu melalui pengurangan didalam hukuman. Mahkamah memutuskan:- "....A Plea of Guilt is a mitigating factor. It is an accepted rule of Practice that an accused should be given credit or discount for pleading guilt. The extent of reduction on account of a plea guilty would be between one-quarter and one third of what otherwise would have been the sentence. But it is not a strict rule as the court may refuse to grant any discount in cases where public interest demands a deterrent sentence...." [14] Namun demikian, jika dilihat kepada fakta kes ini, prinsip pengakuan salah OKT tidak boleh bertindak sebagai faktor otomatik untuk mengurangkan hukuman terhadap OKT. Budibicara menentukan hukuman adalah terletak kepada Mahkamah untuk menentukan. Di dalam kes PP v. Jafa Daud [1981] 1 MLRH 800; [1981] 1 MLJ 315 telah diputuskan bahawa:- "A "sentence according to law" means that the sentence must not only be within the ambit of the punishable section, but it must also be assessed and passed in accordance with established judicial principles." [15] Fakta kes bagi kes ini adalah pada 30 Ogos 2024 jam lebih kurang 00:30 pagi semasa pengadu berada di rumah pengadu di alamat D-L3A- 07 Apartment Bukit Permata, 32200 Lumut, Perak telah berlaku perselisihan faham dan pertengkaran mulut dengan suami pengadu iaitu OKT. Kemudian OKT telah memukul bahagian kepala dan mencekik leher pengadu. Pengadu telah mendapatkan rawatan di Unit Kecemasan, Hospital Seri Manjung dan disahkan mengalami ‘soft tissue injury’. [16] Berpandukan kepada kes Jafa bin Daud (supra) di atas, budibicara tersebut hendaklah juga berpandukan kepada prinsip undang-undang yang telah ditetapkan. Dalam mempertimbangkan hukuman yang sesuai dan munasabah terhadap OKT bagi pertuduhan terhadapnya, Mahkamah ini telah mempertimbangkan kesemua faktor-faktor peringanan hukuman yang dihujahkan oleh OKT dan juga faktor-faktor pemberatan hukuman yang dihujahkan oleh pihak pendakwaan. [17] Mahkamah ini dalam mempertimbangkan hukuman juga merujuk kepada kes Public Prosecutor v. Leo Say & Ors [1985] 1 MLRH 273; [1985] CLJ (Rep) 683 di mana YA Hakim NH Chan J menyatakan seperti berikut:- "....The fact that a man has not much of a criminal record or none at all, is not a powerfull factor to be taken into consideration in a case of such gravity...Although all the 3 accused persons pleaded guilty and they are entitled to some credit for that, it must be set aside against the enormity and seriousness of the crime that they have committed (emphasis added)... “ [18] Dalam kes: Ong Lai Kim lwn. Pendakwa Raya [1991] 2 MLRH 102; [1991] 3 MLJ 111; [1991] 3 CLJ 376 (MT: Zakaria Yatim H) menyatakan:- ".... merupakan suatu kesalahan yang sedang berleluasa dalam Negara ini. Pihak Mahkamah akan gagal dalam menjalankan tugas mereka apabila tidak mengenakan hukuman yang berat dalam kes seperti ini. Hukuman yang dijatuhkan kelak bukan hanya setakat memerangi pihak perayu daripada melakukan kesalahan sebegini di masa hadapan, tetapi juga untuk memerangi orang lain daripada melakukan kesalahan yang serupa. Hukuman yang dijatuhkan mestilah hukuman yang keras selaras dengan perasaan marah pihak masyarakat umum (lihat : JC Smith & B Hogan Criminal Law (5th Ed) ms 6)...oleh yang demikian, dalam kes ini, hukuman yang dijatuhkan mestilah selaras dengan kesalahan yang dilakukan, sekiranya tidak, maka pihak masyarakat akan berasakan hukuman itu amatlah ringan. Hukuman yang dijatuhkan juga mestilah mencerminkan ketidak penerimaan masyarakat terhadap jenayah yang dilakukan oleh Perayu (lihat juga kes :R lwn. Roberts [1982] 1 All Er 609). [19] Dalam keadaan sedemikian, adalah jelas keadaan-keadaan ini memberikan isyarat kepada Mahkamah ini untuk mengenakan suatu hukuman yang amat berat terhadap OKT. Hukuman yang berat ini diharap dapat memberikan suatu pengajaran kepada OKT dan kepada pihak-pihak yang lain agar tidak memandang mudah mengenai kejadian yang berlaku. Justeru itu ianya juga memberikan suatu amaran yang keras kepada pihak-pihak lain agar tidak mengulangi kejadian jenayah yang sama dimasa hadapan. Seperti yang diputuskan dalam kes: Ryan v. The Queen [2001] 206 CLR 267 p 118, hukuman yang amat berat ini perlulah mencerminkan:- "...a symbolic, collective statement that the offender's conduct should be punished for encroaching on our society's basic code of values as enshrined within our substantive criminal law..." [20] Sebelum diperkenalkan s 326A, kesalahan s 323 Kanun Keseksaan adalah membawa maksimum hukuman 1 tahun atau denda RM2000 atau kedua-duanya, tanpa mengira siapakah yang terlibat dalam kesalahan itu. Seksyen 326A ini diperkenalkan ke dalam Kanun Keseksaan sebagai menjadikan hukuman lebih berat. Pindaan ini pada tahun 2014. Kemudian ada pindaan sekali lagi pada tahun 2017 dengan menambah kumpulan orang-orang yang tertakluk kepada peruntukan ini. [21] Perbahasan awal semasa memperkenalkan seksyen ini dapat dilihat pada Hansard (DR 22 Oktober 2013 pada ms 110-115): Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: "Kenapa disebut di situ perkataan maximum? Shall be punished with imprisonment for a term of twice as long, not as just the term. What is stated there punishment imprisonment for a term of twice as long as the maximum term for which he would have been liable on conviction. Bukankah ini dengan cukup jelas mengikat tangan mahkamah? Because there is no choice. It is not imprisonment twice as long as the term for which he would have been liable. Kalau sedemikian, then yes.Whatever it is the court, the original court would has been given, then yes it has twice because it is the term that he would have been liable. Akan tetapi perkataan yang digunakan di situ maximum. Jadi maximum itu adalah maximum yang wujud di bawah seksyen-seksyen tersebut and then of course take this two three different level. Jadi saya hendak minta penjelasan daripada Timbalan Menteri berkenaan dengan isu ini. Terima kasih Timbalan Menteri." Puan Hajah Nancy binti Shukri: "Terima kasih Yang Berhormat Puchong. Berbalik lagi kepada perkara yang sama. Sebenarnya ini adalah tujuan dengan hasrat yang baik. Tujuan kerajaan untuk tidak menggalakkan this fights among the husbands and wives or among the spouses. Jadi ini adalah cara to avoid cases seperti ini jadi menular. Jadi inilah cara yang difikirkan baik. Tidak mahu menjadikan si isteri ataupun spouse dia menjadi punching bag kepada spouse dia. Jadi inilah dimaksimumkan hukumannya." Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]:"Jadi apa yang Timbalan Menteri menyatakan bahawa you confirm now that apa yang dimaksudkan di situ is that, it has to be twice the maximum the sentence. Adakah itu apa Yang Berhormat Menteri mengesahkan dalam Dewan ini?" Puan Hajah Nancy binti Shukri:"Apa yang kita bacakan ini, memang inilah dia. I cannot change what is written in here...." Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]:"Kalau boleh apa yang dilakukan biasanya adalah di mana kita membenarkan hukuman twice as much as a court would have been given under the section has been convicted under that original section. Jadi kalau maximum for 326 is 20 years and the court's looking at the facts, akan memberi 10 tahun. Kalau di bawah seksyen ini dan will be double of 10 years. Akan tetapi dengan perkataan maximum di situ, saya hendak pengesahan daripada Menteri. Is this what we are looking at di mana the court does not has the discretion but has to give twice the maximum of the penalty under 326 misalnya. Is that what it is we want to pass in this Dewan?" Puan Hajah Nancy binti Shukri:"Yang Berhormat Puchong, memang itulah yang dihasratnya. Itu yang saya tahu inilah yang dihasratnya. Kalau itu dikatakan tidak membantu, maka sebenarnya hasrat yang baik ialah untuk membantu spouse especially the women. Saya rasa semalam pun saya dengar Yang Berhormat Bukit Gelugor." [22] Berdasarkan kepada petikan Hansard ini, dapatlah diamati bahawa hasrat parlimen sewaktu menambah Seksyen 326A dalam Kanun Keseksaan adalah untuk mengelakkan kes melibatkan keganasan rumah tangga daripada berleluasa. OKT dalam kes ini merupakan suami kepada pengadu dan sebagai seorang suami OKT sepatutnya menjaga dan melindungi pengadu. [23] Namun demikian, OKT sebaliknya telah memukul kepala dan mencekik pengadu sehingga mengalami ‘soft tissue injury’. Perbuatan OKT ini adalah tidak bertanggungjawab dan melanggar amanah sebagai seorang suami. Oleh yang demikian, Mahkamah ini berpendirian bahawa hukuman penjara 2 tahun dari tarikh tangkap adalah adil dan wajar terhadap OKT untuk dijadikan pengajaran kepada OKT dan individu lain agar tidak mengulangi perbuatan sebegini pada masa akan datang. Tarikh: 3 April 2025 FAKHRUL RAZZI BIN ABD HAMID MAJISTRET MAHKAMAH MAJISTRET SERI MANJUNG
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.