Content
1 MALAYSIA DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN DI MAHKAMAH SESYEN AMPANG KES TANGKAP NO. BC-62JSK-36-04/2025 PENDAKWA RAYA LAWAN MUHAMMAD SHAH BIN MOHD
BC-62JSK-36-04/2025
Sessions Court of Malaysia8 Apr 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 MALAYSIA DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN DI MAHKAMAH SESYEN AMPANG KES TANGKAP NO. BC-62JSK-36-04/2025 PENDAKWA RAYA LAWAN MUHAMMAD SHAH BIN MOHD
1
Ini adalah rayuan tertuduh yang tidak berpuas hati terhadap hukuman yang telah dijatuhkan oleh Mahkamah pada 8 April 2025.
2
Tertuduh telah dituduh dengan Pertuduhan berikut: Bahawa kamu pada 24.03.2025 jam lebih kurang 10.00 malam di tangga tingkat 12-2a jalan medan bukit permai 2, taman bukit permai 56100 ampang, dalam daerah hulu langat, dalam negeri selangor, telah melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak perempuan bernama xxxxxxx (no.kp: 071127-xx-xxxx) yang berumur 17 tahun 3 bulan semasa kejadian, dengan cara meramas payudara dan memegang kemaluan kanak-kanak tersebut dengan tangan kamu bagi maksud seksual. Oleh itu, kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 14(a) akta kesalahan-kesalahan seksual terhadap kanak-kanak 2017 yang boleh dihukum di bawah seksyen 14 akta yang sama. S/N i1ecnHLAu029xJd54lr0Pg
3
Pertuduhan telah dibacakan kepada tertuduh di dalam Bahasa Malaysia. Tertuduh telah mengaku bersalah terhadap pertuduhan. Hukuman juga telah diterangkan kepada tertuduh dan tertuduh faham sifat dan akibat daripada pengakuannya dan berhasrat untuk mengaku salah, tanpa syarat terhadap pertuduhan.
4
Berikut adalah ekshibit-ekshibit dan fakta kes yang telah dikemukakan: P1 – Fakta kes P2 – Report Pengadu Pandan Indah/005359/2025 P3 - Report Tangkapan Pandan Indah /005822/25 P4 – Salinan Sijil Kelahiran Mangsa ditunjukkan kepada OKT dan diakui OKT P5 – Pol 59 P6 (1-4) – Gambar Mangsa P7 (1-7) – Gambar Tempat Kejadian P8 (1-7) – Gambar CCTV P9 (1-2) – 2 keping gambar barang rampasan
5
Fakta kes – Pada 24/3/2025, jam lebih kurang 10 malam, pengadu bersama adik perempuannya sedang naik tangga untuk pulang ke rumah. Pengadu kemudian telah didatangi oleh OKT Bersama seorang kawannya yang menaiki motor EX5 warna merah. OKT kemudian telah turun dari motosikal EX5 dan telah menarik tangan pengadu secara paksaan ke Kawasan yang gelap di tangga rumah pengadu. Semasa di tangga OKT telah bertindak meraba badan pengadu dengan cara meramas payudara pengadu dan memegang kemaluan pengadu. OKT juga telah mencium mulut pengadu dan menggigit leher pengadu. Semasa kejadian berlaku adik kepada pengadu tidak dapat membantu kerana telah dihalang oleh kawan kepada OKT. Selepas itu adik pengadu telah pergi ke arah pengadu dan OKT di tangga dan lalu mengajak pengadu untuk pulang ke rumah. S/N i1ecnHLAu029xJd54lr0Pg
6
Fakta kes telah dibacakan dalam Bahasa Malaysia dan diakui oleh tertuduh.
7
Tertuduh telah mengemukakan rayuan berikut bagi meringankan hukuman: Saya pohon kurangkan hukuman sebab ada ibu dan ayah nak tanggung. Saya kerja dan gaji tidak tetap. Kerja sebagai penghantar makanan. Nak mendirikan rumahtangga bulan 12.
8
Berikut adalah hujahan pemberatan oleh Timbalan Pendakwa Raya berkaitan hukuman bagi kesemua pertuduhan: Pohon hukuman setimpal sebagai pengajaran dan kepentingan awam mengatasi kepentingan peribadi.
9
Mahkamah telah menerima pengakuan salah tertuduh dan telah mensabitkan tertuduh dengan kesalahan sebagaimana yang telah dituduh dan menjatuhkan hukuman berikut: Hukuman di bawah sekyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 adalah 4 tahun penjara dari tarikh tangkap (3.4.2025) dan 1 sebatan rotan. OKT diperintahkan menjalani kaunseling di bawah seksyen 26 Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 selama tempoh pemenjaraan S/N i1ecnHLAu029xJd54lr0Pg DAN OKT juga diletakkan di bawah pengawasan polis selama 2 tahun selepas menjalani hukuman pemenjaraan sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 27 Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.
10
Mahkamah telah berpuashati dengan pengakuan salah tertuduh kerana setelah dibacakan pertuduhan dan diterangkan hukuman oleh jurubahasa dalam Bahasa Malaysia, tertuduh faham dan mengaku bersalah.
11
Tertuduh juga faham dan mengakui fakta kes yang telah dibacakan dalam Bahasa Malaysia serta mengakui ekshibit-ekshibit yang telah ditunjukkan kepada tertuduh.
12
Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 memperuntukkan hukuman pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi 20 tahun dan boleh juga dihukum dengan hukuman sebat.
13
Mahkamah, sebelum menjatuhkan hukuman, telah mengambil kira fakta kes yang diakui oleh tertuduh sendiri, rayuan peringanan S/N i1ecnHLAu029xJd54lr0Pg hukuman tertuduh dan juga hujahan pemberatan hukuman dari pihak pendakwaan.
14
Mahkamah dalam menjatuhkan hukuman telah mendahulukan kepentingan awam berbanding dengan kepentingan peribadi tertuduh serta merujuk kepada prinsip-prinsip yang digariskan di dalam kes Rex v Kenneth John Ball [1951] 35 Cr. App.R.164 yang memutuskan bahawa: ‘In deciding the appropriate sentence, a court should always be guided by certain considerations. The first and foremost is the public interest. The criminal law is publicly enforced, not only with the object of punishing crime, but also in the hope of preventing it. A proper sentence passed in public, serves the public interest in two ways. It may deter others who might be tempted to try crime as seeming to offer easy money on the supposition, that if the offender is caught and brought to justice, the punishment will be negligible. Such a sentence may also deter the particular criminal from committing a crime again, or induce him to turn from a criminal to an honest life. The public interest is indeed served and best served, if the offender is induced to turn from criminal ways to honest living. Our law does not, therefore, fix the sentence for a particular crime but fixes a maximum sentence and leaves it to the court to decide what is appropriate sentence in the particular circumstances of each case. Namun demikian, Mahkamah tidak mengenepikan rayuan peringanan tertuduh dan bahawa tertuduh tiada rekod kesalahan lampau. Hukuman yang dijatuhkan adalah berpadanan dengan jenayah yang dilakukan tertuduh dalam kes ini dan tidak membebankan tertuduh serta tidaklah terlalu ringan.
15
Pengakuan salah tertuduh telah menjimatkan masa dan kos Mahkamah serta pihak-pihak terlibat di mana saksi-saksi tidak perlu hadir untuk memberi keterangan. Tindakan tertuduh mengaku S/N i1ecnHLAu029xJd54lr0Pg bersalah menunjukkan kejujuran dan keikhlasan tertuduh untuk mengaku bersalah. Pengakuan salah ini telah mempercepatkan proses pendengaran dan pelupusan kes. Oleh itu, hukuman penjara maksima bagi kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 tidak dikenakan oleh Mahkamah. Dalam hal ini Mahkamah telah merujuk kepada kes Sau Soo Kim v. Public Prosecutor [1975] 1 LNS 158 di mana Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa – Whether a person is a hardened criminal or not, I feel that a plea of guilty should be treated as a mitigating factor. It not only saves the country a great expense of a lengthy trial but also saves time and inconvenience of many, particularly the witnesses. Mahkamah juga telah merujuk kepada kes PP v Jessica Lim Lu Ping and Anor [2004] 2 CLJ 763 di mana ianya telah diputuskan bahawa – A plea of guilt achieves the disposal of a criminal case with lightning speed. Every contest and trial leads to backlog of undisposed criminal cases clogging the courts and the prisons with remand prisoners. It is in the public interest that pending criminal cases be disposed of as expeditiously as possible and the accused persons who plead guilty be imposed with a reduced sentence. Honesty is a universal obligation and a reduced sentence encourages honesty when an accused pleads guilty, the end result being that more accused persons would willingly admit guilt without a trial, thus, reducing the workload of the prosecution’s office and the clearance of the backlog of cases. Namun demikian, Mahkamah di dalam menerima pengakuan salah tertuduh dan menjatuhkan hukuman telah tidak mengenepikan prinsip-prinsip keadilan. Hukuman yang telah dijatuhkan ke atas tertuduh adalah munasabah dan setimpal dengan kesalahan yang dilakukan. S/N i1ecnHLAu029xJd54lr0Pg
16
Mahkamah berpendapat bahawa hukuman yang telah dijatuhkan terhadap tertuduh dalam kes ini adalah wajar dan berpatutan dengan kesalahan yang telah dilakukan tertuduh, dengan juga mengambil kira umur mangsa atau pengadu pada ketika itu adalah 17 tahun 3 bulan. Budibicara diberikan kepada Mahkamah untuk menentukan tempoh penjara yang tidak melebihi tempoh maksima yang diperuntukkan dalam kedua-dua seksyen tersebut.
17
Tertuduh juga diperintahkan menjalani kaunseling di bawah seksyen 26 Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 selama tempoh pemenjaraan dan diletakkan di bawah pengawasan polis selama 2 tahun selepas menjalani hukuman pemenjaraan sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 27(1) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017. Perintah kaunseling dan pengawasan polis ini adalah wajar demi kepentingan keselamatan, keamanan dan ketenteraman awam serta dapat mengawal tertuduh agar tidak terjebak lagi dalam kesalahan seumpama ini.
18
Berdasarkan alasan-alasan yang telah dikemukakan di atas dan setelah Mahkamah mengambilkira kesemua aspek seperti yang telah dinyatakan, maka hukuman yang telah dikenakan terhadap tertuduh adalah wajar dan setimpal terhadap tertuduh sebagai pesalah pertama serta ianya tidak melampau dan berpatutan dengan jenayah yang telah dilakukan. Hukuman yang dijatuhkan tersebut juga S/N i1ecnHLAu029xJd54lr0Pg tidaklah terlampau berkurangan dari apa yang sewajarnya diperuntukkan (not manifestly inadequate). Yang paling utama adalah ianya menurut landasan undang-undang dan tidak menyalahi mana-mana prinsip undang-undang. DISEDIAKAN OLEH: Nurul Nurulizwan binti Ahmad Zubir Hakim Mahkamah Sesyen 3 Mahkamah Sesyen Ampang Selangor Darul Ehsan. 15 APRIL 2025 PENDAKWA RAYA: Muhammad Hairuliqram bin Hairuddin Timbalan Pendakwa Raya Mahkamah Sesyen Ampang Selangor Darul Ehsan. TERTUDUH: Muhammad Shah bin Mohd No. K/P: 010223-04-0019 Penjara Kajang S/N i1ecnHLAu029xJd54lr0Pg
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.