Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET 2 MELAKA DALAM NEGERI MELAKA NO KES: MA-83D-674-02/2023 PENDAKWA RAYA LAWAN MUHAMMAD SHAHRIN BIN KAMIS ALASAN PENGHAKIMAN
MA-83D-674-02/2023
Magistrates Court of Malaysia13 Jan 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“32. Mahkamah dalam hal ini merujuk kes ADIB NAFIS HASSANE NAFIS V. PP [2020] CLJU 1240, Perayu dalam kes ini ketika ditahan untuk pemeriksaan sedang menyandang beg seorang diri dan tiada orang lain bersamanya pada ketika itu, Mahkamah Rayuan dalam kes ini telah memutuskan bahawa Perayu”
“22. Mahkamah Tinggi dalam kes PENDAKWA RAYA LWN. MOHAMMAD MAHMUD BIN A IBRAHIM [2021] CLJU 1108; [2021] MLJU 1213 telah memutuskan seperti berikut: " Adalah jelas bahawa untuk satu anggapan terpakai di bawah seksyen 37(d) ADB, pihak Pendakwaan tidak perlu membuktikan tertuduh mengetahui tentang”
“3. PP v. Muhammad Nur Fikri Juahari [2022] CLJU 215 Penjara empat tahun dari tarikh sabitan dan empat sebatan 4. PP v. Mohd Ezul Affkar Ramli & Satu Lagi [2021] CLJU 117 Penjara 30 bulan dari tarikh sabitan dan tiga kali sebatan 5. PP v. Dinesh Kumar Ravindran [2021] CLJU 125 Penjara 30 bulan dari tarikh sabitan dan ti”
“mpat tahun dari tarikh sabitan dan empat sebatan 4. PP v. Mohd Ezul Affkar Ramli & Satu Lagi [2021] CLJU 117 Penjara 30 bulan dari tarikh sabitan dan tiga kali sebatan 5. PP v. Dinesh Kumar Ravindran [2021] CLJU 125 Penjara 30 bulan dari tarikh sabitan dan tiga kali sebatan. Berdasarkan alasan-alasan yang dinyatakan di”
“22. Mahkamah Tinggi dalam kes PENDAKWA RAYA LWN. MOHAMMAD MAHMUD BIN A IBRAHIM [2021] CLJU 1108; [2021] MLJU 1213 telah memutuskan seperti berikut: " Adalah jelas bahawa untuk satu anggapan terpakai di bawah seksyen 37(d) ADB, pihak Pendakwaan tidak perlu membuktikan tertuduh mengetahui tentang dadah itu. Apa ya”
“3. PP v. Muhammad Nur Fikri Juahari [2022] CLJU 215 Penjara empat tahun dari tarikh sabitan dan empat sebatan 4. PP v. Mohd Ezul Affkar Ramli & Satu Lagi [2021] CLJU 117 Penjara 30 bulan dari tarikh sabitan dan tiga kali sebatan 5. PP v. Dinesh Kumar”
“ent via eFILING portal 17 Bil. Rujukan Kes Hukuman 1. PP v. Ahmad Amir Hakim Ahmad Zaman Akman [2023] SMCU 94 Penjara selama tempoh tiga tahun, dan tiga sebatan rotan 2. PP v. Pardeepan Tamilselven [2023] CLJU 106 Penjara tiga tahun keatas dari tarikh sabitan dan sebatan sebanyak lima sebatan.”
“-kes seperti yang berikut: **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 17 Bil. Rujukan Kes Hukuman 1. PP v. Ahmad Amir Hakim Ahmad Zaman Akman [2023] SMCU 94 Penjara selama tempoh tiga tahun, dan tiga sebatan rotan 2. PP v. Pardeepan Tamilselven [2023] CLJU 106 Penj”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET 2 MELAKA DALAM NEGERI MELAKA NO KES: MA-83D-674-02/2023 PENDAKWA RAYA LAWAN MUHAMMAD SHAHRIN BIN KAMIS ALASAN PENGHAKIMAN
1
Tertuduh, Muhammad Shahrin Bin Kamis (selepas ini dirujuk sebagai OKT) telah dituduh di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39A (1) Akta yang sama. Pertuduhan OKT adalah seperti berikut: “Bahawa kamu pada 05.10.2022 jam lebih kurang 1400 Hrs di belakang Pam Minyak Caltex Rizq Service Station Sdn Bhd Lot 5062, Mukim Paya Rumput Lebuh AMJ, 76450 Melaka, di dalam Daerah Melaka Tengah, di dalam Negeri Melaka, kamu didapati memiliki dadah berbahaya Methamphetamine berat bersih 18.83 gram dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya yang boleh di hukum di bawah seksyen 39A (1) Akta yang sama. Hukuman: Penjara selama tempoh tidak kurang dua (2) tahun dan tidak lebih lima (5) tahun serta sebatan tidak kurang tiga (3) atau tidak lebihan Sembilan (9) sebatan”.
2
OKT telah dibacakan dengan pertuduhan serta sebab dan akibat pertuduhan. OKT faham dan tidak mengaku salah dan mohon untuk dibicarakan.
3
Dalam membuktikan pertuduhan ini terhadap OKT, pihak Pendakwaan telah mengemukakan 6 orang saksi iaitu: - SP1- K/Kpl Morisson Sibat Anak James (Penjaga Stor) SP2- Warda Binti Mohamad Nasir (Ahli Kimia) SP3- Kpl Muhamamd Hafiz Bin Nasiran (Jurufoto) SP4- Nurul Syafinaz Binti Ramli (Pengurus Pam Minyak) SP5- Insp Muhammad Azri Bin Zunurane (Pegawai Tangkapan) SP6- Insp Yaaga Mithiran A/L Ganesan (Pegawai Penyiasat) Serta mengemukakan 22 eksibit Pendakwaan.
4
Di akhir kes pendakwaan, Mahkamah telah memutuskan pihak pendakwaan berjaya membuktikan satu prima facie kes terhadap OKT di bawah pertuduhan dan diperintahkan untuk membela diri.
5
Semasa membela diri, OKT telah memberi keterangan dari kandang saksi dan memanggil 2 orang saksi pembelaan seperti yang berikut: SD1- OKT SD2- Noraisah Binti Kamis (Pemilik kenderaan) Serta mengemukakan 4 eksibit pembelaan.
6
Di akhir kes pembelaan, Mahkamah telah memutuskan bahawa OKT bersalah dan disabitkan dibawah pertuduhan tersebut. Setelah mendengar rayuan dan hujahan pihak-pihak, Mahkamah telah menjatuhkan hukuman terhadap OKT penjara 30 bulan dari tarikh sabitan dan 3 sebatan.
7
Mahkamah telah membenarkan permohonan peguambela OKT untuk menggantung perlaksanaan sementara menunggu rayuan dengan jaminan berjumlah RM2000.
8
OKT telah memfailkan rayuan bagi merayu terhadap keseluruhan hukuman dan sabitan keputusan tersebut.
9
FAKTA KES OKT telah ditangkap di belakang stesen Pam Minyak Caltex Rizq Service Station Sdn.Bhd (selepas ini dirujuk pam minyak tersebut) pada 5.10.2022, jam lebih kurang 2:00 petang. Ketika serbuan pihak polis, OKT sedang memakai sebuah beg silang berwarna hitam jenama Hunter Wolf Leather (selepas ini dirujuk beg silang) yang disilangkan di badan OKT. Pemeriksaan terhadap badan OKT tidak menjumpai apa-apa barang salah.
10
Namun pemeriksaan terhadap beg silang tersebut, pihak polis menjumpai 2 paket dadah Methamphetamine angggaran berat 50.63 gram.
11
OKT kemudian ditahan dan dadah tersebut dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia untuk dianalisa. Hasil analisa mendapati bahawa dadah tersebut jenis Methamphetamine berat bersih 18.83 gram.
12
OKT telah dituduh di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A (1) Akta yang sama.
13
BEBAN PEMBUKTIAN DI AKHIR KES PENDAKWAAN Di akhir kes pendakwaan, beban pihak pendakwaan adalah untuk membuktikan setiap elemen pertuduhan pada tahap prima facie seperti diperuntukkan di bawah Seksyen 173(h)(i) Kanun Tatacara Jenayah.
14
Definisi prima facie adalah sepertimana yang telah diputuskan oleh Mahkamah sebagai penilaian maksima (maximum evaluation) terhadap semua keterangan yang dikemukakan.
15
Kes yang dirujuk adalah kes Mahkamah Persekutuan BALACHANDRAN A/L SELVARATNAM V PP [2005] 1 CLJ 85 dan PP V MOHD RADZI BIN ABU BAKAR [2006] 1 CLJ 457.
16
ELEMEN-ELEMEN PERTUDUHAN Pihak pendakwaan perlu membuktikan kes terhadap OKT berdasarkan elemen-elemen yang berikut: i. Dadah tersebut dalam milikan OKT; ii. OKT mempunyai pengetahuan mengenai dadah tersebut; iii. Dadah tersebut adalah jenis dadah yang ditakrfikan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952; dan iv. OKT tidak mempunyai kebenaran untuk memiliki dadah tersebut.
17
Intipati Pertama: Dadah tersebut berada dalam milikan dan kawalan OKT Bagi elemen milikan, adalah undang-undang mantap bahawa seseorang boleh dikatakan mempunyai milikan terhadap sesuatu barang apabila elemen milikan fizikal dan mental dapat dibuktikan. Barang tersebut bukan sahaja harus berada dalam jagaan (custody) seseorang tersebut tetapi dia juga harus berada di dalam satu posisi atau keadaan di mana dia boleh menggunakan barang tersebut seperti barangnya sendiri. (kes CHAN PEAN LEON V PP [1956] 22 MLJ 237 dirujuk).
18
Oleh itu, Mahkamah berpendapat berdasarkan kepada fakta bahawa beg silang tersebut sedang disilangkan pada badan OKT menunjukkan OKT mempunyai kawalan eksklusif dan milikan terhadap barang kes tersebut dan OKT berada dalam posisi atau keadaan di mana dia pada bila-bila masa boleh menggunakan barang tersebut seperti barangnya sendiri.
19
Kawalan atau jagaan itu termasuk kuasa OKT untuk berurusan atau melupuskan dadah itu pada bila bila masa jika diinginkan seolah olah ia adalah pemilik dadah itu.
20
Justeru, Mahkamah mendapati bahawa elemen pertama ini telah berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwaan.
21
Intipati Kedua: OKT mempunyai pengetahuan mengenai dadah tersebut Oleh kerana Mahkamah telah membuat dapatan bahawa OKT mempunyai kawalan dan milikan terhadap barang kes dadah tersebut, undang-undang adalah mantap anggapan di bawah Seksyen 37(d) Akta Dadah Berbahaya 1952 akan berbangkit yang menganggap OKT mempunyai milikan dan pengetahuan ke atas barang kes dadah dan jenisnya.
22
Mahkamah Tinggi dalam kes PENDAKWA RAYA LWN. MOHAMMAD MAHMUD BIN A IBRAHIM [2021] CLJU 1108; [2021] MLJU 1213 telah memutuskan seperti berikut: " Adalah jelas bahawa untuk satu anggapan terpakai di bawah seksyen 37(d) ADB, pihak Pendakwaan tidak perlu membuktikan tertuduh mengetahui tentang dadah itu. Apa yang perlu dibuktikan adalah sama ada tertuduh mempunyai jagaan atau kawalan ke atas apa-apa benda yang mengandungi dadah itu. Maka, perhatian dan penekanan peruntukkan ini adalah terhadap jagaan atau kawalan benda yang mengandungi dadah itu. Apabila jagaan atau kawalan itu terbukti maka tertuduh dianggap mempunyai milikan dan pengetahuan ke atas dadah itu."
23
Oleh itu, elemen kedua ini juga telah berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwaan. Intipati Ketiga: Dadah tersebut adalah jenis dadah yang ditakrifkan di bawah
24
Akta Dadah Berbahaya 1952
Preamble
Menurut Laporan Kimia (eksibit P6) yang disediakan oleh SP2, beliau mengesahkan bahawa barang kes yang telah dianalisa olehnya adalah dadah berbahaya jenis Methamphetamine seberat 18.83 gram di mana jenis dadah ini telah ditakrifkan dan disenaraikan dalam Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya.
25
Laporan kimia P6 tersebut tiada keraguan dan jelas menunjukkan barang kes yang dianalisa adalah barang kes dadah yang dirampas di dalam beg silang Hunter Wolf Leather yang ditandakan sebagai eksibit P22 di dalamnya mengandungi satu (1) sampul surat “YM” tandaan eksibit P2 di dalanya dua (2) peket plastik bertanda “A1” dan “A2” tandaan eksibit P7A dan P7B. Intipati Keempat: OKT tidak mempunyai kebenaran untuk memiliki dadah tersebut.
25
Elemen pertuduhan ini tidak dipertikaikan oleh pihak-pihak. Tiada apa-apa keterangan dari saksi-saksi pendakwaan bahawa OKT merupakan seorang yang mempunyai kuasa atau kebenaran untuk memiliki dadah tersebut. Oleh itu, elemen terakhir ini juga telah dibuktikan oleh pihak pendakwaan.
26
A. Tempat di mana OKT ditangkap Pembelaan membangkitkan bahawa OKT telah meletakkan keretanya di bahagian hadapan tandas dan surau di stesen minyak dan telah menggunakan tandas lalu menjumpai beg tersebut di dalam tandas untuk diserahkan kepada pejabat pam minyak tersebut.
27
Mahkamah ini mendapati tiada isu di mana tempat OKT ditangkap kerana SP5 jelas telah menceritakan bahawa OKT ditangkap di bahagian belakang Caltex iaitu selepas OKT keluar dari tandas Caltex. SP5 bersetuju dengan cadangan Pembelaan bahawa SP5 membuat tahanan ke atas OKT selepas OKT keluar dari tandas Caltex.
28
Semasa pemeriksaan balas, SP5 telah menjelaskan pemerhatian dilakukan oleh SP5 berdasarkan pemerhatian pacaindera dengan jarak 20-meter yang mana SP5 ketika itu dalam kereta. SP5 telah mendapat maklumat awal terdapat transaksi dadah.
29
B. Keadaan OKT ditangkap semasa ditangkap SP5 telah menyatakan OKT dalam keadaan tenang ketika ditangkap dan tidak cuba melarikan diri. Pembelaan menghujahkan tindakan OKT ini kerana OKT tidak tahu ada barang salah di dalam beg tersebut.
30
Mahkamah ini tidak bersetuju dengan hujahan Pembelaan kerana di dalam kes milikan dadah, elemen yang perlu dibuktikan adalah OKT mempunyai kawalan, milikan dan pengetahuan terhadap barang kes. Jelas dari keterangan SP5, OKT sedang menyilang beg sandang itu di badannya ketika tangkapan.
31
C. Tiada dokumen OKT di dalam beg silang SP5 mengesahkan tiada kad pengenalan diri OKT di dalam beg tersebut. Pembelaan menghujahkan ketiadan dokumen pengenalan diri OKT dan dokumen lain yang dapat mengaiktkan OKT menunjukkan OKT tidak mempunyai milikan, kawalan atau pengetahuan terhadap dadah tersebut.
32
Mahkamah dalam hal ini merujuk kes ADIB NAFIS HASSANE NAFIS V. PP [2020] CLJU 1240, Perayu dalam kes ini ketika ditahan untuk pemeriksaan sedang menyandang beg seorang diri dan tiada orang lain bersamanya pada ketika itu, Mahkamah Rayuan dalam kes ini telah memutuskan bahawa Perayu dalam kes ini mempunyai kuasa untuk mengecualikan orang lain daripada kandungan beg terdapat seterusnya pemilikan dadah oleh Perayu dapat dibuktikan.
33
D. Ketiadaan ujian cap jari dan rakaman CCTV Pembelaan menghujahkan kegagalan Pendakwaan dalam membuat ujian pengesanan cap jari terhadap beg silang dan 2 paket plastik merupakan satu tinggalan yang kronik terhadap kes Pendakwaan.
34
Pembelaan turut menghujahkan bukti CCTV adalah bukti signifikan yang dapat mengesahkan OKT merupakan pemilik dadah atau hanya menjumpai beg tersebut di dalam tandas untuk diserahkan kepada Stesen minyak.
35
Mahkamah tidak bersetuju dengan hujahan Pembelaan. Mahkamah berpegang kepada panduan oleh Mahkamah Persekutuan di dalam kes MUHD ZULKIFLI ABD GHANI V. PP [2012] 1 CLJ 293 yang menyatakan: "The Court of Appeal also concluded that the absence of the fingerprint evidence regarding the exhibits found in the van did not affect the prosecution case as there was ample other evidence to show that only the appellant and Eliah were found in the van driven by the appellant at the relevant time and that the appellant was also the owner of the said van. We agree with the Court of Appeal, as there is no statutory provision requiring the prosecution to produce any fingerprint report especially when there is enough other evidence to connect the appellant with the drugs". E. Anggapan bertentangan “Adverse Inference” berkenaan kenderaan no pendaftaran WWB 3517 jenis proton Saga FLX.
36
Pembelaan menghujahkan SP5 menyembunyikan fakta bahawa terdapat rampasan kereta WWB 3517 (selepas ini dirujuk sebagai kereta itu) di Caltex. Rampasan kereta tersebut tidak dimasukan dalam repot polis yang dibuat SP5 iaitu eksibit P18 mahupun borang bongkar SP5 iaitu eksibit P19. Pembelaan telah membangkitkan isu anggapan bertentangan di bawah seksyen 114(g) Akta Keterangan.
37
37.Mahkamah berpendapat fakta berkenaan kenderaan tersebut tidak membawa kepada anggapan bertentangan di bawah seksyen 114(g) Akta Keterangan kerana barang kes dijumpai dalam beg silang yang dipakai OKT dan bukannya dalam kereta tersebut.
38
38.Malah, ketika pemeriksaan balas, Pegawai Penyiasat mengesahkan kenderaan yang digunakan OKT sebelum tiba di Caltex disiasat oleh Pegawai Penyiasat lain untuk prosiding penyitaan.
39
Mahkamah ini berpandangan meskipun tanpa fakta berkenaan rampasan kenderaan yang digunakan OKT tidak mengoyahkan kes pendakwaan atau memprejudiskan OKT.
40
DI AKHIR KES PENDAKWAAN Setelah saya mendengar dan meneliti semua keterangan, dan setelah saya membuat penilaian yang maksima terhadap keseluruhan keterangan termasuklah berkenaan kredibiliti saksi-saksi dan menggunapakai anggapan di bawah Seksyen 37(d) Akta Dadah Berbahaya 1952, saya mendapati bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie terhadap OKT sepertimana dipertuduhkan. Oleh itu, OKT diperintahkan untuk membela diri terhadap pertuduhan.
41
KES PEMBELAAN OKT telah memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah dari kandang saksi dan telah memanggil 2 lagi saksi pembelaan. Secara ringkasnya pembelaan OKT adalah seperti berikut:
42
Pada 5.10.2022, jam lebih kurang 1:30 petang, OKT ditangkap Polis selepas keluar dari tandas Caltex. OKT telah menggunakan tandas itu untuk buang air besar.
43
OKT menyatakan OKT ditangkap di dalam tandas dan bukan di tandaan X rajah kasar eksibit P17 iaitu di belakang tandas Caltex.
44
Pada hari kejadian, OKT telah bergerak menaiki kereta Proton Saga FLX warna hittam no pendaftaran WWV 3517 milik SD2 dari tempat kerja jam 11:55 pagi dan sampai ke rumah OKT di Taman Paya Rumput Indah pada jam 12:30 tengah hari.
45
OKT telah makan tengah hari dengan isterinya di rumah tersebut dan selepas selesai makan tengah hari, OKT keluar rumah jam 1:00 petang untuk pulang ke Pejabat. Namun pada jam 1:05 petang, OKT telah singgah di Caltex untuk membuang air besar.
46
OKT menyatakan jarak antara tempat kejadian dan rumahnya adalah 1 KM manakala jarak antara rumah OKT dan tempat kerja adalah 10 KM yang mengambil masa 30 minit.
47
Apabila OKT sampai di Caltex, OKT terus bergegas ke tandas Caltex dan hanya bawa kunci kereta sahaja.
48
OKT mennyatakan tandas tersebut kosong dan hanya ada OKT sahaja. OKT menceritakan terdapat 2 tandas. Apabila OKT masuk ke salah sebuah tandas duduk, OKT nampak beg silang tersebut di atas pam flush.
49
Selepas OKT selesai membuang air besar, OKT capai beg silang tersebut dan sangkut di bahu kanan.
50
OKT mengatakan OKT capai beg silang itu kerana ingin pulangkan kepada pihak Stesen minyak.
51
Kemudian, semasa OKT keluar dari tandas di bahagian tempat cuci tangan, ada satu lelaki datang ke arah OKT perkenalkan diri polis, telah pegang belakang baju OKT dan rapatkan OKT ke dinding.
52
OKT menceritakan lelaki itu telah memanggil seorang lagi lelaki yang berada di luar tandas. Lelaki kedua telah datang menggari OKT dan bawa OKT ke kereta OKT.
53
Kemudian, polis pertama telah memandu kereta OKT di bahagian pemandu dan polis kedua di bahagian penumpang hadapan manakala OKT duduk di bahagaian penumpang belakang.
54
OKT telah disoal beg kepunyaan siapa namun OKT menjawab tidak pasti dan OKT telah mengambol beg itu untuk bagi tujuan memulangkannya kepada pam minyak.
55
Seterusnya OKT telah di bawa ke balai. OKT menjelaskan dompet OKT di dalam kereta tersebut.
56
Pembelaan turut memanggil pemilik kereta tersebut iaitu SD2. SD2 merupakan adik OKT menyatakan kereta yang digunakan OKT ketika kejadian adalah miliknya. Kerera itu digunakan secara bersama-sama dengan ahli keluarga yang lain.
57
SD2 menyatakan hari kejadian, SD2 dimaklumkan bahawa kereta telah disita oleh Pegawai Polis dan telah menerima borang pelucuthan harta /Notis Penyitaan Harta iaitu eskibit D23.
58
SD2 mengesahkan tidak pernah nampak beg silang itu dalam kereta tersebut dan tidak pernah nampak OKT menggunakan beg silang tersebut.
59
DAPATAN MAHKAMAH Mahkamah mendapati keterangan OKT yang menyatakan telah singgah Caltex selepas makan tengah hari di rumahnya adalah suatu pemikiran semula kerana fakta ini tidak pernah dibangkitkan di peringkat pendakwaan. Malahan, mahkamah sukar mempercayai keterangan OKT yang sanggup berhenti buang air di Caltex sedangkan jarak dari rumah dengan Caltex hanyalah 1 KM sahaja.
60
Mahkamah mendapati keterangan OKT bahawa beg tersebut bukan miliknya adalah tidak boleh dipercayai. Dari kes pendakwaan lagi, beg silang tersebut dijumpai di silang pada badan OKT. Penafian OKT dan SD2 adalah penafian semata-mata “bare denial” tanpa dapat membuktikan beg tersebut milik siapa.
61
Tindakan OKT yang telah mengambil beg silang tersebut dan meletakkanya di bahu bagi tujuan memulangkan kepada pihak Caltex juga tidak boleh dipercayai kerana jika beg itu bukan miliknya, kenapa OKT telah silangkan pada badannya? Melainkan beg itu ada miliknya sendiri.
62
Setelah Mahkamah ini mendengar dan meneliti semua keterangan, Mahkamah mendapati bahawa pihak pembelaan telah gagal membuktikan keraguan yang munasabah di dalam pembelannya dan gagal untuk mematahkan anggapan di bawah seksyen 37(d) ADB di tahap imbangan kebarangkalian. Oleh itu, OKT disabitkan bersalah di bawah pertuduhan ini.
63
HUKUMAN Mahkamah ini telah menjatuhkan hukuman penjara 30 bulan dari tarikh sabitan dan 3 sebatan terhadap OKT.
64
Berikut adalah faktor-faktor yang dipertimbangkan sebelum Mahkamah menjatuhkan hukuman terhadap OKT: i. Faktor kepentigan awam mengatasi kepentingan OKT itu sendiri. Hukuman di bawah Seksyen 39A (1) ADB memperuntukkan penjara minima 2 tahun tidak lebih 5 tahun dan minima 3 sebatan tidak lebih 9 sebatan. Ini jelas menunjukkan dadah telah menjadi kemelut Negara ini setelah sekian lama dan wajar diatasi dengan mengenakan hukuman yang berat; ii. Ini merupakan perbicaraan penuh; iii. Ini merupakan kesalahan pertama OKT; iv. Mahkamah juga mengambil kira latar belakang OKT berumur 32 tahun yang bekerja sebagai pekerja am di Kilang Perabot ketika sabitan, OKT telah direman lebih kurang 5 bulan apabila dituduh di bawah seksten 39B ADB sementara menunggu laporan kimia, OKT sentiasa hadir ke Mahkamah dan memberikan kerjasama yang baik, telah berkahwin dan mempunyai seorang anak yang masih kecil berusia 1 tahun 1 bulan.
65
Mahkamah telah meneliti trend terkini hukuman bagi kes seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen 39A (1) Akta ini yang telah diberikan dalam kes-kes seperti yang berikut: Bil. Rujukan Kes Hukuman 1. PP v. Ahmad Amir Hakim Ahmad Zaman Akman [2023] SMCU 94 Penjara selama tempoh tiga tahun, dan tiga sebatan rotan 2. PP v. Pardeepan Tamilselven [2023] CLJU 106 Penjara tiga tahun keatas dari tarikh sabitan dan sebatan sebanyak lima sebatan.
3
PP v. Muhammad Nur Fikri Juahari [2022] CLJU 215 Penjara empat tahun dari tarikh sabitan dan empat sebatan 4. PP v. Mohd Ezul Affkar Ramli & Satu Lagi [2021] CLJU 117 Penjara 30 bulan dari tarikh sabitan dan tiga kali sebatan 5. PP v. Dinesh Kumar Ravindran [2021] CLJU 125 Penjara 30 bulan dari tarikh sabitan dan tiga kali sebatan. Berdasarkan alasan-alasan yang dinyatakan di atas, hukuman yang dikenakan terhadap OKT adalah memadai.
59
KESIMPULAN Oleh itu, pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes melampaui keraguan yang munasabah dan pihak pembelaan gagal untuk mematahkan anggapan di bawah seksyen 37(d) ADB di tahap imbangan kebarangkalian. Oleh itu, OKT disabitkan bersalah di bawah pertuduhan ini. (KHAIRUNNISAK BINTI HASSNI) Majistret Mahkamah Majistret 2 MELAKA Bertarikh: 21 Jun 2025 Timbalan Pendakwa Raya: WARDAH BINTI ISHHAR, JABATAN PEGUAM NEGARA Peguambela OKT: MOHD FARID BIN ABDUL AZIZ
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.