(e)(ii) Faedah pada kadar 5% setahun terhadap jumlah keseluruhan wang yang tertunggak dari tarikh Pemohon dibuang kerja (27/12/2023) dan/atau dari tarikh akhir Pemohon menerima gaji sehingga penyelesaian penuh; f) Sebarang relif lanjut dan/atau lain-lain relif sebagaimana yang difikirkan suai manfaat oleh Mahkamah Yang Mulia Ini; dan g) Bahawa kos-kos yang disebabkan oleh usul ini hendaklah menjadi kos dalam kausa penuh; Prinsip Undang-Undang Berkaitan Permohonan Semakan Kehakiman [3] Mahkamah ingin menekankan bahawa permohonan ini bukan rayuan terhadap keputusan tatatertib, tetapi satu cabaran terhadap keesahan proses, bidang kuasa serta kewajaran keputusan pentadbiran yang dibuat oleh suatu badan berkanun. Prinsip ini adalah sebagaimana yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan menerusi kes Abd Razak bin Atan v Dato' Hj Ahmad Ragib bin Hj Mohd Salleh (sued in his capacity as Assistant Chief Administrator to the Inspector General of Police (Disciplinary) & Ors [2010] 3 MLJ 753 yang menyatakan sebagaimana yang berikut :- [7] As the plaintiff is seeking judicial review, we find it useful to refer to Chief Constable of North Wales Police v Evans [1982] 3 All ER 141, where the House of Lords held, inter alia, as follows: Judicial review is not an appeal from a decision but a review of the manner in which the decision was made, and, therefore, the court is not entitled on an application for judicial review to consider whether the decision itself was fair and reasonable. Judicial review is concerned, not with the decision, but with the decision making process. Unless the restriction on the power of the court is observed, the court will ... under the guise of preventing the abuse of power, be itself guilty of usurping power. [8] The above passage was applied by this court through the judgment of Alauddin Mohd Sheriff FCJ (now PCA) in T Ganeswaran lwn Suruhanjaya Polis DiRaja Malaysia dan satu lagi [2005] 6 MLJ 97; [2005] 3 CLJ 302. (See also the Federal Court judgment delivered by Peh Swee Chin FCJ (as he then was) in Ng Hock Cheng v Pengarah Am Penjara & Ors [1998] 1 MLJ 153 at pp 411b-412d) [1998] 1 CLJ 405. [9] In determining whether to quash or declare a decision as wrong in law, null and void, it is only necessary for the court to consider whether, in dismissing a public officer, the DA had failed to observe the rules of natural justice; apply the Wednesbury principles of unreasonableness; or failed to understand correctly the law that regulates his decision making power, and give effect to it. The grounds for judicial review may be compendiously classified under three heads viz 'procedural impropriety', 'irrationality' and 'illegality'. See Ghazi bin Sawi v Mohd Haniff bin Omar, Ketua Polis Negara, Malaysia & Anor [1994] 2 MLJ 114 at p 127; [1994] 2 CLJ 333 at p 342 per Mohd Jemuri Serjan CJ (Borneo), applying the principles enunciated by Lord Diplock in Council of Civil Service Union v Minister of Civil Service [1985] 1 AC 374 at p 410 (HL). [4] Ini bermakna, prinsip yang terpakai dalam semakan kehakiman ialah Mahkamah tidak menjalankan fungsi sebagai badan rayuan untuk menilai semula merit keputusan pentadbiran tersebut. Sebaliknya, bidang kuasa Mahkamah adalah terhad kepada meneliti kesahan proses membuat keputusan, termasuk sama ada terdapat ketidakadilan prosedur, ketidakmunasabahan yang melampau, atau kesilapan undang-undang dalam pelaksanaan kuasa oleh pihak berkuasa. [5] Dalam konteks kes tatatertib penjawat awam, Mahkamah boleh campur tangan jika hukuman dikenakan melalui proses yang tidak adil, walaupun Mahkamah tidak menggantikan penilaian fakta badan tatatertib dengan penilaiannya sendiri. Fakta Kes Yang Material [6] Fakta penting yang tidak dipertikaikan adalah seperti berikut: a) Pemohon adalah seorang anggota Polis Diraja Malaysia, berpangkat Konstabel, bertugas di Balai Polis Muar; b) Satu siasatan tatatertib telah dimulakan terhadap Pemohon berhubung peristiwa pada 13 November 2021 semasa beliau bertugas sebagai Pengawal Lokap; c) Pemohon dikenakan tujuh (7) pertuduhan tatatertib di bawah Peraturan 4(2)(i) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993; d) Surat Tunjukkan Sebab dikeluarkan di bawah Peraturan 37 dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat; e) Pemohon telah mengemukakan representasi bertulis; dan f) Pada 27.12.2023, Responden Pertama memutuskan bahawa Pemohon bersalah ke atas semua pertuduhan dan menjatuhkan pelbagai hukuman, termasuk buang kerja bagi beberapa pertuduhan Isu-Isu Untuk Diputuskan [7] Berdasarkan semua afidavit, hujahan bertulis dan autoriti yang dirujuk, Mahkamah merumuskan isu utama berikut: a) Sama ada pertuduhan-pertuduhan tatatertib adalah cacat, berulang dan bersifat duplicity; b) Sama ada Pemohon telah diberi pendengaran yang adil selaras dengan Perkara 135(2) Perlembagaan Persekutuan; c) Sama ada Responden telah mengambil kira pertimbangan yang tidak relevan dan menolak pertimbangan relevan; d) Sama ada keputusan buang kerja adalah tidak munasabah (Wednesbury unreasonable) dan/atau tidak seimbang (disproportionate); dan e) Sama ada Mahkamah ini boleh dan patut campur tangan dalam bidang kuasa penyeliaannya.