Content
1 DALAM MAHKAMAH KANAK KANAK GUA MUSANG DI DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM KES JENAYAH NO: DI-84-9-05/2025 ANTARA PENDAKWA RAYA LAWAN MUHAMMAD SUFIAN RAMADHAN BIN MOHD DARUS (NO. KP: 051005031181) ALASAN PENGHAKIMAN
DI-84-9-05/2025
Magistrates Court of Malaysia24 Sept 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH KANAK KANAK GUA MUSANG DI DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM KES JENAYAH NO: DI-84-9-05/2025 ANTARA PENDAKWA RAYA LAWAN MUHAMMAD SUFIAN RAMADHAN BIN MOHD DARUS (NO. KP: 051005031181) ALASAN PENGHAKIMAN
1
Kanak-Kanak telah dituduh atas kesalahan yang boleh dihukum dibawah Sekyen 376(1) Kanun Keseksaan sebagaimana berikut:- PERTUDUHAN PINDAAN "Bahawa kamu pada 22/8/2023 antara jam lebih kurang 1.30 petang sehingga jam 4.00 petang bertempat di dalam sebuah bilik di rumah alamat tepi jalan Felda Chiku 4, Felda Chiku 5BK, Jalan ke Chiku 7, di dalam jajahan Gua Musang, di dalam negeri Kelantan, telah merogol seorang kanak-kanak bernama Nur Sofea Umairah Binti Mohd Mazlan, K/P : 080913-03-1016, yang pada waktu itu berumur 14 tahun 11 bulan, dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan. HUKUMAN Penjara selama tempoh yang boleh sampai dua puluh tahun dan hendaklah juga dihukum dengan sebata Akta Kanak kanak 2001 Seksyen 91. (1) Jika Mahkamah Bagi Kanak-Kanak berpuas hati bahawa suatu kesalahan telah dibuktikan Mahkamah itu hendaklah, sebagai tambahan kepada apa-apa kuasa lain yang boleh dijalankan menurut kuasa Akta ini, mempunyai kuasa untuk—
a
memberikan amaran kepada dan melepaskan kanak-kanak itu;
b
melepaskan kanak-kanak itu apabila dia menyempurnakan suatu bon untuk berkelakuan baik dan untuk mematuhi apa-apa syarat yang dikenakan oleh
c
memerintahkan supaya kanak-kanak itu diletakkan dalam pemeliharaan seseorang saudara atau orang lain yang layak dan sesuai—
i
selama apa-apa tempoh yang hendaklah ditetapkan oleh Mahkamah; dan
II
(ii) dengan apa-apa syarat yang dikenakan oleh Mahkamah;
d
memerintahkan supaya kanak-kanak itu membayar denda, pampasan atau kos; (da) membuat perintah khidmat masyarakat;
e
membuat suatu perintah percubaan di bawah seksyen 98;
f
memerintahkan supaya kanak-kanak itu dihantar ke suatu sekolah diluluskan atau Sekolah Henry Gurney;
g
(Dipotong oleh Akta A1511);
h
mengenakan ke atas kanak-kanak itu, jika dia berumur empat belas tahun ke atas dan kesalahan itu boleh dihukum dengan hukuman pemenjaraan dan tertakluk pada subseksyen 96(2), apa-apa tempoh pemenjaraan yang boleh dijatuhkan oleh Mahkamah Seksyen
2
Kanak-kanak yang diwakili peguam telah mengaku salah faham sebab akibat pengakuan apabila pertuduhan dibacakan terhadapnya
3
Mahkamah kanak kanak yang bersidang pada 24.9.2025 dengan kehadiran 2 Penasihat mahkamah dan juga Pegawai Akhlak daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.
4
Mahkamah setelah menerima pengakuan salah tanpa bersyarat oleh Kanak Kanak, mengambil kira hujahan pemberat dan rayuan mitigasi oleh pembelaan, menilai keterangan eksibit sedia ada dan juga laporan akhlak beserta syor daripada Pegawai Akhlak beserta pandangan dan nasihat daripada 2 penasihat mahkamah, Mahkamah dengan ini berpuashati dan telah memerintahkan kanak kanak selaras dengan seksyen 91 (1)(da) Akta kanak kanak 2001 untuk melaksanakan khidmat masyarakat selama 120 jam agregat dalam tempoh enam bulan.
5
Pihak pendakwaan yang tidak berpuashati dengan perintah yang diberikan oleh mahkamah kanak-kanak telah menfailkan rayuan pada 6 Oktober 2025 terhadap perintah yang tidak memadai.
6
Nur Sofea Umairah Binti Mohd Mazlan (No. K/P: 080913-03-1016) (selepas ini dirujuk sebagai "Mangsa”) adalah seorang kanak-kanak yang dilahirkan pada 13/9/2008. Mangsa berumur 14 tahun 11 bulan ketika kejadian.
7
Pada 22.8.2023 jam lebih kurang 1.30 tengahari, penama kanak kanak telah mengajak mangsa keluar ke bandar Gua Musang dengan menaiki sebuah motorsikal. Penama kanak telah mengajak mangsa pulang ke rumah mangsa untuk menukar kereta terlebih dahulu.
8
Setelah sampai di rumah beralamat di tepi jalan Felda Chiku 4, Felda Chiku 5BK, Jalan ke Chiku 7, Gua Musang, Kelantan, penama kanak kanak telah mengajak Mangsa untuk masuk ke dalam rumah tetapi mangsa menolak.
9
Penama Kanak-Kanak telah mengheret mangsa masuk ke dalam bilik dan terus menolak Mangsa ke atas katil. Mangsa cuba melawan namun tidak terdaya. Penama kanak kanak kemudiannya terus menanggalkan pakaian Mangsa sehingga Mangsa berbogel serta penama kanaka kanak turut membuka seluar yang dipakainya.
10
Seterusnya, penama kanak kanak telah memasukkan zakar beliau ke dalam kemaluan mangsa sebanyak beberapa kali. Selepas itu, penama kanak kanak telah mengeluarkan zakarnya daripada kemaluan Mangsa dan telah memancutkan air mani di atas perut Mangsa. Setelah mangsa telah pakai semula pakaiannya dan penama Kanak kank telah menghantar mangsa pulang ke rumah.
11
Setelah hampir 2 tahun iaitu pada 6.5.2025 mangsa telah membuat laporan polis sebagaimana repot Paloh2 990/25 (P3)
12
Pihak pembelaan memohon kepada mahkamah untuk diseimbangkan bagi mendapatkan keadilan bagi pihak penama kanak kanak.
13
Pihak pembelaan memohon sautu bon berkelakuan baik memandangkan anak guam sedang belajar di Kolej Alhabet di Klang dalam jurusan Perkhidmatan Rangkaian Komputer dan telah mendaftar masuk pada 9 Mei 2025 yang lalu.
14
Menjelaskan kenapa 2 tahun baru pihak mangsa membuat repot polis adalah kerana bapa mangsa menjumpai video dalam telefon bimbit mangsa sebagaimana video yang dirakam seperti dinyatakan dalam repot polis mangsa (P3) dan menjelaskan mangsa yang sebenarnya mengajak penama kanak kanak keluar pada hari kejadian.
15
Kejadian pada hari tersebut tersebut sebenarnya telah dirancang oleh mangsa dan penama kanak kanak tetapi akhir repot terpaksa dibuat walaupun mengambil masa 2 tahun kerana kantoi akibat penemuan video tersebut.
16
Kejadian adalah lebih terarah kepada suka sama suka dan dan anak guam terus mengaku salah kerana tidak mahu memanjangkan kes disamping anak guam kini sedang belajar di Klang.
17
Pembelaan bersetuju dengan syor yang dikemukan oleh Pegawai Akhlak dalam Laporan Akhlak bagi penama kanak kanak menjalani suatu perintah khidmat masyarakat dan membantah cadangan pendakwaan supaya hukuman asal dikenakan memandangkan kejadian berlaku semasa penama kanak kanak masih dibawah umur hukuman dibawah Akta kanak kanak 2001 adalah lebih sesuai
18
Pihak Pendakwaan memohon hukuman setimpal ke atas penama kanak kanak supaya memberikan ikhtibar dan pengajaran supaya tidak mengulangi lagi kesalahan.
19
Pendakwaan memohon mahkamah mengambil judicial notice bahawa kesalahan jenayah seksual ini kerap berlakuterutamanya di Negeri Kelantan dan secara tidak langsung menjejaskan imej negeri ini.
20
Pertuduhan adalah suatu jenayah yang serius kerana hukuman asal memperuntukkan penjara boleh sampai 20 tahun dan sebatan. Dan penama kanak kanak terselamat kerana kejadian berlaku dimana penama masih kanak kanak.
21
Walaubagaimanapun pihak pendakwaan memohon agar hukuman asal dikenakan kepada penama kanak kanak kerana kanak akan bukan lagi kanak kanak pada tarikh perintah akan diberikan..
22
Mahkamah dengan ini berpuashati dan telah memerintahkan kanak kanak selaras dengan seksyen 91 (1) (da) Akta kanak kanak 2001 untuk melaksanakan khidmat masyarakat selama 120 jam agregat dalam tempoh enam bulan berasaskan sebab sebab berikut:- i) Hukuman penjara adalah tidak sesuai mengambil kira kesemua keterangan dan fakta kes yang dikemukakan di dalam mahkamah. Ia bukanlah sesuatu kekerasan yang nyata tetapi lebih kepada ketidakmatangan pemikiran anatara kedua dua kanak kanak terlibat dan diharap perintah yang diberikan dapat memberikan pengajaran berguna kepada penama kanak kanak. ii) Perintah ini telah disyorkan oleh Pegawai Akhlak dalam laporan Akhlak yang mana mahkamah ini percaya beliau adalah seorang yang mempunyai bidang kepakaran dan kemahiran dalam mengesyorkan sesuatu yang terbaik selaras Akta Kanak Kanak 2001. walaupun mahkamah tidak semestinya mengikut pengesyoran tersebut. iii) Walaubagaimana pun mahkamah bersetuju pengesyoran ini mengambilkira ianya bukan suatu kekerasan seksual pada tahap tertinggi tetapi lebih kepada kegagalan remaja pada hari ini mengawal nafsu dan godaan pada masa kini. iv) Perintah yang dikenakan mempunyai kesan akibat perlanggaran jika ianya berlaku. Sebagaimana sekyen 97b Akta Kanak Kanak 2001 memberikan kuasa supaya penama dibawa semula ke mahkamah bagi menjawab kegagalan pelaksanaan perintah tersebut. v) Dan sebelum mahkamah memberikan perintah terebut kanak-kanak telah diterangkan kesan dan akibat daripada perlanggaran tersebut dan diakui faham oleh kanak kanak dan peguambela kanak kanak. vi) 120 agregat jam dalam tempoh 6 bulan adalah perintah maksima yang telah diperuntukan dalam Akta Kanak Kanak 2001 dan diharap penama kanak kanak mendapat pengajaran daripada penrintah itu
23
Berdasarkan alasan alasan yang dinyatakan diatas, mahkamah ini berpendapat adalah wajar mahkamah ini menggunapakai budibicaranya dengan OKT memerintahkan kanak kanak menjalani suatu perintah khidmat masyarakat
24
Walaubagaimanapun mahkamah ini menyerahkan kepada kebijasanaan YA Hakim Mahkamah Tinggi untuk membuat sebarang keputusan terhadap rayuan ini. Bertarikh: 30 November 2025 (NIK MOHD TARMIZIE BIN NIK MOHD SHUKRI) Hakim Mahkamah Kanak Kanak Gua Musang Pihak-pihak Pendakwaan : Muhammad Shahril bin Ramli Timbalan Pendakwa Raya Pembelaan : En Adha Amir Yasser ;
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.