Rekod kesalahan lampau – jenis kesalahan yang sama. (Rujuk kepada kes Mahkamah Persekutuan Mohd Abdullah Ang Swee Keng v. PP [1987] CLJ 209 (Rep); [1987] 2 CLJ 405) [21] Untuk melihat keseriusan kesalahan yang telah dilakukan oleh OKT, fakta kes yang dibentangkan oleh pihak pendakwaan haruslah diperhalusi (Usman Bin Jumasan v Public Prosecutor [2016] MLJU 1362). Bagi kes ini, fakta kes telahpun dikemukakan dan dibacakan kepada OKT. Beliau telah mengakui semua kandungan yang dinyatakan di dalam fakta kes tanpa sebarang bantahan atau pindaan. Fakta kes juga telahpun ditandakan sebagai eksibit P1. [22] Daripada fakta kes ini (yang mana telah diakui oleh OKT), mahkamah menyatakan bahawa kesalahan yang dilakukan oleh OKT adalah satu perbuatan yang sangat kejam dan serius. Perbuatan seperti ini hendaklah dijatuhkan hukuman berat supaya ia menjadi pengajaran bukan saja kepada OKT tetapi juga kepada masyarakat di luar sana agar tidak berani melakukan kesalahan yang sama. [23] Walaupun OKT mengaku salah di peringkat awal pertuduhan dibacakan namun ia tidak secara automatik melayakkan OKT menerima pengurangan (diskaun) tempoh hukuman. Mahkamah harus menimbangkan jenis kesalahan dan keterangan yang ada di dalam sesuatu kes. Di dalam kes: Public Prosecutor v Murugesan a/l Muniyandi [2012] 6 MLJ 805, YA Hakim Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa: “(3) On the facts and circumstances of this case, the accused's plea of guilty did not entitle him to a reduction in the sentence because the attack had been premeditated. The killing was vicious and cruel. Public interest is paramount and violent crime affecting the human body resulting in death committed with a degree of premeditation must be met with the severest punishment provided by the law; Public Prosecutor v Kanadasan a/l Sankaran & Anor [2010] 1 MLJ 297 referred (see para 16)” [24] Juga merujuk kepada kes Public Prosecutor v Mohd Romzan bin Ramli [2008] 2 MLJ 741, YA Hakim Mahkamah Tinggi pada masa itu memutuskan: “(5) Although the respondent had pleaded guilty, the discount for pleading guilty is only a general rule and is subject to exceptions. In the instant case, the sentence of six years' imprisonment and one stroke of the cane was not only manifestly inadequate but was also not in line with the established judicial principles. Accordingly, under s 316(b) of the CPC, the sentence ought to be set aside and substituted thereof with a sentence of 11 years' imprisonment and three strokes of the cane, the term of imprisonment to run from the date of arrest (see paras 22 & 24).” [25] Selain dari alasan alasan di atas, faktor kepentingan awam juga adalah antara faktor yang dipertimbangkan oleh mahkamah sebelum hukuman dijatuhkan. Mahkamah perlu memastikan bahawa hukuman yang dijatuhkan bukan semata-mata menjadi satu pengajaran kepada OKT supaya OKT insaf dan kesal atas kesalahannya tetapi dalam masa yang sama juga diharapkan hukuman itu dapat menjadi pengajaran dan amaran kepada orang ramai supaya tidak melakukan kesalahan yang sama. Di dalam kes PP v. Govindnan Chinden Nair [1998] 2 CLJ 370 Hakim Augustine Paul JC (as His Lordship then was) berkata: In passing sentences public interest must necessarily be one of the prime considerations. A major element of public interest is that justice means justice not only to the accused but also to society. Accordingly, in passing sentence a court has to consider not only the offence and the offender but also the interest of society. Where a person is found to be a persistent offender then it is in the interests of justice that a deterrent sentence should be passed. [26] Mahkamah sebagai sebuah badan yang ditubuhkan untuk mengadili dan membuat keputusan atas kesalahan jenayah yang diadukan, hendaklah bersikap adil, telus dan saksama dan menunjukkan keseriusan dan sokongan untuk membenteras kesalahan jenayah. Hukuman yang mahkamah jatuhkan hendaklah setimpal dengan kesalahan yang dilakukan dengan mengambil kira keseriusan kesalahan yang dilakukan dan tahap penglibatan tertuduh di dalam kesalahan itu (Pendakwa Raya lwn Siau Boon Po [2009] 3 MLJ 424). Prinsip ini juga diakui dalam kes: R v. lpeelee [2012] 1 SCR 433: "....proportionality...is not just a sanction. First, the principles ensures that a sentence reflects the gravity of the offence,...it promotes justice for the victims and ensures public confidence in the system of justice. Secondly, the principles of proportionality ensures that a sentence does not exceed what is appropriates, given the moral blameworthiness of the offender...." [27] Sebelum mahkamah menjatuhkan hukuman ke atas OKT, OKT juga telah diberi peluang mengemukakan rayuan dan Timbalan Pendakwaraya juga diberi peluang untuk mengemukakan hujahan pemberatan. Mahkamah berpendapat di dalam kes ini, kebajikan mangsa lebih perlu diutamakan dan dipertimbangkan berbanding OKT kerana mangsa adalah pihak yang teraniaya. Barang kes iaitu sebilah parang yang digunakan semasa kejadian juga telah dirampas dan bukti bukti yang ada di mahkamah jelas membuktikan kesalahan OKT. Parang sendiri jelas merupakan senjata yang merbahaya dan boleh menyebabkan kematian kepada seseorang. [28] Oleh itu berdasarkan kesemua alasan di atas, Mahkamah menyatakan bahawa hukuman yang dikenakan ke atas OKT adalah adil, wajar, dan munasabah setelah mahkamah mengambil kira keseluruhan keterangan dan fakta kes. Mahkamah berharap tempoh hukuman penjara yang dikenakan ini akan dapat memberikan keinsafan kepada OKT untuk menjadi masyarakat yang lebih berguna kepada negara apabila dibebaskan kelak. Selain itu hukuman pemenjaraan juga perlu dikenakan bagi kesalahan-kesalahan yang serius seperti ini bagi tujuan mengasingkan pesalah-pesalah ini dari masyarakat yang bimbangkan keselamatan mereka. Bertarikh: 10.1.2025 t.t (ROHAIDA BINTI ISHAK) Hakim Sesyen Mahkamah Kuala Kangsar Perak.