Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KOTA TINGGI 1 DI DALAM NEGERI JOHOR DARUL TA’ZIM 2 NO. KES JH-62JSK-5-03 TAHUN 2022 3 4 PENDAKWA RAYA 5 LAWAN 6 MUHAMMAD SYAFIQ AL-AMIN BIN BIDIN 7 (NO. K/P: 911025-01-5055) 8 9 ALASAN PENGHAKIMAN 10 11 A. LATAR BELAKANG 12 13 1. Di dalam kes ini, Tertuduh telah dituduh di hadapan Mahkamah 14 Sesyen Kota Tinggi dengan 2 pertuduhan seperti berikut: 15 16 Pertuduhan Pertama 17 “BAHAWA KAMU PADA BULAN NOVEMBER 2019, JAM LEBIH 18 KURANG 9.00 MALAM, DI NO. 1315 BLOK 15, FELDA BUKIT 19 WAHA, DAERAH KOTA TINGGI, NEGERI 20 JOHOR DARUL TA’ZIM, TELAH MEROGOL PUTRI ZANARIAH 21 AL-HUSNA BINTI ABDULLAH, NO. K/P: 0911016-61-1432, YANG 22 BERUMUR 10 TAHUN 16 HARI, DAN DENGAN ITU KAMU 23 TELAH MELAKUKAN SUATU KESALAHAN BOLEH 1 DIHUKUM DI BAWAH SEKSYEN 376(1) KANUN KESEKSAAN.” 2 3 Pertuduhan Kedua 4 “BAHAWA KAMU PADA BULAN NOVEMBER 2019, JAM LEBIH 5 KURANG 9.00 MALAM, DI NO. 1315 BLOK 15, FELDA BUKIT 6 WAHA, DAERAH KOTA TINGGI, NEGERI 7 JOHOR DARUL TA’ZIM, MEMPUNYAI HUBUNGAN 8 AMANAH DENGAN SEORANG KANAK-KANAK IAITU PUTRI 9 ZANARIAH AL-HUSNA BINTI ABDULLAH, NO. K/P: 0911016-61- 10 1432, BERUMUR 10 TAHUN 16 HARI, TELAH 11 MELAKUKAN AMANG FIZIKAL KE ATASNYA 12 DENGAN MENYENTUHI KEMALUANNYA, DAN DENGAN ITU 13 KAMU TELAH MELAKUKAN SUATU KESALAHAN YANG BOLEH 14 DIHUKUM DI BAWAH SEKSYEN 14(a) AKTA 15 KESALAHANKESALAHAN TERHADAP KANAK- 16 KANAK 2017 DAN DIBACA BERSAMA SEKSYEN 16(1) AKTA 17 YANG SAMA.” 18 19 2. Tertuduh tidak mengaku bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan 20 tersebut dan pohon untuk dibicarakan. 21 22 3. Untuk membuktikan kes terhadap Tertuduh, pihak Pendakwaan 23 telah memanggil seramai 4 orang saksi di peringkat Pendakwaan. 24 Kesemua saksi-saksi secara keseluruhannya telah memberikan 25 gambaran apa yang berlaku dalam kes ini. Penilaian terhadap 26 keseluruhan kes Pendakwaan membolehkan Mahkamah membuat 1 pertimbangan tentang keterangan saksi-saksi yang pada akhirnya sama 2 ada ia dapat menimbulkan satu kes ‘prima facie’ terhadap Tertuduh. 3 4 4. Saksi-saksi yang dipanggil oleh Pendakwaan adalah seperti 5 berikut: 6 7 i. Sarjan Sabri bin Ismail – Jurufoto (SP1) 8 9 ii. Putri Zanariah Al Husna binti Abdullah – Mangsa (SP2) 10 11 iii. Dr.Tai Jia Ling – Pegawai Perubatan (SP3) 12 13 iv. Inspektor Nazatul Wajihah binti Che Yusof – Pegawai 14 Penyiasat (SP4) 15 16 5. Pada 30 Disember 2024, setelah mendengar keterangan- 17 keterangan pada peringkat kes Pendakwaan, Mahkamah mendapati 18 pihak Pendakwaan telah berjaya membuktikan kes ‘prima facie’ 19 terhadap Tertuduh bagi kedua-dua pertuduhan tersebut dan Tertuduh 20 telah dipanggil untuk membela diri. 21 22 6. Tertuduh telah memilih untuk memberi keterangan bersumpah dari 23 kandang saksi dan memanggil 1 lagi saksi untuk kes Pembelaan. 24 Secara keseluruhan, pihak Pembelaan telah memanggil 2 orang saksi 1 semasa peringkat Pembelaan. 2 3 7. Saksi-saksi yang dipanggil oleh pihak Pembelaan adalah seperti 4 berikut: 5 6 i. Muhammad Syafiq Al-Amin bin Bidin – Tertuduh (SD1) 7 8 ii. Herma Sharmiza binti Halim – Isteri Tertuduh (SD2) 9 10 8. Setelah meneliti keterangan Pembelaan di peringkat Pembelaan, 11 Mahkamah ini mendapati bahawa keterangan Tertuduh adalah 12 merupakan satu bentuk penafian semata-mata (bare denial) serta 13 merupakan satu pemikiran terkemudian (afterthought). 14 15 9. Walaupun terdapat “evidence in rebuttal” yang dikemukakan oleh 16 pihak Pembelaan untuk menyangkal kesemua keterangan yang 17 dikemukakan oleh Pendakwaan melalui keterangan saksi pihak 18 Pembelaan tetapi “evidence in rebuttal” tersebut adalah tidak dapat 19 menimbulkan keraguan yang munasabah pada kes pihak Pendakwaan. 20 Memandangkan pihak Pembelaan tidak berjaya untuk menimbulkan 21 keraguan yang munasabah terhadap kes Pendakwaan, Tertuduh 22 didapati bersalah dan disabitkan seperti mana pertuduhan pada 31 23 Oktober 2025. 24 25 5 10. Setelah mendengar hujahan peringanan hukuman oleh Tertuduh 1 dan pemberatan hukuman oleh pihak Pendakwaan, Mahkamah 2 menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun dari tarikh sabitan dan 15 3 sebatan bagi pertuduhan pertama. Bagi pertuduhan kedua pula 4 Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun dari tarikh sabitan 5 dan 15 sebatan serta Tertuduh juga diperintahkan untuk menjalani 6 kaunseling sepanjang tempoh penahanan dan pengawasan polis 7 selama dua (2) tahun selepas tamat tempoh hukuman penjara. 8 9 11. Tertuduh, selaku Perayu, tidak berpuas hati di atas keputusan 10 tersebut dan telah memfailkan rayuan terhadap sabitan dan hukuman. 11 12 B. RINGKASAN FAKTA KES 13 14 12. Pada bulan November tahun 2019 jam lebih kurang 9.00 malam 15 semasa mangsa iaitu SP2 berada di alamat No. 1315 Blok 15, Felda 16 Bukit Waha, Kota Tinggi, Johor, SP2 telah pergi ke tandas di bahagian 17 luar rumah untuk membuang air kecil tetapi tidak mengunci pintu kerana 18 pintu tidak dapat dikunci. Kemudian Tertuduh telah masuk ke dalam 19 tandas dan membuka seluar SP2 tanpa kerelaan SP2 dan Tertuduh 20 membuka seluarnya dan merogol SP2 dengan cara memasukkan 21 kemaluannya ke dalam kemaluan SP2. 22 23 13. Dalam masa yang sama, Tertuduh juga telah menyentuh 24 kemaluan dengan tangan. Selepas merogol SP2, Tertuduh 25 mengugut SP2 supaya tidak menceritakan perkara tersebut kepada 1 sesiapa. 2 3 14. Laporan polis telah dibuat oleh sebagaimana kota 4 tinggi/8353/21. Pada 24 November 2021, jam lebih kurang 6.15 petang, 5 sepasukan anggota polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah IPD 6 Kota Tinggi telah menahan Tertuduh di tepi jalan hadapan kedai 7 serbaneka No.36, Jalan Pengkalan 5, Kampung Pasir Putih Pasir 8 Gudang, Johor sebagaimana repot tangkapan Pasir Putih/2511/21. 9 10 15. Seterusnya, SP2 telah dihantar ke Hospital Sultan Ismail Johor 11 Bahru, Johor untuk dijalankan pemeriksaan perubatan. Hasil 12 pemeriksaan perubatan telah mengesahkan bahawa terdapat koyakan 13 lama pada kemaluan SP2 pada jam 1, 5, 7 dan 11. 14 15 16. Hasil siasatan mendapati SP2 berumur 10 tahun 16 hari ketika 16 dirogol oleh Tertuduh dan juga disentuh kemaluannya di dalam tandas 17 tanpa kerelaan SP2. 18 19 C. BEBAN PEMBUKTIAN DI AKHIR KES PENDAKWAAN 20 21 17. Adalah menjadi satu prinsip undang-undang bahawa Mahkamah 22 perlu meneliti keseluruhan keterangan yang dikemukakan di akhir kes 23 Pendakwaan untuk menentukan sama ada satu kes “prima facie” telah 24 dibuktikan oleh pihak Pendakwaan. 25 7 1 18. Seksyen 173