Apabila seseorang terikat untuk membuktikan adanya 154 sesuatu fakta, maka adalah dikatakan bahawa beban bukti 155 terletak pada orang itu.” 156 157 [15] Mahkamah juga merujuk kepada seksyen 102 Akta Keterangan 1950 yang 158 memperuntukan bahawa: 159 160 “Beban bukti di dalam sesuatu guaman atau prosiding terletak pada 161 orang yang mungkin gagal sekiranya tidak ada langsung keterangan 162 diberi oleh mana-mana pihak.” 163 164 Page 8 of 28 [16] Begitu juga dengan seksyen 103 Akta Keterangan 1950 di mana dinyatakan 165 bahawa: 166 167 “Beban bukti mengenai sesuatu fakta tertentu terletak pada orang 168 yang berkehendakkan mahkamah mempercayai tentang adanya fakta 169 itu, melainkan jika ada diperuntukkan oleh mana-mana undang- 170 undang bahawa bukti mengenai fakta itu terletak pada mana-mana 171 orang tertentu.” 172 173 [17] Selanjutnya, prinsip undang-undang ini juga dinyatakan di dalam kes di 174 Mahkamah Persekutuan, Wong Thin Yit v. Mohamed Ali [1971] 1 LNS 175 151 sebagaimana yang berikut: 176 177 “In a negligence action the onus of proof rests wholly on the plaintiff, 178 whether or not the defendant gives evidence. The plaintiff cannot 179 succeed without proof of the defendant's negligence. Evidence is the 180 foundation of proof, with which it must not be confounded. Proof is 181 that which leads to a conclusion as to the truth or falsity of alleged 182 facts which are the subject of inquiry. Evidence, if accepted and 183 believed, may result in proof, but it is not necessarily proof of itself. 184 185 [18] Pihak yang menuntut di dalam kes ini adalah Plaintif, maka beban 186 pembuktian adalah diletakkan diatas bahu mereka. Lanjutan daripada itu, 187 Plaintif juga perlu mencapai standard pembuktian iaitu di atas imbangan 188 kebarangkalian untuk membuktikan tuntutan-tuntutan mereka. 189 Page 9 of 28 190 [19] Asas bagi standard pembuktian ini telah banyak dijelaskan dan diputuskan 191 oleh kes-kes tersohor antaranya kes yang telah diputuskan oleh Mahkamah 192 Persekutuan, Inas Faiqah bt Mohd Helmi (an infant suing through her father 193 and next friend, Mohd Helmi bin Abdul Aziz) v. Kerajaan Malaysia & Ors 194 [2016] 2 CLJ 885 sebagaimana berikut: 195 196 “[13] The standard of proof in civil cases is the legal standard to 197 which a party is required to prove its case, namely on a balance of 198 probabilities. In civil litigation, the question of the probability or 199 improbability of an action occurring is an important consideration to 200 be taken into account in deciding whether that particular event had 201 actually taken place or not. In the case of Miller v. Minister of 202 Pensions [1947] 2 All ER 372, Lord Denning said the following about 203 the standard of proof in civil cases: 204 The... [standard of proof]... is well settled. It must carry a reasonable 205 degree of probability... if the evidence is such that the tribunal can say: 206 'We think it more probable than not' the burden is discharged, but, if 207 the probabilities are equal, it is not.” 208 209 ISU LIABILITI 210 211 [20] Dalam kes ini, seramai 3 orang saksi telah memberikan keterangan 212 bersumpah di Mahkamah terbuka. Pihak Plaintif telah mengemukakan 2 213 orang saksi yang terdiri daripada pegawai penyiasat dan Plaintif sendiri. 214 Page 10 of 28 Mankala Pihak Defendan juga telah mengemukakan 1 orang saksi sahaja 215 iaitu Defendan sendiri. 216 217 [21] Mahkamah dalam menentukan versi kemalangan mana yang lebih 218 berkemungkinan perlu mengambilkira keterangan SP1, SP2 dan SD1 serta 219 mempertimbangkan kesan kemalangan serta bukti senyap yang ada dalam 220 kes ini. 221 222 [22] Adalah menjadi undang-undang mantap bahawa ‘standard of proof’ dalam 223 kes sivil adalah ‘on the balance of probabilities’. Dalam kes Superintendent 224 of Lands and Surveys Kuching Division & Anor v Mohamad Rambli b Kawi 225 [2014] 1 LNS 851 ianya telah diputuskan seperti berikut: 226 227 “The standard of proof in civil cases is upon a balance of probabilities. 228 This balance of probabilities is not the proof beyond reasonable doubt 229 required in criminal cases. This balance of probabilities may be 230 visualized as a scale with the plaintiff placing his evidence on one side 231 and the defendant likewise on the other. The court evaluates the 232 evidence as to the weight it carries. Of course incredible evidence 233 carries no weight. Denials without evidence to justify the denial 234 likewise can carry no weight, and hence the term “bare denial”. At 235 the end of the case, the Court determines who, between the plaintiff 236 and the defendant, has placed such evidence that the scale tilts in his 237 favour.” 238 239 Page 11 of 28 [23] Mahkamah Rayuan di dalam kes Loo Khoo Chin and Loo An Mooi & Anor v 240 Tan Cheng Hang & Ors [1997] 1 CLJ 109 telah memutuskan bahawa: 241 242 “Once the plaintiff succeeds in establishing a prima facie case of 243 negligence against the defendant, it is incumbent upon the defendant 244 to give a reasonable explanation as to the cause of the accident as to 245 negate any negligence on his part.” 246 247 [24] Terdapat dua versi kemalangan yang dikemukana oleh Plaintif dan 248 Defendan. Oleh itu, Mahkamah perlu melihat keterangan saksi-saksi dan 249 keterangan senyap yang ada secara teliti dan menyeluruh bagi membantu 250 Mahkamah membuat dapatan mengenai versi pihak mana yang lebih 251 berkemungkinan (inherently probable). 252 253 [25] Apabila terdapatnya dua versi berbeza dalam sesuatu kes tuntutan sivil, 254 Mahkamah perlu menilai keterangan secara keseluruhan dan menentukan 255 versi yang lebih berkemungkinan, dan kecuaian pihakpihak yang 256 menyebabkan kemalangan ini. 257 258 [26] Mahkamah ini merujuk dengan kes yang diputuskan di Mahkamah Rayuan, 259 iaitu kes Chua Chong Cher v Teo Lang Keong & Ors [1970] 1 LNS 18, di 260 mana Hakim Mahkamah Rayuan ketika itu telah menyatakan seperti 261 berikut: 262 263 Page 12 of 28 “As often happens, a Court on the evidence before it, has to decide 264 which of two conflicting versions is the version to accept. In such a 265 case, a Court in considering which is the more probable one, ought to 266 try and derive what assistance it can get from undisputed facts, if any, 267 which are relevant for the purpose. A Court also ought to consider, 268 from undisputed facts, whether a version put forward as evidence is 269 one which is inherently improbable or not.” 270 271 [27] Dalam kes Lee Ewe Teik v Ariffin Hussain [1990] 1 MLRH 664; ; [1990] 2 CLJ 272 332, ianya telah diputuskan seperti berikut: 273 274 “In situation where both parties have given two diametrically- 275 opposite versions as to how the collision occurred, the 276 photographs, plan and measurements of the scene, and the nature of 277 the damage to each vehicle must provide the most reliable guide 278 by which their versions can be tested.” 279 280 [28] Manakala di dalam kes Ng Aik Kian & Anor v Sia Loh Sia [1997] 2 CLJ Supp 281 218 ianya telah diputuskan seperti berikut: 282 283 “[2] It is trite law that where the drivers and the witnesses on each 284 side tell conflicting and divergent stories, the photographs, plans, 285 measurements of the scene of the accident and the nature of the 286 damage to each vehicle will be the guideline force-the reliable guide 287 to rely upon.” 288 Page 13 of 28 289 [29] Dalam kes di hadapan saya, telah terdapat dua versi yang berbeza melalui 290 keterangan saksi-saksi Plaintif dan juga keterangan kes Defendan. 291 292 [30] Plaintif menghujahkan Defendan adalah cuai 100% dalam kemalangan ini 293 kerana Defendan memotong lintas di hadapan Plaintif untuk memasuki 294 simpang di kiri. 295 296 [31] Manakala Defendan, secara alternatifnya menghujahkan bahawa Defendan 297 hanya menanggung liabiliti 20% sahaja dengan mengambilkira bahawa 298 semasa kemalangan berlaku, sebahagian motorkar Defendan berada di 299 lorong Plaintif. 300 301 [32] SP1, Pegawai Penyiasat dalam keterangan menyatakan semasa sampai di 302 tempat kejadian kedua-dua kenderaan telah diubah. Berdasarkan siasatan, 303 motorkar Defendan telah membelok kiri dan motorsikal Plaintif telah 304 melanggar belakang kiri motorkar Defendan. 305 306 [33] Menurut SP1, dengan merujuk kepada rajah kasar dan gambar-gambar, 307 kesan-kesan tumpahan minyak, darah dan pecahan komponen kenderaan 308 adalah berada dalam lorong masuk ke Mes Pegawai. Tiada serpihan dan 309 sebarang kesan di lorong motorsikal. 310 311 Page 14 of 28 [34] Berdasarkan siasatan, SP1 menyatakan titik pertembungan kenderaan dan 312 titik motorsikal Plaintif melanggar motokar Defendan adalah di laluan pintu 313 masuk Mes Pegawai. 314 315 [35] Dari segi kerosakan motokar Defendan, merujuk kepada gambar-gambar, 316 kerosakan adalah di bahagian belakang sebelah kiri, bumper, bonet, fender, 317 lampu kiri dan cermin besar belakang pecah. Kerosakan motorkar Defendan 318 adalah lebih kepada di Bahagian belakang kiri dan bukannya di pintu depan 319 kiri atau Bahagian tengah motorkar Defendan. 320 321 [36] Berdasarkan kerosakan kepada motorkar Defendan dan serpihan-serpihan di 322 lokasi kejadian, motorkar Defendan hamper selesai masuk ke dalam simpang 323 Mes Pegawai. 324 325 [37] SP1 juga semasa pemeriksaan balas mengesahkan bahawa titik perlanggaran 326 antara motorsikal Plaintif dan motorkar defendan adalah di pintu masuk Mes 327 Pegawai. Keterangan ini disokong oleh kesan-kesan tumpahan minyak, darah 328 dan pecahan komponen yang berada di simpang masuk ke Mes Pegawai. 329 330 [38] Plaintif semasa memberikan keterangan di Mahkamah telah bersetuju 331 sekiranya Plaintif menumpukan perhatian semasa menunggang motorsikal, 332 Plaintif akan perasan akan kewujudan motokar Defendan yang sedang 333 membelok dan hamper masuk ke simpang Mes Pegawai. 334 335 Page 15 of 28 [39] Plaintif juga bersetuju bahawa Plaintif telah melanggar bahagian sisi kiri 336 belakang motorkar Defendan dan juga bersetuju motorkar Defendan telah 337 hamper masuk ke simpang Mes Pegawai semasa kemalangan berlaku. 338 339 [40] Oleh itu, setelah mempertimbangkan keterangan saksi-saksi dan setelah 340 mengambilkira bukti senyap yang ada, Mahkamah berpendapat versi 341 Defendan mengenai kemalangan ini adalah lebih berkemungkinan. Justeru, 342 Mahkamah memutuskan bahawa Mahkamah menerimapakai versi 343 Defendan dalam kemalangan ini. 344 345 [41] Walaupun Mahkamah telah memutuskan bahawa versi Defendan adalah 346 lebih berkemungkinan (inherently probable), Mahkamah ini masih 347 mempunyai tugas untuk memastikan sama ada Palintif telah berjaya 348 membuktikan terdapat kecuaian secara prima facie di pihak Defendan di 349 dalam kemalangan ini atau tidak. 350 351 [42] Mahkamah merujuk kepada kes Zainuddin Buang lwn. Ismail Basar & Satu 352 Lagi [2015] 1 LNS 938 di mana diputuskan oleh Mahkamah Tinggi seperti 353 berikut: 354 355 “[a] Kegagalan Defendan mengemukakan sebarang saksi dan 356 menutup kes Defendan dengan alasan Defendan tidak dapat dikesan 357 telah mengakibatkan keterangan Plaintif kekal tanpa dicabar. 358 (Remain unrebutted). Dalam kes Chu Kim Sing & Anor v. Abdul Razak 359 bin Amin [1999] 4 CLJ 448; [1999] 6 MLJ 443, Mahkamah telah 360 Page 16 of 28 memutuskan “it isnow trite law that what is not challenged or 361 disputed is deemed admitted”. Dalam Jaafar Shaari & Siti Jama 362 Hashim v. Tan Lip Eng & Anor [1997] 4 CLJ 509, yang menerima 363 pakai kes France v. Parkinson [1954] 1 All ER 739 CA yang 364 memutuskan “In any event I am satisfied that there was a prima facie 365 case of negligence against the Defendant. The Defendant was 366 available to give evidence and he did not do so. If there is, as I think 367 there, prima facie evidence of negligence on the part of the 368 Defendant and he chooses to make no attempt to show that he was 369 not negligent, I think an adverse inference must be drawn against 370 him”. Oleh itu kes Jaafar menyatakan “In other words, the prima 371 facie negligence remains unrebutted… This adverse would have the 372 effect of thereby making Defendants wholly to blame…” 373 374 [43] Mahkamah juga merujuk kepada kes Che Pah Itam v Chang Bek Lee [1998] 375 4 CLJ 517 di mana di dalam menolak rayuan pihak Plaintif, Mahkamah telah 376 menyatakan seperti berikut: 377 378 “In absence of the defendant’s evidence is the court compelled to 379 accept in toto the plaintiff’s version? 380 381 It is trite law the onus of proving negligence lies on the plaintiff. In 382 Wong Thin Yit v. Mohamed Ali [1971] 1 LNS 151 Ong CJ (as he then 383 was) held: 384 385 Page 17 of 28 In a negligence action the onus of proof rests wholly on the plaintiff, 386 whether or not the defendant gives evidence. 387 388 The plaintiff cannot succeed without proof of defendant’s negligence. 389 390 Hasim Yeop A. Sani J (as he then was) addressing the same issue in 391 Ng Chui Sia v. Maimon Ali [1982] 1 LNS 95 [1983] 1 MLJ 110 had this 392 to say at p. 111: 393 394 When an accidental harm is done it is not for the doer to excuse 395 himself by proving that the accident was inevitable and that there 396 was no negligence on his part. 397 398 It is for the person who suffers the harm to prove affirmatively that 399 the accidental harm was due to the negligence of the other person. 400 401 In the present case, the learned Sessions Judge on the evidence 402 presented before her had come to the conclusion that there was no 403 credible evidence of negligence on the part of the defendant as 404 alleged by the plaintiff. She further held that the grave and 405 emergency situation was actually created by PW3 when he failed to 406 keep a proper look out upon coming on the trunk road from Jalan 407 Tokai.” 408 409 Page 18 of 28 [44] Dalam kes semasa, pihak Plaintif cuba membangkitkan isu kecuaian di pihak 410 Defendan tidak berhati-hati semasa membelok masuk ke simpang sehingga 411 menyebabkan berlakunya kemalangan yang menyebabkan Plaintif 412 mengalami kecederaan. 413 414 [45] Seterusnya, Mahkamah akan menilai mengenai isu kecuaian. Mahkamah ini 415 merujuk kepada kes Siti Atirah Mohd Sapuan v Razanatul Ain Hassan & 416 Anor [2015] 6 CLJ 295 di mana Mahkamah Rayuan telah memutuskan seperti 417 berikut: 418 419 “The present case, being a claim for the tort of negligence, the 420 appropriate approach should have been for the learned Sessions Court 421 Judge, first and foremost, to make a finding of mixed fact and law 422 whether or not the first defendant had breached her legal duty od care 423 towards the plaintiff. Only once negligence had been established 424 against the first defendant should the learned Sessions Court Judge 425 then proceed to determine contributory negligence on the part of the 426 plaintiff, if any.” 427 428 [46] Defendan semasa memberikan keterangan menyatakan bahawa Defendan 429 telahpun memberikan signal kiri sebelum membelok masuk ke simpang. 430 Defendan juga menyatakan, Defendan telah lihat dalam 4 hingga 5 431 motorsikal yang melintas hadapannya, tidak termasuk motorsikal Plaintif. 432 433 Page 19 of 28 [47] Setelah kesemua 4 hingga 5 motorsikal berlalu, Defendan merasakan 434 selamat dan membelok kerana Defendan dalam keterangannya menyatakan 435 motorsikal Plaintif berada lebih kurang 2 ke 3 tiang lampu. 436 437 [48] Oleh yang demikian, berdasarkan keterangan saksi-saksi dan keterangan 438 senyap yang dikemukakan di Mahkamah dan setelah menimbangkan kes ini 439 secara keseluruhannya, Mahkamah mendapati kedua-dua pihak telah cuai 440 secara bersama pada hari kemalangan berlaku. 441 442 [49] Justeru, Mahkamah ini telah memutuskan Defendan adalah berliabiliti 50% 443 dan Plaintif telah sumbang cuai 50%. Kemalangan ini mungkin dapat 444 dielakkan sekiranya kedua-dua pihak lebih berhati-hati di dalam 445 penunggangan dan pemanduan masing-masing. 446 447 ISU KUANTUM 448 449 [50] Mahkamah ini merujuk kepada kesemua laporan perubatan yang 450 dikemukakan iaitu P3, P4, P5 dan P6 berkaitan kecederaan yang dialami oleh 451 Plaintif dalam memutuskan isu berkaitan kuantum. 452 453 [51] Dalam mempertimbangkan award untuk gantirugi am, Mahkamah telah 454 merujuk kepada Compendium of Personal Injury Awards, nas undang- 455 undang yang diputuskan sebelum ini dan juga kepada trend dan keadaan 456 ekonomi semasa untuk menentukan suatu award yang munasabah dan 457 setimpal dengan kecederaan dan ketidakupayaan yang dialami. 458 Page 20 of 28 459 [52] Mahkamah menggunapakai garis panduan di dalam kes Inas Faiqah Mohd 460 Helmi (A Child Suing Throuh His Father and Next Friend; Mohd Helmi Abdul 461 Aziz) v. Kerajaan Malaysia & Ors [2016] 2 CLJ FCJ, di mana Mahkamah 462 Persekutuan, Abdul Hamid Embong FCJ, menyatakan bahawa (dengan izin): 463 464 “It is trite that damages serves as compensation, not a reward, less still 465 a punishment (see Ong Ah Long v. Dr S Underwood [1983] 2 CLJ 198). 466 In assessing damages, the court should not be motivated by sympathy 467 and award fair compensation based on cogent evidence. The court 468 should not descend into a domain of speculation. The evaluation of 469 those evidence, which form the basis of any risk of future damage, 470 must therefore still be undertaken. And the trial judge can only 471 evaluate such evidence based on the recognizes balance of 472 probabilities standard.” 473 474 [53] Dalam mentaksirkan kerugian yang dialami oleh Plaintif, Mahkamah harus 475 mempertimbangkan segala laporan yang dikemukakan dan memberi 476 pertimbangan khusus kepada laporan pakar yang terkini. Di dalam kes Lim 477 Weng Seong v Yangeswaran K Nagathevan [2013] 1 LNS 1166, Mahkamah 478 Tinggi telah menyatakan seperti berikut:- 479 480 “Apabila terdapatnya beberapa laporan perubatan yang 481 dikemukakan sebagai keterangan di Mahkamah, Mahkamah 482 sewajarnya menimbang kesemua laporan perubatan tersebut dan 483 Page 21 of 28 sewajarnya memilih laporan perubatan terkini kerana tahap 484 kecederaan dan masa pemulihan mengambil masa mengikut 485 peringkat yang hanya boleh dilihat melalui pemeriksaan terakhir” 486 487 [54] Di dalam mempertimbangkan jumlah amaun ganti rugi, lingkungan jumlah 488 award yang ditetapkan dalam compendium sudah tentu menjadi satu 489 rujukan yang perlu diambil kira oleh Mahkamah. 490 491 [55] Di dalam kes Abdul Waffiy bin Wahubbi & Anor v. A K Nazaruddin bin 492 Ahmad [2017] 5 LNS 52; [2017] MLJU 761 YAS Nantha Balan, (sekarang HMR) 493 menyatakan: 494 495 “It is axiomatic and imperative that when awarding damages for pain 496 and suffering for personal injuries, the court must endeavour to 497 ensure that the sum awarded falls within the range as stipulated in 498 the Compendium and it would be wrong for trial courts to ignore the 499 range of damages as recommended in the Compendium and to pluck 500 a quantum from the air and make an award for a particular injury 501 which does not resonate with the range in the Compendium. I would 502 also venture to say that it is the duty of counsel on both sides to guide 503 the court to make an award which falls within the range as provided 504 in the Compendium. Of course, even then there has to be medical 505 evidence to support an award which leans towards either the higher 506 or lower end of the range. Having said that, I do accept that the 507 Compendium is not a statutory code but only a guideline which 508 Page 22 of 28 does not fetter the court’s discretion and that the court is, subject to 509 exceptional factual circumstances, at liberty to depart from the 510 Compendium. But, It would take compelling and extenuating facts 511 (medical evidence) to persuade a court to depart from the 512 Compendium. Otherwise, the Compendium will be rendered useless in 513 so far achieving consistency in awards for damages for personal 514 injuries.” (See also: Kim Lin Chan v. Lee Hua Sing [2019] 1 LNS 1576)” 515 516 [56] Selain berpandukan compendium, Mahkamah juga harus mengambil kira 517 faktor lain seperti kadar inflasi dan kesusutan nilai wang dalam menentukan 518 jumlah gantirugi. 519 520 [57] Di dalam kes Raji Transport Sdn Bhd v. Idayu Zukafli [2004] 5 CLJ 479, YA 521 Low Hop Bing H, (kemudian HMR) menyatakan: 522 523 “The considerations of inflation and enhanced cost of living over a 524 period of more than two decades since the decision in Lau Ee Ee, supra, 525 should be given proper weight in the assessment of quantum of 526 damages in personal injury litigation. Indeed, it is instructive to note 527 that our courts have also moved ahead with the times in these areas. 528 Chan Shick Chin, a very senior member of the Bar, in his concise and 529 well - researched book on “Personal Injury, Law, Practice and 530 Precedents”published by ML J in 2001 at p. 47 wrote: vii Fall in value 531 of money The fall in the value of money must be taken into account in 532 the use of comparables so that an award which is eventually given 533 Page 23 of 28 would be reflective of the current value of money: 162: Abdul Ghani 534 Hamid v. Abdul Nasir Abdul Jabbar & Anor [1995] 4 CLJ 317. The 535 judgment of Abdul Malik Ishak J in Abdul Ghani, supra, is in line with 536 the trend in Singapore where Choor Singh J in delivering the judgment 537 of the Court of Appeal also considered changes in the value of money, 538 the decrease in the purchasing power of the dollar there or the increase 539 in the cost of living over the years, as relevant factors in the assessment 540 of damages. A simitar approach was adopted by YusoffJ in Wong Tin 541 Vui v. Patrick Midok & Anor [1974] 1 LNS 191; [1975] 2 MLJ 260. I am 542 of the view that these time-honoured principles have become 543 entrenched and settled principles which should continue to apply as 544 they are in keeping with economic reality. “(See also: Ahmad Thaqif 545 Amzar Ahmad Huzairi v. Kuala Terengganu Specialist Hospital Sdn 546 Bhd & Ors [2021] 3 CLJ 389 Muhamad Qamarui Munsyiaqbal @ Yusri 547 v. Md Nor Md Iain & Anor [2020] 1 LNS 476and Soo Hoo Seng Koon 548 v. Lee Seng & Anor [2020] 1 LNS 135).” 549 550 [58] Berdasarkan P3, P4, P5 dan P6 Plaintif telah mengalami kecederaan- 551 kecederaan seperti berikut: 552 553 i. Soft tissue injury-through and through laceration over the lower lip 554 and upper labial mucosa - dibenarkan sebanyak RM 5,000 555 556 Page 24 of 28 [59] Mahkamah dalam kes ini telah membenarkan gantirugi sebanyak RM 5,000 557 bagi kecederaan ini dengan merujuk kepada compendium, yang mana award 558 RM 5,000 adalah award paling tinggi bagi kecederaan ini. 559 560 [60] Di samping itu, Mahkamah ini juga mengambilkira berdasarkan P3, 561 dinyatakan kecederaan sedang sembuh dengan baik selepas rawatan 562 “toileting and suturing”. 563 564 [61] Rujukan juga dibuat kepada kes yang dirujuk oleh peguam Defendan iaitu 565 Raka v Kamarudin bin Alias [2020] 2 PIR [19], Mahkamah telah 566 mengawardkan RM 2,000 untuk “laceration wound below lip 4cm through 567 and through” dan RM 3,000 untuk “laceration wound lower labial mucosa 568 5cm through and through”. 569 570 ii. Avulsion of 11 and 21, subluxation of tooth 12 and 22 - dibenarkan 571 sebanyak RM 20,000 572 573 574 [62] Mahkamah dalam kes ini telah membenarkan gantirugi sebanyak RM 20,000 575 bagi kecederaan ini dengan sepertimana yang di pohon oleh peguam Plaintif 576 dengan merujuk kepada kes yang dirujuk oleh peguam Plaintif iaitu Noor 577 Asfizatul Ain bin Jamaluddin v Vincent Lai [2014] 1 PILRU, Mahkamah telah 578 mengawardkan RM 2,000 untuk “laceration wound below lip 4cm through 579 and through” dan RM 3,000 untuk “laceration wound lower labial mucosa 580 5cm through and through”. 581 Page 25 of 28 iii. Left subcondylar fracture - dibenarkan sebanyak RM 20,000 582 583 [63] Mahkamah dalam kes ini telah membenarkan gantirugi sebanyak RM 20,000 584 bagi kecederaan ini dengan sepertimana yang di pohon oleh peguam Plaintif. 585 586 [64] Mahkamah merujuk kepada kes Aryal Tek Raj (sebagai wakil kepada simati, 587 Bimal Thapa) v George Lai Weng Keei [2018] 2 PIR yang mana 588 mengawardkan RM 25,000 untuk “right subcondylar mandible fracture and 589 left parasymphysis mandible fracture”. Mahkamah hanya membenarkan RM 590 20,000 dalam kes semasa kerana Plaintif hanya mengalami satu jenis 591 fracture sahaja iaitu left subcondylar fracture. 592 593 iv. Abrasion wounds – dibenarkan sebanyak RM 2,000 594 595 [65] Mahkamah dalam kes ini telah membenarkan gantirugi sebanyak RM 2,000 596 bagi kecederaan ini dengan merujuk kepada compendium yang mana 597 menyatakan bagi abrasions adalah antara RM 1,300 – RM 5,000 dan juga 598 kecederaan yang dialami Plaintif hanyalah chin, left upper lip measuring 599 0.5cm x0.5cm sahaja. 600 601 v. Multiple scars – dibenarkan sebanyak RM 5,000 602 603 [66] Mahkamah dalam kes ini telah membenarkan gantirugi sebanyak RM 5,000 604 bagi kecederaan ini dengan merujuk kepada kes yang dirujuk oleh peguam 605 Page 26 of 28 Defendan iaitu Abdul Hadi bin Abd Rozak v Mohamad Asyraf bin Mat Radzi 606 [2018] 2 PIR yang mana Mahkamah telah mengawardkan RM 5,000 bagi 607 “scars (4cm scar over the right upper eyelid, 8cm scar over the right forehead 608 and ugly and aesthetically unacceptable facial scars”. 609 610 vi. Mild traumatic brain injury - Tidak dibenarkan 611 612 [67] Mahkamah ini tidak membenarkan award bagi kecederaan ini dan bersetuju 613 dengan hujahan peguam Defendan bahawa hanya laporan perubatan 614 Jabatan Kecemasan Hospital Sultanah Bahiyah sahaja yang mengdiagnos 615 Plaintif dengan mild traumatic brain injury. Perkara ini tidak berbangkit 616 dalam Laporan Perubatan dari Jabatan Oral dan Maksilofasial serta kedua- 617 dua laporan pakar Plaintif dan Defendan. 618 619 vii. Depressed with suicide tendency - Tidak dibenarkan 620 621 [68] Mahkamah ini tidak membenarkan award bagi kecederaan ini dan bersetuju 622 dengan hujahan peguam Defendan bahawa Plaintif tidak dirujuk untuk 623 penilaian pakar psikatrik dan penilaian ini perlu diberikan oleh pakar psikatri 624 dan bukannya pakar Oral dan Maksilofasial. 625 626 [69] Bagi Gantirugi Khas ( atas dasar 100% liabiliti), Mahkamah ini telah 627 memutuskan seperti berikut: 628 629 Page 27 of 28 Item a-f : Tidak dibenarkan 630 Item g,h, i dan j : Telah dipersetujui dan direkodkan sebagai kos. 631 Item k : Tidak dibenarkan. 632 Item m : Telah dipersetujui sebanyak RM 120. 633 Item n : Dibenarkan sebanyak RM 713. 634 635 Kos rawatan/pembedahan masa hadapan/fisioterapi : Tidak dibenarkan 636 637 [70] Mahkamah ini tidak membenarkan award bagi Kos rawatan/pembedahan 638 masa hadapan/fisioterapi kerana ianya tidak diplidkan di dalam pernyataan 639 tuntutan. 640 641 [71] Tuntutan Plaintif dibenarkan dengan kos sebagaimana skala kos di dalam 642 Kaedah-kaedah Mahkamah Rendah 2012. Kadar Faedah secara lazim 643 dibenarkan. Faedah pada kadar 5% setahun atas ganti rugi am dari tarikh 644 saman diserahkan dan 2.5% setahun ke atas ganti rugi khas dari tarikh 645 kemalangan sehingga tarikh penghakiman dan 5% setahun ke atas jumlah 646 penghakiman daripada tarikh penghakiman sehingga penyelesaian penuh. 647 648 E. KESIMPULAN 649 650 [72] Maka, setelah meneliti semua faktor di atas dan setelah Mahkamah 651 mempertimbangkan fakta-fakta, keterangan saksi-saksi, keterangan senyap 652 yang dikemukakan di Mahkamah, ekshibit-ekshibit serta hujahan-hujahan 653 yang difailkan oleh pihak-pihak dan setelah menimbangkan kes ini secara 654 Page 28 of 28 keseluruhannya, Mahkamah memutuskan bahawa kedua-dua pihak telah 655 cuai secara bersama pada hari kemalangan berlaku. 656 657 [73] Justeru, Mahkamah ini telah memutuskan Defendan adalah berliabiliti 50% 658 dan Plaintif telah sumbang cuai 50%. Kemalangan ini mungkin dapat 659 dielakkan sekiranya kedua-dua pihak lebih berhati-hati di dalam 660 penunggangan dan pemanduan masing-masing. 661 662 [74] Mahkamah ini berpandangan bahawa keputusan mengenai liabiliti yang 663 diputuskan adalah tepat, wajat dan munasabah. 664 665 Disediakan oleh: 666 667 (SITI NOR HASLIZA BINTI MD ALI) 668 Majistret 669 Mahkamah Majistret Alor Setar 670 Kedah 671 672 Pihak-pihak: 673 674 Bagi pihak Plaintif : Tetuan Ooi Naemah Law Office 675 Bagi pihak Defendan : Tetuan Kanaga, Suresh & Co 676 677