Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI PONTIAN DALAM NEGERI JOHOR NO. KES: JI-86POL-4413-10/2023 ANTARA
JI-86POL-4413-10/2023
Magistrates Court of Malaysia17 Oct 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“Siew Yoke Keong v. PP [2013] 4 CLJ 149: [41] The complaint here is the failure of the prosecution to call Chantana. In submitting on the failure to invoke the adverse inference under s 114(g) of the Evidence Act on account of the prosecution's failure to call Chantana, learned counsel actually repeated in substance his”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI PONTIAN DALAM NEGERI JOHOR NO. KES: JI-86POL-4413-10/2023 ANTARA
1
OKS dalam kes ini telah dituduh di bawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dengan pertuduhan sebagai mana berikut: BAHAWA KAMU PADA 20/10/2022 JAM LEBIH KURANG 1626 HRS DI KM 11 JALAN PARIT MAKASAR/ PARIT PANJANG, AYER BALOI DI DALAM DAERAH PONTIAN, DI DALAM NEGERI JOHOR, SEBAGAI PEMANDU M/LORI NO VBE 6120 DI DAPATI TELAH MEMANDU KENDERAAN TERSEBUT DI ATAS JALAN RAYA TANPA KECERMATAN DAN PERHATIAN YANG SEPATUTNYA TERHADAP ORANG LAIN YANG MENGGUNAKAN JALAN ITU SEHINGGA MENYEBABKAN KEMALANGAN KEPADA MANGSA 1 (L) (M) BERNAMA: FARRIS DANIAL BIN AZHAN, KPT: 010401-01-0031. OLEH ITU KAMU TELAH MELAKUKAN KESALAHAN DI BAWAH SEKSYEN 43 AKTA PENGANGKUTAN JALAN 1987 (AKTA 333). HUKUMAN HENDAKLAH DIHUKUM DENDA TIDAK KURANG DARIPADA LIMA RIBU RINGGIT DAN TIDAK LEBIH DARIPADA SEPULUH RIBU RINGGIT DAN BOLEH JUGA DIPENJARAKAN SELAMA TEMPOH TIDAK MELEBIHI DUA BELAS BULAN. S/N kT/iftJbakSad0KjP3u8Hg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 2 [2] Dalam membuktikan kes, pihak pendakwaan telah mengemukakan keterangan melalui 4 orang saksi, seperti berikut: SP1 - Mohamad Hadizul Aquan bin Adek Rosdi: Puspakom SP2 - Farris Danial bin Azhan: Mangsa SP3 - Kpl Bonny bin Bernabas: Jurugambar SP4 - Sjn Yusri bin Led: Pegawai Penyiasat
3
Keterangan-keterangan dokumen yang dikemukakan adalah seperti berikut: P1 - Laporan Pemeriksaan Kemalangan Puspakom P2 (1-28) - Gambar Tempat Kejadian P3 - Rajah Kasar Tempat Kejadian P4 - Laporan Polis Trafik Pontian/4634/22 P5 - Laporan Perubatan Mangsa P6 - Salinan Laporan Polis Pengadu (dibandingkan dengan asal) ID7 - Laporan Polis Trafik Pontian/3833/22 ID8 - Laporan Polis Trafik Pontian/3832/22 ID9 - Laporan Polis Trafik Pontian/3931/22 ID10 - Laporan Polis Trafik Pontian/3863/22 IDD11 - Laporan GPS
4
Melalui keterangan saksi-saksi, pihak pendakwaan telah mengemukakan penceritaan kes sebagaimana yang berikut: S/N kT/iftJbakSad0KjP3u8Hg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 3 a. Pada 20.10.2022 jam lebih kurang 4.45 petang, SP4 telah menerima maklumat satu kemalangan jalan raya di Jalan Parit Makasar-Parit Panjang (“Tempat Kejadian”) dari anggota pejabat pertanyaan. b. Kemalangan melibatkan sebuah motorlori bernombor pendaftaran VBE 6120 dipandu OKS (“Motorlori”) dengan sebuah Motorsikal jenis LC bernombor pendaftaran JMR 7254 ditunggang mangsa (“Motorsikal Mangsa”) berserta sebuah Motorkar jenis Alza bernombor pendaftaran JSH 9253 (“Motorkar Alza”) dan sebuah Motorsikal bernombor pendaftaran JVG 1550 (“Motorsikal JVG”). c. Berdasarkan keterangan SP2, pada 20.10.2022 lebih kurang 4-5 petang, SP2 dalam perjalanan dari Kolej di Batu Pahat hendak balik ke rumah di Pasir Gudang. Semasa berada di Parit Makasar menghala ke Parit Panjang, tiba-tiba dari arah bertentangan SP2 ternampak Motorlori masuk ke laluan SP2. SP2 telah mengelak tetapi masih bergesel dengan bahagian belakang Motorlori. Selepas perlanggaran, SP2 tidak sedarkan diri. d. SP 4 bersama SP3 telah bergerak ke tempat kejadian pada hari yang sama sekitar jam 4.50 petang. SP4 memberikan keterangan bahawa tempat kejadian tersebut adalah jalan lurus dengan garisan putus-putus 2 lorong. SP4 telah melakar Rajah Kasar tempat kejadian (P3) dan arah perjalanan mangsa adalah dari atas ke bawah (Parit Makasar ke Parit Panjang) dan arah perjalanan OKS adalah dari bawah ke atas (Parit Panjang ke Parit Makasar). S/N kT/iftJbakSad0KjP3u8Hg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 4 e. SP4 telah merakam percakapan OKS dan pemandu Alza pada hari yang sama kemalangan berlaku dan rakaman percakapan penunggang motorsikal JVG lebih kurang seminggu selepas kemalangan serta rakaman percakapan mangsa lebih kurang 2 bulan selepas kemalangan. f. SP3 juga dengan arahan SP4 telah merakamkan gambar-gambar di tempat kejadian seperti di Ekshibit P2 (1-28). g. SP2 telah menerima rawatan di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru dan mengalami kecederaan sepertimana yang dinyatakan di Ekshibit P5. h. Kesemua empat kenderaan yang terlibat telah dibawa ke Puspakom Johor Bahru dan laporan Puspakom telah disediakan sebagaimana Ekshibit P1 (A-D).
5
Pihak pendakwaan dalam hujahan di akhir kes pendakwaan telah berhujah bahawa elemen-elemen pertuduhan di bawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987 telah dibuktikan terhadap OKS. Pihak pendakwaan telah bergantung kepada hujahan seperti berikut: a. OKS telah memandu Motorlori tersebut. – ini adalah tidak dipertikaikan pihak-pihak. b. OKS telah memandu tanpa kecermatan dan perhatian yang sepatutnya. SP4 telah memberikan keterangan bahawa berdasarkan rakaman percakapan SP2, SP2 menyatakan bahawa S/N kT/iftJbakSad0KjP3u8Hg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 5 Motorlori OKS telah masuk ke laluan sah SP2. SP2 telah cuba mengelak ke kiri, namun perlanggaran tetap berlaku. SP4 juga telah memberikan keterangan bahawa terdapat kesan calar di laluan sah SP2. c. OKS telah menyebabkan kemalangan ke atas SP2. Laporan Perubatan SP2 telah dikemukakan di Mahkamah melalui Pegawai Penyiasat dengan mengguna pakai Seksyen 399 Kanun Tatacara Jenayah.
6
Pihak pembelaan menghujahkan seperti berikut: a. Bahawa pada masa material, OKS telah memandu dengan cermat iaitu sekitar 20-30 km/j dan tiada sebarang halangan di atas jalan raya. b. SP4 menyatakan bahawa berdasarkan rakaman percakapan pemandu motorkar Alza, motorkar Alza berada di belakang Motorlori tersebut sepanjang berada di kawasan tempat kemalangan. Oleh itu, Motorlori tidak memasuki laluan sah SP2, tetapi SP2 yang memasuki lorong laluan Motorlori tersebut. c. Pembelaan bergantung kepada keterangan senyap iaitu penandaan dalam rajah kasar dan juga gambar-gambar tempat kejadian. Kesan geseran yang dikatakan titik perlanggaran berada lebih kepada arah laluan A-B iaitu laluan Motorlori dan Motorkar Alza. S/N kT/iftJbakSad0KjP3u8Hg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 6 d. Pembelaan juga bergantung kepada keterangan SP4 yang bersetuju bahawa cebisan tulang mangsa berada di laluan bertentangan iaitu di laluan Motorlori OKS. e. Pembelaan berhujah bahawa selepas Motorsikal mangsa berlanggar dengan Motorlori, Motorsikal tersebut telah menggelongsor dan berlanggar dengan Motorkar Alza yang berada di belakang Motorlori. Impak pada Motorkar Alza adalah di bahagian hadapan kanan. f. Pembelaan membantah kepada penerimaan masuk Laporan Perubatan sebagai ekshibit melalui pegawai penyiasat di bawah Seksyen 399 Kanun Tatacara Jenayah. g. Pembelaan juga berhujah bahawa siasatan SP4 adalah tidak lengkap dan tidak menyeluruh. SP4 dikatakan gagal untuk mempertimbangkan kelajuan Motorlori dan Motorkar Alza dalam membuat Kesimpulan mengenai hasil siasatan. SP4 juga dikatakan gagal untuk membuat siasatan mengenai status cukai jalan dan insurans OKS. h. Pembelaan turut berhujah bahawa pihak pendakwaan telah gagal untuk memanggil saksi-saksi material iaitu pemandu Motorkar Alza dan penunggang Motorsikal JVG ketika perbicaraan. i. Pihak pembelaan juga mempertikaikan kredibiliti dan percanggahan keterangan saksi-saksi pendakwaan. S/N kT/iftJbakSad0KjP3u8Hg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 7
7
Dalam merumuskan dapatan di akhir kes pendakwaan, Mahkamah ini telah berpandukan kepada kes-kes berikut: a. PP v Mohd Radzi Abu Bakar [2005] 6 MLJ 393. “(i) The close of prosecution’s case, subject the evidence led by the prosecution in its totality to a maximum evaluation. Carefully scrutinized the credibility of each of the prosecution’s witnesses. Take into account all reasonable inferences that may be drawn from the evidence. If the evidence admits of two or more inferences, then draw the inference that is most favourable to the accused;
II
(ii) ask yourself the question: If I now call upon the accused to make his defence and he elects to remain silent am I prepared to convict him of the evidence now before me? If the answer to the question is “Yes”, then a prima facie case has been made out and the defence should be called. If the answer is “No” then, a prima facie case has not been made out and the accused should be acquitted;” b. Arulpragasan a/l Sandaraju v. PP [1996] 4 CLJ 597. “the prosecution had to prove every ingredient of a charge and at the end of the case for the prosecution, the court should then evaluate all the admissible evidence as adduced relevant to the charge and decide whether to call an accused to enter his defence. Under s 180 of the Code, the prosecution was obliged to make out against an accused a case which if unrebutted would warrant his conviction before the accused could be called upon to enter on his S/N kT/iftJbakSad0KjP3u8Hg defence. Since in order to convict the accused, if the case for the prosecution was not rebutted, the court must be satisfied of the guilt the accused beyond all reasonable doubt, the court before calling the accused to enter upon his defence must be satisfied that the prosecution had made out a case against the accused beyond all reasonable doubt. Therefore the standard of proof required from the prosecution at the close of its case, in a non-jury trial in Malaysia was, having regard to the statutory formula in s 180 of the Code, the usual criminal standard of proof, to wit, the beyond all reasonable doubt standard of proof, which called for a maximum evaluation of the evidence tendered by the prosecution.” c. Magendran Mohan v. PP [2011] 1 CLJ 805. “The test at the end of prosecution’s case is “prima facie case” based on a maximum evaluation of evidence. The evidence has to be scrutinised properly and not perfunctorily, cursorily or superficially. If the evaluation of the evidence results in doubts in prosecution’s case, then a prima facie case has not been made out. The defence ought not to be called merely to clear or clarify such doubts.” [8] Berdasarkan kes-kes yang dirujuk, Mahkamah ini hendaklah membuat penilaian maksimum terhadap kesemua keterangan yang dikemukakan oleh saksi-saksi pihak pendakwaan dalam menentukan sama ada satu kes Prima Facie telah dibuktikan. SEKSYEN 43(1) AKTA PENGANGKUTAN JALAN 1987 [9] Seksyen 43(1) APJ: Memandu dengan tidak cermat dan tidak bertimbang rasa S/N kT/iftJbakSad0KjP3u8Hg
43
(1) Seseorang yang memandu suatu kenderaan motor di jalan tanpa kecermatan dan perhatian yang sepatutnya atau tanpa pertimbangan yang munasabah terhadap orang lain yang menggunakan jalan itu melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan hendaklah dihukum denda tidak kurang daripada **lima ribu ringgit dan tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit dan boleh juga dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua belas bulan dan, dalam hal sabitan kali kedua atau kali kemudian, denda tidak kurang daripada sepuluh ribu ringgit dan tidak lebih daripada lima belas ribu ringgit dan boleh juga dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua belas bulan. [10] Elemen-elemen yang perlu dipenuhi bagi pertuduhan di bawah Sekysen 43(1) APJ adalah seperti berikut: a. OKT/ OKS memandu kenderaan tersebut; b. Pemanduan tanpa kecermatan dan perhatian yang sepatutnya; dan c. Terhadap orang lain yang menggunakan jalan itu (menyebabkan kemalangan). Elemen 1- OKS adalah pemandu Motorlori VBE 6120 tersebut. [11] Elemen pertama bagi pertuduhan ini telah dipenuhi oleh pihak pendakwaan. Identiti OKS juga tidak dipertikaikan oleh pihak pembelaan. OKS juga telah membuat satu laporan polis seperti yang ditandakan sebagai ID7. S/N kT/iftJbakSad0KjP3u8Hg Elemen 2- Pemanduan OKS tanpa kecermatan dan perhatian yang sepatutnya. [12] Keterangan dari pihak pendakwaan adalah OKS telah memandu tanpa kecermatan dan perhatian yang sepatutnya kerana Motorlori OKS telah masuk ke laluan sah SP2. Ini adalah berdasarkan kenyataan SP2, SP4 yang menjalankan siasatan dan keterangan-keterangan senyap melalui rajah kasar dan gambar kesan kemalangan di tempat kejadian. [13] Sesungguhnya terdapat 2 versi bagaimana kemalangan ini berlaku. Versi OKS berdasarkan ID7 adalah bahawa SP2 telah masuk ke laluan sahnya dan berlanggar dengan bahagian sisi Motorlorinya manakala versi SP2 adalah bahawa OKS telah menceroboh masuk ke dalam laluan sahnya, SP2 tidak sempat mengelak lalu berlanggar dengan bahagian sisi kanan badan Motorlori sehingga menyebabkan kecederaan pada tubuh badan SP2. [14] Mahkamah ini telah meneliti keterangan-keterangan yang dikemukakan seperti berikut: Adakah OKS menceroboh laluan sah SP2. [15] Adalah tidak dipertikaikan ketika kejadian berlaku, OKS dan SP2 berada di laluan bertentangan, di jalan yang lurus, 2 lorong serta dengan garisan putus-putus. [16] Rajah Kasar P3 telah dilukis SP4, kesan calar ditandakan sebagai I. Kesan darah ditandakan sebagai J. Semasa keterangan SP2, SP2 telah S/N kT/iftJbakSad0KjP3u8Hg menandakan Y di rajah kasar P3 iaitu kedudukan ketika SP2 kali terakhir sebelum perlanggaran. TPR : Tandaan I apa? SP4 : Kesan calar jatuhan motorsikal di atas jalanraya … TPR : Tandaan J? SP4 : Kesan darah daripada penunggang motorsikal TPR : Kesan darah penunggang motorsikal mana satu? SP4 : JMR 7524 [M/S 47 Nota Keterangan] … TPR : Kamu masih ingat kedudukan terakhir kamu sebelum kemalangan berlaku? SP2 : Saya duduk dekat lane saya TPR : Dengan izin puan pohon saksi tandakan Y SP2 : Saksi tandakan Y TPR : Tandaan Y ni kedudukan terakhir sebelum kemalangan? SP2 : Ya [M/S 21 Nota Keterangan] … PEG : Tandaan I? SP4 : Kesan geseran? PEG : Tandaan J? Darah mangsa, betul? SP4 : Betul PEG : Boleh SJN jelaskan apa punca ada kesan I? SP4 : Berlaku apabila motorsikal Farris dari Parit Makasar bergesel dengan motorlori, hilang kawalan dan motorsikal terus menggelongsor dan terus jatuh ke atas jalan. Start dia jatuh dari titik tu. PEG : Titik perlanggaran disitu? SP4 : Ya S/N kT/iftJbakSad0KjP3u8Hg PEG : Tandaan I ,ia berada di garis tengah garisan B. Kalau kita tengok rajah kasar, ini lebih kepada arah laluan A-B laluan motorlori dan juga kereta, betul? SP4 : Betul [M/S 84 Nota Keterangan] S/N kT/iftJbakSad0KjP3u8Hg [17] Berdasarkan gambar-gambar di tempat kejadian, SP4 telah memberikan keterangan bahawa kesan calar adalah di gambar P2 (6-7) dan gambar cebisan tulang SP2 di P2 (8-9). TPR : Gambar ke-6? SP4 : Kesan calar di atas jalan TPR : Gambar ke-7? SP4 : Kesan calar di atas jalan raya TPR : Gambar ke-8? SP4 : Terdapat serpihan tulang kaki TPR : Gambar ke-9? SP4 : Gambar serpihan tulang diambil secara dekat [M/S 51 Nota Keterangan] PEG : Rujuk P2 dan P3. SJN arahkan Koperal Bonny ambil gambar, I di mana? SP4 : Gambar nombor 6 PEG : Gambar nombor 7 pun ada kesan calar, adakah kesan yang sama? SP4 : Ini secara dekat, kesan yang sama PEG : Kalau tengok gambar nombor 7 lebih jelas? SP4 : Betul PEG : Gambar nombor 7 kedua dua arah ada kesan calar? SP4 : Betul … PEG : Gambar 8, ada serpihan. Ini apa? SP4 : Cebisan tulang Farris PEG: Setuju saya cadangkan, cebisan tulang berada di laluan bertentangan motor Farris? SP4 : Betul [M/S 85 Nota Keterangan] S/N kT/iftJbakSad0KjP3u8Hg [18] Pertuduhan pihak Pendakwaan terhadap OKS dibawah Seksyen 43 di mana elemen kedua-pemanduan tanpa kecermatan dan perhatian yang sepatutnya adalah semata-mata berdasarkan pengataan bahawa OKS telah memasuki lorong laluan sah SP2 iaitu laluan B-C dalam rajah kasar. [19] Mahkamah telah meneliti keterangan-keterangan saksi serta keterangan melalui dokumen dan mendapati terdapat beberapa persoalan mengenai pengataan bahawa OKS telah bertindak tanpa kecermatan dan perhatian yang sewajarnya lalu memasuki laluan SP2. Persoalan-persoalan/ kelompongan yang ditinggalkan pihak pendakwaan adalah seperti berikut: i. Kesan calar yang dikatakan tempat berlakunya perlanggaran berada di kedua-dua arah seperti yang telah dipersetujui ketika disoal balas kepada SP4. Kesan calar tersebut berada di bahagian tengah-tengah jalan raya. PEG : Gambar nombor 7 pun ada kesan calar, adakah kesan yang sama? SP4 : Ini secara dekat, kesan yang sama PEG : Kalau tengok gambar nombor 7 lebih jelas? SP4 : Betul PEG : Gambar nombor 7 kedua dua arah ada kesan calar? SP4 : Betul [Rujuk para 17 diatas] ii. Cebisan tulang SP2 berada di laluan bertentangan iaitu di laluan Motorlori A-B. S/N kT/iftJbakSad0KjP3u8Hg iii. SP2 juga telah memberikan keterangan bahawa kedudukan terakhirnya sebelum berlaku perlanggaran adalah di Y (di tengah-tengah laluan B-C). SP2 juga telah memberikan keterangan bahawa beliau telah mengelak ke kiri bagi mengelak kemalangan tersebut. Sekiranya SP2 mengelak ke kiri dari Y, titik perlanggaran tidak akan terjadi di tempat calar tersebut. PEG : Tapi tak mengelak sebaliknya melanggar lori, setuju? SP2 : Tak setuju, saya elak PEG : Encik mengelak ke mana? SP2 : Kiri … TPR : Tadi Encik kata ada cuba elak ke kiri masa peguam tanya, Encik mengelak macam mana? SP2 : Saya elak sikit ke kiri sebab benda tu berlaku dengan pantas [M/S 31 Nota Keterangan] [20] Gambar kenderaan Alza yang berada di belakang Motorlori telah dikemukakan di Mahkamah melalui pegawai penyiasat di Ekshibit P2(12). Kerosakan kenderaan Alza adalah di bahagian hadapan kiri. Ini adalah konsisten dengan keterangan bahawa Motorkar Alza dipandu dibelakang Motorlori dan Mahkamah ini ditinggalkan dengan persoalan sama ada adakah kemalangan tersebut berlaku akibat daripada tindakan OKS yang memasuki lorong sah SP2. [21] Keterangan SP4 juga menyatakan bahawa kenderaan Alza mengekori rapat Motorlori tersebut dari belakang, tiada dalam siasatan SP4 bahawa motorkar Alza tersebut juga telah memasuki lorong Motorsikal SP2. Oleh itu, adalah selamat untuk Mahkamah ini membuat dapatan bahawa kedua-dua kenderaan Motorlori dan Motorkar Alza berada di dalam lorong sah mereka A-B. S/N kT/iftJbakSad0KjP3u8Hg TPR : Sekiranya dilihat, kerosakan pada gambar 25 dan 26 apa yang menyebabkan kerosakan itu? SP4 : Perlanggaran motorsikal dengan motorlori, menyebabkan motorsikal meluru ke arah motorkar alza [M/S 54 Nota Keterangan] TPR : Berdasarkan siasatan SJN bagaimana versi cerita kes ini yang diceritakan oleh pemandu alza? SP4 : Dalam laporan polis, pemandu alza mengatakan semasa memandu, dia ternampak kemalangan berlaku dihadapan dia. Tetapi dalam rakaman percakapan, pemandu alza bagitahu dia tak nampak motorsikal dengan lori itu berlanggar. TPR : Jadi berdasarkan siasatan SJN mengenai kemalangan ini dan dibanding dengan cerita pemandu alza, adakah ceritanya konsisten dengan hasil siasatan SJN? SP4 : Tidak Puan TPR : Boleh SJN jelaskan? SP4 : Hasil siasatan saya mendapati alza itu dipandu dengan rapat mengekori belakang lori tersebut. [M/S 65 Nota Keterangan] [22] SP4 juga di dalam keterangannya mengenai halangan dan had laju kenderaan. PEG : Daripada hasil siasatan SJN berapa kelajuan motorsikal Farris? SP4 : Hasil rakaman percakapan Farris 70-80km/j PEG : Berapa lama SJN telah ditugaskan sebagai pegawai penyiasat trafik? SP4 : Lebih kurang 5 tahun PEG : Berapa banyak SJN telah siasat kes? SP4 : Banyak PEG : Kalau saya tanya berdasarkan pengalaman SJN boleh jawab lah? SP4 : Ya PEG: Sekiranya kelajuan 70-80km/j impak kemalangan akan serius atau tidak? S/N kT/iftJbakSad0KjP3u8Hg SP4 : Serius PEG : Kalau 70-80km/j sempat brek tak? SP4 : Tak sempat PEG : Kelajuan biasa di benarkan untuk jalan persekutuan, betul ke? SP4 : Jalan negeri PEG : Jalan negeri 90km/j? SP4 : Jalan negeri 60km/j PEG: Kelajuan motorsikal ini telah melebihi had laju yang ditetapkan, setuju? SP4 : Limit untuk kelajuan jalan negeri 60-70kmj PEG : Jadi 70-80km/j, setuju saya cadangkan penunggang motorsikal telah memandu melebihi had laju? SP4 : Setuju PEG : Jadi saya cadangkan, motorsikal ini berada dalam keadaan laju? SP4 : Betul PEG: Dan kelajuan motorsikal ini telah menyumbang kepada berlaku kemalangan setuju? SP4 : Setuju PEG : Sekiranya motorsikal ini berada dalam kelajuan kurang daripada 70km/j, kemalangan boleh dielakkan, setuju? SP4 : Setuju PEG : SJN ada buat siasatan atau tidak berkenaan kenderaan lain di atas jalan raya pada waktu tersebut? SP4 : Ada PEG : Kenderaan apa yang ada pada waktu kemalangan tersebut? SP4 : Kereta alza dan motorsikal Aidil PEG : Dan saya cadangkan motorlori serta motorsikal? SP4 : Betul PEG : Keadaan jalan clear, tiada halangan di atas jalan raya setuju? SP4 : Benar PEG : Di hadapan motorlori ada kenderaan lain ke? SP4 : Tiada PEG : Sekarang ni motorlori paling hadapan, betul? SP4 : Betul PEG : Kelajuan motorlori 20-30km/j, betul? S/N kT/iftJbakSad0KjP3u8Hg SP4 : Betul PEG : Dan kedua-dua laluan kenderaan, baik laluan motorlori dan motorsikal tiada sebarang halangan di atas jalan raya, setuju? SP4 : Setuju PEG : Laporan polis Encik Rahmad, ID8. Setuju dengan saya motorlori berada di hadapan motorkar alza? SP4 : Benar PEG : Alza berada di belakang motorlori? SP4 : Betul PEG : SJN maklumkan tadi kelajuan alza lebih kurang 40km/j? SP4 : Betul PEG : Kelajuan motorlori 20km/j? SP4 : Betul PEG : Saya cadangkan alza ni memang mengekor motorlori? SP4 : Betul PEG : Depan motorlori tiada kenderaan lain? SP4 : Betul PEG : Tiada keperluan untuk motorlori ubah haluan? SP4 : Betul PEG : Tiada halangan di laluan alza dan motorlori, setuju? SP4 : Setuju [23] SP4 telah bersetuju bahawa berdasarkan siasatannya, kelajuan Motorsikal SP2 adalah melebihi had laju iaitu 70km/j dan kelajuan Motorlori adalah 20km/j. SP4 juga bersetuju bahawa impak kemalangan yang serius adalah disebabkan oleh kelajuan motorsikal SP2 yang tinggi dan kemalangan tidak dapat dielakkan dengan kelajuan tersebut. [24] Mahkamah ini merujuk kepada kes Cantona Lim Xiang Kim v Public Prosecutor [2020] 1 MLRA 749 di mana Mahkamah Rayuan menyatakan seperti berikut : S/N kT/iftJbakSad0KjP3u8Hg [28] Apart from the fact that the accused had collided into, and caused the death of the deceased, no other evidence was led to show the recklessness of the accused. As propounded in Ramiah, it is not the law that merely because an accident happened which led to fatal consequences, it follows that the appellant was driving in a manner dangerous to the public. The prosecution needed to show something more, ie that the accused was driving in a manner which has show a selfish disregard for the safety of other road users. This element was conspicuously absent in the prosecution’s case. In our judgment, the essential or core ingredients of recklessness under s 41(1) of the Act have not been proved beyond reasonable doubt by the prosecution. [25] Walaupun kes di para 21 di atas membincangkan mengenai Seksyen 41 APJ, Mahkamah ini berpendapat ia adalah relevan di mana pihak Pendakwaan perlulah membuktikan elemen memandu tanpa kecermatan dan perhatian yang sepatutnya sehingga menyebabkan kemalangan kepada SP2. KECEDERAAN SP2. [26] Pihak pembelaan di dalam hujahannya telah membantah penerimaan masuk dan penandaan laporan perubatan SP2 sebagai P5 kerana pegawai perubatan tersebut tidak dipanggil untuk memberikan keterangan. [27] Keperluan undang-undang bagi serahan dokumen laporan perubatan di bawah Seksyen 399 Kanun Tatacara Jenayah di dalam kes Mohd Hashim bin Said v Public Prosecutor [2021] 1 LNS 1618 berada di dalam pengetahuan Mahkamah ini. Walau bagaimanapun, ketika perbicaraan, Mahkamah ini telah bertanyakan kepada Peguam S/N kT/iftJbakSad0KjP3u8Hg Pembelaan mengenai serahan laporan perubatan tersebut dan disahkan telah diterima oleh OKS pada 03.12.2023. MAH : Sebelum tu saya berbalik kepada P5, ini ditandakan tanpa memanggil pakar. TPR : Pihak pendakwaan ingin mengemukakan laporan tersebut berdasarkan seksyen 399 Kanun Tatacara Jenayah MAH : Bila diserahkan kepada peguam? TPR : Berdasarkan kertas serahan dokumen di bawah seksyen 51(a) Kanun Tatacara Jenayah. Dokumen telah diserahkan pada 3.12.2023. MAH : Peguam boleh sahkan ke terima? PEG : Saya sahkan Puan. Memandangkan pada tarikh tersebut saya belum dilantik. MAH : Dokumen serah kepas OKS? PEG : Benar Puan. [28] Menurut rekod Mahkamah ini, Peguambela OKS telah dilantik selewat-lewatnya pada 03.05.2024 (berdasarkan surat yang difailkan peguam) dan perbicaraan kes ini hanya dimulakan pada 25.11.2024 iaitu hampir 6 bulan selepas dokumen diserahkan. Tiada Notis di bawah seksyen 399(1)(b) Kanun Tatacara Jenayah diserahkan kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya. Oleh itu, serahan dan penandaan laporan perubatan sebagai P5 adalah teratur. SAKSI MATERIAL TIDAK DIPANGGIL [29] Pihak pembelaan berhujah bahawa saksi material iaitu pemandu Motorkar Alza tidak dipanggil oleh pihak pendakwaan untuk memberikan keterangan dan menjemput mahkamah ini untuk mengguna pakai peruntukan di bawah Seksyen 114(g) Akta Keterangan. S/N kT/iftJbakSad0KjP3u8Hg [30] Mahkamah ini merujuk kepada kes Siew Yoke Keong v. PP [2013] 4 CLJ 149: [41] The complaint here is the failure of the prosecution to call Chantana. In submitting on the failure to invoke the adverse inference under s 114(g) of the Evidence Act on account of the prosecution's failure to call Chantana, learned counsel actually repeated in substance his submissions in the courts below. We are unable to accept the submission of learned counsel. Firstly, we need to reiterate that adverse inference under s 114(g) of the Evidence Act can only be drawn if there has been withholding or suppression of evidence and not merely on account of failure to obtain evidence (see Munusamy v. PP [1986] 1 MLRA 292; [1987] 1 MLJ 492; [1987] CLJ (Rep) 221 (SC), Mohd Shamshir bin Md Rashid v Public Prosecutor [2008] 2 MLRA 356; [2008] 5 MLJ 80; [2008] 6 CLJ 738 (CA)). In the instant appeal we find no such withholding or suppression of evidence. In its judgment the Court of Appeal said: Dalam kes sekarang ini hakim perbicaraan berpuas hati bahawa pihak pendakwa telah pun berusaha untuk mengemukakan isteri perayu itu sebagai saksi tetapi telah gagal mengesan beliau, dan oleh itu, beliau memutuskan bahawa keterangan saksi itu bukanlah 'keterangan yang boleh dikemukakan tetapi tidak dikemukakan' dalam pengertian s114(g) tersebut. Kami bersetuju. Tiada keterangan dikemukakan bahawa pihak pendakwa telah dengan sengaja menyekat pengemukaan Chantana sebagai saksi. Sebaliknya, keterangan SP10 jelas menunjukkan segala usaha yang munasabah telah diambil untuk mengesannya tetapi gagal. [31] Pihak pendakwaan telah membuat tawaran Mohd Rahmad Bin Mansor iaitu pemandu Motorkar Alza dan Muhammad Aidil Aiman Bin Dzahari iaitu penunggang Motorsikal JVG kepada pembelaan sebagai saksi pembelaan. Oleh itu, tiada elemen 'keterangan yang boleh dikemukakan tetapi tidak dikemukakan' di dalam kes ini dan Seksyen 114(g) Akta Keterangan adalah tidak terpakai. S/N kT/iftJbakSad0KjP3u8Hg KESIMPULAN [32] Mahkmah ini mendapati bahawa wujud kelompongan dalam kes di pihak pendakwaan apabila telah gagal untuk membuktikan elemen kedua bagi pertuduhan di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan iaitu bahawa pemanduan OKS adalah tanpa kecermatan dan perhatian yang sepatutnya. [33] Mahkamah ini bersimpati dengan keadaan yang telah menimpa mangsa/ SP2 di mana Mahkamah ini sendiri melihat keadaan SP2 ketika memberikan keterangan di Mahkamah. Namun berdasarkan keterangan, ekshibit serta hujahan yang telah dikemukakan, Mahkamah mendapati ianya adalah tidak mencukupi untuk memnaggil OKS untuk membela diri. [34] Mahkamah adalah dengan ini mendapati bahawa pihak pendakwaan telah gagal untuk membuktikan satu kes prima facie terhadap OKS sebagaimana pertuduhan di bawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987. Oleh itu, OKS dilepaskan dan dibebaskan dari pertuduhan di bawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987 tanpa dipanggil untuk membela diri. Bertarikh pada 02 Januari 2026 Disediakan oleh, (ARINA AZMIN BINTI AHMAD MARZUKI) MAJISTRET MAHKAMAH MAJISTRET PONTIAN JOHOR DARUL TAKZIM S/N kT/iftJbakSad0KjP3u8Hg
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.