kegagalan SP6 menyiasat rakaman CCTV di rumah tempat kejadian Kes Kedua. [18] Pihak Pembelaan telah merujuk kepada kes kes seperti PP v. Tukiman bin Damin [2008] 4 MLJ 79, PP v. Kuna Segaran a/l Muniandy [2012] 4 MLJ 216; [2012] 2 CLJ 1064, PP v. Chong Joon Hong [2012] 8 MLJ 153; Pang Chee Meng v. PP [1992] 1 CLJ 39, Pendakwa Raya v. Tiong Wee Kiet [2018] MLJU 439, PP v. Nazri b Mohd Jufri [2007] 7 MLJ 443 dan PP v. Khairuddin bin Ismail [2015] 5 MLJ 229. [19] Dalam menilai isu milikan barang dadah mengikut garis panduan yang telah diputuskan di dalam kes-kes seperti PP v. Denish a/l Madhavan [2009] 2 MLJ 194; [2009] 2 CLJ 209, Chan Pean Leon v. Public Prosecutor [1956] LNS 17; [1956] 1 MLJ 237; [1956] CLJU 17, Pendakwa Raya v Lim Chsung Meng & Anor & Anor Appeal [2015] 1 LNS 1226; [2015] MLJU 2234; [2015] CLJU 1226 dan Emmanuel Yaw Teiku v. PP [2006] 3 CLJ 597; [2006] MLJ 209, Mahkamah harus menilai sama ada keterangan bukan sahaja menunjukkan Tertuduh mempunyai pengetahuan mengenai dadah tersebut tetapi juga mempunyai kawalan atau jagaan. Kawalan atau jagaan termasuk kuasa Tertuduh untuk berurusan atau melupuskan dadah tersebut pada bila bila masa jika diinginkan seolah olah ia adalah pemilik dadah berkenaan. [20] Setelah mempertimbang semua keterangan yang dikemukakan dan hujahan pihak, Mahkamah ini mendapati seperti berikut:- [21] Mengenai keterangan catatan kata-kata amaran iaitu Eksibit P34, Mahkamah menyatakan terlebih dahulu bahawa kebolehterimaan keterangan tersebut tidak dicabar dan oleh itu, keterangan tersebut adalah sebahagian daripada keterangan kes Pendakwaan. Persoalannya, adakah keterangan tersebut harus diragui hanya kerana catatan masa Eksibit P34 dan Laporan Polis Eksibit P25 adalah sama iaitu pada jam 8.30 malam. Setelah meneliti keterangan SP2, SP4 dan SP5, penerimaan keterangan catatan kata-kata amaran Eksibit P34 serta penyerahan beg berisi dadah oleh Tertuduh kepada SP5, fakta bahawa serbuan telah berlaku di rumah tempat kejadian untuk Kes Kedua pada tarikh 9.3.2022 tidak dapat dinafikan. Oleh yang demikian, Mahkamah tidak mendapati perkara mengenai persamaan masa telah menjejaskan kes Pendakwaan sehingga keterangan kata-kata amaran tersebut perlu diragui. Oleh itu, keterangan catatan kata-kata amaran tersebut diterima di bawah seksyen 27 Akta Keterangan dan keterangan perbuatan Tertuduh menyerahkan beg kepada SP5 adalah keterangan yang relevan yang diterima di bawah Seksyen 8 Akta yang sama. [22] Mengenai isu pemilikan eksklusif dan akses eksklusif terhadap bilik nombor 3 rumah kejadian di mana beg mengandungi dadah dirampas, adalah menjadi prinsip undang-undang yang jelas bahawa bukan menjadi beban pihak pendakwaan untuk membuktikan milikan secara eksklusif dadah hanya kepada Tertuduh. Apa yang perlu dibuktikan ialah Tertuduh mempunyai kuasa berurusan dengan dadah tersebut (lihat keputusan di dalam kes Denish Madhavan [supra], Siew Yok Keong [supra] dan Suhaimi Abd Hamid [supra]). Begitu juga dengan akses terhadap bilik di mana dadah dijumpai. Kalaupun bilik tersebut boleh diakses oleh orang lain, perkara yang perlu ditentukan adalah hubungan Tertuduh dengan dadah tersebut adalah sebegitu langsung yang mana Tertuduh boleh dikaitkan mempunyai kuasa untuk berurusan dengan dadah berkenaan. Dalam kes Hooman Khanloo v. PP [2015] 5 MLJ 199 / [2015] 6 CLJ 1005, Mahkamah Rayuan telah memutuskan:- With regard to the question of possession, it has been decided by the apex court in PP v. DenishMadhaven [2009] 2 CLJ 209 that proof of possession need not be exclusive to the accused.It is therefore unnecessary for the prosecution to prove exclusive possession of the drug before the presumption of trafficking could be invoked against the appellant. [30] By the same token, if possession of the subject matter of the chargeneed not be exclusive, there is no reason why exclusive use of the room must be established. Once mens rea possession is established against the appellant, it is immaterial if he had exclusive use of the room or otherwise. [31] If exclusive use of a hotel room werea relevant factorin considering whether possession is established, it will virtually be impossible for the authorities to enforce the drug lawsas it will always be open to the defence to point out, and rightly so, that at one point or another, someone elsewould have had prior access to the room. Surely the hotel management itself would have had [23] Perbuatan Tertuduh memandu arah SP5 dan pasukannya ke rumah tempat kejadian, kemudiannya membawa pasukan ke bilik nombor 3 serta mengambil beg di bawah timbunan baju dan menyerahkan beg tersebut kepada SP5 menunjukkan pengetahuan serta jagaan dan/atau kawalan Tertuduh ke atas beg dan kandungannya. Keterangan SP4 juga menyokong keterangan bahawa pasukan serbuan telah terus pergi ke bilik nombor 3 tanpa perlu memeriksa kawasan atau bilik lain rumah itu terlebih dahulu. [24] Oleh itu, Mahkamah tidak mendapati perkara mengenai anak buah Tertuduh yang berniaga burger dan mempunyai akses ke rumah tempat kejadian menunjukkan individu tersebut telah mengakses bilik nombor 3 tanpa pengetahuan Tertuduh. Keterangan SP4 mengatakan individu berkenaan memasuki bahagian dapur rumah untuk mengambil burger dan gambar barang jualan yang diambil terletak di luar dapur bahagian belakang rumah dan bukan di dalam rumah. Di samping itu, pernyataan Tertuduh dalam Eksibit P34 bahawa tiada orang lain di dalam rumah tersebut yang mengetahui tentang dadah tersebut mengecualikan adanya kemungkinan terdapat orang lain yang mempunyai milikan ke atas beg dan dadah berkenaan. [25] Maka, Mahkamah ini menolak hujahan pihak Pembelaan mengenai: (i) kegagalan SP6 menyiasat CCTV rumah tempat kejadian; (ii) mengenai tiadanya DNA dan cap jari Tertuduh pada beg dan bungkusan yang mengandungi dadah yang dirampas di rumah tersebut; (iii) percanggahan keterangan SP5 mengenai ujian saringan awal air kencing; dan (iv) persoalan tentang siapa individu yang telah membuka pintu rumah semasa serbuan dilakukan. Mahkamah tidak mendapati hujahan mengenai isu-isu tersebut dapat menimbulkan keraguan terhadap pembuktian kes Pendakwaan. [26] Seterusnya isu mengenai rampasan motorsikal dalam Kes Pertama, Mahkamah tidak mendapati perkara tersebut dapat menimbulkan keraguan mengenai rampasan dadah pada poket seluar Tertuduh dan beg silang yang disandang oleh Tertuduh. Mungkin perkara tersebut menjadi relevan sekiranya dadah dirampas daripada motorsikal dan bukan daripada badan Tertuduh. Tambahan pula pihak Pembelaan telah mencadangkan bahawa motorsikal tersebut adalah milik isteri Tertuduh, maka Mahkamah tidak mendapati terdapat isu yang perlu disiasat oleh SP6 dalam keadaan di mana Tertuduh telah menafikan pengetahuan isterinya terhadap dadah dalam Kes Kedua. Penafian itu menimbulkan kemungkinan besar bahawa isteri Tertuduh juga tiada kaitan dengan dadah dalam Kes Pertama. [27] Selanjutnya, berkaitan pilihan tandaan menggunakan huruf tanpa menggunakan pegawai serbuan, Mahkamah ingin menyatakan bahawa tujuan penandaan adalah untuk memastikan identiti barang rampasan yang dibuat oleh Pegawai Serbuan, jumlah rampasan, kaitan antara barang rampasan dengan barang lain seperti bungkusan di dalam bungkusan atau beg lain serta keseragaman butiran rampasan dengan apa yang dinyatakan dalam Laporan Polis dan borang geledah atau rampasan. Mahkamah mendapati tiada satu garis panduan bersifat undang-undang yang memerlukan satu cara penandaan yang khusus. Selagi sesuatu penandaan dapat mengenalpasti barang rampasan dan jumlah barang serta membezakan barang rampasan di satu tempat kejadian dengan rampasan dari tempat kejadian yang lain, maka tujuan penandaan tersebut telah memadai dan dipuaskan. [28] Setelah meneliti keterangan SP5 dan SP6, borang geledah (Eksibit P21) dalam Kes Pertama dan Eksibit P25 dalam kes (Eksibit P31) dalam Kes Pertama dan Eksibit P32 dalam Kes Kedua, Mahkamah tidak mendapati terdapatnya kekeliruan mengenai pengecaman barang kes berikutan cara penandaan yang telah digunakan oleh SP5 dan kemudiannya penandaan yang dibuat oleh SP6. [29] SP6 sebagai Pegawai Penyiasat, Mahkamah telah meneliti keterangan SP5 dan tandaan B1 oleh SP5 yang merujuk kepada paket plastik biru yang tersenarai pada Bilangan 4 Borang Geledah (Eksibit P21). Adalah jelas pada Mahkamah ini bahawa plastik biru tersebut mengandungi 2 merupakan tandaan oleh SP6. Di dalam 2 plastik biru tersebut, terdapat dadah di dalam beg silang yang merupakan rampasan bagi Kes Pertama. Pihak Pembelaan menghujahkan bahawa kegagalan SP6 menghantar paket biru menyebabkan kelompangan dalam keterangan kes Pendakwaan. [30] Setelah mempertimbang hujahan pihak Pembelaan, Mahkamah tidak bersetuju bahawa bangkitnya kelompangan dalam keterangan kes Pendakwaan. Pada pandangan Mahkamah ini, kegagalan SP6 menyertakan plastik biru yang bertand atas pertimbangan berikut:-