i
(i) SP1 - Puan Warda Binti Mohamad Nasir - Ahli Kimia;
/akn/my/judgment/high-court/2026/f0eb0b75-d823-4a43-8dfc-7716afbdf47d
High Court of Malaysia25 May 2026MA-45A-21-07/2022
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“ngikut garis panduan yang telah diputuskan di dalam kes-kes seperti PP v. Denish a/l Madhavan [2009] 2 MLJ 194; [2009] 2 CLJ 209, Chan Pean Leon v. Public Prosecutor [1956] LNS 17; [1956] 1 MLJ 237; [1956] CLJU 17, Pendakwa Raya v Lim Chsung Meng & Anor & Anor Appeal [2015] 1 LNS 1226; [2015] MLJU 2234; [2015] CLJU 122”
“nilai isu milikan barang dadah mengikut garis panduan yang telah diputuskan di dalam kes-kes seperti PP v. Denish a/l Madhavan [2009] 2 MLJ 194; [2009] 2 CLJ 209, Chan Pean Leon v. Public Prosecutor [1956] LNS 17; [1956] 1 MLJ 237; [1956] CLJU 17, Pendakwa Raya v Lim Chsung Meng & Anor & Anor Appeal [2015] 1 LNS 1226;”
“san seseorang tertuduh hanya perlu menimbulkan keraguan musabah terhadap kes pendakwaan. [44] Keraguan munasabah adalah seperti yang telah diputuskan di dalam kes PP v. Saimin & Ors [1971] 2 MLJ 16; [1971] CLJU 115; [1971] 1 LNS 115, di mana keraguan itu timbul daripada keterangan atau akibat daripada tiadanya keterang”
“56] LNS 17; [1956] 1 MLJ 237; [1956] CLJU 17, Pendakwa Raya v Lim Chsung Meng & Anor & Anor Appeal [2015] 1 LNS 1226; [2015] MLJU 2234; [2015] CLJU 1226 dan Emmanuel Yaw Teiku v. PP [2006] 3 CLJ 597; [2006] MLJ 209, Mahkamah harus menilai sama ada keterangan bukan sahaja menunjukkan Tertuduh mempunyai pengetahuan menge”
“J 194; [2009] 2 CLJ 209, Chan Pean Leon v. Public Prosecutor [1956] LNS 17; [1956] 1 MLJ 237; [1956] CLJU 17, Pendakwa Raya v Lim Chsung Meng & Anor & Anor Appeal [2015] 1 LNS 1226; [2015] MLJU 2234; [2015] CLJU 1226 dan Emmanuel Yaw Teiku v. PP [2006] 3 CLJ 597; [2006] MLJ 209, Mahkamah harus menilai sama ada keterang”
“ndang untuk membuktikan bahawa dia tidak bersalah, namun Tertuduh mempunyai beban keterangan untuk menyokong versi kes pembelaan (lihat keputusan di dalam Sarumathi Rengasamy v. PP [2015] 1 LNS 1519; [2015] CLJU 1519). **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 30”
“dhavan [2009] 2 MLJ 194; [2009] 2 CLJ 209, Chan Pean Leon v. Public Prosecutor [1956] LNS 17; [1956] 1 MLJ 237; [1956] CLJU 17, Pendakwa Raya v Lim Chsung Meng & Anor & Anor Appeal [2015] 1 LNS 1226; [2015] MLJU 2234; [2015] CLJU 1226 dan Emmanuel Yaw Teiku v. PP [2006] 3 CLJ 597; [2006] MLJ 209, Mahkamah harus menilai”
“min [2008] 4 MLJ 79, PP v. Kuna Segaran a/l Muniandy [2012] 4 MLJ 216; [2012] 2 CLJ 1064, PP v. Chong Joon Hong [2012] 8 MLJ 153; Pang Chee Meng v. PP [1992] 1 CLJ 39, Pendakwa Raya v. Tiong Wee Kiet [2018] MLJU 439, PP v. Nazri b Mohd Jufri [2007] 7 MLJ 443 dan PP v. Khairuddin bin Ismail [2015] 5 MLJ 229. [19] Dalam”
“4, PP v. Hia Win [1995] 2 SLR 424, PP v. Herlina Purnama Sari [2016] 1 MLJU 1824, Jorge Crespo Gomez v. PP [2020] 8 CLJ 292, Khee Thuan Giap v PP [2019] 4 MLJ 651, Dickson Levy a/l Maria George v. PP [2018] MLJU 98, PP lawan Datuk Haji Harun bin Haji Idris [1977] 1 LNS 92/ [1977] 1 MLJ 180 dan Lim Kah Wan v. PP [1985]”
“i beban untuk membuktikan kesnya melampaui keraguan yang munasabah (Lihat keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Duis Akim & Ors v. PP [2013] 9 CLJ 692; [2014] 1 MLJ 49 dan PP v. Prabu a/l Nadaraja [2019] MLJU 1125; [2020] 4 CLJ 871; [2019] MLJU 1125). Seperti yang diputuskan didalam kes Wong Chee Tze & Anor v. PP [2”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Text
1 06/07/2026 15:56:59 MA-45A-21-07/2022 Kand. 37 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 2 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 3 di tepi Jalan M19, Taman Merdeka, Batu Berendam, di dalam daerah Melaka Tengah, di dalam negeri Melaka telah mengedar dadah berbahaya jenis Methamphetamine seberat 68.69 gram dan dengan itu kamu telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) Akta yang [5] Seterusnya, pertuduhan kedua di bawah Seksyen 12(2) ADB yang boleh dihukum di bawah Seksyen 12(3) ADB terhadap Tertuduh adalah seperti berikut:- di tepi Jalan M19, Taman Merdeka, Batu Berendam, di dalam daerah Melaka Tengah, di dalam negeri Melaka telah ada dalam milikan kamu dadah berbahaya jenis Methamphetamine seberat 0.27 gram dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 4 [6] Selain itu, pertuduhan ketiga terhadap Tertuduh adalah seperti berikut:- di tepi Jalan M19, Taman Merdeka, Batu Berendam, di dalam daerah Melaka Tengah, di dalam negeri Melaka telah ada dalam milikan kamu dadah berbahaya jenis Methamphetamine seberat 12.57 gram dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah [7] Manakala bagi Kes Kedua, di dalam bilik di rumah beralamat No. 35, Jalan Duku 19, Taman Rumpun Bahagia, Bachang, di dalam daerah Melaka Tengah, di dalam negeri Melaka telah mengedar dadah berbahaya jenis Methamphetamine seberat 542 gram dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 5 [8] Akhir sekali, pertuduhan kedua terhadap Tertuduh adalah seperti berikut:- di dalam bilik di rumah beralamat No. 35, Jalan Duku 19, Taman Rumpun Bahagia, Bachang, di dalam daerah Melaka Tengah, di dalam negeri Melaka telah ada dalam milikan kamu dadah berbahaya jenis Methamphetamine seberat 24.91 gram dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang Seramai 6 orang saksi telah dipanggil oleh pihak pendakwaan seperti berikut:-
i
(i) SP1 - Puan Warda Binti Mohamad Nasir - Ahli Kimia;
subparagraph
(ii) SP2 - Puan Haziqah Binti Mustapha - lsteri Tertuduh;
subparagraph
(iii) SP3 - Mohd Fakurol Bin Mustapha - Abang lpar Tertuduh; **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 6
subparagraph
(iv) SP4 - Puan Siti Nor Akillah Binti Che Zakaria - Sepupu Tertuduh;
v
(v) SP5 - lnspektor/G/24326/Muhammad Hasif Zuhdy Bin Haris - Pegawai Serbuan; dan
subparagraph
(vi) SP6 - lnspektor/G/25304/ Mohamad Yusuf Bin Toriman - Pegawai Penyiasat. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 7 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 8 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 9 [10] Adalah menjadi tanggungjawab Mahkamah di akhir kes pendakwaan seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 180 Kanun Tatacara Jenayah (KTJ) untuk menetapkan sama ada pihak Pendakwaan telah membuktikan satu kes prima facie terhadap Tertuduh. Mengikut Seksyen 180(4) KTJ, satu kes prima facie terbukti apabila pihak pendakwaan telah mengemukakan bukti yang kredibel bagi membuktikan intipati kesalahan yang mana jika tidak disangkal atau diperjelaskan akan membolehkan kesalahan disabitkan. Sepertimana yang telah ditetapkan oleh Mahkamah dalam kes PP v. Mohd Radzi Abu Bakar [2005] 6 MLJ 393; [2006] 1 CLJ 457, Mahkamah harus menilai secara maksima kesemua keterangan yang dikemukakan semasa kes pendakwaan serta kredibiliti saksi pendakwaan. Sekiranya terdapat lebih daripada satu inferens, maka inferens yang memihak kepada tertuduh harus diberikan untuk manfaat tertuduh. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 10 [11] Setelah menilai semua keterangan kes Pendakwaan, saksi dan mendengar hujahan kedua-dua belah pihak, Mahkamah ini memutuskan seperti berikut: Mengenai analisa yang dijalankan oleh Ahli Kimia (SP1):- [12] Pihak Pembelaan bagi Tertuduh tidak membangkitkan apa-apa isu terhadap Laporan Kimia mengenai barang dadah yang dianalisa. Namun begitu, ianya adalah menjadi sebahagian tugas Mahkamah ini untuk membuat dapatan mengenai jenis dan berat dadah yang menjadi inti kesemua pertuduhan terhadap Tertuduh. [13] Setelah mempertimbang penyata saksi WSP1, keterangan lisan SP1 dan Laporan Kimia (Eksibit P15), Mahkamah berpuas hati bahawa jenis dan berat dadah yang menjadi inti setiap pertuduhan telah dibuktikan sebagai pertuduhan. Oleh yang demikian, elemen jenis dan berat dadah sebagaimana setiap pertuduhan untuk Kes Pertama dan Kedua telah dibuktikan oleh pihak Pendakwaan. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 11 Mengenai milikan barang kes dadah [14] Pihak Pendakwaan menghujahkan bahawa milikan barang kes dadah oleh Tertuduh adalah terbukti berdasarkan pertimbangan keterangan yang dikemukakan, antara lainnya termasuklah:- Untuk Kes Pertama:- a) barang dadah telah dijumpai di dalam beg silang (Eksibit P23) yang bersilang pada badan Tertuduh [Eksibit P18 (1-4)] dan poket seluar bahagian hadapan kanan [Eksibit P17(1-2)]; b) tiada orang lain ditahan bersama Tertuduh untuk Kes Pertama; c) kad pengenalan Tertuduh ditemui di dalam beg silang (Eksibit P24); d) reaksi Tertuduh semasa ditangkap; dan e) jumlah dadah yang banyak pada badan Tertuduh tidak memungkinkan Tertuduh boleh menafikan pengetahuan dan jagaan atau kawalan ke atas barang dadah; **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 12 Untuk Kes Kedua:- a) Tertuduh telah memandu arah pasukan serbuan yang diketuai oleh SP5 ke rumah Tertuduh; b) Tindakan pandu arah tersebut adalah hasil pertanyaan SP5 kepada Tertuduh setelah kata-kata amaran diberikan kepada Tertuduh di bawah Seksyen 37B(1)(b) ADB yang telah direkodkan secara bertulis (Eksibit P34); c) tiada bantahan daripada pihak Pembelaan terhadap kebolehterimaan keterangan kata-kata amaran tersebut; d) keterangan pandu arah adalah keterangan yang boleh diterima sebagai keterangan di bawah Seksyen 27 Akta Keterangan 1950 kerana rampasan barang dadah tidak akan berlaku tanpa maklumat dan pandu arah daripada Tertuduh; e) keterangan pandu arah menunjukkan pengetahuan Tertuduh terhadap beg berwarna biru bertulis GIORNO (Eksibit P26) yang disorokkan di bawah timbunan baju di bilik ketiga rumah tempat kejadian dan beg tersebut mengandungi paket bertulis GUANYINWANG (Eksibit P27) yang mana berisi barang dadah Eksibit P16 (1-15) dan alat penimbang digital (Eksibit P28); **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 13 f) Perbuatan Tertuduh mengambil beg dari bawah timbunan baju di belakang pintu bilik nombor 3 dan menyerahkan kepada SP5 merupakan keterangan yang boleh diterima di bawah Seksyen 8 Akta Keterangan 1950; dan g) walaupun rumah tempat kejadian dihuni oleh Tertuduh bersama isteri (SP3) dan sepupunya (SP4) tetapi keterangan menunjukkan mereka tidak mempunyai pengetahuan atau milikan ke atas barang dadah. [15] Antara kes yang dirujuk oleh pihak Pendakwaan termasuklah Chan Kwee Fong v. PP [2010] 1 MLJ 441; [2010] 3 CLJ 671, PP v Govindan Kurup & Ors [1947] 1 MLJ 150, PP v. Hashim Hanafi [2002] 4 MLJ 176, Francis Anthonysamy v. PP [2005] 2 CLJ 481, Wong Nam Loi v. PP [1997] 4 AMR 3603; [1997] 3 MLJ 795, Pendakwa Raya v. Azilah Hadri & Anor [2015] 1 CLJ 579, Siew Yoke Keong v. Pendakwa Raya [2013] 4 CLJ 149; [2013] 4 MLRA 99, Amathevelli P Ramasamy v. PP [2009] 2 MLJ 367, Chua Beow Huat v PP [1970] 2 MLJ 29 dan Wong Swee Chin v. PP [1981] 1 MLJ
section
212. [16] Dalam membuktikan perbuatan mengedar dadah berbahaya, pihak Pendakwaan menggunapakai anggapan perbuatan mengedar di bawah Seksyen 37(da) Akta Dadah Berbahaya 1952 berdasarkan berat dadah yang dirampas. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 14 [17] Pihak pembelaan untuk Tertuduh pula menghujahkan bahawa milikan dadah tersebut tidak terbukti berdasarkan faktor-faktor seperti berikut:-
a
(a) walaupun kebolehterimaan keterangan kata-kata amaran tidak dicabar namun terdapat isu mengenai nilai kebolehpercayaan dokumen tersebut berdasarkan maklumat waktu 8.30 malam iaitu masa apabila rakaman kata-kata amaran dibuat dan serbuan di rumah tempat kejadian dibuat pada masa yang sama berdasarkan Laporan Polis Eksibit P25, ianya adalah mustahil untuk SP5 berada di 2 tempat yang berbeza dan berjauhan pada masa yang sama;
b
(b) pihak Pendakwaan gagal membuktikan Tertuduh mempunyai akses eksklusif terhadap bilik di mana barang dadah yang dirampas ditemui setelah mengambil kira fakta anak buah Tertuduh yang berniaga burger di hadapan rumah Tertuduh mempunyai akses kepada bahagian belakang rumah tempat kejadian dan tidak dipanggil sebagai saksi pendakwaan;
c
(c) percanggahan keterangan SP5 mengenai sama ada ujian saringan air kencing telah dibuat di rumah tempat kejadian apabila SP4 menafikan perkara tersebut; **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 15
d
(d) percanggahan keterangan mengenai sama ada penandaan barang kes dadah dalam Kes Pertama telah dibuat di tepi jalan atau di balai polis;
e
(e) terdapat kemungkinan percampuran barang dadah antara Kes Pertama dan Kes Kedua berdasarkan cara nama pegawai serbuan tetapi hanya dengan menggunakan huruf;
f
(f) kekeliruan SP5 mengenai siapa yang telah membuka pintu semasa serbuan di rumah tempat kejadian, sama ada SP2 atau SP4;
g
(g) tiadanya keterangan cap jari atau DNA yang mengaitkan Tertuduh dengan rampasan barang dadah;
h
(h) terdapat keraguan mengenai rantaian keterangan rampasan dadah di rumah tempat kejadian apabila SP5 tidak membuat penandaan barang rampasan di tempat kejadian tetapi telah membuat penandaan hanya di Balai Polis;
i
(i) terdapat keraguan terhadap rampasan dadah dalam Kes Pertama yang mana SP6 tidak dapat memberikan penjelasan yang memuaskan mengenai jumlah paket ke Jabatan Kimia untuk dianalisa; **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 16
j
(j) kegagalan SP6 menyiasat motorsikal yang telah disita dari tempat kejadian Kes Pertama; dan
k
(k) kegagalan SP6 menyiasat rakaman CCTV di rumah tempat kejadian Kes Kedua. [18] Pihak Pembelaan telah merujuk kepada kes kes seperti PP v. Tukiman bin Damin [2008] 4 MLJ 79, PP v. Kuna Segaran a/l Muniandy [2012] 4 MLJ 216; [2012] 2 CLJ 1064, PP v. Chong Joon Hong [2012] 8 MLJ 153; Pang Chee Meng v. PP [1992] 1 CLJ 39, Pendakwa Raya v. Tiong Wee Kiet [2018] MLJU 439, PP v. Nazri b Mohd Jufri [2007] 7 MLJ 443 dan PP v. Khairuddin bin Ismail [2015] 5 MLJ 229. [19] Dalam menilai isu milikan barang dadah mengikut garis panduan yang telah diputuskan di dalam kes-kes seperti PP v. Denish a/l Madhavan [2009] 2 MLJ 194; [2009] 2 CLJ 209, Chan Pean Leon v. Public Prosecutor [1956] LNS 17; [1956] 1 MLJ 237; [1956] CLJU 17, Pendakwa Raya v Lim Chsung Meng & Anor & Anor Appeal [2015] 1 LNS 1226; [2015] MLJU 2234; [2015] CLJU 1226 dan Emmanuel Yaw Teiku v. PP [2006] 3 CLJ 597; [2006] MLJ 209, Mahkamah harus menilai sama ada keterangan bukan sahaja menunjukkan Tertuduh mempunyai pengetahuan mengenai dadah tersebut tetapi juga mempunyai kawalan atau jagaan. Kawalan atau jagaan termasuk kuasa Tertuduh untuk **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 17 berurusan atau melupuskan dadah tersebut pada bila bila masa jika diinginkan seolah olah ia adalah pemilik dadah berkenaan. [20] Setelah mempertimbang semua keterangan yang dikemukakan dan hujahan pihak, Mahkamah ini mendapati seperti berikut:- [21] Mengenai keterangan catatan kata-kata amaran iaitu Eksibit P34, Mahkamah menyatakan terlebih dahulu bahawa kebolehterimaan keterangan tersebut tidak dicabar dan oleh itu, keterangan tersebut adalah sebahagian daripada keterangan kes Pendakwaan. Persoalannya, adakah keterangan tersebut harus diragui hanya kerana catatan masa Eksibit P34 dan Laporan Polis Eksibit P25 adalah sama iaitu pada jam 8.30 malam. Setelah meneliti keterangan SP2, SP4 dan SP5, penerimaan keterangan catatan kata-kata amaran Eksibit P34 serta penyerahan beg berisi dadah oleh Tertuduh kepada SP5, fakta bahawa serbuan telah berlaku di rumah tempat kejadian untuk Kes Kedua pada tarikh 9.3.2022 tidak dapat dinafikan. Oleh yang demikian, Mahkamah tidak mendapati perkara mengenai persamaan masa telah menjejaskan kes Pendakwaan sehingga keterangan kata-kata amaran tersebut perlu diragui. Oleh itu, keterangan catatan kata-kata amaran tersebut diterima di bawah seksyen 27 Akta Keterangan dan keterangan perbuatan Tertuduh menyerahkan **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 18 beg kepada SP5 adalah keterangan yang relevan yang diterima di bawah Seksyen 8 Akta yang sama. [22] Mengenai isu pemilikan eksklusif dan akses eksklusif terhadap bilik nombor 3 rumah kejadian di mana beg mengandungi dadah dirampas, adalah menjadi prinsip undang-undang yang jelas bahawa bukan menjadi beban pihak pendakwaan untuk membuktikan milikan secara eksklusif dadah hanya kepada Tertuduh. Apa yang perlu dibuktikan ialah Tertuduh mempunyai kuasa berurusan dengan dadah tersebut (lihat keputusan di dalam kes Denish Madhavan [supra], Siew Yok Keong [supra] dan Suhaimi Abd Hamid [supra]). Begitu juga dengan akses terhadap bilik di mana dadah dijumpai. Kalaupun bilik tersebut boleh diakses oleh orang lain, perkara yang perlu ditentukan adalah hubungan Tertuduh dengan dadah tersebut adalah sebegitu langsung yang mana Tertuduh boleh dikaitkan mempunyai kuasa untuk berurusan dengan dadah berkenaan. Dalam kes Hooman Khanloo v. PP [2015] 5 MLJ 199 / [2015] 6 CLJ 1005, Mahkamah Rayuan telah memutuskan:- With regard to the question of possession, it has been decided by the apex court in PP v. DenishMadhaven [2009] 2 CLJ 209 that proof of possession need not be exclusive to the accused.It is therefore unnecessary for the prosecution to prove exclusive possession of the drug before the presumption of trafficking could be invoked against the appellant. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 19 [30] By the same token, if possession of the subject matter of the chargeneed not be exclusive, there is no reason why exclusive use of the room must be established. Once mens rea possession is established against the appellant, it is immaterial if he had exclusive use of the room or otherwise. [31] If exclusive use of a hotel room werea relevant factorin considering whether possession is established, it will virtually be impossible for the authorities to enforce the drug lawsas it will always be open to the defence to point out, and rightly so, that at one point or another, someone elsewould have had prior access to the room. Surely the hotel management itself would have had [23] Perbuatan Tertuduh memandu arah SP5 dan pasukannya ke rumah tempat kejadian, kemudiannya membawa pasukan ke bilik nombor 3 serta mengambil beg di bawah timbunan baju dan menyerahkan beg tersebut kepada SP5 menunjukkan pengetahuan serta jagaan dan/atau kawalan Tertuduh ke atas beg dan kandungannya. Keterangan SP4 juga menyokong keterangan bahawa pasukan serbuan telah terus pergi ke bilik nombor 3 tanpa perlu memeriksa kawasan atau bilik lain rumah itu terlebih dahulu. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 20 [24] Oleh itu, Mahkamah tidak mendapati perkara mengenai anak buah Tertuduh yang berniaga burger dan mempunyai akses ke rumah tempat kejadian menunjukkan individu tersebut telah mengakses bilik nombor 3 tanpa pengetahuan Tertuduh. Keterangan SP4 mengatakan individu berkenaan memasuki bahagian dapur rumah untuk mengambil burger dan gambar barang jualan yang diambil terletak di luar dapur bahagian belakang rumah dan bukan di dalam rumah. Di samping itu, pernyataan Tertuduh dalam Eksibit P34 bahawa tiada orang lain di dalam rumah tersebut yang mengetahui tentang dadah tersebut mengecualikan adanya kemungkinan terdapat orang lain yang mempunyai milikan ke atas beg dan dadah berkenaan. [25] Maka, Mahkamah ini menolak hujahan pihak Pembelaan mengenai: (i) kegagalan SP6 menyiasat CCTV rumah tempat kejadian; (ii) mengenai tiadanya DNA dan cap jari Tertuduh pada beg dan bungkusan yang mengandungi dadah yang dirampas di rumah tersebut; (iii) percanggahan keterangan SP5 mengenai ujian saringan awal air kencing; dan (iv) persoalan tentang siapa individu yang telah membuka pintu rumah semasa serbuan dilakukan. Mahkamah tidak mendapati hujahan mengenai isu-isu tersebut dapat menimbulkan keraguan terhadap pembuktian kes Pendakwaan. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 21 [26] Seterusnya isu mengenai rampasan motorsikal dalam Kes Pertama, Mahkamah tidak mendapati perkara tersebut dapat menimbulkan keraguan mengenai rampasan dadah pada poket seluar Tertuduh dan beg silang yang disandang oleh Tertuduh. Mungkin perkara tersebut menjadi relevan sekiranya dadah dirampas daripada motorsikal dan bukan daripada badan Tertuduh. Tambahan pula pihak Pembelaan telah mencadangkan bahawa motorsikal tersebut adalah milik isteri Tertuduh, maka Mahkamah tidak mendapati terdapat isu yang perlu disiasat oleh SP6 dalam keadaan di mana Tertuduh telah menafikan pengetahuan isterinya terhadap dadah dalam Kes Kedua. Penafian itu menimbulkan kemungkinan besar bahawa isteri Tertuduh juga tiada kaitan dengan dadah dalam Kes Pertama. [27] Selanjutnya, berkaitan pilihan tandaan menggunakan huruf tanpa menggunakan pegawai serbuan, Mahkamah ingin menyatakan bahawa tujuan penandaan adalah untuk memastikan identiti barang rampasan yang dibuat oleh Pegawai Serbuan, jumlah rampasan, kaitan antara barang rampasan dengan barang lain seperti bungkusan di dalam bungkusan atau beg lain serta keseragaman butiran rampasan dengan apa yang dinyatakan dalam Laporan Polis dan borang geledah atau rampasan. Mahkamah mendapati tiada satu garis panduan bersifat undang-undang yang memerlukan satu cara penandaan yang khusus. Selagi sesuatu penandaan dapat mengenalpasti barang rampasan dan jumlah barang serta membezakan barang rampasan di satu tempat kejadian **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 22 dengan rampasan dari tempat kejadian yang lain, maka tujuan penandaan tersebut telah memadai dan dipuaskan. [28] Setelah meneliti keterangan SP5 dan SP6, borang geledah (Eksibit P21) dalam Kes Pertama dan Eksibit P25 dalam kes (Eksibit P31) dalam Kes Pertama dan Eksibit P32 dalam Kes Kedua, Mahkamah tidak mendapati terdapatnya kekeliruan mengenai pengecaman barang kes berikutan cara penandaan yang telah digunakan oleh SP5 dan kemudiannya penandaan yang dibuat oleh SP6. [29] SP6 sebagai Pegawai Penyiasat, Mahkamah telah meneliti keterangan SP5 dan tandaan B1 oleh SP5 yang merujuk kepada paket plastik biru yang tersenarai pada Bilangan 4 Borang Geledah (Eksibit P21). Adalah jelas pada Mahkamah ini bahawa plastik biru tersebut mengandungi 2 merupakan tandaan oleh SP6. Di dalam 2 plastik biru tersebut, terdapat dadah di dalam beg silang yang merupakan rampasan bagi Kes Pertama. Pihak Pembelaan menghujahkan bahawa kegagalan SP6 menghantar paket biru menyebabkan kelompangan dalam keterangan kes Pendakwaan. [30] Setelah mempertimbang hujahan pihak Pembelaan, Mahkamah tidak bersetuju bahawa bangkitnya kelompangan **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 23 dalam keterangan kes Pendakwaan. Pada pandangan Mahkamah ini, kegagalan SP6 menyertakan plastik biru yang bertand atas pertimbangan berikut:-
i
(i) plastik tersebut adalah salah satu rampasan oleh SP5 yang telah diserahkan kepada SP6; dan
subparagraph
(ii) penyerahan barang kes kepada Jabatan Kimia untuk analisa tidak menjejaskan analisis hanya kerana ketiadaan paket plastik biru. [31] Oleh kerana paket biru tersebut mengandungi 2 paket lain yang mengandungi dadah, Mahkamah tidak mendapati berlaku satu kesilapan apabila SP6 hanya menghantar bahan dadah yang terkandung dalam 2 paket mendapati Tertuduh telah diprejudis. Apatah lagi terdapat rantaian keterangan yang jelas mengenai serahan barang kes daripada SP5 kepada SP6 mengenai paket-paket biru tersebut dan kedua-dua mereka telah membuat pengecaman. [32] Seterusnya, isu yang akan dibincangkan adalah mengenai percanggahan keterangan lokasi di mana barang rampasan dalam Kes Pertama dan Kes Kedua ditanda dan sama ada perkara tersebut menyebabkan kekeliruan. Setelah mempertimbang keterangan SP5 dan SP6 serta keterangan barang dadah dan keterangan dokumentar Eksibit P21, P25, **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 24 P31 dan P32, Mahkamah mendapati keterangan mengenai di mana barang rampasan dadah ditanda sama ada Kes Pertama atau Kes Kedua tidak menyebabkan keraguan ke atas identiti dadah yang dikemukakan kepada Mahkamah. Mahkamah ini menekankan bahawa jenis bungkusan dadah dalam kedua-dua rampasan bagi Kes Pertama dan Kes Kedua adalah berbeza. Dalam Kes Pertama, dadah ditemui di dalam plastik lutsinar dan plastik berwarna biru manakala dalam Kes Kedua, dadah dijumpai di dalam beg dan bungkusan bertulis GUANYINWANG serta paket paket plastik. Semua barang kes telah ditanda dengan tandaan yang berbeza dan Mahkamah tidak mendapati terdapat kekeliruan ke atas penandaan yang telah dibuat. [33] Akhirnya, mengenai percanggahan-percanggahan dalam keterangan SP5, Mahkamah ini merujuk kepada beberapa keputusan Mahkamah yang telah memberi garis panduan tentang bagaimana kredibiliti keterangan seseorang saksi dinilai. Antara kes-kes yang dirujuk termasuklah Azaman bin Aziz v. PP [2017] 5 MLJ 510 / [2017] 1 LNS 390, Pathmanabhan a/l Nalliannen v PP & Another Appeals [2017] 4 CLJ 137; [2017] 3 MLJ 141, Md Zainudin Raujan v. PP [2013] 4 CLJ 21; [2013] 3 MLJ 773, Anwar Ibrahim (no 3) [1999] 2 CLJ 215; [1999] 2 MLJ 1 dan PP v. Datuk Haji Harun bin Haji Idris (no 2) [1977] 1 MLJ 15; [1976] 1 LNS 184. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 25 [34] Berpandukan keputusan kes-kes di atas, ianya adalah jelas bahawa:-
subparagraph
(iii) percanggahan keterangan seseorang saksi adalah sesuatu yang lumrah dan boleh berlaku;
subparagraph
(iv) penilaian seseorang saksi adalah termasuk sama ada keterangan saksi semasa disoal balas dan bagaimana keterangan menepati fakta atau keadaan semasa kes adalah konsisten;
v
(v) percanggahan atau keterangan tidak konsisten bukan mengenai sesuatu perkara yang ; dan
subparagraph
(vi) walaupun saksi didapati berbohong tentang sesuatu perkara, ia tidak bermakna keseluruhan keterangan saksi harus ditolak atas dasar ianya tidak boleh dipercayai. [35] Seperti yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan dalam kes Ho Sek Kong v. PP [2011] 6 CLJ 522; [2011] 5 MLJ 359, keterangan saksi hendaklah dipertimbang secara keseluruhan dengan mengambil kira kelemahan-kelemahan yang dibangkitkan:- approach must be whether the evidence of the **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 26 witness read as a whole appears to have a ring of truth. Once that impression is formed, it is undoubtedly necessary for the court to scrutinise the evidence more particularly keeping in view the deficiencies, drawbacks and infirmities pointed out in the evidence as a whole and evaluate them to find out whether it is against the general tenor of the evidence given by the witness and whether the earlier evaluation of the evidence is shaken as to render it unworthy of belief. (See State of U.P. v. M.K Anthony, AIR [1985] Supreme Court 48). The Privy Council has stated that the real tests for either accepting or rejecting the evidence of a witness are how consistent the story is with itself, how it stands the test of cross-examination, and how far it fits in with the rest of the evidence and the circumstances of the [36] Setelah mempertimbang keseluruhan keterangan SP5, walaupun Mahkamah mendapati terdapat kelemahan dari segi ingatan naratif kes namun ianya tidak melibatkan fakta rampasan dadah dalam kedua-dua kes. Mahkamah mendapati naratif mengenai rampasan, penandaan dan pandu arah oleh Tertuduh adalah jelas dan Mahkamah tidak mendapati terputusnya rantaian keterangan. [37] Mengenai isu-isu lain seperti ketiadaan keterangan DNA dan cap jari Tertuduh dalam Kes Pertama, perkara-perkara **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 27 pembuktian kes pendakwaan. [38] Sebagai kesimpulan, Mahkamah mendapati pihak Pendakwaan telah berjaya membuktikan bahawa Tertuduh mempunyai milikan terhadap rampasan dadah dalam kedua-dua kes. Mengenai anggapan perbuatan mengedar dadah berbahaya [39] Oleh kerana Mahkamah mendapati pihak Pendakwaan telah membuktikan elemen milikan, maka berdasarkan berat dadah yang melebihi berat minima untuk satu anggapan perbuatan mengedar dadah berbahaya telah dibangkitkan di bawah Seksyen 37(da) (xvi) ADB terhadap Tertuduh di bawah pertuduhan pertama dalam Kes Pertama dan pertuduhan pertama dalam Kes Kedua. Adalah menjadi beban pembuktian ke atas Tertuduh untuk mematahkan anggapan tersebut di atas imbangan kebarangkalian. KEPUTUSAN DI AKHIR KES PENDAKWAAN [40] Oleh yang demikian, berdasarkan kesemua penilaian dan dapatan yang dihuraikan seperti di atas, Mahkamah mendapati pihak Pendakwaan telah membuktikan elemen-elemen kesalahan bagi setiap pertuduhan terhadap Tertuduh serta terpakainya anggapan perbuatan mengedar dadah **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 28 terhadap Tertuduh. Sebagai kesimpulannya, Mahkamah mendapati pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Tertuduh bagi kedua-dua kes. Tugas Mahkamah ini di akhir kes pembelaan adalah seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 182A Kanun Tatacara Jenayah iaitu untuk mempertimbangkan semua keterangan di hadapan Mahkamah ini dan untuk memutuskan sama ada pihak Pendakwaan telah membuktikan satu kes melampaui keraguan munasabah. Sekiranya pihak Pendakwaan berjaya melepaskan beban tersebut, maka Tertuduh akan disabitkan dengan kesalahan. Namun, sekiranya pihak Pendakwaan gagal melepaskan beban tersebut, maka Mahkamah akan merekodkan satu pelepasan dan pembebasan Tertuduh daripada pertuduhan. Prinsip undang-undang berkenaan tugas Mahkamah adalah seperti yang telah diputuskan di **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 29 dalam kes Balachandran v. PP [2005] 1 CLJ 85; dan Mohamad Radhi bin Yaakob v. PP . Seperti yang telah diputuskan di dalam kes Mohd Radhi bin Yaakob v. PP (supra), untuk mendapatkan pelepasan dan pembebasan seseorang tertuduh hanya perlu menimbulkan keraguan musabah terhadap kes pendakwaan. [44] Keraguan munasabah adalah seperti yang telah diputuskan di dalam kes PP v. Saimin & Ors [1971] 2 MLJ 16; [1971] CLJU 115; [1971] 1 LNS 115, di mana keraguan itu timbul daripada keterangan atau akibat daripada tiadanya keterangan dan bukan keraguan yang bersifat khayalan atau yang diagak-agak. [45] Sama ada keraguan itu berjaya dibangkitkan adalah tertakluk kepada penilaian keterangan yang dikemukakan oleh pihak Pembelaan. Walaupun Tertuduh tidak mempunyai beban undang-undang untuk membuktikan bahawa dia tidak bersalah, namun Tertuduh mempunyai beban keterangan untuk menyokong versi kes pembelaan (lihat keputusan di dalam Sarumathi Rengasamy v. PP [2015] 1 LNS 1519; [2015] CLJU 1519). **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 30 Naratif kes Pembelaan [46] Berdasarkan naratif kes Tertuduh, pada 8.3.2022, seorang individu yang dikenali Tertuduh sebagai Abang Har telah meninggalkan sebuah beg untuk disimpan oleh Tertuduh di rumah Tertuduh. Pada keesokan harinya, Abang Har telah mendesak Tertuduh untuk menghantar beg tersebut kepadanya.
preamble
Menurut Tertuduh, beliau tidak dapat menyerahkan beg tersebut lebih awal kepada Abang Har kerana sibuk dengan urusan lain. Abang Har kemudiannya mengatakan beliau tidak memerlukan beg tersebut tetapi meminta Tertuduh menghantar 2 bungkusan kepada seseorang. Tertuduh berjumpa dengan Abang Har pada jam 5.30 petang. Tertuduh mengatakan dia percaya bahawa bungkusan-bungkusan tersebut ialah minyak rambut kerana dia mengetahui Abang Har menjual minyak rambut. Abang Har menjanjikan upah sebanyak RM300.00 dan kemudiannya Tertuduh menunggu di tepi jalan sepertimana lokasi kejadian dalam pertuduhan di bawah Kes Pertama dan kemudiannya Tertuduh telah ditahan oleh pihak Polis. [47] Selepas Tertuduh ditahan Polis, Tertuduh mengatakan dia Tertuduh mengenali Naim sebagai pelatih di tempat kerja Tertuduh. Naim memberitahu Tertuduh bahawa beg yang dicari oleh Abang Har yang mana disimpan di rumah Tertuduh **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 31 Tertuduh, itu merupakan kali pertama Tertuduh mengetahui mengenai dadah di dalam beg tersebut. Berdasarkan keterangan Tertuduh, dia telah bersetuju untuk menandatangani surat catatan kata-kata amaran untuk mengelakkan keluarganya ditangkap. Hujahan pihak Pembelaan [48] Peguambela Tertuduh menghujahkan bahawa keterangan kes Pembelaan telah berjaya membangkitkan keraguan yang munasabah terhadap kes Pendakwaan berdasarkan pembelaan dan keterangan yang dikemukakan antaranya termasuklah:- a) penama Abang Har bukan merupakan watak yang direka-reka; b) rumah tempat kejadian bagi Kes Kedua boleh diakses oleh pihak lain; c) tidak ada kata-kata amaran diberikan kepada Tertuduh sebelum Tertuduh memandu arah pasukan serbuan ke rumah tempat kejadian di bawah Kes Kedua; dan d) kegagalan Pegawai Penyiasat menyiasat rakaman CCTV di rumah tempat kejadian Kes Kedua sedangkan kata **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 32 kunci atau telah di berikan kepada Pegawai Penyiasat. [49] Keterangan Tertuduh menyatakan kewujudan mengenai penama Abang Har telah dimaklumkan kepada pihak Polis dan Tertuduh juga telah memaklumkan pihak Polis bahawa maklumat Abang Har terkandung dalam telefon Tertuduh yang telah dirampas oleh pihak Polis. Bahkan, menurut Tertuduh, pihak Polis sendiri telah menunjukkan gambar Abang Har kepadanya. Maka, maklumat mengenai Abang Har bukan merupakan sesuatu perkara yang direka-reka dan maklumat mengenai Abang Har telah memuaskan keperluan satu Notis Alcontara yang sah. Maka, adalah menjadi beban pihak Polis untuk menyiasat Abang Har . Kegagalan pihak Polis menyiasat Abang Har telah memprejudis Tertuduh kerana Tertuduh telah menegaskan dia tidak pernah mengetahui bahawa bungkusan-bungkusan dalam Kes Pertama dan beg dalam Kes Kedua mengandungi dadah. Pihak Pembelaan telah merujuk kepada kes-kes seperti Teng Howe Sing v. PP [2009] 3 MLJ 46 dan Alcontara a/l Ambross Anthony v. PP [1996] 1 MLJ 209. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 33 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 34 Hujahan pihak pendakwaan [54] Pihak Pendakwaan pula berhujah bahawa keterangan pihak Pembelaan telah gagal membangkitkan keraguan munasabah terhadap kes Pendakwaan berdasarkan pertimbangan perkara-perkara berikut:- **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 35 a) dibangkitkan di peringkat kes Pendakwaan dan tidak dikemukakan sebagai saksi sokongan kes Pembelaan; b) tidak ada keterangan mencukupi untuk membuktikan c) tidak ada keterangan rakaman CCTV yang dapat telah pergi ke rumah Tertuduh untuk menyerahkan beg untuk disimpan oleh Tertuduh; d) keterangan Tertuduh bahawa dia diupah oleh Abang Har untuk menghantar barang-barang dalam Kes Pertama adalah tidak munasabah; e) keterangan Tertuduh bahawa dia hanya merupakan seorang tidak boleh diterima sebagai benar berdasarkan pertimbangan keterangan Tertuduh tentang bagaimana Abang Ha telah meminta Tertuduh membuat penghantaran barang yang mana permintaan tersebut sudah sepatutnya mengundang pertanyaan pada pihak Tertuduh mengenai jenis barang yang bakal dihantar; dan f) pihak pasukan serbuan tiada motif untuk menganiaya Tertuduh dengan menyorok keterangan CCTV dan **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 36 di dalam kenderaan pihak polis selepas ditangkap di tepi jalan. [55] Antara keputusan yang dirujuk oleh pihak pendakwaan termasuklah: Munuswamy Sundar Raj v. PP [2015] 6 MLJ 214, PP v. Hia Win [1995] 2 SLR 424, PP v. Herlina Purnama Sari [2016] 1 MLJU 1824, Jorge Crespo Gomez v. PP [2020] 8 CLJ 292, Khee Thuan Giap v PP [2019] 4 MLJ 651, Dickson Levy a/l Maria George v. PP [2018] MLJU 98, PP lawan Datuk Haji Harun bin Haji Idris [1977] 1 LNS 92/ [1977] 1 MLJ 180 dan Lim Kah Wan v. PP [1985] 2 CLJ 473. [56] Pada peringkat kes Pembelaan, pihak Pendakwaan tetap mempunyai beban untuk membuktikan kesnya melampaui keraguan yang munasabah (Lihat keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Duis Akim & Ors v. PP [2013] 9 CLJ 692; [2014] 1 MLJ 49 dan PP v. Prabu a/l Nadaraja [2019] MLJU 1125; [2020] 4 CLJ 871; [2019] MLJU 1125). Seperti yang diputuskan didalam kes Wong Chee Tze & Anor v. PP [2016] 1 MLJ 186, tugas Mahkamah di akhir kes Pembelaan adalah hanya untuk menilai sama ada keterangan Tertuduh telah berjaya membangkitkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 37 [57] Ianya adalah menjadi prinsip undang-undang bahawa pembelaan tertuduh hendaklah dikemukakan pada peluang paling awal iaitu semasa peringkat kes pendakwaan supaya pembelaan itu dapat dicabar oleh pihak pendakwaan. Kegagalan berbuat demikian menyebabkan keterangan yang dibangkitkan pertama kali pada peringkat kes Pembelaan dianggap sebagai sesuatu yang difikirkan kemudian (Lihat keputusan Mahkamah Agung dalam kes PP v. Li Lian Chen [1992] 4 CLJ 286, keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Tan Kim Ho v. PP [2009] 3 CLJ 236 dan keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes Megat Halim Megat Omar v. PP [2009] 1 CLJ 154). [58] Walaupun sesuatu kes pembelaan itu adalah lemah dan tidak munasabah, Mahkamah perbicaraan tetap mempunyai tugas untuk menilai pembelaan dan tidak menolaknya sewenang-wenang (lihat Azmer Mustafa v. Public Prosecutor [2014] 8 CLJ 413 CA; [2014] 3 MLJ 616; [2014] 1 LNS 413). [59] Setelah mempertimbangkan hujahan peguambela terpelajar, pihak Pendakwaan serta keterangan saksi pihak Pembelaan, Mahkamah ini membuat penilaian dan dapatan seperti berikut:- **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 38 Mengenai kebolehterimaan keterangan Eksibit P34 [60] Mahkamah merujuk kepada isu ini terlebih dahulu kerana ianya adalah perkara yang telah dibangkitkan di akhir kes Pendakwaan. Sepertimana yang telah diputuskan oleh Mahkamah ini di akhir kes pendakwaan, tiada bantahan telah dibuat oleh pihak Pendakwaan terhadap pengemukaan keterangan ini melalui saksi pendakwaan SP5. Tiada cabaran dibuat terhadap kebolehterimaan keterangan tersebut atas faktor sama ada kata-kata amaran sebenarnya telah diberikan, sama ada kata-kata tersebut mencukupi untuk memberi kefahaman kepada Tertuduh mengenai kesan dan akibat memberi apa-apa kenyataan selepas kata-kata-kata amaran diberikan atau sama ada kenyataan Tertuduh telah diberikan secara paksa atau di bawah pengaruh yang tidak wajar. Tiada permohonan daripada pihak Pembelaan untuk satu perbicaraan dalam perbicaraan diadakan untuk menentukan kebolehterimaan keterangan dokumen tersebut. Oleh yang demikian, Mahkamah ini berpendapat bahawa Tertuduh tidak boleh pada peringkat ini membangkitkan semula isu Eksibit P34 itu. Mengenai perlakuan Tertuduh dan pengetahuan Tertuduh [61] Seterusnya, berkenaan dengan perkara mengenai sama ada perlakuan Tertuduh sepanjang tangkapan dan penafiannya yang konsisten menunjukkan Tertuduh tidak mempunyai **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 39 pengetahuan ke atas dadah dalam Kes Kedua, pada hemat Mahkamah ini, Eksibit P34 dengan sendirinya menyangkal dakwaan Tertuduh. Tertuduh telah mempunyai peluang paling terawal semasa kenyataan dalam Eksibit P34 dirakamkan untuk mendedahkan identiti Abang Har sebagai orang yang telah menyerahkan beg itu kepada Tertuduh tetapi Tertuduh gagal berbuat demikian. [62] Pada waktu itu, Tertuduh boleh menyatakan peranan Abang Har tetapi sebaliknya Tertuduh mendakwa Eksibit P34 ditandatangani hanya untuk menyelamatkan keluarganya daripada ditangkap pihak Polis. Bukankah lebih mudah untuk Tertuduh menyelamatkan bukan sahaja keluarganya tetapi lebih penting lagi dirinya sendiri dengan menamakan Abang Har dalam rakaman percakapan tersebut sebaik sahaja Tertuduh ditangkap? Kegagalan Tertuduh berbuat demikian hanya menyokong kes Pendakwaan bahawa Tertuduh sebenarnya mempunyai pengetahuan mengenai dadah di dalam beg tersebut dan hanya Tertuduh yang mempunyai kawalan dan jagaan ke atasnya. [63] Penilaian yang dibuat oleh Mahkamah di atas sekali gus menolak kebenaran mengenai peranan watak Abang Har dalam tangkapan terhadap Tertuduh. Bukan sahaja kerana nama tersebut tidak dibangkitkan semasa kes Pendakwaan **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 40 tetapi lebih penting lagi, Tertuduh telah gagal menamakan Abang Har semasa Eksibit P34 dirakam. Kenyataan Tertuduh bahawa tiada sesiapa yang mengetahui tentang beg yang mengandungi dadah itu dengan sendirinya telah mengecualikan Abang Har sebagai orang yang bertanggungjawab ke atas beg berkenaan. Walaupun soalan yang dikemukakan oleh Pegawai Penyiasat adalah tentang pengetahuan orang lain yang berada di dalam rumah tersebut, sudah pasti Tertuduh boleh sahaja mendedahkan tentang Abang Har tetapi Tertuduh tidak berbuat demikian. Lebih penting lagi, dalam Eksibit P34(e) Tertuduh mengesahkan dia mengakui dadah disimpan di rumahnya. Perkara ini dengan sendirinya menyangkal penafian Tertuduh mengenai pengetahuannya tentang dadah tersebut. [64] Oleh itu, pengetahuan Tertuduh terhadap dadah di dalam beg dan perbuatannya menyimpan beg tersebut di bilik ketiga rumah tempat kejadian jelas menunjukkan kuasa kawalan dan jagaan Tertuduh ke atas beg mengandungi dadah tersebut. Mengenai rakaman percakapan Tertuduh [65] Walau bagaimanapun, dalam menjalankan tugas bagi menilai keterangan kes pembelaan, Mahkamah perlu juga mempertimbang keterangan rakaman percakapan Tertuduh di bawah Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah yang telah dikemukakan melalui Tertuduh dan ditandakan sebagai eksibit **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 41 D42. Dalam dokumen tersebut, Tertuduh telah sebagai individu yang sama dengan Abang Har . Ianya adalah jelas bahawa nama tersebut dibangkitkan pada pertama kali hanya pada 11.3.2022 semasa rakaman percakapan dibuat tetapi tidak dibangkitkan semasa Eksibit P34 dirakam 2 hari sebelum itu. [66] Setelah mempertimbang keterangan Penyata Saksi dan lisan Tertuduh, Eksibit P34 serta Eksibit D42, Mahkamah mendapati keterangan Tertuduh mengenai Abang Har gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes Pendakwaan. Mahkamah mendapati dakwaan Tertuduh bahawa gambar Abang Har telah ditunjukkan kepadanya oleh Pegawai Polis untuk pengecaman dan maklumat nombor Abang Har ada dalam telefon bimbit yang dirampas oleh pihak polis adalah dakwaan yang tidak disokong oleh keterangan lain. Perkara mengenai nombor telefon Abang Har dalam telefon bimbit yang dirampas oleh pihak Polis tidak pernah dibangkitkan di peringkat kes Pendakwaan. Selain itu, Mahkamah telah menyemak Laporan Polis iaitu Eksibit P29 dan P30 serta borang geledah dalam Eksibit P31 dan P32 menunjukkan tidak ada rampasan telefon bimbit dibuat. [67] Mahkamah mendapati pengakuan Tertuduh dalam Eksibit P34 bahawa dia ada meyimpan dadah di rumahnya bercanggah secara langsung dengan penafiannya dalam rakaman **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 42 percakapan iaitu Eksibit D42 dan percanggahan tersebut tidak membantu Tertuduh dalam mengemukakan satu pembelaan yang kredibel dan dapat menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan. Mengenai keterangan CCTV [68] Berdasarkan semua pertimbangan yang dihuraikan di atas, Mahkamah tidak mendapati isu kegagalan Pegawai Penyiasat memeriksa CCTV untuk menentukan kehadiran Abang Har di rumah tempat kejadian dalam Kes Kedua sehari sebelum Tertuduh ditangkap adalah bermerit. Meskipun pihak Pendakwaan gagal mengemukakan keterangan CCTV, Tertuduh mempunyai peluang untuk melepaskan beban pembuktian untuk menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan dengan mengemukakan keterangan CCTV tersebut. Mahkamah merujuk kepada Seksyen 103 Akta Keterangan yang memperuntukkan bahawa beban pembuktian terletak kepada pihak yang menginginkan Mahkamah untuk mempercayai kewujudan sesuatu fakta. Maka, oleh disebabkan Tertuduh ingin Mahkamah ini untuk percaya dengan kehadiran Abang Har bersama beg berisi dadah di rumah sehari sebelum tangkapan, maka Tertuduh mempunyai beban pembuktian keterangan (evidentiary burden) untuk membuktikan kesnya. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 43 [69] Mengambilkira pertimbangan terhadap perkara-perkara di relevan dalam menilai keterangan Tertuduh mengenai pengetahuannya terhadap beg di rumah kejadian dalam Kes Kedua. Mahkamah ini tidak menerima sebagai benar bahawa Tertuduh hanya menyedari bahawa beg tersebut mengandungi dadah hanya setelah dimaklumkan oleh Naim di dalam kereta pihak Polis selepas ditangkap berkaitan Kes Pertama. Soal siasat terhadap Tertuduh berlaku di Balai Polis Banda Hilir, Melaka pada jam 8.30 malam. Maka, pada ketika itu Tertuduh boleh juga mendedahkan apa yang dikatakan oleh Naim untuk menyokong dakwaannya mengenai Abang Har tetapi Tertuduh juga gagal berbuat demikian. Mengenai barang dadah di dalam Kes Pertama [70] Setelah mempertimbangkan semua keterangan yang dikemukakan, Mahkamah ini juga tidak mendapati Tertuduh berjaya membangkitkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan di bawah Kes Pertama. Berdasarkan pertimbangan semua keterangan, Mahkamah ini mendapati hanya Tertuduh yang mempunyai kawalan dan jagaan serta pengetahuan ke atas 2 bungkusan yang dijumpai pada badan Tertuduh dan beg silang di bawah Kes Pertama. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 44 [71] Seterusnya, Mahkamah meneliti dakwaan Tertuduh bahawa Abang Har telah mengupahnya dengan jumlah RM300.00 untuk menghantar 2 bungkusan yang mana Tertuduh mempercayai sebagai minyak rambut. Persoalannya, adakah munasabah untuk satu upahan bernilai RM300.00 dibayar kepada Tertuduh hanya untuk menyerahkan 2 bungkusan di tepi jalan di tempat kejadian dalam Kes Pertama. Tertuduh sepatutnya mengesyaki sesuatu yang mencurigakan apabila Abang Ha tidak menghantar barang tersebut sendiri dan sanggup mengupah Tertuduh dengan bayaran RM300.00. Maka, Mahkamah menolak dakwaan bahawa Tertuduh hanya merupakan seorang . Mahkamah tidak mendapati Tertuduh memuaskan ujian sepertimana yang dibincangkan dalam kes Munuswamy Sundar Raj v. Public Prosecutor [2015] 6 MLJ 214 dan Venkatesan Chinnasami v. Public Prosecutor [2011] 1 LNS
section
1736. KESIMPULAN [72] Berdasarkan pertimbangan dan dapatan semua perkara termasuklah segala keterangan yang dikemukakan, Mahkamah mendapati Tertuduh telah gagal melepaskan beban keterangannya untuk membangkitkan keraguan yang munasabah terhadap isu milikan Tertuduh yang mana Tertuduh mempunyai jagaan atau kawalan serta pengetahuan ke atas dadah yang menjadi inti pertuduhan dalam kedua-dua kes. Di **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 45 samping itu, setelah Mahkamah mengambilkira keseluruhan keterangan Tertuduh, Mahkamah juga mendapati Tertuduh telah gagal di atas imbangan kebarangkalian mematahkan anggapan perbuatan pengedaran dadah di bawah Seksyen 37(da) ADB 1952 bagi semua pertuduhan dalam kedua-dua kes. [73] Setelah menilai keseluruhan keterangan seperti yang dikehendaki di bawah Seksyen 182A Kanun Tatacara Jenayah dan berpandukan kepada keputusan di dalam kes Mohamad Radhi bin Yaakob v. PP [1991] 3 MLJ 169; [1991] 3 CLJ 2073, Mahkamah mendapati bahawa Tertuduh telah gagal membangkitkan keraguan yang munasabah terhadap kes Pendakwaan. Oleh yang demikian, pihak Pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes melampaui keraguan yang munasabah terhadap Tertuduh di bawah setiap pertuduhan bagi Kes Pertama dan Kes Kedua. KEPUTUSAN [74] Dengan itu, Tertuduh disabitkan dengan kesalahan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) Akta yang sama untuk kesalahan di bawah pertuduhan pertama dalam Kes Pertama iaitu MA-45A-20-07/2022 bagi kesalahan mengedar dadah berbahaya jenis Methamphetamine seberat 68.69 gram dan seterusnya pertuduhan pertama dalam Kes Kedua bagi **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 46 kesalahan mengedar dadah berbahaya jenis Methamphetamine seberat 542 gram. [75] Manakala, bagi pertuduhan kedua di bawah Kes Pertama, Mahkamah juga mensabitkan Tertuduh dengan pertuduhan di bawah Seksyen 12(2) ADB 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 12(3) ADB untuk kesalahan memiliki dadah berbahaya jenis Methamphetamine seberat 0.27 gram dan Tertuduh selanjutnya turut disabitkan dengan pertuduhan ketiga dalam Kes Pertama di bawah Seksyen 12(2) ADB 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(1) Akta yang sama bagi kesalahan memiliki dadah berbahaya jenis Methamphetamine seberat 12.57 gram. [76] Selain itu, dalam Kes Kedua, Mahkamah juga mensabitkan Tertuduh dengan pertuduhan kedua di bawah Seksyen 12(2) ADB 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(1) Akta yang sama untuk kesalahan memiliki dadah berbahaya jenis Methamphetamine seberat 24.91 gram. HUKUMAN [77] Bagi tujuan mitigasi terhadap hukuman, pihak Pembelaan telah memohon agar hukuman pemenjaraan paling minima bermula dari tarikh tangkap dijatuhkan terhadap Tertuduh atas alasan Tertuduh telah berkahwin dan mempunyai 3 orang **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 47 anak. Selain itu, Tertuduh merupakan penanggung tunggal yang menyara keluarganya. Pada masa yang sama, pihak Pembelaan turut memohon agar pelaksanaan hukuman sebatan digantung sementara permohonan rayuan difailkan. [78] **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 48 Setelah mendengar dan mempertimbangkan hujahan-hujahan pihak-pihak, Mahkamah mendapati fakta di dalam kes ini tidak menyokong kewajaran hukuman mati dijatuhkan kepada Tertuduh. Mahkamah ini telah memberikan pendapatnya di dalam kes PP v. Umapathi Ganesan [2023] 9 CLJ 625 bahawa hukuman mati lebih wajar dijatuhkan di dalam kes yang sangat serius berdasarkan faktor-faktor yang telah digariskan di dalam kes tersebut. [80] Terdapat permohonan daripada pihak Pendakwaan agar Mahkamah ini harus menjatuhkan hukuman pemenjaraan secara konsekutif dan bukan serentak. Mahkamah berpendapat walaupun barang dadah dijumpai di 2 tempat yang berasingan namun, tangkapan Tertuduh di bawah Kes Pertama telah membawa kepada rampasan dadah di bawah Kes Kedua. Selain itu, jenis dadah di bawah kedua-dua kes merupakan jenis yang sama iaitu Methamphetamine. Oleh yang demikian, Mahkamah tidak mendapati kedua-dua kes merupakan 2 kes yang berbeza dan tidak terkait. Maka, Mahkamah tidak bersetuju bahawa hukuman pemenjaraan secara konsekutif wajar dijatuhkan terhadap Tertuduh. [81] Setelah mendengar hujahan mitigasi oleh pihak Pembelaan dan hujahan pemberatan oleh pihak Pendakwaan, Mahkamah menjatuhkan hukuman terhadap Tertuduh seperti berikut:- **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 49 a) Bagi setiap pertuduhan di bawah Seksyen 39B(1)(a) ADB yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) Akta yang sama, Mahkamah menjatuhkan hukuman pemenjaraan selama 30 tahun dan 12 kali sebatan; b) Bagi pertuduhan kedua dan ketiga dalam Kes Pertama iaitu kesalahan di bawah Seksyen 12(2) ADB yang boleh dihukum di bawah Seksyen 12(3) ADB dan kesalahan di bawah Seksyen 12(3) ADB yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(1) ADB, Tertuduh dijatuhkan hukuman pemenjaraan selama 2 tahun dan 3 kali sebatan bagi setiap pertuduhan tersebut; c) Bagi pertuduhan kedua dalam Kes Kedua yang mana melibatkan kesalahan di bawah Seksyen 12(2) ADB yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(1) ADB, hukuman pemenjaraan selama 2 tahun dan 3 kali sebatan dijatuhkan terhadap Tertuduh; dan **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 1 Timbalan Pendakwa Raya : Tuan Mohd Asri Bin Abd Rahman Sidik Timbalan Pendakwa Raya Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Melaka, Aras 2 Wisma Persekutuan Jalan Business City Bandar MITC, 75450 Ayer Keroh, MITC, Melaka. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.