Content
DI DALAM MAHKAMAH SESYEN DI TELUK INTAN DALAM NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN KES JENAYAH NOMBOR AC-62JSK-27-10/2025 PP V. MUHAMMAD YUSOF BIN MOHAMAD ABDUL RAHMAN
AC-62JSK-27-10/2025
Sessions Court of Malaysia15 Jan 2026
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
DI DALAM MAHKAMAH SESYEN DI TELUK INTAN DALAM NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN KES JENAYAH NOMBOR AC-62JSK-27-10/2025 PP V. MUHAMMAD YUSOF BIN MOHAMAD ABDUL RAHMAN
1
1.1 Tertuduh di dalam kes ini telah dituduh di bawah seksyen 14(b) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, atas kesalahan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun 10 bulan, yang merupakan anak tiri tertuduh sendiri dengan cara menyuruh mangsa menghisap kemaluan tertuduh.
1
1.2 Tertuduh pada mulanya tidak mengaku salah, namun pada tarikh 15 Januari 2026, tertuduh menukar pengakuan beliau kepada suatu pengakuan bersalah.
1
1.3 Mahkamah ini telah menerima pengakuan salah tertuduh dan telah menjatuhkan hukuman penjara selama lapan (8) tahun bermula dari tarikh sabitan, dan sebagai tambahan di bawah seksyen 16 Akta yang sama, penjara selama dua (2) tahun berjalan secara berasingan, dan dua (2) kali sebatan. Tertuduh juga diperintahkan untuk menjalani sesi kaunseling di bawah seksyen 26 dan diletakkan di bawah pengawasan polis selama satu
1
tahun di bawah seksyen 27 Akta yang sama.
2
2.1 Tertuduh memberitahu bahawa beliau berumur 41 tahun, dan sebelum ditahan, bekerja sebagai seorang tukang rumah. Beliau menanggung seorang isteri, dua (2) orang anak dan isteri tertuduh merupakan seorang suri rumah yang tiada pendapatan yang tetap. Tertuduh juga memberitahu bahawa beliau menanggung ibubapa beliau yang sudah uzur.
2
2.2 Pengakuan salah tertuduh telah jimatkan masa dan kos mahkamah.
2
2.3 Tertuduh menyesal dengan apa yang telah berlaku dan berjanji akan berubah.
2
2.4 Tertuduh memohon suatu hukuman pemenjaraan dan sebatan minimum.
3
3.1 Ini adalah kesalahan serius, di mana mangsa adalah anak tiri tertuduh sendiri. Tertuduh mempunyai hubungan amanah dengan mangsa, dan beliau diberikan kepercayaan untuk melindungi anak tersebut tetapi tertuduh bukan sahaja telah mengkhianati kepercayaan mangsa, namun juga ibu mangsa untuk menjaga dan melindungi kanak-kanak itu.
3
3.2 Mahkamah mesti mengambilkira kepentingan awam – suatu mesej yang jelas perlu dihantar kepada awam bahawa pihak mahkamah tidak memandang enteng dan berkompromi dengan kesalahan seksual sebegini.
3
3.3 Tertuduh pada masa ini sedang menjalani hukuman bagi kesalahan seksual lain.
4
4.1 Mahkamah telah mempertimbangkan faktor-faktor berikut dalam menentukan hukuman ke atas tertuduh: a) Kesalahan seksual terhadap kanak-kanak adalah suatu kesalahan yang semakin kerap dilakukan, dan suatu hukuman yang berat mestilah dijatuhkan ke atas pesalah-pesalah. b) Tertuduh mempunyai hubungan amanah dengan mangsa. Beliau sepatutnya adalah orang yang diharapkan untuk melindungi mangsa, namun sebaliknya berlaku di mana tertuduh telah menjadi pemangsa yang menjadikan anak tiri beliau sendiri sebagai habuannya. c) Tertuduh sendiri telah mengakui bahawa beliau pada masa sabitan sedang menjalani suatu hukuman lain bagi kesalahan seksual namun ke atas mangsa yang berlainan. Jelas sekali, tertuduh adalah seorang pemangsa seksual, dan kesalahan yang dilakukannya ke atas mangsa kanak-kanak bukanlah suatu kesalahan yang dilakukan sekali sahaja, kerana ia juga dilakukan ke atas mangsa lain. d) Tiada sebab untuk mahkamah menjatuhkan hukuman penjara bermula dari tarikh tangkapan, kerana hukuman yang dijalani oleh tertuduh sekarang adalah untuk kesalahan yang lain.
4
4.2 Setelah mempertimbangkan alasan-alasan di atas, mahkamah ini telah menjatuhkan hukuman tersebut ke atas tertuduh. NORHAMIZAH BINTI SHAIFFUDDIN MAHKAMAH SEKSYEN TELUK INTAN 2 TELUK INTAN, PERAK Disediakan pada 26 Januari 2026
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.