1
MUHAMMAD YUSOF BIN MOHAMAD ABDUL RAHMAN (OKT) telah dituduh melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 376(2) Kanun Kesiksaan. Pada awalnya OKT telah dituduh di mahkamah ini pada tahun 2017 dengan no. kes AG-62JS-4-08/2017.
AG-62JS-1-10/2024
Sessions Court of Malaysia23 Jul 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“(d) Rekod kesalahan lampau – jenis kesalahan yang sama. (Rujuk kepada kes Mahkamah Persekutuan Mohd Abdullah Ang Swee Keng v. PP [1987] CLJ 209 (Rep); [1987] 2 CLJ 405 ) [56] Untuk melihat keseriusan kesalahan yang telah dilakukan oleh OKT, fakta kes yang dibentangkan oleh pihak pendakwaan haruslah diperhalusi (Usman B”
“1987] 2 CLJ 405 ) [56] Untuk melihat keseriusan kesalahan yang telah dilakukan oleh OKT, fakta kes yang dibentangkan oleh pihak pendakwaan haruslah diperhalusi (Usman Bin Jumasan v Public Prosecutor [2016] MLJU 1362). Bagi kes ini, fakta kes telahpun dibentangkan di sepanjang perbicaraan kes ini yang mana mangsa sendir”
“ur saksi-saksi semasa memberi keterangan dan kelebihan ini membuatkan mahkamah bicara berupaya menentukan apakah hukuman yang seadilnya untuk dijatuhkan ke atas OKT. Kes Norsharizan bin Junaidi v. PP [2016] MLJU 465 menyatakan seperti berikut: "[9] In any event, sentencing is an exercise of discretion by the trial Judg”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
1
MUHAMMAD YUSOF BIN MOHAMAD ABDUL RAHMAN (OKT) telah dituduh melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 376(2) Kanun Kesiksaan. Pada awalnya OKT telah dituduh di mahkamah ini pada tahun 2017 dengan no. kes AG-62JS-4-08/2017.
2
Pertuduhan yang dirangka ke atas OKT adalah seperti berikut: PERTUDUHAN Bahawa kamu pada 14.08.2017 jam lebih kurang 1.00 pagi bertempat berhampiran Jambatan Victoria Karai, di dalam Daerah Sungai Siput Utara, di dalam negeri Perak, telah merogol Norazmah Binti Mat Hassan, KPT: 831107-08-5188 dan pada masa segera sebelum itu meletakkannya dalam ketakutan kecederaan kepadanya. Oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 376(2) Kanun Keseksaan.”
3
OKT tidak mengaku salah ke atas pertuduhan yang dikemukakan dan minta untuk dibicarakan. OKT diwakili oleh peguambela En Varpal Singh. Perbicaraan penuh telah dijalankan sehingga pihak pendakwaan menutup kes. Namun begitu, semasa tarikh keputusan di akhir kes pendakwaan yang ditetapkan pada
28
28.8.2018, OKT tidak hadir ke mahkamah. Peguambela juga telah cuba menghubungi OKT tetapi gagal. Setelah beberapa kali Waran Tangkap tidak berjaya dilaksanakan, mahkamah telah melepas dan membebaskan OKT dan wang jaminan telah dirampas setelah penjamin disoal balas atas kegagalan mengemukakan OKT ke mahkamah. [4] Kemudiannya pada 15/10/2024 OKT telah berjaya ditangkap dan dituduh semula di mahkamah. Timbalan Pendakwaraya telah memohon kes AG-62JS-4-08/2017 dihidupkan semula mengikut peruntukan Seksyen 24A Kanun Tatacara Jenayah dan juga memohon agar keterangan saksi saksi yang lepas di dalam kes AG- 62JS-4-08/2017 diguna pakai untuk kes ini. Mahkamah ini telah membenarkan permohonan Timbalan Pendakwaraya. [5] Mahkamah telah membacakan keputusan di akhir kes pendakwaan kepada OKT yang mana mahkamah memutuskan bahawa satu kes prima facie telah berjaya dibuktikan terhadap OKT dan OKT telah diperintahkan untuk membela diri. OKT juga telah diberi peluang untuk melantik peguam dan mahkamah juga telah menulis kepada pihak Yayasang Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) tetapi tidak ada peguam yang hadir untuk mewakili OKT. OKT juga mengatakan bahawa dia akan membela diri sendiri. [6] OKT telah memberikan keterangan bela diri secara bersumpah dan tidak mengemukakan saksi lain untuk menyokong keterangannya. Di akhir kes pihak pembelaan, Mahkamah telah mensabitkan OKT bersalah ke atas pertuduhan dan seterusnya OKT telah dikenakan hukuman penjara selama 12 tahun dari tarikh sabitan dan 2 kali sebatan rotan. OKT juga diperintahkan untuk diletakkan di bawah pengawasan polis selama 2 tahun sebaik sahaja selesai menjalani hukuman penjara dan juga diperintahkan untuk menjalani sesi kaunseling semasa berada di dalam penjara. [7] Kini mahkamah mengemukakan alasan-alasan yang membawa kepada keputusan tersebut. ALASAN PENGHAKIMAN Kes Pendakwaan [8] Adalah prinsip undang-undang yang jelas bahawa di akhir kes pendakwaan, mahkamah perlu membuat keputusan samada pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes prima facie terhadap OKT berdasarkan keterangan-keterangan lisan dan dokumentari yang dikemukakan oleh saksi-saksi ini. (Seksyen 173(f) Kanun Tatacara Jenayah) [9] Hakim Mahkamah Rayuan, Gopal Sri Ram di dalam kes Looi Kow Chai v Public Prosecutor [2003] 2 MLJ 65, telah menjelaskan mengenai maksud prima facie di dalam keputusannya. “It therefore follows that there is only one exercise that a judge sitting alone under s 180 of the CPC has to undertake at the close of the prosecution case. He must subject the prosecution evidence to maximum evaluation and to ask himself the question: If I decide to call upon the accused to enter his defence and he elects to remain silence, am I prepared to convict him on the totality of the evidence contained in the prosecution case? If the answer is in the negative then no prima facie case has been made out and the accused would be entitled to an acquittal.” [10] Seterusnya di dalam keputusan Mahkamah Persekutuan di dalam kes Balachandran v Public Prosecutor [2005] 2 MLJ 301, maksud prima facie telah dijelaskan seperti berikut: “A prima facie case is therefore one that is sufficient for the accused to be called upon to answer. This in turn means that the evidence adduced must be such that it can be overthrown only by evidence in rebuttal. [11] Nas-nas ini menunjukkan bahawa di peringkat pendakwaan lagi, pihak pendakwaan bertanggungjawab membuktikan sepenuhnya elemen pertuduhan kerana sekiranya OKT memilih untuk berdiam diri, maka mahkamah boleh mensabitkan OKT bersalah berdasarkan keterangan keterangan yang ada semasa kes pendakwaan. [12] Oleh itu apakah keterangan yang perlu mahkamah pertimbang dan nilaikan untuk membolehkan mahkamah membuat keputusan samada pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes prima facie terhadap OKT? Mahkamah merujuk kepada peruntukan di bawah Seksyen 173 (h) (iii) Kanun Prosedur Jenayah yang menyatakan seperti berikut:
III
(iii) For the purpose for subparagraphs (i) and (ii), a prima facie case is made out against the accused where the prosecution has adduced credible evidence proving each ingredient of the offence which if unrebutted or unexplained would warrant a conviction; [13] Di dalam kes Balachandran V PP juga, Hakim Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa: “In order to make a finding either way the court must, at the close of the case for the prosecution, undertake a positive evaluation of the credibility and reliability of all the evidence adduced so as to determine whether the elements of the offence have been established.” [14] Oleh itu bagi menentukan samada pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes prima facie ke atas OKT, mahkamah perlu merujuk kepada elemen pertuduhan yang perlu dibuktikan oleh pihak pendakwaan. OKT di dalam kes ini telah dituduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan yang mana akta tersebut menyatakan:
376
376.
2
Whoever commits rape on a woman under any of the following circumstances: …
b
at the time of, or immediately before or after the commission of the offence, puts her in fear of death or hurt to herself or any other person; … shall be punished with imprisonment for a term of not less than * ten years and not more than thirty years and shall also be liable to whipping. [15] Oleh itu untuk membuktikan satu kes prima facie terhadap OKT, pihak pendakwaan perlu membuktikan elemen elemen berikut: a. OKT telah merogol mangsa; b. Mangsa tidak memberikan keizinan; dan c. OKT telah memaksa dan mendatangkan ketakutan kepada mangsa dengan mengugut untuk mencederakan mangsa. [16] Saksi saksi berikut telah dipanggil oleh pihak pendakwaan untuk membuktikan pertuduhan: SP1: Norazmah binti Mat Hassan, mangsa SP2: Kamariah binti Ismail, ibu mangsa SP3: Jennifer a/p Arokiasamy, Pegawai Perubatan SP4: Lans Koperal Saifol Adha bin Ahmad, anggota peronda SP5: Baharuddin bin Haji Hassan, Pegawai Forensik SP6: Insp. Mohd Othman bin Ismail, Pegawai Tangkapan SP7: Kpl Muhamat Saiful Nizam Jamaludin, Jurufoto SP8: Insp. Mohamad Faiz bin Mohamad, Pegawai Kawad Cam SP9: Nor Alfarizan binti Mokhtaruddin, Pegawai Sains SP10: Vikneswaran a/l S S Chendirasagaram, Pegawai Perubatan SP11: Inspektor G/24538 Inspektor Nurseha binti Baharudin, Pegawai Penyiasat OKT telah merogol mangsa tanpa keizinan mangsa [17] Untuk memahami maksud rogol, peruntukan di bawah Seksyen 375 Kanun Kesiksaan adalah dirujuk: Rape 375. A man is said to commit “rape” who, except in the case hereinafter excepted, has sexual intercourse with a woman under circumstances falling under any of the following descriptions:
a
against her will;
b
without her consent … Explanation—Penetration is sufficient to constitute the sexual intercourse necessary to the offence of rape. [18] Seksyen 375 menjelaskan bahawa sekiranya ada penetrasi berlaku iaitu ada kemasukan zakar lelaki ke dalam zakar perempuan, maka satu hubungan seks telah berlaku. [19] Oleh kerana mangsa di dalam kes ini adalah seorang dewasa, maka pihak pendakwaan perlu membuktikan bahawa mangsa tidak memberikan keizinan dan tidak merelakan perbuatan OKT yang telah memasukkan zakarnya ke dalam kemaluan mangsa. [20] Bagi membuktikan fakta ini, keterangan penting adalah daripada keterangan pengadu yang juga adalah mangsa di dalam kes ini. Ringkasan keterangan Pengadu adalah seperti berikut: a. Semasa hari kejadian Pengadu berumur 35 tahun. b. Pengadu mula mengenali OKT melalui aplikasi Beetalk pada tarikh yang sama dengan hari kejadian. c. OKT yang mulakan perkenalan (add) pengadu di aplikasi Beetalk. d. Di aplikasi Beetalk, OKT menggunakan nama Irwan. Tetapi nama ID adalah Mohd Yusof. Ada gambar OKT bersama pakciknya di profile. e. Pengadu accept OKT sebagai kawan di Beetalk. f. OKT ingin berkenalan dan mengajak pengadu keluar minum minum. g. Pengadu kata dia tidak ada kereta dan meminta OKT datang ambil. h. OKT terus keluar dan ambil pengadu di depan bus stop Kampung Tasik Raban. h. Pengadu anggarkan OKT sampai dalam jam 10 malam lebih. i. OKT datang naik kereta kancil warna putih, nombor plet tak tengok. j. Pengadu naik kereta OKT dan mereka pergi makan. Di kawasan itu ada kedai makan di Bukit Bunga tetapi OKT cakap ingin pergi jauh sikit dan OKT bawa kereta laju sampai Bukit Berapit. k. OKT bawak kereta laju, tidak berhenti di kedai-kedai tepi jalan. Kemudian OKT berhenti di satu kedai makan yang pengadu tidak tahu nama kedai di kawasan Taiping atau Kuala Kangsar. l. Selepas makan pengadu ingin balik tetapi OKT cakap nak lepak-lepak dulu nanti dia hantar balik. m. Lepas tu OKT masuk ke lorong tepi Sungai Perak dan parking kereta tepi sungai. n. Pengadu ada cakap pada OKT yang dia tak boleh lama lama sebab nanti mak risau tapi OKT kata nanti dulu dan dia tak akan buat apa apa. o. Mereka berdua sembang-sembang baik, elok elok di situ. Pengadu tengok jam sudah pukul 12.00 malam. Pengadu ingin balik. OKT kata kejap lagi, kejap lagi. p. Pengadu pegang handphone sebab takut OKT rampas. Pengadu nak balik dan OKT dah mula marah. Suara OKT mula meninggi. Pengadu rasa takut dan pegang handphone. q. Kemudian OKT kata “awak datang ke tempat saya sekarang.” r. Pada masa itu pengadu duduk di sebelah OKT, di kerusi penumpang. s. Kemudian OKT keluar dari kereta dan pergi ke arah Pengadu. OKT tarik tangan pengadu lepas buka pintu kereta sebelah pengadu. t. OKT tarik dan bawa pengadu ke seat belakang melalui pintu sebelah kanan belakang. u. Kemudian OKT tolak pengadu di bahagian bahu menggunakan kedua-dua tangan dia dan pengadu jatuh terlentang atas seat belakang. v. Kemudian OKT buka baju dia. Masa itu OKT di luar kereta dekat dengan pintu kereta. Kemudian OKT buka seluar dia lepas tu dia buka dan tarik seluar pengadu sampai habis sebelah kanan. OKT juga buka seluar dalam pengadu. w. Pengadu melawan dan tahan tangan di perut OKT sebab masa dia nak masuk tu sakit. x. Pengadu mengatakan dia tak rela, dia dipaksa dan diugut. y. OKT kata dia nak bantai pengadu dengan kayu dan OKT cakap dia nak panggil beberapa orang di kawasan itu untuk rogol pengadu depan belakang. z. OKT telah kangkangkan kaki pengadu, OKT mengadap muka pengadu. OKT raba-raba buah dada pengadu dan telah mencium pengadu di leher. OKT juga telah masukkan zakarnya ke dalam kemaluan pengadu. [21] Kisah hitam di dalam hidup pengadu masih tidak tamat di situ. Selepas OKT selesai melampiaskan nafsunya, dia masih tidak melepaskan pengadu. Malah OKT meminta untuk melakukan hubungan seks sekali lagi kerana tidak puas. Pengadu yang ketakutan terpaksa berlakon bersetuju dengan kehendak OKT tetapi dalam masa yang sama beliau cuba mencari jalan untuk melepaskan diri. Selepas mengambil beg tangannya, pengadu mengikuti langkah OKT yang menuju ke sebatang pokok besar di tepi sungai. Apabila pengadu merasakan ada peluang untuk dia melarikan diri, pengadu telah berlari ke jalan besar. Tetapi malangnya OKT telah berjaya menangkap pengadu dan menolaknya ke jalan. [22] Pengadu menjerit kuat dan OKT melepaskan pengadu dan terus berlalu pergi dari situ dan meninggalkan pengadu keseorangan di kawasan gelap itu. Pengadu terus menyembunyikan diri di bawah jambatan dan segera menelefon ibunya. Dia meminta ibunya menelefon polis untuk datang menyelamatkannya. Pengadu menunggu polis di situ tetapi kerana agak lama, pengadu pun berjalan ke luar sehingga sampai ke Sekolah Kebangsaan Karai. Pengadu tunggu di situ sehingga ada anggota polis yang datang menyelamatkannya dan membawanya ke Balai Polis Karai. Di balai polis, pengadu membuat laporan polis iaitu Karai Rpt 163/17 (P1). [23] Semasa kejadian ini berlaku, hanya mangsa dan OKT sahaja yang berada di tempat kejadian. Tidak ada saksi mata lain yang melihat sendiri kejadian yang berlaku. Oleh itu mahkamah akan bergantung kepada keterangan mangsa dan keterangan saksi saksi lain seperti pakar perubatan, ibu mangsa, anggota polis yang menyelamatkan mangsa dan pegawai penyiasat kes untuk menentukan dan menimbangkan samada kejadian rogol itu benar benar berlaku atau satu rekaan mangsa semata mata. [24] Ibu mangsa (SP2) telah mengesahkan bahawa anaknya (pengadu) ada menelefonnya pada tarikh kejadian dalam jam 2 pagi. Keterangan SP2 adalah seperti berikut: S: Pada 13.8.2017, waktu malam, Norazmah tinggal di mana? J: Tinggal di rumah saya. S: Apa yang berlaku? J: Masa tu dia duduk dalam bilik. Dia bersiap pakai baju. Makcik tanya adik nak ke mana? Dia cakap nak keluar nak jumpa kawan. Kawan ajak nak pergi makan. Makcik pesan jangan keluar lama sebab hujan. S: Kemudian? J: Dia keluar juga dan minta payung sebab hujan. Masa tu lebih kurang pukul 9 malam, lepas Isyak. S: Makcik tahu dia pergi mana? J: Makcik tak tahu sebab dia keluar hujan lebat dan makcik tak nampak. S: Apa yang berlaku? J: Makcik tunggu dia telefon tapi dia tak telefon sebab dah lewat. Lepas tu dalam pukul 12 malam, makcik telefon dia dan dia cakap dia sedang makan di bukit berapit tapi tak tahu kedai mana. S: Kemudian? J: Makcik tunggu tapi dia tak call. Dalam pukul 1 pagi dia call tapi makcik tak angkat sebab makcik tutup telefon. Lepas tu dalam pukul 2 pagi dia call semula dan bagitahu dia duduk di Karai kat jambatan mana dia tak tahu. Dia cakap mak tolong telefon polis. S: Apa lagi dia cakap? J: Dia cakap mak cepatlah. Kami dah takut. S: Macam mana keadaan anak makcik masa tu? J: Dia menangis-menangis masa tu. S: Apa makcik buat selepas itu? J: Mula-mula saya telefon balai polis Lenggong tapi tak dapat hubungi. Lepas tu makcik call Inspektor di Balai Polis Gerik. Lepas tu polis tanya nombor telefon anak makcik. Makcik bagi nombor telefon anak pada polis. S: Kemudian? J: Polis cakap, makcik sabar. Polis Gerik dah hubungi polis peronda. S: Lepas itu? J: Lepas itu polis ada bagitahu yang anak makcik dah selamat dan ada di balai polis Karai. S: Pukul berapa polis call makcik dan maklumkan dah jumpa anak? J: Dalam pukul 3 lebih. [25] SP4 pula adalah anggota polis MPV yang pergi menyelamatkan mangsa pada malam kejadian. Berikut adalah keterangan SP4 berkaitan tugasannya pada malam itu. S: Apa yang berlaku semasa bertugas? J: Saya dapat panggilan daripada Gerakan IPD Sungai Siput menghala ke jambatan Enggor. Sampai di sana dalam jam 2.00 lebih pagi. 1 perempuan berada di tepi jalan, di hadapan Sekolah Kebangsaan Karai. S: Apa yang Gerakan bagitahu kepada kamu? J: Mereka dapat maklumat mengatakan ada 1 perempuan melayu kena tinggal di jambatan Enggor atau Jambatan Victoria. S: Apa tindakan kamu lepas itu? J: Kami pun terus menghala ke sana lepas dapat maklumat. Saya yang memandu kenderaan. Sampai di sana dalam jam 2.00 lebih pagi. 1 perempuan berada di tepi jalan, di hadapan Sekolah Kebangsaan Karai. Perempuan itu tahan kereta kami dalam keadaan menangis. Tiada orang lain bersama perempuan itu. Saya tanya perempuan itu apa yang telah berlaku dan dia kata dia telah dirogol oleh 1 lelaki melayu. S: Kemudian apa berlaku? J: Saya bawa perempuan itu ke balai polis Karai untuk buat laporan polis. S: Bagaimana kamu tengok keadaan perempuan itu? J: Dia dalam keadaan menangis dan trauma iaitu dalam ketakutan. S: Kpl tahu tak dari mana maklumat asal diperolehi oleh Gerakan IPD Sungai Siput? J: Dapat dari unit Gerakan IPD Gerik. S: Masa menghala ke jambatan tu, macam mana jumpa perempuan tu? J: Kami terus jumpa, sebelum sampai jambatan itu. S: Ada hubungi dulu perempuan itu? J: Kawan saya Mohd Hafiz ada hubungi perempuan itu sebelum itu sebab bilik gerakan sungai siput bagi nombor telefon bimbit perempuan itu supaya kami dapat sampai lebih cepat ke lokasi. S: Apa tindakan kamu di Balai Karai? J: Saya serahkan perempuan itu kepada anggota pejabat pertanyaan Balai Polis Karai dan saya teruskan rondaan seperti biasa. [26] Keterangan SP2 dan SP4 telah mengesahkan kehadiran mangsa di tempat kejadian pada tarikh dan masa kejadian. Keterangan ini juga menunjukkan bahawa mangsa bercakap benar berkenaan keadaan dirinya selepas kejadian tersebut. Mahkamah juga meneliti keterangan saksi saksi lain iaitu doktor pakar dan pegawai perubatan dan mendapati keterangan mangsa kepada saksi saksi ini adalah konsisten dengan laporan polis yang dibuat dan juga keterangan mangsa di mahkamah. [27] Mahkamah juga telah meneliti demeanour dan menimbangkan kronologi kejadian serta semua keterangan mangsa sejak dari pemeriksaan utama sehingga beliau disoal balas oleh peguambela. Mahkamah dapati keterangan mangsa adalah konsisten, tidak bercanggah dan sangat menyakinkan (unusually convincing). Mangsa tetap dengan pendiriannya dan tidak goyah apabila digasak dengan soalan soalan peguambela yang cuba memerangkap, serta cuba mengalihkan kesalahan tertuduh dengan mencadangkan bahawa mangsa yang cuba memerangkap tertuduh dan cuba menggodanya untuk mendapatkan wang. Ternyata semua cadangan peguam telah tidak dipersetujui oleh mangsa dan mangsa tetap bertegas dengan jawapannya bahawa tertuduh telah merogol dirinya dan sebelum dari melakukan rogol itu, tertuduh telah mengugut untuk mendatangkan kecederaan kepada dirinya. [28] Mahkamah berpendapat hanya orang yang betul betul mengalami kejadian itu sendiri berupaya untuk bercerita dan memberi keterangan yang terperinci seperti ini. Sekiranya mangsa mereka reka cerita yang tidak pernah terjadi, sudah pasti mangsa akan teragak agak untuk memberikan jawapan kerana soalan soalan yang ditanyakan oleh Timbalan Pendakwaraya dan Peguambela bukanlah soalan yang sudah diketahui oleh mangsa. [29] Semasa mangsa memberikan keterangan di mahkamah, mangsa kelihatan sangat beremosi dan ada masanya tidak dapat mengawal keadaan marah. Mangsa beberapa kali perlu ditenangkan kerana beliau menjerit memarahi tertuduh yang telah melakukan perkara itu ke atas dirinya. [30] Keterangan dari pegawai forensik juga mengesahkan bahawa mereka terjumpa kesan air mani di kerusi belakang kereta kancil yang digunakan oleh OKT semasa kejadian. Keratan kusyen telah diambil dan dihantar untuk dianalisis dan pegawai sains mengesahkan bahawa air mani itu adalah milik OKT dan ada juga padanan DNA mangsa di keratan kusyen yang sama. Keputusan ini mengesahkan keberadaan OKT dan mangsa di seat belakang kereta yang dipandu oleh OKT tersebut. [31] Berkenaan isu pengecaman, mahkamah berpendapat tidak wujud isu di dalam kes ini kerana keterangan mangsa jelas bahawa OKT adalah lelaki yang telah membawanya keluar pada malam kejadian dan telah merogolnya. Mangsa dan OKT telah duduk agak lama di kedai makan, telah duduk berdua di dalam kereta Kancil dan telah berbual agak lama. Mangsa juga telah dapat mengecam OKT semasa proses kawad cam dan juga di mahkamah. Selain itu, pegawai penyiasat juga telah melihat sendiri ID profile OKT di aplikasi Beetalk dan mengesahkan memang lelaki yang merogol mangsa adalah OKT. [32] Oleh itu daripada keterangan keterangan yang telah dikemukakan oleh pihak pendakwaan, mahkamah berpuas hati bahawa mangsa telah memberikan keterangan yang jujur di mahkamah dan keterangan yang diberikan bukanlah satu rekaan semata mata bagi melepaskan dirinya dari dipersalahkan atas kejadian yang memalukan ini. [33] Perbuatan melakukan hubungan seksual bukan saja salah di sisi undang undang sivil tetapi juga diharamkan di sisi agama Islam. Perbuatan ini jika diketahui oleh orang ramai bukan saja akan memalukan mangsa tetapi juga akan mengaibkan keluarganya. Jika difikirkan secara logik, kenapa mangsa ingin memalukan diri sendiri dan merosakkan maruah diri dan keluarganya dengan melaporkan kejadian ini jika dia sendiri rela melakukannya. Tindakan mangsa melaporkan perbuatan salah OKT jelas menunjukkan mangsa ingin OKT dihukum atas perbuatan tersebut kerana mangsa telah dipaksa dan tidak rela diperlakukan begitu. [34] Oleh itu, dengan dapatan ini mahkamah memutuskan bahawa elemen pertama dan kedua telah berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwaan iaitu mangsa telah dirogol oleh tertuduh dengan tanpa keizinan atau kerelaan mangsa. OKT telah memaksa dan mendatangkan ketakutan kepada mangsa dengan mengugut untuk mencederakan mangsa. [35] Bagi elemen ini, mangsa telah memberikan keterangan bahawa dia telah diugut oleh tertuduh jika mangsa enggan melakukan hubungan seks, tertuduh akan memanggil 5-6 orang lain yang berada di situ untuk merogol mangsa dari depan dan belakang. Berikut adalah keterangan mangsa berkaitan fakta ini. S: Masa tu pukul berapa? J: dah 12 lebih, dalam 12.30 malam. S: Dia cakap apa? J: Dia kata “awak datang ke tempat saya sekarang.” Dia suruh saya datang kepada saya. S: Masa itu kedudukan kamu macam mana? J: Masih dalam kereta bahagian hadapan, duduk sebelah sebelah. S: Reaksi kamu? J: Saya takut, saya diam saja tak kata apa-apa. S: Kemudian? J: Dia keluar dari kereta dan pergi ke arah saya. Dia tarik tangan saya lepas buka pintu kereta sebelah saya. Dia tarik dan bawa saya ke seat belakang melalui pintu sebelah kanan belakang. S: Pintu belakang kiri terbuka atau tertutup? J: tertutup. S: Masa itu pintu kanan belakang terbuka atau tutup? J: Tutup dan dia yang buka S: Apa berlaku selepas itu? J: Kemudian dia tolak saya di bahagian bahu menggunakan kedua-dua tangan dia dan saya jatuh terlentang atas seat belakang. S: Kemudian? J: Dia buka baju dia. Masa itu dia di luar kereta dekat dengan pintu kereta. Kemudian dia buka seluar dia lepas tu dia buka dan tarik seluar saya sampai habis sebelah kanan. Dia juga buka seluar dalam saya. S: Kamu tak melawan? J: Saya melawan dan tahan tangan saya di perut dia sebab masa dia nak masuk tu sakit. Saya tak rela. Saya dipaksa dan diugut. S: Apa yang dia ugut kamu? J: Dia nak bantai saya dengan kayu dan dia cakap dia nak panggil beberapa orang di kawasan itu untuk rogol saya depan belakang. S: Bila dia ugut kamu begitu? J: Sebelum dia nak tarik saya ke belakang, dia marah saya dan ugut. Masa ini kami masih dalam kereta. S: Apa perasaan kamu waktu itu? J: Saya takut, menangis dan pujuk dia untuk hantar saya balik tapi dia buat tak tahu. S: Kemudian apa dia buat? J: Dia terus masukkan batang kote (kemaluan) dia ke dalam kemaluan saya [36] Keterangan mangsa ini jelas menunjukkan bahawa beliau berada dalam keadaan ketakutan. Faktor kawasan sekeliling yang sunyi sepi, gelap gelita dan tidak ada orang sekeliling juga telah menambahkan ketakutan mangsa. Melihat pula OKT yang sedang marah kerana mangsa menolak ajakan untuk melakukan hubungan seks, semua faktor itu membuatkan mangsa berada dalam keadaan trauma dan terpaksa mengikut kehendak tertuduh. [37] Kesemua keterangan yang diberikan oleh mangsa dari awal perkenalan di Beetalk sehinggalah akhirnya mangsa dijumpai dan diselamatkan oleh anggota polis MPV, kronologi kisahnya adalah tersusun. Tidak ada kelompangan dan tidak ada cerita yang ganjil sehingga kita merasa ragu ragu dan memikirkan samada mangsa memberikan keterangan yang betul. [38] Oleh itu berdasarkan keterangan mangsa dan disokong oleh keterangan saksi-saksi yang lain, dan setelah mahkamah membuat penilaian sepenuhnya ke atas kesemua keterangan tersebut dan stelah mahkamah menimbangkan hujahan oleh Timbalan Pendakwaraya dan Peguambela, mahkamah berpendapat pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan elemen elemen pertuduhan di bawah Seksyen 376(2) Kanun Keseksaan. [39] Daripada keterangan keterangan yang ada di mahkamah ini yang meliputi keterangan lisan saksi saksi, keterangan ikut keadaan (circumstantial evidence) dan keterangan dokumentasi, telah dapat dibuktikan bahawa pada tarikh dan masa kejadian, OKT telah merogol mangsa dan pada masa segera sebelum itu telah meletakkan mangsa dalam ketakutan kecederaan kepadanya. Atas dapatan ini mahkamah memutuskan pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes prima facie terhadap OKT. OKT dengan ini telah diperintahkan untuk membela diri. KES PIHAK PEMBELAAN [40] Di peringkat pembelaan, prinsip undang-undang yang telah ditetapkan adalah pihak pembelaan perlu mengemukakan keterangan yang boleh menimbulkan keraguan yang munasabah ke atas kes pihak pendakwaan jika OKT ingin dilepas dan dibebaskan dari pertuduhan. Di dalam kes Balachandran v Public Prosecutor [2005] 2 MLJ 301, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan di mukasurat 316: “However, where the accused remains silent there will be no necessity to re-evaluate the evidence in order to determine whether there is a reasonable doubt in the absence of any further evidence for such a consideration. The prima facie evidence which was capable of supporting a conviction beyond reasonable doubt will constitute proof beyond reasonable doubt.” [41] Di dalam kes Public Prosecutor v Dato Seri Anwar Ibrahim (No 3) [1999] 2 MLJ 1, Augustine Paul J telah membincangkan isu yang sama dan memutuskan: “The degree of proof required to establish a prima facie case is easiest demonstrated by asking ourselves what the court should do after the defence is called, if the accused elects to remain silent, calls no evidence and cannot come up with any good reason why the earlier conclusion was wrong ... Thus unqualified, and unrebutted the court has to convict on the very same material.” [42] Kes Public Prosecutor v Saare Hama & Anor [2001] 4 MLJ 480 at p 492 pula memutuskan: After the defence is called, and if the accused elects to remain silent, calls no evidence, and cannot come up with any good reason why the earlier conclusion was wrong for whatever reason, or pointing out some inherent weakness in the prosecution case he may have overlooked earlier, the case will be said to have been proved beyond reasonable doubt. [43] OKT di dalam kes ini telah memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah dari kandang saksi (Seksyen 173(ha) Kanun Acara Jenayah). OKT telah diberikan masa dan peluang untuk melantik peguam tetapi OKT memilih untuk meneruskan pembelaan dan membela dirinya sendiri. Pembelaan yang dikemukakan oleh OKT adalah seperti berikut: • Mengakui ada keluar dengan mangsa pada tarikh dan masa kejadian dan mangsa sendiri setuju. • Mengakui ada terlanjur dengan mangsa iaitu melakukan aksi cium cium dan raba raba saja. • Tidak mengaku ada melakukan hubungan seks dengan mangsa. • Tidak hadir ke mahkamah kerana bapa mengalami stroke. [44] Adalah diulang semula fakta bahawa OKT telah melarikan diri dan tidak hadir ke mahkamah selepas pihak pendakwaan menutup kes pendakwaan. Selepas 7 tahun barulah OKT berjaya ditangkap semula dan perbicaraan kes ini diteruskan. Tindakan OKT yang melarikan diri dari menghadapi pertuduhan ini menimbulkan anggapan bahawa beliau takut menghadapi keputusan yang akan diberikan. Pepatah “berani kerana benar dan takut kerana salah” boleh diaplikasi kan di sini. [45] Alasan yang diberikan oleh OKT kononnya dia tidak hadir kerana bapanya sakit tidak boleh diterima kerana tidak ada bukti yang dikemukakan ke mahkamah ini. Jika alasan yang diberikan atas ketidakhadiran dirinya ke mahkamah adalah jujur, kenapa selepas itu OKT tidak hadir sendiri ke mahkamah atau berjumpa dengan pegawai penyiasat semula dan bertanya bilakah Ttrikh perbicaraan seterusnya? Tindakan OKT yang terus menghilangkan diri menunjukkan yang dia takut hendak menghadapi hukuman yang akan dijatuhkan. [46] Berbalik semula kepada perbicaraan, Tertuduh juga tidak ada memanggil saksi lain untuk menyokong keterangan bela dirinya. Keterangan tertuduh juga sebenarnya lebih banyak mengesahkan keterangan keterangan mangsa semasa kes pendakwaan. Pembelaan OKT yang diulang ulang hanyalah mangsa rela melakukan hubungan seks dengan dirinya. [47] Oleh itu secara keseluruhannya setelah mahkamah menimbangkan keterangan bela diri OKT, mahkamah mendapati keterangan bela diri itu hanyalah satu penafian semata mata (bare denial), afterthought dan sengaja direka reka bagi melepaskan diri dari pertuduhan. Tidak ada bukti dan saksi saksi yang dikemukakan untuk menyokong keterangan beliau. Di dalam kes Mahkamah Rayuan Mr Losali v Public Prosecutor [2011] 4 MLJ 694 diputuskan:
2
The appellant failed to raise any reasonable doubt that the appellant was in fact actively involved and was the principal organiser in supplying the drugs in question. The defence of the appellant was a bare denial. The defence of bare denial is no defence. The bare denial cannot in law raise a reasonable doubt and the appellant must be convicted for both the charges (see paras 53–55). [48] Mahkamah Persekutuan di dalam kes Public Prosecutor v Ebrahim Mirzaie Hj Ebrahim Deh Mokhtar [2017] 3 MLJ 827 memutuskan: [50] We agreed with the learned DPP that this defence is a recent invention. It was never suggested to PW2, PW3 and the investigating officer, PW5, rendering it to be an afterthought incapable of being accorded its due weight. On the other hand PW2 and PW3’s evidence on how and where they found the said luggage tag was unshaken to the end. [49] Oleh itu berdasarkan keterangan-keterangan di atas dan juga penilaian maksima mahkamah ke atas keseluruhan keterangan yang telah dikemukakan di mahkamah ini, mahkamah memutuskan bahawa OKT telah gagal menimbulkan satu keraguan yang munasabah ke atas kes pihak pendakwaan dan ini bermakna pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes yang melampaui keraguan yang munasabah terhadap OKT. OKT dengan ini disabitkan bersalah ke atas pertuduhan. ALASAN PENGHAKIMAN TERHADAP HUKUMAN [50] Mahkamah menyatakan bahawa hukuman yang diijatuhkan ke atas OKT adalah adil (impartially) dan munasabah. Ini adalah kerana mahkamah telah pun membuat penilaian dan pertimbangan sewajarnya ke atas fakta yang dibentangkan dan mengikuti prinsip prinsip keadilan dan peruntukan undang undang yang telah ditetapkan (established judicial principles). Mahkamah juga menjatuhkan hukuman tersebut tanpa dipengaruhi atau ditekan oleh mana-mana pihak yang tidak berkaitan dengan kes ini. Mahkamah merujuk kepada kes PP v. Jafa bi Daud [1981] 1 LNS 28; [1981] 1 MLJ 315 yang mana YA Mohamed Azmi H telah memutuskan seperti berikut: "A "sentence according to law" means that the sentence must not only be within the ambit of the punishable section, but it must also be assessed and passed in accordance with established judicial principles…..” [51] Seksyen 183CPC memperuntukkan: "If the accused is convicted, the Court shall pass sentence according to law." [52] Adalah undang undang mantap bahawa hukuman yang dijatuhkan ke atas OKT adalah terletak di bawah budibicara mahkamah yang membicarakan kes tersebut (trial court). Ini adalah kerana mahkamah bicara telah mendengar dan dapat menilai serta menimbangkan keterangan keterangan saksi tersebut. Mahkamah bicara juga berpeluang meneliti demenour saksi-saksi semasa memberi keterangan dan kelebihan ini membuatkan mahkamah bicara berupaya menentukan apakah hukuman yang seadilnya untuk dijatuhkan ke atas OKT. Kes Norsharizan bin Junaidi v. PP [2016] MLJU 465 menyatakan seperti berikut: "[9] In any event, sentencing is an exercise of discretion by the trial Judge. The law simply provides, as in most cases, a spectrum of sentences - from the minimum to the maximum. The trial Court has to choose the appropriate sentence in each case within the spectrum by giving consideration to the peculiar circumstances of each case and all the relevant factors." [53] Prinsip yang sama juga telah dipakai di dalam kes R v. Ball [1951] 35Cr App R 164: "....our law does not therefore fix the sentence for a particular offence but it fixes a maximum sentence and leaves it to the court to decide what is, within that maximum, the appropriate sentence for each criminal in the particular, the court has the right and duty to decide whether to be lenient or severe...." [54] Satu lagi kes yang mengguna pakai prinsip yang sama adalah kes New Tuck Shen v. PP [1982] CLJ Rep 606; [1982] 1 MLJ 27: "The right to impose punishment on a guilty party is absolutely the discretion of the court. It will exercise that power judicially but will not tolerate any encroachment or even semblance of encroachment either by the prosecution or the defendant in respect of such right". [55] Di dalam menentukan berapa lama hukuman penjara yang akan dikenakan ke atas OKT, Mahkamah telah menimbangkan beberapa faktor seperti berikut:
a
jenis kesalahan dan keseriusannya (gravity of the offence);
b
fakta kes;
c
rayuan yang dikemukakan oleh OKT untuk meringankan hukuman; dan
d
Rekod kesalahan lampau – jenis kesalahan yang sama. (Rujuk kepada kes Mahkamah Persekutuan Mohd Abdullah Ang Swee Keng v. PP [1987] CLJ 209 (Rep); [1987] 2 CLJ 405 ) [56] Untuk melihat keseriusan kesalahan yang telah dilakukan oleh OKT, fakta kes yang dibentangkan oleh pihak pendakwaan haruslah diperhalusi (Usman Bin Jumasan v Public Prosecutor [2016] MLJU 1362). Bagi kes ini, fakta kes telahpun dibentangkan di sepanjang perbicaraan kes ini yang mana mangsa sendiri telah hadir memberikan keterangan dan keterangan mangsa juga telah disokong dengan keterangan saksi saksi pendakwaan yang lain. [57] Kepentingan awam juga adalah faktor yang dipertimbangkan oleh mahkamah sebelum hukuman dijatuhkan. Mahkamah perlu memastikan bahawa hukuman yang dijatuhkan bukan semata-mata menjadi satu pengajaran kepada OKT supaya OKT insaf dan kesal atas kesalahannya tetapi dalam masa yang sama juga diharapkan hukuman itu dapat menjadi pengajaran dan amaran kepada orang ramai supaya tidak melakukan kesalahan yang sama. [58] Di dalam kes PP v. Govindnan Chinden Nair [1998] 2 CLJ 370 Hakim Augustine Paul JC (as His Lordship then was) berkata: In passing sentences public interest must necessarily be one of the prime considerations. A major element of public interest is that justice means justice not only to the accused but also to society. Accordingly, in passing sentence a court has to consider not only the offence and the offender but also the interest of society. Where a person is found to be a persistent offender then it is in the interests of justice that a deterrent sentence should be passed. [59] Mahkamah sebagai sebuah badan yang ditubuhkan untuk mengadili dan membuat keputusan atas kesalahan jenayah yang diadukan, hendaklah bersikap adil, telus dan saksama dan menunjukkan keseriusan dan sokongan untuk membenteras kesalahan jenayah. Hukuman yang mahkamah jatuhkan hendaklah setimpal dengan kesalahan yang dilakukan dengan mengambil kira keseriusan kesalahan yang dilakukan dan tahap penglibatan tertuduh di dalam kesalahan itu (Pendakwa Raya lwn Siau Boon Po [2009] 3 MLJ 424). Prinsip ini juga diakui dalam kes: R v. lpeelee [2012] 1 SCR 433: "....proportionality...is not just a sanction. First, the principles ensures that a sentence reflects the gravity of the offence,...it promotes justice for the victims and ensures public confidence in the system of justice. Secondly, the principles of proportionality ensures that a sentence does not exceed what is appropriates, given the moral blameworthiness of the offender...." [60] Selain dari faktor faktor di atas, mahkamah juga telah menimbangkan rayuan yang dikemukakan oleh OKT dan juga hujahan pemberatan hukuman oleh Timbalan Pendakwaraya. Adalah disahkan bahawa OKT tidak mempunyai sebarang rekod lampau bagi kesalahan jenayah yang lain atau yang sama. Namun faktor ini tidak patut dipertimbangkan kerana kebajikan, keselamatan dan perasaan mangsa adalah lebih perlu diutamakan berbanding OKT. [61] Oleh itu berdasarkan kesemua alasan di atas, Mahkamah menyatakan bahawa hukuman yang dikenakan ke atas OKT adalah adil, wajar, dan munasabah setelah mahkamah mengambil kira keseluruhan keterangan dan fakta kes. Mahkamah berharap tempoh hukuman penjara dan sebatan yang dikenakan ini akan dapat memberikan keinsafan yang sebenarnya kepada OKT untuk menjadi masyarakat yang lebih berguna kepada negara apabila dibebaskan kelak. Bertarikh: 22 Oktober 2025 (ROHAIDA BINTI ISHAK) Hakim Sesyen Mahkamah Kuala Kangsar Perak. Timbalan Pendakwaraya: Puan Nur Aqilah Syaza binti Ariffin Peguambela: En Varpal Singh (kes pendakwaan) Kes Pembelaan – Mewakili diri sendiri
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.