Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM, MALAYSIA PERMOHONAN JENAYAH: JA-62-163-11/2024 ANTARA MUHAMMAD ZAHIER ZAKWAN BIN ZAINAL ABIDIN (K2249294Z) ………...PERAYU DAN PENDAKWA RAYA ……. RESPONDEN
JA-62-163-11/2024
Sessions Court of Malaysia28 Nov 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“benar yang dipertuduhkan, dan pertuduhan tersebut disifatkan sebagai suatu kesalahan yang unknown to law. [22] Prinsip yang sama turut ditegaskan dalam Periasamy a/l Karuppiah & Anor v Pendakwa Raya [1993] MLJU 532, di mana mahkamah memutuskan bahawa pertuduhan yang gagal mendedahkan suatu kesalahan yang sah di sisi un”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM, MALAYSIA PERMOHONAN JENAYAH: JA-62-163-11/2024 ANTARA MUHAMMAD ZAHIER ZAKWAN BIN ZAINAL ABIDIN (K2249294Z) ………...PERAYU DAN PENDAKWA RAYA ……. RESPONDEN
1
Tertuduh telah dituduh di Mahkamah ini di bawah Seksyen 3(1)(d) Enakmen Lambang, Gelaran atau Anugerah (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) Pahang 2017 [Enakmen 18] kerana didakwa mempamer lambang yang tertera perkataan Darjah Indera Mahkota Pahang D.I.M.P Dato’ pada bahagian hadapan dan belakang motokar nombor pendaftaran UUU 9839 tanpa kebenaran bertulis DYMM Sultan Pahang.
2
Pada perbicaraan pertama bertarikh 18 November 2025, pihak pembelaan telah mengemukakan bantahan awal terhadap S/N xeK0kl3gfUSqXayv/5Nbmg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 2 kesinambungan pertuduhan ini. Pihak pembelaan berhujah bahawa Mahkamah ini tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar kes tersebut memandangkan perbuatan yang didakwa berlaku di Johor Bahru, iaitu di luar wilayah Negeri Pahang.
3
Pihak pembelaan turut memaklumkan bahawa representasi telah dikemukakan kepada pihak pendakwaan sejak 8.4.2025 namun masih belum dijawab, dan oleh itu Mahkamah ini dimohon untuk memutuskan isu bidang kuasa terlebih dahulu sebelum perbicaraan diteruskan.
4
Isu yang perlu diputuskan oleh Mahkamah ini ialah:
a
Sama ada Mahkamah ini mempunyai bidang kuasa untuk mendengar dan membicarakan pertuduhan di bawah Enakmen Pahang 2017 bagi perbuatan yang didakwa berlaku di luar Negeri Pahang.
b
Sama ada kegagalan pertuduhan untuk merujuk Akta Kesalahan Yang Berhubungan Dengan Anugerah 2017 [Akta 787] menjadikan pertuduhan tersebut cacat dan fatal di sisi undang-undang, khususnya di bawah Seksyen 152(4) Kanun Tatacara Jenayah. S/N xeK0kl3gfUSqXayv/5Nbmg HUJAHAN PIHAK PEMBELAAN [5] Secara ringkas, hujahan pihak pembelaan adalah bahawa Enakmen 18 tidak mempunyai kuat kuasa undang-undang di luar Negeri Pahang. Oleh itu, Mahkamah ini dihujahkan tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar pertuduhan terhadap Tertuduh memandangkan perbuatan yang didakwa berlaku di Johor Bahru. [6] Pihak pembelaan berhujah bahawa had kuasa perundangan Negeri adalah ditentukan oleh Perlembagaan Persekutuan, dan bahawa Badan Perundangan Negeri hanya boleh menggubal undang-undang yang terpakai dalam wilayah Negeri tersebut. Sehubungan itu, pertuduhan ini dihujahkan sebagai cacat dan tidak sah di sisi undang-undang. [7] Pihak pembelaan bergantung kepada prinsip undang-undang berkaitan bidang kuasa serta keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Re Datuk James Wong Kim Min; Minister of Home Affairs, Malaysia & Ors v Datuk James Wong Kim Min [1976] 1 MLRA 132. [8] Pihak pembelaan turut berhujah bahawa ketiadaan rujukan kepada Akta Kesalahan Yang Berhubungan Dengan Anugerah 2017 [Akta 787] dalam pertuduhan melanggar Seksyen 152(4) Kanun Tatacara Jenayah dan menjadikan pertuduhan tersebut sebagai “unknown to law”. S/N xeK0kl3gfUSqXayv/5Nbmg DAPATAN DAN ANALISIS MAHKAMAH Sama ada Mahkamah ini mempunyai bidang kuasa untuk mendengar dan membicarakan pertuduhan di bawah Enakmen Pahang 2017 bagi perbuatan yang didakwa berlaku di luar Negeri Pahang. [9] Mahkamah meneliti kerangka Perlembagaan Persekutuan berhubung pembahagian kuasa perundangan antara Persekutuan dan Negeri. Perkara 73 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan: “Article 73. Extent of Federal and State Laws. In exercising the legislative powers conferred on it by this
a
Parliament may make laws for the whole or any part of the Federation and laws having effect outside as well as within the
b
the Legislature of a State may make laws for the whole or any part of that State.” [10] Mahkamah bersetuju bahawa sebagai prinsip umum, undang-undang Negeri hanya berkuat kuasa dalam wilayah Negeri tersebut, tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan. Walau bagaimanapun, prinsip tersebut tidak boleh dilihat secara terasing tanpa meneliti sama S/N xeK0kl3gfUSqXayv/5Nbmg ada terdapat undang-undang Persekutuan yang secara nyata memperuntukkan mekanisme bagi memperluaskan keberkuatkuasaan undang-undang Negeri tertentu. [11] Dalam hal ini, Mahkamah mengambil perhatian kepada Seksyen 17 Akta Kesalahan Yang Berhubungan Dengan Anugerah 2017 [Akta 787], yang memperuntukkan: “Section 17. Offences under State law committed outside State territory Any person who contravenes any provision of a State law specified in the Second Schedule outside the territory of that State commits an offence under this Act and shall, on conviction, be liable to the penalty provided under the State law.” [12] Seksyen 17 Akta 787 tersebut dengan jelas memperuntukkan bahawa mana-mana orang yang melanggar mana-mana peruntukan undang-undang Negeri yang disenaraikan dalam Jadual Kedua Akta tersebut, walaupun kesalahan itu dilakukan di luar wilayah Negeri berkenaan, boleh disabitkan dan dikenakan penalti sebagaimana yang diperuntukkan oleh undang-undang Negeri tersebut. [13] Mahkamah mendapati bahawa Enakmen 18 disenaraikan secara nyata dalam Jadual Kedua Akta 787. Oleh yang demikian, Enakmen tersebut diberikan kuat kuasa tambahan melalui suatu mekanisme undang-undang Persekutuan yang sah. S/N xeK0kl3gfUSqXayv/5Nbmg [14] Mahkamah menegaskan bahawa dalam kes ini, keberkuatkuasaan Enakmen 18 di luar Negeri Pahang tidak terbit daripada Enakmen Negeri itu sendiri, tetapi daripada Akta 787, iaitu suatu undang-undang Persekutuan yang sah digubal oleh Parlimen. [15] Mahkamah merujuk kepada Perkara 75 Perlembagaan Persekutuan, yang memperuntukkan: “Article 75. Inconsistencies between federal and State laws. If any State law is inconsistent with a federal law, the federal law shall prevail and the State law shall, to the extent of the inconsistency, be void.” [16] Dalam kes ini, Akta 787 tidak bercanggah dengan Enakmen 18, sebaliknya bertindak untuk mengharmonikan dan menguatkuasakan undang-undang Negeri tersebut melalui kuasa Persekutuan. Oleh itu, hujahan pihak pembelaan bahawa tiada kesalahan undang-undang boleh berlaku di Johor di bawah Enakmen 18 adalah tidak berasas dan oleh itu ditolak. Sama ada kegagalan pertuduhan untuk merujuk Akta Kesalahan Yang Berhubungan Dengan Anugerah 2017 [Akta 787] menjadikan pertuduhan tersebut cacat dan fatal di sisi undang-undang, khususnya di bawah Seksyen 152(4) Kanun Tatacara Jenayah. S/N xeK0kl3gfUSqXayv/5Nbmg [17] Mahkamah seterusnya meneliti hujahan bahawa kegagalan pertuduhan untuk merujuk Akta 787 melanggar Seksyen 152(4) Kanun Tatacara Jenayah. Seksyen 152 Kanun Tatacara Jenayah menyatakan seperti berikut; Section 152. Form of charge.
1
Every charge under this Code shall state the offence with which the accused is charged.
2
If the law which creates the offence gives it any specific name the offence may be described in the charge by that name only.
3
If the law which creates the offence does not give it any specific name so much of the definition of the offence must be stated as to give the accused notice of the matter with which he is charged.
4
The law and section of the law against which the offence is said to have been committed shall be mentioned in the charge.
5
The fact that the charge is made is equivalent to a statement that every legal condition required by law to constitute the offence charged was fulfilled in the particular case.
6
If the accused has been previously convicted of any offence, and it is intended to prove that previous conviction for the purpose of increasing the punishment which the Court is competent to award, the fact, date and place of the previous conviction shall be stated in the charge. If the statement is omitted the Court may add it at any time before sentence is passed. S/N xeK0kl3gfUSqXayv/5Nbmg [18] Mahkamah mendapati bahawa pertuduhan dalam kes ini telah mematuhi kehendak Seksyen 152(4) Kanun Tatacara Jenayah, yang dengan jelas memperuntukkan bahawa undang-undang serta seksyen undang-undang yang didakwa telah dilanggar hendaklah dinyatakan dalam pertuduhan. Dalam hal ini, pertuduhan yang dirangka di bawah Seksyen 3(1)(d) Enakmen 18 telah menyatakan secara nyata peruntukan undang-undang yang didakwa telah dilanggar oleh OKT. Oleh yang demikian, mahkamah berpendapat bahawa pertuduhan tersebut adalah mencukupi dari segi undang-undang dan memenuhi keperluan minimum yang ditetapkan oleh Seksyen 152(4) Kanun Tatacara Jenayah. [19] Akta 787 pula tidak mewujudkan kesalahan baharu, sebaliknya berfungsi sebagai peruntukan mekanisme dan bidang kuasa yang memperluaskan keberkuatkuasaan undang-undang Negeri tertentu. [20] Oleh itu, Akta 787 bukanlah elemen kesalahan yang perlu dinyatakan dalam pertuduhan. Kegagalan untuk merujuk Akta 787 tidak menjejaskan kefahaman Tertuduh terhadap kesalahan yang dipertuduhkan dan tidak memprejudiskan hak pembelaannya. [21] Merujuk kepada kes Ravindran a/l Ramasamy v Pendakwa Raya [2015] 6 MLJ 509, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa pertuduhan adalah fatal apabila butiran pertuduhan menimbulkan kekeliruan sehingga tertuduh tidak mendapat notis yang pasti tentang S/N xeK0kl3gfUSqXayv/5Nbmg seksyen undang-undang sebenar yang dipertuduhkan, dan pertuduhan tersebut disifatkan sebagai suatu kesalahan yang unknown to law. [22] Prinsip yang sama turut ditegaskan dalam Periasamy a/l Karuppiah & Anor v Pendakwa Raya [1993] MLJU 532, di mana mahkamah memutuskan bahawa pertuduhan yang gagal mendedahkan suatu kesalahan yang sah di sisi undang-undang merupakan kecacatan substantif, bukan teknikal dan tidak boleh diselamatkan melalui peruntukan penyembuhan seperti seksyen 156 atau 422 CPC. [23] Berbeza dengan kedua-dua kes tersebut, mahkamah mendapati bahawa pertuduhan dalam kes ini telah dirangka secara khusus dan konsisten di bawah Seksyen 3(1)(d) Enakmen 18, tanpa menimbulkan kekeliruan atau merujuk kepada mana-mana peruntukan lain. Oleh itu, kehendak Seksyen 152(4) Kanun Tatacara Jenayah telah dipatuhi sepenuhnya dan pertuduhan ini adalah mencukupi serta tidak bersifat unknown to law. Sebarang kecacatan, jika ada, adalah bersifat boleh diperbetulkan dan tidak menjejaskan kesahan pertuduhan. KEPUTUSAN [24] Setelah meneliti keseluruhan hujahan pihak pembelaan serta undang-undang yang terpakai, Mahkamah mendapati bahawa Mahkamah ini mempunyai bidang kuasa untuk mendengar dan membicarakan pertuduhan terhadap Tertuduh. S/N xeK0kl3gfUSqXayv/5Nbmg [25] Oleh yang demikian, bantahan awal yang dikemukakan oleh pihak pembelaan adalah ditolak. [26] Kes ini akan diteruskan untuk perbicaraan. Tarikh bicara ditetapkan pada 8, 9 dan 10 Jun 2026. tt (HIDAYATUL SYUHADA BINTI SHAMSUDIN) HAKIM MAHKAMAH SESYEN JOHOR BAHRU Timbalan Pendakwa Raya Nevina Ravichandran Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Johor Pihak Pembelaan Dato Abdul Raman Saad Datuk Yaacob Haji Md Sam Md Yunos Shariff Zainur Syazwani Tetuan Abdul Raman Saad & Associates S/N xeK0kl3gfUSqXayv/5Nbmg
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.