Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI JELI DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM KES JENAYAH NO: DE-82D-7-12/2022 Bicara bersama KES JENAYAH NO: DE-82D-8-12/2022 ANTARA PENDAKWAKRAYA
DE-82D-7-12/2022
Magistrates Court of Malaysia27 Jun 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“inality of this document via eFILING portal 6 [10] Dalam kes Looi Kow Chai & Anor v PP [2003] 1 CLJ 734 di perenggan 3, Mahkamah Rayuan telah menyatakan seperti berikut: “Under Section 180 of the Criminal Procedure Code (Revised 1999) the duty of a judge, sitting alone, at the close of the prosecution, is to determine,”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI JELI DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM KES JENAYAH NO: DE-82D-7-12/2022 Bicara bersama KES JENAYAH NO: DE-82D-8-12/2022 ANTARA PENDAKWAKRAYA
1
OKT (Muhammad Zakimi bin Mohd Zaki) telah dituduh dengan dua nombor pertuduhan yang berbeza. Kedua-dua kes ini telah diarahkan untuk dibicarakan bersama. Bagi memudahkan rujukan, diperturunkan di sini kedua-dua kes tersebut. Bagi kes nombor DE-82D-7-12/2022, OKT dalam kes ini telah dituduh dengan tiga (3) pertuduhan seperti berikut: No Kes DE-82D-7-12/2022 Pertuduhan pertama Bahawa kamu pada 02/12/2020 jam lebih kurang 1000hrs bertempat di sebuah rumah tanpa nombor Kampung Relak, Kuala Balah, di dalam daerah Jeli, dalam negeri Kelantan, telah didapati di dalam kawalan kamu cecair keperangan yang mengandungi racun jenis mitragynine dan diphenhydramine isipadu bersih cecair 500 mililiter. Oleh yang demikian itu, kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 30 (5) Akta yang sama. Hukuman: Barang siapa yang disabit kesalahan di bawah seksyen ini hendaklah didenda tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit atau penjara tidak lebih daripada empat tahun atau kedua-duanya sekali. Pertuduhan Kedua Bahawa kamu pada 02/12/2020 jam lebih kurang 1000hrs bertempat di sebuah rumah tanpa nombor Kampung Relak, Kuala Balah, di dalam daerah Jeli, dalam negeri Kelantan telah didapati di dalam kawalan kamu cecair kehitaman yangmengandungi racun berjadual jenis diphenhydramine isipadu bersih cecair 10.0 liter. Oleh yang demikian itu, kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 9 (1) Akta Racun 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 32 (2) Akta yang sama. Hukuman: Jika sabit kesalahan di bawah Seksyen 9 (1) akta racun 1952 boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 32 (2) Akta yang sama (semakan 1989) iaitu denda sehingga tiga ribu ringgit atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali. Pertuduhan Ketiga Bahawa kamu pada 02/12/2020 jam lebih kurang 1000hrs bertempat di sebuah rumah tanpa nombor Kampung Relak, Kuala Balah, di dalam daerah Jeli, dalam negeri Kelantan telah didapati di dalam kawalan kamu cecair kehitaman yang mengandungi racun berjadual jenis diphenhydramine isipadu bersih cecair 100 mililiter. Oleh yang demikian itu, kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 9 (1) Akta Racun 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 32 (2) Akta yang sama. Hukuman: Jika sabit kesalahan di bawah Seksyen 9 (1) Akta Racun 1952 boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 32 (2) Akta yang sama (semakan 1989) iaitu denda sehingga tiga ribu ringgit atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
2
Manakala bagi kes no. DE-82D-8-12/2022, OKT telah dituduh dengan satu lagi pertuduhan bersama seorang lagi iaitu penama Suhaimi bin Muhammad (No. K/P: 741012035701) (OKT2). Untuk rekod, mereka berdua telah dituduh melalui kes nombor DE-83D-697-12/2020, di mana OKT ini telah mengaku tidak bersalah dan memohon bicara manakala OKT 2 (Suhaimi bin Muhammad) telah mengaku salah dan telah dijatuhkan hukuman. Kes tersebut no DE-83D-697-12/2020 kemudiannya telah diDNAAkan oleh mahkamah pada 15/08/2022 kerana tiada saksi yang hadir pada tarikh tersebut yang telah ditetapkan untuk bicara OKT ini.
3
Kemudian OKT ini telah dituduh semula (berseorangan) melalui nombor kes semasa ini sebagaimana berikut: No kes DE-82D-8-12/2022 Bahawa kamu bersama-sama dengan orang yang telah di jatuhi hukuman, pada 02/12/2020 jam lebih kurang 1000hrs bertempat di sebuah rumah tanpa nombor Kampung Relak, Kuala Balah, di dalam daerah Jeli, dalam 4 negeri Kelantan, telah didapati di dalam kawalan kamu (2) bungkusan plastik hitam di dalamnya berisi dedaun kehijauan cecair yang mengandungi racun jenis mitragynine berat bersih 10.1 kilogram. Oleh yang demikian itu, kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 30
5
Akta yang sama dan di baca bersama di bawah Seksyen 34 Kanun Keseksaan. Hukuman: Barang siapa yang disabit kesalahan di bawah seksyen ini hendaklah didenda tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit atau penjara tidak lebih daripada empat tahun atau kedua-duanya sekali. RINGKASAN KES PIHAK PENDAKWAAN [4] Berdasarkan keterangan saksi-saksi yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan secara asasnya fakta kes pendakwaan adalah berkisar kepada keterangan SP1, iaitu pegawai Risikan, Operasi dan Tahanan, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Daerah Jeli, menyatakan bahawa beliau telah menerima maklumat daripada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kontinjen Kelantan berkenaan aktiviti yang melibatkan penjualan daun ketum, air ketum dan ubat batuk/kodein di sekitar Kampung Relak Kuala Balah, Jeli Kelantan. [5] Berikutan daripada maklumat tersebut, SP1 dan anggota polis kemudiannya telah membuat risikan ke atas maklumat yang diterima tersebut yang kemudiannya disahkan. Pada 2/12/2020, jam lebih kurang 1000hrs, SP1 bersama lima (5) anggota polis telah membuat serbuan di sebuah rumah tanpa nombor di tepi jalan Kampung Relak, Kuala Balah, 17610, Jeli, Kelantan. [6] Ketika SP1 dan anggota sampai di tempat kejadian, pemerhatian telah dibuat dan telah melihat dua (2) lelaki melayu yang berada di kawasan tersebut. SP1 dan SP2 sahkan ketika pemerhatian hanya melihat dua lelaki tersebut yang berada di situ. SP1 menyatakan yang beliau melihat kedua-dua lelaki tersebut sedang mengutip daun-daun yang dimasukkan ke dalam dua (2) bungkusan plastik warna hitam. [7] Serbuan kemudiannya telah dibuat, di mana kedua-dua lelaki tersebut telah bertindak cuba melarikan diri dan bergelut sebelum keduanya berjaya ditahan. Hasil pemeriksaan di tempat kejadian mereka telah menemui empat (4) jenis barang salah dan kedua-dua lelaki Melayu tersebut telah ditangkap. Butiran kedua-dua lelaki Melayu tersebut adalah seperti berikut: i) Muhammad Zakimi bin Mohd Zaki (No. K/P: 920527-03-5325); dan ii) Suhaimi bin Muhammad (No. K/P: 741012-03-5701) [8] Kedua-dua lelaki Melayu tersebut dan kesemua barang salah kemudiannya telah dibawa ke IPD Jeli untuk tindakan lanjut. Siasatan telah dijalankan oleh SP5 dan kedua-dua lelaki Melayu tersebut telah dituduh di Mahkamah seperti mana pertuduhan masing-masing yang dinyatakan di atas sebelum ini. BEBAN PEMBUKTIAN DI AKHIR KES PENDAKWAAN [9] Di dalam perbicaraan kes jenayah, beban pembuktian adalah terletak sepenuhnya di bahu pihak pendakwaan. Di akhir kes pendakwaan, beban pembuktian pihak pendakwaan adalah membuktikan kes prima facie terhadap OKT sebagaimana pertuduhan sepertimana kehendak Seksyen 180 (i) dan (iii) Kanun Tatacara Jenayah. [10] Dalam kes Looi Kow Chai & Anor v PP [2003] 1 CLJ 734 di perenggan 3, Mahkamah Rayuan telah menyatakan seperti berikut: “Under Section 180 of the Criminal Procedure Code (Revised 1999) the duty of a judge, sitting alone, at the close of the prosecution, is to determine, as a trier of fact, whether the prosecution has made out a prima facie case against the accused”. [11] Begitu juga dalam kes Balachandran v PP [2005] 1 CLJ 85, Mahkamah Persekutuan memutuskan: “A Prima Facie is therefore one that sufficient for the accused to be called upon to answer. This in turn means that the evidence adduced must be overthrown only by evidence in rebuttal’. [12] Tafsiran suatu kes prima facie dinyatakan di bawah Seksyen 180 (4) Kanun Tatacara Jenayah yang menyatakan “suatu kes prima facie adalah dibuat terhadap tertuduh dimana pendakwa telah mengemukakan keterangan kukuh yang membuktikan setiap satu factor kesalahan yang jika tidak dijawab atau diterangkan akan mewajarkan satu sabitan”. [13] Makna ‘prima facie’ juga telah ditakrifkan oleh Seksyen 173(h)(iii) KANUN TATACARA JENAYAH sebagaimana berikut: “A prima facie case is made out against the accused where the prosecution has adduced credible evidence proving each ingredient of the offence which if unrebutted or unexplained would warrant a conviction. [14] Untuk mentafsirkan dengan lebih jelas maksud prima facie, Mahkamah ini merujuk kepada kes Mahkamah Persekutuan PP v Mohamad Radzi Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457 yang mana Mahkamah menyatakan di held no (2) &
3
(3): [2] After the amendments to ss 173 (f) and 180 of the CPC, the statutory test has been altered. What is required of a subordinate court and the High Court under the amended section is to call for the defence when it is satisfied that a “prima facie” case has been made out at the close of the prosecution case. This requires the court to undertake a maximum evaluation of the prosecution evidence when deciding whether to call on the accused to enter upon his or he defence. It involves an assessment of the credibility of the witnesses called by the prosecution and the drawing of inferences admitted by the prosecution evidence. Thus, if the prosecution’s evidence admits of two more inferences, one if which is in the accused’s favour, then it is the duty of the court to draw the inference that favourable to the accused. [3] If the court, upon a maximum evaluation of the evidence placed before it at the close of the prosecution case, comes to the conclusion that a prima facie case has not been made out, it should acquit the accused. If on the other hand, the court after conducting a maximum evaluation of the evidence comes to the conclusion that a prima facie case has been made out, it must call for the defence. If the accused then elect to remain silent, the court must proceed to convict him. [15] Secara ringkasnya, di peringkat kes pendakwaan berdasarkan kes Mohd Radzi Abu Bakar (supra), Mahkamah mestilah membuat penilaian pada tahap maksimum, kredibiliti saksi-saksi pihak pendakwaan dan seterusnya menilai inferens-inferens yang wujud dari keterangan yang mana inferens yang memihak kepada OKT mestilah dimanfaatkan kepada OKT. ELEMEN-ELEMEN PERTUDUHAN [16] Bagi memboleh pihak pendakwaan membuktikan suatu kes prima facie ke atas Tertuduh, elemen-elemen berikut perlu dibuktikan oleh pihak pendakwaan: i) Bahawa racun-racun yang dirampas merupakan racun berjadual di bawah Akta Racun 1952; dan ii) Bahawa OKT mempunyai kawalan / kawalan bersama ke atas racun-racun tersebut. DAPATAN MAHKAMAH [17] Untuk menunjukkan dengan lebih jelas penemuan mahkamah dalam membuat keputusan dalam kes ini. Mahkamah akan membincangkan satu persatu alasan-alasan kenapa keputusan melepas dan membebaskan OKT tanpa dipanggil membela diri dibuat. [18] Berkenaan elemen pertuduhan, pihak pendakwaan hendaklah membuktikan kedua-dua elemen pertuduhan yang dikenakan terhadap OKT. [19] Mahkamah yang mulia ini sebenarnya tidak bercadang untuk mengulas panjang berkenaan pembuktian elemen pertama pertuduhan kerana pada pandangan mahkamah ini ianya tidak dinafikan oleh pihak pembelaan. Mahkamah ini menerima keseluruhan hujahan pihak pendakwaan berkenaan elemen pertama ini. Atas alasan itu, mahkamah berpandangan elemen pertama ini telah dapat dibuktikan oleh pihak pendakwaan. [20] Mahkamah ingin menyatakan bahawa elemen kedua inilah yang tidak dapat dibuktikan oleh pihak pendakwaan. Kenapa mahkamah ini menyatakan sedemikian? Isu kredibiliti saksi-saksi pendakwaan [21] Pertamanya kredibiliti saksi-saksi pendakwaan terutamanya pegawai penyiasat kes iaitu SP5 adalah dipertikaikan. Saksi ini pada pandangan mahkamah ini telah membuat siasatan dengan tidak telus dan tidak konsisten. Ini adalah kerana pendakwaan terhadap OKT ini adalah tidak konsisten. [22] Adalah fakta yang jelas yang dinyatakan oleh saksi pendakwaan bahawa terdapat dua (2) lelaki Melayu ditangkap pada hari kejadian iaitu OKT dan seorang lagi yang bernama Suhaimi. Kedua-dua penama ini membuat cubaan untuk melarikan diri dari pihak polis. Penemuan barang terlarang juga adalah ditempat yang mempunyai kehadiran kedua-dua penama ini. Sangat jelas di sini bahawa untuk tiga (3) pertuduhan di dalam pertuduhan no DE-82D-7-12/2022 OKT hanya dituduh berseorangan sahaja. [23] Apabila ditanya semasa perbicaraan kenapa OKT ini hanya dituduh berseorangan dan penama bernama Suhaimi tidak dituduh, pegawai penyiasat iaitu SP5 menyatakan bahawa mengikut siasatan beliau penama bernama Suhaimi ini hanya melalui kawasan tersebut untuk tujuan hendak ke ladang sahaja. Barang salah tersebut tiada di dalam pengetahuan beliau dan atas sebab itu beliau tidak dituduh. [24]. Keterangan SP5 berkaitan perkara ini adalah seperti berikut: [Pegawai Penyiasat SP5, Pemeriksaan Semula] Tadi peguam cadang beg dalam motosikal milik Suhaimi, kamu tak setuju. Jelaskan? Hasil siasatan ke atas mak OKT ianya adalah milik Zakimi. Tadi peguam ada cadang bahawa barang-barang salah ini dalam pengetahuan dan kawalan Suhaimi. Jelaskan setakat mana penglibatan mereka berdasarkan siasatan? Hasil siasatan saya barang kes yang ditemui ada pengakuan B1 manakala hasil siasatan B2, B2 datang ke situ sebab hendak ke ladang beliau sahaja [25] Walaubagaimanapun untuk pertuduhan no. DE-82D-8-12/2022 OKT ini dituduh pula bersama-sama dengan seorang lagi penama yang telah mengaku salah iaitu penama bernama Suhaimi bin Muhammad. Padahal ia melibatkan barang kes yang dirampas pada hari yang sama dan pada tempat yang sama. [26] Jelas disini siasatan pegawai penyiasat adalah tidak konsisten, sedangkan tangkapan dan fakta kes semasa kejadian adalah sama sahaja. Atas sebab itu, mahkamah ini berpandangan bahawa saksi pendakwaan iaitu pegawai penyiasat ini adalah seorang saksi yang tidak kredibel menyebabkan keterangan beliau juga tidak kredibel dan meragukan. [27] Mahkamah ini mengakui dan mengiktiraf bahawa ia adalah prererogatif pihak pendakwaan untuk menuduh sesiapa sahaja yang mereka mahu. Akan tetapi sebarang tindakan yang tidak konsisten perlu dijelaskan dengan sejelas-jelasnya agar tidak menimbulkan keraguan dan pertanyaan kepada mana-mana pihak. Situasi kes ini jelas bahawa keterangan dan versi yang berbeza dari saksi yang sama untuk kejadian yang sama pada hari dan masa yang sama. [28] Begitu juga, mahkamah bersetuju dengan hujahan pihak pembelaan bahawa keterangan SP1 berkenaan tindakan OKT membuang air dari botol dan bertindak agresif juga merupakan satu keterangan yang meragukan dan tidak munasabah kerana keterangan SP1 juga mengatakan OKT dan seorang lagi ingin melarikan diri. Mana mungkin OKT boleh melakukan dua perkara yang berlainan dalam masa yang sama. Isu tempat penemuan barang kes [29] Seterusnya, mahkamah ini menyatakan bahawa penemuan barang salah adalah ditempat yang terbuka dan boleh diakses oleh orang lain. Tempat yang terbuka yang mana kesemua barang salah itu ditemui sememangnya boleh diakses oleh sesiapa sahaja. Akses juga boleh dibuat dengan mudah oleh penama yang bernama Suhaimi yang ditangkap bersama-sama pada hari kejadian yang sama yang melibatkan barang kes yang sama. [30] Adalah jelas bahawa barang kes ditemui didalam kereta yang telah rosak yang teletak ditempat yang terbuka dan tidak berkunci. Begitu juga barang kes dijumpai di dalam raga motosikal Honda Wave yang juga terbuka. Isu pemilikan kereta dan motosikal ini juga tidak diperjelaskan oleh pihak pendakwaan di dalam kes ini. Isu kegagalan mengemukakan saksi bernama Suhaimi bin Muhammad dan ibu OKT [31] Selanjutnya, kegagalan pihak pendakwaan memanggil saksi bernama Suhaimi bin Muhammad iaitu OKT 2 dalam kes asal no. DE-83D-697-12/2020 adalah sangat fatal kepada kes pendakwaan. Mahkamah ini berpandanagan bahawa OKT 2 ini merupakan saksi bintang yang berstatus “wajib hadir” bagi kes ini. Saksi ini merupakan saksi yang sangat material. Pelbagai persoalan perlu dijawab oleh saksi ini di dalam mahkamah. Peluang wajib diberikan kepada pihak pembelaan untuk menyoal balas saksi ini dalam pelbagai aspek. Kegagalan pihak pendakwaan untuk mengemukakan saksi ini ke mahkamah merupakan satu tindakan yang sangat fatal kepada kes pendakwaan. Tindakan ini sangat prejudice kepada pihak pembelaan. Ia menimbulkan pelbagai inferens yang pada mahkamah ini adalah berpihak kepada OKT. [32] Mahkamah ini juga menerima hujahan pihak pendakwaan bahawa adalah menjadi hak pihak pendakwaan untuk membawa atau tidak membawa mana-mana saksi ke mahkamah tetapi kegagalan pengemukaan saksi ini bernama Suhaimi bin Muhammad ini adalah sangat fatal dan peruntukan Seksyen 114
g
Akta Keterangan 1950 adalah terpakai. Mahkamah ini bersetuju dan menerima pakai dengan semua hujahan pihak pembelaan berkenaan isu ini bahawa kegagalan ini telah menimbulkan adverse inferens kepada pihak pendakwaan yang memihak kepada OKT. [33] Kepentingan kehadiran penama Suhaimi ini juga dengan jelas diakui oleh SP5 sendiri di dalam keterangan beliau yang jelas menyatakan bahawa Suhaimi ini merupakan saksi yang penting. SP5 juga dengan jelas mengakui keterlibatan Suhaimi ini dengan barang salah dan sepatutnya juga dituduh bersama OKT ini. [34] Antara keterangan SP5 berkenaan perkara ini, antara lain seperti berikut: - [Semasa pemeriksaan balas SP5] Setuju tak suhaimi ialah orang yang penting untuk kes ini Setuju Dalam cadangan kamu pada TPR, kamu cadangkan OKT Zakimi dan Suhaimi dituduh bersama-sama Ya Saya katakan, barang kes juga berada dalam kawalan dan pengetahuan B2 sebab itu kamu cadangkan. Setuju Setuju Saya katakan Suhaimi adalah orang yang patut hadir ke mahkamah untuk jelaskan barang kes Setuju [35] Sebagai tambahan, Mahkamah juga berpandangan bahawa pihak pendakwaan juga sepatutnya memanggil ibu kepada OKT kerana jelas dalam keterangan SP5 iaitu pegawai penyiasat kes bahawa siasatan dan penemuan beliau adalah berdasarkan siasatan dan keterangan terhadap ibu OKT. [36] Antara keterangan SP5 yang berkait dengan siasatan terhadap ibu OKT, antara lain adalah: - [Semasa pemeriksaan semula SP5] Tadi peguam cadang beg dalam motosikal milik Suhaimi, kamu tak setuju. Jelaskan? Hasil siasatan ke atas mak OKT ianya adalah milik Zakimi. [Semasa pemeriksaan balas SP5] S: Ada pergi ke rumah tempat kejadian J: Ya. Ia rumah pada emak OKT S: Berapa orang yang tinggal J: Hasil siasatan saya masa kejadian ada mak OKT S: Siapa yang diami rumah itu J: Hasil siasatan saya, penghuni tetap hanya mak dan OKT sahaja. Ayah OKT jarang pulang ke umah. Dia banyak kerja luar S: Saya katakan abang OKT juga ada di rumah J: Hasil percakapan emak OKT hanya beliau dan okt tinggal di rumah itu. S: Kereta itu, Mazda kereta siapa J: Dari hasil percakapan emak OKT, kereta itu emak OKT yang punya. [37] Atas sebab itu, mahkamah ini juga berpandangan bahawa pengemukaan ibu OKT sebagai saksi di mahkamah juga perlu bagi menjawab persoalan-persoalan yang timbul. Begitu juga peluang dan ruang sepatutnya diberikan kepada pihak pembelaan untuk menyoal balas saksi ini. Ini kerana banyak peranan yang beliau mainkan semasa siasatan dijalankan oleh pegawai penyiasat kes ini. [38] Mahkamah ini juga menyatakan dan menegaskan bahawa tawaran saksi-saksi ini kepada pihak pembelaan semata-mata adalah tidak memadai dan mencukupi untuk menutup kelompangan kes yang berlaku. Tindakan tersebut semestinya tidak dapat menutup kelompangan tersebut. Satu inferens yang memihak kepada OKT tetap timbul dan berlaku. [39] Diperturunkan di sini peruntukan Seksyen 114 (g) Akta Keterangan 1950 untuk rujukan yang jelas menyatakan seperti berikut: -
114
Mahkamah boleh menganggap kewujudan apa-apa fakta yang difikirkannya mungkin telah berlaku, setelah mengambil perhatian akan perjalanan biasa kejadian semula jadi, kelakuan manusia, dan urusan awam dan persendirian, dalam hubungannya dengan fakta kes yang tertentu itu. g) bahawa keterangan yang boleh dikemukakan tetapi tidak dikemukakan, jika dikemukakan, tidak akan memberi faedah kepada orang yang enggan mengemukakannya; [40] Mahkamah ini juga merujuk kepada otoriti yang dikemukakan oleh pihak pembelaan dalam perkara ini. Dalam kes See Kok Chuan v PP (2013) 6 CLJ
98
Mahkamah Rayuan memutuskan kegagalan pihak pendakwaan mengemukakan rakaman CCTV sebagai fatal dengan menyatakan dalam held
2
(2): “Being a piece of material evidence, the CCTV footage was not produced and tendered by the prosecution. The importance of the CCTV footage could not be doubted since it would clear the lingering doubt of whether Ah Fatt carried the black bag and threw it on the floor and bolted at the lobby of the hotel. Further, the CCTV footage would have verified the prosecution’s version. Had the CCTV footage been produced, the High Court Judge would be in a better position to verify the prosecution’s version. The non-production of the CCTV footage amounted to a withholding or suppression of evidence and if it was produced, it would be unfavourable to the prosecution and consequently, the adverse presumption under s. 114(g) of the Act must be invoked against the prosecution”. [41] Selain itu juga, Mahkamah ini juga bersetuju dengan hujahan pihak pembelaan bahawa kegagalan pihak pendakwaan memanggil penama Suhaimi dan ibu OKT untuk memberi keterangan juga bercanggah prinsip “the best evidence rules”. Dalam kes yang sama, Mahkamah selanjutnya menyatakan: “…The best evidence rule governs the production of evidence in court and when it is withheld, it is only fair to presume that the party withholding the evidence had some ulterior motive in not producing it and if produced, would be detrimental to that party and that attracted the adverse inference provision”. Isu conduct yang dihujahkan oleh pihak pendakwaan [42] Pihak pendakwaan telah menghujahkan bahawa Seksyen 8 Akta Keterangan 1950 adalah terpakai terhadap OKT kerana OKT ini bertindak untuk cuba melarikan diri. Perlu diingat bahawa tindakan melarikan diri ini juga berlaku kepada penama seorang lagi yang bernama Suhaimi. Jika pihak pendakwaan menyatakan Seksyen 8 ini terpakai terhadap OKT, bagaimana pula terhadap penama bernama Suhaimi? Jika ianya juga terpakai kepada Suhaimi, sekali lagi ditegaskan di sini bahawa keterlibatan Suhaimi di dalam kes ini adalah besar dan beliau adalah saksi yang sangat material di dalam kes ini. Mahkamah ini sekali lagi mengulangi isu Seksyen 114 (g) Akta Keterangan 1950 di sini. Hujahan pihak pembelaan ini sebenarnya secara tidak langsung telah menimbulkan keraguan terhadap kes pendakwaan itu sendiri. [43] Mahkamah ini juga ingin menyatakan di sini bahawa mahkamah ini bersetuju dengan hujahan pihak pembelaan bahawa sekalipun Mahkamah mempercayai keterangan tentang conduct di bawah Seksyen 8 ini, ia hanya melibatkan pengetahuan semata-semata dan tidak membuktikan milikan atau kawalan ke atas barang kes. Semata mata pengetahuan bukanlah suatu kesalahan. KESIMPULAN [44] Berdasarkan kepada penemuan dan alasan-alasan yang mahkamah ini nyatakan di atas, mahkamah yang mulia ini berpendapat bahawa keputusan mahkamah ini yang telah melepas dan membebaskan OKT tanpa di panggil membela diri bagi kesemua pertuduhan terhadap Responden adalah betul dan bersesuaian. Berdasarkan kelompangan dan persoalan-persolan yang timbul, sekiranya mahkamah ini memanggil OKT ini membela diri dan sekiranya OKT ini memilih untuk berdiam diri, sememangnya sangat tidak selamat untuk mahkamah ini mensabitkan OKT atas pertuduhan-pertuduhan tersebut. [45] Atas sebab itu mahkamah ini menegaskan bahawa pembuktian oleh pihak pendakwaan berdasarkan keterangan-keterangan yang dikemukakan adalah masih tidak mencapai tahap dan kehendak status Prima Facie sepertimana yang dibincangkan di atas tadi. [46] Justeru itu, Mahkamah yang mulia tetap berpendirian bahawa keputusan yang dibuat ini adalah satu keputusan yang adil, wajar dan berpatutan berdasarkan alasan-alasan yang dikemukakan di atas sebelum ini. Bertarikh pada 29 Ogos 2024. Disediakan oleh, Nik Habri (NIK HABRI BIN MUHAMAD) Hakim Sesyen/Majistret Mahkamah Majistret Jeli Kelantan. Bagi pihak pendakwaan Puan Kamilah Ibrahim Timbalan Pendakwaraya Jabatan Peguam Negara, Cawangan Pendakwaan Kelantan, AG-3- 03-06 Al-Waqf@Tunjung, Tingkat 3, Bangunan H Elite Design, Jalan Kuala Krai, 16010 Kota Bharu Kelantan. Bagi pihak pembelaan En Zameri bin Mat Nawang Tetuan Zameri & Associates
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.