Content
Page 1 of 43 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI IPOH DALAM NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: AA-A53KJ-52-02/2020 ANTARA MUHAMMED FAIRUS BIN MOHD ALI ROMINIDASS (NO. K/P: 850724-08-6411) …… PLAINTIF
AA-A53KJ-52-02/2020
Sessions Court of Malaysia30 May 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“second defendant and the first adjuster not being produced as witnesses, the non-production of the reports of the first and second adjusters, some of the recorded statements under section 112 of the Criminal Procedure Code but I wish to make it clear that I make no findings whether these adjusters' reports are protecte”
“a balance of probabilities that the accident was caused by the defendant and that the injuries and damages he suffered were a result of and/or caused by the accident, as required under s. 101 of the Evidence Act”
“sented by another solicitor rather than not at all and I would decline to order a re-trial which this Court is empowered to do pursuant to section 29 read together with section 60(1) of the Courts of Judicature Act 1964 as it is highly likely that the parties will most probably find the litigation funded by the third d”
“t via eFILING portal Page 10 of 43 fraud and collusion either by an amendment to the pleadings or during trial, then that may be grounds for the defendant to allege misconduct against them under the Legal Profession Act 1976 and the Legal Profession (Practice & Etiquette) Rules 1978. ” Di dalam kes Siti Zaleha AB Hamid”
“fendant will be nonchalant and indifferent to the outcome of the running down action in the civil court. [59] Of course, it may or will be different if the insured is charged for an offence under the Road Transport Act 1987 or any subsidiary legislation thereunder, in which case the insured will have every reason to wo”
“keterangannya, Defendan Pertama telah mengaku bahawa beliau tidak berhenti sebelum keluar ke jalan besar dan oleh itu telah mengakibatkan kemalangan ini. Di dalam kes Hoo Tian Rong v Koit Kai Siang [2023] AMEJ 2234, Wong Mee Ling JC telah memutuskan seperti berikut: [20] Further, the Defendant has admitted that he did”
“VD C3/C4, C5/C6 Peguam Plaintif telah berhujah sebanyak RM20,000/- dibenarkan bagi kecederaan di C3/C4 dan RM20,000/- bagi kecederaan di C5/C6 berdasarkan kes Yap Yew Wai v Theresa Anne a/p Sinnappan [2023] MLJU 1429. Kesemunya berjumlah RM40,000/-. 2) PIVD L4L5 with mild spinal stenosis Peguam Plaintif telah berhujah”
“d diantara RM18,000/- ke RM30,000/-. Peguam Plaintif telah berhujah sebanyak RM25,000/- dibenarkan berdasarkan Compendium dan juga kes Thineswaran a/l Ramesh v Yushaini bin Abd Rahni & satu lagi [2023] MLJU 2302. 4) Left Medial and Lateral meniscus tear Peguam Plaintif telah berhujah sebanyak RM30,000/- dibenarkan berd”
“sebanyak RM20,000/- adaah munasabah. 7) Wasting of muscles of the left thigh Peguam Plaintif telah berhujah sebanyak RM5,000/- berdasarkan kes Gunasegaran a/l Govindan v Low Li Xin & Satu lagi [2023] MLJU 679. S/N A65t2liRcEKgxA4mYuzjQw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
Page 1 of 43 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI IPOH DALAM NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: AA-A53KJ-52-02/2020 ANTARA MUHAMMED FAIRUS BIN MOHD ALI ROMINIDASS (NO. K/P: 850724-08-6411) …… PLAINTIF
1
PUVANESVARAN A/L SANDARAN
2
2.JASON IMMANUEL A/L PUVANESVARAN
3
ZURICH GENERAL INSURANCE (M) BHD … DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN [1] Kes ini melibatkan suatu kemalangan jalanraya yang didakwa telah berlaku pada 23/12/2018, jam lebih kurang 7.00 petang melibatkan motosikal No. AGS 4842 yang ditunggang oleh Plaintif pertama dan motosikal No. AHL 9588 yang didaftar atas nama Defendan kedua dan ditunggang oleh Defendan pertama. [2] Defendan Ketiga selaku penginsuran motosikal No. AHL 9588 telah dibenarkan untuk mencelah di dalam tindakan ini dan dijadikan Defendan Ketiga atas alasan terdapatnya unsur-unsur penipuan/frod (‘fraud’) didalam kemalangan yang didakwa tersebut. S/N A65t2liRcEKgxA4mYuzjQw Page 2 of 43 [3] Kes telah dibicarakan dengan keterangan saksi-saksi seperti berikut: Saksi pihak Plaintif: SP1 - Sjn R109267 Rozali bin Shariff (Pegawai Penyiasat) SP2 - Rozita bt Mahadi (isteri Plaintif) SP3 - Muhammed Fairus bin Mohammad Ali Rominidass (Plaintif) SP4 - Dato’ Dr. Vasan a/l Sinnadurai SP5 – Dr. Dalviear Gill SP6 - Dr. Raveendran a/l S. Kandiah Saksi pihak Defendan pertama dan kedua: SD1- Puvaneswaran a/l Sandaran (Defendan pertama) Saksi pihak Defendan ketiga: SD2- Goh Soon Cheng (Penyiasat persendirian di ACE Connfidential Sdn Bhd) SD3 - Azleena bt Hashim (Timbalan Pendaftar, Mahkamah Tinggi, Ipoh) SD4 - Dato’ Dr. Sivananthan a/l K. Shanmugam SD5 - Rajani a/p Subramaniam (Pengurus, Individual Claims di AIA) [4] Pada akhir perbicaraan kes, Mahkamah berpendapat pihak Plaintif telah berjaya membuktikan tuntutan terhadap pihak Defendan atas imbangan kebarangkalian. Mahkamah juga mendapati bahawa Pihak Defendan Ketiga gagal membuktikan unsur-unsur penipuan/frod (‘fraud’) yang didakwa terhadap pihak Plaintif atas imbangan kebarangkalian. S/N A65t2liRcEKgxA4mYuzjQw Page 3 of 43 [5] Pihak Defendan Ketiga telah memfailkan notis rayuan terhadap keseluruhan keputusan tersebut dan terhadap kuantum. Pihak Plaintif pula telah memfailkan notis rayuan terhadap isu kuantum sahaja. LIABILITI [6] Versi pihak Plaintif Pada 23/12/2019, jam lebih kurang 7.00 petang, Plaintif (SP3) sedang menunggang motosikal No. AGS 4842 dari Menglembu hendak ke Taman Mas Jaya untuk balik ke rumah. Apabila sampai di Jalan Hala Falim 5, sebuah motosikal No. AHL 9588 yang ditunggang oleh Defendan pertama (SD1) telah keluar dari lorong kecil di sebelah kiri dan melanggar bahagian kiri motosikal Plaintif. Kemalangan ini telah berlaku berhampiran rumah Plaintif. Plaintif telah alami kecederaan akibat perlanggaran tersebut. [7] Versi pihak Defendan pertama dan kedua Pada 23/12/2019, Defendan pertama sedang menunggang motosikal No. AHL 9588 dari Taman Mas Jaya hendak ke Aeon Falim untuk menjemput anaknya dari tempat kerja. Semasa hendak keluar ke Jalan Hala Falim 5, tiba-tiba sebuah motosikal No. AGS 4842 yang ditunggang oleh Plaintif datang dari kanan jalan menyebabkan motosikalnya terlanggar motosikal tersebut. [8] Versi pihak Defendan ketiga Pihak Defendan ketiga menafikan motosikal No. AHL 9588 terlibat dalam kemalangan dengan motorsikal Plaintif dan/atau berada di tempat kemalangan dan/atau kemalangan berlaku seperti yang dinyatakan dan menafikan S/N A65t2liRcEKgxA4mYuzjQw Page 4 of 43 kemalangan berlaku di tempat yang dinyatakan. Lapuran polis yang dibuat oleh Plaintif dan Defendan pertama adalah palsu. Tuntutan ini merupakan tuntutan atas 'pre-existing injury' dari kemalangan yang berlaku pada 19/7/2015 dan/atau sebelumnya. Tuntutan Plaintif telah dibesar-besarkan secara melampau (grossly exaggerated) sehingga merupakan ‘fraudulent’. Pendapat Mahkamah ISU LIABILITI [9] Di bawah Seksyen 101 Akta Keterangan 1956, beban pembuktian (burden of proof) terletak atas Plaintif untuk membuktikan kecuaian Defendan di atas imbangan kebarangkalian (balance of probability). Di dalam kes Inas Faiqah Mohd Helmi v. Kerajaan Malaysia & Ors [2016] 1 MLRA 647, Mahkamah Persekutuan telah putuskan seperti berikut: - “The standard of proof in civil cases is the legal standard to which a party is required to prove its case, namely on a balance of probabilities. In civil litigation, the question of the probability or improbability of an action occurring is an important consideration to be taken into account in deciding whether that particular event had actually taken place or not. In the case of Miller v. Minister of Pensions [1947] 2 All ER 372, Lord Denning said the following about the standard of proof in civil cases: "The ... [standard of proof] ... is well settled. It must carry a reasonable degree of probability ... if the evidence is such that the S/N A65t2liRcEKgxA4mYuzjQw Page 5 of 43 tribunal can say: 'We think it more probable than not' the burden is discharged, but, if the probabilities are equal, it is not." [10] Pegawai Penyiasat (SP1) memberi keterangan bahawa jika dirujuk kepada rajah kasar (Eksibit P1), arah perjalanan Plaintif adalah dari bawah ke atas dan arah perjalanan Defendan pertama adalah dari kiri ke bawah rajah kasar. SP1 mengesahkan bahawa siasatan beliau menunjukkan kemalangan ini berlaku akibat kecuaian Defendan pertama yang telah keluar dari lorong kecil tanpa berhenti dan sebelum memastikan adalah selamat untuk berbuat demikian. SP 1 menyatakan bahawa kemalangan ini disebabkan oleh kecuaian Defendan pertama dan beliau telah mengeluarkan saman atas kesalahan Rule 3(2)(b) Road Traffic Rules 1959 LN 166/59 terhadap Defendan pertama seperti yang tertera di dalam Keputusan Kes bertarikh 24.2.2019 yang telah ditanda sebagai Eksibit P4. SP1 juga mengesahkan bahawa saman yang dikeluarkan terhadap Defendan pertama telah pun dijelaskan dan Resit bayaran saman telah ditanda sebagai Eksibit P3. [11] Di dalam kes Wong Thin Yit v. Mohamad Ali [1971] 2 MLJ 175, Y.A Ong CJ memutuskan seperti berikut:- "In a negligence action the onus of proof rests wholly on the plaintiff whether or not the defendant gives evidence. The plaintiff cannot succeed without proof of defendant's negligence." S/N A65t2liRcEKgxA4mYuzjQw Page 6 of 43 Di dalam keterangannya, Defendan Pertama telah mengaku bahawa beliau tidak berhenti sebelum keluar ke jalan besar dan oleh itu telah mengakibatkan kemalangan ini. Di dalam kes Hoo Tian Rong v Koit Kai Siang [2023] AMEJ 2234, Wong Mee Ling JC telah memutuskan seperti berikut: [20] Further, the Defendant has admitted that he did not notice the Plaintiff’s motorcycle before the collision and was negligent when he entered the right junction. The Plaintiff submitted that the Plaintiff was traveling on the main road and has the right of way. The Defendant who was turning into the right junction has to give way to the Plaintiff. Consequently, the Defendant was summoned under Rule 3(2)(b) Road Traffic Rules 1959 [LN 166/1959]. In this regard, the Plaintiff cited the case of MA Clyde v Wong Ah Mei & Anor [1970] 2 MLJ 183 and Ong Cheng Wah v Supramaniam A/L Arjunan [2001] 1 MLJU 291 to support his contention. Court Analysis and Findings [22] On the issue of liability, the Court is of the view that the SCJ did not err in law or in fact in arriving her conclusion. From the whole evidence including the sketch plan, the Defendant was rightly held liable for the said accident. The SCJ found the Defendant has entered the junction without ensuring it was safe before he did so. The Defendant informed that he did not notice the Plaintiff’s motorcycle before he turned into the junction as he was paying attention on the other motorcycle ridden by an Indian man who was at the S/N A65t2liRcEKgxA4mYuzjQw Page 7 of 43 junction to turn right at that time. His evidence was consistent with the police report (D10) made by him two (2) hours after the accident. [23] Apart from that, the Defendant has admitted in this testimony that he was negligent by entering into the junction. This Court finds that the Plaintiff who was traveling on the main road and has the right of way. Therefore, the SCJ has made a correct finding that the Defendant has entered the junction without due care and failed to keep a proper look out, has caused the collision with the Plaintiff’s motorcycle. There was no evidence to prove that the Plaintiff was travelling fast prior to the collision. Applying the test set by the Federal Court on contributory negligence in KR Taxi Service Ltd & Anor v Zaharah & Ors [1969] 1 MLJ 49 and Tan Tsin Keong v A Somanaidu (FCCA No 23 of 1972), the Plaintiff was obviously blameless and the Court finds that that the appeal against liability has no merit whatsoever. Mahkamah mendapati bahawa keterangan Plaintif dan Defendan pertama mengenai bagaimana kemalangan berlaku adalah konsisten dengan keterangan SP1. [12] SD2 ialah isteri Plaintif. Beliau terdengar suara suami beliau memanggil nama beliau dari luar rumah. SD2 telah keluar dari rumahnya bersama adik lelakinya dan melihat Plaintif sedang duduk di tepi jalan di sebelah rumah mereka dan motosikal Plaintif dalam keadaan terbaring. Plaintif memberitahu bahawa belliau dilanggar oleh sebuah motosikal yang keluar dari simpang. SD2 juga mendapati seorang lelaki India yang melanggar suaminya berada di luar rumahnya. SD2 dan adiknya telah menolong Plaintif selepas kejadian. S/N A65t2liRcEKgxA4mYuzjQw Page 8 of 43 [13] Daripada keterangan SP1, SP2, SP3 dan SD1, Mahkamah mendapati kemalangan ini disebabkan oleh kecuaian Defendan Pertama keseluruhannya. Adalah jelas bahawa Plaintif yang berada di jalan utama mempunyai hak laluan dan Defendan sendiri telah mengaku bahawa mengaku bahawa beliau tidak berhenti sebelum keluar ke jalan besar dan telah mengakibatkan kemalangan ini. Oleh yang demikian, Mahkamah mendapati pihak Plaintif telah membuktikan atas imbangan kebarangkalian tuntutan beliau terhadap pihak Defendan. [14] Peguam Defendan pertama dan kedua telah bertindak di dalam kes ini kerana mereka telah dilantik oleh Syarikat Insurans (Defendan Ketiga) dan Syarikat Insurans turut diwakili oleh peguamnya sendiri. Kes Govina Raju a/l Nagarajan v-Pacific & Orient Insurance Co Bhd [2014] 8 MLJ 839 dirujuk dimana Mahkamah telah menyatakan bahawa:- “[57] Another point that I had to consider is the point made by counsel for P & O who said they should be allowed to intervene and added as co-defendant as the solicitor acting for the defendant, regardless of whether they were appointed by P & O or not, cannot cross–examine or put to their own client that there was fraud and collusion between the plaintiff and the defendant. Here, the position of Messrs K Suganthi & Company is invidious to say the least. It is not in dispute that they were appointed by P & O to have conduct of the defence. But that's only in so far as the policy of insurance between P & O and the defendant is concerned, which allows P & O to take over conduct of the defence and to do all things necessary with respect to the running down action. So the defendant is only a nominal party. In almost every respect P & O will call the shots, so to speak. S/N A65t2liRcEKgxA4mYuzjQw Page 9 of 43 [58] However, there is an important distinction that must be made and the line clearly drawn when it comes to the conduct of the running down action. Messrs K Suganthi & Company who are on record for the defendant are, in so far as the proceedings are concerned, solicitors for the defendant. In the running down action, the defendant has certain rights, recognized by law, with respect to the conduct of the case. In most cases, this is a non–issue, as the defendant will be nonchalant and indifferent to the outcome of the running down action in the civil court. [59] Of course, it may or will be different if the insured is charged for an offence under the Road Transport Act 1987 or any subsidiary legislation thereunder, in which case the insured will have every reason to worry as he may lose his driving licence and/or pay a hefty fine or in the extreme of case, face a jail sentence. But apart from that, the insured will mostly be relieved that the solicitors appointed by the insurer are handling the defence and that all that the defendant has to do is to co-operate with the solicitors, meaning he has to attend at their office for pre-trial discussions and attend court for hearing etc. In most cases, it does not amount to anything more than that. On the contrary, if the defendant/insured refuses to co-operate, then that would be a breach of the terms of the policy of insurance and the insurers may repudiate liability. But such repudiation of liability is only valid and effective, vis-a-vis the insured and insurer and does not affect or absolve the insurer of liability under Section 96(1) of the Road Transport Act 1987. That statutory liability remains intact and extant regardless of any repudiatory conduct by the insured and consequent repudiation of liability by the insurer. [60] Now, coming back to the present set of facts, where P & O's position is that fraud and collusion has to be raised and presented during the trial process. The question is how is that to be done in the running down action? Most certainly, Messrs K Suganthi & Company cannot say or do anything to jeopardize the defendant's position by impugning their own client's conduct. As solicitors for the defendant, they have to protect their client's interest and argue the case on the basis [of the pleaded case] that this was a genuine motor vehicular accident and cannot act against his interest and promote the fraud and collusion theory of P & O. If Messrs K Suganthi & Company raise S/N A65t2liRcEKgxA4mYuzjQw Page 10 of 43 fraud and collusion either by an amendment to the pleadings or during trial, then that may be grounds for the defendant to allege misconduct against them under the Legal Profession Act 1976 and the Legal Profession (Practice & Etiquette) Rules 1978. ” Di dalam kes Siti Zaleha AB Hamid & Anor v. Mohamad Nazir Ismail & Ors [2022] 1 LNS 817, keadaan yang sama telah timbul seperti kes Govina Raju (supra) dan juga kes ini. Mahkamah Tinggi telah memutuskan seperti berikut: “Court's Analysis and Findings Conflict of Interest [28] The third defendant had retained the law firm of M/s Kenneth William & Associates to act for the first and second defendants because its insurance policy on WDB 8532 was at risk. [29] However, when it intervened in the action and was named as the third defendant, it counterclaimed against not only the plaintiffs on grounds of fraud but also on the ground that the plaintiffs have colluded with the first defendant to cheat the third defendant (Enclosure 17 AR Vol 3H, p 229 para 15 iii). [30] Thus, learned counsel for the plaintiffs took the point (Enclosure 36 para 12, pp 237 to 251) that there was an obvious conflict of interest as the paymaster, to wit, the third defendant, is effectively running its fraud action against, inter alia, a party whom it is defending, namely, the first defendant. [31] At first blush, I found this to be a meritorious point as justice must not only be done but must be seen to be done with counsel to maintain an independent and objective position at all times in the administration of justice. [32] More so, after taking into account the evidence in totality including the evidence that were not led, for example, the second defendant and the first adjuster not being produced as witnesses, the non-production of the reports of the first and second adjusters, some of the recorded statements under section 112 of the Criminal Procedure Code but I wish to make it clear that I make no findings whether these adjusters' reports are protected S/N A65t2liRcEKgxA4mYuzjQw Page 11 of 43 from disclosure by reason of legal professional privilege. In this regard, on the authority of Govinaraju Nagarajan v. Pacific & Orient Insurance Co Bhd [2014] 1 CLJ 1076; [2014] 8 MLJ 839 (HC) relied upon by the first and second defendants, S. Nantha Balan JC (now JCA) did point out at paragraph [75] that the solicitors for the defendant would find themselves in an awkward position as they could not possibly be advancing a case which would promote the fraud and collusion theory against their own client, the defendant. [37] Wherefore, much as I find the conflict of interest point well taken, it would be better to be represented by another solicitor rather than not at all and I would decline to order a re-trial which this Court is empowered to do pursuant to section 29 read together with section 60(1) of the Courts of Judicature Act 1964 as it is highly likely that the parties will most probably find the litigation funded by the third defendant, yet again. [38] On this note, this Court takes comfort that advocates and solicitors are members of an honourable profession and the benefit of doubt ought to be given to them that they will honorably manage what S. Nantha Balan JC (now JCA) had described in Govinaraju Nagarajan v. Pacific & Orient Insurance Co Bhd (supra) as an 'awkward situation' with their primary duty being to the Court'; see also Nivesh Nair Mohan v. Dato' Abdul Razak Musa, Pengerusi Lembaga Pencegahan Jenayah & Ors [2021] 8 CLJ 163; [2021] 5 MLJ 320 (FC) at paragraph [36] where the Tun Tengku Maimun CJ said: "[36] We pause for a moment here to note that our case law is replete with reminders to advocates – whether from the Bar or public service – of the onerous duties of those in the legal profession. The highest duty of counsel – a duty that supersedes his or her duty to his client – is his duty to the Court, which remains paramount in the administration of justice. Counsel are expected to make out their client's case to the best of their abilities but they cannot adopt the mindset that they must 'win at all costs' if that results in misleading the Court or approbating and reprobating before different panels of the Court." (Emphasis added) [39] Before leaving this point, I would urge the Bar Council, the legal practitioners in personal injury cases as well as other stakeholders such as S/N A65t2liRcEKgxA4mYuzjQw Page 12 of 43 the motor insurance companies to undertake a study on how such similar awkward situations can be better managed, at least, perception wise, in the administration of justice.” Mahkamah mendapati peguam Defendan pertama dan kedua tidak menjejaskan kepentingan Defendan pertama dan Defendan Kedua dan telah menjalankan kes sebagai tanggungjawapnya terhadap Mahkamah dalam pendtadbiran keadilan. [15] Pihak Insurans yang melindungi motosikal No. AHL 9588 telah mencelah dan dijadikan Defendan ketiga di dalam kes ini. Versi pihak Defendan ketiga adalah bahawa terdapatnya unsur-unsur penipuan/frod di dalam kes ini dan/atau pakatan di antara Plaintif dan Defendan pertama untuk membantu Plaintif mendapatkan pampasan insuran daripada Defendan Ketiga. Mahkamah merujuk kepada kes Tang Loon Pau & Ors v. Mohd Salihin Kotni & Anor [2023] 8 CLJ 105; [2023] 1 LNS 1435, dimana Mahkamah Rayuan telah memutuskan seperti berikut: “[19] The High Court's findings (per the CLJ report) are summarised as follows:
1
The fact that a defendant submitted that it had no case to answer and called no witnesses and led no evidence did not absolve the plaintiff from discharging its burden of proof in law. The burden remained with the plaintiff to prove its case before a court could grant judgment on its claim. The fact that the defendant did not call any witnesses did not automatically equate to the plaintiff satisfying the burden of proof. Notwithstanding the defendant's submission of no case to answer, it still remained that the evidence adduced by the plaintiff must be sufficient to prove the plaintiffs' case. Additionally, the SCJ's drawing of adverse inference against the defendants for having S/N A65t2liRcEKgxA4mYuzjQw Page 13 of 43 elected not to call any witnesses was also wrong at law since the plaintiffs had not proven its case against the defendants on a balance of probabilities. The plaintiff in an accident case must discharge his burden of proof and prove on a balance of probabilities that the accident was caused by the defendant and that the injuries and damages he suffered were a result of and/or caused by the accident, as required under s. 101 of the Evidence Act
1950
It was only after the plaintiff had discharged his burden of proof and proved his case on a balance of probabilities would the burden of proof shift onto the insurance company to prove its allegation of fraud. For all these reasons, the SCJ did not have a sufficient appreciation of the applicable law and was plainly wrong at law. (paras 33 & 36-38) [39] The insurer's right to intervene and protect their legal and commercial interest was recently discussed by the Court of Appeal in the case of Jiwaneswary Raman v. Etiqa General Takaful Bhd [2023] 1 LNS 93; [2023] 2 MLJ 437 (CA). The Court of Appeal emphasised that an insurer does not have to take the s. 96(3) of the RTA route and that they could intervene in the running down action especially where they intend to show that the insured motor-vehicle was not involved in the accident and that there was collusion between the insured and the third party claimant.
Preamble
Menurut kes Tang Loon Pau (supra), hanya selepas pihak Plaintif melepaskan beban pembuktian (‘discharged his burden of proof’) dan membuktikan kesnya atas imbangan kebarangkalian, beban pembuktian untuk membuktikan ‘frod’ beralih kepada syarikat Insurans (Defendan Ketiga). Di dalam kes ini, Mahkamah mendapati pihak Plaintif telah berjaya membuktikan kes atas imbangan kebarangkalian. Selanjutnya, beban pembuktian telah beralih kepada pihak Defendan Ketiga. S/N A65t2liRcEKgxA4mYuzjQw Page 14 of 43 [16] Di dalam kes Khalek Awang & Anor v. Koperasi Perumahan Kluang Bhd & Another Appeal [2021] 10 CLJ 238, Mahkamah Rayuan telah memutuskan seperti berikut: "[16] In our view, there was nothing wrong in the standard of proof applied by the learned trial judge. The above-mentioned case was decided in 2007. Since the decision in the landmark Federal Court case of Sinnaiyah & Sons Sdn Bhd v. Damai Setia Sdn Bhd [2015] 7 CLJ 584; [2015] 5 MLJ 1, the law in this country is that there are only two standards of proof, ie, beyond reasonable doubt for criminal cases and balance of probabilities for all civil cases even if criminality is alleged. The previous position in the law that a plea of civil fraud requires a higher standard of proof than balance of probabilities was reversed and restated. The following passage of the judgment of the Federal Court quite clearly expounds the present state of the law: [49] With respect, we are inclined to agree with learned counsel for the plaintiff that the correct principle to apply is as explained in In Re B (Children). It is this: that at law there are only two standards of proof, namely, beyond reasonable doubt for criminal cases while it is on the balance of probabilities for civil cases. As such even if fraud is the subject in a civil claim the standard of proof is on the balance of probabilities. There is no third standard. And '(N)either the seriousness of the allegation nor the seriousness of the consequences should make any difference to the standard of proof to be applied in determining the facts. (emphasis added) [17] During oral argument, counsel for the defendants argued that even if the standard of proof is now on a balance of probabilities, it is "higher" for fraud. We respectfully disagree. As stated in the Sinnaiyah case (supra), there are only two standards of proof, ie, beyond reasonable doubt and balance of probabilities. There is no intermediate standard of proof between the two. Thus, although the allegation against the second and third defendants is fraud or conspiracy or fraudulent misrepresentation, the question that the trial judge had to ask and answer was whether the plaintiff had proved it on a balance of probabilities on the evidence presented. S/N A65t2liRcEKgxA4mYuzjQw Page 15 of 43 [18] The learned trial judge held that there was sufficient circumstantial evidence to find that the second and third defendants had conspired with the first defendant to cheat the plaintiff into entering into the joint venture agreement. His Lordship also found that Tetuan Khalek Awang & Associates fraudulently misrepresented that the plaintiff could develop the land in question when confronted with the letter of Tetuan Cheang & Ariff that denied knowledge of said joint venture agreement on the part of Pravest. In making this finding, the trial judge considered the suspicious inconsistencies and discrepancies surrounding the transaction. These facts led the learned trial judge to disbelieve the defendants' assertion that they did not know that DSN was not authorised by Pravest. Mahkamah Persekutuan dalam kes Sinnaiyah (supra) telah memutuskan bahawa beban pembuktian frod bagi kes sivil adalah atas imbangan kebarangkalian dan bukan lagi standard melampaui keraguan munasabah. Hujah pihak Defendan Ketiga [17] Defendan Ketiga menyatakan Defendan Pertama tidak terlibat dalam kemalangan ini dan tidak cedera dan tidak mendapat rawatan di Klinik Jelapang seperti yang didakwa di dalam laporan polis. Kemalangan konnonya berlaku pada pukul 7.00 petang tetapi Klinik Jelapang tutup pada pukul 4 petang. Pihak Penyelaras telah membuat laporan polis bagi Defendan Ketiga dimana dinyatakan Defendan Pertama membuat laporan palsu. Plaintif terlibat di dalam beberapa kemalangan sejak tahun 2004. Dalam kemalangan pada tahun 2004, Plaintif mengalami antara lain kecederaan patah bahagian kaki kanan. Plaintif terlibat di dalam kemalangan pada 19.7.2015 dan S/N A65t2liRcEKgxA4mYuzjQw Page 16 of 43 telah membuat tuntutan untuk kecederaan dimana Plaintif menuntut diantara lain untuk kecederaan sama yang didakwa akibat kemalangan ini iaitu "Ac cervical strain with L hand pain, Ac lumbar strain with spinal tendeiness, L knee strain with soft tissue injury, R knee strain with soft tissue injury and swelling, L knee abrasion wound with soft tissue injury to the knee with swelling, R knee soft tissue injury with swelfing over the knee, low back pain with tenderness over the lower spine, PID C3C4, C5C6, PID L4L5". Kesemua kecederaan Plaintif wujud sejak tahun 2015 dan/atau sebelum tahun
2015
Doktor dan/atau doktor pakar yang sama telah merawat Plaintif pada dan/atau sebelum kemalangan pada 19.7.2015 dan mengetahui kecederaan dan kehilangan atau rawatan yang sama wujud sejak 19.7.2015 dan atau sebelumnya. Plaintif bukan dalam kesihatan yang baik sebelum kemalangan ini. Plaintif telah mengalami kecederaan dan menerima rawatan untuk kecederaan yang sama sejak seawal tahun 2015 dan/atau sebelumnya. Tuntutan ini merupakan tuntutan atas 'pre-existing injury' dari kemalangan yang berlaku pada 19/7/2015 dan/atau sebelumnya. Hujah pihak Plaintif [18] Keterangan SP2 iaitu isteri Plaintif menyokong keterangan Plaintif dimana beliau bersama adik lelakinya telah menolong Plaintif selepas kemalangan tersebut. SP2 telah menyatakan bahawa orang yang melanggar suaminya iaitu seorang lelaki India turut berada bersama ketika itu. SP2 juga menceritakan bagaimana mereka telah bertukar nombor telefon dengan Defendan pertama kerana ketika itu mereka tidak mengetahui keadaan sebenar kecederaan yang S/N A65t2liRcEKgxA4mYuzjQw Page 17 of 43 dialami oleh Plaintif. Keterangan ini telah disokong oleh keterangan SD1 iaitu Defendan pertama. [19] SP2 juga telah menceritakan bahawa beliau telah membawa Plaintif ke Klinik Zabrina beberapa minit selepas kemalangan untuk dirawati. Keterangan ini disokong oleh keterangan SP5 iaitu doktor yang merawati Plaintif. Kehadiran Plaintif di Klinik Zabrina sejurus selepas kejadian dibuktikan oleh dokumen bertanda Eksibit P10 iaitu Laporan Perubatan Plaintif bertarikh 14/6/2021 dari Klinik Zabrina dan juga Eksibit D37 iaitu “Clinic Notes” dari Klinik Zabrina yang menyatakan bahawa Plaintif telah melawat klinik pada hari tersebut. Keterangan Dr. Dalviear (SP5) menyatakan bahawa berdasarkan log komputer di klinik, Plaintif telah pergi ke klinik pada jam 6.56 petang. Ini jelas menyokong keterangan Plaintif dan isteri Plaintif (SP2). Fakta ini juga menyokong keterangan Plaintif dan Defendan pertama yang kedua-duanya menyatakan kemalangan berlaku pada lebih kurang jam 7 malam. [20] Isteri Plaintif (SP2) juga telah memberitahu Mahkamah bahawa beliau tidak dapat membawa Plaintif terus ke hospital kerana semasa itu tidak tahu mengenai keseriusan kecederaan Plaintif dan juga kerana beliau sedang mengandung ketika itu dan tidak dapat memandu jauh. Beliau juga memberi keterangan telah membawa Plaintif ke Hospital Pantai menaiki teksi pada keesokkan harinya kerana Plaintif mengadu kesakitan pada malam itu. [21] Defendan Pertama (SD1) menyatakan bahawa kemalangan telah berlaku semasa beliau dalam perjalanan dari Buntong hendak ke Aeon Falim untuk S/N A65t2liRcEKgxA4mYuzjQw Page 18 of 43 membawa pulang anaknya dari tempat kerja dimana anak beliau habis kerja pada pukul 7 malam. Keterangan ini disokong oleh pernyataan Defendan Pertama kepada adjuster Defendan Ketiga yang tertera di mukasurat kedua Eksibit D39 dimana anak kepada Defendan pertama juga telah disoal oleh pihak adjuster dan beliau telah memberitahu perkara yang sama. Defendan pertama telah terlibat di dalam kemalangan jalanraya dengan motosikal Plaintif semasa beliau dalam perjalanan ke Aeon Falim yang berada berdekatan dengan rumah Plaintif. Selepas pertembungan, Defendan pertama telah menolong mengangkat Plaintif bersama seorang lagi lelaki Melayu yang keluar dari rumah Plaintif ketika itu. Keterangan ini konsisten dengan keterangan SP2 iaitu isteri Plaintif. [22] Defendan Pertama juga telah memberi keterangan bahawa beliau telah menukar nombor telefon dengan Plaintif sebelum beredar dari tempat kejadian. Defendan Pertama juga telah memberi keterangan bahawa beberapa hari selepas kemalangan, beliau telah menerima panggilan telefon dari Plaintif untuk berjumpa. Semasa perjumpaan, Plaintif telah menyuruh Defendan pertama untuk membuat laporan polis kerana Plaintif mengalami kecederaan yang serius. Defendan Pertama juga menjelaskan bahawa ini adalah sebab mengapa laporan polis beliau hanya dibuat selepas enam (6) hari. Pendapat Mahkamah [23] Mahkamah berpendapat pihak Defendan ketiga bergantung antara lainnya, kepada Laporan Penyelaras mereka yang dikatakan menunjukkan kemalangan ini tidak berlaku. Laporan-laporan Penyelaras telah ditandakan sebagai Eksibit D39, D40, D45 dan D46 dan telah dikemukakan melalui SD2 yang merupakan S/N A65t2liRcEKgxA4mYuzjQw Page 19 of 43 Pengurus Syarikat Penyelaras yang menyiasat kes ini. [24] SD2 adalah Pengurus Syarikat Penyelaras dan beliau bukan Penyelaras yang telah menyiasat kes ini. SD2 tidak mempunyai ‘First hand knowledge’ mengenai siasatan yang dilakukan. Semasa pemeriksaan balas, SD2 telah bersetuju bahawa beliau langsung tidak pergi ke tempat kejadian dan tidak pernah berjumpa dengan mana-mana pihak yang terlibat di dalam kes ini. SD2 hanya bergantung kepada apa yang dicatatkan oleh Penyelaras-Penyelaras yang bertugas dan tidak boleh memastikan kesahihan kandungan laporan-laporan ini. Adalah menjadi tanda tanya kenapa Penyelaras yang ditugaskan untuk siasatan ini tidak hadir di Mahkamah sebagai saksi untuk memberi keterangan mengenai siasatan mereka. Keterangan Penyelaras (adjuster) yang menyiasat kes ini adalah penting untuk Mahkamah memutuskan mengenai alegasi penipuan/’fraud’ terhadap Plaintif. [25] SD2 juga mengaku bahawa Penyelaras yang membuat siasatan telah hanya pergi ke tempat kejadian dan berjumpa dengan pihak-pihak untuk menyiasat selepas tujuh belas (17) bulan dari tarikh kejadian. SD2 juga bersetuju bahawa berdasarkan dua fakta yang timbul semasa siasatan pihak mereka, Syarikat Penyelaras telah memutuskan tuntutan Plaintif adalah tuntutan palsu atau direka dan telah mendapatkan arahan dari pihak Defendan Ketiga untuk membuat laporan polis terhadap Plaintif. Dua fakta tersebut adalah:- S/N A65t2liRcEKgxA4mYuzjQw Page 20 of 43 a) Defendan Pertama memberitahu kepada Penyelaras bahawa beliau telah menerima rawatan di Klinik Kesihatan Jelapang manakala siasatan tidak menunjukkan rawatan tersebut diperolehi di Klinik Kesihatan Jelapang. b) Jiran-jiran Plaintif yang ditemui Penyelaras tidak mengetahui mengenai kemalangan yang berlaku di tepi rumah Plaintif. Kedua-dua fakta ini menjadi asas kepada allegasi pihak Defendan Ketiga bahawa Plaintif telah membuat penipuan terhadap Defendan Ketiga untuk mengaut keuntungan. Kedua-dua fakta ini juga menyebabkan Defendan Ketiga mengarahkan pihak Penyelaras secara khususnya SD2 untuk membuat laporan polis terhadap Plaintif. [26] Mengenai isu pertama iaitu rawatan di Klinik Kesihatan Jelapang, Mahkamah merujuk kepada Eksibit D38 iaitu Laporan Polis Defendan Pertama mengenai kemalangan ini. Defendan Pertama telah menyatakan di baris terakhir ‘Rawatan di Klinik Jelapang’. Beliau secara jelas hanya mengatakan rawatan di Klinik Jelapang. Jika dirujuk kepada Eksibit D40 iaitu statement Defendan pertama kepada Penyelaras, di baris terakhir, Defendan pertama sekali lagi menyatakan perkara yang sama iaitu ‘rawatan di KLINIK JELAPANG, IPOH’ tetapi telah diubah oleh Penyelaras sendiri di dalam Eksibit D39 mukasurat 8 di bawah ‘Conclusion’……. “He claimed that he did seek treatment at Klinik Kesihatan Jelapang after the accident”. Defendan Pertama telah memberi keterangan bahawa sehari selepas kemalangan berlaku, beliau telah pergi mengambil ubat di satu klinik Cina di S/N A65t2liRcEKgxA4mYuzjQw Page 21 of 43 Jelapang dan bukannya Klinik Kesihatan Jelapang. Mahkamah setuju dengan hujah pihak Plaintif bahawa ini jelas merupakan satu kesilapan oleh pihak Penyelaras yang telah menyebabkan tuntutan Plaintif dianggap sebagai ‘fraud’ dan pihak Defendan ketiga langsung tidak memanggil Penyelaras tersebut untuk memberi keterangan dan memberi penerangan mengenai kesilapan yang dilakukan dengan menukar tempat rawatan Defendan pertama di dalam laporan mereka (Eksibit D39) dengan penambahan satu perkataan. Peguamcara Defendan Ketiga telah menyatakan bahawa beliau tidak akan memanggil Penyelaras-Penyelaras yang menyiasat kes ini dengan alasan bahawa tidak ingin membazir masa. Mahkamah menggunapakai seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950 terhadap pihak Defendan Ketiga atas kegagalan memanggil Penyelaras yang telah menyediakan lapuran seperti di Eksibit D39. Seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950 menyatakan seperti berikut:- “The court may presume the existence of any fact which it thinks likely to have happened, regard being had to the common course of natural events, human conduct, and public and private business, in their relation to the facts of the particular case.” Illustration (g) that evidence which could be and is not produced would if produced be unfavourable to the person who withholds it; Mahkamah berpendapat fakta yang didasarkan oleh Penyeleras insuran iaitu mengenai tempat dimana rawatan diperolehi oleh Defendan Pertama adalah satu kesilapan Penyelaras sendiri. S/N A65t2liRcEKgxA4mYuzjQw Page 22 of 43 [27] Mengenai isu kedua iaitu Jiran-jiran Plaintif tidak mengetahui mengenai kemalangan yang berlaku di tepi rumah Plaintif. SD2 iaitu Pengurus syarikat Penyelaras telah memberi keterangan bahawa pihak mereka hanya membuat siasatan dan pertanyaan kepada jiran-jiran Plaintif pada 26/5/2020 iaitu 17 bulan selepas kemalangan berlaku. Tarikh kemalangan adalah 23/12/2018. Jika dilihat kepada laporan adjuster berkait temubual dengan jiran-jiran plaintif, dua jiran dikatakan telah ditemubual oleh Penyelaras. Mukasurat 4, Eksibit D39, seorang bernama Mr. Mak ditemubual mengenai kemalangan ini dan jawapan Mr. Mak kepada Penyelaras adalah....... “He could not recall the accident as it allegedly happened in 2018”. Beberapa lagi jiran dikatakan disoal dan jawapan mereka adalah....... “they were also unaware of the accident”. Jika dirujuk Eksibit D45 mukasurat 1, seorang lagi jiran dikatakan telah ditemubual oleh Penyelaras iaitu seorang bernama Kak Ida. Jawapan sama diperolehi iaitu …... “She was totally unaware of the accident”. Mahkamah mendapati bahawa keterangan daripada jiran-jiran Plaintif tidak dapat menunjukkan secara konklusif bahawa Plaintif telah atau tidak mengalami kemalangan pada 23/12/2018. Semua alegasi ini adalah melalui keterangan ‘hearsay’ yang dikemukakan melalui laporan Penyelaras dan tiada terdapatnya ‘direct evidence’ melalui saksi di Mahkamah samada melalui Penyelaras yang menyiasat atau melalui jiran Plaintif yang dikatakan ditemubual untuk membuktikan sebarang alegasi ini. S/N A65t2liRcEKgxA4mYuzjQw Page 23 of 43 Dalam kes Cheong Heng Loong Goldsmiths (KL) Sdn Bhd v Chan Kim Swi (Capital Insurance Bhd, Garnishee) [1997] 5 MLJ 191, Mahkamah Tinggi telah memutuskan seperti berikut:- “...The report dated 24 April 1984 was compiled at the request of the defendant and contains details of the investigation on the alleged robbery of gold jewellery belonging to the second plaintiff, the goods that are insured under the policy. It is obvious to my mind that the investigation was necessary to determine whether there was a robbery to assist the defendant in determining whether they are bound to effect payment of the claim submitted on 10 December 1984 by the second plaintiff. As I had stated earlier, the first plaintiff relied on this report to prove robbery. Although the report is admitted, it does not follow that its contents are admitted as a matter of course. If they are hearsay, they would be excluded, being not admissible. The report states: Following careful enquiries with the insured, his business associates and the police, we formed the opinion that the robbery was carefully planned by the robbers and know when and where to execute the robbery and they had also planned out the escape. It is clear that the findings that ‘there was a robbery that was carefully planned’ is based on interviews with the insured, his colleagues who were with the insured at the time of the alleged robbery and discussions with the police and not from his own personal knowledge. None of the persons interviewed were called to give evidence to substantiate that the robbery did take place. For these reason, I rule that the evidence in respect of the robbery in the report is clearly hearsay.” Seterusnya di dalam kes Malaysia National Insurance Sdn. Bhd. v Malaysia Rubber Development Corporation [1986] 2 MLJ 124, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan:- S/N A65t2liRcEKgxA4mYuzjQw Page 24 of 43 “In our view the material part of the evidence of D.W.1 was clearly hearsay evidence. His evidence was derived from interviews and not from his own knowledge. The learned Judge was perfectly right to hold that that such evidence was hearsay. Objection should have been taken to the evidence of D.W.1. Hearsay evidence which ought to have been rejected does not become admissible merely because no objection was taken earlier.” Saksi SD2 yang dikemukakan oleh pihak Defendan Ketiga telah mengaku bahawa beliau langsung tidak menyiasat kes ini dan hanya bergantung kepada apa yang dikatakan oleh Penyelaras-Penyelaras yang ditugaskan untuk siasat kes ini. Isu ‘pre-existing injury’ dan kecederaan-kecederaan yang dialami oleh Plaintif telah dibesar-besarkan [28] Pihak Plaintif telah mengemukakan tiga saksi untuk membuktikan kecederaan yang dialami oleh Plaintif. Dr. Dilviear (SP5) adalah doktor Klinik Zabrina yang dilawati Plaintif selepas kemalangan dan SP5 telah memberi keterangan bahawa Plaintif telah mengadu kesakitan di kedua-dua lutut dan bahagian pinggang (baris 1 hingga 6 mukasurat 358 Nota Keterangan). SP5 kemudiannya telah menasihati Plaintif untuk pergi ke hospital jika kesakitan atau keadaan Plaintif bertambah teruk (baris 28 hingga 32 mukasurat 373 Nota Keterangan). SP4 iaitu Dato’ Dr. Vasan telah memberi keterangan bahawa beliau telah merawati Plaintif pada 24/12/2018 iaitu sehari selepas tarikh kemalangan. SP4 telah mengesahkan di dalam Laporan Perubatan bertarikh 24/7/2019 yang S/N A65t2liRcEKgxA4mYuzjQw Page 25 of 43 ditandakan sebagai Eksibit P9 bahawa Plaintif telah mengalami kecederan-kederaan berikut:- NO. INJURIES (2018)
1
Mild PID C3C4, C5C6 Cervical spine 2. PID L4L5 with mild spinal stenosis Lumbar spine 3. Partial thickness Left ACL tear Left knee 4. Left Medial and Lateral meniscus tear Left knee 5. Sprain of the Left Lateral collateral ligament Left knee 6. Left Lateral head of gastronemius muscle contusion Left knee 7. Right Knee complete tear of reconstructed ACL Right knee 8. Partial tear Right PCL Right knee 9. Lateral and Medial meniscus tear Right knee Kecederaan-kecederaan ini juga disahkan didalam laporan MRI yang telah ditandakan sebagai Eksibit P24(A-D). Seterusnya SP6 iaitu Dr. Raveendran telah mengesahkan bahawa apabila beliau memeriksa Plaintif pada 7/10/2019, iaitu selepas lebih 9 bulan dari tarikh kemalangan, beliau telah mendapati Plaintif mengalami kecederaan-kecederaan yang dinyatakan oleh Dato’ Dr. Vasan (SP4). Laporan perubatan pakar Dr. Raveendran (SP6) telah ditandakan sebagai Eksibit P11. Keterangan kedua-dua doktor iaitu SP4 dan SP6 telah mengesahkan bahawa kecederaan-kecederaan yang dialami oleh Plaintif adalah kecederaan baru dan bukannya kecederaan lama dari tahun 2015. S/N A65t2liRcEKgxA4mYuzjQw Page 26 of 43 SP4 telah mengesahkan di baris 13 hingga 24 mukasurat 319 Nota Keterangan bahawa kecederaan yang dialami dalam kemalangan 2018 adalah berlainan dari kecederaan yang dialami pada tahun 2015. Keseluruhan keterangan yang diberikan oleh SP6 juga telah mengesahkan bahawa kecederaan-kecederaan tahun 2018 berbeza dari tahun 2015. [29] Isu yang dibangkitkan oleh pihak Defendan ketiga adalah bahawa Plaintif tidak sebenarnya mengalami kecederaan-kecederaan ini dari kemalangan pada tarikh 23/12/2018 tetapi kecederaan-kecederaan tersebut adalah berpunca dari kemalangan tahun 2015 dan Plaintif sedang cuba membuat tuntutan untuk kecederaan yang sama dan dalam itu sedang menipu pihak Defendan Ketiga. Pihak Defendan Ketiga telah bergantung kepada keterangan SD4 (Dr. Sivananthan) untuk cuba membuktikan bahawa Plaintif sedang menggunakan kecederaan-kecederaan lama untuk membuat tuntutan baru terhadap Defendan Ketiga. Kecederaan-kecederaan yang dialami Plaintif didalam kemalangan yang berlaku pada tahun 2015 adalah seperti di bawah:- NO. INJURIES (2015)
1
Multiple PID C3C4, C4C5 and C5C6 Cervical spine 2. PID L4L5 with L exit foramen narrowing Lumbar spine 3. Soft tissue contusion to the distal right ulna Right forearm
4
Right ATFL, PTFL, CFL and deltoid ligament contusion Right ankle 5. Suspicious ALPSA lesion and rotator cuff tear shoulder 6. Soft tissue contusion left ulna olecranon Left elbow Jika dibandingkan kecederaan yang dialami Plaintif pada 2015 ini dengan kecederaan yang dialami Plaintif tahun 2018, hanya item 1 dan item 2 dari tahun 2015 muncul semula di dalam kecederaan tahun 2018. Item 1 tahun 2015 adalah Multiple PID C3C4, C4C5 and C5C6. Kecederaan ini muncul sebagai Mild PID C3C4, C5C6 didalam tahun 2018. Kedua-dua ini juga terdapat perbezaan kerana satu mengatakan multiple dan satu lagi mengatakan mild. Satu merangkumi tiga ruang iaitu C3C4, C4C5 dan C5C6 manakala satu lagi merangkumi 2 ruang iaitu C3C4 dan C5C6 sahaja. Ini telah disahkan oleh Dr. Sivananthan (SD4) di baris 3 hingga 6 mukasurat 561 Nota Keterangan. Item 2 tahun 2015 adalah PID L4L5 with L exit foramen narrowing. Kecederaan ini muncul sebagai PID L4L5 with mild spinal stenosis didalam tahun 2018. Kedua-dua kecederaan ini walaupun di bahagian badan yang sama tetapi jenis kecederaan adalah berlainan. Perkataan yang digunakan untuk kedua-dua kecederaan itu juga berlainan. Ini jelas menunjukkan bukannya kecederaan yang sama seperti diakui oleh Dr. Sivananthan (SD4) (baris 16 hingga 20 mukasurat 561 Nota Keterangan). S/N A65t2liRcEKgxA4mYuzjQw Page 28 of 43 [30] Dr. Sivananthan (SD4) merupakan saksi paling penting untuk pihak Defendan Ketiga untuk membuktikan bahawa kecederaan Plaintif adalah kecederaan lama dan bukannya disebabkan oleh kemalangan yang berlaku pada tahun 2018. Ini adalah kerana kedua-dua doktor yang dipanggil oleh pihak Plaintif telah memberi keterangan bahawa kecederaan-kecederaan yang dialami oleh Plaintif adalah kecederaan baru dan bukannya dari kemalangan tahun 2015. Semasa memberi keterangan diperingkat soalbalas, SD4 secara jelas tidak dapat mengatakan bahawa kecederaan-kecederaan Plaintif adalah ‘pre-existing injuries’. Dari baris 4 hingga 24 mukasurat 595 Nota Keterangan, SD4 telah mengaku bahawa beliau tidak boleh mengesahkan bahawa kecederaan-kecederaan yang dialami Plaintif pada tahun 2018 adalah ‘pre-existing injuries’ dan bukannya kecederaan baru. Sepanjang soalbalas beliau telah ditunjukkan perbezaan pada kecederaan dan SD4 akhirnya bersetuju dengan pihak Plaintif bahawa beliau tidak boleh mengatakan dengan yakin bahawa kecederaan-kecederaan Plaintif telah direka atau ‘carried forward’ dari kemalangan 2015. Salah satu contoh adalah di mukasurat 593 Nota Keterangan (baris 10 hingga 19), dimana SD4 telah mengaku bahawa pemeriksaan beliau keatas Plaintif pada tahun 2016 telah menunjukkan lutut kanan Plaintif telah pulih dan laporan radiology pada bulan April 2019 (Eksibit P24C) menunjukkan lutut kanan mengalami kecederaan. Ini jelas menunjukkan bahawa kecederaan tersebut hanya berlaku diantara tahun 2016 dan April 2019. Kemalangan kes kita ini S/N A65t2liRcEKgxA4mYuzjQw Page 29 of 43 berlaku pada tahun 2018 dan logik yang boleh digunapakai adalah bahawa lutut kanan mengalami kecederaan tersebut semasa kemalangan Disember 2018 seperti yang dituntut oleh Plaintif. [31] Mahkamah mendapati bahawa pihak Defendan ketiga tidak dapat membuktikan secara imbangan kebarangkalian bahawa kecederaan-kecederaan Plaintif adalah ‘pre-existing injuries’ dari kemalangan yang berlaku pada 19/7/2015 dan/atau sebelumnya. Oleh yang demikian, berdasarkan keterangan-keterangan saksi perbicaraan serta penilaian terhadap bukti-bukti yang ada di hadapan Mahkamah ini, Mahkamah dengan ini memutuskan bahawa pihak Defendan Ketiga telah gagal membuktikan penipuan/frod atas imbangan kebarangkalian terhadap pihak Plaintif. Maka dengan itu tuntutan Plaintif telah dibenarkan dengan kos. ISU KUANTUM (atas dasar 100%) [32] Pihak Defendan pertama dan kedua tidak mengemukakan apa-apa hujah mengenai gantirugi am dan khas dan bergantung penuh pada hujahan Defendan ketiga memandangkan isu berkenaan dengan gantirugi terkait dengan Defendan ketiga selaku pihak insurans. Kuantum atas dasar 100% liabiliti terhadap Defendan pertama dan kedua diputuskan seperti di bawah. S/N A65t2liRcEKgxA4mYuzjQw Page 30 of 43 GANTIRUGI AM PLAINTIF [33] Untuk gantirugi Am, hujah pihak Plaintif, hujah pihak Defendan Ketiga dan awad Mahkamah adalah seperti berikut bagi Plaintif. No. Kecederaan Hujah Pltf Hujah Dfdn Ketiga Awad Mahkamah
1
Mild PIVD C3/C4, C5/C6 RM40,000.00 RM 5,000.00 RM 25,000.00 2. PIVD L4L5 with mild spinal stenosis RM30,000.00
3
Partial thickness Left ACL tear RM 25,000.00 RM 20,000.00
4
Left Medial and Lateral meniscus tear RM 30,000.00 5. Sprain of the Left Lateral collateral ligament RM 20,000.00 6. Left Lateral head of gastrocnemius muscle contusion RM 20,000.00 7. Wasting of muscles of the left thigh RM 5,000.00 8. Laxity of the medial and lateral ligaments of the left knee RM 15,000.00
9
Right Knee complete tear of reconstructed ACL RM 30,000.00 TIADA AWAD RM 20,000.00 10. Partial tear Right PCL RM 25,000.00 11. Right Lateral and Medial meniscus tear RM 30,000.00 12. Laxity of the medial and lateral collateral ligaments of the right knee
13
Multiple surgical scars RM 10,000.00 TIADA AWAD RM 5,000.00 Jumlah Gantirugi Am RM295,000.00 RM 25,000.00 RM 80,000.00 Setelah Mahkamah meneliti hujah kedua-dua pihak, nas undang-undang yang dikemukakan, Revised Compendium of Personal Injuries Awards 2018 dan melihat kepada trend terkini, Mahkamah telah memberi awad untuk Gantirugi Am seperti yang dinyatakan di atas. Huraian mengenai awad adalah seperti di bawah. S/N A65t2liRcEKgxA4mYuzjQw Page 31 of 43 1) Mild PIVD C3/C4, C5/C6 Peguam Plaintif telah berhujah sebanyak RM20,000/- dibenarkan bagi kecederaan di C3/C4 dan RM20,000/- bagi kecederaan di C5/C6 berdasarkan kes Yap Yew Wai v Theresa Anne a/p Sinnappan [2023] MLJU 1429. Kesemunya berjumlah RM40,000/-. 2) PIVD L4L5 with mild spinal stenosis Peguam Plaintif telah berhujah sebanyak RM30,000/- dibenarkan berdasarkan kes Yap Yew Wai (supra) dan juga atas alasan bahawa Plaintif mengalami ‘mild spinal stenosis’. Merujuk kepada kecederaan nombor 1 dan 2 di atas, peguam Defendan ketiga telah berhujah bahawa kedua-dua kecederaan ini tertakluk di dalam ‘category spinal/nerve injuries’ di dalam Revised Compendium of Personal Injuries Awards 2018 dan ia adalah suatu ‘soft tissue injury’. Peguam Defendan ketiga telah merujuk kepada Eksibit D37 yang merupakan dokumen utama dan terkini bagi menyokong hujah beliau bahawa Dr. Dalviear (SP5) telah melapurkan seperti berikut : “Lower back: No spinal tenderness noted, no brusing, no haematoma, no step deformity noted”. Oleh yang demikian, peguam Defendan Ketiga mencadangkan jumlah sebanyak RM5,000/- sahaja dibenarkan. Oleh kerana kedua-dua kecederaan Mild PIVD C3/C4, C5/C6 dan PIVD L4L5 with mild spinal stenosis adalah di bahagian belakang Plaintif dan merupakan suatu ‘overlapping injury’, maka dengan merujuk kepada kes Yap Yew Wai (supra), Mahkamah telah awadkan sejumlah RM25,000/- kepada Plaintif. S/N A65t2liRcEKgxA4mYuzjQw Page 32 of 43 3) Partial thickness Left ACL tear Revised Compendium of Personal Injury Awards 2018 mencadangkan awad diantara RM18,000/- ke RM30,000/-. Peguam Plaintif telah berhujah sebanyak RM25,000/- dibenarkan berdasarkan Compendium dan juga kes Thineswaran a/l Ramesh v Yushaini bin Abd Rahni & satu lagi [2023] MLJU 2302. 4) Left Medial and Lateral meniscus tear Peguam Plaintif telah berhujah sebanyak RM30,000/- dibenarkan berdasarkan kes Yap Yew Wai (supra). 5) Sprain of the Left Lateral collateral ligament Peguam Plaintif telah berhujah sebanyak RM20,000/- berdasarkan kes Nurul Habibah Kamilin v Muhamad Ariffin Abdul Rahim & satu lagi [2015] 2 PIR [36] 6) Left Lateral head of gastrocnemius muscle contusion Revised Compendium of Personal Injuries Awards 2018 mencadangkan awad diantara RM18,000/- ke RM30,000/-. Peguam Plaintif telah berhujah bahawa jumlah sebanyak RM20,000/- adaah munasabah. 7) Wasting of muscles of the left thigh Peguam Plaintif telah berhujah sebanyak RM5,000/- berdasarkan kes Gunasegaran a/l Govindan v Low Li Xin & Satu lagi [2023] MLJU 679. S/N A65t2liRcEKgxA4mYuzjQw Page 33 of 43 8) Laxity of the medial and lateral ligaments of the left knee Peguam Plaintif telah berhujah sebanyak RM15,000/- dibenarkan dengan merujuk kepada kes Mohamad Fairus Azman v Wong Lay Heng & satu lagi [2012] 5 LNS 105. Hujah Pihak Defendan Ketiga bagi kecederaan nombor 3 sehingga 8 adalah bahawa kesemua kecederaan ini adalah pada bahagian lutut sebelah kiri dan mencadangkan jumlah global sebanyak RM20,000/- kerana ia kecederaan yang ‘overlapping’. Peguam Defendan ketiga telah merujuk kepada Revised Compendium of Personal Injuries Awards 2018, dan juga kepada Eksibit D37 iaitu medical notes oleh Dr Dalviear (SP5). Pendapat Mahkamah Mahkamah setuju dengan hujah peguam Defendan ketiga bahawa kesemua kecederaan dari nombor 3 ke 8 adalah di bahagian lutut kiri dan merupakan kecederaan yang ‘overlapping’. Mahkamah telah awadkan satu jumlah global bagi kesemua kecederaan di atas sebanyak RM30,000/- berdasarkan kes Nookman Hafiz b Hashim Badri v Goh Chia Ching & Anor [2019] 1 PIR [50] dan juga kes Loh Ah Soo v Loh Sue Wing & Anor [2019] 1 PIR (31). 9) Right knee complete tear of reconstructed ACL Revised Compendium of Personal Injury Awards 2018 mencadangkan awad diantara RM18,000/- ke RM30,000/-. Peguam Plaintif telah berhujah sebanyak RM30,000/- dibenarkan berdasarkan Compendium dan kes Gunasegaran a/l Govindan (supra). S/N A65t2liRcEKgxA4mYuzjQw Page 34 of 43 10) Partial tear Right PCL Revised Compendium of Personal Injury Awards mencadangkan awad diantara RM18,000/- ke RM30,000/-. Peguam Plaintif telah berhujah sebanyak RM25,000/- dibenarkan berdasarkan Compendium dan kes Thineswaran a/l Ramesh (supra). 11) Right Lateral and Medial meniscus tear Peguam Plaintif telah mencadangkan jumlah sebanyak RM30,000/- dibenarkan berdasarkan kes Yap Yew Wai (supra). 12) Laxity of the medial and lateral collateral ligaments of the right knee Peguam Plaintif telah mencadangkan jumlah sebanyak RM15,000/- dibenarkan berdasarkan kes Mohamad Fairus Azman (supra). Hujah Pihak Defendan Ketiga bagi kecederaan nombor 9 sehingga 12 adalah bahawa kesemua kecederaan ini adalah pada bahagian lutut sebelah kanan. Menurut peguam Defendan ketiga, tiada awad patut diberikan bagi kecederaan-kecederaan ini kerana kecederaan-kecederaan ini tidak direkod di dalam medical notes (Eksibit D37) oleh Dr. Dalviaer (SP5), admission form (Eksibit D60) oleh Dato’ Dr. Vasan (SP4) dan lapuran radiology (Eksibit P24). Isu mengenai kecederaan bagi lutut sebelah kanan hanya timbul empat (4) bulan selepas kemalangan yang dikatakan berlaku iaitu apabila Plaintif dimasukkan ke hospital pada kali ketiga dari 26/4/2019 ke 29/4/2019. S/N A65t2liRcEKgxA4mYuzjQw Page 35 of 43 Pendapat Mahkamah Mahkamah setuju dengan hujah peguam Defendan ketiga bahawa kesemua kecederaan dari nombor 9 ke 12 adalah di bahagian lutut kanan Plaintif dan kesemua kecederaan ini adalah di bahagian yang sama dan ‘overlapping’. Dr. Dilvear (SP5) iaitu doktor dari Klinik Zabrina yang mana Plaintif melawat selepas kemalangan telah memberi keterangan bahawa Plaintif telah mengadu kesakitan di kedua-dua lutut dan bahagian pinggang (baris 1 hingga 6 mukasurat 358 Nota Keterangan). Dato’ Dr. Vasan (SP4) juga telah mengesahkan kecederaan pada bahagian lutut kanan Plaintif seperti di dalam lapurannya yang ditandakan sebagai Eksibit P9. Kecederaan-kecederaan ini juga disahkan didalam laporan MRI yang telah ditandakan sebagai Eksibit P24(A-D). Seterusnya Dr. Raveendran (SP6) juga telah mengesahkan bahawa apabila beliau memeriksa Plaintif pada 7/10/2019 iaitu selepas lebih 9 bulan dari tarikh kemalangan, beliau telah mendapati Plaintif mengalami kecederaan-kecederaan yang dinyatakan oleh Dato’ Dr. Vasan. Laporan perubatan pakar Dr. Raveendran (SP6) telah ditandakan sebagai Eksibit P11. Mahkamah mendapati Plaintif telah mengalami kecederaan seperti yang tertera di nombor 9 sehingga 12 dan telah awadkan satu jumlah global bagi kesemua kecederaan di atas sebanyak RM20,000/. 13) Multiple surgical scars Peguam Plaintif telah berhujah sebanyak RM10,000/- dibenarkan berdasarkan kes Thineswaran a/l Ramesh (supra). S/N A65t2liRcEKgxA4mYuzjQw Page 36 of 43 Peguam Defendan ketiga telah berhujah bahawa apabila Dr. Ravendran (SP6) memeriksa Plaintif pada 7.10.2019, Plaintif telah terlibat di dalam enam (6) ke tujuh (7) kemalangan sejak tahun 2012. Plaintif telah dimasukkan ke hospital sebanyak lapan (8) kali. Lapuran perubatan Dr. Ravendran (Eksibit P11) tidak menyatakan bahawa ‘surgical scars’ telah timbul akibat kemalangan yang dikatakan berlaku pada 23.12.2018. Lapuran perubatan yang disediakan oleh Dato’ Dr. Vasan (Eksibit P9) juga tidak menyatakan sedemikian. Oleh yang demikian, peguam Defendan ketiga telah hujah bahawa awad untuk ‘surgical scars’ tidak harus diberikan. Mahkamah mendapati bahawa peguam Defendan ketiga langsung tidak menyoal balas SP4 samada Plaintif mempunyai apa-apa ‘surgical scars’ akibat kemalangan ini. Peguam defendan ketiga juga tidak menyoal balas SP6 samada ‘surgical scars’ timbul akibat kemalangan ini atau tidak. Oleh yang demikian, Mahkamah berpendapat awad bagi tuntutan ini harus diberikan. Mahkamah telah merujuk kepada Revised Compendium of Personal Injuries Awards 2018 dan juga kepada kes Chong Sau Yong v Ahama Awakuache [2019] 1 PIR [1], sc dan telah awadkan sejumlah RM5,000/- bagi ‘multiple surgical scars’. GANTIRUGI KHAS BAGI PLAINTIF [34] Pada masa kemalangan berlaku, Plaintif berumur 33 tahun dan bekerja memborong dan menjual ikan. [35] Untuk gantirugi Khas, awad Mahkamah bagi item-item yang telah dituntut di dalam pernyataan tuntutan adalah seperti berikut:- S/N A65t2liRcEKgxA4mYuzjQw Page 37 of 43 BUTIR-BUTIR Awad Mahkamah a. Kos memperoleh dokumen Dibenarkan dibawah kos tindakan b. Kos perjalanan dan pengangkutan Ditarik balik c. Kos rawatan perubatan RM25,699.18 d. Kos perubatan lanjutan Ditarik balik e. Kehilangan Pendapatan RM3,000/- x 1 bulan RM 3,000.00 f. Kehilangan pendapatan masa hadapan Tidak dibenarkan Item e. Kehilangan pendapatan [36] Hujah Pihak Plaintif Pihak Plaintif telah berhujah bahawa jumlah sebanyak RM3,000.00 sebulan bagi tempoh dua belas (12) bulan harus diawadkan dimana pendapatan bulanan Plaintif telah dibuktikan melalui Eksibit P5, selepas mengambil kira kos kegunaan harian Plaintif. RM3,000.00 x 12 bulan (sehingga writ difailkan) = RM36,000.00 Eksibit P5 adalah Borang B dan resit bayaran cukai taksiran tahun 2018 yang menunjukkan jumlah pendapatan yang diistiharkan pada tahun 2018 sebanyak RM43,921.00. Ini menunjukkan pendapatan bulanan sebanyak RM3,660.00 untuk tahun 2018 iaitu sebelum Plaintif mengalami kemalangan jalanraya. Eksibit P6 adalah penyata akaun syarikat Plaintif iaitu Pemborong Ikan Fairus & Rozita yang menunjukkan wang keluar masuk dari bulan Ogos hingga Disember
2018
Plaintif telah memberi keterangan mengenai butir-butir kemasukan dan pengeluaran wang. Eksibit P7 adalah Perakuan Pembaharuan Pendaftaran dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang menunjukkan syarikat Plaintif iaitu Pemborong Ikan Fairus & Rozita yang telah didaftarkan diatas nama isteri Plaintif (SP2) pada bulan April 2018. Pihak Plaintif telah berhujah bahawa tiada sebarang bukti dikemukakan oleh pihak Defendan ketiga untuk menunjukkan Plaintif tidak berpendapatan sebelum kemalangan. [37] Hujah pihak Defendan ketiga Pihak Defendan ketiga telah berhujah bahawa Laporan Dato’ Dr. Vasan (Eksibit P9) telah menyatakan bahawa Plaintif tidak dapat kembali bekerja sebagai buruh dimana beliau perlu mengangkat objek berat dan membuat kerja manual yang berat. Ini adalah cadangan yang sama yang dibuat oleh Dato’ Dr. Vasan ketika dia menyediakan laporan dan memberi keterangan dalam kemalangan Julai
2015
Plaintif telah memplidkan bahawa beliau mendapat pendapatan sebanyak RM10,000/- sebulan tetapi kini keterangan beliau bercanggah dimana beliau menyatakan bahawa dia mendapat pendapatan sebanyak RM20,000/- sebulan dan beliau tidak dapat bekerja selepas kemalangan. Plaintif juga telah memberi keterangan bahawa sebelum kemalangan, dia adalah pemilik perniagaan yang memborong ikan dan perniagaan itu didaftarkan di atas nama isterinya. Pada bulan Mac 2017, sejurus selepas Plaintif memberi keterangan dalam samannya sebelum ini, perniagaan itu dikendalikan dengan S/N A65t2liRcEKgxA4mYuzjQw Page 39 of 43 cara di mana Plaintif mengupah pekerja untuk menangkap ikan atau mengupah pekerja untuk memandu dan mengagihkan ikan kepada penjual ikan lain. Laporan perubatan sekadar menyatakan Plaintif tidak mampu melakukan kerja manual yang memerlukannya mengangkat objek berat. Tiada apa-apa yang menghalang Plaintif daripada menjalankan perniagaan sendiri dengan terus mengambil pembantu. Plaintif tidak mengalami kehilangan pendapatan. Dr. Raveendran (SP6) juga telah memberi keterangan bahawa Plaintif mampu bekerja selain memandu kenderaan dan pergi memancing. Peguam Defendan ketiga turut berhujah bahawa dokumen pendapatan telah di’staged’ bagi tujuan perbicaraan kes. Dato’ Dr. Vasan (SP4) dalam laporannya dan dalam tuntutan ini telah memberi keterangan bahawa Plaintif tidak boleh bekerja sehingga kini dan tidak boleh bekerja melainkan dia menjalankan pembedahan bernilai RM 95,000/-. Ini adalah keterangan yang sama yang diberikan oleh Dato’ Dr. Vasan dalam kemalangan sebelum ini. Lihat ms 221 Eksibit P49. Penyata akaun dari Maybank, adalah untuk tempoh terhad dan ‘staged’ untuk menunjukkan wang keluar masuk sejurus sebelum kemalangan. Dalam nada yang sama, penyata cukai pendapatan difailkan selepas tuntutan ini difailkan dan pada Oktober 2020 apabila masa memfailkan penyata cukai ialah Jun 2020. Tiada bukti Plaintif membayar cukai sebelum 2020 dan selepas 2020. S/N A65t2liRcEKgxA4mYuzjQw Page 40 of 43 Plaintif telah kemukakan penyata cukai pendapatan isterinya untuk tahun 2018 dimana jumlah pendapatan isteri bagi tahun 2018 ialah RM43,921.00. Plaintif tidak kemukakan penyata cukai pendapatan bagi dirinya sendiri. Tiada penyata cukai pendapatan dikemukakan untuk tahun berikutnya untuk menunjukkan kehilangan pendapatan. Penyata akaun dan laporan cukai pendapatan telah di‘staged’ untuk perbicaraan ini dan ini menjadi lebih jelas apabila isteri tidak mempunyai pengetahuan mengenai dokumen-dokumen ini semasa peperiksaan balas. Plaintif tidak memerlukan apa-apa pembedahan dan tidak hilang keupayaan untuk bekerja. Dato’ Dr. Vasan dalam kes sebelum ini memberi laporan dan memberi keterangan Plaintif tidak dapat bekerja sehingga kemalangan dan Plaintif tidak mampu bekerja melainkan pembedahan dijalankan. Perkara yang sama telah disangkal oleh fakta bahawa Plaintif memberi keterangan bahawa dia telah mula bekerja semula pada 2017 tanpa melakukan pembedahan [38] Pendapat Mahkamah Mahkamah setuju dengan hujah yang dikemukakan oleh peguam Defendan ketiga dan berpendapat bahawa Plaintif tidak mengalami kehilangan pendapatan seperti yang dihujahkan oleh pihak Plaintif. Oleh yang demikian, Mahkamah hanya memberi awad kehilangan pendapatan sebanyak RM3,000/- sebulan bagi satu bulan sahaja selepas kemalangan berlaku dengan melihat kepada kecederaan yang dialami oleh Plaintif. S/N A65t2liRcEKgxA4mYuzjQw Page 41 of 43 Item f. Kehilangan pendapatan masa hadapan [39] Hujah pihak Plaintif Peguam plaintif telah berhujah bahawa ‘Multiplicand’ telah dibuktikan melalui Eksibit P5 iaitu sejumlah RM3,000/- Bagi ‘Multiplier’, peguam Plaintif telah berhujah seperti berikut: a) Eksibit P11 iaitu laporan pakar dari SP6 (Dr. Raveendran) telah menyatakan bahawa Plaintif tidak boleh membuat pekerjaan yang melibatkan mengangkat barang berat, berdiri untuk masa lama, berjalan jauh atau mencangkung. Keadaan Plaintif hanya membenarkan beliau untuk membuat kerja ringan. Pekerjaan memborong dan menjual ikan memerlukan mengangkat barangan berat dan oleh itu Plaintif terpaksa memberhentikan perniagaan beliau dan telah kehilangan pendapatan. b) SP6 dalam keterangan beliau di Mahkamah telah sekali lagi mengesahkan bahawa Plaintif hanya boleh membuat kerja ringan (Baris 12 hingga 16 mukasurat 401 Nota keterangan). Bila ditanya samada Plaintif boleh memandu kenderaan, SP6 telah menyatakan bahawa beliau tidak tahu jika Plaintif boleh memandu motolori atau tidak dalam keadaan sekarang (baris 1 hingga 2 mukasurat 402 nota keterangan). c) Plaintif telah mengesahkan bahawa beliau tidak lagi dapat meneruskan perniagaan penjualan ikan beliau selepas kemalangan ini (baris 15 hingga 17 mukasurat 87 Nota Keterangan). Keadaan kesihatan Plaintif dan kesakitan yang dialami juga jelas kelihatan apabila beliau memberikan keterangan di Mahkamah semasa bicara. S/N A65t2liRcEKgxA4mYuzjQw Page 42 of 43 d) Tiada sebarang keterangan dikemukakan oleh SD4 iaitu Doktor Pakar pihak Defendan atau melalui mana-mana saksi lain untuk menyangkal keterangan SP6 mengenai ketidakbolehan Plaintif untuk menjalankan semula perniagaan beliau selepas kemalangan akibat kecederaan yang dialami. Juga tiada keterangan dari pihak Defendan ketiga untuk menyatakan bahawa Plaintif telah mula bekerja atau mempunyai pendapatan selepas kemalangan. e) Memandangkan tiada keterangan dari saksi Defendan ketiga untuk menyangkal keterangan Plaintif mengenai kehilangan pendapatan masa hadapan, tuntutan item ini harus dibenarkan. Kemalangan ini berlaku pada tahun 2018, oleh itu multiplier adalah :- 55 – 33 (umur plaintif semasa kemalangan) = 11 tahun 2 11 tahun x 12 bulan = 132 bulan Daripada 132 bulan 12 bulan telah diawad dibawah item kehilangan pendapatan. Oleh itu multiplier untuk kehilangan pendapatan masa hadapan adalah 120 bulan. Awad untuk kehilangan pendapatan masa hadapan adalah:- RM3000.00 (multiplicand) x 120 bulan (multiplier) = RM360,000.00 Pihak Paintif berhujah bahawa RM360,000.00 harus diawadkan untuk item ini. [40] Hujah peguam defendan ketiga mengenai isu pendapatan Plaintif adalah seperti yang dibincangkan di dalam perenggan [37]. S/N A65t2liRcEKgxA4mYuzjQw Page 43 of 43 Mahkamah mendapati bahawa Plaintif telah diberi cuti sakit selama sebelas (11) bulan selepas kemalagan sehingga 16/11/1029. Walaubagaimanapun, Mahkamah berpendapat Plaintif masih dapati meneruskan dengan perniagaanya seperti yang dibincangkan di dalam perenggan [37] dan [38] di atas. Mahkamah setuju dengan hujah peguam Defendan ketiga bahawa Plaintif langsung tidak mengalami kehilangan pendapatan masa hadapan. Oleh yang demikian, tiada awad diberikan bagi tuntutan ini. [41] Berdasarkan alasan-alasan yang diberikan di atas, Mahkamah berpendapat penghakiman yang diberikan adalah wajar dan munasabah. Bertarikh pada 30 Julai, 2024 .................................…...………… ( Priscilla Hemamalini Nadarajan) Hakim Mahkamah Sesyen Sivil 2 Ipoh, Perak ------------------------------------------------------------------------------------------------------- Peguamcara: Bagi pihak Plaintif : Jagdave Singh dari Tetuan Amira & Jagdave Bagi pihak Defendan Pertama dan Kedua : T. Ellanggovan dari Tetuan Ellan & Co. Bagi pihak Defendan Ketiga : Geeta Jothilingam dari Tetuan Matthew Thomas & Co.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.