Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN PERBICARAAN JENAYAH NO: BA-45A-9-01/2022 PENDAKWA RAYA LAWAN MUHAMMED RAFIQ RAZIQIN BIN MOHAMMAD ALI (NO. KAD PENGENALAN: 960818-01-5929) ALASAN PENGHAKIMAN
BA-45A-9-01/2022
High Court of Malaysia15 Jul 2026
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“cutions under the Dangerous Drugs Ordinance a lack of evidence in this connection may be made good by the statutory presumptions contained in that Ordinance. But there are no such presumptions in the Common Gaming Houses Ordinance nor are there any such presumptions in relation to possession of stolen property. Once po”
“bt, but it is certainly lighter than the burden of the prosecution to prove beyond reasonable doubt. To earn an acquittal at the close of the case for the prosecution under s. 173(f) or s. 180 of the Criminal Procedure Code, the court must be satisfied that no case against the accused has been made out which if unrebut”
“mething in the evidence to satisfy the Court that the person who is physically in a position to deal with the thing as his own had the intention of doing so. It is true that in prosecutions under the Dangerous Drugs Ordinance a lack of evidence in this connection may be made good by the statutory presumptions contained”
“ts in with the rest of the **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 27 evidence and the circumstances of the case (see Bhojraj v Sitaran AIR [1936] PC 60). It must be observed that being unshaken in cross-examination is not per se an all sufficient acid test of c”
“person can be convicted it is necessary in addition to prove mens rea. And for this purpose as was pointed out by Gordon-Smith Ag. C.J. in the case of Toh Ah Loh and Mak Thim v. Rex [1948] 1 LNS 72; [1949] MLJ 54, supra, it is necessary to prove that the person in possession knows the nature of the thing possessed. If”
“itness demonstrably tells lies, his evidence must be looked upon with suspicion and treated with caution, but to say that it should be entirely rejected would be to go too far (see Khoo Chye Hin v PP [1961] MLJ 105). It has also been held that discrepancies and contradictions there will always be in a case. In consider”
“the absence of any element of inherent probability, the evidence of any witness, whether a police witness or not, who gives evidence on affirmation, should normally be accepted (see PP v. Mohamed Ali [1962] MLJ 257)…””
“(iv) after defence is called, the accused elects to give evidence, then go through the steps set out in Mat v. Public Prosecutor [1963] MLJ 263.””
“dering them, what the court has to decide is whether they are of such a nature as to discredit the witness entirely and render the whole of his evidence worthless and untrustworthy (see De Silva v PP [1964] MLJ 81). The Indian Supreme Court has pointed out that one hardly comes across a witness whose evidence does not”
“t has pointed out that one hardly comes across a witness whose evidence does not contain a grain of untruth or at any rate exaggerations, embroideries or embellishments (see Ugar v State of Bihar AIR [1965] SC 277). It is useful to refer to PP v Datuk Haji Harun bin Haji Idris (No 2) [1977] I MLJ 15 where Raja Azlan Sh”
“97. Mahkamah ini juga telah dirujuk oleh pihak pendakwaan kepada kes Mehmet Ucaner Oktay v Pendakwa Raya [2016] MLJU 1688 yang juga telah dirujuk dalam kes Benjamin William Hawkes v. PP [2020] 8 CLJ 267 yang juga telah memutuskan ketiadaan CCTV tidak menjejaskan kes pendakwaan PERBUATAN OKT – PEMAKAIAN SEKSYEN 8 AKTA K”
“itigasi OKT dan faktor pemberat oleh pihak pendakwaan, sepertimana trend semasa hukuman bagi kesalahan yang sama (rujuk juga kes terkini Mahkamah Rayuan di dalam kes Mohd Munawar bin Mohd Azizan v PP [2025] MLJU 2983, Mahkamah ini berpendapat bahawa OKT wajar diberikan peluang untuk kembali ke pangkuan keluarga dan mas”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN PERBICARAAN JENAYAH NO: BA-45A-9-01/2022 PENDAKWA RAYA LAWAN MUHAMMED RAFIQ RAZIQIN BIN MOHAMMAD ALI (NO. KAD PENGENALAN: 960818-01-5929) ALASAN PENGHAKIMAN
1
Muhammed Rafiq Raziqin Bin Mohammad Ali, Orang Kena Tuduh (OKT) telah dihadap dengan satu pertuduhan di bawah Seksyen 39B(1)(a) ADB 1952 seperti yang berikut: 27/07/2026 11:34:00 Kand. 226 Bahawa kamu pada 28/3/2021, jam lebih kurang 6.30 pagi, di sebuah rumah beralamat di unit A-06-12, Menara A, City of Green Condominium, Jalan PBS 14/2, Taman Perindustrian Bukit Serdang, 43300 Seri Kembangan, di dalam daerah Petaling, dalam Negeri Selangor Darul Ehsan, telah didapati mengedar dadah berbahaya jenis cannabis seberat 3307.62 gram. Oleh dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 39B(1)(a) ADB 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) Akta yang sama
2
OKT tidak mengaku salah apabila pertuduhan dibacakan dan mohon dibicarakan.
3
Di akhir kes pendakwaan, setelah membuat penilaian maksima atas keterangan saksi pendakwaan dan bukti dokumentar yang dikemukakan serta meneliti hujahan bertulis difailkan oleh kedua-dua belah pihak, Mahkamah ini memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan suatu kes prima facie terhadap OKT dan OKT dipanggil untuk membela diri.
4
OKT telah membela diri dengan memberi keterangan bersumpah dari kandang saksi. Pihak pembelaan memanggil dua orang lagi saksi untuk memberi keterangan selain OKT.
5
Di akhir perbicaraan, setelah menilai keseluruhan keterangan saksi pendakwaan dan pembelaan, Mahkamah ini memutuskan pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes melampaui keraguan yang munasabah. OKT juga telah gagal mengakas anggapan pengedaran terhadapnya. OKT disabitkan dengan pertuduhan terhadapnya dan dijatuhkan dengan hukuman penjara seumur hidup (30 tahun) dari tarikh ditangkap dan 12 sebatan.
6
Tidak berpuas hati atas keputusan Mahkamah ini, OKT telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan terhadap keseluruhan keputusan Mahkamah ini.
7
Berikut adalah alasan penghakiman Mahkamah ini.
8
Pihak pendakwaan telah memanggil 10 orang saksi pendakwaan untuk membuktikan naratif pendakwaan seperti berikut: SP1 Chong Elaine Pemilik Rumah SP2 Yap Kok Weng Agen Hartanah SP3 Mohd Najif Bin Ab Rahman Ahli Kimia SP4 Abdul Halim Bin Ani Jurugambar SP5 Insp Eric Lim Chee Chuang Pegawai hantar barang kes SP6 Nurul Adha binti Zahari Penyewa Rumah SP7 Insp Mohd Amel Husny Bin Mohd Supian Pegawai Serbu SP8 Korporal Henry Ganya Anak Gena Anggota Serbuan SP9 Insp Noor Asmah Bin Ashani Pegawai Penyiasat Warisan
9
Berikut merupakan barang rampasan (selepas ini dirujuk sebagai “barang kes tersebut”) yang telah dirampas oleh pihak Polis: No.
1
Kotak Bertanda A
2
Balutan emas dibalut dengan plastik lutsinar
3
Plastik Jabatan Kimia dan isi kandungan
4
Bekas Biru bertanda B P10 5. Balutan emas dibalut dengan plastik lutsinar
6
Plastik Jabatan Kimia dan isi kandungan
7
Beg plastik berzip berisi balutan emas dibalut dengan plastik lutsinar
8
Plastik jabatan kimia dan isi kandungan
9
Bekas lutsinar bertanda C P11 10. Paket plastik jabatan kimia dan isi kandungan P11(A) INTIPATI PERTUDUHAN YANG PERLU DIBUKTIKAN
10
Pihak pendakwaan menghujahkan bahawa tidak timbul pertikaian mengenai identity dadah-dadah yang dirampas oleh pengadu adalah dadah yang sama telah dianalisa oleh En. Mohd Najif bin Ab Rahman, ahli kimia dari Jabatan Kimia Malaysia (SP3). Hasil analisa SP3 adalah dadah barang kes yang dirampas adalah jenis Cannabis yang merupakan dadah berbahaya di bawah Akta Dadah Berbahaya 1957 (ADB 1957) sepertimana laporan analisa disediakan SP3 yang ditandakan sebagai eksibit P7.
11
Oleh itu, tidak ada cabaran mengenai identiti barang kes. Begitu juga, cabaran mengenai terputusnya keterangan barang kes dadah. ELEMEN KEDUA: OKT MEMPUNYAI KAWALAN, JAGAAN DAN
12
Nas undang-undang tersohor yang selalu dirujuk adalah sepertimana diputuskan di dalam kes Chan Pean Leon v. Public Prosecutor [1956] 1 LNS 17; [1956] 22 MLJ 237.
13
Selain itu, prinsip undang-undang adalah mantap bahawa milikan terhadap dadah tidak semestinya bersifat ekslusif. Rujuk Pendakwa Raya v Denish Madhavan [2009] 2 CLJ 209 FC; [2009] 2 MLJ 194; [2008] 3 MLRA 116; [2009] 2 AMR 757.
14
Pihak pendakwaan berhujah bahawa elemen kawalan dan jagaan OKT terhadap dadah adalah bersandarkan keterangan SP7 dan SP8 serta SP6.
15
SP7 menyatakan bahawa beliau dan pasukannya telah ke tempat kejadian pada pukul 6.30 pagi hasil maklumat diterima untuk membuat serbuan.
16
Sampai di hadapan rumah tempat kejadian, SP7 mendapati pintu grill rumah tertutup dan berkunci. SP7 menekan loceng beberapa kali. Kemudian OKT membuka pintu kayu di hadapan pintu grill.
17
SP7 memperkenalkan diri sebagai polis dan menunjukkan kad kuasanya. OKT bertindak melarikan diri dengan masuk ke dalam rumah tanpa membuka pintu grill.
18
Dalam keadaan tersebut, SP7 telah mengarahkan SP8 menggunakan paksaan membuka pintu grill dan beliau bersama anggotanya masuk ke dalam rumah tempat kejadian.
19
Semasa SP7 menahan OKT, SP7 melihat bahawa rumah tersebut mempunyai tiga bilik dan ketiga-tiganya adalah berkunci. Kemudian, SP7 melihat terdapat 1 bekas plastik (P11) yang mengandungi ceraian daun kering disyaki ganja.
20
Di atas meja yang sama juga, SP7 melihat 1 botol kaca yang diubahsuai (P19 (A1)) dipercayai digunakan untuk menghisap ganja dan 1 mesin pengisar warna putih jenama Elba (P19 (A2)) yang berada di atas meja yang sama.
21
Kemudian, SP7 telah menjalankan pemeriksaan di bilik ketiga rumah tersebut dengan disaksikan oleh kedua-dua OKT dan SP6. SP7 telah menjumpai dalam bilik tersebut 2 ketulan mampat daun kering yang dibalut dengan kertas aluminium berwarna emas dan berbalut dengan pita salotape berwarna jernih (eksibit P9A dan P9C) yang dipercayai adalah dadah ganja.
22
Di atas meja yang sama, SP7 telah menjumpai 1 penimbang digital berwarna putih (P19 (A3)) dan sebilah pisau berwarna hitam jenama Kiwi brand (P19 (A7)) dan pelapik papan pemotong (P19 (A6)) dan 2 kotak berwarna kuning bertulis Giant yang mengandungi plastik-plastik lutsinar kosong (P19 (A4) dan (A5)) yang dipercayai sebagai alat untuk membungkus dadah ganja.
23
Seterusnya, SP7 juga telah menjumpai sebuah bekas plastik biru (P10) di tengah dinding dan di dalamnya terdapat 2 ketulan mampat daun kering yang berbalut kertas aluminium berwarna emas yang dibalut dengan salotape jernih (P10A dan P10C).
24
SP7 dan anggota serbuan meneruskan pemeriksaan dalam bilik kedua rumah tersebut dan telah menjumpai perjanjian penyewaan rumah (eksibit P6) atas nama Elaine Chong sebagai pemilik rumah dan SP6 sebagai penyewa.
25
Rumah tempat kejadian adalah sebuah unit kondominium 3 bilik yang dimiliki oleh SP1 dan diuruskan penyewaan oleh SP2 kepada SP6 dan OKT.
26
Perjanjian penyewaan yang dikemukakan iaitu P5 dan P6 disahkan sebagai perjanjian penyewaan antara SP1 dan SP6 yang diperbaharui setiap tahun bermula penyewaan SP6 dan OKT di rumah tersebut semenjak tahun 2020.
27
SP6 mengakui bahawa rumah tersebut didiami olehnya dan OKT semenjak 1 tahun sebelum tarikh serbuan dan tangkapan. Hanya mereka berdua sahaja yang tinggal di rumah tersebut. Mereka mula tinggal di rumah tersebut pada 9.2.2020 hingga 19.2.2021.
28
SP6 menyatakan bahawa pada masa tersebut beliau merupakan seorang pelajar manakala OKT juga seorang pelajar dan melakukan kerja sambilan sebagai penghantar Grab. Hubungan mereka adalah pasangan kekasih selama 7 tahun sebelum tangkapan berlaku.
29
SP6 menyatakan bahawa meskipun rumah tersebut mempunyai 3 bilik, beliau hanya mendiami bilik pertama (master bedroom) manakala bilik ketiga dijadikan stor.
30
Pada masa serbuan, SP6 menyatakan yang beliau sedang tidur di dalam bilik pertama dan kemudian dikejutkan oleh pegawai polis dan diminta untuk ke ruang tamu.
31
Berkenaan dadah yang dijumpai di atas meja di ruang tamu rumah, SP6 menyatakan yang pada malam sebelum kejadian serbuan berlaku, beliau dan OKT menonton televisyen di ruang tamu rumah sebelum SP6 masuk ke dalam bilik untuk tidur sekitar jam 12 tengah malam.
32
SP6 menyatakan pada masa beliau menonton televisyen bersama OKT, beliau tidak melihat barang lain atau barang salah di ruang tamu tersebut.
33
SP6 juga telah dirujuk dengan gambar barang rampasan yang berada di atas meja di ruang tamu rumah dan menyatakan yang beliau tidak melihat barang-barang tersebut kali terakhir beliau berada di ruangan itu.
34
SP6 juga menyatakan yang hanya beliau sahaja yang masuk ke dalam bilik untuk tidur manakala OKT masih lagi berada di ruang tamu.
35
Seterusnya, bagi barang kes yang dijumpai dalam bilik ketiga, SP6 menyatakan bahawa bilik tersebut dijadikan stor untuk meletak barang-barang yang tidak digunakan seperti kotak, kipas dan almari.
36
SP6 menyatakan yang selalu menggunakan bilik tersebut adalah OKT seorang sahaja.
37
SP6 juga menyatakan yang kali terakhir beliau pergi ke bilik tersebut adalah 2 minggu sebelum tangkapan dan beliau tidak pernah melihat barang-barang kes sebagaimana yang dirampas oleh SP7 semasa serbuan sebelum ini.
38
Berdasarkan kepada keterangan saksi-saksi pendakwaan ini, pihak pendakwaan berhujah bahawa hanya OKT seorang yang mempunyai akses kepada dadah-dadah yang dijumpai di ruang tamu rumah dan di dalam bilik ketiga.
39
Meskipun rumah tersebut didiami oleh dua orang iaitu OKT dan SP6, SP6 menegaskan bahawa kali terakhir beliau berada di ruang tamu rumah dan dalam bilik ketiga, beliau tidak pernah melihat sebarang barang salah.
40
Oleh hal yang demikian, pihak pendakwaan hujahkan hanya OKT seorang sahaja yang mempunyai kawalan ke atas dadah-dadah yang dijumpai. ELEMEN KETIGA: OKT MEMPUNYAI PENGETAHUAN
41
Pihak pendakwaan merujuk kepada kes PP v Parlan Dadeh [2009] 1 CLJ 717 di mana Mahkamah telah memutuskan: "Proof of knowledge is very often a matter of inference. The material from which the inference of knowledge can be drawn varies from case by case. It would be sufficient for the prosecution to prove facts from which it could properly be inferred that the accused had necessary knowledge. "
42
Merujuk kepada kes PP v. Bayanjarghal Khaliun [2018] 1 LNS 166 di mana Mahkamah memutuskan bahawa:- "In our view, the fact that the massive amount of drugs were found inside the premises which have been proved to have been occupied by the respondent and that she was alone inside the premises when the drugs were found were sufficient evidence to infer knowledge of the existence of the drugs against the respondent. In addition, the door to the room where the drugs were found was not locked. And, the drugs were simply placed on the floor and on the bed and not hidden out of view. In such event it is preposterous to suggest that the respondent did not know or did not see the drugs being placed in such manner on the floor and on the bed inside the room in her own house." [Penekanan ditambah]
43
Tambahan pula, dalam kes PP v Mohd Farid Mohd Sukis & Anor [2002] 3 MLJ 401, Hakim Augustine Paul menyatakan: "It must be observed that in proving this element, the obligation of the prosecution is only to establish that the accused had knowledge, either by direct evidence or by way of inference, of the existence of the dangerous drugs but not its qualities. This stand has been consistently taken by the Singapore Courts following Warner v Metropolitan Police Commissioner [1969] 2 AC 256 which was approved in Tan Ah Tee & Anor v PP [1980] 1 MLJ 49."
44
Dalam kes yang dibicarakan ini, OKT mempunyai pengetahuan berkenaan barang kes dadah tersebut berdasarkan kepada bau dadah sepertimana keterangan SP7 yang menyatakan beliau terhidu bau Ganja yang berada di ruang tamu.
45
Pihak pendakwaan menggesa Mahkamah ini untuk mengambil judicial notice mengenai bau dadah tersebut sepertimana diputuskan oleh Mahkamah Rayuan di dalam kes Hamidi bin Mohd Isa & Another v PP [2013] 3 MLJ 481.
46
Ini juga disokong dengan perbuatan OKT yang cuba lari semula ke dalam rumah selepas SP7 memperkenalkan diri sebagai polis dan menunjukkan kad kuasanya. Keterangan SP7 disokong oleh SP8. Oleh itu, pihak pendakwaan menghujahkan bahawa perbuatan OKT terjumlah kepada “subsequent conduct” menurut seksyen 8 Akta Keterangan.
47
Bagi pembuktian elemen mengedar, pihak pendakwaan menggunakan anggapan pengedaran di bawah seksyen 37 (da)(vi) ADB 1952.
48
Memandangkan berat bersih dadah dalam kes ini adalah sebanyak 3307.62-gram Cannabis maka OKT dianggap memiliki dadah tersebut bagi tujuan pengedaran.
49
Pihak pembelaan telah membangkitkan isu-isu berikut sebagai cabaran terhadap kes pendakwaan:
a
Kredibiliti ketua pasukan serbuan, SP7 dicabar secara serius. Cabaran tertumpu kepada isu mengenai keberadaan SP7 untuk menjalankan serbuan pada pukul 6.30 pagi di tempat kejadian dipertikaikan.
b
Ini disokong dengan keterangan SP6 yang menyatakan SP7 hadir di tempat kejadian pada pukul 12 tengahari di tempat kejadian.
c
Selain itu, laporan polis yang dikatakan dibuat oleh SP7 berhubung satu lagi serbuan yang dibuat sebelum serbuan di tempat kejadian sepertimana laporan polis eksibit D20 yang dibuat pada pukul 7.19 pagi menguatkan lagi hujahan pembelaan bahawa bukan SP7 yang menjalankan serbuan.
d
Ini adalah kerana, mana mungkin SP7 boleh berada di dua tempat yang berbeza (antara Bangi dan Bukit Serdang, Seri Kembangan/tempat kejadian) dalam tempoh masa yang singkat sedangkan serbuan di tempat kejadian adalah dari pukul 6.30 pagi mengambil masa lebih daripada setengah jam. Rujuk laporan polis Seri Kembangan eksibit P18 dan laporan polis Bandar baru Bangi eksibit D20).
e
Percanggahan keterangan SP7 dan SP8 mengenai loceng yang ditekan sebelum memasuki tempat kejadian.
f
Sama ada OKT telah membuka pintu kayu utama setelah semasa serbuan.
g
kronologi penemuan dadah di ruang tamu.
h
cara perjanjian sewa dijumpai dan kedudukan OKT dan SP6 semasa pemeriksaan dilakukan di bilik ketiga dalam tempat kejadian.
i
Kawalan penuh OKT terhadap dadah yang dijumpai di ruang tamu dan bilik ketiga.
j
Ketiadaan DNA, cap jari dan rakaman CCTV.
k
Penama Ismail Fikri dan rakan-rakan hadir ke rumah sewa SP6 dan OKT.
l
Perbuatan OKT yang telah memberikan kerjasama. TUGAS MAHKAMAH
50
Adalah menjadi prinsip undang-undang yang mantap bahawa beban pembuktian di akhir kes pendakwaan terletak di pihak pendakwaan yang mesti membuktikan satu kes prima facie di bawah s.180 Kanun Tatacara Jenayah sebelum tertuduh dipanggil membela diri bagi menjawab pertuduhan tersebut.
51
Seksyen 180(1) Kanun Prosedur Jenayah memperuntukkan bahawa di akhir kes pendakwaan, Mahkamah hendaklah membuat suatu pertimbangan sama ada pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie terhadap OKT. Seksyen 180(1) Kanun Prosedur Jenayah memperuntukkan: “Procedure after conclusion of case for prosecution.
180
(1) When the case for the prosecution is concluded, the Court shall consider whether the prosecution has made out a prima facie case against the accused.
2
If the Court finds that the prosecution has not made out a prima facie case against the accused, the Court shall record an order of acquittal.
3
If the Court finds that a prima facie case has been made out against the accused on the offence charged the Court shall call upon the accused to enter on his defence.
4
For the purpose of this section, a prima facie case is made out against the accused where the prosecution has adduced credible evidence proving each ingredient of the offence which if unrebutted or unexplained would warrant a conviction.”
52
Di dalam kes Mohamad Radhi Bin Yaakob v. Public Prosecutor [1991] 1 CLJ Rep 311, Mahkamah Agong telah memutuskan: "It is a well-established principle of Malaysian criminal law that the general burden of proof lies throughout the trial on the prosecution to prove beyond reasonable doubt the guilt of the accused for the offence with which he is charged. There is no similar burden placed on the accused to prove his innocence. He is presumed innocent until proven guilty. To earn an acquittal, his duty is merely to cast a reasonable doubt in the prosecution case. In the course of the prosecution case, the prosecution may of course rely on available statutory presumptions to prove one or more of the essential ingredients of the charge. When that occurs, the particular burden of proof as opposed to the general burden, shifts to the defence to rebut such presumptions on the balance of probabilities which from the defence point of view is heavier than the burden of casting a reasonable doubt, but it is certainly lighter than the burden of the prosecution to prove beyond reasonable doubt. To earn an acquittal at the close of the case for the prosecution under s. 173(f) or s. 180 of the Criminal Procedure Code, the court must be satisfied that no case against the accused has been made out which if unrebutted would warrant his conviction ( Munusamy v. PP). If defence is called, the duty of the accused is only to cast a reasonable doubt in the prosecution case. He is not required to prove his innocence beyond reasonable doubt".
53
Menyentuh isu yang sama, Gopal Sri Ram HMR (pada ketika itu) di dalam kes Looi Kow Chai & Anor V. Public Prosecutor [2003] 1 CLJ 734 telah menyatakan: "It therefore follows that there is only one exercise that a judge sitting alone under s. 180 of the Code has to undertake at the close of the prosecution case. He must subject the prosecution evidence to maximum evaluation and ask himself the question: If I decide to call upon the accused to enter his defence and he elects to remain silent, am I prepared to convict him on the totality of the evidence contained in the prosecution case? If the answer is in the negative then no prima facie case has been made out and the accused would be entitled to an acquittal".
54
Dalam kes Balachandran v. Public Prosecutor [2005] 1 CLJ 85; [2005] 2 MLJ 301 Mahkamah Persekutuan memutuskan: "[21] Section 180(1) makes it clear that the standard of proof on the prosecution at the close of its case is to make out a prima facie case while s. 182A(1) enunciates that at the conclusion of the trial the court shall consider all the evidence adduced and decide whether the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt. The standard of proof on the prosecution at the end of its case and at the end of the whole case has thus been statutorily spelt out in clear terms. The submission made must therefore be ratiocinated against the background of the meaning of the phrase ' prima facie case ' in s. 180. Section 180(2) provides that the court shall record an order of acquittal if a prima facie case has not been made out while s. 180(3) provides that if a prima facie case has been made out the accused shall be called upon to enter his defence. A prima facie case is therefore one that is sufficient for the accused to be called upon to answer. This in turn means that the evidence adduced must be such that it can be overthrown only by evidence in rebuttal. The phrase 'prima facie case ' is defined in similar terms in Mozley and Whiteley's Law Dictionary 11th Ed as: A litigating party is said to have a prima facie case when the evidence in his favour is sufficiently strong for his opponent to be called on to answer it. A prima facie case, then, is one which is established by sufficient evidence, and can be overthrown only by rebutting evidence adduced by the other side. [22]...Since the court, in ruling that a prima facie case has been made out, must be satisfied that the evidence adduced can be overthrown only by evidence in rebuttal it follows that if it is not rebutted it must prevail. Thus if the accused elects to remain silent he must be convicted. The test at the close of the case for the prosecution would therefore be: Is the evidence sufficient to convict the accused if he elects to remain silent? If the answer is in the affirmative then a prima facie case has been made out. This must, as of necessity, require a consideration of the existence of any reasonable doubt in the case for the prosecution. If there is any such doubt there can be no prima facie case".
55
Selanjutnya di dalam kes Public Prosecutor v. Mohd Radzi Bin Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457 di mana Mahkamah memutuskan seperti berikut: "[8] For the guidance of the courts below, we summarise as follows the steps that should be taken by a trial court at the close of the prosecution's case:
i
the close of the prosecution's case, subject the evidence led by the prosecution in its totality to a maximum evaluation. Carefully scrutinise the credibility of each of the prosecution's witnesses. Take into account all reasonable inferences that may be drawn from that evidence. If the evidence admits of two or more inferences, then draw the inference that is most favourable to the accused;
II
(ii) ask yourself the question: If I now call upon the accused to make his defence and he elects to remain silent am I prepared to convict him on the evidence now before me? If the answer to that question is 'Yes', then a prima facie case has been made out and the defence should be called. If the answer is 'No' then, a prima facie case has not been made out and the accused should be acquitted;
III
(iii) after the defence is called, the accused elects to remain silent, then convict;
IV
(iv) after defence is called, the accused elects to give evidence, then go through the steps set out in Mat v. Public Prosecutor [1963] MLJ 263.”
56
Dengan berpandukan kepada prinsip kes di atas, Mahkamah ini hendaklah membuat penilaian maksima ke atas keterangan saksi pendakwaan, kredibiliti saksi pendakwaan dan dokumen-dokumen yang dikemukakan bagi menentukan sama ada pihak pendakwaan berjaya membuktikan semua intipati pertuduhan bagi mewujudkan suatu kes prima facie terhadap OKT. ANALISA DAN DAPATAN MAHKAMAH DI AKHIR KES
57
Persoalan pokok kepada Mahkamah ini ialah sama ada cabaran serius dibuat oleh pihak pembelaan telah berjaya menimbulkan keraguan terhadap kes pendakwaan. Setelah meneliti hujahan bertulis pihak pembelaan, terdapat lebih daripada lima cabaran yang dibangkitkan pihak pembelaan. SAMA ADA TERDAPAT KERAGUAN MENGENAI
58
Tunjang cabaran pihak pembelaan tertumpu kepada pertikaian mengenai keberadaan SP7 di tempat kejadian ketika serbuan, dan percanggahan keterangan SP7 dan SP8 dan keterangan SP6 yang dihujahkan pihak pembelaan telah menguatkan cabaran yang dibangkitkan pembelaan.
59
Menurut laporan polis dibuat oleh SP7 pada eksibit P18, sepertimana laporan, SP7 telah berada di tempat kejadian untuk kes di hadapan Mahkamah ini pada pukul 6.30 pagi. SP7 juga telah menangkap OKT (B1) dan Nurul Adha binti Zahari (B2)/SP6. SP7 membuat laporan polis Seri Kembangan eksibit P18 mengenai tangkapan dan rampasan barang kes disyaki dadah pada pukul 1.42 petang pada hari kejadian.
60
Sebelum serbuan di tempat kejadian, SP7 telah membuat satu lagi serbuan pada jam 2.45 pagi hari yang sama, di no. 56, Jalan 18/13, seksyen 8, Bandar Baru Bangi 43650, Bandar Baru Bangi, Selangor dan menangkap suspek bernama Ismail Fikri bin Mohd Said. Laporan polis mengenai tangkapan dan rampasan barang kes disyaki dadah sepertimana eksibit laporan polis Bandar Baru Bangi eksibit D20 telah dibuat SP7 pada pukul 7.19 pagi.
61
Pihak pembelaan menghujahkan agak mustahil untuk SP7 berada di tempat kejadian sedangkan SP7 dikatakan menyediakan laporan polis eksibit D20 pada pukul 7.19 pagi di pejabatnya.
62
Oleh itu, keberadaan SP7 di tempat kejadian dipertikaikan dan dihujahkan bahawa serbuan tidak dilakukan SP7 dan SP7 telah tidak bercakap benar di Mahkamah.
63
Cabaran pihak pembelaan dihujahkan telah dikuatkan lagi oleh keterangan SP6 yang menyatakan bahawa SP7 hanya datang ke tempat kejadian pada pukul 12 tengah hari.
64
Cabaran seterusnya ialah percanggahan yang dikatakan pembelaan antara SP7 dan SP8 mengenai loceng di dinding rumah tempat kejadian.
65
Untuk merungkai isu dibangkitkan, Mahkamah ini telah melihat secara total keseluruhan naratif kes pendakwaan dan tidak menilai keterangan SP6 secara terpencil (in isolation) berhubung dengan keberadaan SP7 di tempat kejadian pada pukul 6.30 pagi.
66
Pendekatan Mahkamah ini adalah selari dengan keputusan Lukman Zainuddin v PP [2012] 8 CLJ 351, yang mana Mahkamah memutuskan: “[15] … To determine whether there were real contradictions among witnesses, the totality of the evidence has to be examined… [16] The law recognised that a total consistency between witnesses in any case was nearly impossible. Discrepancies are likely to arise due to human fability. Therefore, the second complain mounted by the learned counsel is of no merits.
67
Sepertimana diputuskan oleh Mahkamah di dalam kes dirujuk, percanggahan boleh berlaku kerana ia merupakan sifat semulajadi manusia dan mengambilkira kes ini telah berlaku di dalam tahun 2021 dan saksi-saksi memberikan keterangan dalam tahun 2025. Persoalannya sama ada percanggahan tersebut adalah material dan menggoyahkan kes pendakwaan.
68
Mahkamah ini telah meneliti berulang kali eksibit P18 dan D20 serta keterangan SP6, SP7 dan SP8 berkaitannya. Apa yang paling kritikal di sini ialah laporan polis eksibit P18 yang secara terang lagi bersuluh menyatakan SP7 bersama pasukannya telah ke alamat tempat kejadian pada pukul 6.30 pagi. Yang mustahak di sini ialah keterangan SP7 telah disokong oleh eksibit P18 dan keterangan SP8.
69
Tambahan pula, SP7 telah memberikan keterangan bahawa beliau telahpun menyediakan deraf laporan polis eksibit D20 terlebih dahulu mengenai tangkapan penama Ismail Fikri bin Mohd Said (Ismail Fikri). Kemudian, SP7 telah mengarahkan pegawainya untuk memasukkan/memfailkan deraf tersebut ke dalam PRS system (system laporan PDRM).
70
Mahkamah telah juga meneliti keterangan SP8 yang jelas menerangkan bahawa SP7 adalah ketua pasukan serbuan pada hari tersebut. Semasa serbuan, SP7 juga yang telah memberikan arahan kepada SP8 untuk membuka pintu grill (gambar eksibit P4(7)) secara paksa memandangkan OKT telah lari masuk ke dalam rumah apabila OKT melihat SP7 berdiri di hadapan pintu grill apabila SP7 memperkenalkan dirinya sebagai polis dan menunjukkan kad kuasanya.
71
Seperkara lagi ialah kenyataan yang tidak disangkal bahawa SP7 sendiri yang telah menahan OKT dan SP6 (B2) di tempat kejadian. Sehubungan itu, adalah mustahil kejadian-kejadian tersebut tidak berlaku pada hari kejadian kerana kejadian serbuan dan tangkapan disokong secara positif oleh eksibit P18 dan keterangan SP8.
72
Dalam hal ini juga, Mahkamah ini telah menerima keterangan saksi polis SP7 dan SP8 yang konsisten kerana tidak ada sebab untuk Mahkamah mengesyaki keterangan SP7 dan SP8. Yang mustahak di sini ialah tidak ada juga laporan polis dibuat OKT untuk mencabar kesahihan eksibit P18.
73
Manakala SP6 yang ditangkap bersama OKT akhirnya tidak dituduh bersama dengan OKT. Sebaliknya telah menjadi saksi bagi pihak pendakwaan. Mengambilkira SP6 pernah menjadi teman wanita OKT selama 7 tahun dan tinggal bersama di tempat kejadian selama setahun sebelum ditangkap, Mahkamah ini perlulah berhati-hati dalam menilai keterangan
74
Selain itu, Mahkamah ini berpandangan bahawa pihak pendakwaan tidak hanya bergantung sepenuhnya kepada keterangan SP6 untuk menyokong naratif kes pendakwaan. Sebaliknya pihak pendakwaan bergantung kepada keterangan lain, iaitu SP7 dan SP8 untuk menguatkan lagi naratif kes pendakwaan. ISU PERCANGGAHAN KETERANGAN SP7 DAN SP8 MENGENAI LOCENG DI TEMPAT KEJADIAN ADALAH TIDAK
75
Mengenai loceng ditekan oleh SP7 dan dikatakan bercanggah dengan keterangan SP8 kerana SP8 menyatakan tidak ada loceng di tempat kejadian, Mahkamah ini berpandangan bahawa percanggahan tersebut adalah tidak material. Ini dikuatkan lagi dengan eksibit P18 yang jelas menyatakan SP7 telah menekan loceng beberapa kali sebelum pintu utama rumah dibuka oleh OKT.
76
Begitu jugalah dengan percanggahan keterangan SP7 dan SP8 yang dibangkitkan oleh pihak pembelaan mengenai lokasi di mana perjanjian sewa dijumpai.
77
Lanjutan itu, Mahkamah ini berpandangan SP7 dan SP8 merupakan saksi kredibel dan tidak ada percanggahan material yang boleh mencabar kredibiliti SP7 dan SP8 sepertimana diputuskan di dalam kes PP v Mohamed Ali [1962] 1 LNS 129, yang menyatakan berikut: “When a police witness says something that is not inherently improbable his evidence must in the first instance be accepted. Ofcourse if his evidence is contradicted by other evidence or is shaken in cross-examination then it becomes the duty of the magistrate to decide whether or not it should be accepted. In the absence of contradiction, however and in the absence of any element of inherent probability, the evidence of any witness, whether a police witness or not, who gives evidence on affirmation, should normally be accepted.”
78
Selain itu, dalam kes Dato’ Seri Anwar Ibrahim v PP [2002] 3 CLJ 457, Haidar Mohd Noor FCJ telah menyatakan seperti berikut dalam menerima atau menolak keterangan saksi: “…The Privy Council has stated the real tests for either accepting or rejecting the evidence of a witness are how consistent the story is with itself, how it stands the test of cross-examination, and how far it fits in with the rest of the evidence and the circumstances of the case (see Bhojraj v Sitaran AIR [1936] PC 60). It must be observed that being unshaken in cross-examination is not per se an all sufficient acid test of credibility. The inherent probability of a fact in issue must be the prime consideration (see Muniandy & Ors v PP 1 MLJ 257). It has been held that if a witness demonstrably tells lies, his evidence must be looked upon with suspicion and treated with caution, but to say that it should be entirely rejected would be to go too far (see Khoo Chye Hin v PP [1961] MLJ 105). It has also been held that discrepancies and contradictions there will always be in a case. In considering them, what the court has to decide is whether they are of such a nature as to discredit the witness entirely and render the whole of his evidence worthless and untrustworthy (see De Silva v PP [1964] MLJ 81). The Indian Supreme Court has pointed out that one hardly comes across a witness whose evidence does not contain a grain of untruth or at any rate exaggerations, embroideries or embellishments (see Ugar v State of Bihar AIR [1965] SC 277). It is useful to refer to PP v Datuk Haji Harun bin Haji Idris (No 2) [1977] I MLJ 15 where Raja Azlan Shah FJ ( as His Highness then was said at p.19: …In my opinion, the discrepancies there will always be, because in the circumstances in which the events happened, every witness does not remember the same thing and he does not remember accurately every single thing that happened. The question is whether existence of certain discrepancies sufficient to destroy their credibility. There is no rule of law that the testimony of a witness must either be believed in its entirely or not at all. A court is fully competent, for good and cogent reasons, to accept one part of the testimony of a witness and to reject the other. In the absence of contradiction, however, and in the absence of any element of inherent probability, the evidence of any witness, whether a police witness or not, who gives evidence on affirmation, should normally be accepted (see PP v. Mohamed Ali [1962] MLJ 257)…”
79
Selain itu, di dalam Che Omar Bin Mohd Akhir v Public Prosecutor [1992] 2 MLJ 689, Mahkamah Rayuan memutuskan seperti berikut: “(1) Adalah salah untuk berkata bahawa hanya kerana seorang saksi mungkin memberikan keterangan yang bercanggah atau menipu sekali dua, keterangannya patut ditolak sepenuhnya. Di dalam fakta, hakim perbicaraan telah menilai dengan betul dan mempertimbangkan keterangan saksi-saksi yang material dan berhak untuk membuat pendapatnya sama ada untuk menerima atau menolak keterangan mereka”
80
Tambahan pula, dalam kes PP v Lee Eng Kooi [1993] 2 MLJ 322, Mahkamah telah menyatakan seperti berikut: The function of the court in a criminal trial is to find whether the person arraigned before it as the accused is guilty of the offence with which he is charged. For this purpose, the court scans the material on record to find whether there is any reliable and trustworthy evidence upon the basis of which it is possible to found the conviction of the accused and to hold that he is guilty of the offence with which he is charged” ELEMEN KEDUA: SAMA ADA OKT MEMILIKI BARANG KES
81
Berhubung elemen kedua pertuduhan, pihak pembelaan menyoal SP8 dan menyatakan Ismail Fikri yang telah ditangkap menurut laporan polis eksibit D20 mengakui bahawa dadah yang dijumpai di tempat kejadian adalah miliknya.
82
Dalam hal ini, Mahkamah ini mendapati SP8 telah menafikan bahawa dadah yang dirampas di tempat kejadian adalah milik Ismail. Cadangan yang dibuat oleh pihak pembelaan dadah adalah milik Ismail Fikri semasa menyoal balas SP8 telah dinafikan dengan jelas dengan kenyataan SP8 “Tidak setuju barang milik Ismail.”
83
SP10 juga menyatakan bahawa semasa siasatan dijalankan ke atas OKT dan SP6, kedua-dua mereka tidak memaklumkan bahawa pada malam sebelum kejadian serbuan, Ismail Fikri ada datang ke rumah tersebut, masuk ke dalam bilik stor dan keluar daripada rumah itu.
84
Sebaliknya, SP6 menyatakan yang Ismail Fikri datang ke tempat kejadian dua minggu sebelum tarikh kejadian. SP6 juga tidak tahu bahawa Ismail mempunyai kad akses dan kunci rumah sepertimana dicadangkan pihak pembelaan. SP7 pula menyatakan Ismail Fikri ditangkap di tempat berasingan, iaitu di Bandar Baru Bangi.
85
Dalam hal ini, Mahkamah merumuskan bahawa Ismail Fikri tidak ada kaitan dengan dadah dalam kes ini berdasarkan keterangan SP6, SP7 dan SP8.
86
Mengenai OKT tidak tinggal di tempat kejadian kerana perjanjian sewa atas nama SP6. Mahkamah ini berpandangan bahawa soalan yang dikemukakan di peringkat ini hanyalah cadangan pihak pembelaan melainkan dibuktikan oleh seorang saksi sepertimana perhatian yang diberikan oleh Abdul Rahman Sebli JCA (ketika itu) dalam Ali Hosseinzadeh Basher v PP [2015] 1 CLJ 918 : "It must be observed that what counsel puts or suggests to a witness in cross-examination is not evidence. They are merely suggestions and to give notice to the prosecution that the defence has a different version of the events. They prove nothing and will remain nothing unless confirmed by the witness or by the party on whose behalf the suggestions are made."
87
SP6 juga menyatakan yang beliau menandatangani perjanjian penyewaan kerana diminta oleh OKT dan OKT membayar duit sewa melalui Cash Deposit Machine (CDM).
88
Pihak pembelaan juga merujuk kepada kes PP v Yeo Chian Huat untuk menyatakan yang OKT bukanlah menetap di rumah tersebut. Mahkamah ini berpandangan kes yang dirujuk pihak pembelaan boleh dibezakan. Dalam kes dirujuk, terdapat keraguan bahawa OKT-OKT merupakan penyewa atau orang yang mendiami kediaman tersebut kerana saksi-saksi penting dalam kes itu tidak dipanggil. Pihak pendakwaan hanya memanggil SP1 iaitu ejen rumah yang menyewakan rumah tersebut tanpa memanggil pemilik rumah dan penama yang menandatangani perjanjian penyewaan rumah tersebut.
89
Maka, berdasarkan kes dirujuk, sudah tentu timbul pertikaian sama ada OKT dan B2 (SD6) yang ditangkap benar-benar tinggal di rumah tersebut ataupun kehadiran mereka adalah di tempat yang salah dan pada masa yang salah (wrong place and wrong time).
90
Kes di hadapan Mahkamah ini adalah secara relatifnya berbeza. Pihak pendakwaan telah memanggil tuan rumah sebagai SP1 yang mengesahkan bahawa mereka telah menyewakan rumah tersebut kepada SP6 dan urusan penyewaan telah dijalankan oleh ejen rumah, SP2. Malah, SP1 juga menyatakan bahawa beliau akan berhubung dengan SP6 berkenaan bayaran sewa rumah.
91
SP6 secara jelas mengesahkan bahawa beliau tinggal di rumah tersebut bersama OKT dari tahun 2020 hingga kejadian OKT ditangkap.
92
SP6 juga secara terperinci telah menyatakan bahawa OKT sahaja yang selalu menggunakan bilik ketiga dan kali terakhir SP6 masuk ke dalam bilik tersebut, beliau tidak melihat barang salah.
93
Tambahan pula, SP6 menyatakan yang mereka berdua berada di ruang tamu rumah pada malam sebelum serbuan dijalankan dan kali terakhir SP6 berada di ruang tamu juga tidak pernah melihat barang kes dadah di ruang tamu rumah tersebut.
94
Oleh hal yang demikian, pihak pendakwaan telah melengkapkan naratif pendakwaan berkaitan penyewaan rumah tersebut dan berdasarkan keterangan SP6 bahawa OKT mendiami rumah tersebut sejak mula rumah tersebut disewakan.
95
Oleh itu, berdasarkan keterangan SP6 juga menguatkan dapatan Mahkamah ini bahawa OKT mempunyai kawalan ekslusif terhadap tempat dadah-dadah dijumpai sepertimana diputuskan di dalam kes Chan Pean Leon v. Public Prosecutor [1956] 1 LNS 17; [1956] 22 MLJ 237 seperti berikut: "Possession" itself as regards the criminal law is described as follows in Stephen's Digest (9th Edition, page 304):- "A moveable thing is said to be in the possession of a person when he is so situated with respect to it that he has the power to deal with it as owner to the exclusion of all other persons, and when the circumstances are such that he may be presumed to intend to do so in case of need." To put it otherwise, there is a physical element and a mental element which must both be present before possession is made out. The accused must not only be so situated that he can deal with the thing as if it belonged to him, for example have it in his pocket or have it lying in front of him on a table. It must also be shewn that he had the intention of dealing with it as if it belonged to him should he see any occasion to do so, in other words, that he had some animus possidendi. Intention is a matter of fact which in the nature of things cannot be proved by direct evidence. It can only be proved by inference from the surrounding circumstances. Whether these surrounding circumstances make out such intention is a question of fact in each individual case. If a watch is in my pocket then in the absence of anything else the inference will be clear that I intend to deal with it as if it were my own and accordingly I am in possession of it. On the other hand, if it is lying on a table in a room in which I am but which is also frequently used by other people then the mere fact that I am in physical proximity to it does not give rise to the inference that I intend to deal with it as if it belonged to me. There must be some evidence that I am doing or having done something with it that shews such an intention. Or it must be clear that the circumstances in which it is found shew such an intention. It may be found in a locked room to which I hold the key or it may be found in a drawer mixed up with my own belongings or it may be found, as occurred in a recent case, in a box under my bed. The possible circumstances cannot be set out exhaustively and it is impossible to lay down any general rule on the point. But there must be something in the evidence to satisfy the Court that the person who is physically in a position to deal with the thing as his own had the intention of doing so. It is true that in prosecutions under the Dangerous Drugs Ordinance a lack of evidence in this connection may be made good by the statutory presumptions contained in that Ordinance. But there are no such presumptions in the Common Gaming Houses Ordinance nor are there any such presumptions in relation to possession of stolen property. Once possession is proved then before the accused person can be convicted it is necessary in addition to prove mens rea. And for this purpose as was pointed out by Gordon-Smith Ag. C.J. in the case of Toh Ah Loh and Mak Thim v. Rex [1948] 1 LNS 72; [1949] MLJ 54, supra, it is necessary to prove that the person in possession knows the nature of the thing possessed. If the thing, as in Toh's case, is in a box which itself is in the possession of the accused it must be proved that he knew what was in the box. If, as in Lee's case, it was a lottery document it must be proved that he knew it was a lottery document. Here again knowledge cannot be proved by direct evidence, it can only be proved by inference from the surrounding circumstances. Again the possible variety of circumstances which will support such an inference is infinite. There may be something in the accused's behaviour that shews knowledge, or the nature of the thing may be so obvious that it is possible to say "he must have known what it was" or, again in cases under the Dangerous Drugs Ordinance, there may be a statutory presumption which fills a gap in the evidence."
96
Berdasarkan kepada keputusan Mahkamah atasan, keterangan CCTV adalah merupakan keterangan sokongan sahaja dan tanpa keterangan tersebut tidak akan memberikan impak negative terhadap kes pendakwaan.
97
Mahkamah ini juga telah dirujuk oleh pihak pendakwaan kepada kes Mehmet Ucaner Oktay v Pendakwa Raya [2016] MLJU 1688 yang juga telah dirujuk dalam kes Benjamin William Hawkes v. PP [2020] 8 CLJ 267 yang juga telah memutuskan ketiadaan CCTV tidak menjejaskan kes pendakwaan PERBUATAN OKT – PEMAKAIAN SEKSYEN 8 AKTA
98
Pihak pembelaan menyatakan yang semasa OKT ditangkap, OKT sebenarnya telah memberikan kerjasama dan tidak pernah bertindak agresif maka OKT sebenarnya tidak tahu berkenaan dadah-dadah yang dijumpai di rumah tersebut.
99
Pihak pendakwaan sebaliknya berhujah bahawa OKT sebenarnya bukan memberikan kerjasama sebaliknya dia telah terkepung dengan kehadiran SP7 dan anggota serbuan yang lain yang menyebabkan dia tidak boleh lari ke mana-mana.
100
Perbuatan OKT yang terus lari ke dalam rumah dalam keadaan kelam kabut menunjukkan OKT tahu bahawa dia ada menyimpan dadah dalam rumah tersebut.
101
Mahkamah membuat inferen bahawa OKT mempunyai pengetahuan mengenai dadah-dadah di tempat kejadian kerana perbuatan OKT terjatuh di bawah ruang lingkup seksyen 8 Akta Keterangan. Rujuk PP v Parlan Dadeh [2009]
102
Tambahan pula dengan kehadiran bau ganja yang kuat, sebagaimana yang dinyatakan oleh SP7 maka adalah agak tidak munasabah untuk menyatakan bahawa OKT tidak mempunyai pengetahuan berkenaan dadah di ruang tamu kerana SP6 tidak nampak barang kes dadah sebelum beliau masuk ke bilik tidur utama dan bilik ketiga yang digunakan oleh OKT.
103
Bagi pembuktian elemen mengedar, Mahkamah ini bersetuju dengan hujahan pihak pendakwaan yang menggunakan anggapan pengedaran di bawah seksyen 37 (da) Akta Dadah Berbahaya 1952 memandangkan berat bersih dadah dalam kes ini adalah sebanyak 3307.62gram Cannabis.
104
Merujuk kepada kes PP v. Bayanjarghal Khaliun [2018] 1 LNS 166 di mana Mahkamah memutuskan bahawa:- "In our view, the fact that the massive amount of drugs were found inside the premises which have been proved to have been occupied by the respondent and that she was alone inside the premises when the drugs were found were sufficient evidence to infer knowledge of the existence of the drugs against the respondent. In addition, the door to the room where the drugs were found was not locked. And, the drugs were simply placed on the floor and on the bed and not hidden out of view. In such event it is preposterous to suggest that the respondent did not know or did not see the drugs being placed in such manner on the floor and on the bed inside the room in her own house." [penekanan diberikan]
105
Tambahan pula, dalam kes PP v Mohd Farid Mohd Sukis & Anor [2002] 3 MLJ 401, Hakim Augustine Paul menyatakan: "It must be observed that in proving this element, the obligation of the prosecution is only to establish that the accused had knowledge, either by direct evidence or by way of inference, of the existence of the dangerous drugs but not its qualities. This stand has been consistently taken by the Singapore Courts following Warner v Metropolitan Police Commissioner [1969] 2 AC 256 which was approved in Tan Ah Tee & Anor v PP [1980] 1 MLJ 49."
106
Berdasarkan kepada di atas, setelah meneliti segala keterangan dan setelah membuat pertimbangan secara maksimum ke atas keterangan saksi pendakwaan dan krebiliti saksi-saksi pendakwaan, adalah didapati dan diputuskan bahawa Pendakwa Raya telah berjaya membuktikan kes prima facie terhadap OKT dan berasaskan kepada peruntukan seksyen 180(3) Kanan Tatacara Jenayah, OKT adalah dipanggil untuk membela diri.
107
OKT telah membuat pilihan untuk memberi keterangan bersumpah dari kandang saksi selepas jurubahasa membacakan pilihan yang diberikan kepada OKT.
108
OKT telah memilih untuk memberi keterangan bersumpah dari kandang saksi. Selain OKT (SD1), SD2 iaitu abang OKT dan SD3 kawan OKT telah memberi keterangan bagi pihak pembelaan.
109
OKT menyatakan yang dia ditangkap pada 18.10.2021 di tempat kejadian. OKT juga menyatakan sebelum dia ditangkap, dia bekerja untuk Telekom Malaysia dan membuat kerja sambilan sebagai penghantar makanan Grab.
110
OKT menyatakan sebelum kejadian dia ditahan oleh polis, OKT tinggal bersama abangnya (SD2) di Sentul, Kuala Lumpur dari Januari 2020 hingga Mac 2021.
111
OKT merupakan anak bongsu dan bekerja sambilan sebagai pemandu grab. OKT menyatakan yang dia mengenali Nurul Adha binti Zahari (SP6) pada tahun 2016 ketika melanjutkan pelajaran di KPM Beranang. OKT menyatakan yang dia telah mengenali SP6 selama 7 tahun dan merancang untuk mendirikan rumah tangga pada tahun 2021.
112
OKT menyatakan yang SP6 menyewa rumah di tempat kejadian pada bulan Februari 2020 menggunakan duit elaun MARA dan dari ibu bapa SP6 untuk membayar duit sewa rumah tersebut.
113
OKT menafikan yang dia pernah berurusan dengan tuan rumah. OKT menyatakan yang rumah tersebut mempunyai dua set kunci yang mana satu set dipegang oleh SP6 dan satu lagi adalah untuk tujuan kecemasan. OKT menafikan yang dia mempunyai akses atau memegang mana-mana kunci rumah tersebut.
114
OKT menyatakan rumah tersebut selalu didatangi oleh rakan-rakan mereka termasuk Ismail. OKT menyatakan yang SP6 bersetuju untuk membenarkan Ismail menggunakan bilik stor untuk meletakkan barang peribadi SP6 kerana bilik stor tersebut tidak digunakan oleh SP6. Ismail dikatakan mula menggunakan bilik stor tersebut pada Februari 2021.
115
OKT menyatakan yang SP6 telah menyerahkan kunci pendua kepada Ismail maka Ismail bebas keluar dan masuk ke rumah tersebut.
116
OKT menyatakan pada 25.3.2021 jam lebih kurang 12.45 pagi, kawannya bernama Kamal (SD3) ada mengajak OKT untuk melepak bersama dan OKT menyatakan yang dia berada di rumah SP6.
117
OKT telah mengajak SD3 untuk melepak di rumah tersebut dan SD3 telah menghubungi Ismail untuk datang melepak di rumah itu.
118
OKT menyatakan apabila SD3 dan Ismail sampai ke rumah tersebut, dia melihat Ismail telah masuk terus ke dalam bilik stor rumah tersebut. Selepas 30 minit, Ismail telah keluar dari bilik stor dan melepak bersama OKT dan SD3 sambil bermain permainan video game.
119
Pada jam 2.45 pagi, OKT menyatakan yang mereka berhasrat untuk pulang ke rumah masing-masing. OKT menyatakan dia melihat Ismail mengunci pintu utama dan pintu gril menggunakan kunci yang ada dalam simpanan Ismail.
120
OKT menyatakan pada 27.3.2021, jam lebih kurang 2 petang dia telah keluar dari rumah SD2. Pada jam 10 malam, SP6 ada menghubungi OKT untuk mengajak melepak di rumah tersebut memandangkan keesokan harinya mereka merancang untuk berkelah. OKT telah bergerak ke rumah tersebut dalam jam 10.30 malam.
121
Setelah sampai di rumah tersebut, OKT dan SP6 menonton Netflix bersama-sama dan tiada orang di rumah tersebut pada masa itu. Pada jam 12.30 malam, SP6 menyatakan yang beliau ingin masuk ke dalam bilik tidur utama manakala OKT tetap berada di ruang tamu untuk menonton Netflix.
122
OKT menyatakan selepas 30 minit, dia mendengar bunyi seseorang membuka pintu gril dan kayu rumah dan mendapati bahawa Ismail telah masuk ke rumah tersebut.
123
OKT menyatakan Ismail Fikri masuk ke rumah tersebut, menegur OKT dan terus masuk ke dalam bilik stor.
124
Lebih kurang 1 jam kemudian, OKT menyatakan yang Ismail Fikri telah keluar dari bilik dan melihat beliau membawa satu beg kain berwarna cerah dan Ismail memaklumkan yang beliau perlu balik ke rumah ibu bapanya.
125
OKT menyatakan yang dia telah tertidur sebentar di ruang tamu rumah tersebut. Kemudian, pada jam 6.30 pagi, OKT menyatakan yang dia telah mendengar bunyi ketukan pada pintu gril yang kuat.
126
OKT menyatakan yang dia telah membuka pintu kayu rumah tersebut dan melihat sekumpulan orang berpakaian biasa yang berada di luar rumah tersebut.
127
OKT menyatakan yang mereka telah memperkenalkan diri sebagai polis dan meminta OKT untuk membuka pintu gril rumah.
128
OKT menyatakan yang dia cuba mencari kunci rumah untuk membuka pintu gril dalam keadaannya yang mamai tetapi tidak berjaya. OKT menyatakan yang dia telah membuka pintu rumah dan cuba mendapatkan bantuan SP6.
129
Setelah pihak polis masuk ke rumah tersebut, OKT menyatakan yang dia telah ditangkap dan digari. Kemudian, OKT melihat seorang polis wanita telah masuk ke dalam bilik tidur utama dan menahan SP6 yang sedang tidur.
130
OKT menyatakan yang pihak polis telah merampas kunci yang ada bersama dengan SP6 dalam bilik tidur tersebut.
131
OKT menyatakan yang pihak polis telah menggeledah di ruang tamu dalam tempoh 15 minit sebelum menjumpai barang kes dadah yang berada di atas meja kecil di ruang tamu rumah tersebut.
132
Kemudian, OKT menyatakan pihak polis telah membawa OKT dan SP6 untuk menggeledah bilik stor dan menjumpai barang kes dadah dalam bilik tersebut.
133
Setelah tangkapan selesai, pihak polis telah membawa OKT dan SP6 ke IPD Serdang untuk tindakan selanjutnya.
134
OKT menafikan yang dia tinggal di rumah tersebut, mempunyai set kunci rumah tersebut dan mempunyai akses ke dalam bilik stor tersebut. OKT menafikan yang dia mengetahui berkenaan dadah yang dirampas dalam rumah tersebut. ANALISA DAN DAPATAN MAHKAMAH DI AKHIR KES
135
Beban pembuktian di akhir perbicaraan terletak pada bahu pihak pendakwaan yang mesti membuktikan kesnya melampaui keraguan munasabah yang telah diperuntukkan di bawah seksyen 182A Kanun Prosedur Jenayah (”KPJ”) seperti berikut: 182A (1) At the conclusion of the trial, the Court shall consider all evidence adduced before it and shall decide whether the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt.
2
If the Court finds that the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt, the Court shall find the accused guilty and he may be convicted on it.
3
If the Court finds that the prosecution has not proved its case beyond reasonable doubt, the Court shall record an order of acquittal.
136
Oleh yang demikian, Mahkamah ini hendaklah menilai keseluruhan keterangan saksi pendakwaan dan keterangan saksi pembelaan melalui SD1, SD2 dan SD3 untuk menentukan sama ada pihak pendakwaan berjaya membuktikan kesnya melampaui keraguan yang munasabah.
137
Berdasarkan hujahan bertulis peguambela, Mahkamah ini mendapati pihak pembelaan telah mengulangi isu-isu yang telah dibangkitkan semasa di peringkat pendakwaan, terutamanya cabaran mengenai barang kes dadah yang dikatakan milik Ismail Fikri. Dalam erti kata lain, cabaran pembelaan adalah berpaksikan kepada Ismail Fikri sebagai pengedar dadah yang sebenar.
138
Mahkamah ini telahpun membuat analisa mengenai penama Ismail Fikri dan merumuskan walaupun Ismail Fikri bukanlah suatu rekaan pembelaan, akan tetapi SP10 telah menyatakan dengan jelas bahawa Ismail Fikri tidak terkait dengan barang kes dadah di hadapan Mahkamah ini apabila disoal balas oleh pihak pembelaan. Oleh itu, setelah membuat penilaian maksima atas keterangan saksi pendakwaan dan bukti dokumentar yang dikemukakan, Mahkamah ini mendapati pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan suatu kes prima facie terhadap OKT yang mana semua intipati pertuduhan telah dibuktikan oleh pihak pendakwaan.
139
Dalam hal ini, di akhir perbicaraan, persoalan pokok kepada Mahkamah ini adalah sama ada OKT melalui pembelaannya dapat membangkitkan sebarang keraguan munasabah ke atas kes pendakwaan dan sama ada OKT berjaya menyangkal anggapan statutori pengedaran. Rujuk kes Mohamad Radhi Yaakob v. PP [1991] 1 CLJ 311.
140
Sandaran pembelaan OKT adalah bertunjangkan kepada hujahan bahawa dadah di rumah tempat kejadian dimiliki oleh Ismail Fikri. OKT bergantung kepada laporan polis Bandar Baru Bangi eksibit D20 yang mana Ismail Fikri telah juga ditangkap sebelum OKT ditangkap pada hari yang sama.
141
Selain itu, pihak pembelaan telah berusaha untuk menimbulkan keraguan munasabah melalui keterangan OKT/SD1 bahawa Ismail Fikri mempunyai satu set kunci rumah tempat kejadian. SD2 (abang OKT) pula menyatakan OKT tinggal bersama SD2 untuk mencabar naratif pihak pendakwaan bahawa OKT tinggal bersama dengan SP6. Manakala SD3 dikemukakan untuk menguatkan naratif pembelaan bahawa dadah adalah milik Ismail Fikri.
142
Penelitian Mahkamah atas pembelaan SD1 hanyalah penafian samata-mata dan tidak berjaya membangkitkan keraguan munasabah ke atas kes pendakwaan. Dapatan Mahkamah ini disokong oleh prinsip undang-undang di dalam kes dirujuk oleh Timbalan Pendakwa Raya yang bijaksana iaitu PP v. Ku Lip See (1981) 1 MLJ 258 dan PP v. Ling Tee Huah [1982] 2 MLJ 324 serta kes D A DUNCAN v. PP [1980] 1 LNS 12 yang mana Mahkamah dalam kes tersebut memutuskan seperti berikut: The defence was, in effect, a simple denial of the evidence connecting the appellant with four boxes. We cannot see any plausible ground for saying that the four boxes were not his. In the circumstances of the prosecution evidence, the High Court came, in our view, to the correct conclusion that this denial did not cast a doubt on the prosecution case against the appellant.”
143
Di dalam kes Public Prosecutor v. Nur Hassan Bin Salip Hashim & Anor [1993] 2 CLJ 551, Mahkamah memutuskan bahawa penafian semata-mata oleh OKT tidak sama sekali mewujudkan keraguan kepada kes pendakwaan seperti berikut: “The evidence of the second accused was only one of denial; denial of having ever seen the orange plastic bag containing the cannabis, denial of having been together with the first accused, denial of sitting on the same chair together with the first accused and denial of being found immediately next to the orange plastic bag containing the cannabis. All this evidence of the second accused were offered in contradiction to the evidence of prosecution. Neither were the presumptions of possessions or knowledge rebutted. Nothing was offered by the evidence of the second accused by way of rebutting the presumption of trafficking arising from the fact that the cannabis weighed 311.4grammes. The second accused had also therefore failed to rebut the presumption of trafficking.”
144
Selanjutnya kes PP v. Saksi Usop [2009] 7 CLJ 750 di mana Mahkamah tidak menerima keterangan OKT bahawa semua keterangan yang diberikan oleh saksi pendakwaan tidak berlaku. Mahkamah telah menyatakan seperti berikut: “The defence case is as follows. On 21 May 2005, he was arrested by the police by the roadside. He said the police pointed gun at his head and said ‘we are police’. They then brought him to the Karamunsing complex. At the complex he said the police accused him of bringing syabu on that day. He denied the accusation but the police kept saying that he carried the plastic bag. According to him on the morning of his arrest, he was doing renovation works on an Indian shop at Telipok from 8am to 11am. He said he was arrested at 3.30pm on his way to the mosque for his Asar prayer. In cross examination, he denied that he tried to run away after the police introduced themselves. He denied he struggled to free himself when the police arrested him. He also denied he was on the way down the hill when he was arrested. He even denied that the plastic bag was in his right hand when he was arrested. It is clear that his defence is a bare denial. Be that as it may I have considered his evidence carefully and I find that he has completely failed to discharge the burden placed on him by s.37(d) of the Act. His defence is nothing more than a bare denial. It is trite law that a bare denial is not sufficient to dislodge the prosecution’s case, let alone to discharge a burden of proof.”
145
Mengenai barang kes dadah yang dikatakan dimiliki oleh Ismail Fikri, yang menghairankan Mahkamah ini ialah pihak pembelaan tidak pernah menyoal saksi polis kenapa Ismail Fikri tidak dibawa ke tempat kejadian dan ditunjukkan dengan barang kes dadah di rumah tempat kejadian. Tambah menghairankan apabila pihak pembelaan menghujahkan bahawa Ismail Fikri mengakui bahawa barang kes dadah yang dijumpai di tempat kejadian adalah milik Ismail Fitri.
146
Apa yang pasti ialah tidak ada pengakuan oleh Ismail Fikri dan sekiranya benar dakwaan pihak pembelaan, agak menghairankan kenapa pihak polis mendakwa OKT di Mahkamah ini. Pertanyaan juga telah dibuat oleh Mahkamah kepada pihak pembelaan dan tidak ada jawapan yang diberikan atas soalan yang dikemukakan kepada peguambela.
147
Mahkamah ini juga mendapati SD3 yang cuba untuk membela OKT juga tidak membuat laporan polis mengenai Ismail Fikri hadir di tempat kejadian dan meletakkan barang kes dadah di dalam bilik nombor 3 pada hari kejadian.
148
Dalam keadaan biasa, sebagai kawan baik kepada OKT dan tahu bahawa OKT telah ditangkap atas barang salah yang dikatakan milik Ismail Fikri, secara logiknya SD3 membuat laporan polis berkaitan perkara tersebut. Cabaran yang dibangkitkan oleh pihak pembelaan tidak dapat mewujudkan sebarang keraguan munasabah kerana SP6 dan OKT juga tidak pernah memberitahu polis sebaik sahaja ditangkap bahawa Ismail Fikri adalah pengedar dadah yang sebenar di dalam kes ini.
149
Mengenai keterangan SD1 bahawa Ismail Fikri mempunyai kunci rumah tempat kejadian selain SP6. Mahkamah ini mendapati bahawa SP6 semasa di peringkat pendakwaan menyatakan hanya beliau dan OKT mempunyai kunci rumah tempat kejadian.
150
Dalam hal ini, hanya SP6 dan OKT sahaja yang tinggal di rumah apartment tempat kejadian dan hanya OKT dan SP6 mempunyai kunci rumah tempat kejadian. Tambahan pula, SP6 memberikan keterangan SP6 tinggal bersama OKT di rumah tempat kejadian. Barang kes dadah bukan milik SP6. Pada hari kejadian, SP6 tidak nampak barang kes dadah di ruang tamu. Sebaliknya, apabila OKT membuka pintu apabila ia diketuk oleh pegawai serbuan, pihak pembelaan menyatakan OKT dalam keadaan “mamai” kesan di bawah pengaruh dadah apabila membuka pintu tersebut. Bau dadah yang kuat di ruang tamu seperti kenyataan polis menguatkan lagi dapatan Mahkamah mengenai barang kes dadah di ruang tamu. Selain itu, SP6 juga menyatakan hanya OKT yang menggunakan bilik 3 yang mana barang kes dadah dijumpai.
151
Sehubungan itu, mengambil pendekatan yang sama di dalam kes Mahkamah Rayuan Aaron Chong Cherlin v PP [2023] 1 MLJ 60, Mahkamah ini membuat dapatan bahawa adalah munasabah untuk merumuskan OKT mempunyai pengetahuan dan mengenai dadah di rumah tempat kejadian. Pada masa material, OKT mempunyai pemilikan dan akses eksklusif ke atas apartment tempat kejadian dan apa-apa didalamnya serta mempunyai “power to deal with those things to the exclusion of all other person.” Rujuk Chan Pean Leon (supra).
152
Oleh itu, pembelaan OKT mengenai kunci yang diberikan kepada Ismail Fikri adalah rekaaan semata-mata. SP6 tidak pernah disoal mengenai satu set kunci diberikan kepada Ismail Fikri. Sebaliknya, SP6 sendiri menyatakan bahawa hanya beliau dan OKT mempunyai kunci rumah tempat kejadian. Oleh itu, pembelaan OKT mengenai kunci diberikan kepada Ismail Fikri adalah pembelaan berfikiran terkemudian.
153
Berkaitan dengan pembelaan OKT bahawa beliau memberikan kerjasama kepada pihak polis, Mahkamah ini telahpun merumuskan bahawa perbuatan dan tingkah laku OKT yang kelam kabut lari masuk ke dalam rumah jelas terjatuh di bawah seksyyen 8 Akta Keterangan. Oleh itu, cabaran pembelaan mengenai perkara ini telahpun disangkal oleh pihak pendakwaan.
154
Setelah membuat penilaian maksima dan menimbangkan keseluruhan keterangan pihak pendakwaan dan pembelaan serta kredibiliti saksi-saksi pendakwaan, Mahkamah ini berpuas hati dan mendapati bahawa mengikut prinsip yang diputuskan di dalam Mat v PP [1963] 1 MLJ 263, OKT gagal menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah ke atas kes pendakwaan dan gagal mengakas anggapan pengedaran bahawa OKT mengedar dadah. Dengan demikian, OKT disabitkan dengan pertuduhan.
155
OKT melalui peguambelanya telah mengemukakan mitigasi bagi pihak OKT. Beliau adalah pesalah pertama. Telah memberikan kerjasama kepada pihak polis. OKT berumur 30 tahun dan belum berkahwin. Ditahan reman semenjak 28.3.2021. kes PP v Umapathi a/l Ganesan [2024] 7 MLJ 345 yang merujuk kepada kriteria yang boleh dipertimbangkan untuk mengenakan hukuman mati, yang mana dalam kes ini tidak ada ancaman atau mencederakan pihak polis, tidak membawa senjata dan tidak ada rekod lampau. Jenis dadah cannabis. Namun ia bukan dadah sintetik. Tidak ada transaksi aktif jual beli dadah.
156
Peguambela menghujahkan berdasarkan keputusan Mahkamah Persekutuan baru-baru ini di dalam Mohd Helmi Anuar bin Mohd Kassim v PP and other applications [2026] 4 MLJ 207, Mahkamah Persekutuan telah mengiktirafkan pindaan melalui Akta 846 yang digubal untuk memberikan budi bicara kepada Mahkamah untuk menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup dan sebatan rotan dan hukuman mati bukanlah hukuman mati bagi kesalahan di bawah ADB 1952.
157
Sehubungan itu, pihak pembelaan menggesa Mahkamah ini mengambil pendekatan yang selari dengan prinsip undang-undang diputuskan Mahkamah Persekutuan.
158
Faktor pemberat pihak Pendakwaan ialah -
a
Kepentingan awam sepatutnya diberikan keutamaan.
b
Bukanlah kes melibatkan mangsa seperti pembunuhan. Tetapi kes dadah ada kesan sampingan, seperti rogol, rompak.
c
Rampansi kes pengedaran dadah.
d
Dadah adalah musuh nombor satu negara.
e
Kepentingan peribadi OKT seperti kesalahan pertama, adalah isu subsidiari yang tidak boleh mengatasi hukuman mati.
159
Dalam mempertimbangkan mitigasi OKT, Mahkamah ini menekankan bahawa kesalahan melibatkan pengedaran dadah berbahaya adalah serius dan ini dapat dilihat daripada beberapa pindaan yang dibuat di bawah ADB 1952 sebagai langkah proaktif Kerajaan menangani kes pengedaran dadah dengan mengenakan hukuman yang berat bagi kesalahan yang serius mengedar dadah.
160
Mahkamah berpandangan bahawa OKT bernasib baik susulan pelaksanaan Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023, hukuman gantung sampai mati bukanlah hukuman mandatori bagi kesalahan di bawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
161
Mahkamah ini mempunyai budi bicara untuk mengenakan hukuman alternatif iaitu pemenjaraan seumur hidup (selama 30 tahun) dan mengenakan hukuman sebatan tidak kurang 12 sebatan. Bagi Mahkamah ini menggunakan budi bicaranya dalam menentukan hukuman yang wajar dikenakan bagi kesalahan di bawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, OKT telah diberikan peluang untuk membuat mitigasi.
162
Setelah menimbangkan mitigasi OKT dan faktor pemberat oleh pihak pendakwaan, sepertimana trend semasa hukuman bagi kesalahan yang sama (rujuk juga kes terkini Mahkamah Rayuan di dalam kes Mohd Munawar bin Mohd Azizan v PP [2025] MLJU 2983, Mahkamah ini berpendapat bahawa OKT wajar diberikan peluang untuk kembali ke pangkuan keluarga dan masyarakat setelah selesai menjalani hukuman penjara.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.