Insp Massuhaella Binti Mohd Idris (Pegawai Penyiasat) SP5 RR J2, ms 60- 84 [7] Berikut adalah senarai eksibit yang ditandakan di hadapan Majistret: Gambar Botol Urine P1(a-d) RR J3, ms 2-5 Gambar Balai Polis P2A-D RR J3, ms 8-9 Gambar Tandas P3A-C RR J3, ms 14-15 Gambar Pembungkus Botol & Gambar Pembungkus Testrip P4A-E RR J3, ms 16-17 [8] Secara ringkasnya, pada 27.8.2019, tertuduh yang merupakan seorang penjawat awam telah dibawa ke IPD Ampang Jaya dan sampel urin tertuduh telah diambil dan ujian saringan awal dijalankan ke atas sampel tersebut oleh SP3 didapati positif “Amp” dan “Meth”. [9] Sampel urin tertuduh seterusnya diserahkan kepada SP5 iaitu Pegawai Penyiasat. SP5 telah pada 28.8.2019 menghantar urin sampel yang dipungut pada 27.8.2019 ke Jabatan Patologi HKL untuk ujian pengesahan yang mana ujian tersebut dijalankan oleh SP4 iaitu Pegawai Sains dan disahkan mengandungi “Methamphetamine”. Gambar Tertuduh RR J3, ms 18-19 Borang 90A RR J3, ms 20 Sampul CD Gambar P7A - CD Gambar P7B - Laporan Polis. : Pandan Indah/015518/19 RR J3, ms 21-22 Laporan Polis. : Pandan Indah/015521/19 RR J3, ms 23 Laporan Polis. : Pandan Indah/015522/19 P10 RR J3, ms 24-25 Borang Serah Menyerah P11 RR J3, ms 26 Borang Permintaan Ujian Pengesahan Dadah Dalam Air Kencing Borang UPD P12 RR J3, ms 27 Laporan Ujian Pengesanan Dadah Berbahaya Di Bawah Seksyen 399 Kanun Tatacara Jenayah atas penama Muhd Farez Bin Hilmi P13 RR J3, ms 28 PRINSIP UNDANG-UNDANG MENGENAI RAYUAN ATAS SABITAN DAN HUKUMAN [1] Prinsip undang-undang berkaitan rayuan sepertimana diputuskan Mahkamah Persekutuan di dalam kes Herchun Singh v. Public Prosecutor [1969] 2 MLJ 209 adalah mengikat Mahkamah ini. Ong Hock Thye C.J telah menyebut: An appellate court should be slow in disturbing such finding of fact arrived at by the judge, who had the advantage of seeing and hearing the witness, unless there are substantial and compelling reasons for disagreeing with the finding. [2] Prinsip yang sama di dalam kes LCY v. TWY [2019) 7 CLJ 158, YAA Tun Tengku Maimun Tuan Mat HMR (kini Ketua Hakim Negara) menyatakan seperti berikut: [26] The principle of law on appellate intervention is settled. In Dream Property Sdn Bhd v. Atlas Housing Sdn Bhd [2015] 2 CLJ 453, the Federal Court reiterated the principle as follows at p.476: [60] It is now established that the principle on which an appellate court interfere with findings of fact by the trial court is “the plainly wrong test” principle; see the Federal Court in Gan Yook Chin & Anor (P) v. Lee Ing Chin @ Lee Teck Seng & Anor [2004] 4 CLJ 309; [2005] 1 MLJ 1 (at p. 10) per Steve Shim CJ SS. More recently, this principle of appellate intervention was affirmed by the Federal Court in UEM Group Berhad v. Genisys lntergrated Engineers Pte Ltd /2010] 9 CLJ 785 where it was held at p. 800: It is well settled law that an appellate court will not generally speaking intervene with the decision of a trial court unless the trial court is shown to be plainly wrong in arriving at its decision. A plainly wrong decision happens when the trial court is guilty of no or insufficient judicial appreciation of the evidence (See Chew Yee Wah & Anor v. Choo Ah Pat [1978]1 LNS 32; Watt v. Thomas [1947] AC 484; and Chin v. Lee Ing Chin & Ors [2004] 4 CLJ 309. [10] Manakala prinsip undang-undang berkaitan hukuman adalah sepertimana diputuskan di dalam kes Pendakwa Raya v. Prabu A/L Veeramuthu and Others [2010] 8 CLJ 257; [2010] 1 LNS 695, Mahkamah Rayuan melalui penghakiman yang disampaikan oleh Hasan Lah HMR (beliau pada ketika itu) menyatakan seperti yang berikut: [11] In an appeal against sentence an appellate court would not disturb the sentence imposed unless the trial court had erred in applying the correct principles of sentencing or had embarked on some unauthorized or extraneous exercise of discretion (see Ganesan a/l Nachiappan & Ors v. Public Prosecutor [2000] 3 CLJ 302; Public Prosecutor v. Loo Choon Fatt [1976] 1 LNS 102; [1976] 2 MLJ 256; Bhandulananda Jayatilake v. Public Prosecutor [1981] 1 LNS 139; [1982] 1 MLJ 83 and Yit Kean Hong v. PP [2005] 4 CLJ 592). [11] Di dalam kes Pendakwa Raya v. Ramakrishnan Subramaniam & Ors [2012] 9 CLJ 443, Azahar Mohamed HMR (beliau pada ketika itu) menyatakan seperti yang berikut: “Mengikut prinsip penghukuman yang sedia ada, setiap orang yang bersalah akan menerima hukuman yang setimpal dengan bentuk kesalahan yang dilakukan. Mahkamah hendaklah menjatuhkan hukuman menurut undang-undang untuk menentukan supaya hukuman yang dikenakan terhadap pesalah itu adil, bersesuaian dan setimpal dengan apa-apa kesalahan yang dilakukannya itu. Adalah juga menjadi prinsip undang-undang yang mantap bahawa Mahkamah yang mendengar rayuan tidak seharusnya campur tangan dengan hukuman yang dikenakan oleh hakim perbicaraan dan selalunya tidak akan menukar hukuman melainkan ianya berpuas hati bahawa hukuman yang dijatuhkan oleh hakim berkenaan itu ternyata amat tidak memadai atau mencukupi atau keterlaluan atau tidak sah atau pun tidak merupakan hukuman yang wajar memandangkan semua fakta yang didedahkan, atau bahawa Mahkamah tersebut jelas tersalah didalam memakai prinsip yang betul dalam penilaian hukuman. Prinsip undang-undang yang menentukan kawalan dan semakan keputusan berkaitan dengan hukuman telah digariskan dengan jelas dalam kes Bhandulananda Jayatilake v. PP [1981] 1 LNS 139 dan kes Dato’ Seri Anwar Ibrahim v. PP [2002] 3 CLJ 457.” [12] Manakala di dalam PP v. Ling Leh Hoe [2015] 4 CLJ 869, Mahkamah Rayuan telah memutuskan seperti berikut: [14] The appellate court can and will interfere in the sentence imposed by the lower court if it is satisfied that any of the following four grounds are made out: (a) The sentencing judge had made a wrong decision as to the proper factual basis for the sentence; (b) There had been an error on the part of the trial judge misappreciating the material facts placed before him;