It is an accepted rule of practice that an accused should be given credit or discount for pleading guilty. This is because public time and money will be spared if an accused admits his guilt. The credit or discount to be given to an accused person is not on the maximum S/N qVq4tn8bTkGOfdH9blSlsA sentence imposed by law but rather on a sentence which would have been imposed on the accused if he had claimed trial and been found guilty. [Penekanan telah diberikan] [19] Berbalik semula kepada kes Tertuduh, di dalam kes ini, Tertuduh telah mengaku salah dan ini sememangnya telah menjimatkan masa dan kos semua pihak. [20] Oleh itu, Mahkmah telah mengambil faktor Pengakuan Salah Tertuduh sebagai salah satu faktor mitigasi yang perlu dipertimbangkan dalam memutuskan hukuman yang wajar dijatuhkan terhadap Tertuduh. Mahkamah juga telah mengambil maklum berhubung suatu diskaun yang wajar diberi oleh Mahkamah dalam mempertimbangkan hukuman terhadap Tertuduh setelah Tertuduh mengaku salah. ii. Kesal Dan Insaf Terhadap Perbuatan [21] Mahkamah juga telah mengambil maklum bahawa pengakuan salah Tertuduh bukan sahaja dapat menjimatkan S/N qVq4tn8bTkGOfdH9blSlsA masa dan kos pihak-pihak tetapi dapat menunjukkan keinsafan dan kekesalan Tertuduh terhadap kesalahan yang dilakukan. [22] Faktor kekesalan dan keinsafan Tertuduh merupakan salah satu faktor mitigasi yang penting yang telah diambil kira oleh mahkamah dalam memutuskan hukuman yang wajar dikenakan terhadap Tertuduh. iii. Faktor Kepentingan Awam [23] Mahkamah mengambil maklum bahawa kes ini adalah melibatkan bangsa asing yang mana datang ke Malaysia untuk bekerja. Akan tetapi, kebelakangan ini pelbagai kes jenayah yang terjadi di Malaysia melibatkan bangsa asing sama ada mereka mempunyai permit yang sah bekerja di Malaysia ataupun sebaliknya yang mana sekaligus akan memberi kesan yang tidak baik kepada kepentingan awam. [24] Oleh itu, mahkamah berpendapat bahawa, suatu hukuman berbentuk pencegahan (‘deterrent’) perlu diberikan oleh mahkamah bagi menjaga kepentingan awam. Namun, mahkamah juga perlu mengimbangkan faktor kepentingan awam tersebut dengan faktor kepentingan Tertuduh sebelum menjatuhkan S/N qVq4tn8bTkGOfdH9blSlsA hukuman tersebut. [25] Mahkamah juga berpendapat bahawa suatu hukuman yang tegas dan jelas perlu diberikan agar suatu pencegahan jenayah yang melibatkan bangsa asing di Malaysia ini datang ke Malaysia tanpa alasan dan sebab yang munasabah serta menetap di Malaysia lebih masa tanpa permit atau pas yang sah dapat dicegah daripada terus menjadi ulat di Malaysia. [26] Berkenaan isu ini, Mahkamah telah menggunapakai budi bicaranya sebagaimana diperjelaskan di dalam kes R v. Ball [1951] 35 Cr App R 164 seperti berikut: "….our law does not therefore fix the sentence for a particular offence but it fixes a maximum sentence and leaves it to the court to decide what is, within that maximum, the appropriate sentence for each criminal in the particular, the court has the right and duty to decide whether to be lenient or severe…." [Penekanan telah diberikan] S/N qVq4tn8bTkGOfdH9blSlsA [27] Mahkamah juga merujuk kepada kes Sinnathurai Subramaniam v. PP [2011] 5 CLJ 56 at para. 35: “The sentences imposed by the sentencing judges have a signaling effect. If the judge imposes a light custodial sentence, he is sending a message to the whole world at large, so to speak, that the offence is not that serious. And if the judge imposes a binding over under the Criminal Procedure Code, he is saying that the accused should not be charged in the first place at all. So, it can be deduced that when a judge imposes a sentence he is making a statement whether the offence is serious or trivial. It is in these contexts that sentencing judges must be very cautious and must weigh in a balance the gravity of the offence with the proposed sentence. The sentence imposed must always reflect public interest after taking into account the mitigation advanced by the accused.” [28] Tertuduh yang berumur 30 tahun sememangnya mengetahui perkara yang benar dan salah. Tiada sebarang bukti dikemukakan bahawa dia tiada pengetahuan berkenaan apa yang Tertuduh telah lakukan adalah ‘illegal’ dan tiada sebarang S/N qVq4tn8bTkGOfdH9blSlsA bukti juga yang menunjukkan sebarang keadaan yang bersesuaian untuk meringankan hukuman terhadap Tertuduh. Tertuduh tinggal di Malaysia lebih masa yang dibenarkan selepas tampat tempoh pas lawatan sosialnya adalah merupakan tindakan yang salah di sisi undang-undang dan suatu hukuman tegas dan jelas perlu diberikan ke atas Tertuduh. Suatu hukuman yang berbentuk ‘lenient’ adalah tidak sesuai untuk menjaga kepentingan awam. iv. Latar Belakang Tertuduh [29] Di dalam rayuan Tertuduh, Tertuduh menyatakan bahawa Tertuduh berumur 30 tahun, seorang bujang dan Tertuduh datang ke Malaysia bekerja sebagai pembantu di carwash dengan pendapatan harian lebih kurang RM80. [30] Mahkamah berpendapat bahawa umur 30 tahun merupakan suatu umur yang seharusnya dapat membezakan antara suatu perkara baik dan buruk. Tambahan lagi, Tertuduh telahpun bekerja dan merupakan penanggung tunggal keluarganya di negara asal. Latar belakang ini menunjukkan bahawa Tertuduh seharusnya boleh membezakan kesan dan S/N qVq4tn8bTkGOfdH9blSlsA akibat daripada perbuatannya. [31] Tindakan Tertuduh yang dengan sengaja dan tanpa alasan munasabah tinggal lebih masa selepas tamat tempoh pas lawatan sosialnya adalah amat tidak menghormati undang-undang Malaysia dan sistem pentadbiran keadilan Malaysia. Oleh itu, suatu hukuman yang tegas dan jelas perlu diberikan kepada Tertuduh agar suatu pengajaran dapat diberikan kepada Tertuduh. v. Hukuman Setimpal dan berbentuk Pengajaran [32] Pihak Pendakwaan memohon daripada Mahkamah agar suatu hukuman setimpal dikenakan kepada Tertuduh. Pihak Pendakwaan juga memohon suatu hukuman yang boleh dijadikan pengajaran kepada Tertuduh agar Tertuduh tidak mengulangi kesalahan ini. [33] Maksud hukuman setimpal telah di jelaskan secara terperinci didalam kes R v. lpeelee [2012] 1 SCR 433: "….proportionality …is not just a sanction. First, the principles ensures that a sentence reflects the gravity of the offence,…it S/N qVq4tn8bTkGOfdH9blSlsA promotes justice for the victims and ensures public confidence in the system of justice. Secondly, the principles of proportionality ensures that a sentence does not exceed what is appropriates, given the moral blameworthiness of the offender…." [Penekanan telah diberikan] [34] Berdasarkan kes di atas, dapat dijelaskan bahawa hukuman yang hendak dikenakan terhadap Tertuduh mestilah setimpal dengan kesalahan yang dilakukan, ‘seriousness’ kesalahan dan tahap penglibatan Tertuduh itu sendiri. [35] Berbalik semula kepada kes Tertuduh, Tertuduh telah dituduh dibawah Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 di mana hukuman penjara ditetapkan yang boleh dedenda tidak kurang RM10,000 atau penjara tidak lebih 5 tahun atau kedua-duanya sekali. [36] Oleh itu, mahkamah berpendapat bahawa hukuman 8 bulan penjara dari tarikh tangkap adalah hukuman yang setimpal, wajar S/N qVq4tn8bTkGOfdH9blSlsA dan sesuai dikenakan ke atas Tertuduh. [37] Mahkamah juga berpendapat bahawa hukuman 8 bulan penjara bermula dari tarikh tangkap ini bukanlah terlampau rendah atau terlampau tinggi (‘too excessively low or too excessively high’). Malah, mahkamah berpendapat bahawa hukuman 8 bulan penjara ini merupakan hukuman yang dapat menjamin keadilan kepada publik dan memberi keyakinan kepada sistem pentadbiran keadilan Malaysia. [38] Mahkamah seterusnya meneliti semula semua eksibit yang telah dikemukakan, rayuan Tertuduh dan pihak pendakwaan, maka Mahkamah mendapati hukuman penjara 8 bulan dari tarikh tangkap dapat menjadi pengajaran kepada Tertuduh agar tidak mengulangi perbuatannya. vi. Faktor-faktor Lain Yang Dipertimbangkan Mahkamah [39] Salah satu faktor lain yang dipertimbangkan oleh mahkamah ialah kekerapan kes di Mahkamah Majistret khususnya di Shah Alam terlalu banyak kes yang melibatkan S/N qVq4tn8bTkGOfdH9blSlsA warga asing tak kira sama ada kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 ataupun kes-kes jenayah am yang lain yang sememangnya memberi ancaman bahaya kepada rakyat di Malaysia. Pelbagai tatacara dan arahan yang berasas telah ditetapkan oleh undang-undang di Malaysia. Akan tetapi, sehingga ke hari ini kita masih mendengar pelbagai kes-kes jenayah yang melibatkan bangsa asing di Malaysia ini yang seharusnya diambil peduli dan diberikan tindakan keras dan tegas kepada mereka agar mereka tidak memandang remeh dan seharusnya menghormati undang-undang di Malaysia ini. [40] Selain itu, di dalam mitigasinya, peguam Tertuduh juga memaklumkan bahawa ibu bapa kepada Tertuduh telahpun uzur dan ingin berjumpa dengan Tertuduh sebelum terjadi apa-apa kepada mereka. [41] Namun begitu, kesalahan yang dilakukakan oleh Tertuduh adalah ‘tinggal lebih masa yang dibenarkan setelah tamat tempoh pas lawatan sosial’ yang mana pada wajarnya Tertuduh terus seharusnya pulang ke negara asalnya sebaik sahaja pas lawatan sosialnya sudah tamat selepas 6 bulan sejak S/N qVq4tn8bTkGOfdH9blSlsA