Munyiswar mengatakan sekumpulan individu di dalam IH telah menganiayai dirinya dan juga Irene Woon. Oleh yang demikian mengembalikan Munyiswar ke jawatannya adalah tidak wajar dalam keadaan ini. [17] Berkaitan dengan pengurangan jumlah bayaran balik gaji Pengerusi terpelajar mempunyai budi bicara selari dengan s.30(5) Industrial Relations Act 1967. Dalam kes Dr James Alfred (Sabah) v. Koperasi Serbaguna Sanya Bhd (Sabah) & Anor [2001] 3 CLJ 541 Steve Shim HBSS menyatakan: “In our view, it is in line with equity and good conscience that the Industrial Court, in assessing quantum of backwages, should take into account the fact, if established by evidence or admitted, that the workman has been gainfully employed elsewhere after his dismissal. Failure to do so constitutes a jurisdictional error of law. Certiorari will therefore lie to rectify it. Of course, taking into account of such employment after dismissal does not necessarily mean that the Industrial Court has to conduct a mathematical exercise in deduction. What is important is that the Industrial Court, in the exercise of its discretion in assessing the quantum of backwages, should take into account all relevant matters including the fact, where it exists, that the workman has been gainfully employed elsewhere after his dismissal.”. Di antara faktor-faktor yang sering dipertimbangkan ialah sama ada tatakelakuan atau perbuatan pekerja itu menyumbang kepada alasan pemecatan, kelewatan melupuskan tuntutan dan pendapatan diperolehi daripada pekerjaan baru. Adalah jelas daripada keterangan, perbuatan Munyiswar menyumbang terus kepada alasan pemecatannya dan pendapatan yang diperolehi daripada pekerjaan barunya tidak begitu jauh bezanya dengan pendapatannya semasa di IH. Oleh yang demikian bagi saya tiada kekhilafan berlaku. [18] Munyiswar juga gagal menunjukkan sama ada rawatan susulan yang berpanjangan diperlukan apabila menyatakan dia kehilangan peluang untuk dirawat di IH. Saya juga mendapati pampasan punitif tidak boleh diberikan kerana tiada penganiayaan berlaku. [19] Oleh yang demikian saya membenarkan PA-25-13-02/2021 dan menolak PA-25-15-03/2021 dengan kos. (TUN ABD MAJID BIN TUN HAMZAH) Hakim Mahkamah Tinggi Malaya, Pulau Pinang Tarikh: 7 Julai 2023 Peguamcara-Peguamcara:- Peguamcara Pihak Pemohon bagi No. Kes PA-25-13-02/2021 TETUAN TF LEOW & ASSOCIATES Peguambela dan Peguamcara Suite 13-08, 13th Floor Plaza MWE, No. 8, Lebuh Farquhar 10200 PULAU PINANG Tel : 04-2628686 Faks : 04-2632168 Peguamcara Pihak Responden Pertama bagi No. Kes PA-25-13- 02/2021 PENASIHAT UNDANG-UNDANG NEGERI PULAU PINANG Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Pulau Pinang Aras 10, Bangunan Persekutuan Jalan Anson 10400 PULAU PINANG Tel : 04-2275944 Faks : 04-2285644 Peguamcara Pihak Responden Kedua bagi No. Kes PA-25-13- 02/2021 TETUAN JESSY & ASSOCIATES Peguambela dan Peguamcara No. 306, 3rd Floor, Bangunan Tabung Haji Green Hall 10200 PULAU PINANG Tel : 04-2620645 Faks : 04-2637616 Peguamcara Pihak Pemohon bagi No. Kes PA-25-15-03/2021 TETUAN JESSY & ASSOCIATES Peguambela dan Peguamcara No. 306, 3rd Floor, Bangunan Tabung Haji Green Hall 10200 PULAU PINANG Tel : 04-2620645 Faks : 04-2637616 Peguamcara Pihak Responden Pertama bagi No. Kes PA-25-15- 03/2021 TETUAN TF LEOW & ASSOCIATES Peguambela dan Peguamcara Suite 13-08, 13th Floor Plaza MWE, No. 8, Lebuh Farquhar 10200 PULAU PINANG Tel : 04-2628686 Faks : 04-2632168 Peguamcara Pihak Responden Kedua bagi No. Kes PA-25-13- 02/2021 PENASIHAT UNDANG-UNDANG NEGERI PULAU PINANG Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Pulau Pinang Aras 10, Bangunan Persekutuan Jalan Anson 10400 PULAU PINANG Tel : 04-2275944 Faks : 04-2285644