Content
1 DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN JENAYAH NO: B-05(M)-64-01/2018 ANTARA MUO OBI BENJAMIN … PERAYU (NO. PASPORT: A05745246) DAN PENDAKWA RAYA ... RESPONDEN [Dalam Mahkamah Tinggi Malaya di Shah Alam Perbicaraan Jenayah No: 45A-55-06/2015] Antara Pendakwa Raya Dan Muo Obi Benjamin KORAM HAMID SULTAN BIN ABU BACKER, HMR HADHARIAH BINTI SYED ISMAIL, HMR NORDIN BIN HASSAN, HMR 2 PENGHAKIMAN Pendahuluan [1] Muo Obi Benjamin, seorang warganegara Nigeria dan merupakan perayu dalam rayuan kes ini. Perayu telah disabitkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam bagi kesalahan mengedar dadah berbahaya jenis methamphetamine, di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (“ADB 1952”) dan dijatuhkan hukuman gantung di leher sehingga mati di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama. [2] Semasa rayuan kes ini didengar, peguam perayu memaklumkan bahawa pihak perayu dan Timbalan Pendakwaraya telah bersetuju untuk sabitan terhadap perayu bagi kesalahan di bawah seksyen 39(B)(1)(a) digantikan dengan kesalahan memiliki dadah berbahaya di bawah seksyen 12(2) Akta yang sama. Asas persetujuan ini adalah kerana Hakim Mahkamah Tinggi dalam mencapai keputusannya telah mengunapakai anggapan berganda yang ketika itu adalah betul di bawah seksyen 37A ADB 1952. Walau bagaimana pun, dengan keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Alma Nudo Atenza v PP [2019] 4 MLJ 1 yang memutuskan bahawa sekyen 37A tersebut tidak berpelembagaan, anggapan berganda yang digunapakai oleh Hakim Mahkamah Tinggi tersebut adalah salah di sisi undang-undang. 3 [3] Setelah mendengar hujahan mitigasi dari peguam perayu dan hujahan untuk pemberatan hukuman dari Timbalan Pendakwaraya, kami sebulat suara memutuskan perayu dijatuhkan hukuman 17 tahun penjara dari tarikh tangkap iaitu pada 5.10.2014 dan 10 kali sebatan rotan. [4] Perayu telah membuat rayuan ke Mahkamah Persekutuan melalui Notis Rayuan bertarikh 10.12.2021 terhadap hukuman yang Mahkamah ini jatuhkan terhadap perayu pada 20.5.2020. Ringkasan Fakta Kes [5] Fakta kes ini adalah mudah dan sebahagian besarnya tidak dipertikaikan oleh pihak perayu iaitu seperti berikut. Pada 5.10.2014, lebih kurang jam 7 malam, perayu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (“KLIA”) dengan penerbangan Ethiopian Airlines ET618. [6] Perayu kemudian telah meletakkan beg galas perayu berserta beg silang dan beg plastik berzip yang dibawa oleh perayu ke atas mesin pengimbas di KLIA tersebut untuk diimbas. Pegawai Kastam Shamsubahari bin Muhamad (SP1) yang bertugas di mesin pengimbas berkenaan mendapati suatu imej yang mencurigakan ketika beg galas perayu tersebut diimbas. Selanjutnya, SP1 telah mengarahkan perayu membawa beg-beg perayu ke kaunter pemeriksaan untuk pemeriksaan lanjut. 4 [7] Di kaunter pemeriksaan, perayu telah diarahkan untuk menggosongkan beg galas perayu tetapi perayu hanya mengeluarkan sebahagian sahaja kandungan beg galas tersebut. Sehubungan itu, SP1 telah memasukkan tangannya ke dalam beg galas berkenaan dan merasakan sesuatu benda keras dalam pakaian yang masih ada dalam beg tersebut. [8] Sejurus selepas itu, SP1 meminta perayu mengemukakan paspot antarabangsa perayu kepada SP1 tetapi perayu memaklumkan bahawa paspot beliau berada dengan kawannya lalu terus beredar dari kaunter pemeriksaan tersebut, kononnya untuk mendapatkan semula paspot perayu dari kawannya itu. Walau bagaimana pun SP1 telah mengejar perayu dan dapat menahan perayu. Paspot perayu kemudiannya ditemui di dalam beg galas perayu yang di periksa di kaunter pemeriksaan. [9] Seterusnya, SP1 telah membuat pemeriksaan rapi dan terperinci ke atas beg-beg perayu berkenaan dengan kehadiran perayu dan Pegawai Penyiasat, Chan Chon Wah (SP3). Di dalam beg galas perayu, SP1 menemukan 8 paket aluminium yang tersorok di dalam poket palsu yang dijahit pada seluar seluar jeans yang dijumpai dalam beg galas tersebut. Apabila paket-paket tersebut dihiris, SP1 mendapati serbuk putih di dalamnya. Setelah itu, SP1 melakukan ujian kimia pada serbuk putih tersebut dengan mengunakan peralatan ujian yang ada dan mendapati serbuk putih tersebut mengandungi dadah berbahaya iaitu 1492.6 gram methamphetamine. Perayu kemudiannya telah ditangkap dan beg-beg perayu tersebut dirampas. 5 [10] Pada 20.11.2014, serbuk putih yang ditemui pada seluar seluar dalam beg galas yang dibawa oleh perayu tersebut dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisa. Ahli Kimia, Suhana binti Jaffar (SP5) yang menganalisa serbuk putih tersebut mengesahkan ianya adalah dadah berbahaya methamphetamine. [11] Di akhir kes pendakwaan, Hakim Mahkamah Tinggi dalam mencapai keputusannya mengunapakai anggapan ‘milikan’ di bawah seksyen 37(d) ADB 1952 dan anggapan ‘pengedaran’ di bawah seksyen 37(da) Akta yang sama dan memutuskan pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie bagi pertuduhan mengedar dadah di bawah seksyen 39B(1)(a) terhadap perayu. Sehubungan itu, perayu telah dipanggil untuk membela diri. [12] Perayu dalam pembelaannya menyatakan bahawa beg galas yang dibawanya itu telah diberikan kepadanya oleh kawan perayu bernama Obinna untuk diberikan kepada abang Obinna yang berada di Malaysia. Perayu menjelaskan bahawa perayu tiada apa-apa pengetahuan mengenai dadah berbahaya dalam seluar yang ditemui dalam beg galas tersebut. Tujuan perayu ke Malaysia adalah untuk membeli alat gantian kereta dari pengedar di Klang Selangor. [13] Selanjutnya, di akhir kes pembelaan, Hakim Mahkamah Tinggi mendapati pihak perayu telah gagal menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah terhadap perayu dan mensabitkan perayu bagi kesalahan mengedar dadah tersebut dan menjatuhkan hukuman gantung sehingga mati terhadap perayu. 6 [14] Rayuan perayu ke Mahkamah ini adalah terhadap sabitan dan hukuman yang dijatuhkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi tersebut. [15] Seperti dinyatakan terdahulu, pihak-pihak bersetuju bahawa sabitan bagi kesalahan mengedar dadah digantikan dengan sabitan bagi kesalahan memiliki dadah dan Mahkamah ini mendapati terdapat keterangan yang membuktikan kesalahan perayu memiliki dadah berbahaya tersebut. Oleh yang demikian, perayu disabitkan dengan kesalahan memiliki dadah berbahaya dan sabitan bagi kesalahan mengedar dadah berbahaya yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi adalah diketepikan. Hukuman [16] Prinsip am dalam menjatuhkan sesuatu hukuman adalah memberi pertimbangan utama antara lain kepada kepentingan awam. Ini ditekankan dalam kes yang sering dipetik bagi kes-kes menjatuhkan hukuman iaitu Public Prosecutor v Loo Choon Fatt [1976] 2 MLJ 256 di mana Hakim Hashim Yeop Sani menjelaskan seperti berikut: "One of the main considerations in the assessment of sentence is of course the question of public interest. On this point I need only quote a passage from the judgment of Hilbery J. in Rex v. Kenneth John Ball as follows: - 'In deciding the appropriate sentence, a court should always be guided by certain considerations. The first and foremost is the public interest. The criminal law is publicly enforced, not only with the object of punishing crime, but also in the hope 7 of preventing it. A proper sentence, passed in public, serves the public interest in two ways. It may deter others who might be tempted to try crime as seeming to offer easy money on the supposition, that if the offender is caught and brought to justice, the punishment will be negligible. Such a sentence may also deter the particular criminal from committing a crime again, or induce him to turn from a criminal to an honest life. The public interest is indeed served, and best served, if the offender is induced to turn from criminal ways to honest living. Our law does not, therefore, fix the sentence for a particular crime, but fixes a maximum sentence and leaves it to the court to decide what is, within the maximum, the appropriate sentence for each criminal in the particular circumstances of each case. Not only in regard to each crime, but in regard to each criminal, the court has the right and the duty to decide whether to be lenient or severe.' (penekanan ditambah) [17] Sehubungan itu, hukuman yang dijatuhkan terhadap perayu dalam kesalahan pemilikan dadah ini bukan sahaja memberi pengajaran kepada perayu untuk tidak melakukan kesalahan yang sama dan dapat berubah menjadi seorang yang baik tetapi yang lebih utama lagi, hukuman yang dijatuhkan dapat membantu menggelakkan orang lain melakukan kesalahan yang sama. Justeru itu hukuman yang terlalu ringan tidak akan dapat mencapai objektif ini. Kepentingan awam memerlukan suatu hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukan, lebih-lebih lagi kesalahan berkaitan dengan dadah berbahaya ini merupakan suatu kesalahan yang serius. [18] Faktor terlalu bersimpati terhadap perayu atau keluarganya tidak seharusnya menjadi penghalang untuk menjatuhkan hukuman yang setimpal bagi kesalahan serius yang perayu lakukan. Faktor tersebut 8 hendaklah diimbangi dengan faktor kepentingan awam seperti dinyatakan dalam kes Lee Choo Fatt (supra): “Presidents and Magistrates are often inclined quite naturally to be over-sympathetic to the accused. This is a normal psychological reaction to the situation in which the lonely accused is seen facing an array of witnesses with authority. The mitigation submitted by a convicted person will also normally bring up problems of family hardship and the other usual problems of living. In such a situation the courts might perhaps find it difficult to decide as to what sentence should be imposed so that the convicted person may not be further burdened with additional hardship. This is my view is a wrong approach. The correct approach is to strike a balance, as far as possible, between the interests of the public and the interests of the accused. Lord Goddard LCJ. In Rex v. Grondkowski offered some good advice when he said: 'The judge must consider the interests of justice as well as the interests of the prisoners. It is too often nowadays thought, or seems to be thought, that the interests of justice means only the interests of the prisoners'." (penekanan ditambah) [19] Dalam kes ini, pertuduhan asal terhadap perayu adalah bagi kesalahan mengedar dadah berbahaya yang membawa hukuman gantung sampai mati. Walau bagaimana pun, perayu amat bernasib baik kerana selepas perayu dijatuhkan hukuman mati oleh Hakim Mahkamah Tinggi, undang-undang berpihak kepada perayu dengan keputusan kes Alma Nudo (supra). 9 [20] Peguam perayu dalam hujahan mitigasinya hanya menyatakan bahawa kesalahan yang dilakukan oleh perayu ini merupakan kesalahan pertama perayu dan berharap dapat kembali ke negara asalnya untuk bersama keluarganya. Apabila ditanya oleh Mahkamah mengenai tempoh pemenjaraan yang sesuai bagi kes terhadap perayu, peguam perayu menyatakan tempoh penjara yang sesuai adalah lebih 15 tahun tetapi tidak melebihi 18 tahun. [21] Sebaliknya, Timbalan Pendakwaraya dalam hujahan pemberatan hukuman memaklumkan bahawa kesalahan yang dilakukan oleh perayu adalah serius dan dadah yang dimiliki tersebut juga iaitu 1492.6 gram methamphetamine, adalah suatu jumlah yang besar. Indikasi yang diberikan oleh Timbalan Pendakwaraya adalah tempoh hukuman penjara melebihi 17 tahun adalah bersesuaian dan selaras dengan trend hukuman semasa bagi kes yang melibatkan jenis dan jumlah berat dadah methamphetamine di mana perayu telah disabitkan dengan kesalahan memilikinya. [22] ‘Trend’ hukuman bagi kes-kes berkaitan dadah berbahaya methamphetamine yang boleh dijadikan panduan adalah seperti berikut: 10 Bil Kes Mahkamah Tarikh Keputusan Catatan Berat Dadah Hukuman 1 A.Sarpian bin Azmi V PP (05(M)-224-10/2018 05(M)-225-10/2018) Mahkamah Persekutuan