(a) When the statement is made by a person as to the cause of his death, or as to any of the circumstances of the transaction which resulted in his death, in cases in which the cause of that person’s death comes into question. Such a statement is relevant whether the person who made it was or was not, at the time when it was made, under expectation of death, and whatever may be the nature of the proceeding in which the cause of his death comes into question.” [27] Dalam menerima masuk percakapan tiga Si mati tersebut, Hakim bicara telah merujuk dan bergantung kepada beberapa keputusan Mahkamah terdahulu dalam kes Mohamed Bin Allapitchey & Ors v. Reg [1958] MLJ 197; Ong Her Hock v. PP [1987] 2 MLJ 45; Ray Bin Solis v. PP [2015] 2 MLJ 815 dan Yong Kong Tai v. Salim bin Jalal [1997] 2 MLJ 380. Antara prinsip undang-undang yang dapat diperoleh daripada nas-nas tersebut adalah bahawa apa-apa pernyataan yang diberikan oleh orang yang sedang menghadapi saat ambang kematiannya boleh diterima sebagai keterangan di bawah seksyen 32(1)(a) Akta Keterangan 1950 sekiranya pernyataan itu diperturunkan secara bertulis menyamai perkataan-perkataan yang telah diungkapkan oleh Si mati sebelum kematiannya. Walau bagaimanapun, Hakim bicara 30 hendaklah mengingatkan dirinya tentang fakta bahawa pernyataan itu telah tidak dibuat secara bersumpah dan tidak diuji melalui pemeriksaan balas. Dalam kes Ong Her Hock, supra, Wee Chong Jin, CJ Singapura telah memutuskan bahawa sabitan yang hanya berdasarkan pernyataan sedemikian yang telah diterima masuk sebagai keterangan, adalah selamat. Di m/s 46 – 47, hakim tersebut menyatakan: “In our opinion, while it is settled law that “if a dying declaration is reduced to writing – and this would invariably be the case in the event of the witness in question being an investigating Police Officer, Magistrate or someone of that kind – the actual words of the deceased must be recorded,” the recollection of the last words spoken by a dying man by a witness who is at the scene or arrives shortly thereafter and hears a dying declaration may properly be received in evidence (see Toh Lai Heng v. Regina page (54). In the present case the witnesses gave evidence of their recollection of the last words spoken by the deceased and their evidence was, in our judgment, properly admitted. At the conclusion of the hearing we were in no doubt that the trial judges were justified on all the evidence before them in finding the appellant guilty of the offence of murder.”. [28] Sebelum mengakhiri Penghakiman ini, kami berpendapat bahawa Hakim bicara telah dengan betulnya menerima keterangan saksi-saksi pendakwaan sebagai kredibel dan kukuh dalam mencapai keputusan akhir untuk mensabitkan Perayu dengan kesemua pertuduhan. Dalam perkara ini, kami sebagai Mahkamah atasan yang mendengar rayuan 31 Perayu tidak sewajar dan tidak dengan sewenang-wenangnya mengganggu dapatan dan keputusan Hakim bicara itu. Kami berpegang kepada keputusan Mahkamah ini dalam kes PP lwn. Losali & Satu Lagi Dan Satu Rayuan Lain [2010] 8 CLJ 560 yang disampaikan oleh Raus Sharif, HMR (sekarang KHN) seperti berikut: “[62] Keseluruhannya, kami dapati hakim bicara telah mengupas fakta kes ini dengan teliti dan tidak sekali melakukan salah arah dan melakukan ketidakadilan apabila menolak pembelaan tertuduh kedua dan ketiga. Adalah menjadi undang-undang mantap bahawa keputusan hakim bicara tentang kebolehpercayaan seseorang saksi tidak sepatutnya diubah oleh Mahkamah di peringkat rayuan melainkan dapat ditunjukkan bahawa sesuatu keputusan itu adalah bertentangan dengan keterangan atau berlakunya salah arah yang menyebabkan ketidakadilan. [63] Telah banyak kes yang membincangkan prinsip ini dan memadai kami perturunkan apa yang dikatakan oleh Chang Min Tat FJ yang menulis untuk Mahkamah Persekutuan dalam kes Ahmad Shah bin Hashim v. PP [1979] 1 LNS 4; [1980] 1 MLJ 77 yang dalam Bahasa asal menyatakan: We are however satisfied that he had made the same representation to the learned judge, who had considered them and who had on the totality of the evidence combined with his personal assessment of witnesses’ reliability from seeing him in the witness box come to the finding he did make. Under such circumstances, where the findings depend on an assessment of the credibility and reliability of a witness, it is not the practice of this court sitting on appeal to refuse to accept them. 32 [64] Sama juga dalam kes ini. Kami tidak ada sebab untuk merubah keputusan hakim bicara yang menolak keterangan saksi-saksi pembelaan dan sebaliknya menerima keterangan saksi-saksi pihak pendakwa. Dalam hal ini, hakim bicara telah memberi alasan-alasan yang cukup meyakinkan mengapa beliau berkeputusan sedemikian. Keputusan itu adalah selari dengan keterangan-keterangan yang terdapat di dalam kes ini. Jelas tidak berlaku salah arah di pihak hakim bicara yang boleh menyebabkan berlakunya ketidakadilan kepada tertuduh kedua dan ketiga. [65] Kesimpulannya, kami telah meneliti alasan Penghakiman hakim bicara serta nota keterangan kes ini dan kami berpuas hati di atas keterangan yang ada bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kesnya terhadap tertuduh kedua dan ketiga bagi pertuduhan pertama dan kedua dengan melampaui keraguan yang munasabah. Pembelaan tertuduh kedua dan ketiga bukan sahaja tidak boleh diterima tetapi juga gagal untuk menimbulkan apa-apa keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.”. [29] Kami mendapati keadaan yang sama terpakai dalam kes rayuan Perayu di hadapan kami. Kami mendapati tidak berlaku sebarang kekhilafan atau sebarang salah arah oleh Hakim bicara dalam menolak pembelaan Perayu dan seterusnya telah mensabitkan Perayu dengan kesemua pertuduhan. Kami sebulat suara bersetuju dengan dapatan dan keputusan Hakim bicara tersebut. 33 Kesimpulan [30] Berdasarkan alasan-alasan yang telah kami nyatakan di atas, kami mendapati kesemua sabitan terhadap Perayu adalah selamat dan disokong melalui keterangan yang kukuh dan mencukupi. Oleh itu, kami mengesahkan dan mengekalkan kesemua sabitan dan kesemua hukuman oleh Mahkamah Tinggi. Bertarikh: 5 Januari 2018. t.t (KAMARDIN BIN HASHIM) Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia Peguam cara: Bagi Pihak Perayu: Azizul Shahriman Tetuan Azizul & Ariff No. 12 – 33A, Plaza Azalea Persiaran Bandaraya Seksyen 14 40000 Shah Alam Bagi Pihak Responden: Tengku Intan Suraya bt Tengku Ismail Timbalan Pendakwa Raya Bahagian Rayuan dan Perbicaraan Jabatan Peguam Negara Putrajaya