Content
1 RAYUAN SIVIL NO: JA-12B-36-06/2023
/akn/my/judgment/high-court/2026/5b402e30-6418-444c-b558-1891f28731a7
High Court of Malaysia18 Mar 2026JA-12B-37-06/2023
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“kan undang-undang mengenai perkara tersebut adalah tidak semestinya begitu dan ia adalah teletak atas budi bicara hakim bicara [rujuk: Seeni Ibrahim Naina Mohamed & Satu Lagi lwn. Mohd Fazli Sulaiman [2016] MLRHU 1272].”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 RAYUAN SIVIL NO: JA-12B-36-06/2023
2
PACIFIC & ORIENT INSURANCE ... RESPONDEN-RESPONDEN (digabungkan dan didengar bersama dengan) RAYUAN SIVIL NO: JA-12B-37-06/2023
2
PACIFIC & ORIENT INSURANCE ... RESPONDEN-RESPONDEN (digabungkan dan didengar bersama dengan) RAYUAN SIVIL NO: JA-12B-38-06/2023 ANTARA
2
MUSLIHUDDIN BIN JUFRI ... RESPONDEN-RESPONDEN [DI DALAM MAHKAMAH SESYEN DI JOHOR BAHRU DI DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM, MALAYSIA SAMAN NO: JA-A53KJ-741-10/2020
1
1.
2
PACIFIC & ORIENT INSURANCE ... RESPONDEN-RESPONDEN] ALASAN PENGHAKIMAN Pendahuluan
1
Sebagai kemudahan, pihak-pihak di sini akan dirujuk sepertimana posisi asal masing-masing di Mahkamah Sesyen Johor Bahru iaitu mahkamah bicara dari mana rayuan-rayuan di Mahkamah ini berasal.
2
Hakim Mahkamah Sesyen Johor Bahru (“HMS”) melalui keputusan bertarikh 25.05.2023 telah menolak keseluruhan tuntutan Plaintif terhadap Defendan-Defendan atas dasar Plaintif telah gagal melepaskan beban bukti di atas imbangan kebarangkalian mengenai keterlibatan Defendan Pertama dalam kemalangan jalan raya yang berlaku kepada Plaintif pada tarikh, waktu dan tempat kejadian.
3
Walau bagaimanapun, sebagai mana kebiasaan kes-kes tuntutan gantirugi kemalangan jalan raya, HMS telah meneruskan dengan penetapan kuantum gantirugi atas dasar liabiliti 100% dan telah memberikan sejumlah RM220,000.00 sebagai gantirugi am dan sejumlah RM2,522,208.00 sebagai gantirugi khas beserta faedah untuk kedua-duanya. Manakala kos tindakan pula telah diperintahkan untuk ditanggung dan dibayar oleh Plaintif kepada setiap Defendan.
4
Plaintif telah merayu ke Mahkamah ini terhadap isu liabiliti sahaja dan didaftarkan sebagai Rayuan Sivil No: JA-12B-36-06/2023 (“Rayuan No. 36”).
5
Defendan Pertama dan Defendan Kedua pula masing-masingnya memfailkan rayuan terhadap sebahagian kuantum sahaja dan didaftarkan sebagai Rayuan Sivil No: JA-12B-37-06/2023 (“Rayuan No. 37”) dan Rayuan Sivil No: JA-12B-38-06/2023 (“Rayuan No. 38”).
6
Pada 16.10.2023, Mahkamah ini telah memerintahkan supaya ketiga-tiga Rayuan No. 36, No. 37 dan No. 38 digabungkan dan didengar serentak dengan Rayuan No. 36 dijadikan sebagai fail rayuan induk.
7
Mahkamah ini usai pendengaran telah menolak rayuan Plaintif dan rayuan Defendan-Defendan dengan kos ditanggung oleh pihak masing-masing.
8
Berikut merupakan alasan-alasan penghakiman Mahkamah ini. Fakta-fakta
9
Plaintif pada masa material adalah penunggang motorsikal No. JRC
6174
6174.
10
Defendan Pertama pada masa material adalah penunggang motorsikal No. WA 3807 G.
11
Defendan Kedua adalah syarikat penginsuran motorsikal No. WA 3807 G dan telah dibenarkan oleh HMS sebelum perbicaraan bermula untuk mencelah dan dijadikan sebagai Defendan Kedua.
12
Kes Plaintiff sebagaimana diplidkan dalam Penyata Tuntutan Terpinda (pindaan dibuat susulan Defendan Kedua dibenarkan mencelah) adalah bahawa pada 28/9/2019 antara jam lebih kurang 8:30 malam hingga awal pagi 29/9/2019, ketika Plaintiff menunggang motorsikal No. JRC 6174 dari Pontian menuju ke Kota Tinggi dan apabila sampai di Jalan Persisiran Perling tiba-tiba sebuah motorsikal bernombor WA 3807 G yang ditunggang oleh Defendan Pertama tanpa sebarang isyarat atau amaran telah menghimpit dari kiri dan melanggar motorsikal Plaintif. Akibat perlanggaran tersebut, Plaintif mengalami kecederaan, kerosakan dan kerugian.
13
Defendan Pertama dalam Pernyataan Pembelaan Terpinda (pindaan dibuat susulan Plantif memfailkan Penyata Tuntutan Terpinda) menafikan berlakunya kemalangan di antara motorsikal yang ditunggangnya No. WA 3807 G dan motorsikal Plaintiff No. JRC 6174 pada tarikh, waktu dan tempat kejadian, atau secara alternatifnya jika kemalangan didapati berlaku adalah disebabkan keseluruhannya atau akibat kecuaian sumbangan di pihak Plaintif.
14
Defendan Kedua pula dalam Penyata Pembelaannya, selain menafikan berlakunya kemalangan di antara Plaintif dan Defendan Pertama pada tarikh, masa dan di tempat kejadian turut mendakwa bahawa Plaintif dan Defendan Pertama telah bersubahat (colluded) dan/atau melakukan frod (fraud) dengan membuat laporan polis palsu berkenaan kemalangan tersebut untuk membolehkan Plaintif menuntut gantirugi daripada Defendan Kedua selaku syarikat insurans yang melindungi motorsikal yang ditunggang oleh Defendan Pertama.
15
Defendan Kedua sebagai tambahan turut menegaskan bahawa kecederaan yang dialami Plaintif, jikapun benar, tidak mempunyai sebarang kaitan dengan Defendan Kedua dan/atau motorsikal No WA 3807 G tetapi diakibatkan Plaintif terbabas sendiri dan/atau hilang kawalan dan/atau terlibat dalam kemalangan dengan kenderaan yang lain. Dapatan HMS
16
Secara ringkasnya, HMS di dalam alasan penghakimannya telah menolak tuntutan Plaintif dari sudut liabiliti atas dasar Plaintif telah gagal membuktikan tuntutannya di atas imbangan kebarangkalian bahawa kemalangan yang berlaku kepada Plaintif pada hari, waktu dan tempat kejadian adalah akibat dilanggar oleh Defendan Pertama.
17
Walau pun HMS tidak menolak versi Plaintif bahawa Plaintif mengalami kemalangan tersebut, HMS dalam dapatan-dapatan faktanya merumuskan terdapat berbagai percanggahan di antara keterangan lisan saksi-saksi Plaintif dengan keterangan dokumentari yang dikemukakan di hadapan beliau mengenai penglibatan Defendan Pertama dalam kemalangan tersebut. Selain itu, HMS turut mempersoalkan kredibiliti, konsistensi dan berat yang boleh diberikan kepada keterangan Plaintif (SP8) dan Pegawai Penyiasat (SP1) untuk melibatkan Defendan Pertama dalam kemalangan tersebut.
18
Seterusnya, HMS juga mendapati memandangkan Defendan Pertama sendiri tidak hadir untuk memberikan keterangannya di mahkamah semasa perbicaraan, maka laporan polis yang dibuat oleh Defendan Pertama yang mengatakan beliau terlibat kemalangan dengan Plaintif pada tarikh, waktu dan tempat kejadian tidak boleh diberikan sebarang berat bagi membuktikan kejadian kemalangan sama ada benar-benar berlaku di antara Plaintif dan Defendan Pertama atau Plaintif sendiri terbabas atau berlanggar dengan kenderaan lain pada waktu dan tempat kejadian.
19
Berdasarkan beban bukti di atas imbangan kebarangkalian yang gagal dilepasi oleh Plaintif, HMS telah menolak tuntutan Plaintif sekaligus melepaskan Defendan Pertama dan Defendan Kedua daripada sebarang liabiliti untuk membayar gantirugi bagi kecederaan yang dialami oleh Plaintif akibat kemalangan tersebut.
20
Akhir sekali, HMS juga memutuskan bahawa Defendan Kedua telah gagal untuk membuktikan di atas imbangan kebarangkalaian bahawa wujudnya subahat di antara Plaintif dan Defendan Pertama untuk melakukan penipuan atau frod terhadap Defendan Kedua bagi membolehkan Plaintif mendapatkan gantirugi daripada Defendan Kedua. Isu-isu A. Liabiliti
21
Di Mahkamah ini, Peguam Plantif berhujah bahawa HMS telah terkhilaf di dalam dapatannya bagi beban pembuktian apabila gagal memberikan pertimbangan bahawa Defendan Pertama dalam Penyata Pembelaan asal sebelum pindaan telah mengakui kejadian kemalangan di antara Plaintif dan Defendan Pertama. Petikan penyata pembelaan yang dimaksudkan sebagai ‘pengakuan kemalangan’ tersebut adalah sebagai mana terkandung di perenggan 2 Penyata Pembelaan asal seperti berikut:- “2. Tertakluk kepada Plaintif dapat memuaskan beban pembuktian kukuh yang dilletakkan ke atasnya di perenggan 1 tersebut di atas, Defendan menyatakan bahawa kecuali di mana terdapat kemalangan jalanraya pada 28/9/2019 di antara motorsikal No. JRC 6174 dan motorsikal, dakwaan-dakwaan lain dalam perenggan 1, 2 dan 3 Pernyataan Tuntutan adalah dinafikan. Plaintif akan diletakkan di bawah beban pembuktian yang kukuh k eatas dakwaan-dakwaan lain tersebut.” (penekanan ditambah)
22
Dalam hal ini, peguam Plaintif berhujah bahawa pindaan kemudian yang dibuat oleh Defendan Pertama bagi membuang ‘pengakuan kemalangan’ di perenggan 2 tersebut dalam Penyataan Pembelaan Terpinda adalah tidak sah kerana dibuat secara sepihak dan tanpa kebenaran Mahkamah.
23
Oleh yang demikian, peguam Plaintif berhujah ‘pengakuan kemalangan’ di perenggan 2 Penyata Pembelaan asal Defendan Pertama tersebut adalah mengikat dan HMS tidak sepatutnya lagi mempersoalkan sama ada Defendan Pertama benar-benar terlibat dalam kemalangan dengan Plaintif pada tarikh dan tepat kemalangan atau sebaliknya.
24
Selanjutnya, peguam Plaintif juga berhujah bahawa HMS terkhilaf apabila gagal mengenakan inferens bertentangan terhadap Defendan-Defendan di bawah s.114(g) Akta Keterangan 1950 berikutan kegagalan Defendan Pertama (yang kononnya gagal dikesan) untuk hadir memberikan keterangannya semasa perbicaraan.
25
Berikutan itu, peguam Plaintif berhujah liabiliti seharusnya diumpukkan 100% terhadap Defendan Pertama selaku penunggang dan Defendan Kedua selaku penginsuran motorsikal No WA 3807G. B. Kuantum
26
Defendan Pertama dan Defendan Kedua secara bersesama merayu terhadap sebahagian kuantum gantirugi am dan khas. Namun demikian, untuk maksud alasan penghakiman ini, kuantum gantirugi relevan untuk diulas hanyalah untuk Gantirugi Khas bagi item kos Ortosis yang diawardkan oleh HMS sebanyak RM2,425,800.00 sahaja. Analisis dan keputusan A. Liabiliti
27
Setelah meneliti Nota-nota Keterangan yang terkandung di dalam Rekod-Rekod Rayuan, Mahkamah ini mendapati Pernyataan Pembelaan asal (m.s 29 hingga 35 Rekod Rayuan Jilid 1) di perenggan 2 memang seakan-akan terdapat ‘pengakuan kemalangan’ oleh pihak Defendan Pertama di situ.
28
Namun demikian, Mahkamah ini tidak bersetuju dengan hujah peguam Plaintif bahawa ‘pengakuan kemalangan’ tersebut adalah mengikat kerana Defendan Pertama seawal di perenggan 1 Pernyataan Pembelaan asal telah memplidkan penafian kemalangan di pihaknya seperti berikut:- “1. Defendan menafikan dan meletakkan Plaintif di bawah beban pembuktian yang kukuh ke atas dakwaan di Perenggan 3 Pernyataan Tuntutan dan bahawa adanya kemalangan berlaku di antara motorsikal No. JRC 6174 dan motorsikal No. WA 3807 G.”
29
Seterusnya, Mahkamah ini juga mendapati pada pembukaan perenggan 2 Pernyataan Pembelaan asal, Defendan Pertama telah meletakkan proviso “Tertakluk kepada Plaintif dapat memuaskan beban pembuktian kukuh yang diletakkan ke atasnya di perenggan 1 di atas, …” sebelum disusul dengan ayat yang dikatakan oleh Plaintif sebagai ‘pengakuan kemalangan’ tersebut.
30
Bagi Mahkamah, dengan penafian khusus di peranggan 1 dan proviso sedemikian di perenggan 2 Pernyataan Pembelaan asal, adalah tidak sama sekali sukar untuk difahamkan bahawa Defendan Pertama telah meletakkan syarat sebagai notis kepada Plaintif bahawa Plaintif hendaklah membuktikan terlebih dahulu keterlibatan Defendan Pertama dalam kejadian kemalangan yang berlaku pada tarikh, waktu dan tempat kejadian. Hanya sekiranya penglibatan Defendan Pertama berjaya dibuktikan, barulah isu punca dan seterusnya mengenai agihan peratusan kecuaian atau kecuaian sumbangan, jika ada, dapat diteruskan.
31
Seterusnya, walau pun perenggan 2 yang dipinda dalam Pernyataan Pembelaan Terpinda tidak lagi mengandungi apa yang didakwa Plaintif sebagai ‘pengakuan kemalangan’, namun Mahkamah ini mendapati ia tidak mengubah sifat pembelaan Defendan Pertama yang sedari awal menafikan keterlibatannya dalam kemalangan tersebut. Penafian ini semakin jelas apabila Defendan Kedua di perenggan 5 Pernyataan Pembelaan Defendan Kedua telah memplidkan secara khusus pembelaan berikut:- “4. …Defendan Kedua menegaskan bahawa Defendan Pertama dan/atau motosikal No. WA 3807 G tidak terlibat dalam kemalangan jalanraya dengan motorsikal No. JRC 6174 pada tarikh, masa dan di tempat yang dinyatakan dalam perenggan 4 Pernyataan Tuntutan Terpinda.”
32
Yang paling utama, penelitian Mahkamah ini kepada Nota-Nota Keterangan menunjukkan bahawa Plaintif tiada pada bila-bila masa memfailkan Jawapan kepada Pernyataan Pembelaan Terpinda Defendan Pertama, atau membantah kepada pindaan kepada perenggan 2 Pernyataan Pembelaan Terpinda Defendan Pertama dalam membuang ‘pengakuan kemalangan’ tersebut semasa perbicaraan.
33
Ketentuan yang mengatur mengenai perkara berkaitan pindaan pernyataan pembelaan selepas diserahkan dengan pindaan pernyataan tuntutan dan keterbukaan kepada Plaintif untuk menjawap atau membantah terhadapnya adalah masing-masingnya termuat di dalam A.20, k.3(2)(a) dan k.3(3)(a) dan A.20, k.4(1) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 (“KKM”) yang memperuntukkan seperti berikut:- “Amendment of pleadings without leave (O. 20, r. 3)
3
(1) A party may, without the leave of the Court, amend any pleading of his once at any time before the pleadings are deemed to be closed and, where he does so, he shall serve the amended pleading on the opposite party.
Subsection
(2) Where an amended statement of claim is served on a defendant –
a
(a) the defendant, if he has already served a defence on the plaintiff, may amend his defence; and
b
(b) the period for service of his defence or amended defence, as the case may be, shall be either the period fixed by or under these Rules for service of his defence or a period of fourteen days after the amended statement of claim is served on him, whichever expires later.
Subsection
(3) Where an amended defence is served on the plaintiff by a defendant—
a
(a) the plaintiff, if he has already served a reply on that defendant, may amend his reply; … Application for disallowance of amendment made without leave (O. 20, r. 4)
4
(1) Within fourteen days after the service on a party of a writ amended under rule 1(1) or of a pleading amended under rule 3(1), that party may apply to the Court to disallow the amendment.
Subsection
(2) Where the Court hearing an application under this rule is satisfied that if an application for leave to make the amendment in question had been made under rule 5 at the date when the amendment was made under rule 1(1) or rule 3(1) leave to make the amendment or part of the amendment would have been refused, it shall order the amendment or that part to be struck out.
Subsection
(3) Any order made on an application under this rule may be made on such terms as to costs or otherwise as the Court thinks just.” (penekanan ditambah)
34
Berikutan ketiadaan jawapan atau bantahan kepada pindaan tersebut, Mahkamah ini mendapati adalah terlalu lewat bagi Plaintif pada peringkat rayuan ini untuk membangkitkan atau membantah atau berhujah mengenai perkara ‘pengakuan kemalangan’ di perenggan 2 Pernyataan Pembelaan asal yang kemudiannya dipinda dalam Pernyataan Pembelaan Terpinda Defendan Pertama. Justeru itu, Mahkamah ini mendapati tiada kekhilafan di pihak HMS apabila tidak mengambil apa-apa pertimbangan atau membuat apa-apa dapatan mengenai ‘pengakuan kemalangan’ untuk mengaitkan keterlibatan Defendan Pertama dalam kemalangan yang berlaku kepada Plaintif pada tarikh, waktu dan tempat kejadian.
35
Seterusnya, atas dasar pendengaran semula (rehearing) di bawah s.29 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 dan A.55, k.2 KKM, Mahkamah ini mendapati HMS adalah betul apabila sedari awal mengarahkan pemikirannya bahawa isu utama adalah sama ada kemalangan yang berlaku kepada Plaintif benar-benar melibatkan Defendan Pertama berdasarkan pliding-pliding sedia ada. Lanjutan dari situ HMS juga adalah betul apabila meletakkan beban pembuktian di atas imbangan kebarangkalian ke atas Plaintif untuk membuktikan kejadian kemalangan sama ada benar-benar melibatkan Defendan Pertama atau sebaliknya. Beban pembuktian sebegini adalah selaras dengan s.101, s.102 dan s.103 Akta Keterangan 1950.
36
Seperti mana yang disebut awal tadi, rumusan HMS dalam keputusannya menolak tuntutan Plaintif terhadap Defendan-Defendan berkait rapat mengenai ketidak konsistensi keterangan dan kredibiliti saksi-saksi Plaintif mengenai waktu, tempat dan bagai mana kemalangan berlaku dan berat yang boleh diberikan kepada laporan polis Defendan Pertama (yang tidak dijadikan eksibit berikutan kegagalan Defendan Pertama hadir memberikan keterangan di mahkamah bicara) yang hendak digunakan oleh Plaintif bagi menyokong kesnya.
37
Mahkamah ini sendiri setelah meneliti Rekod-Rekod Rayuan mendapati keterangan langsung mengenai kemalangan hanya datang daripada keterangan Plaintif (SP8) sendiri. Tidak ada saksi lain yang menyaksikan kemalangan tersebut. Dalam laporan polis yang dibuat oleh Plaintif pada 09.10.2019 (eksibit P28) iaitu kira-kira 12 hari selepas kejadian kemalangan, Plaintif menyatakan bahawa beliau telah dilanggar oleh motorsikal WA 3807 G. Namun demikian, selepas diasak semasa pemeriksaan balas, Plaintif mengakui bahawa beliau sebenarnya tidak tahu apa yang melanggarnya dan meletakkan nombor WA 3807 G di dalam P28 berdasarkan apa yang diberitahu oleh pihak polis kepadanya sahaja.
38
Selanjutnya, Mahkamah ini setelah meneliti nota-nota keterangan berkaitan keterangan pegawai penyiasat kes (SP1), mendapati keseluruhan keterangannya tidak membantu untuk merungkai persoalan sama ada Defendan Pertama benar-benar terlibat dengan kemalangan atau tidak.
39
Ini kerana, SP1 menyatakan bahawa beliau menerima maklumat mengenai kemalangan daripada Defendan Pertama hanya pada 04.10.2019 iaitu kira-kira 5 hari selepas kejadian. Apabila SP1 secara berseorangan pergi ke tempat kemalangan pada 05.10.2019 beliau tidak menemui apa-apa kesan kemalangan di situ. SP1 hanya melakarkan rajah kasar kunci tempat kejadian di pejabatnya dan ia juga tidak mengandungi apa-apa petunjuk mengenai kemalangan. SP1 sendiri tidak mengambil gambar-gambar kerosakan motorsikal-motorsikal yang terlibat. Beliau juga tidak tahu perincian kerosakan motorsikal-motorsikal yang terlibat dan tidak tahu bila dan di mana gambar-gambar motosikal-motorsikal yang dieksibitkan ke Mahkamah sebagai eksibit P2 dirakam oleh jurugambar. Beliau juga tidak membuat apa-apa siasatan dengan pihak PLUS walau pun kemalangan berlaku di sekitar tempat pintu masuk tol di lebuhraya dalam tanggungjawab PLUS.
40
Dalam hal ini, dapatan HMS terhadap keterangan SP1 adalah seperti berikut:- “[34) Dalam kes ini, SP1 tidak lukis Rajah Kasar Kunci di tempat kejadian tetapi apabila balik ke balai, pergi ke tempat yang dikatakan tempat kejadian 7 hari selepas kemalangan, tiada pihak-pihak dibawa untuk membantu pengecaman tempat, tiada kesan ditemui di tempat kemalangan, barang kes tidak dinilai secara fizikal, tiada saksi bebas, wujud isu dan percanggahan versi-versi kemalangan dan lain-lain. [35] Oleh demikian, Mahkamah pada peringkat ini tidak boleh bergantung kepada penilaian dan rumusan SP1 semata-mata.”
41
Pada hemat Mahkamah ini, HMS telah membuat penelitian dan penilaian yang secukupnya terhadap keterangan SP1 selaku pegawai penyiasat kes. Jika diteliti nota-nota keterangan, Mahkamah ini tiada sebab untuk berbeza pandangan dengan HMS, lebih-lebih lagi kedudukan HMS selaku hakim bicara yang memiliki kelebihan audio visual untuk menilai kredibiliti dan berat yang patut diberikan kepada keterangan SP1.
42
Oleh yang demikian, Mahkamah ini mendapati HMS juga telah memakai prinsip undang-undang yang betul apabila memutuskan bukanlah tugas Defendan-Defendan untuk disprove kes Plaintif [Mohd Yusof Mohd Rakim v Shanta Periasamy & Anor (2006) 3 CLJ 825; Ng Chui Sia v Maimon Bt Ali (1983) 1 MLJ 110; Koe Swee Hin & Anor v Annkara Vadakath Ramachandran Menon
Subsection
(2002) 7 MLJ 363].
43
Mengenai anggapan bertentangan di bawah s.114(g) Akta Keterangan 1950 terhadap kegagalan Defendan Pertama hadir ke mahkamah bicara, Mahkamah ini mengguna pakai prinsip undang-undang mantap bahawa s. 114(g) hanya boleh dikenakan terhadap pihak yang dituntut sekiranya pihak yang menuntut terlebih dahulu berjaya melepaskan beban bukti di pihaknya [Jaafar Shaari & Siti Jama Hashim v Tan Lip Eng & Anor (1997) 3 MLJ 693].
44
Selanjutnya, jika pun HMS terkhilaf apabila tidak mengenakan anggapan bertentangan tehadap Defendan Pertama, anggapan tersebut bukan bersifat mutlak dan tidak melepaskan Plaintif daripada melepaskan beban bukti di atas imbangan kebarangkalian. Prinsip ini telah dinyatakan dengan jelas oleh Mahkamah Persekutuan di dalam kes Yui Chin Song & Ors v Lee Ming Chai & Ors [2019] 6 MLJ 417 seperti berikut:- “[48] This court in Syarikat Kemajuan Timbermine Sdn Bhd v Kerajaan Negeri Kelantan Darul Naim [2015] 3 MLJ 609 has laid down the principle on this issue in the following words: The respondent’s election to call no evidence at the trial did not preclude the reversal of plainly wrong findings of the High Court by the Court of Appeal. Though no witnesses were called by the respondent and even if the appellant’s evidence was unopposed and therefore presumed to be true, that did not automatically mean the evidence had satisfied the burden of proving the existence of the settlement agreement borne by the appellant, or mean the burden of proving on balance of probabilities no longer applied or that a case to answer was automatically made out. The evidence adduced by the appellant had to be sufficient to prove the existence of the settlement agreement. The appellant failed to discharge that burden. [49] The above ruling was consistent with the well-established principle that the burden of proof at all times is borne by the plaintiff on the balance of probabilities to establish his case against the defendant or the existence of a legally enforceable claim against the defendant. It is upon the plaintiff, and certainly not the defendant, to discharge that burden. It is for the plaintiff to prove his case and satisfy the court that his claim is well-founded before the court can grant judgment on his claim. The fact that the defendant has led no evidence or called no witnesses does not absolve the plaintiff from discharging his burden in law.” (penekanan ditambah)
45
Dalam perkara semasa, Mahkamah ini mendapati HMS telah menilai keterangan Plaintif (SP8) dan pegawai penyiasat (SP1) secara terperinci dan telah memberikan sebab dan alasan kenapa Plaintif telah gagal melepaskan beban bukti yang diperlukan berdasarkan imbangan kebarangkalian. Dalam hal ini, Mahkamah ini berpuashati bahawa berdasarkan rekod-rekod rayuan sedia ada, sekiranya pun kedua-dua laporan polis Defendan Pertama (m.s. 489 – 490 Rekod Rayuan Jilid 2) diambil kira ia akan lebih banyak menimbulkan persoalan daripada jawapan mengenai tempat, waktu dan bagai mana kemalangan sebenarnya berlaku. Dalam hal ini juga, perlu ditekankan di sini bahawa fungsi Mahkamah ini sebagai mahkamah yang mendengar rayuan adalah bersifat semakan dan bukan untuk menjalankan kuasa asal dalam menilai dan membuat dapatan penilaian kebolehpercayaan dan kredibiliti saksi-saksi [Paya Terubong Estates Sdn Bhd v. Pusaka Warisan Sdn Bhd [1998] 1 MLRA 228].
46
Oleh yang demikian, Mahkamah ini mendapati HMS yang bijaksana tidak terkhilaf apabila tidak membuat apa-apa anggapan bertentangan terhadap Defendan Pertama di bawah s.114(g) Akta Keterangan 1950. Seterusnya, Mahkamah ini juga berpuashati untuk mendapati jika pun anggapan tersebut dibuat, Plaintif masih gagal melepasi beban bukti berdasarkan imbangan kebarangkalian mengenai keterlibatan Defendan Pertama dalam kemalangan yang berlaku ke atas Plaintif pada tarikh dan waktu kejadian.
47
Tambahan lagi, SP1 sendiri mengakui terdapat percanggahan dalam percakapan Defendan Pertama dengan SP1 dan laporan polis Defendan Pertama. Versi Plaintif dan versi Defendan Pertama dalam laporan polis masing-masing juga bercanggah bila mana Plaintif mendakwa "... motorsikal No WA3807G dari sebelah kiri telah menghimpit motorsikal beliau" manakala Defendan Pertama membuat laporan polis menyebut "... ada sebuah motorsikal No JRC 6174 telah memotong motorsikal saya lalu bergesel dan saya terbabas kiri jalan."
48
Walaupun terdapat percanggahan antara laporan polis Plaintif dan Defendan Pertama dan juga percanggahan antara percakapan yang diberikan oleh Defendan Pertama kepada pegawai penyiasat (SP1) dengan laporan polis Defendan Pertama sendiri, SP1 didapati masih mengeluarkan saman terhadap Defendan Pertama tanpa memberikan penjelasan yang munasabah kenapa beliau berbuat demikian. SP1 dalam masa yang sama tidak ada bukti atau keterangan lain bagi menyokong keputusan beliau tersebut. Siasatan SP1 juga nyata tidak dijalankan secara menyeluruh dan memuaskan sebagai mana yang dinyatakan sebelum ini.
49
Atas dasar tersebut, HMS tidak boleh dikatakan sebagai terkhilaf apabila mendapati Plaintif gagal melepasi beban bukti atas dasar imbangan kerangkalian berdasarkan ‘ketidakcukupan keterangan’ (insufficient evidence) dan memakai keputusan kes Mohd Yusof Mohd Rakim v Shanta Periasamy & Anor [2006] 3 CLJ 825 yang menyatakan seperti berikut: "From the record of appeal, there was insufficient evident to attach any negligence against the 1st defendant. There was no duty on the part of the 1st defendant to prove that he was not negligent until the plaintiffs had established negligence against him. The trial court could not stretch its powers or discreation to find the 1st defendant liable just for the sake of ensuring compensation to the deceased's family without first making a finding on whether negligence had been established."
50
Berdasarkan ulasan-ulasan di atas, Mahkamah ini berpuashati sebagai analisis akhir bagi isu liabiliti bahawa HMS tidak terkhilaf dari segi fakta dan undang-undang apabila memutuskan bahawa Plaintif telah gagal untuk membuktikan kesnya di atas imbangan kebarangkalian. B. Kuantum
51
Prinsip matan mengenai rayuan terhadap kuantum gantirugi telah disimpulkan dengan jelas oleh Mahkamah Tinggi Alor Setar, yang mana Mahkamah ini bersetuju dengannya, di dalam kes Kovalan Rajoo v. Hanif Muhamad Pauzi [2016] 2 CLJ 965, iaitu seperti berikut:- "[12] In light of the above Federal Court's decision, the legal proposition in an appeal against an award for damages could be surmised as follows:
i
(i) The onus on an appellant is a heavy one;
Subparagraph
(ii) The appellant must satisfy the appellate court-
a
(a) that the trial judge acted on wrong principle of law; or
b
(b) the damages awarded is so extremely high or low to make it an entirely an erroneous estimate of damages, in other words, it is plainly unreasonable; or
c
(c) the trial judge omitted to consider some relevant materials or admitted some irrelevant considerations, resulting in the award of damages being wholly inaccurate. In other words, if the trial judge had considered the relevant materials or did not take into consideration the irrelevant considerations, the trial judge would have come to an award entirely different from the one he had awarded;
Subparagraph
(iii) the award of damages in each case stands by itself; and
Subparagraph
(iv) it is not enough for the appellant to show there is a balance of opinion or preference. [13] The mere fact that one judge's award is different from another judge's award does not form as a basis for an appellate court to disturb the awad of damages by the lower court. The award of damages in every case stands by itself - it depends on the age, sex and degree of injury and the chances and degree of recovery as well. Occasionally, it also depends on the available options for medical treatments. [14] A compendium is merely a compilation of information on court awards of damages. The information in the compendium may indicate the trend of the award of damages outside the range found in the compendium is not necessarily a reason for the appellate court to disturb the award of damages. The appellate court will only disturb the trial judge's award of damages if and only if the trial judge's award of damages is so very wrong or seriously wrong that no reasonable judge would have awarded the amount for the same set of facts. [15] An award of damages leaning to one end of the scale found in a compendium does not tantamount to an award that is very wrong or seriously wrong; it is merely the exercise of the trial judge's discretion. This does not form a basis for an appellate court to interfere with the discretion of the trial judge. The compendium's scale should not be used as a basis for an appeal against the exercise of the judge's discretion in deciding the award of damages. [16] The appellate court should not interfere with the exercise of discretion by the trial judge unless the award of damages is so very wrong or seriously wrong that it is plainly unreasonable." (penekanan ditambah)
52
Panduan lain yang Mahkamah ini berikan perhatian adalah melalui keputusan Mahkamah Persekutuan di dalam kes United Plywood & Sawmill Ltd v Lock Ngan Loi [1970] 1 LNS 164, iaitu apabila YA Gill (ketika itu) memperkenalkan ujian ‘good gracious’ seperti berikut: "... As has been said again and again, the assessment of damages in cases of personal injury is one of the most difficult things for either a judge in the first instance or a Court of Appeal. When a man has lost his arm there is no sum in the world that can be in the true sense compensate for it. Yet compensation in the form of money is the only way in which he can be granted redress for injury he has suffered. It is neither possible nor desirable for damages for the loss of an arm to be standardised or rigidly classified, as no two cases are ever alike. But in order to maintain some semblance of uniformity, the amount awarded in past cases, which bear reasonable comparison with the case under review, should serve as useful guide. The general principle is that an appellate court can only interfere with an assessment if it Is considered so inordinately low or inordinately high as to make the court exclaim. 'Good gracious, is that the sum which has been awarded-that sum must be altered', or if It is so much out of line with the discernible trend or pattern of awards in reasonably comparable cases that it must he recorded as a wholly erroneous estimate..." (penekanan ditambah)
53
Gantirugi Khas yang relevan di sini adalah bagi kos Orthosis berjumlah RM2,425,800.00.
54
Pertama sekali, melalui alasan penghakiman HMS, Mahkamah ini mendapati jumlah RM2,425,800.00 bagi kos Orthosis yang diawardkan oleh HMS merupakan jumlah yang dihujahkan oleh peguam Defendan Kedua di hadapan HMS sebagai hujahan alternatif sekiranya HMS membenarkan tuntutan sedemikian. Perenggan relevan alasan penghakiman HMS untuk itu (m.s 62 – 63 Rekod Rayuan Tambahan) adalah seperti berikut:- “Kos orthosis Plaintif berhujah jumlah RM3,168,550.00 seperti saranan pakar orthosis Plaintif tanpa sebarang tolakan. Defendan berhujah ditolak atau secara alternatif, jika Mahkamah menerimapakai keterangan dan laporan pakar orthisis Plaintif, jumlah RM2,425,800.00 dan jumlah kos prosthesis dibayar secara langsung kepada syarikat Prosthesis Endolite Asia Sdn. Bhd. untuk manfaat dan kebajikan Plaintif.”
55
Kedua, Mahkamah ini juga mendapati Defendan-Defendan tidak mengemukakan saksi pakar perubatan masing-masing untuk mencabar kepada keterangan saksi-saksi pakar perubatan yang dikemukakan oleh Plaintif iaitu SP3 dan SP6.
56
Oleh yang demikian, Mahkamah untuk berpendapat, HMS tidak terkhilaf apabila merujuk kepada keterangan saksi-saksi pakar perubatan Plaintif apabila membuat penilaian mengenai keperluan alat tersebut kepada Plaintif dan akhirnya penetapan kos Ortosis tersebut. Perkara ini merupakan budibicara HMS selaku hakim bicara dan Mahkamah ini tidak wajar untuk menganggu dapatan
57
Seterusnya, dari sudut penelitian rekod-rekod rayuan, Mahkamah Mahkamah ini mendapati HMS telah memberikan perhatian secukupnya kepada keterangan dan laporan saksi-saksi pakar perubatan iaitu SP3 dan SP6 dalam membuat rumusan beliau bahawa Plaintf “memerlukan alat tersebut untuk membantu Plaintif dalam kehidupan yang lebih walau pun tidak sempurna dan dapat berdikari”.
58
Dalam perkara ‘tolakan’, Mahkamah ini mendapati HMS juga telah mengambil perhatian kepada perkara ini dan sekali lagi telah melaksanakan kuasa budibicaranya untuk memberikan award RM2,425,800.00 tersebut. Dalam alasan penghakimannya, perkara ini dinyatakan secara jelas oleh HMS seperti berikut (m.s. 67-68 Rekod Rayuan Tambahan):- “19) Mahkamah juga telah menimbangkan faktor bahawa Plaintif perlu memitigasikan kerugian/kehilangan beliau. Oleh itu, Mahkamah mengambilkira bahawa sebut harga yang dikemukakan adalah berdasarkan kiraan dan disediakan lebih awal sebelum keputusan ini dibuat (pada umur Plaintif 36 tahun). 20) Bertitik tolak dari situ, Mahkamah telah mempertimbangkan kiraan semula dengan menerima pakai pindaan dan kiraan yang dihujahkan oleh Defendan (secara alternatif) iaitu RM2,425,800.00. 21) Kos ini dibenarkan berdasarkan cadangan pihak pakar orthosis plaintif tetapi dengan pindaan kiraan dengan menolak umur plaintif semasa award diberikan dan mengambilkira alat bantuan tersebut belum dibeli. 22) Kos orthosis dibenarkan untuk jumlah RM2,425,800.00 (tanpa sebarang tolakan kontigensi).”
59
Justeru itu, Mahkamah ini menolak hujahan peguam Defendan-Defendan yang seolah-olah meletakkan kewajipan untuk tolakan kontingensi dibuat. Mahkamah ini ingin menegaskan bahawa kedudukan undang-undang mengenai perkara tersebut adalah tidak semestinya begitu dan ia adalah teletak atas budi bicara hakim bicara [rujuk: Seeni Ibrahim Naina Mohamed & Satu Lagi lwn. Mohd Fazli Sulaiman [2016] MLRHU 1272].
60
Akhir sekali, mengenai isu kaedah pembayaran kos Orthosis, Mahkamah ini mendapati HMS telah menggunakan kuasa budibicaranya apabila menetapkan daripada sejumlah RM2,425,800.00 tersebut, hanya sejumlah RM391,400.00 dibayar secara terus kepada syarikat pengeluar terus yang akan membekalkan alat orthotic ini (memandangkan Plaintif masih belum membelinya) dan selebihnya dibayar kepada Plaintif untuk kegunaan masa hadapan mengikut sebut harga yang telah ditetapkan. Dalam hal ini, Mahkamah ini tidak ada sebab untuk mengganggu rasional HMS yang memutuskan seperti berikut:- “23) Defendan berhujah bahawa kos ini jika dibenarkan, ia perlu dibayar secara terus kepada syarikat yang akan membekalkan alat orthotic ini. 24) Mahkamah tidak bersetuju dengan cadangan ini dan membuat dapatan bahawa ia adalah tidak praktikal. 25) Sebaliknya, Mahkamah membenarkan daripada jumlah tersebut, sejumlah RM391,400.00 bagi pembelian unit pertama (RM?,800.00 + RM380,000.00 + RM1,050.00 + RM2,550.00) dibayar kepada Syarikat Prosthesis pilihan Plaintif bagi tujuan kebajikan dan tujuan award diberikan. 26) Baki akan dibayar kepada Plaintif untuk kegunaan masa hadapan bagi tujuan maintanence/servis/tukar alat mengikut sebut harga yang telah ditetapkan. 27) lni kerana, jika keseluruhan wang gantirugi ini dibayar kepada pihak syarikat, peruntukan ini adalah untuk seumur hidup Plaintif (tempoh 30 tahun baki jangka hayat). 28) Syarikat akan mendapat keuntungan secara diam dari faedah wang gantirugi Plaintif sedangkan Plaintif sepatutnya diberikan ganjaran apa-apa manfaat dari wang yang diterima (faedah (interest), simpanan, fixed deposit dll). 29) Selain itu, apa yang akan berlaku jika Plaintif meninggal dunia sebelum tamat tempoh 30 tahun tersebut? Adakah pihak syarikat pengeluar akan memulangkan wang pampasan Plaintif? 30) Apa juga akan terjadi jika syarikat muflis atau sudah lagi tidak menjalankan bisnes? Banyak isu perlu dipertimbangkan dalam cadangan ini dan Mahkamah merasakan apa yang diperintahkan oleh Mahkamah adalah wajar. 31) Bagi memastikan niat pihak-pihak bagi award gantirugi ini iaitu memastikan Plaintif mendapat manfaat daripadanya, jumlah bagi pembelian unit pertama dan servIs alat bolehlah dibayar kepada syarikat pengeluar manakala bakinya hendaklah dibayar kepada Plaintif untuk manfaat sehingga 30 tahun akan datang mengikut keperluan.”
61
Oleh yang demikian, Mahkamah ini berpandangan kos Orthosis yang diawardkan oleh HMS adalah wajar setelah mengambil pertimbangan keseluruhan latar belakang kes termasuklah pandangan saksi-saksi pakar perubatan yang telah diterima oleh HMS dan tidak ada pula laporan pakar perubatan bertentangan (rebuttal) yang dikemukakan oleh Defendan-Defendan.
62
Sebagai rumusan isu kuantum, Mahkamah ini berpuashati bahawa Defendan-Defendan telah gagal tunjukkan di manakah kekhilafan HMS sama ada atas ujian secara jelasnya salah (plainly wrong test) atau anggaran penilaian kuantum ganti rugi yang salah (erroneous estimate of the damages) atau gagal mengambil pertimbangan perkara-perkara relevan atau telah tersilap mengambil pertimbangan perkara-perkara yang tidak relevan untuk melayakkan keputusan HMS dalam pemberian kuantum ganti rugi untuk kos Orthosis beliau diubah. Penutup
63
Berdasarkan alasan-alasan yang dikemukakan di atas, Mahkamah ini berpuashati untuk menolak rayuan Plaintif dalam kes No.36 dan rayuan Defendan Pertama dan Defendan Kes dalam kes masing-masing No. 37 dan No. 38 dengan kos rayuan-rayuan ini diperintahkan untuk ditanggung oleh pihak masing-masing. Bertarikh: 3hb Jun 2026 …………………………………………. (NOOR HISHAM BIN ISMAIL) Hakim Mahkamah Tinggi, Johor Bahru Peguam untuk Plaintif (Perayu kes No. 36): Tetuan G. Dorai & Co. No. 2, Jalan Union 4 58100 Sentul Kuala Lumpur Peguam untuk Defendan Pertama (Perayu kes No. 37) Tetuan V.M Kumaran & Co. No. 83-1, Jalan Mohd Akil 83000 Batu Pahat Johor Darul Takzim Peguam untuk Defendan Kedua (Perayu kes No. 38) Tetuan Sekar Gill & C Suren No. 507 & 507A Jalan Melaka Raya 12 Taman Melaka Raya 75000 Melaka
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.