pertuduhan tersebut. Dengan ini OKT dipanggil untuk membela diri terhadap pertuduhan-pertuduhan tersebut.” [9] Dari keputusan yang telah dibacakan kepada pihak-pihak tersebut, adalah jelas bahawa HMS terdahulu semasa memanggil pembelaan Perayu tidak menggunakan atau mengaktifkan anggapan dibawah Seksyen 23 (2) Akta SPRM 2009 terhadap Perayu. HMS berkenaan hanya memutuskan bahawa diakhir kes pendakwaan Pihak Pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Perayu bagi kesemua sembilan (9) pertuduhan yang dikenakan kepada Perayu. Ini bermakna HMS terdahulu telah memutuskan bahawa an actual credible evidence yang sejajar dengan maksud prima facie dalam Seksyen 173 (h) (iii) Kanun Tatacara Jenayah telah berjaya dibuktikan oleh Pendakwaan dipenutupan kes pendakwaan. Oleh yang demikian, tanggungjawab Perayu diperingkat pembelaan bagi mengelakkan sabitan dan seterusnya hukuman adalah untuk mengemukakan an evidentiary evidence yang boleh menimbulkan keraguan yang munasabah ke atas kes Pendakwaan. [10] Namun, saya mendapati HMS yang telah menyambung dengar kes ini diperingkat pembelaan (HMS ini hanya mendengar keterangan tiga (3) saksi sahaja iaitu SD4, SD5 dan SD6) telah membuat keputusan diakhir kes pembelaan yang dipetik seperti berikut: “Setelah Mahkamah ini meneliti keseluruhan keterangan saksi-saksi Pembelaan, Mahkamah mendapati pihak Pembelaan telah gagal mematahkan anggapan dibawah Seksyen 23 1 (c) Akta 694 atas imbangan kebarangkalian dan telah gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kebenaran atas Pendakwaan sebaliknya kes Pendakwaan telah pun dibuktikan melampaui keraguan yang munasabah. Oleh yang demikian tertuduh Pertama dan Kedua didapati bersalah dan disabitkan bagi kesemua pertuduhan dalam setiap kes yang dituduhkan masing-masing.” [11] Manakala di dalam alasan penghakiman HMS berkenaan di m/s 42-43 pula, HMS berkenaan telah menolak pembelaan Perayu secara umum sebagai satu fikiran terkemudian, penyataan kosong dan bersifat penafian semata-mata. HMS juga menyatakan bahawa beliau berpendapat bahawa pembelaan Perayu bukanlah pembelaan yang bermerit dan tidaklah terjumlah kepada penjelasan tidak bersalah yang boleh mematahkan anggapan s. 23 (1) (c) Akta 694 (saya percaya dan bertindak atas anggapan bahawa seksyen yang dimaksudkan oleh HMS berkenaan adalah s.23 (2) Akta 694 kerana Seksyen 23 (1) (c) Akta 694 tidak wujud didalam Akta berkenaan). [12] Dengan penyataan ini didalam penghakimannya, adalah jelas mencerminkan bahawa diakhir kes pembelaan, didalam pemikirannya, HMS berkenaan telah meletakkan satu penanda aras (threshold) kepada pembelaan untuk mengemukakan satu pembelaan yang mencapai tahap imbangan kebarangkalian, kerana inilah tahap pembuktian yang diperlukan didalam undang-undang bagi mematahkan (rebut) sesuatu anggapan statutori. Rujukan dibuat kepada kes Nagappan A/L Kuppusamy v. Public Prosecutor [1988] 2MLJ 53 yang menyatakan seperti berikut: How much evidence is to be adduced depends on the nature of the requirement. Where the burden is shifted to the defence by a statutory presumption, the test in R v. Carr Briant [1943] KB 607 and adopted in Public Prosecutor v. Yuvaraj [1969] 2 MLJ 89 would be on the balance of probabilities. [13] Seterusnya, atas dapatan bahawa pembelaan Perayu telah gagal mematahkan anggapan statutori berkenaan pada tahap imbangan kebarangkalian, maka HMS berkenaan telah mendapati dan memutuskan bahawa Pendakwaan telah berjaya membuktikan kes mereka melampaui sebarang keraguan yang munasabah dan seterusnya mensabitkan Perayu dengan kesalahan bagi kesemua pertuduhan yang dikenakan. [14] Adalah jelas bahawa HMS berkenaan telah terkhilaf dengan menyalaharahkan (misdirected) dirinya. Ini kerana berdasarkan rekod, anggapan statutori dibawah Seksyen 23 (2) Akta SPRM 2009 tidak pernah diaktifkan dan dengan itu, bukanlah asas bagi HMS terdahulu mencapai dapatan bahawa prima facie telah dibuktikan dan seterusnya memanggil pembelaan Perayu bagi kesemua pertuduhan. [15] Oleh yang demikian, dengan merujuk sekali kepada kes Mohd Yusri bin Mangsor & Anor v. Public Prosecutor (supra) terutamanya dibahagian (f) iaitu; “(f) the trial judge had so fundamentally misdirected himself that one may safely say that no reasonable court which had properly directed itself and asked the correct questions would have arrived at the same conclusion, then an appellate court will intervene to rectify that error so that injustice is not occasioned.…” [16] Persoalan yang timbul adakah salaharahan ini telah menyebabkan berlakunya ketidakadilan terhadap Perayu ? pada pendapat saya, jawapannya adalah ‘Ya’. Hal ini kerana Perayu sudah tentu telah diprejudiskan apabila ternyata pembelaan mereka telah dinilai oleh HMS yang mendengar kes ini diperingkat pembelaan dan seterusnya membuat keputusan diakhir perbicaraan dalam konteks sama ada pembelaan Perayu telah berjaya mematahkan anggapan s. 23 (2) Akta SPRM 2009 pada tahap imbangan kebarangkalian. Sedangkan, Perayu secara logiknya telah membentangkan pembelaan mereka selaras dengan keputusan HMS terdahulu ketika mana pembelaan Perayu dipanggil iaitu dengan mengemukakan keterangan yang boleh menimbulkan keraguan yang munasabah ke atas kes pendakwaan. Kedudukan undang-undang dalam isu ini adalah mantap. Telah digariskan dalam banyak otorit-otoriti duluan yang antaranya kes PP v Ho Sek Kong [2006] 5 CLJ: Chan Chewn Kong v PP [1962] MLJ 307, yang telah diputuskan seperti berikut: Although the burden of proof in a criminal trial lies throughout on the prosecution in bringing home a conclusion that it had proven its case beyond a reasonable doubt, the accused, if called upon to his defence bears the evidential burden of casting that doubt. [17] Mahkamah ini akur bahawa diperingkat rayuan, Mahkamah ini harus meneliti dan menilai semua keterangan secara keseluruhan dan sabitan Mahkamah Rendah masih boleh dikekalkan walaupun terdapat salah arahan/misdirection oleh Mahkamah bicara jika pada pendapat mahkamah rayuan terdapat keterangan yang luar biasa (overwhelming) memihak kepada pendakwaan dan tertuduh telah diberikan peluang untuk membentangkan pembelaan mereka dengan sewajarnya. [18] Walaupun benar Perayu dalam kes ini telah dberikan peluang untuk mengemukakan pembelaannya dengan sewajarnya, namun, pada hemat saya, ia tidak mencukupi dan tidak melenyapkan prejudis terhadap Perayu. Prinsip keadilan sejagat (natural justice) terutamanya apabila ia melibatkan kebebasan asasi individu yang dijamin dibawah Perlembagaan Persekutuan, menuntut selain diberikan peluang membela diri atas pertuduhan yang dikenakan, tertuduh-tertuduh juga perlu dijelaskan tentang pembelaan yang bagaimanakah perlu disediakan (what is expected of them) dan dibentangkan dihadapan tribunal yang membicarakan mereka. Dalam kata lain, Perayu juga harus tahu apakah tahap pembuktian yang diperlukan untuk dikemukakan dan apakah beban pembuktian yang perlu mereka lunaskan bagi mendapatkan pelepasan dan pembebasan daripada pertuduhan-pertuduhan yang dikenakan (to earn an acquittal). [19] Analogi dibuat dengan peruntukkan-peruntukkan seksyen 152-154 Kanun Tatacara jenayah (KTJ) berkait dengan pertuduhan (charge). Dimana adalah kehendak undang-undang agar setiap pertuduhan yang dirangka terhadap tertuduh perlulah jelas dan tepat semua butirannya seperti apakah kesalahan yang dipertuduhkan, tarikh, masa dan tempat kejadian dimana kesalahan tersebut dikatakan telah dilakukan dan sebagainya. Ini tidak lain adalah bertujuan agar tertuduh tahu apakah pertuduhan yang sedang dihadapinya dan dengar pengetahuan tersebut tertuduh boleh menyediakan pembelaannya dengan sewajarnya. Manakala, kegagalan mematuhi peruntukan-peruntukan ini adalah dianggap material dan mencacatkan pertuduhan tersebut sekiranya ia telah menyebabkan tertuduh disalah arah (mislead) (seksyen 156 KTJ dirujuk). [20] Pada hemat Mahkamah ini, perkara yang sama juga adalah terpakai apabila pembelaan tertuduh dipanggil bagi kesalahan yang ada tersedia peruntukkan anggapan undang-undang secara statutori seperti pertuduhan yang sedang Perayu ini hadapi. Perayu perlu tahu adakah pembelaannya dipanggil kerana Mahkamah mendapati fakta mengenainya telah terbukti melalui keterangan atau pun kerana kewujudan fakta tersebut telah dibuktikan dengan pengaktifan anggapan statutori mengenainya. Hanya dengan mengetahui perkara ini sahaja, maka tertuduh akan tahu apakah beban pembuktian dan tahap probatif keterangan yang perlu mereka kemukakan dalam pembelaan mereka. [21] Perbezaan tahap/beban pembuktian dalam pembelaan bila mana anggapan statutori diaktifkan telah dijelaskan oleh Augustine Paul J dalam kes PP v. Chia Leong Foo [2000] 4 CLJ 649 yang dipetik seperti berikut: “It must first be observed that reliance on the presumption provisions where there is available evidence of the facts to be presumed will be unfavourable to the accused. This is because where the court relies on a statutory provision relating to a presumption of law like the presumption provisions it is bound to take the fact as proved until evidence to the contrary is given, on a balance of probabilities, to disprove it (see PP v Yuvaraj [1969] 2 MLJ 69; Nagappan Kuppusamy v PP [1988] 2 MLJ 53). This results in a legal burden being imposed on an accused person though it is not illegal. Failure to discharge the burden, even where a reasonable doubt as to guilt exists, will be followed by conviction (see State v Mello & Anor [1999] 1 LRC 215). However, if the court had acted on the available evidence in proof of the relevant ingredients without resorting to presumptions there is only an evidential burden on an accused person to raise a reasonable doubt.” (penekanan ditambah). [22] Berkait dengan isu ini, Pihak Pendakwaan telah menghujahkan yang dipetik seperti berikut: “Pihak Responden menghujahkan bahawa sabitan yang dikenakan kepada Perayu-Perayu adalah selamat. Hal ini adalah kerana, semasa diperingkat pendakwaan, apabila hakim memutuskan bahawa satu prima facie telah dibuktikan, tanpa memutuskan anggapan digunakan, ini menunjukkan keterangan yang telah dikemukakan oleh pihak pendakwaan telah melampaui keraguan munasabah tanpa perlu Mahkamah menggunakan anggapan untuk memanggil Perayu-perayu membela diri dan apabila diakhir kes pembelaan, apabila HMS menyatakan terdapat keterangan dan anggapan terpakai, adakah perkara ini memprejudiskan Perayu-perayu ? Tidak. Hal ini adalah kerana, semasa diperingkat pendakwaan, Mahkamah tidak menggunapakai anggapan, kerana keseluruhan keterangan kes memadai untuk satu prima facie dibuktikan. Apabila Perayu-perayu memberi keterangan, Mahkamah memutuskan Perayu-perayu gagal mematahkan anggapan. Mahkamah telah memberi ruang kepada Perayu-perayu untuk membela diri dan memanggil saksi-saksi pembelaan, Jadi diperingkat ini, Pihak Pendakwaan memutuskan Mahkamah semasa menjatuhkan sabitan terhadap Perayu-perayu setelah mendengar keseluruhan keterangan.” [23] Dengan segala hormat kepada Puan Timbalan Pendakwa Raya yang terpelajar, Mahkamah ini tidak dapat bersetuju dengan hujahan Puan TPR bahawa Perayu tidak diprejudiskan walaupun pembelaannya dinilai oleh HMS dengan neraca atas ‘imbangan kebarangkalian’ sedangkan HMS terdahulu ketika memanggil pembelaan Perayu tidak bergantung kepada anggapan statutori yang perlu disangkal (rebut) pada tahap atas imbangan kebarangkalian oleh Perayu. [24] Di dalam alasan penghakiman HMS berkenaan adalah jelas bahawa HMS berkenaan telah menyimbulkan bahawa pembelaan Perayu tidaklah terjumlah kepada penjelasan tidak bersalah yang boleh mematahkan anggapan s. 23 (2) Akta SPRM 2009. Secara spesifik dan sebagai contoh, bahagian alasan penghakiman HMS berkenaan dipetik seperti berikut: “Mahkamah ini dengan rendah diri juga berpendapat pembelaan seperti ini oleh OKT1 dan OKT2 bukanlah pembelaan yang bermerit dan tidaklah terjumlah kepada penjelasan tidak bersalah yang boleh mematahkan anggapan dibawah s. 23 (1) (c) Akta 694, sebaliknya telah menguatkan lagi kes pendakwaan. Ini kerana dalam hal keadaan tersebut OKT1 ada pilihan yang masih terbuka untuk memilih pembekal yang bukan ada tali persaudaraan dengannya atau mengistiharkan kepentingan Syarikat MK Urusniaga Sdn Bhd dan OKT 1 gagal berbuat demikian.” [25] Adalah jelas bahawa HMS berkenaan mengharapkan satu pembelaan pada tahap atas imbangan kebarangkalian dari Perayu. Walhal, jika beban yang diletakkan hanya pada tahap untuk menimbukan keraguan yang munasabah, adalah berkemungkinan HMS berkenaan akan membuat dapatan yang sebaliknya dengan mengambil kira bahawa pada kesemua masa yang material, pihak USM tidak ada sebarang garis panduan yang memerlukan pengisytiharan kepentingan dalam proses pembelian. Eksibit D44 jelas menunjukkan bahawa USM telah melaksanakan intergrity pact yang mewajibkan pengisytiharan kepentingan berkenaan hanya pada 15 Julai 2014, iaitu selepas semua tarikh-tarikh pertuduhan yang dikenakan terhadap Perayu. [26] Begitu juga dengan bahagian penghakiman HMS yang dipetik seperti berikut: “…Dalam erti kata lain dari keterangan SD4 adalah jelas bahawa OKT1 tidak ada kuasa meluluskan P1 sehingga P9 melainkan hanya oleh Dekan Pelantar Penyelidikan Transformasi Sosial USM iaitu Prof. Dr. Osman Mohamad yang boleh meluluskan P1 sehingga P9. Melalui SD4 ini, eksibit-eksibit ID D 86, ID D 87 dan ID D 88 telah dikemukakan untuk menyokong keterangannya. Berkenaan keterangan SD4 ini, Mahkamah ragu-ragu berkenaan SD 4 sebagai saksi pembelaan sama ada SD4 dengan status dan kapasitinya berkeupayaan memberikan keterangan berkenaan perjalanan urusan kewangan di STRC dan prosedur kewangan di Pejabat Bendahari USM. Ini adalah kerana SD4 tidak kemukakan pengenalan dan tidak ada saksi lain yang dapat mengesahkan bahawa dia adalah Pegawai Sains Gred C41 yang bertugas di Pelantar Penyelidikan Transformasi Sosial (PTS) di Universiti Sains Malaysia dari tahun 2011 sehingga 2013 yang mempunyai kaitan dengan STRC tempat di mana OKT1 ditugaskan.” [27] Pada hemat Mahkamah ini, jika kes ini dibicarakan dihadapan HMS yang lain yang tidak terkhilaf atau sekiranya pun dihadapan HMS ini sendiri dengan mengaplikasikan beban pembuktian yang betul ke atas pembelaan, kemungkinan untuk perbicaraan ini berakhir dengan perintah pelepasan dan pembebasan terhadap Perayu adalah tidak mustahil. Ini kerana dengan garis panduan yang diberikan oleh kes Mat lwn PP [1963] 1 MLJ 263, perintah pelepasan dan pelepasan masih perlu dibuat di akhir kes pembelaan walaupun hakim bicara tidak mempercayai atau ragu-ragu dengan penjelasan yang diberikan oleh tertuduh apabila penjelasan tersebut telah menimbulkan keraguan difikirannya mengenai kebersalahan tertuduh. [28] Sekadar melengkapkan penghakiman ini, kes tersohor Mat v PP ini diperturunkan lagi untuk sekian kalinya dimana Sufian J (pada ketika itu) telah menjelaskan tanggungjawab Mahkamah dalam pemakaian prinsip pembuktian kes melampaui keraguan munasabah oleh pendakwaan seperti berikut:- "I agree with Inche Christie, counsel for the appellant, that the learned Magistrate has seriously misdirected himself as to the meaning of the burden of proof by the accused in cases where it is necessary for him to rebut the prosecution case against him. The correct law for Magistrates to apply is as follows. If you accept the explanation given by or on behalf of the accused, you must of course acquit. But this does not entitle you to convict if you do not believe that explanation, for he is still entitled to an acquittal if it raises in your mind a reasonable doubt as to his guilt, as the onus of proving his guilt lies throughout on the prosecution. If upon the whole evidence you are left in a real state of doubt, the prosecution has failed to satisfy the onus of proof which lies upon it. The position may be conveniently stated as follows:- a) If you are satisfied beyond reasonable doubt as to the accused's guilt. Convict. b) If you accept or believe the accused's explanation. Acquit. c) If you do not accept or believe the accused's explanation. Do not convict but consider the next steps below. d) If you do not accept or believe the accused's explanation and that explanation does not raise in your mind a reasonable doubt as to his guilt. Convict. e) If you do not accept or believe the accused's explanation but nevertheless it raises in your mind a reasonable doubt as to his guilt. Acquit.” [29] Manakala dalam kes yang lebih terkini iaitu kes Mahkamah Persekutuan Tunde Apatira & Ors v. PP [2001] 1 CLJ 381, telah diputuskan seperti berikut: “So it comes to this. As a general rule this court will, in the normal course of events, quash a conviction where there has been a misdirection. Exceptionally, a conviction will be upheld despite a misdirection where this court is satisfied that a reasonable tribunal would have convicted the accused on the available evidence on a proper direction”. [30] Seperti yang telah dinyatakan, adalah menjadi dapatan saya bahawa sekiranya tidak berlaku kekhilafan iaitu salah arahan mengenai beban pembuktian diakhir kes pembelaan tersebut, adalah berkemungkinan dan tidak mustahil dengan keterangan yang ada di hadapan HMS tersebut, akan diputuskan bahawa diakhir kes pembelaan, Perayu telah berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah ke atas kes pendakwaan dan dengan itu pendakwaan gagal membuktikan kesemua pertuduhan yang dikenakan melampaui sebarang keraguan yang munasabah. [31] Walaupun bersifat spekulatif, namun, saya berpendapat adalah wajar juga untuk diutarakan bahawa didalam kes ini Perayu juga berkemungkinan telah terlepas peluang untuk mengemukakan pembelaan yang lebih kukuh iaitu yang mencapai tahap imbangan kebarangkalian kerana telah dengan sahnya didorong untuk mempercayai (lead to believe) bahawa beban ke atasnya hanyalah pada tahap untuk menimbulkan keraguan yang munasabah sahaja ke atas kes pendakwaan. [32] Dalam alasan penghakiman HMS yang terpelajar telah dinyatakan yang dipetik seperti berikut: “SD3 telah menjelaskan kepada mahkamah ini melalui keterangan bersumpah di dalam penyataan saksinya (PSD 3) alasan SCOMM memilih Syarikat MK Urusniaga Sdn Bhd sebagai pembekal……menurut SD3 yang menguruskan kerja-kerja pembelian barang-barang yang diperlukan untuk SCOMM telah mencadangkan Syarikat MK Urusniaga Sdn Bhd sebagai pembekal kerana harga yang ditawarkan adalah murah dan kompetitif.