Content
DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI REMBAU DALAM NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS, MALAYSIA KES JENAYAH NO: NF-83D-145-05/2025 ANTARA PENDAKWA RAYA LAWAN MUSTAFIZUR HASHEMI BIN MUSTAFFA KAMAL ALASAN PENGHAKIMAN PENGENALAN [1] Ini adalah rayuan pihak tertuduh (selepas ini dirujuk sebagai OKT) terhadap hukuman yang diberikan ke atas pengakuan salah OKT. OKT dituduh melakukan kesalahan untuk dua pertuduhan menurut peruntukan Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan juga Seksyen 12 (2) akta yang sama. Pertuduhan – pertuduhan ke atas OKT (selepas ini dirujuk sebagai “pertuduhan – pertuduhan tersebut”) adalah; Bahawa kamu pada 24/02/2025 jam lebih kurang 2100 hrs, di hadapan kedai makan Adam Belut di tepi jalan Pekan Chengkau 71300 Rembau Negeri Sembilan, di dalam daerah Rembau, Negeri Sembilan, telah didapati dalam milikan kamu dadah berbahaya iaitu 13.11 Gram yang mengandungi “Methamphetamin”. Dengan itu, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum dibawah seksyen 39A (1) akta yang sama. S/N 1LXEazl8kqhTsDcqR5Gkw Bahawa kamu pada 24/02/2025, jam lebih kurang 2100 hrs, di hadapan kedai makan Adam Belut di tepi jalan Pekan Chengkau 71300 Rembau Negeri Sembilan, di dalam daerah Rembau, Negeri Sembilan, telah didapati dalam milikan kamu dadah berbahaya iaitu 0.31 Gram yang mengandungi “Heroin” dan “Monoacetylmorphines”. Dengan itu, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 [Akta 234] yang boleh dihukum dibawah seksyen 12 (3) akta yang sama. KES PENDAKWAAN [2] OKT telah dihadapkan di Mahkamah Majistret Rembau pada 29.5.2025 tanpa diwakili peguam, yang mana sebelum ini OKT dipertuduhkan di Mahkamah Sesyen Kuala Pilah bagi pertuduhan dibawah seksyen 39 A (2) akta yang sama. Setelah laporan kimia diterima, kes telah dipindahkan ke Mahkamah Majistret Rembau. Kedua-dua pertuduhan telah dibacakan dan diterangkan dan difahamkan kepada OKT dalam Bahasa Melayu. OKT faham kepada kedua-dua pertuduhan dan seterusnya mengaku salah kepada kedua-dua pertuduhan tersebut. [3] Mahkamah seterusnya menerangkan kepada OKT sifat dan akibat kepada pengakuan salah menurut Seksyen Seksyen 39A (1) dan Seksyen Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952, iaitu BAGI PERTUDUHAN PERTAMA Penjara tidak kurang daripada dua tahun tetapi tidak lebih daripada lima tahun dan ia juga akan dikenakan hukuman sebat tidak kurang daripada tiga sebatan tetapi tidak lebih daripada sembilan sebatan. S/N 1LXEazl8kqhTsDcqR5Gkw BAGI PERTUDUHAN KEDUA Jika disabitkan hendaklah di denda tidak lebih daripada satu ratus ribu ringgit atau dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak lebih daripada lima tahun atau kedua-duanya sekali. [4] Seterusnya OKT masih mengaku salah terhadap kedua-dua pertuduhan keatasnya dan faham sifat dan akibat daripada pengakuan salah tersebut, pihak pendakwaan telah mengemukakan Fakta Kes yang ditandakan sebagai eksibit P1 seperti berikut; Fakta Kes Pihak Pendakwaan (P1) Pada 24/02/2025 jam lebih kurang 2100 hrs, pihak polis telah membuat pemerhatian lebih kurang 10 minit di hadapan Kedai Makan Adam Belut di tepi jalan Pekan Chengkau 71300 Rembau Negeri Sembilan. Pengadu dapat melihat (1) m/kar jenis Perodua Bezza nombor pendaftaran VME 2677 berwarna silver sedang berhenti di bahu jalan. Kemudian, pengadu bersama anggota serbuan telah menghampiri m/kar jenis Perodua Bezza nombor pendaftaran VME 2677 berwarna silver tersebut, dan tiba-tiba m/kar jenis Perodua Bezza tersebut bertindak mengundurkan kenderaan dengan laju lalu melanggar bahagian hadapan sebelah kanan m/kar Proton Waja pasukan berwarna silver no. Pendaftaran PFE 1232 yang berada di belakang m/kar Perodua Bezza tersebut dan telah diseret menyebabkan kerosakan kemek di bahagian fender hadapan sebelah kanan, kemek di bahagian pintu hadapan dan pintu belakang sebelah kanan kemudian kereta Bezza tersebut terus melanggar (1) m/kar jenis Proton Saga Aerobek no. pendaftaran MAP 4421 berwarna hijau dan menyebabkan kereta Proton Saga Aerobek melanggar m/kar jenis Proton Persona no. pendaftaran JMG 6957 berwarna kelabu gelap yang sedang parker di bahu jalan hadapan Kedai Makan Adam Belut tersebut. S/N 1LXEazl8kqhTsDcqR5Gkw Semasa proses menahan m/kar Perodua Bezza tersebut, pengadu telah mengarahkan supaya suspek berhentikan kenderaan dan membuka pintu atau tingkap namun suspek enggan memberi kerjasama namun m/kar Perodua Bezza tersebut tetap cuba untuk mengundurkan kenderaan walaupun telah tersekat antara beberapa m/kar. Kemudian pengadu telah memecahkan cermin hadapan bahagian pemandu m/kar tersebut dan mematikan enjin kereta seterusnya pengadu terus memperkenalkan diri sebagai pegawai kanan polis dengan menunjukkan kad kuasa PDRM serta menerangkan tujuan kedatangan kepada suspek B1 (1) lelaki Melayu, pemandu dan suspek B2 (1) Perempuan Melayu, penumpang hadapan. Kedua-dua suspek kelihatan cemas dan gelisah. Kemudian, pengadu telah arahkan kedua-dua suspek keluar dari m/kar untuk diperiksa. Pengadu telah melakukan pemeriksaan dalam m/kar jenis Perodua Bezza nombor pendaftaran VME 2677 berwarna silver tersebut, hasil pemeriksaan telah menjumpai : -(1) beg pinggang berwarna hijau di bahagian tengah brek tangan dan di dalamnya terdapat -(1) plastik lutsinar yang mengandungi (7) peket plastik lutsinar yang mengandungi serbuk-serbuk berwarna putih kotor disyaki dadah jenis Heroin (A/B: 11.00 Gram), -(1) peket plastik lutsinar yang diikat dengan getah berwarna kuning di dalamnya terdapat (3) peket plastik lutsinar yang dililit dengan getah berwarna kuning yang berisi ketulan-ketulan berbentuk kristal disyaki dadah jenis Syabu (A/B: 15.10 Gram), -(1) peket plastik lutsinar yang diikat dengan getah berwarna kuning di dalamnya terdapat (3) peket plastik lutsinar yang dililit dengan getah berwarna kuning yang berisi ketulan-ketulan berbentuk kristal disyaki dadah jenis Syabu (A/B: 4.10 Gram), -(1) peket plastik lutsinar di dalamnya mengandungi (6) peket plastik lutsinar yang dililit dengan getah berwarna kuning yang berisi ketulan-ketulan berbentuk kristal disyaki dadah jenis Syabu (A/B: 5.86 Gram), -(1) peket plastik lutsinar di dalamnya terdapat bungkusan kertas tisu berwarna putih yang diikat dengan getah berwarna kuning dan mengandungi (5) peket plastik lutsinar yang berisi ketulan-ketulan berbentuk kristal disyaki dadah jenis Syabu (A/B: 5.23 Gram). S/N 1LXEazl8kqhTsDcqR5Gkw Turut dijumpai didalam beg pinggang berwarna hijau tersebut (1) kad pengenalan Malaysia atas penama : Mustafizur Hashemi Bin Mustaffa Kamal, No.KP: 921005-01- 5591, Alamat: Kampung Sawah Ban Tali Air 6 45400 Sekinchan Selangor dan (1) kad tertera tulisan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan atas penama (L) Mustafizur Hashemi Bin Mustaffa Kamal 921005-01-5591, nama (P) Suhaida Binti Sudin 920526-03-6000 Tarikh Akad Nikah : 21 Februari 2025. Kedua-dua OKT ditahan dan barang kes dihantar untuk Analisa. Barang kes dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia bagi tujuan Analisa. Hasil analisa mendapati barang kes mengandungi : a)