The parties have had an opportunity of being heard on the question of law. 4) Walaubagaimana pun, sekiranya pihak-pihak tidak dapat bersetuju kepada sesuatu fakta yang material, Mahkamah masih mempunyai budi bicara untuk membenarkan permohonan A.14A ini sekiranya Mahkamah setelah meneliti kepada pliding dan affidavit pihak-pihak telah berpuas hati dan boleh membuat dapatan bahawa fakta material tersebut bukanlah sesuatu yang sememangnya menjadi pertikaian. 5) Di dalam kes “Linear Consulting Sdn Bhd v. Coneff Corporation Sdn Bhd [2023] CLJU 2371” dinyatakan bahawa: “[9] Order 14A Rules of Court 2012 can be used if there is no dispute by the parties as to the relevant facts. If parties can't agree on the relevant facts, the court can still allow an Order 14A Rules of Court 2012 application if the court having scrutinise the pleadings and affidavits conclude that the material facts are really not in dispute.” 6) Mahkamah ini juga mengambil panduan daripada kes “K S Lee Energy LLP v. Toyo Ink Group Berhad [2023] CLJU 1978” yang menyatakan: “[15] Order 14A is a two-stage proceeding in the sense that once a party files an Order 14A application the court firstly, at stage 1 determines whether the proposed question is suitable for disposal under Order 14A, and if the answer is affirmative then proceeds to stage 2 to answer the question and make orders consequential to the outcome of the determination.” 7) Di dalam tindakan di hadapan Mahkamah ini pada hari ini, Plaintif telah memfailkan permohonan di bawah A.14A bagi memohon Mahkamah ini memutuskan perkara undang-undang dan fakta sepertimana dinyatakan di perenggan (1) di atas. B) FAKTA RINGKAS PIHAK-PIHAK 8) Secara ringkas, pihak Plaintif menyatakan bahawa Defendan telah mengeluarkan Surat Setujuterima Tender (SST) bertarikh 2 Mac 2015 dan telah diakui terima oleh Plaintif untuk satu projek mengubahsuai dan menaiktaraf termasuk kerja-kerja mekanikal dan elektrikal (selepas ini disebut sebagai projek tersebut) di salah satu bangunan di bawah seliaan pihak Defendan. 9) Pihak-pihak telah memasuki Perjanjian bertarikh 19 Ogos 2015 dengan memasukkan terma-terma material sepertimana dinyatakan di dalam SST tersebut. Di dalam SST dan Perjanjian tersebut, antara terma yang dinyatakan ialah tempoh projek adalah selama 6 bulan mulai 17 Mac 2015 sehingga 17 September 2015 dan amaun kontrak adalah bernilai RM 1,748,000.00 sahaja. 10) Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 (Akta GST) telah mula berkuatkuasa mulai 1 April 2015, iaitu setelah SST disetuju terima oleh Plaintif dan sebelum Perjanjian dimeterai oleh pihak-pihak. Plaintif menyatakan bahawa memandangkan Akta GST mula berkuat kuasa setelah SST disetuju terima, maka amaun GST adalah tidak termasuk jumlah amaun kontrak dipersetujui pihak-pihak. Oleh itu, Plaintif menuntut balik (reimburse) bayaran cukai GST yang telah dibayar kepada Kerajaan daripada pihak Defendan. 11) Namun demikian, Defendan pula menafikan perkara terbabit dan berpandangan bahawa nilai kontrak adalah termasuk sekali dengan nilai GST memandangkan jumlah nilai kontrak dipersetujui adalah sama nilainya semasa SST disetuju terima (iaitu sebelum GST dikuatkuasakan) dan setelah Perjanjian dimeterai (iaitu setelah Akta GST berkuatkuasa). Defendan juga menyatakan tiada sebarang terma yang dipersetujui berkaitan bayaran balik amaun GST di dalam Perjanjian tersebut. C) ANALISIS DAN DAPATAN MAHKAMAH Peringkat Pertama: Adakah Sesuai Persoalan Plaintif Dilupuskan Melalui Permohonan Di Bawah A.14A 12) Di dalam tindakan di hadapan Mahkamah ini, Mahkamah ini setelah meneliti kepada keseluruhan pliding dan affidavit pihak-pihak mendapati persoalan undang-undang dan penafsiran yang dikemukakan oleh Plaintif adalah wajar dan sesuai untuk diputuskan secara Aturan 14A oleh Mahkamah ini. 13) Ini adalah kerana isu utama adalah berkaitan sama ada amaun GST adalah termasuk di dalam nilai kontrak ataupun tidak dan boleh dituntut kembali oleh Plaintif terhadap Defendan. Pertikaian ini boleh diputuskan dengan melihat dan meneliti kepada ketiga-tiga dokumen sandaran di dalam tindakan ini iaitu Surat Setujuterima Tender (SST) bertarikh 2 Mac 2015, Perjanjian bertarikh 19 Ogos 2015 dan Akta GST 2014 tersebut. 14) Walaupun di dalam tindakan ini terdapat sedikit pertikaian fakta oleh pihak-pihak, namun Mahkamah ini berpandangan bahawa fakta dipertikaikan tersebut bukanlah suatu fakta yang sepatutnya menjadi pertikaian. Mahkamah ini berpegang kepada prinsip sepertimana di gariskan di dalam kes Linear Consulting Sdn Bhd v. Coneff Corporation Sdn Bhd (supra). 15) Dalam hal ini, Plaintif menyatakan telah membuat bayaran amaun GST kepada Kerajaan untuk sejumlah RM 93,479.54 bagi pihak Defendan dan Plaintif hanyalah bertindak sebagai “Collecting Agent” sahaja kepada Defendan. Plaintif mengeksibitkan eksibit “A-3” di dalam affidavit sokongan Plaintif untuk menyokong dakwaan bahawa jumlah cukai GST tersebut telah dibayar oleh Plaintif kepada pihak Kerajaan. 16) Namun, Defendan mempertikaikan fakta tersebut dan menuntut Plaintif membuktikan perkara tesebut. Ini kerana Defendan berpandangan eksibit “A- 3” tersebut tidak membuktikan atau menunjukkan sebarang bayaran dibuat kepada pihak Kerajaan. 17) Secara alternatif juga, Defendan menyatakan bahawa sekiranya pembayaran amaun tersebut ada dibuat oleh Plaintif, pembayaran tersebut dibuat oleh Plaintif secara khilaf, atas kehendaknya sendiri dan tanpa persetujuan dan pengetahuan Defendan. 18) Pada hemat Mahkamah, pertikaian fakta di atas bukanlah sesuatu yang material. Ini kerana Mahkamah ini telah membuat rujukan kepada eksibit “A-5” yang dieksibitkan oleh Plaintif didalam affidavit sokongannya yang menunjukkan terdapat satu surat makluman daripada pihak Defendan kepada Plaintif bertarikh 11 September 2017 bertajuk “Bayaran GST Bagi Syarikat Mutu Bersama Sdn. Bhd.”. 19) Di dalam surat rasmi tersebut hanya menyatakan bahawa invois bercukai pihak Plaintif adalah termasuk GST dan tiada sebarang penafian langsung berkaitan jumlah pembayaran amaun GST yang telah dilakukan oleh pihak Plaintif walaupun setelah semakan dibuat dengan Bahagian Pengurusan Akaun Amanah dan Percukaian, Jabatan Bendahari, Universiti Malaya dan pihak yang berkaitan mengenai dakwaan bayaran amaun GST oleh Plaintif tersebut. 20) Oleh itu, pada hemat Mahkamah, permohonan Plaintif ini adalah wajar dan sesuai untuk diputuskan secara Aturan 14A oleh Mahkamah ini. Peringkat Kedua: Apakah Dapatan Mahkamah Berkaitan Persoalan Plaintif Di Bawah A.14A 21) Di dalam tindakan ini, Plaintif telah bersetuju dengan syarat-syarat yang dinyatakan di dalam Surat Setujuterima Tender (SST) bertarikh 2 Mac 2015 yang dikemukakan oleh pihak Defendan. Antara syarat material yang dinyatakan di dalam dokumen SST tersebut ialah: i) Amaun kontrak projek ialah berjumlah RM 1,748,000.00. ii) SST merupakan dokumen kontrak yang mengikat pihak-pihak sehinggalah perjanjian utama dimeterai antara pihak-pihak; iii) Tarikh memiliki tapak Projek ialah bermula 17 Mac 2015 dan projek perlu disiapkan pada 17 September 2015. 22) Rujukan kepada perenggan tiga (3) kepada dokumen SST tersebut ada menyatakan perkara bahawa pihak Defendan selaras klausa 26.2 Syarat-Syarat Kontrak telah membuat pelarasan harga dan kadar harga dalam Jadual Kadar Harga dimana dinyatakan bahawa harga kontrak (walaupun selepas pelarasan Jadual Kadar Harga) adalah kekal dan tidak berubah. 23) Surat Setujuterima Tender (SST) bertarikh 2 Mac 2015 dengan jelas menyatakan bahawa Plaintif adalah dikehendaki untuk memulakan kerja dalam masa dua (2) minggu dari tarikh memiliki tapak projek (iaitu bermula pada 17 Mac 2015 dan berakhir pada 31 Mac 2015 iaitu sehari sebelum pelaksanaan GST bermula pada 1 April 2015). Sekiranya gagal akan mengakibatkan pengambilan kerja oleh Plaintif ditamatkan. 24) Pada hemat Mahkamah, hebahan secara berleluasa berkaitan konsep dan tarikh pelaksanaan GST telah dibuat secara berterusan oleh pihak Kerajaan untuk beberapa tempoh yang panjang sebelum tarikh bermulanya pelaksanaan GST ini iaitu pada 1 April 2015. 25) Ini membawa maksud Plaintif sepatutnya sedar dan tahu bahawa nilai dan skop kontrak kerja yang diperolehinya daripada Defendan melalui dokumen SST tersebut pastinya akan ada implikasi kewangan dan kesan undang-undang yang berbangkit susulan pelaksanaan GST pada 1 April 2015 tersebut. 26) Plaintif sepatutnya telah membangkitkan hal dan perkara berkaitan isu GST ini kepada perhatian pihak Defendan bagi memohon pengesahan serta klarifikasi pada peringkat awal sebelum memulakan dan meneruskan dengan kerja-kerja di tapak projek. 27) Seterusnya, Perjanjian utama telah dimeterai di antara pihak-pihak pada 19 Ogos 2015 iaitu selepas pelaksanaan cukai GST oleh pihak Kerajaan. Rujukan Mahkamah kepada klausa 26.3 Basis Of Contract Sum kepada Perjanjian tersebut ada menyatakan bahawa: “Any adjustment of the prices and/or rates in the Bill of Quantities required under clause 26.2 and any arithmetical error or omission in the prices or rates and/or calculations of the Contractor in the Bills of Quantities shall before signing of this Contract be so rectified and adjusted that when correctly calculated, the total amount in the Summary of the Bills of Quantities shall represent the same amount as the tender amount in the Form of Tender.” 28) Selanjutnya, rujukan kepada klausa 7.0 Perjanjian mendapati harga kontrak masih kekal dan tidak berubah iaitu RM 1,748,000.00. Semakan Mahkamah juga mendapati tiada sebarang bukti dikemukakan oleh pihak Plaintif yang ada memohon atau membangkitkan sebarang kesedaran supaya pelarasan harga kontrak ataupun pelarasan harga dan kadar harga dapat dibuat dengan memasukkan juga perkara berkaitan harga cukai di bawah GST. 29) Rujukan kepada klausa 21.2 Perjanjian dimana dinyatakan: “If after the Date of Tender (as specified in Appendix) there is any change or amendment in any written law, regulations and by-laws which necessitates any variation to the Works, the Contractor shall, before making such variation, give the S.O a written notice specifying and giving the reason for such variation and apply for the S.O’s instruction in respect of the matter.” 30) Di dalam klausa 24.0 Variations menyatakan perihal bahawa Superintending Officer (S.O) boleh membuat perintah Variation yang melibatkan perubahan dan pindaan kepada skop kerja, kuantiti dan kualiti kerja yang akan menjejaskan Amaun Kontrak (Contract Sum) termasuklah penambahan, pengurangan (omission) atau penggantian sesuatu kerja. 31) Dalam hal ini, sekiranya Plaintif berpendirian bahawa skop bayaran GST adalah tidak termasuk bersekali dengan amaun kontrak disebabkan tender dipersetujui sebelum pelaksanaan cukai GST, maka Plaintif seharusnya membangkitkan perkara itu secara notis bertulis sepertimana dikehendaki di bawah klausa 21.2 di atas kepada pihak Defendan untuk pihak Defendan mempertimbangkan semula berkaitan skop kerja dengan mengambil kira juga perkara berkaitan kewajipan bayaran GST oleh pihak yang sepatutnya. 32) Sekiranya perubahan Variations tersebut melibatkan kepada penambahan kepada nilai amaun kontrak yang ditetapkan (khususnya berkaitan penambahan bayaran cukai GST), maka S.O perlulah mendapatkan persetujuan daripada pihak Kerajaan yang berkaitan sebelum perubahan tersebut diluluskan. Keperluan ini ada dinyatakan di dalam klausa 4.1(a) Perjanjian iaitu: “a) the power of the S.O to issue Instruction requiring a variation under clause 24 shall be subject to the financial limits as set out in Appendix 1 hereto. If the Instruction for a variation under clause 24 is more than the financial limits as set out in the Appendix 1, the S.O shall obtain the prior approval of the relevant authorities of the Government;” 33) Penelitian Mahkamah mendapati Perjanjian ini dimasuki pada 19 Ogos 2015 dimana tarikh perjanjian ini adalah masih di dalam tempoh pelaksanaan projek yang perlu disempurnakan pada 17 September 2015. Pada hemat Mahkamah, pihak Plaintif mempunyai masa dan ruang yang mencukupi dari tarikh permulaan pelaksanaan GST iaitu pada 1 April 2015 sehingga tarikh perjanjian dimeterai dan sebelum projek disempurnakan untuk perkara dan isu berkaitan liability bayaran cukai GST ini dibawa kepada perhatian pihak Defendan, dan bukannya berdiam diri dan “sleep over it’s right”. 34) Selanjutnya, pihak Defendan di dalam tindakan ini telah merujuk kepada satu penghakiman Mahkamah Rayuan di dalam kes “Mandarin Pavilion Sdn Bhd v. Chang Vui Lun & Anor [2019] 2 CLJ 22” yang telah memutuskan perkara berkaitan isu GST. 35) Di dalam kes berkenaan, Mahkamah Rayuan telah memutuskan bahawa seksyen 9(3) Akta GST tidak memperuntukkan agar pembekal menuntut bayaran balik GST yang dibayar daripada pengguna. Dalam perundangan cukai, apa-apa pengenaan cukai atas siapa-siapa hendaklah diperuntukkan secara jelas dan tiada ekuiti dalam jurisprudens cukai. Bersandarkan kepada penghakiman ini, Defendan berhujah bahawa Plaintif tiada hak untuk menuntut kembali bayaran GST daripada Defendan. 36) Namun demikian, Plaintif di dalam hujahan balasnya pula menyatakan bahawa penghakiman Mahkamah Rayuan tersebut telah diakas oleh Mahkamah Persekutuan. Fakta tersebut direkodkan dan dinyatakan di dalam penghakiman Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu di dalam kes “Cham Yit Kiong & Anor v. Mandarin Pavilion Sdn Bhd [2021] CLJU 958” dimana dinyatakan bahawa Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa: “The Federal Court also declared that pursuant to section 188(1), section 9(2), section 33(1) of the Goods and Services Tax Act 2014 and regulation 22 of the Goods and Services Tax Regulations 2014, the Defendant (the Appellant therein) was entitled to charge and demand from the Respondents therein any sum for Goods and Services Tax payable on the proportion of the supply (i.e. the Property) under the sale and purchase Agreement in that case attributed to that part of the period on or after 1.4.2015.” 37) Mahkamah mengambil maklum kedudukan undang-undang yang dinyatakan oleh pihak-pihak. Namun, Mahkamah ini, dengan penuh hormat, berbeda pandangan dengan kedua-dua belah pihak dimana Mahkamah ini berpandangan bahawa kedua-dua kes “Mandarin Pavilion” di atas yang dihujahkan di atas adalah tidak terpakai di dalam tindakan di hadapan Mahkamah ini. 38) Pada hemat Mahkamah, fakta paling material yang membezakan kedudukan tindakan ini dengan kes “Mandarin Pavilion” di atas adalah fakta bahawa Perjanjian dimeterai oleh pihak-pihak selepas Akta GST berkuatkuasa. Ini berbeza dengan kedudukan di dalam kes “Mandarin Pavilion” di atas dimana perjanjian “Sale and Purchase (S&P)” dimasuki pihak-pihak pada 24 Februari 2014, walhal Akta GST hanya mula dikuatkuasakan pada 1 April 2015 iaitu setelah setahun lebih dari tarikh S&P dimeterai. 39) Di dalam penghakiman Cham Yit Kiong & Anor v. Mandarin Pavilion Sdn Bhd (supra), dinyatakan bahawa: “[20] At the time the parties entered into the sale and purchase agreement dated 24.2.2014 in respect of the said Property, the Goods and Service Tax Act 2014 was not in existence as a piece of legislation. It only came into force on 1.4.2015. [21] The parties have not envisaged the enactment and coming into force of such legislation. There could not be any issue between them of who was to bear for the Goods and Service Tax at the time that the parties entered into the said sale and purchase agreement in respect of the property. [22] In my judgment, plainly it is unarguable that the parties could have agreed that the sale and purchase price of the said Property at the time of making of the said sale and purchase agreement should be inclusive of any Goods and Service Tax which the parties have not even envisaged and in mind the enactment and coming into force of such legislation.” 40) Di dalam penghakiman “Mandarin Pavilion Sdn Bhd v. Chang Vui Lun & Anor [2019] 2 CLJ 22” (walaupun telah diakas, namun dapatan faktanya masih kekal) menyatakan bahawa: “[15] We found merit in the submission of learned counsel as when cl. 25 was drafted, neither party would have envisaged the implementation of the GST Act.” 41) Di dalam kedua-dua kes “Mandarin Pavilion” di atas, kedua-dua Mahkamah menyatakan bahawa semasa S&P dimasuki oleh pihak-pihak, Akta GST masih belum diperkenalkan dan tiada mana-mana pihak boleh membuat jangkaan bahawa Akta GST tersebut akan dilaksanakan memandangkan tarikh S&P dan tarikh pelaksanaan GST adalah berada di dalam tempoh yang jauh berbeza. 42) Namun demikian, di dalam tindakan di hadapan Mahkamah ini, kedudukannya adalah amat berbeza dimana pihak-pihak memasuki Perjanjian setelah pelaksanaan GST mula dikuatkuasakan secara berperingkat bermula daripada 1 April 2015. Tiada sebarang halangan untuk pihak-pihak meneliti dan mengkaji semula skop kerja dan melakukan perbincangan berkaitan bayaran cukai GST terhadap projek tersebut. 43) Pada hemat Mahkamah, kegagalan Plaintif untuk membawa kepada perhatian Defendan ini adalah sangat memprejudiskan kedudukan Plaintif. Ini kerana di dalam klausa 5.4 Perjanjian telah mensyaratkan bahawa: “The Contractor shall be responsible for all costs and expenses incurred by the Government in carrying out the Works under clause 5.3 and On-Cost charges (calculated by applying the Percentage of On-Cost Charges stated in Appendeix hereto to the amount incurred.” 44) Rujukan kepada definisi “On-Cost Charges” di dalam klausa 1.1 Perjanjian mendapati “On-Cost Charges” ditakrifkan sebagai “any cost and expenses reasonably incurred by the Government”. 45) Pihak Defendan juga seterusnya menghujahkan bahawa Plaintif telah membuat bayaran cukai GST berkenaan dengan tanpa merujuk atau mendapatkan arahan serta persetujuan daripada pihak Defendan terlebih dahulu. Ini kerana jumlah bayaran cukai GST tersebut adalah melibatkan satu jumlah yang besar. 46) Sepatutnya, sekiranya Plaintif berpandangan bahawa amaun bayaran GST berkenaan adalah diluar (not inclusive) daripada amaun kontrak yang telah dipersetujui (iaitu RM 1,748,000.00), maka adalah lebih berhemah dan “prudent” untuk Plaintif mendapatkan arahan dan menuntut jumlah bayaran tersebut daripada pihak Defendan sebelum Plaintif melakukan bayaran cukai tersebut kepada pihak Kerajaan. 47) Ini adalah kerana di dalam klausa 9.2(b) Undertakings of the Contractor hanya menyatakan: “The Contractor undertakes that: