Content
1 PERBICARAAN JENAYAH NO.: BA-45-53-10/2022 PERBICARAAN JENAYAH NO.: BA-45-54-10/2022 PERBICARAAN JENAYAH NO.: BA-45-55-10/2022 & CHE HASMIDI BIN CHE HASSAN (No. K/P: 831021035251) PERBICARAAN JENAYAH NO.: BA-45-56-10/2022
BA-45-53-10/2022
High Court of Malaysia3 Jun 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 PERBICARAAN JENAYAH NO.: BA-45-53-10/2022 PERBICARAAN JENAYAH NO.: BA-45-54-10/2022 PERBICARAAN JENAYAH NO.: BA-45-55-10/2022 & CHE HASMIDI BIN CHE HASSAN (No. K/P: 831021035251) PERBICARAAN JENAYAH NO.: BA-45-56-10/2022
1
MUZAFFAR BIN ZAABA (No. K/P: 890424105867)
2
CHE HASMIDI BIN CHE HASSAN (No. K/P: 831021035251) PERBICARAAN JENAYAH NO.: BA-45A-149-10/2022 ALASAN PENGHAKIMAN Pengenalan 1. Terdapat dua tertuduh dalam kes ini. Tertuduh Pertama ialah Muzaffar Bin Zaaba yang kini didakwa dan dibicarakan untuk Perbicaraan Jenayah no.: ● BA-45-53-10/2022 ● BA-45-54-10/2022 ● BA-45-56-10/2022 ●
2
Tertuduh Kedua ialah Che Hasmidi Bin Che Hassan yang didakwa bagi Perbicaraan Jenayah no.: ●
3
Selanjutnya, kedua-dua mereka didakwa bersama untuk Perbicaraan Jenayah no.: ●
4
Justeru, pertuduhan-pertuduhan jenayah yang dikenakan terhadap mereka adalah seperti berikut: Pertuduhan no. kes Ekshibit dan intipati pertuduhan 1 BA-45A- 10/2022 (Tertuduh Pertama Ekshibit P2(A) “Bahawa kamu bersama-sama pada 17/1/2022 jam 10:30 malam di kaki lima, Aras 5, Pangsapuri Suri Puteri, Jalan Singa F 20/F, Seksyen 20, Shah Alam, di dalam daerah Petaling, Dalam Negeri Selangor, bagi mencapai niat bersama telah dan Kedua secara bersama) mengedar dadah berbahaya jenis methamphetamine seberat 377.3 gram dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan dbawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum dibawah seksyen 39B(2) Akta yang sama dan dibicarakan bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.” 2 BA-45A- 10/2022 (Tertuduh Pertama) Ekshibit P2(B) “Bahawa kamu pada 17/1/2022 jam 11:30 malam di A1-18-01, Residensi Hijauan, No. 4, Jalan Budiman 22/3. Seksyen 22, Shah Alam, dalam daerah Petaling, Dalam Negeri Selangor, telah didapati mengedar dadah berbahaya jenis methamphetamine seberat 303.4 gram dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum dibawah seksyen 39B(2) Akta yang sama.” 3 BA-45-53- 10/2022 (Tertuduh Pertama) Ekshibit P2(C) “Bahawa kamu pada 17/1/2022 jam 10:30 malam di kaki lima, Aras 5, Pangsapuri Suri Puteri, Jalan Singa F 20/F, Seksyen 20, Shah Alam, di dalam daerah Petaling, Dalam Negeri Selangor, telah didapati dalam milikan kamu dadah berbahaya jenis methamphetamine seberat 15.6 gram dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan dbawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum dibawah seksyen 39A(1) Akta yang sama.” 4 BA-45-55- 10/2022 (Tertuduh Kedua) Ekshibit P2(D) “Bahawa kamu pada 17/1/2022 jam 10:30 malam di kaki lima, Aras 5, Pangsapuri Suri Puteri, Jalan Singa F 20/F, Seksyen 20, Shah Alam, di dalam daerah Petaling, Dalam Negeri Selangor, telah didapati dalam milikan kamu dadah berbahaya jenis methamphetamine seberat 14.48 gram dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan dbawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum dibawah seksyen 39A(1) Akta yang sama.” 5 BA-45-56- 10/2022 (Tertuduh Pertama) Ekshibit P2(E) “Bahawa kamu pada 17/1/2022 jam 10:30 malam di kaki lima, Aras 5, Pangsapuri Suri Puteri, Jalan Singa F 20/F, Seksyen 20, Shah Alam, di dalam daerah Petaling, Dalam Negeri Selangor, telah didapati dalam milikan kamu dadah berbahaya jenis methamphetamine seberat 5.41 gram dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan dbawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum dibawah seksyen 39A(1) Akta yang sama.” 6 BA-45-54- 10/2022 (Tertuduh Pertama) Exhibit P2(F) “Bahawa kamu pada 17/1/2022 jam 10:30 malam di kaki lima, Aras 5, Pangsapuri Suri Puteri, Jalan Singa F 20/F, Seksyen 20, Shah Alam, di dalam daerah Petaling, Dalam Negeri Selangor, telah didapati dalam milikan kamu dadah berbahaya jenis Promethazine dan Tramadol sebanyak 2,160 mililiter dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan dibawah Seskyen 9(1) Akta Racun 1952 yang boleh dihukum dibawah Seksyen 32(2) Akta yang sama.”
5
Selepas pertuduhan-pertuduhan tersebut dibacakan, kedua-dua tertuduh mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan. Semasa perbicaraan, pihak pendakwaan telah memanggil 6 saksi iaitu:- ● SP1: Jurustor ● SP2: Jurugambar ● SP3: Ahli Kimia ● SP4: Pegawai Serbuan ● SP5: Penjual kereta ●
6
Pada 10.12.2024, Mahkamah ini telah memanggil kedua-dua tertuduh untuk membela diri atas alasan-alasan berikut: ● Pertama, dadah yang dirampas telah disahkan oleh ahli kimia bahawa bahan itu termasuk dalam Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Akta Racun 1952. Rantaian jagaan dadah juga tidak terputus. Maka, tiada sebarang pertikaian mengenai identiti atau klasifikasinya. ● Kedua, kedua-dua tertuduh memiliki dadah tersebut. Dalam undang-undang, milikan merangkumi jagaan dan kawalan. Dadah itu ditemui di dalam kereta dan kediaman yang dikaitkan dengan kedua-dua tertuduh di mana mereka memegang kunci dan akses. ● Ketiga, pengetahuan telah disimpulkan daripada fakta dan keterangan kes. Kuantiti dan kaedah penyembunyian (iaitu cara dadah tersebut disimpan) menunjukkan pengetahuan mereka. ● Keempat, pihak pendakwaan berjaya membuktikan elemen pengedaran dan niat bersama. Pengedaran termasuk tindakan menyembunyikan dan mengangkut, bukan hanya menjual. Dalam kes ini, kedua-dua tertuduh bertindak secara bersama, menggunakan premis dan pengangkutan untuk memindahkan dan menyembunyikan sejumlah besar dadah. Kawalan bersama dan tingkah laku mereka menunjukkan niat bersama.
7
Sehubungan itu, Mahkamah ini mendapati bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie di bawah seksyen 180 KTJ dan kedua-dua tertuduh dipanggil membela diri terhadap pertuduhan diatas.
8
Diakhir kes pendakwaan, Mahkamah telah membuat penilaian yang maksima terhadap kredibiliti kesemua saksi-saksi yang dipanggil dan keterangan-keterangan yang telah dikemukakan oleh pihak pendakwaan. Di peringkat kes pembelaan, Mahkamah harus menimbang dan menilai kesemua keterangan kedua-dua peringkat pendakwaan dan pembelaan untuk tujuan penilaian secara penilaian maksima keseluruhan keterangan dalam kes ini. [rujukan kepada keputusan YA Suriyadi Halim Omar (beliau ketika itu) dalam kes PP v Iskandar Mohamad [2006] 6 CLJ 379 di muka surat 385 ].
9
Mahkamah juga merujuk kepada kes Nagappan v PP [1988] 1 CLJ 283 , Hashim Yeop Sani SCJ telah memutuskan bahawa:- “ In criminal proceedings the onus on the prosecution throughout is to prove beyond reasonable doubt. At the close of the whole case the court has to consider all the evidence adduced by both the prosecution and the defense has to be satisfied that the case has been proven beyond reasonable doubt. Where the burden is shifted to the accused, then he has to prove on a balance of probabilities.”
10
Dalam kes Mohan Singh a/l Lachman Singh v PP [2002] 3 MLJ 291 Mahkamah Rayuan telah menyatakan:- “ The burden of proving its case at every stage lies on the prosecution. The only task of the accused is to raise a reasonable doubt as to the truth of the prosecution’s case . If there are gaps in the case for the prosecution, these cannot be filled by resorting to a purported failure on the part of the defence to put specific questions relevant to its case. Such gaps must be filled by the prosecution itself. That has always been the law. It is still the law.”
11
Sewaktu kes pembelaan, kedua-dua tertuduh telah memanggil seramai 5 orang saksi: ● SD1: Tertuduh Pertama ● SD2: Tertuduh Kedua ● SD3: Nurul Fatihah Hafizi (isteri SD4) ● SD4: Musrahaimi Zaki bin Abd Aziz (yang dikenali sebagai Bigo) ● SD5: Nor Azlan Hisham bin Mohamed Hashim Fakta Kes 12. Pada 17.1.2022, Tertuduh Kedua pergi menemui Tertuduh Pertama di Pangsapuri Suri Puteri (“Pangsapuri tersebut”) dengan menaiki motosikal. Adalah tidak dipertikaikan bahawa pada masa itu, Tertuduh Pertama menyewa sebuah bilik di Unit No. B-05-05 di Pangsapuri tersebut.
13
Sebaik Tertuduh Kedua tiba di Pangsapuri tersebut, Tertuduh Pertama membawanya keluar untuk makan malam. Mereka berdua keluar dengan menaiki kenderaan Tertuduh Pertama iaitu kereta MYVI berwarna biru No. pendaftaran VS 7516 (“MYVI tersebut”) .
14
Semasa kedua-duanya sedang makan malam, Tertuduh Pertama menerima panggilan telefon daripada penyewa bernama Musrahaimi Zaki bin Abd Aziz (“Bigo”) bahawa Bigo ingin menggunakan kereta.
15
Justeru, Tertuduh Pertama menyerahkan kunci MYVI miliknya kepada Tertuduh Kedua dan mengarahkan Tertuduh Kedua menjadi pemandu. Sebaik tiba di Pangsapuri tersebut, Tertuduh Pertama menjemput Tertuduh Kedua ke tempat yang disewanya.
16
Ketika kedua-duanya hendak masuk ke Unit B-05-05, mereka ditolak dan ditahan oleh beberapa polis. Pegawai Serbuan memberi keterangan bahawa beliau menemui barang berikut daripada kedua-dua tertuduh semasa pemeriksaan badan dimana: ● Terhadap Tertuduh Pertama, 1) 1 beg merah-putih dengan perkataan FITFLOP mengandungi 1 botol cecair putih yang disyaki mengandungi kodein (anggaran isipadu: 2 liter); 2) Dari tangan kirinya 1 bungkusan plastik warna hitam di dalamnya terdapat (1) beg berzip warna hitam yang mengandungi (1) peket plastik lutsinar berisi pil yang disyakki dadah jenis pil yaba (jumlah 355 biji) (a/b: 35.50 gram dan (3) peket plastik lutsinar berisi bahan yang disyaki dadah jenis syabu (a/b: 23 gram). 3) Dari dalam zip bahagian hadapan beg pinggang bertulisan pentagram yang dipakai dipinggang (1) rangkai kunci yang mengandungi
3
anak kunci. ● Terhadap Tertuduh Kedua, 1) 1 beg pinggang bertulisan TAICHI yang disilangkan pada badan didalamnya terdapat (4) peket plastik lutsinar berisi bahan yang disyaki dadah jenis syabu (a/b :22 gram) di zip bahagian hadapan. 2) Dari tangan kanan (1) anak kunci beserta alat kawalan jauh kereta.
17
Salah satu kunci yang dirampas ialah kunci kereta perodua MYVI. Kedua-dua tertuduh kemudiannya dibawa ke lobi rumah dan pemeriksaan kereta MYVI tersebut menemui barang salah. Tertuduh Kedua memberitahu polis bahawa kenderaan tersebut adalah milik Tertuduh Pertama. Oleh itu, Tertuduh Kedua tidak tahu sama ada terdapat sebarang barang salah dalam MYVI tersebut.
18
Selepas memeriksa MYVI tersebut , polis menemui dari bawah tempat duduk penumpang hadapan (2) bungkusan plastik warna kuning dimana didalam setiap bungkusan terdapat (5) peket plastik lutsinar berisi bahan yang disyaki dadah jenis syabu (jumlah :2x5=10 paket) (a/b keseluruhan : 540 gram) dan
2
paket kuning disyaki dadah methamphetamine yang disumbat di bawah tempat duduk penumpang.
19
Pegawai Serbuan kemudian berkata bahawa dipandu arah oleh kedua-dua tertuduh, Polis telah pergi ke rumah alamat A1-18- 01 Residensi Hijauan, Shah Alam (“ Unit Residensi Hijauan ”). Dengan menggunakan salah satu kunci yang dirampas daripada Tertuduh Pertama, mereka masuk ke dalam salah satu bilik dan menemui di dalam almari (1) beg berzip warna hitam bertulisan POLO LOUIE di dalamnya terdapat (4) peket plastik lutsinar berisi bahan yang disyaki dadah jenis syabu (a/b: 410 gram).
20
Sehubungan itu, kedua-dua tertuduh telah ditangkap dan di tuduh. Hujahan Tertuduh Pertama Di Akhir Kes Pembelaan 21. Tertuduh Pertama berhujah bahawa dia telah berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap dakwaan pengedaran dadah di Pangsapuri tersebut dan di Unit Residensi Hijauan. Tertuduh Pertama mengemukakan 3 alasan utama seperti berikut: ● Kegagalan pihak pendakwaan untuk membuktikan pemilikan tertuduh terhadap bungkusan kuning berisi dadah yang dikatakan diambil daripada kereta MYVI tersebut serta peket dadah yang dirampas daripada Unit Residensi Hijauan. ● Kegagalan pegawai penyiasat untuk melakukan siasatan yang menyeluruh dan terdapatnya jurang material (material gap) didalam kes pendakwaan; dan ● keterangan saksi-saksi pembelaan yang konsisten dan tidak tergoyah.
22
Mengenai pertuduhan pengedaran dadah di Pangsapuri tersebut, Peguambela berhujah bahawa keterangan SD3 (isteri SD4) dan SD4 (Bigo) mengesahkan versi yang diberikan semasa peringkat pendakwaan. Saksi-saksi pembelaan mengesahkan bahawa ketika polis menyerbu Unit B-5-5 ( “Unit B55 ” ) di Pangsapuri tersebut, tertuduh-tertuduh tidak hadir dan hanya dipanggil semula kemudian.
23
SD3 dan SD4 menyatakan terdapatnya serbuan dibuat dalam Unit B55 dan dijumpai di dalam Unit B55 adalah termasuk (2) bungkusan berwarna kuning yang kononnya dirampas dari kereta MYVI tersebut. Penekanan harus dibuat bahawa, bungkusan dadah kuning yang didakwa dirampas daripada kereta MYVI tersebut sebenarnya telah ditemui di dalam kediaman Unit B55, Pangsapuri tersebut. Pengakuan Bigo bahawa paket-paket ini ada di dalam simpanannya dan kegagalan pihak pendakwaan untuk menafikan berkenaan isu ini adalah fatal kepada kes pendakwaan. Selain itu, tiada laporan polis dikemukakan berkenaan serbuan di dalam rumah B55 dimana dadah dijumpai .
24
Oleh itu, kegagalan pihak pendakwaan dalam mengemukakan laporan polis berkaitan serbuan tersebut telah menafikan tertuduh peluang yang adil untuk menguji versi pendakwaan dan untuk memastikan bahawa SD3 dan SD4 (Bigo) ada di tempat kejadian. Lebih-lebih lagi dalam keterangan SD4 pihak polis telah meminta beliau menalipon Tertuduh Pertama untuk balik ke Pangsapuri Suri Puteri pada hari kejadian.
25
Tertuduh Pertama seterusnya berhujah bahawa tiada bukti yang boleh dipercayai yang mampu mengaitkan Tertuduh Pertama secara eksklusif dengan dadah yang terdapat dalam kereta MYVI tersebut. SD4 juga mempunyai akses bersama serta bertanggungjawab secara kewangan terhadap kereta MYVI tersebut (sepertimana yang dibuktikan melalui Perjanjian Sewa Beli kenderaan). Lebih-lebih lagi, dadah itu disembunyikan di bawah tempat duduk kereta dan bukannya pada pandangan mata dan Tertuduh Pertama hanya menyedari kewujudan dadah tersebut hanya selepas Polis menggeledah kereta MYVI tersebut. Ini menimbulkan keraguan kerana orang lain, termasuk SD4 , mungkin mempunyai peluang dan motif untuk meletakkan dadah ke dalam MYVI tersebut. Berkenaan isu ini, Tertuduh Pertama bergantung pada prinsip dalam kes Bavithran Paramasivan v PP [2023] 1 LNS 934 di mana beban terletak pada pihak pendakwaan untuk mengecualikan akses pihak ketiga.
26
Bagi pertuduhan membabitkan kediaman di Residensi Hijauan, Tertuduh Pertama menegaskan dia tidak tinggal di Unit Residensi Hijauan tersebut dan sebaliknya hanya menyewa premis tersebut untuk teman wanitanya, Mahiera Mieraina ( juga dikenali sebagai Ira). Saksi utama SD5 yang tinggal di unit yang sama turut memberi keterangan bahawa dia melihat teman wanita tersebut kerap keluar masuk bilik, mendengar suara wanita dari dalam dan mengesahkan bilik itu hanya mengandungi satu katil bujang, menjadikannya ia tidak sesuai untuk tinggal berdua dengan Tertuduh Pertama. Untuk isu ini pihak pendakwaan tidak mencabar keterangan ini secara meluas.
27
Isu akses kepada kediaman di Unit Residensi Hijauan juga adalah penting. Sepanjang perbicaraan, tiada bukti yang menunjukkan bahawa Tertuduh Pertama memiliki kad akses atau kunci ke premis tersebut. Sebaliknya, SP2 mengesahkan bahawa kemasukan ke dalam bangunan dan akses ke lif memerlukan kad akses dan mereka sendiri perlu dibantu oleh pegawai keselamatan. Cadangan pihak pendakwaan (melalui SP4) bahawa tiada kad akses diperlukan secara jelas bercanggah dengan keterangan SP2. Lebih jelas lagi, pihak pendakwaan gagal menghubungi tuan rumah atau ejen penyewaan untuk menjelaskan bilangan kad akses yang dikeluarkan, sama ada pendua wujud atau siapa lagi yang mungkin mempunyai akses. Tiada sebarang usaha dilakukan untuk mendapatkan atau menyemak rakaman CCTV untuk mengenal pasti siapa sebenarnya yang tinggal di Unit Residensi Hijauan tersebut.
28
Terdapat juga keraguan lain dalam kes pendakwaan. SP4 mengakui bahawa pakaian ditemui di dalam almari pakaian tetapi barang-barang ini tidak pernah dikemukakan di Mahkamah. Foto yang diambil kemudian pula menunjukkan almari pakaian kosong dan ini menunjukkan kegagalan untuk mengekalkan keterangan-keterangan material. Tertuduh Pertama berhujah bahawa pakaian ini bersama-sama dengan tilam merah jambu di dalam bilik itu, menyokong dakwaan bahawa bilik itu dihuni oleh seorang wanita.
29
Tertuduh Pertama seterusnya menyatakan bahawa pihak pendakwaan gagal menjawab / menyangkal kewujudan watak Ira yang bukan identiti yang direka-reka. Malah, kehadirannya di Pangsapuri tersebut ketika serbuan itu disahkan oleh SD3 dan SD4. Namun pihak pendakwaan tidak mengemukakan laporan polis mengenai tangkapannya atau memanggilnya sebagai saksi.
30
Secara ringkasnya, Tertuduh Pertama berhujah bahawa pihak pendakwaan telah gagal membuktikan kes melampaui keraguan yang munasabah. Bukti yang dikemukakan semasa perbicaraan memberi banyak ruang dan tafsiran dan pihak pendakwaan pula tidak mengecualikan kemungkinan munasabah bahawa orang lain juga mempunyai akses dan kawalan ke atas dadah berkenaan. Oleh itu, peguam berhujah bahawa terdapat keraguan munasabah dalam kes ini dan Tertuduh Pertama wajar dilepaskan dan dibebaskan.
31
Tertuduh Pertama seterusnya berhujah bahawa kredibilitinya tidak pernah goyah sewaktu pemeriksaan balas. Beliau seterusnya mencabar kebolehpercayaan saksi utama pihak pendakwaan SP4 dengan menegaskan Pegawai Serbuan itu tidak jujur dalam menjalankan tugasnya dan telah memberikan keterangan bercanggah, khususnya berhubung penggunaan kad akses di Residensi Hijauan. Percanggahan ini terjumlah kepada keraguan yang material kerana ia menimbulkan persoalan sama ada Tertuduh Pertama benar-benar mempunyai akses tanpa had ke premis itu. Keterangan SP4 mengenai pakaian yang ditemui di tempat kejadian juga bercanggah dengan keterangan saksi lain.
32
Tertuduh Pertama juga mengemukakan hujahan mengenai siasatan tidak lengkap dan mendakwa SP6 ( Pegawai Penyiasat ) telah gagal menjalankan tugasnya untuk menjalankan siasatan penuh dan dengan adil. Antaranya adalah seperti kehilangan telefon bimbit Tertuduh Pertama yang tidak dapat dijelaskan. Kegagalan untuk mendapatkan semula data daripada telefon atau untuk menyiasat individu penting seperti “Bigo” dan “Ira” telah menjejaskan keupayaan tertuduh untuk mengemukakan pembelaan sepenuhnya.
33
Dalam hal ini, peguam Tertuduh Pertama membangkitkan seksyen 114 misalan (g) Akta Keterangan 1950 atas alasan bahawa kegagalan pihak pendakwaan untuk memanggil saksi material, khususnya ejen Residensi Hijauan, Ira, dan sebagainya, sepatutnya menyebabkan adverse inference ini terpakai. Dan apabila situasi ini ditambah dengan kegagalan untuk mengemukakan barang-barang lain seperti: ● rakaman CCTV, ● telefon bimbit tertuduh, dan ● pakaian-pakaian yang dijumpai di bilik Residensi Hijauan, dimana kegagalan mengemukakan perkara di atas terjumlah kepada suppression of evidence. Tanpa saksi-saksi ini atau keterangan-keterangan di atas, pihak pembelaan berhujah bahawa terdapat jurang yang besar dalam naratif kes pendakwaan.
34
Malah, pertuduhan itu sendiri juga patut dipersoalkan. Tertuduh Pertama berhujah bahawa butir-butir pertuduhan pengedaran adalah defektif dan mengelirukan. Walaupun pertuduhan mendakwa kesalahan itu berlaku di koridor tingkat lima Pangsapuri Suri Puteri, kes pendakwaan ialah dadah itu ditemui di dalam kereta Myvi. Terdapat kekeliruan sama ada dadah itu didakwa ditemui di bawah tempat duduk penumpang hadapan atau di dalam petak tersembunyi dan SP4 telah gagal menandakan lokasi dadah dengan jelas. Percanggahan ini sebenarnya telah menghalang keupayaan Tertuduh Pertama untuk membela diri dengan sewajarnya.
35
Kesimpulannya, Tertuduh Pertama menggesa Mahkamah ini untuk melepaskan dan membebaskannya daripada kesemua pertuduhan. Hujahan Tertuduh Kedua Di Peringkat Pembelaan 36. Peguam Tertuduh Kedua mengemukakan hujahan bahawa beban pembuktian tertuduh dalam perbicaraan jenayah adalah semata-mata untuk menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. Dalam kes ini, peguam berkata keraguan itu bukan sahaja telah dibangkitkan, tetapi telah diwujudkan secara meluas, terutamanya berkenaan dengan isu milikan dan pengetahuan mengenai dadah yang ditemui. Isu (i): Sama Ada Tertuduh Kedua Mempunyai Jagaan, Kawalan Dan Milikan Dadah 37. Hujahan utama adalah bahawa Tertuduh Kedua tidak mempunyai jagaan atau kawalan ke atas MYVI tersebut di mana dadah itu ditemui. Ia bukan keretanya (yang pihak pendakwaan sendiri mengakui milikan terletak pada Tertuduh Pertama) dan tidak ada bukti bahawa Tertuduh Kedua telah menggunakan ataupun mempunyai akses kepada MYVI terdsebut pada bila-bila masa sebelum tarikh kejadian. Keterangan Tertuduh Kedua yang tidak dicabar ialah dia telah memandu kereta itu buat kali pertama pada malam berkenaan dan hanya atas permintaan Tertuduh Pertama. Dia tidak mengenali pemilik sebenar kenderaan itu dan tidak mempunyai sebab untuk mengesyaki ada perkara terlarang yang tersembunyi di dalamnya.
38
Malah, dadah itu juga tidak ditemui secara jelas tetapi disembunyikan dalam petak tersembunyi (hidden compartment) di bawah tempat duduk penumpang hadapan. Saksi pendakwaan juga ada mengesahkan bungkusan itu tidak kelihatan dan tidak mengeluarkan sebarang bau. Tiada juga bukti yang menunjukkan bahawa Tertuduh Kedua mempunyai pengetahuan tentang dadah atau telah cuba menyembunyikan sesuatu. Selain itu, Polis juga mengakui semasa pemeriksaan balas bahawa Tertuduh Kedua tidak memberikan maklumat atau petunjuk yang membawa kepada penemuan dadah, sekali gus menafikan sebarang pergantungan kepada seksyen 27 Akta Keterangan 1950. Oleh itu, doktrin "leading to discovery" memang tidak terpakai dalam kes ini.
39
Adalah juga dihujahkan bahawa Pegawai Serbuan tidak menyaksikan siapa yang sebenarnya meletakkan dadah itu di dalam kereta. Dalam hal ini, Tertuduh Kedua juga sentiasa bersikap kooperatif dan berterus terang, iaitu sifat-sifat yang mencerminkan orang yang tidak bersalah.
40
Dalam kes ini, pihak pendakwaan ada bergantung kepada anggapan statutori di bawah seksyen 37(d) ADB untuk mengaitkan pengetahuan dan milikan dadah kepada Tertuduh Kedua. Bagaimanapun, peguam Tertuduh Kedua berhujah bahawa anggapan itu berjaya disangkal. Tertuduh Kedua bukan pemilik, pemandu biasa atau penjaga MYVI tersebut. Pegawai penyiasat bersetuju dalam pemeriksaan balas bahawa Tertuduh Kedua berkemungkinan tidak mengetahui tentang dadah itu dan MYVI tersebut sebenarnya disewa atau dikawal oleh Tertuduh Pertama.
41
Tertuduh Kedua juga menggesa Mahkamah ini untuk mempertimbangkan bahawa sekadar berdekatan dengan dadah ataupun sekadar in close physical proximity dengan pesalah utama tidak semestinya terjumlah kepada niat bersama. Tertuduh Kedua adalah sebenarnya, seperti yang diungkap oleh peguam terpelajar, "berada di tempat yang salah pada masa yang salah". Tertuduh Kedua ini telah terlibat dalam kes ini hanya semata-mata kerana dia kebetulan berada di sebelah Tertuduh Pertama ketika ditangkap, tanpa bukti yang mengaitkannya dengan dadah.
42
Oleh itu, pihak peguam berhujah bahawa pihak pendakwaan telah gagal untuk memenuhi beban pembuktiannya pada tahap beyond reasonable doubt. Sebaliknya, pihak pembelaan telah menunjukkan atas imbangan kebarangkalian bahawa Tertuduh Kedua tidak memiliki dadah itu mahupun mengetahui kewujudan dadah tersebut. Sehubungan itu, Mahkamah ini wajar membebaskan dan membebaskan Tertuduh Kedua. Isu (ii): Di Manakah Dadah Ditemui?
43
Peguam Tertuduh Kedua juga mencabar secara bertubi-tubi terhadap kes pendakwaan mengenai persoalan asas, iaitu adakah dadah itu didakwa dirampas daripada MYVI tersebut atau dari premis Pangsapuri tersebut ?
44
Peguambela berkata bahawa isu ini tidak pernah diperjelaskan dengan betul oleh pihak pendakwaan dan naratif kes pendakwaan seolah-olah telah menimbulkan keraguan yang serius tentang lokasi sebenar rampasan dadah itu berlaku. SP4 (Pegawai Serbuan) secara jelas gagal menyebut sebarang serbuan atau penggeledahan di kediaman Pangsapuri tersebut semasa pemeriksaan utama, hanya mengakuinya apabila disoal dalam pemeriksaan balas oleh Peguam.
45
Tertuduh Kedua menegaskan tiada rekod dalam laporan polis yang menunjukkan sebarang risikan terdahulu yang mencadangkan aktiviti dadah sedang berlaku di Unit B55, Pangsapuri tersebut. Namun, Pegawai Serbuan pula terus bertindak dan menggeledah unit tersebut. Ketiadaan maklumat risikan sedemikian dalam laporan polis menimbulkan inferens bahawa naratif "bertindak atas maklumat" sebenarnya adalah afterthought dan direka serta difikirkan semula. Fakta kes ini bahawa polis tahu untuk menyasarkan unit tertentu itu, daripada banyak blok dan unit, tanpa asas yang didokumenkan, menjejaskan kredibiliti keterangan mereka. Kelemahan dan kelompangan ini memberi kredibiliti kepada teori pembelaan bahawa dadah itu sebenarnya diperoleh dari dalam rumah, bukan kenderaan dan malangnya fakta ini telah secara sengaja cuba disembunyikan.
46
Lebih-lebih lagi, lokasi dadah itu yang dikatakan dijumpai adalah satu perkara yang tidak jelas dalam kes ini. Sewaktu pemeriksaan balas, pegawai penyiasat kelihatan mengakui dadah itu tidak ditemui daripada kenderaan seperti yang didakwa. Tiada sebarang "compartment" ditemui dalam laporan polis dan apabila disoal lanjut, pegawai itu bersetuju bahawa naratif dadah dijumpai dari kenderaan adalah tidak disokong oleh mana-mana keterangan. Keterangan ini secara automatiknya melemahkan keseluruhan kes pendakwaan.
47
Berkenaan dengan isu pengedaran, pihak pembelaan menyatakan bahawa tiada bukti dikemukakan untuk menunjukkan bahawa tertuduh terlibat dalam sebarang tindakan pengedaran dadah, atau terdapat sebarang niat atau rancangan untuk berbuat demikian (rujuk kes Ong Ah Chuan lwn PP [1981] 1 MLJ 64 dan Mohamad Yazri bin Minhat v PP [2003] 2 MLJ 241).
48
48.
Preamble
Menurut peguam Tertuduh Kedua, dalam kes ini, tertuduh tidak ditahan semasa mengedar dadah dan mereka juga tidak berada di dalam kenderaan pada masa yang material. Tiada dadah ditemui pada badan mereka. Kereta itu tidak bergerak dan dadah itu didakwa diperoleh daripadanya hanya selepas tertuduh ditahan di tempat lain. Dalam keadaan sedemikian, pihak pendakwaan tidak boleh bergantung pada anggapan di bawah seksyen 37(da) Akta Dadah Berbahaya atau menggunakan double presumption untuk memenuhi beban pembuktian. Sehubungan itu, Mahkamah ini wajar membebaskan dan membebaskan tertuduh kedua. Isu (iii): Telefon Bimbit Tertuduh
49
Peguam mengemukakan hujahan mengenai integriti dan kesempurnaan siasatan, dengan memfokuskan kepada isu kegagalan untuk mengemukakan telefon bimbit kedua-dua tertuduh sebagai keterangan. Tidak dapat dipertikaikan bahawa telefon itu telah dirampas oleh pihak berkuasa pada waktu kejadian. Bagaimanapun, tiada analisis forensik terhadap isi kandungan telefon, malah tiada penjelasan juga diberikan kepada Mahkamah mengenai kegagalan untuk mengemukakannya sebagai keterangan.
50
Oleh itu, pihak pembelaan berhujah bahawa dalam kes melibatkan seksyen 39B yang merupakan kesalahan yang membawa hukuman berat, beban pendakwaan untuk membuktikan elemen pengedaran melampaui keraguan yang munasabah adalah sangat penting. Secara lazimnya, pengedaran melibatkan beberapa bentuk komunikasi melalui telefon bimbit. Kegagalan untuk mengemukakan peranti ini sepanjang perbicaraan menyebabkan kelompangan kritikal dalam kes pendakwaan.
51
Adalah juga dihujahkan bahawa telefon bimbit itu bukan barang biasa semata-mata tetapi berpotensi sebagai bukti material yang sama ada boleh menyokong teori pendakwaan atau menguatkan pembelaan tertuduh. Apabila pihak pendakwaan gagal mengemukakan peranti tersebut atau memberikan sebarang laporan forensik mengenainya, pihak pendakwaan telah gagal untuk rebut kemungkinan munasabah bahawa telefon itu mungkin mengandungi kandungan yang memihak kepada tertuduh. Dalam keadaan sedemikian, seksyen 114 (g) Akta Keterangan 1950 patut digunapakai juga dalam kes ini (rujuk juga kes Tai Chai Keh lwn Pendakwa Raya [1948-1949]
52
Secara ringkasnya, Tertuduh Kedua berhujah bahawa kegagalan untuk mengemukakan telefon bimbit itu bukan sahaja merupakan suatu kecacatan prosedur tetapi juga kecacatan substantif kes pendakwaan. Peninggalan sedemikian menimbulkan keraguan munasabah dan mesti memberi manfaat kepada tertuduh. Isu (iv): Isu-Isu Lain 53. Peguam juga berhujah bahawa proses forensik berkaitan analisis cap jari jelas menjejaskan naratif pihak pendakwaan. Walaupun pihak polis melakukan fingerprint dusting pada dadah yang ditemui dari kenderaan MYVI tersebut, keputusan forensik itu adalah negatif dan ia menunjukkan tiada kaitan antara Tertuduh Kedua dengan dadah itu. Walaupun bukti ini relevan, pihak pendakwaan gagal memanggil pegawai yang menjalankan analisis cap jari, laporan, dsb dan/atau menawarkan saksi kepada pihak pembelaan. Peninggalan sebegini sekali lagi menyebabkan anggapan adverse inference.
54
Tambahan pula, hujahan pihak pendakwaan terhadap seksyen 34 Kanun Keseksaan adalah tidak mantap. Undang-undang mengenai niat bersama seperti yang diterangkan oleh Mahkamah Persekutuan dalam Farose bin Tamure Mohamad Khan v PP [2016] 6 MLJ 277 memerlukan bukti kukuh tentang rancangan bersama atau kelakuan bersama sebelum atau semasa kejadian.
55
Dalam kes ini, tiada pula bukti yang menunjukkan bahawa Tertuduh Kedua berkongsi sebarang niat dengan Tertuduh Pertama untuk mengedar dadah. Kenderaan MYVI tersebut tidak dimiliki oleh Tertuduh Kedua dan semata-mata kehadirannya di kawasan sekitar tidak cukup untuk mengaitkan liabiliti jenayah. Tiada bukti dikemukakan tentang rancangan yang telah diatur sebelumnya dan tiada sebarang keterangan yang dikaitkan dengan Tertuduh Kedua yang mencadangkan penyertaan dalam aktiviti pengedaran.
56
Pihak pembelaan turut membangkitkan isu pertuduhan di bawah seksyen 12(2) yang boleh dihukum dibawah seksyen 39A (1) ADB yang mana Tertuduh Kedua dikatakan memiliki empat peket dadah dalam beg sandang. Difahamkan bahawa peket serupa sebelum ini telah ditemui daripada penghuni lain yang pula tidak dituduh di Mahkamah. Perkara ini, bersama dengan keterangan konsisten Tertuduh Kedua bahawa begnya tidak mengandungi dadah, menimbulkan kemungkinan sebenar bahawa Polis cuba mengaitkan Tertuduh Kedua dengan dadah-dadah tersebut.
57
Selain itu, kelemahan yang paling teruk dalam kes pendakwaan adalah mengenai rantaian jagaan dadah. Semasa perbicaraan terdapat dua versi bercanggah mengenai penyimpanan dan penghantaran barang yang dirampas. Versi pertama menyatakan ekshibit telah diserahkan untuk penyimpanan kes pada 19 Januari 2022. Tetapi pegawai penyiasat pula mengaku menyimpan ekshibit itu sendiri di dalam peti besinya selama kira-kira sepuluh hari sebelum menghantarnya ke Jabatan Kimia. Ketiadaan bukti sama ada ekshibit telah dimeteraikan, disimpan dengan rapi dan bebas daripada gangguan sepanjang tempoh kritikal ini menjadi punca utama kes pendakwaan tidak kukuh. Kekurangan penjelasan sama ada dadah yang dihantar untuk dianalisis adalah dadah yang sama yang ditemui menimbulkan keraguan besar terhadap integriti rantaian jagaan. Jurang ini bukan sekadar pematuhan prosedur (lihat Gunalan a/l Ramachandran v PP [2004] 4 MLJ 489). Isu (v): Percanggahan Material Dalam Kes Pendakwaan 58. Peguam juga menggesa Mahkamah ini meneliti percanggahan kes pendakwaan bermula dengan keterangan Pegawai Serbuan.
59
Difahamkan bahawa walaupun Pegawai Serbuan ada menerima risikan yang tidak jelas tanpa menyebut unit tertentu, polis pula boleh terus bergerak ke Unit B55, Pangsapuri tersebut, di mana mereka didakwa menunggu selama tiga jam (antara 7 malam dan 10 malam) tanpa menemui seorang pun penduduk di sepanjang koridor. Tertuduh Kedua mempersoalkan sama ada dakwaan sedemikian adalah logik dan munasabah memandangkan tempoh masa bertepatan dengan waktu puncak penduduk pulang dari kerja. Kegagalan untuk memerhatikan mana-mana pergerakan bukan sahaja tidak masuk akal tetapi juga menonjolkan naratif polis yang palsu.
60
Tertuduh Kedua seterusnya mengecam kegagalan pegawai penyiasat (SP6) untuk mendedahkan hasil pemeriksaan Unit B55 tersebut. Dalam pemeriksaan balas, SP6 bersetuju bahawa dua individu tiba di unit selepas SD4 menghubungi mereka. Namun, SP6 pula mendakwa tidak pasti sama ada sebarang tangkapan telah dibuat terhadap penghuni dalam Unit B55 itu, walaupun mengakui bahawa ada geledahan terhadap Unit B55 tersebut. Pengakuan pegawai penyiasat bahawa beliau tidak mengetahui laporan polis sebelum ini yang difailkan oleh SP4 dan kegagalan untuk mendokumentasikan bahawa tiada dadah dijumpai dari premis itu menimbulkan persoalan yang besar. Percanggahan ini, apabila dipertimbangkan secara kolektif, menyokong kesimpulan bahawa sebenarnya terdapat dua versi yang bercanggah tentang lokasi rampasan dadah: sama ada ia berlaku dalam Unit B55 atau di dalam kereta MYVI tersebut.
61
Tertuduh Kedua menggesa Mahkamah ini untuk menerima versi yang paling memanfaatkan tertuduh selaras dengan prinsip undang-undang yang ditetapkan. Keterangan SD4, yang menegaskan dadah itu ditemui di dalam bilik Tertuduh Pertama, adalah disokong oleh tindak tanduk Polis yang pada ketika itu meminta Bigo memanggil Tertuduh Pertama pulang ke rumah dan membuat tangkapan di luar premis.
62
Lebih-lebih lagi, keterangan Tertuduh Kedua kekal konsisten dan tidak goyah sepanjang perbicaraan. Walaupun Tertuduh Kedua tidak mengetahui butiran peribadi tertentu pihak ketiga, ini adalah tidak material dan tidak relevan dengan isu asas, iaitu dakwaan memiliki atau mengedar dadah. Penjelasan yang tidak dicabar bahawa "dia hanya bertemu tertuduh pertama untuk makan malam pada malam material" tidak disangkal oleh pihak pendakwaan.
63
Tertuduh Kedua juga berusaha menjelaskan percanggahan kecil dalam keterangan SD3, seorang saksi muda dan tidak berpengalaman, yang goyah sewaktu pemeriksaan balas tetapi menjelaskan jawapannya semasa pemeriksaan semula. Naratif pembelaan adalah menyeluruh bahawa dadah itu dikatakan ditemui di dalam bilik Tertuduh Pertama didalam Unit B55 dan bukan di dalam MYVI tersebut dan keterangan ini sebenarnya diperkukuhkan lagi dengan keterangan Bigo yang disifatkan pembelaan yang jujur dan boleh dipercayai. Polis juga telah secara sedar menahan Tertuduh-tertuduh di luar premis untuk mengaburkan asal usul dan lokasi dadah itu dijumpai, yang sekali gus melemahkan keupayaan Tertuduh-tertuduh untuk mengemukakan pembelaan yang efektif.
64
Akhir kata, peguam Tertuduh Kedua turut berhujah bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan elemen-elemen pertuduhan di bawah seksyen 39B dan 39A(1) Akta Dadah Berbahaya pada tahap tanpa keraguan munasabah. Selaras dengan seksyen 182 KTJ, pihak pembelaan berhujah bahawa Tertuduh Kedua wajar dilepaskan dan dibebaskan daripada kedua-dua pertuduhan. Hujahan yang dibangkitkan oleh pihak Pendakwaan di peringkat pembelaan 65. Dalam kes ini, pihak pendakwaan berhujah bahawa kedua-dua tertuduh telah gagal mengemukakan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. Pembelaan yang diberikan oleh kedua-duanya adalah pada dasarnya penafian kosong. Mereka menafikan pengetahuan atau milikan dadah yang terdapat pada mereka, di dalam kenderaan MYVI tersebut dan di unit di Residensi Hijauan. Mereka cuba mereka-reka naratif alternatif yang melibatkan pelbagai pihak ketiga, iaitu: "Bigo" (SD4), SD3 dan watak yang tidak jelas yang dikenali sebagai Ira.
66
Walau bagaimanapun, pembelaan sebegini adalah tidak koheren. Penafian mereka tidak disokong oleh sebarang bukti bebas atau yang bersifat corroborative. Malah, dalam menggunakan anggapan statutori di bawah seksyen 37(d) Akta Dadah Berbahaya, adalah menjadi tanggungjawab tertuduh untuk mematahkan anggapan itu atas imbangan kebarangkalian. Undang-undang hanya memerlukan penjelasan yang munasabah. Dalam kes ini pula, tertuduh-tertuduh telah gagal berbuat sedemikian.
67
Versi cerita Tertuduh Pertama adalah bahawa makan malamnya dengan Tertuduh Kedua dan kemudian pula menerima panggilan telefon daripada SD4. Pada pandangan pihak pendakwaan, naratif itu penuh dengan kemustahilan dan dakwaan yang tidak disokong oleh mana-mana keterangan. Tertuduh Pertama sendiri mengakui bahawa sebotol Codeine (sejenis dadah terkawal) ditemui pada badannya, memberi kredibiliti kepada keterangan Pegawai Serbuan (SP4). Pengakuan sebegini oleh Tertuduh Pertama secara langsungnya menjejaskan kredibilitinya dan mengesahkan naratif pihak pendakwaan.
68
Tertuduh Kedua juga menafikan semua pengetahuan tentang dadah dan mendakwa sebagai penumpang yang innocent, baik di dalam kenderaan mahupun dalam Residensi Hijauan. Dia menegaskan tidak mengetahui kediaman di Residensi Hijauan walaupun ditemui di situ semasa serbuan. Keterangannya juga tidak patut diterima kerana ia bercanggah dengan bukti fizikal dan dokumentari yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan.
69
Pihak pembelaan berusaha untuk mengukuhkan kes mereka melalui keterangan beberapa saksi lain. SD3 dan SD4, kedua-duanya berkait rapat dengan Tertuduh Pertama, kononnya mengesahkan kehadiran dadah bersama SD4 semasa serbuan. Anehnya, SD4 (yang didakwa didapati dadah) pula tidak ditangkap. Bagaimanapun, naratif SD4 yang disusuli dengan nama baharu seperti Nizam Bentong dan Hafiz, pula tidak pernah disebut semasa peringkat pendakwaan dan nampaknya adalah suatu rekaan dan afterthought. Kegagalan untuk memanggil individu yang baru diperkenalkan ini melemahkan lagi pembelaan.
70
Yang menarik ialah watak “Ira” yang kononnya merupakan teman wanita yang menyewa di Unit Residensi Hijauan. Setiap saksi mengaku biasa dengan kewujudannya namun tidak dapat memberikan penerangan fizikal yang konsisten, apatah lagi nama penuh atau sebarang butiran yang boleh disahkan. Oleh itu, Mahkamah kini menghadapi dengan watak fiksyen yang direka untuk memesongkan cerita sebenar kes ini. Kegagalan saksi utama (SD3, SD4, SD5) untuk memberikan keterangan yang konsisten hanya menguatkan lagi kebolehpercayaan kes pendakwaan.
71
Berbanding dengan kes pendakwaan, ia adalah berlandaskan bukti yang kukuh: dadah itu ditemui pada badan kedua-dua tertuduh dan di lokasi di bawah kawalan mereka. Kredibiliti pegawai serbuan adalah utuh dan tidak tergoyah. Tertuduh tidak membuat sebarang aduan berhubung dakwaan salah laku pihak berkuasa pada setiap masa yang material. Selanjutnya, kedua-dua tertuduh hadir dan menyaksikan pemeriksaan di Unit Residensi Hijauan di mana dadah itu ditemui dan ini sekaligus menjejaskan kredibiliti versi pihak pembelaan.
72
Keterangan kelima-lima saksi pembelaan sebenarnya juga penuh dengan percanggahan, penegasan yang bersifat spekulatif dan juga dengan motif untuk melindungi tertuduh. Oleh itu, pihak pendakwaan menyatakan bahawa kes ini telah dibuktikan tanpa keraguan munasabah dan tertuduh telah gagal untuk mematahkan anggapan di bawah ADB. Sehubungan itu, kedua-dua tertuduh wajar disabitkan.
73
Akhir sekali, pihak pendakwaan berhujah bahawa di peringkat akhir kes pembelaan, Mahkamah ini mesti mempertimbangkan semua keterangan yang dikemukakan dan menentukan sama ada pihak pendakwaan telah membuktikan kesnya tanpa keraguan munasabah. Dengan merujuk kepada kes seperti Pendakwa Raya lwn Mohd Amin bin Mohd Razali & Ors [2002] 5 MLJ 406, isu yang penting ialah sama ada pembelaan sedemikian menimbulkan keraguan munasabah tentang kebenaran kes pendakwaan.
74
Mengenai fakta kes ini, pihak pendakwaan berhujah bahawa keempat-empat elemen telah berkaya dibuktikan: ● Pertama, dadah yang dimaksudkan (Methamphetamine, Promethazine, dan Tramadol) telah ditunjukkan dalam milikan kedua-dua tertuduh. ● Kedua, kedua-dua tertuduh mempunyai jagaan dan kawalan ke atas dadah tersebut. ● Ketiga, mereka mempunyai pengetahuan tentang kewujudan dadah. ● Keempat, perbuatan mengedar boleh disimpulkan daripada keadaan sekeliling, terutamanya memandangkan anggapan di bawah seksyen 37(d) Akta yang terpakai disebabkan kuantiti dadah yang terlibat.
75
Pihak pendakwaan mengakui tidak mengemukakan bukti mengenai nilai pasaran atau potensi bilangan dos yang diperoleh daripada dadah yang dirampas. Walau bagaimanapun, adalah dihujahkan bahawa butir-butir sedemikian adalah tidak penting apabila anggapan statutori mengenai pengedaran digunapakai. Kuantum dadah sahaja dalam kes ini sudah memadai untuk menimbulkan inferens bahawa tertuduh memiliki dadah untuk tujuan pengedaran (lihat kes PP lwn Ong Cheng Heong [1994] 4 CLJ 209).
76
Adalah juga dihujah bahawa pihak pendakwaan telah dari awal lagi mengemukakan keterangan yang konsisten dan saling corroborative melalui saksinya. Bukti yang dikemukakan itu dikatakan adalah boleh dipercayai, sekali gus mewujudkan kes prima facie pengedaran terhadap kedua-dua tertuduh. Pihak pembelaan pula disifatkan sebagai bare assertion. Walaupun tertuduh telah memanggil saksi-saksi tambahan, pihak pendakwaan berpendirian bahawa pihak pembelaan secara keseluruhannya gagal menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah.
77
Akhir sekali, pihak pendakwaan menarik perhatian Mahkamah kepada seksyen 2 ADB yang mentakrifkan "pengedaran" termasuk perbuatan seperti mengangkut, menyembunyikan dan menghantar dadah. Keterangan dalam kes ini membawa kepada satu kesimpulan: bahawa tertuduh memang mengedar dadah berbahaya dan maka, kedua-dua tertuduh patut disabitkan. Analisis dan pertimbangan Mahkamah ini 78. Di akhir kes pembelaan, beban pembuktian pada tertuduh hanyalah untuk menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. Beban pembuktian pihak pendakwaan pula adalah membuktikan kesalahan tertuduh pada tahap tanpa keraguan munasabah. Prinsip ini jelas termaktub dalam seksyen 182A KTJ yang memperuntukkan bahawa di akhir perbicaraan, Mahkamah mesti mempertimbangkan keseluruhan keterangan dan menentukan sama ada pihak pendakwaan telah memenuhi beban ini. Sekiranya pihak pendakwaan gagal berbuat demikian, Mahkamah mesti melepaskan dan membebaskan tertuduh.
79
Dalam kes Mat v Public Prosecutor [1963] 29 MLJ 263, Suffian H (pada ketika itu) menekankan bahawa beban membuktikan kesalahan terletak pada pihak pendakwaan. Jika keseluruhan bukti meletakkan Mahkamah dalam keadaan ragu-ragu, maka beban itu telah gagal dipenuhi. Seperti yang diputuskan dalam PP v Saimin & Ors [1971] 2 MLJ 16, keraguan munasabah mestilah berdasarkan pada bukti dan bukan imaginasi atau sangkaan.
80
Walaubagaimanapun, undang-undang tidak memerlukan pihak pendakwaan untuk menghapuskan setiap bayangan keraguan. Seperti yang ditegaskan dalam PP v Foo Jua Eng [1966] 1 MLJ 197, pihak pendakwaan tidak perlu membuktikan kesnya melampaui semua keraguan tetapi hanya beyond reasonable doubt. Undang-undang dalam kebijaksanaannya cuba mencapai keseimbangan dalam konteks ini. Maka, persoalan di hadapan Mahkamah ini bukanlah sama ada semua keraguan telah dibuang, tetapi sama ada bukti, dilihat secara keseluruhan, membangkitkan sebarang keraguan munasabah. Jika ia berlaku, tertuduh mesti dilepaskan dan dibebaskan.
81
Adalah menjadi undang-undang mantap bahawa dalam kes pengedaran dadah, pihak Pendakwaan memikul beban untuk membuktikan elemen-elemen dibawah pertuduhan diatas.
82
Setelah Mahkamah mendengar keterangan Tertuduh Pertama dan Tertuduh Kedua serta saksi-saksi pembelaan. Mahkamah ini menilai semula keterangan oleh semua saksi Pendakwaan dan juga Pembelaan. Mahkamah mendapati terdapatnya keraguan yang munasabah yang ditimbulkan oleh Pembelaan.
83
Mahkamah mendapati keterangan yang diberikan oleh Pembelaan bukanlah keterangan afterthought atau penafian semata-mata dan perlu diberi pertimbangan secara keseluruhan oleh Mahkamah ini.
84
Berkaitan dadah yang dijumpai perkara ini telah diperjelaskan oleh SP3 (Ahli Kimia) dalam P27, yang mengesahkan bahawa bahan tersebut disenaraikan dalam Jadual Pertama ADB 1952 dan juga Jadual Pertama Akta Racun 1952.
85
Berkaitan elemen kawalan, jagaan dan milikan, pihak pendakwaan gagal membuktikan kedua-dua Tertuduh mempunyai jagaan, kawalan dan milikan terhadap dadah yang dirampas. Dalam kes ini terdapat 3 tempat dadah yang dikatakan oleh pihak pendakwaan dijumpai iaitu:- 1) Di kaki lima Aras 5Pangsapuri tersebut secara pemeriksaan badan terhadap kedua-dua tertuduh, 2) Blok B Pangsapuri dalam kereta MYVI tersebut yang dikatakan dijumpai (2) bungkusan plastik warna kuning berisi dadah; dan 2) Di Unit A1-10-01 Residensi Hijauan dijumpai (4) peket plastik lutsinar berisi dadah jenis syabu .
86
Setelah mendengar keterangan saksi-saksi pembelaan Mahkamah mendapati bahawa pertuduhan-pertuduhan yang dikenakan terhadap kedua-dua Tertuduh diekshibit P2 (A) hingga (F) tidak precise dan jelas. Ini secara tidak langsung memprejudiskan tertuduh-tertuduh untuk membela diri.
87
Terdapat 6 pertuduhan dalam kes ini. Namun begitu Mahkamah ingin membangkitkan tentang 5 pertuduhan dalam ekshibit P2(A), P2(C), P2(D), P2(E) dan P2 (F) yang mana dalam kelima-lima pertuduhan tersebut, pertuduhan adalah di kaki lima. Walaubagaimana pun menurut keterangan SP4 menyatakan bahawa (2) bungkusan plastik berwarna kuning a/b 540 gram disyaki syabu adalah dijumpai dalam kereta MYVI tersebut yang berada di pakir Blok B Pangsapuri tersebut. Terdapat keraguan berkenaan lokasi dadah tersebut dijumpai sama ada ianya adalah di kaki lima, Aras 5 atau di dalam kereta MYVI tersebut. Pertuduhan ini sahaja memprejudiskan tertuduh-tertuduh. Isu dimana bahan salah dijumpai tidak diperjelaskan dengan lebih mendalam sepanjang perbicaraan oleh pihak pendakwaan dan ini telah menimbulkan keraguan di pihak Mahkamah.
88
Dari keterangan SD3 dan SD4 adalah jelas bahawa terdapatnya serbuan di Unit B55 sebelum tertuduh-tertuduh ditahan. Maklumat yang diterima oleh SP4 adalah berkenaan
2
lelaki melayu dengan panggilan Jafar dan Midi mengedar dadah dirumah beralamat Blok B-5-5 Pangsapuri Suri Puteri, namun begitu perkara ini tidak disebut dalam repot SP4 (P28).
89
SD3 dan SD4 juga menegaskan bahawa wujudnya dadah-dadah dijumpai di Unit B55 termasuk (2) bungkusan berwarna kuning yang dikatakan oleh pihak Pendakwaan dijumpai di dalam kereta MYVI tersebut. Isu berkenaan serbuan di Unit B55 hanya timbul semasa Peguam Tertuduh Pertama membuat pemeriksaan balas terhadap SP4, yang anihnya semasa pemeriksaan utama perkara ini tidak ditimbulkan. Tiada repot polis berkaitan serbuan di Unit B55 dikemukakan di Mahkamah sepanjang perbicaraan.
90
Dari keterangan SD3, SD3 menyatakan bahawa pada malam 17.1.2022 tersebut, lebih kurang pukul 7.30 malam ada orang mengetuk pintu Unit B55. Ira kemudiannya membuka pintu Unit B55 dan mendapati terdapat anggota Polis yang berpakaian biasa menyatakan bahawa beliau telah menerima maklumat aktiviti dadah, di dalam Unit B55 dan meminta untuk menggeledah unit tersebut. Pada masa itu SD3, SD4 (suami), anak, Emi dan Ira berada di dalam Unit B55 tersebut dan mereka telah memberi kerjasama kepada Polis.
91
Terdapat 3 bilik di dalam Unit 5BB tersebut dan pihak polis telah menyemak satu persatu bilik yang mana polis telah menjumpai bungkusan warna kuning dari bilik Muzaffar (Tertuduh Pertama). SD3 menyatakan pemeriksaan badan ada dibuat dan menjumpai satu barang salah pada badan suami beliau iaitu SD4. Polis juga menjumpai ubat batuk 1 gallon dan menyuruh mereka membuangnya.
92
Keterangan SD4 pula menyatakan pada malam kejadian lebih kurang pukul 8 malam terdengar ketukan yang kuat dipintu dan beliau menyuruh Ira membuka pintu. Terdapat 5 atau 6 orang masuk ke Unit B55 dan mengenalkan diri sebagai polis iaitu seorang anggota perempuan dan yang lain lelaki. Mereka memeriksa badan SD4 dan menjumpai barang salah dadah syabu. Walaubagaimanapun SD4 tidak dikenakan apa-apa pertuduhan. Satu persoalan timbul kenapa SD4 tidak dituduh?
93
Semasa penggeledahan polis menjumpai satu plastik lutsinar dadah di bawah kotak tisu dan polis menanya kepada mereka dan SD4 tidak mengakui barang tersebut adalah miliknya tetapi Ira mengakui barang tersebut miliknya. Selepas itu polis masih menggeledah dan menjumpai (2) bungkusan kuning di dalam bilik Muzafar yang tidak berkunci. Polis menanya siapa punya dan semua dalam rumah jawab tidak tahu. Polis menyuruh SD4 memanggil Tertuduh Pertama balik setelah SD4 menyebut nama Tertuduh Pertama sebagai berkemungkinan pemilik dadah terhadap bungkusan kuning tersebut yang dijumpai di dalam bilik Tertuduh Pertama di Unit B55 tersebut.
94
Tertuduh Pertama kemudiannya balik dengan seorang kawan. Beliau hendak masuk Unit B55 tetapi polis yang ada di dalam rumah B55 telah menolak dia keluar. Beliau tidak tahu apa terjadi selepas itu disebabkan SD4 berada di dalam unit tersebut. Mengikut SD3 dan SD4, Polis berada di Unit B55 lebih kurang beberapa jam untuk geledahan sehingga Tertuduh Pertama balik bersama Tertuduh Kedua.
95
Mahkamah juga mendapati bahawa keterangan SD3 ( surirumah) dan SD4 ada kewajarannya walaupun SD3 agak keliru terhadap soalan-soalan yang ditujukan kepada beliau. Mahkamah mendapati bahawa fakta terdapatnya geledahan didalam Unit B55 tersebut oleh pihak polis memang berlaku. Tiada repot polis dikemukakan ke Mahkamah tentang serbuan atau geledahan yang dibuat dalam Unit B55 tersebut. Oleh itu terdapatnya keraguan yang ditimbulkan terhadap kredibiliti SP4 yang tidak menjelaskan akan fakta tentang apa yang sebenarnya berlaku di Unit B55. Pihak pendakwaan tidak boleh melepaskan kelompangan ini kepada Mahkamah dan untuk Mahkamah membuat konklusi tanpa fakta yang jelas dikemukakan.
96
Berkaitan isu di kaki lima, Aras 5 Pangsapuri tersebut seperti pertuduhan. Apa yang menjadi tanda tanya Mahkamah adalah barang yang dijumpai pada kedua-dua badan tertuduh di kaki lima adalah seperti dalam Borang Senarai Geledah (P30) dan Repot Polis (P28). Jika dirujuk kepada kedua-dua ekshibit P30 dan P28 tersebut tiada disebut berkenaan (2) bungkusan kuning.
97
Mahkamah juga ingin merujuk kepada ekshibit P30 yang mana terdapat keraguan berkaitan tandatangan Tertuduh Kedua di perenggan 6.2 tanpa apa-apa senarai barang yang dijumpai. Walaupun di Lampiran A folio D2 m/s 3 menyenaraikan barang yang dikatakan dijumpai pada badan Tertuduh Kedua seperti bilangan 4 dan 5, namun Mahkamah ingin menarik perhatian berkenaan ketiadaan tandatangan Tertuduh Kedua pada
Lampiran
Lampiran A folio D2 m/s 3 yang ada hanya tandatangan SP4 sahaja. Terdapatnya keraguan dan perlunya Mahkamah memberi penekanan bahawa Tertuduh Kedua dalam keterangannya memang ada menafikan dadah di jumpai di dalam beg pinggang bertulisan Taichi yang pada masa kejadian disilangkan pada badan beliau di kaki lima, Aras 5 Pangsapuri Suri Puteri. 98. Berkaitan (2) bungkusan kuning yang dikatakan dijumpai didalam kereta MYVI seperti dikatakan oleh pendakwaan. Dadah tersebut dikatakan dijumpai ditempat tersorok dibawah kerusi hadapan. Dari keterangan Tertuduh Pertama dan Tertuduh Kedua mereka diminta untuk menunggu di lobi sebentar sementara pihak polis pergi ke kereta MYVI terlebih dahulu. Mengikut Tertuduh Pertama semasa keduanya sampai di kereta MYVI tersebut, pintu kereta telah dalam keadaan terbuka lalu anggota polis telah menunjukkan (2) bungkusan kuning dan bertanyakan kepada keduanya kepunyaan siapa. Perlu juga Mahkamah memberi perhatian bahawa kereta MYVI tersebut adalah kereta sambung bayar oleh Tertuduh Pertama dan penjaminnya adalah SD4. Dalam keterangan SD4, SD4 menyatakan bahawa kereta MYVI tersebut adalah untuk kegunaan bersama. Ini bermakna Tertuduh Pertama tidak mempunyai milikan eksklusif terhadap kereta MYVI tersebut. 99. Berkaitan kejadian di Unit Residensi Hijauan, mengikut keterangan SP4 lebih kurang pukul 2330 hrs beliau telah mengetuai sepasukan polis dengan dipandu arah oleh Tertuduh Pertama dan Tertuduh Kedua telah pergi ke Unit Residensi Hijauan dan dengan menggunakan kunci yang dirampas dari Tertuduh Pertama telah membuka pintu bilik bertanda 3 dalam kehadiran Tertuduh Pertama dan Kedua. Semasa membuat pemeriksaan terhadap bilik tersebut pihak polis telah menjumpai di dalam almari (1) beg berzip warna hitam bertulisan Polo Louie didalamnya terdapat (4) peket plastik lutsinar berisi bahan yang disyaki dadah jenis syabu. 100. Mengikut Tertuduh Pertama dia tidak tinggal di Unit di Residensi Hijauan tersebut. Dari keterangan SD5 bilik tersebut disewa oleh Tertuduh Pertama untuk teman wanitanya bernama Mahiera (Ira) dan SD5 yang tinggal di unit yang sama menyatakan pernah melihat Ira keluar masuk bilik. Apa yang meragukan Mahkamah bukan berkaitan kewujudan Ira tersebut tetapi mendapati bahawa sepanjang perbicaraan tiada bukti yang menunjukkkan Tertuduh Pertama memiliki kad akses atau kunci ke premis tersebut. Mengikut SP2 dan SP6 kad akses adalah diperlukan untuk naik ke Unit Residensi Hijauan tersebut. Tiada penjelasan dari pihak pendakwaan berkenaan kad akses atau keterangan oleh pendakwaan tentang catatan nama Tertuduh Pertama di dalam logbook buku keselamatan pengawal pondok yang sepatutnya merekodkan pergerakan keluar masuk penghuni atau pelawat ke Residensi Hijauan tersebut. 101. Tuan rumah atau ejen penyewaan tidak dipanggil sebagai saksi untuk menjelaskan kepada Mahkamah berapa kad akses yang dikeluarkan untuk setiap unit dan sama ada kad pendua diberikan kepada penyewa. Tambahan pula, tiadanya bukti melalui rakaman CCTV, ia juga dapat menunjukkan siapa yang mempunyai akses ke Unit Residensi Hijauan tersebut. Dengan adanya rakaman CCTV juga dapat menunjukkan sama ada Tertuduh Pertama mempunyai akses ke Unit Residensi Hujauan tersebut. Alasan SP6 bahawa decorder tidak dapat digunakan dan rakaman tidak dapat dilihat bukanlah jawapan yang boleh diterima oleh Mahkamah. 102. Terdapat juga keraguan dalam kes pendakwaan yang mana SP4 mengakui bahawa pakaian ditemui di dalam almari pakaian tetapi barang-barang tersebut tidak pernah dikemukakan di Mahkamah. Gambar yang diambil ekshibit P23 (26) menunjukkan bahawa almari tersebut telah kosong. Mahkamah juga mendapati bahawa dalam gambar P23(23) dan P23(24) warna cadar dan juga bantal panjang berwarna pink dan ini adalah warna kegemaran wanita dan berkemungkinan besar penyewa adalah seorang wanita seperti yang dikatakan oleh pembelaan. Perkara ini juga menimbulkan keraguan dan sepatutnya disiasat dengan lebih teliti oleh pegawai penyiasat. 103. SP6 juga dalam keterangannya semasa di pemeriksaan balas oleh Peguam bersetuju bahawa tiadanya barang peribadi Tertuduh Pertama dibilik tersebut atau pakaian lelaki dalam bilik tersebut. ( ekshibit P 23 (23) dan P23 (24) dirujuk). Ini menguatkan lagi pembelaan Tertuduh Pertama bahawa penghuni bilik tersebut adalah seorang wanita. 104. Berdasarkan keterangan yang dikemukakan oleh pendakwaan dan pembelaan Mahkamah mendapati bahawa pihak pendakwaan gagal untuk membuktikan bahawa Tertuduh Pertama mempunyai kawalan dan jagaan serta pengetahuan terhadap dadah yang ditemui didalam satu beg hitam di dalam almari di Unit Residensi Hijauan tersebut. [ rujukan juga dibuat kepada perenggan 21 hingga 35 diatas] 105. Berkenaan Tertuduh Kedua, hujahan utama Peguam Tertuduh Kedua adalah bahawa Tertuduh Kedua tidak mempunyai jagaan atau kawalan keatas kereta MYVI tersebut dimana dadah ditemui. Kereta tersebut adalah milik Tertuduh Pertama dan penjamin adalah SD4. SP6 (Pegawai Penyiasat) semasa pemeriksaan balas oleh Peguambela bersetuju bahawa Tertuduh Kedua tidak ada kaitan dengan kereta MYVI tersebut. Tertuduh Kedua yang memandu kereta MYVI tersebut dari tempat makan apabila disuruh oleh Tertuduh Pertama untuk balik ke Pangsapuri Suri Puteri setelah Tertuduh Pertama mendapat panggilan telefon dari SD4. Tertuduh Kedua tidak pernah menggunakan kereta tersebut sebelum kejadian. 106. Apa yang Tertuduh lakukan hanyalah menyerahkan kunci kereta tersebut kepada polis semasa ditahan di kaki lima , Aras 5 Pangsapuri tersebut. SP6 juga bersetuju dengan Peguambela semasa pemeriksaan balas bahawa barang kes dijumpa dipetak tersembunyi ( hidden compartment) dibawah tempat duduk hadapan penumpang dan tidak boleh dilihat. Apa yang menjadi keraguan adalah dadah tersebut bukanlah ditunjukkan oleh Tertuduh Pertama atau Tertuduh Kedua tetapi didapati setelah SP4 membuat pemeriksaan kereta MYVI tersebut dan menjumpainya dibawah tempat duduk penumpang hadapan (2) bungkusan plastik warna kuning yang mengandungi dadah jenis syabu. [ Mahkamah juga merujuk kepada Hujahan Tertuduh Kedua seperti di perenggan 36 hingga 42 diatas]. 107. Kegagalan pegawai penyiasat untuk melakukan siasatan yang menyeluruh dalam kes ini telah memprejudiskan tertuduh-tertuduh contohnya kegagalan untuk menyiasat telefon bimbit kedua-dua tertuduh. Telefon bimbit dalam kes ini adalah sangat material dalam pembuktian kes pendakwaan dan juga untuk pembelaan. Segala transaksi pengedaran jika ada sudah semestinya dibuat melalui komunikasi telefon bimbit. 108. Selanjutnya keputusan analisis cap jari oleh pihak forensic telah dilakukan ke atas kereta MYVI tersebut adalah negatif dan ini menunjukkan bahawa tiada kaitan Tertuduh Kedua dengan dadah tersebut. Perlu juga diberi perhatian bahawa kereta MYVI tersebut diguna dan disambung bayar oleh Tertuduh Pertama dan penjaminnya adalah SD4. Oleh itu , kereta MYVI tersebut adalah tidak eksklusif kepada mana-mana individu dan berkemungkinan digunapakai oleh pihak ketiga yang lain. 109. Mahkamah juga mendapati bahawa hujahan pihak pendakwaan bahawa keterangan tertuduh-tertuduh hanyalah bersifat penafian semata-mata tidak wajar diterima oleh Mahkamah. Kesimpulan 110. Setelah Mahkamah mempertimbangkan kesemua keterangan yang dikemukakan sepanjang perbicaraan, Mahkamah ini memutuskan pihak pembelaan berjaya mematahkan anggapan dibawah seksyen 37(d) ADB 1952. Oleh itu, berdasarkan alasan-alasan di atas, Mahkamah dengan ini melepaskan dan membebaskan Tertuduh Pertama dan Tertuduh Kedua diatas pertuduhan P2 (A), Tertuduh Pertama untuk pertuduhan P2(B), P2( C), P2(E) dan (P2(F).Tertuduh Kedua untuk pertuduhan P2(D) . Bertarikh 30hb Julai 2025 (LATIFAH HJ MOHD TAHAR) (HAKIM) (MAHKAMAH TINGGI MALAYA) (MAHKAMAH TINGGI JENAYAH 4 SHAH ALAM) Timbalan Pendakwa Raya : Tuan Mohammed Heikal bin Ismail Peguam Tertuduh Pertama : Encik Muhammad Hafizuddin bin Salehuddin Salehuddin Saidin & Associates Peguam Tertuduh Kedua : Encik Jayamurugan s/o Vadivelu Tetuan Jayamurugan Vadivelu & Partners Senarai Rujukan Kes/Akta : 1. PP v Iskandar Mohamad [2006] 6 CLJ 379 2. Nagappan v PP [1988] 1 CLJ 283 3. Bavithran Paramasivan v PP [2023] 1 LNS 934 4. Ong Ah Chuan lwn PP [1981] 1 MLJ 64 5. Mohamad Yazri bin Minhad v PP [2003] 2 MLJ 241 6. Tai Chai Keh lwn Pendakwa Raya [1948-1949) MLJ SUPP 105 7. Pendakwa Raya lwn Mohd Amin bin Mohd Razali & Ors [2002] 5 MLJ 406 8. Mohan Singh a/l Lachman Singh v PP [2002] 3 MLJ 291 9. 10. Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 11. Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 12. Seksyen 2 Akta Dadah Berbahaya 1952 13. Seksyen 27 Akta Keterangan 1950 Seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.