any registrable interest in land. The parameters of caveatability under s 323(1)(a) are therefore circumscribed by these words: ’title’ and ‘registrable interest’. It is only one who makes a claim to either of these in land may enter a private caveat. Although the words ‘title’ and ‘registrable interest’ are not defined by the Code, their meaning may be gathered from the scheme of the Code and from indefeasibility provision, namely, s 340(1). The latter points to a bifurcation between title (the equivalent of the English fee simple) and registrable interests, that it, leases, charges and easements. [8] Mahkamah Rayuan di dalam kes Luggage Distributors (M) Sdn Bhd v Tan Hor Teng [1995] 1 MLJ 719 juga telah menggariskan ujian-ujian yang harus digunapakai di dalam menentukan dan menimbangkan sesuatu permohonan untuk membatalkan kaveat di mana muka surat 724, Mahkamah Rayuan telah menyatakan berikut: 16 “In considering an application for the removal of a caveat, the procedure to be adopted should be a simple and summary one. At first stage, the court will examine the grounds expressed in the application for the caveat to see whether they show a caveatable interest. Once the court is satisfied that the caveator’s claim amounts in law to a caveatable interest, it must then go on to consider whether the claim disclosed a serious question meriting a trial. After these two stages have been crossed, the court must decide where the balance of convenience” [9] Di dalam perkara berkaitan permohonan untuk membatalkan kaveat juga, Majlis Privy di dalam kes Eng Mee Yong & Ors v V Letchumanan [1979] 2 MLJ 212 telah memutuskan berikut: “This is the nature of the onus that lies upon the caveator in an application by the caveatee under section 327 for removal of a caveat; he must first satisfy the court that on the evidence presented to it his claim to an interest in the property does raise a serious question to be tried; and having done so he must go on to show that on the balance of convenience it would be better to maintain the status quo until the trial of the action, by preventing the caveatee from disposing of his land to some third party.” 17 [10] Di dalam kes Kho Ah Soon V Duniaga Sdn Bhd [1996] 2 MLJ 181, Mahkamah Persekutuan telah sekali lagi menekankan berkenaan prinsip undang-undang di dalam pembatalan kaveat di mana Peh Swee Chin, HMP telah menyatakan di muka surat 184 seperti berikut: “It is settled that in a matter of removal of a caveat as between a caveator and caveatee, as in the instant appeal, the onus is on the caveator to satisfy the Court that his evidence does raise a serious question to be tried as regards his claim to an interest in the land in question, and having done so he must show that, on a balance of convenience, it would be better to maintain the status quo until the trial of the action by preventing the caveatee from disposing of his land, as laid down by Lord Diplock in Eng Mee Yong & Ors v V Letchumanan [1979] 2 MLJ 212, and by analogy indirectly to American Cyanamid Co v Ethicon [1975] AC 396 as indicated by Lord Diplock, the serious question for trial referred to above could mean a question not being vexatious or frivolous”. C. Samada Defendan-Defendan mempunyai kepentingan berkaveat terhadap hartanah tersebut [11] Defendan-defendan di dalam kes ini telah cuba bergantung kepada perjanjian jual beli bertarikh 25.01.2008 yang dimasuki mereka 18 dengan peminjam-peminjam sebagai asas atau alasan bagi memasukkan kaveat 2015 dengan penyataan “sementara menunggu proses taksiran disempurnakan”. Alasan yang sama telah juga digunakan oleh Defendan-Defendan semasa kemasukan kaveat pertama pada tahun 2008 iaitu tujuh tahun dahulu. [12] Adalah menjadi dakwaan Defendan-defendan bahawa memandangkan mereka telah membuat bayaran pendahuluan sebanyak 10% (RM63,000.00) kepada Plaintif, maka Defendan-Defendan mempunyai kepentingan ke atas hartanah tersebut. [13] Namun Mahkamah ini perlu menyatakan bahawa daripada dokumen di Eksibit “B”, AFIDAVIT JAWAPAN DEFENDAN-DEFENDAN (Kandungan 4) adalah jelas dan nyata bahawa bayaran RM63,000.00 yang dibayar oleh Defendan-Defendan tersebut bukan suatu pembayaran deposit kepada pembelian hartanah tersebut kepada Plaintif tetapi adalah pembayaran yang telah dibuat oleh Defendan-Defendan kepada akaun pinjaman perumahan peminjam-peminjam dengan SCB (Akaun 38060612) yang mana Defendan-Defendan telah membayar jumlah tunggakan ansuran yang tidak dibayar oleh 19 peminjam-peminjam ke dalam akaun pinjaman perumahan mereka. Oleh sebab itulah, Plaintif tidak pernah mengeluarkan sebarang resit penerimaan pembayaran kepada Defendan-Defendan. [14] Justeru, Mahkamah ini bersetuju dengan hujahan peguam Plaintif bahawa wang RM63,000.00 tersebut bukanlah suatu bayaran deposit kepada satu perjanjian jual beli hartanah tersebut tetapi hanya merupakan pembayaran hutang tertunggak peminjam-peminjam pada ketika itu yang telah dibayar oleh Defendan-Defendan bagi pihak peminjam-peminjam. Di dalam hal bayaran RM 63,000.00 ini juga, Defendan-Defendan di dalam (Kandungan 4) mereka bagi menentang permohonan Plaintif telah juga menuntut Plaintif memulangkan kepada mereka bayaran RM 63,000.00 tersebut serta ganti rugi. Berkaitan perkara ini, Mahkamah ini bersetuju dengan hujahan peguam Plaintif bahawa tuntutan untuk mengembalikan wang deposit tersebut merupakan suatu tuntutan monetari kediri ‘personal monetary claim’ terhadap peminjam-peminjam tersebut dan bukanlah terhadap Plaintif. Undang-undang adalah jelas dan jitu bahwa suatu tuntutan monetari atau berbentuk wang/kewangan tidak membangkitkan apa-apa kepentingan berkaveat yang membolehkan 20 kaveat 2015 yang dimasukkan oleh Defendan-Defendan tersebut berada di atas hartanah tersebut. (Sila lihat kes: Kundang Lakes Country Club Bhd v Garden Masters (M) Sdn Bhd [1999] 2 MLJ 537). [15] Apatah lagi di dalam kes ini, ‘personal monetary claim’ Defendan-Defendan tersebut adalah terhadap peminjam-peminjam tersebut dan bukannya terhadap hartanah tersebut. Di samping itu juga tuntutan persendirian di antara Defendan-Defendan dan peminjam-peminjam adalah tidak ada kena mengena langsung dengan Plaintif. [16] Perlu juga dinyatakan bahawa persetujuan Plaintif terhadap perjanjian jual beli yang dimasuki kedua-dua Defendan dan peminjam-peminjam tersebut adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang dipersetujui sendiri oleh Defendan-defendan dan sehingga kini hartanah tersebut masih tidak ditebus oleh Defendan-Defendan dari pihak Plaintif. [17] Perjanjian bertarikh 25.1.2008 tersebut sudah lama tamat tempoh dan telah terbatal kerana syarat-syarat persetujuan Plaintif yang 21 dinyatakan di dalam surat bertarikh 21.12.2007 telah tidak dipatuhi oleh Defendan-Defendan sendiri. Daripada tarikh perjanjian jual beli tersebut (25.1.2008) sehingga kini iaitu selama lebih lapan (8) tahun berlalu (selain daripada menulis surat terakhir pada tahun 2009 kepada Jabatan Insolvensi Malaysia), Defendan-Defendan telah tidak mengambil sebarang langkah dan tindakan lanjut untuk membayar wang penebusan ataupun menyelesaikan pembayaran RM275,000.00 kepada Plaintif. Defendan-Defendan nampaknya di dalam memasukkan kaveat 2015 telah menggunakan alasan “sementara menunggu proses taksiran disempurnakan” bagi perjanjian yang telah dimasuki lapan tahun lalu di mana perjanjian ini bukan sahaja telah luput tempohnya serta batal atas kegagalan pematuhan syarat-syarat yang tidak dipatuhi oleh Defendan-Defendan tetapi juga tidak boleh dikuatkuasakan oleh Defendan-Defendan kerana perjanjian tersebut telah dimasuki oleh Defendan-Defendan dengan peminjam-peminjam yang pada masa perjanjian ditandatangani mereka adalah orang-orang yang bankrap yang peminjam-peminjam tidak mempunyai kapasiti untuk melaksanakan atau meneruskan perjanjian jual beli tersebut. Perjanjian jual beli tersebut sememangnya adalah terbatal (void contract) dan tidak sah. 22 [18] Dengan perjanjian yang batal dan tidak sah, alasan bagi kemasukan kaveat persendirian yang baru pada tahun 2015 yang diberikan oleh kedua-dua Defendan di dalam Borang 19B Kanun Tanah Negara (KTN) pada 27.04.2015 adalah “sementara menunggu proses taksiran disempurnakan” (alasan yang sama digunakan untuk kaveat pertama pada tahun 2008) menjadi tidak relevan kerana tidak ada proses taksiran yang perlu disempurnakan. [19] Atas alasan-alasan di atas Defendan-Defendan adalah jelas dan nyata tidak mempunyai kepentingan berkaveat ke atas hartanah tersebut. [20] Di dalam keadaan ini, apabila Defendan-Defendan telah gagal melepasi ujian peringkat pertama iaitu membuktikan bahawa mereka mempunyai kepentingan berkaveat ke atas hartanah tersebut, maka peringkat-peringkat seterusnya samada terdapat pendedahan isu-isu serius untuk dibicarakan, samada imbangan keselesaan memihak bahawa kaveat tersebut dikekalkan ataupun samada terdapat keadaan istimewa untuk pengekalan status quo menjadi tidak relevan lagi. 23 [21] Justeru itu, Mahkamah ini membenarkan Kandungan 1 Plaintif dengan kos sebanyak RM10,000.00. t.t. .................................................... (DATUK AZIMAH BINTI OMAR) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Shah Alam Selangor Darul Ehsan Bertarikh 14 haribulan Disember 2016 Peguam Plaintif - Tetuan Sidek Teoh Wong & Dennis Dato’ John Clark Aiman Syafiq Peguam Defendan-Defendan - Tetuan Tee Bee Kim & Partners Siti Sarah binti Mohamed