Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI TEMERLOH DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR PERBICARAAN JENAYAH NO: CB-45A-2-06/2020, CB-45-2-06/2020 DAN CB-45-3-06/2020 ANTARA PENDAKWA RAYA
CB-45A-2-06/2020
High Court of Malaysia26 Mar 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“fy the originality of this document via eFILING portal 24 [40] Pihak peguam OKT telah membangkitkan bahawa s. 37B(1)(b) ADB 1952 sudah tidak terpakai ekoran daripada pindaan s. 113 KPJ yang melalui Criminal Procedure Code (Amendment) Act 2007 (A. 1304). Namun demikian ia tidak menukar kedudukan di bawah s. 37B(1)(b) AD”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI TEMERLOH DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR PERBICARAAN JENAYAH NO: CB-45A-2-06/2020, CB-45-2-06/2020 DAN CB-45-3-06/2020 ANTARA PENDAKWA RAYA
1
Orang Kena Tuduh (OKT) dalam kes telah dipertuduhkan dengan pertuduhan di bawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan seksyen 12(2) ADB 1952. Pertuduhan-pertuduhan adalah seperti berikut: Kes No. CB-45A-2-06/2020 Bahawa kamu pada 21hb Disember 2019, jam lebih kurang 02.00 petang, bertempat di homestay beralamat No. 6, Persiaran Izona 1/1, Dynaton Izona Bukit Bendera, 28400 Mentakab, di dalam Daerah Temerloh, di dalam Negeri Pahang Darul Makmur, kamu telah didapati mengedar dadah berbahaya berat besih 72.62 gram Methamphetamine dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama. Kes No. CB-45-2-06/2020 Pertuduhan Pertama: Bahawa kamu pada 21hb Disember 2019, jam lebih kurang 02.00 petang, bertempat di homestay beralamat No. 6, Persiaran Izona 1/1, Dynaton Izona Bukit Bendera, 28400 Mentakab di dalam Daerah Temerloh, di dalam Negeri Pahang Darul Makmur, kamu telah didapati dalam kawalan kamu dadah berbahaya berat bersih 0.09 gram Methamphetamine dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 12(3) Akta yang sama. Pertuduhan Kedua: Bahawa kamu pada 21hb Disember 2019, jam lebih kurang 2.00 petang, bertempat di homestay beralamat No. 6, Persiaran Izona 1/1, Dynaton Izona Bukit Bendera, 28400 Mentakab di dalam Daerah Temerloh, di dalam Negeri Pahang Darul Makmur, kamu telah didapati dalam kawalan kamu dadah berbahaya berat bersih 1.98 gram Methamphetamine dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 12(3) Akta yang sama. Kes No. CB-45-3-06/2020 Bahawa kamu pada 21hb Disember 2019, jam lebih kurang 02.00 petang, bertempat di homestay beralamat No. 6, Persiaran Izona 1/1, Dynaton Izona Bukit Bendera, 28400 Mentakab di dalam Daerah Temerloh, di dalam Negeri Pahang Darul Makmur, kamu telah didapati dalam kawalan kamu dadah berbahaya berat bersih 0.59 gram Heroin dan Monoacetylmorphines (0.21 Heroin dan 0.38 monoacetylmorphines) dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 12(3) Akta yang sama.
2
Kes ini telah ditetapkan untuk keputusan di akhir kes pendakwaan. Pihak pendakwaan telah memfailkan hujahan bertulis pada 01.03.2024. Sementara peguam OKT hanya memfailkan hujahan bertulis pada 25.03.2024. Ini telah menyebabkan Timbalan Pendakwa Raya tidak berpeluang untuk meneliti hujahan tersebut sehingga menyebabkan terpaksa memohon tarikh lain untuk keputusan kes ini. Peguam OKT menyatakan bahawa kelewatan memfailkan hujahan adalah tidak disengajakan ekoran daripada masalah-masalah yang tidak dapat dielakkan di samping jadual perbicaraan yang ketat.
3
Mahkamah ini mendapati bahawa OKT telah mula ditahan daripada tarikh tangkap 21.12.2019 sehingga kini. Adalah tidak adil untuk kes ini ditangguhkan semata-mata kegagalan pihak-pihak memfailkan hujahan. Tempoh yang lama OKT ditahan tidak sewajarnya menjadi alasan kepada keputusan kes ini sama ada OKT dibebaskan tanpa memanggil membela diri atau OKT dipanggil membela diri dan akhirnya disabitkan bagi pertuduhan ini. Mahkamah akan hanya meneliti kepada keterangan-keterangan yang dikemukakan semasa perbicaraan di samping eksibit-eksibit yang telah turut dikemukakan. Ketiadaan hujahan oleh pihak-pihak tidak sewajarnya menjadi batu penghalang kepada Mahkamah untuk memutuskan sesuatu kes. Kedudukan hujahan pihak-pihak telah dijelaskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Diana Nelson Tanoja v PP [2010] 2 MLJ 573 seperti berikut: “[37] ….. Therefore it could be seen that submission at the end of the defence case is discretionary and not mandatory. Therefore the learned trial judge could if he wanted to, decide without having the need to hear submission from defence counsel. Submission is not evidence and hence the judgment is not defective. If the law categorically states that it is not mandatory for counsel to make submission, we can see no reason why it is mandatory for the learned trial judge to hear submission. What, if learned counsel 5 chooses not to make submission? Is the learned trial judge still obliged to call upon learned counsel to make submission? If indeed the law intends that the learned trial judge should hear submission than it would say so in no uncertain terms.
38
Having perused the notes of evidence of the learned trial judge we observed that the learned trial judge did consider the submission of learned counsel (see pp 140–144 of the appeal record, Vol 1). Thus, this fact lends credence to the date 18 January being a typographical error.
39
We therefore say that there is no basis for learned counsel for the appellant to allege that the learned trial judge has prejudged the matter even before submission is heard and that this has prejudiced the rights of the appellant.”
4
Oleh itu dalam kes ini adalah tidak wajar untuk ditangguhkan keputusan di akhir kes pendakwaan disebabkan pihak-pihak tidak bersedia dengan hujahan atau hujahan balas. Pada hemat Mahkamah, Mahkamah akan gagal dalam menunaikan tanggungjawab dan amanah untuk menegakkan keadilan di dalam kes ini semata-mata disebabkan ketiadaan hujahan-hujahan bertulis daripada pihak-pihak. Ini selari dengan maksim undang-undang bahawa keadilan yang lewat akan menyebabkan ketidakadilan, keadilan yang tergesa-gesa akan menyebabkan keadilan terkubur. Ini perlu dielakkan daripada berlaku dalam kes ini.
5
Oleh yang demikian Mahkamah ini berpendapat keputusan kes ini di akhir kes pendakwaan perlu diputuskan berdasarkan kepada keterangan-keterangan yang dikemukakan di Mahkamah dan prinsip undang-undang yang sudah terang lagi bersuluh. Ketiadaan hujahan daripada pihak-pihak secara tuntas tidak akan menyebabkan ketidakadilan dalam kes ini kepada pihak pendakwaan dan pihak OKT.
6
Pihak pendakwaan telah mengemukakan lima orang saksi sebelum menutup kes pendakwaan. Keterangan pendakwaan menunjukkan bahawa pada 21.12.2019 lebih kurang jam 12.00 tengahari SP4 telah menerima maklumat daripada sumber berkenaan satu aktiviti-aktiviti pengedaran dadah yang akan berlaku di sebuah homestay beralamat di No. 6 Persiaran Izona 1/1, Dynaton Izona Bukit Bendera, 28400 Mentakab, Pahang.
7
Pada jam lebih kurang 1.30 petang, pegawai serbuan iaitu SP4 dan anggota operasi telah bergerak ke homestay tersebut. Mereka terus menuju ke tingkat atas homestay dan mengetuk pintu bilik ketiga bahagian kanan homestay tersebut. Hasil pemeriksaan mendapati bahawa penama ialah Nabil Fikri bin Mohd Zaki iaitu OKT. Pemeriksaan fizikal dilakukan ke atas OKT tapi tiada sebarang barang salah atau dadah ditemui. Pemeriksaan lanjut dalam bilik telah menjumpai atas lantai satu beg berzip warna hitam berlogo “G”. Dalam beg tersebut dijumpai dadah yang menjadi pertuduhan bagi kesalahan di bawah s. 12 (2) ADB 1952.
8
Dalam pemeriksaan seterusnya juga SP4 menyatakan turut ditemui segugus kunci berlogo “H” dan kunci berpelekat “S1” dan “R”. Ujian dijalankan kepada kunci tersebut oleh SP4 dan mendapati bahawa ianya sepadan pintu masuk bilik itu dan kunci berpelekat “C1” sepadan dengan pintu masuk homestay tersebut. SP4 menyatakan dalam keterangannya ia telah dipandu arah oleh OKT dan dengan segugus kunci berlogo “H” itu telah dapat dibuka sebuah kenderaan Honda City warna putih nombor pendaftaran WVW4150.
9
Pemeriksaan telah dibuat terhadap kenderaan tersebut dan telah ditemui setelah ditunjukkan oleh OKT di bahagian bonet belakang kenderaan itu terdapat satu bungkusan plastik warna biru yang terselit di bahagian dinding kiri sebelah dalam bonet belakang kenderaan tersebut. Seterusnya pemeriksaan dilakukan pada bahagian bawah papan pemuka sebelah tempat duduk penumpang hadapan dan menjumpai satu peket plastik lutsinar dan hijau yang terdapat di dalamnya ketulan dan serbuk keputihan. Dalam serbuan tersebut juga ditemui satu botol kaca lutsinar bertulis Cap Limau, alat seal plastik eletrik warna biru FS Plastic Film Sealer, telefon bimbit dan wang tunai berjumlah RM3,209.00.
10
SP3 iaitu adik kandung kepada OKT telah mengesahkan dalam keterangannya bahawa kenderaan tersebut adalah merupakan miliknya. Ia juga digunakan oleh ibu dan bapa SP3. Kunci kereta tersebut diletakkan di bahagian yang boleh digunakan oleh mana-mana anggota keluarga dan orang lain. SP3 menyatakan bahawa ketika kejadian dia tidak mengetahui kenderaannya itu digunakan oleh OKT. Pada masa itu SP3 sedang menjalani kursus di Kuala Lumpur dan meninggalkan kereta itu di rumah beliau.
11
Sementara itu SP2 pula memberikan keterangan di Mahkamah bahawa dia adalah pemilik kepada inap desa tersebut. Dia mengesahkan bahawa OKT adalah merupakan penyewa di rumah inap desa tersebut. Namun begitu tiada sebarang dokumen bertulis dikemukakan berkenaan perjanjian di antara OKT dan SP2 berkenaan dengan penyewaan bilik di rumah inap desa tersebut.
12
SP2 juga menyatakan bahawa terdapat juga kunci yang dimiliki oleh dia bagi membolehkan pemeriksaan dilakukan pada bila-bila masa ke dalam rumah tersebut. Pendakwaan juga telah mengemukakan gambar-gambar bilik dan rumah inap desa tersebut untuk pemerhatian Mahkamah.
13
SP4 dalam keterangannya menyatakan bahawa dia telahpun memberikan kata-kata amaran kepada OKT sebelum OKT membawanya ke dalam kereta sehingga terjumpanya dadah yang berkaitan. Kata-kata amaran tersebut dapat dilihat di P22 seperti berikut:
14
Ini telah digambarkan melalui laporan polis iaitu P21 yang disediakan oleh SP4. SP4 mengakui bahawa barang-barang kes yang ditemui dalam kereta tersebut adalah memerlukan kepada pemeriksaan teliti oleh SP4 dan anggota serbuannya. SP4 juga mengesahkan bahawa pegawai penyiasat iaitu SP5 telahpun mengambil sampel-sampel DNA dalam kereta dan barang kes serta cap jari untuk tujuan pemeriksaan. Keterangan SP4 dan SP5 mengesahkan bahawa hasil laporan DNA dan laporan cap jari adalah negatif dan tidak dapat 10 mengaitkan OKT dengan dadah-dadah tersebut. Ini bermakna keterangan yang dapat mengaitkan OKT dengan dadah-dadah di dalam kenderaan tersebut adalah keterangan SP4 yang menyatakan bahawa kunci kereta tersebut berada berdekatan dengan OKT di dalam bilik semasa serbuan dilakukan.
15
SP4 dan SP5 tidak menolak kemungkinan bahawa kenderaan tersebut boleh digunakan oleh ramai orang sebelum kejadian tersebut. Apa yang lebih menarik dalam kes ini ialah SP5 menyatakan bahawa semasa kenderaan itu dirampas tiada sebarang gambar atau pengesahan berkenaan nombor chasis kereta tersebut. Setelah kereta tersebut disimpan lama dengan pihak polis timbul isu pengecaman kenderaan tersebut adalah berdasarkan kepada nombor kenderaan iaitu WVW4150 tanpa sebarang pengesahan nombor chasis di kenderaan tersebut. SP5 mengesahkan bahawa kewujudan nombor chasis adalah penting bagi kes ini untuk mengesahkan bahawa kenderaan yang dirampasnya itu adalah sama dengan kenderaan yang dikemukakan di Mahkamah.
16
Di samping itu apa yang lebih menarik dalam kes ini ialah apabila pihak pendakwaan, peguam dan pegawai penyiasat telah dengan kebenaran Mahkamah meninjau kedudukan kenderaan tersebut dan telah mengambil beberapa gambar yang ditandakan sebagai IDD31.
17
Dalam gambar tersebut di bahagian bonet belakang kereta telah didapati banyak pakaian wanita. SP4 dalam keterangannya tidak pasti sama ada semasa dia menyerahkan kenderaan tersebut kepada SP5 11 adakah terdapat pakaian wanita tersebut. SP5 pula menyatakan bahawa dia tidak membuat pemeriksaan DNA ke atas pakaian wanita tersebut disebabkan OKT adalah seorang lelaki yang menjadi suspek utama dalam kes ini. Oleh itu tiada sebarang keperluan untuk ujian DNA dibuat ke atas pakaian-pakaian wanita tersebut.
18
Penelitian kepada keterangan dapat difahami bahawa kewujudan pakaian wanita tersebut adalah disebabkan SP3 iaitu adik OKT dan ibu OKT menggunakan kenderaan tersebut. Adalah tidak boleh ditolak kemungkinan bahawa pakaian tersebut adalah digunakan oleh SP3 ataupun wanita-wanita lain. Apa yang perlu diberikan perhatian dalam kes ini ialah ketidakpastian sama ada pakaian tersebut telah ada sebelum daripada SP4 menyerahkan kereta tersebut kepada SP5 ataupun ianya berada kemudian. Sekiranya pakaian-pakaian tersebut tiada kepentingan dalam kes ini maka timbul persoalan mengapa pakaian-pakaian tersebut tidak dipulangkan kepada pihak yang sepatutnya.
19
Namun demikian perlu diberi perhatian bahawa isu berkenaan dengan kenderaan tersebut hanya timbul setelah barang-barang kes diserahkan oleh SP4 kepada SP5 dan dadah-dadah tersebut telah dihantar untuk ujian makmal di Jabatan Kimia dan telah disahkan oleh ahli kimia iaitu SP1 sebagai dadah-dadah berbahaya. Oleh itu sebarang eksibit yang berada dalam kenderaan tersebut tidak sewajarnya mempengaruhi dapatan berkenaan dadah-dadah tersebut adalah dadah-dadah berbahaya.
20
Persoalannya ialah adakah kewujudan pakaian-pakaian tersebut yang tidak dipastikan wujud sebelum SP4 menyerahkan kenderaan tersebut kepada SP5 telah menyebabkan pihak pendakwaan tidak dapat melunaskan tanggungjawabnya untuk membuktikan satu kes prima facie bagi pertuduhan pengedaran dadah untuk dadah-dadah di dalam kenderaan.
21
Adakah disebabkan kunci kereta tersebut berada berdekatan dengan OKT dan dakwaan bahawa OKT telah membawa SP4 ke kenderaan tersebut menyebabkan OKT dapat dikaitkan dengan dadah-dadah tersebut? Keterangan yang tidak boleh diketepikan oleh Mahkamah ialah barang-barang kes yang ditemui di dalam bilik melibatkan barang-barang yang pada lazimnya dapat dikaitkan dengan aktiviti pengedaran dadah iaitu sealer dan plastik-plastik kecil.
22
Di samping itu adakah jumlah wang sebanyak RM3,209.00 juga memberi satu gambaran bahawa aktiviti pengedaran dadah-dadah telah dilakukan oleh OKT? Namun begitu SP5 dalam keterangan menyatakan seperti berikut: S : So tuan tidak boleh pastikan sama ada gambar wang ini sama dengan wang yang dirampas betul? J : Betul. S : Jadi gambar yang ada di ID16 ini bukan gambar yang diambil dengan kehadiran tuan betul? J : Betul.
23
Adalah menjadi undang-undang yang mantap bahawa di akhir kes pendakwaan adalah menjadi tugas pendakwaan untuk membuktikan satu kes prima facie. Frasa prima facie telah dijelaskan di bawah seksyen 180 KPJ seperti berikut: "180 Procedure after conclusion of case for prosecution
1
When the case for the prosecution is concluded, the Court shall consider whether the prosecution has made out a prima facie case against the accused.
2
If the Court finds that the prosecution has not made out a prima facie case against the accused, the Court shall record an order of acquittal.
3
If the Court finds that a prima facie case has been made out against the accused on the offence charged the Court shall call upon the accused to enter on his defence.
4
For the purpose of this section, a prima facie case is made out against the accused where the prosecution has adduced credible evidence proving each ingredient of the offence which if unrebutted or unexplained would warrant a conviction." [24] Pendekatan yang perlu digunakan oleh mahkamah ketika memutuskan sama ada terdapatnya satu kes prima facie di akhir kes pendakwaan telah dijelaskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Abdullah Atan v. PP & Other Appeals [2020] 9 CLJ 151 yang menyatakan bagi tujuan untuk menentukan sama ada terdapat kes prima facie mahkamah perlu menggunakan anggapan inferen, selain daripada itu keterangan langsung bagi membuktikan satu kes prima facie. Ini dinyatakan seperti berikut: “[42] The purpose of s. 180(4) CPC was thus not to exclude the use of presumptions, inferences, or anything other than direct evidence, to establish a prima facie case. On the contrary:
i
the Privy Council in Haw Tua Tau itself expressly envisaged that inferences may be drawn from the primary facts adduced, and the court must presume such inferences to be true at the close of the prosecution's case; and
II
(ii) statutory presumptions have often been invoked by the prosecution in order to establish a prima facie case of drug trafficking in previous cases. No concern was raised in Parliament as to the use of presumptions when considering amendments to s. 180 of the CPC (see Mohamad Radhi Yaakob v. PP [1991] 3 CLJ 2073; [1991] 1 CLJ (Rep) 311; [1991] 3 MLJ 169; and Tan Boon Kean v. PP [1995] 4 CLJ 456; [1995] 3 MLJ 514). [43] Section 180(4) of the CPC must be read in light of its context and legislative purpose. By so doing, the phrase "credible evidence proving each ingredient of the offence" in s. 180(4) means that the prosecution may prove each ingredient of the offence either:
i
by adducing credible direct evidence of that ingredient;
II
(ii) by drawing inferences of fact, ie, adducing credible circumstantial evidence, from which the ingredient can be inferred; or
III
(iii) by invoking presumptions of law, ie, adducing credible evidence of the relevant basic facts, to invoke a statutory presumption that the ingredient exists. [44] As to what constitutes 'a prima facie' case, the judgment of Vincent Ng J (as he then was) in PP v. Ong Cheng Heong [1998] 4 CLJ 209 is instructive. Although Ong Cheng Heong (supra) was decided prior to the amendment in 2006, we respectfully endorse His Lordship's views, at p. 225: What then constitutes a 'prima facie case'? 'Prima facie' means on the face of it or at first glance.... perhaps the most appropriate definition of 'a prima facie case' could be found in the Oxford Companion of Law (p. 987), which has it as: "A case which is sufficient for an answer. While prima facie evidence is evidence which is sufficient to establish a fact in the absence of any evidence to the contrary, but is not conclusive". It would follow that there should be credible evidence on each and every ingredient of the offence. Credible evidence is evidence which has been filtered and which has gone through the process of evaluation. Any evidence which is not safe to be acted upon, should be rejected. (emphasis added) At p. 224, His Lordship said: ... to me, maximum evaluation simply means evaluation, on a prima facie basis, of each and every essential ingredient of the charge as tested in cross-examination. In other words, maximum evaluation connotes quantitative rather than qualitative evaluation of the evidence; with focus more on the evidential burden in terms of evidence led, rather than the persuasive burden in terms of qualitative degree of proof." [25] Apa yang jelas daripada takrifan prima facie ialah adakah dengan sepintas pandangan keterangan-keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan telah menunjukkan intipati kesalahan telah wujud. Keterangan-keterangan tersebut hendaklah diteliti bagi membolehkan sabitan disandarkan kepada keterangan-keterangan tersebut sekiranya Tertuduh dipanggil membela diri dan memilih untuk berdiam diri. Begitu juga sekiranya Tertuduh memilih untuk memberi keterangan, maka keterangan-keterangan yang dikemukakan oleh Tertuduh adalah boleh menyanggah keterangan-keterangan pendakwaan. Hal ini telah dinyatakan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Balachandran v PP [2005] 1 CLJ 85 seperti berikut: “As the accused can be convicted on the prima facie evidence it must have reached a standard which is capable of supporting a conviction beyond reasonable doubt. However it must be observed that it cannot, at that stage, be properly described as a case that has been proved beyond reasonable doubt.” Elemen-elemen Kesalahan
a
Dadah yang dijumpai adalah dadah berbahaya [26] Dalam kes ini fakta bahawa dadah-dadah yang ditemui di kenderaan dan bilik inap desa tersebut adalah merupakan dadah berbahaya sudah terang lagi bersuluh berdasarkan kepada laporan kimia yang disediakan oleh SP1. Dalam laporan tersebut dinyatakan bahawa dadah-dadah yang diperiksanya setelah dihantar oleh pegawai penyiasat adalah merupakan dadah berbahaya yang dijadualkan di bawah ADB 1952. Mahkamah juga mendapati dadah-dadah yang telah dirampas daripada premis dan kenderaan telah dikendalikan oleh SP4 dan SP5 serta dikemukakan untuk pemeriksaan oleh SP1 yang tidak dapat ditunjukkan berlakunya pemutusan rangkaian eksibit-eksibit tersebut sehinggalah laporan kimia dikeluarkan oleh SP1. [27] Ini bermakna elemen pertama bagi kesalahan-kesalahan yang dipertuduhkan terhadap OKT telah dapat dibuktikan oleh pihak pendakwaan.
b
Pemilikan dadah Adakah dadah-dadah di dalam bilik inap desa tersebut dalam pemilikan OKT [28] Penelitian kepada keterangan menunjukkan bahawa dadah yang ditemui dalam bilik yang berada berdekatan dengan OKT telah tidak dapat menunjukkan bahawa ianya berada di dalam milikan selain daripada milikan OKT. Ini adalah disebabkan pada masa kejadian tersebut hanya OKT seorang sahaja yang berada dalam bilik tersebut bersama-sama dengan dadah-dadah tersebut. Keterangan SP4 yang menyatakan bahawa tiada sebarang keterangan yang menunjukkan terdapat penghuni-penghuni lain di dalam bilik lain di inap desa tersebut telah menunjukkan bahawa pada masa yang matan OKT adalah mempunyai kawalan, pengetahuan dan pemilikan dadah-dadah tersebut. Ianya berbeza sekiranya terdapat keterangan-keterangan lain yang menunjukkan adanya penghuni lain di tempat kejadian tersebut atau sebarang keterangan yang mencadangkan dadah-dadah tersebut berada di dalam bilik lain selain daripada bilik yang diduduki oleh OKT. [29] Ini bermakna Mahkamah ini berpendapat keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan telah berjaya menimbulkan satu kes prima facie bagi pertuduhan di bawah s. 12(2) ADB 1952. Pemilikan dadah-dadah dalam kereta Honda City WVW4150 [30] Berdasarkan keterangan yang dikemukakan adalah didapati bahawa penemuan dadah-dadah dalam kenderaan tersebut adalah berpunca daripada kunci kenderaan yang didapati bersama-sama dengan OKT. Tindakan SP4 yang melakukan pertanyaan kepada OKT telah membawa kepada kejayaan SP4 dan pasukannya membuka kenderaan Honda City tersebut sehingga terjumpanya dadah-dadah di dalam kenderaan tersebut. Apa yang jelas daripada keterangan SP4 ialah ia telah ditunjuk arah oleh OKT dan adalah ekoran daripada kenyataan yang diberikan oleh OKT di dalam P22 tersebut. [31] Fakta yang tidak dapat dinafikan ialah kenderaan tersebut telah berada di premis inap desa tersebut. Keterangan juga menunjukkan bahawa kenderaan tersebut seperti yang dinyatakan oleh SP3 juga telah pernah digunakan oleh orang lain sebelum ini. [32] Mahkamah juga mendapati bahawa tiada keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan untuk menunjukkan sudah berapa lama kenderaan tersebut berada di inap desa tersebut atau bilakah OKT telah menggunakan kenderaan tersebut. Pada hemat Mahkamah keterangan demikian adalah penting untuk menunjukkan bahawa kenderaan tersebut telah digunakan oleh OKT dalam satu tempoh yang tidak membolehkan dikatakan kenderaan tersebut telah digunakan oleh orang lain sebelum ini bagi menolak dakwaan bahawa dadah-dadah tersebut telah dimasukkan oleh pihak lain selain dari OKT dalam kenderaan tersebut. [33] Ketiadaan keterangan itu menyebabkan fakta bahawa dadah-dadah tersebut telah ditemui di dalam kereta tersebut tidak dapat menunjukkan bahawa OKT memiliki kawalan, pengetahuan dan milikan dadah-dadah tersebut. Ini ditambah pula dengan ketiadaan keterangan kesan cap jari atau kesan DNA pada dadah-dadah yang ditemui dalam kenderaan tersebut. Mahkamah sedar bahawa keterangan DNA dan laporan cap jari bukanlah keterangan konklusif bagi menunjukkan pemilikan dadah-dadah tersebut oleh OKT. Namun ia adalah keterangan sokongan yang boleh mengesahkan atau menyakinkan Mahkamah bahawa OKT mempunyai hubung kait dengan dadah-dadah yang ditemui dalam kenderaan tersebut. Mahkamah ini tidak wajar menolak keterangan pendakwaan berkenaan dadah-dadah dalam kenderaan tersebut walaupun ketiadaan keterangan sokongan berkenaan hasil DNA dan laporan cap jari. Ini dapat dilakukan sekiranya keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan itu sendiri berkenaan keberadaaan dadah-dadah tersebut dalam kenderaan tersebut adalah hasil langsung daripada tindak tanduk OKT yang dikatakan menggunakan kenderaan tersebut. Namun tiada keterangan yang dapat menunjukkan hal yang sedemikian untuk dijadikan sandaran oleh Mahkamah bagi menyatakan bahawa keterangan pendakwaan telah dapat menunjukkan bahawa OKT mempunyai pemilikan, kawalan dan pengetahuan dadah-dadah tersebut. [34] Selain daripada itu Mahkamah juga mendapati timbul persoalan di dalam kes pendakwaan bagaimana kewujudan pakaian-pakaian wanita dalam kenderaan tersebut dapat mengesahkan bahawa hanya OKT sahaja yang mempunyai kawalan kepada kenderaan tersebut. SP4 dan SP5 dalam keterangan mereka tidak dapat menjawab persoalan tersebut bagi menangkis inferens bahawa terdapat orang lain yang mempunyai akses kepada bahagian bonet belakang kenderaan di mana dadah-dadah itu ditemui. Sekiranya keterangan SP4 dan SP5 dapat menjelaskan berkenaan kewujudan dan siapakah pemilik pakaian-pakaian tersebut maka ia dapat membantu pihak pendakwaan bagi menyatakan bahawa kenderaan tersebut adalah dikendalikan semata-mata oleh OKT seorang sahaja sebelum dadah-dadah tersebut ditemui oleh SP4 dan anggotanya dalam kenderaan tersebut. [35] Peguam OKT telah menyatakan dalam hujahan bahawa kereta Honda City tersebut bukannya milik OKT. Oleh yang demikian ia menunjukkan dadah-dadah yang ditemui tersebut tiada kaitan dengan OKT ditambah pula OKT tidak berada dalam kereta tersebut. Dalam hal ini Mahkamah perlu mengambil perhatian bahawa kes ini adalah melibatkan pemilikan dan pengedaran dadah-dadah. Ia bukannya berkaitan dengan siapakah yang memiliki kenderaan tersebut. Oleh itu fakta bahawa kenderaan tersebut bukannya milik OKT tidak sewajarnya dijadikan alasan untuk menjejaskan kes prima facie di akhir kes pendakwaan. Ini telah dinyatakan dalam kes PP v Letchumanan a/l Suppiah [2006] 2 MLJ 555 di mana Mahkamah Rayuan menyatakan seperti berikut: “[15] With due respect to the learned judge, in the light of what we have said earlier, this issue of the ownership of the motorcycle is an irrelevant one. The issue is one of custody or control of the orange plastic packet in the carrier basket of the motorcycle which in the circumstances of this case would not involve the ownership of the motorcycle on which the accused was riding wherein in the carrier basket within sight of the accused and the police party was found 'anything whatsoever containing any dangerous drug'. If the defence had been called, the accused might be able to explain away the presence of the plastic packet in the basket in front of him. But that is a different matter altogether. In any event, the name Ganeson a/l Suppiah never came out in the evidence of the prosecution in any culpable manner. The case against the accused was based on the observation made by PW5 and his team prior to the arrest and the accused's conduct which clearly showed that the accused was in custody or control of the orange packet in the carrier basket of the motorcycle. There was not even a suggestion by the defence that someone else had placed the drugs in the carrier basket. On the other hand, the totality of the evidence led by the prosecution including the cross examination of the witnesses by the defence never showed the culpability of anyone other than the accused in the matter. In our view, without calling Ganeson a/l Suppiah, the prosecution was able to discharge the burden of establishing possession with knowledge of the drugs in the accused with the aid of the presumption under s 37(d) of the Act. The ownership of the drugs was never in issue. Custody or control of them would suffice to constitute an essential step in the direction for a charge under s 39B of the Act.” [36] Ini bermakna dalam kes ini siapakah pemilik kenderaan tersebut bukanlah pertimbangan untuk menyatakan bahawa OKT tidak mempunyai milikan dadah-dadah tersebut. Ia adalah disebabkan apa yang perlu diputuskan oleh Mahkamah ialah adakah dadah-dadah dalam kenderaan tersebut adalah dalam kawalan, milikan dan pengetahuan OKT. [37] Oleh yang demikian keterangan-keterangan berkenaan dengan OKT dengan kenderaan tersebut adalah wajar dipertimbangkan untuk memutuskan sama ada dadah-dadah yang dijumpai dalam kenderaan tersebut adalah dalam milikan, kawalan dan pengetahuan OKT dan bukannya siapakah pemilik kenderaan tersebut. Begitu juga fakta bahawa terdapatnya kad-kad stesen minyak, resit perbankan dan resit servis kereta dalam kenderaan Honda City tersebut tidak menyebabkan pihak pendakwaan gagal membuktikan satu kes prima facie terhadap OKT. [38] Begitu juga fakta bahawa OKT dikatakan tidak ditangkap dalam kenderaan tersebut bersama-sama dengan dadah tersebut tidak semestinya menyebabkan pihak pendakwaan gagal membuktikan satu kes prima facie seperti yang terdapat dalam kes PP v Abdul Rahman bin Akif [2007] 5 MLJ 1. [39] Namun demikian dalam kes ini Mahkamah perlu meneliti penyataan yang dibuat oleh OKT melalui s. 37B(1)(b) ADB 1952 seperti yang terdapat di perenggan [13] di atas. Ia adalah sebagai jambatan penghubung di antara dadah-dadah yang dijumpai dalam kenderaan tersebut dengan OKT. Ketiadaan keterangan tersebut sudah pasti akan menyebabkan tiadanya hubungan di antara OKT dan dadah-dadah tersebut. Persoalannya ialah bagaimanakah Mahkamah perlu melihat kenyataan tersebut. [40] Pihak peguam OKT telah membangkitkan bahawa s. 37B(1)(b) ADB 1952 sudah tidak terpakai ekoran daripada pindaan s. 113 KPJ yang melalui Criminal Procedure Code (Amendment) Act 2007 (A. 1304). Namun demikian ia tidak menukar kedudukan di bawah s. 37B(1)(b) ADB 1952. Ia membawa maksud peruntukan tersebut masih terdapat dalam ADB 1952 dan ia tidak pernah diputuskan sebagai tidak berkuat kuasa. Namun demikian dalam menentukan sama ada kenyataan yang diberikan oleh OKT di bawah s. 37B(1)(b) tersebut adalah boleh diterima oleh Mahkamah atau tidak wajar sekiranya Mahkamah merujuk kepada panduan yang diberikan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Tan Ewe Huat v PP [2004] 1 MLJ 559 seperti berikut: “15 It is trite law that there is no burden on an accused to prove that the statement recorded from him is involuntary. The burden lies on the prosecution to show positively that the statement was voluntarily given. There is also no burden on the accused to raise a reasonable doubt as to the voluntariness of a cautioned statement. The only burden on the accused is to show suspicious circumstances surrounding the making of, or recording of, the cautioned statement. So long as the suspicion is reasonable as to the voluntariness of the statement, it is incumbent on the trial judge to hold it inadmissible. (See Chan Ming Cheng v Public Prosecutor [2002] 3 MLJ 733 (refd)). 16 Since the conviction was based mainly on the cautioned statement where human life hangs in the balance, we are inclined to consider the four factors as a package and not by piecemeal approach as adopted by the learned trial judge and the Court of Appeal. To our mind, the combined effect of the aforesaid four factors has given rise to a reasonable suspicion as to the voluntariness of the statement, in particular, with regard to the second factor where the appellant claimed that he fabricated the incriminating admission for the benefit of the co-accused. The Court of Appeal in R v Rennie [1982] 1 All ER 385 (refd) CA held that where an accused confessed in the hope that he or someone close to him might benefit thereby, it is for the judge to decide in such a case whether the voluntariness of the confession was destroyed or not. The judge should understand the principle and spirit behind the requirement that if a statement by an accused is to be admissible in evidence against him, the prosecution must show it to be a voluntary statement in the sense that it was not obtained from him either by fear of prejudice or hope of advantage exercised or held out by a person in authority, remembering that 'voluntary' in ordinary parlance means 'of one's own free will' ( see Sarkar On Evidence (15 th Ed) 1999 at p 458). However, in the case at hand, upon a scrutiny of the judgment of the learned judge, we are satisfied that the learned judge did not at all consider whether the voluntariness of the incriminating admissions in the cautioned statement was destroyed or not by the fact that the appellant made the said admissions in the hope that someone close to him might benefit thereby. In our view, the learned judge ought to have considered that point even if it appears that there was absence of any hope of advantage held out by someone in authority. The fact that the co-accused was also charged subsequently is immaterial. What is pertinent are the circumstances prevailing at the time of the making of the cautioned statement. The learned judge merely held that the cautioned statement was voluntarily given by the appellant because he was satisfied that the caution administered to the appellant was proper and the appellant understood the caution and there was no inducement when the cautioned statement was given. Although the learned judge did say that he did not accept the appellant's claim that the appellant fabricated the incriminating admissions in the cautioned statement in order to save the co-accused, that statement by the learned judge is only concerned with the fact that he did not believe the appellant that the incriminating admissions were fabricated rather than on the voluntariness of the cautioned statement. Therefore, there was non-direction on the part of the learned judge. The non-direction tantamounts to a misdirection.” Begitu juga dalam kes Hasibullah bin Mohd Ghazali v PP [1993] 3 MLJ 321. [41] Mahkamah juga perlu meneliti keadaan semasa kenyataan itu diberikan kepada pihak polis dalam konteks kes ini SP4. Adalah tidak memadai untuk SP4 hanya membacakan kehendak s. 37B(1)(b) ADB 1952 kepada OKT tanpa Mahkamah perlu menimbangkan semasa kejadian OKT berseorangan dikerumuni oleh SP4 dan anggota serbuan yang lain. Dalam keadaan sedemikian OKT telahpun membuat kenyataan seperti di P22. Hal ini telah dinyatakan dalam kes PP v Muhamad Nasir bin Shaharuddin & Anor [1994] 2 MLJ 576. [42] Dalam kes ini Mahkamah berpendapat kenyataan yang diberikan di bawah s. 37B(1)(b) ADB 1952 adalah sukar untuk diterima oleh Mahkamah sebagai kenyataan yang dapat mengaitkan OKT dengan dadah-dadah dalam kenderaan tersebut. Oleh itu tidak dapat dikaitkan dadah dalam kenderaan tersebut dengan OKT. Penelitian kepada keterangan yang ada menunjukkan satu kes prima facie tidak dapat dibuktikan oleh pihak pendakwaan terhadap OKT bagi dadah-dadah yang dijumpai dalam kenderaan tersebut. [43] Walau bagaimanapun dengan keterangan-keterangan di atas timbul persoalan adakah pihak pendakwaan telah melunaskan tanggungjawab di akhir kes pendakwaan untuk membuktikan satu kes prima facie untuk OKT mengemukakan pembelaannya. Mahkamah berpendapat berdasarkan kepada keterangan-keterangan di atas pihak pendakwaan tidak dapat melunaskan tanggungjawab dalam menunjukkan bahawa dadah-dadah dalam kereta tersebut adalah dalam milikan OKT.
c
Pengedaran dadah [44] Satu lagi elemen bagi pertuduhan di bawah s. 39B ADB 1952 adalah pengedaran dadah. Ia boleh dibuktikan sama ada melalui keterangan langsung bagi maksud takrifan pengedaran dadah di bawah s. 2 ADB 1952 atau pihak pendakwaan bergantung kepada anggapan pengedaran seperti yang diperuntukkan di bawah s. 37(da) ADB 1952 seperti berikut: “37 Presumption (da) any person who is found in possession of-
i
15 grammes or more in weight of heroin;
II
(ii) 15 grammes or more in weight of morphine;
III
(iii) 15 grammes or more in weight of monoacetylmorphines; (iiia) a total of 15 grammes or more in weight of heroin, morphine and monoacetylmorphines or a total of 15 grammes or more in weight of any two of the said dangerous drugs;
IV
(iv) 1,000 grammes or more in weight of prepared opium;
v
1,000 grammes or more in weight of raw opium; (va) a total of 1,000 grammes or more in weight of prepared opium and raw opium;
VI
(vi) 200 grammes or more in weight of cannabis,
VII
(vii) 200 grammes or more in weight of cannabis resin;
VIII
(viii) a total of 200 grammes or more in weight of cannabis and cannabis resin;
IX
(ix) 40 grammes or more in weight of cocaine;
x
2,000 grammes or more in weight of cocoa leaves;
XI
(xi) 50 grammes or more in weight of 2-Amino-1-(2, 5- dimethoxy-4-methyl) phenylpropane;
XII
(xii) 50 grammes or more in weight of Amphetamine;
XIII
(xiii) 50 grammes or more in weight of 2, Dimethoxyamphetamine (DMA);
XIV
(xiv) 50 grammes or more in weight of Dimethoxybromoamphetamine (DOB);
XV
(xv) 50 grammes or more in weight of 2,5-Dimethoxy-4- ethylamphetamine (DOET);
XVI
(xvi) 50 grammes or more in weight of Methamphetamine;
XVII
(xvii) 50 grammes or more in weight of 5-Methoxy-3, 4- Methylenedioxyamphetamine (MMDA);
XVIII
(xviii) 50 grammes or more in weight of Methylenedioxyamphetamine (MDA);
XIX
(xix) 50 grammes or more in weight of N-ethyl MDA;
XX
(xx) 50 grammes or more in weight of N-hydroxy MDA;
XXI
(xxi) 50 grammes or more in weight of N-methyl-l-(3, 4- methylenedioxyphenyl)-2-butanamine;
XXII
(xxii) 50 grammes or more in weight of 3,4- Methylenedioxymethamphetamine (MDMA);
XXIII
(xxiii) 50 grammes or more in weight of Paramethoxyamphetamine (PMA);
XXIV
(xxiv) 50 grammes or more in weight of 3,4,5- Trimethoxyamphetamine (3, 4, 5-TMA); or
XXV
(xxv) a total of 50 grammes or more in weight of any combination of the dangerous drugs listed in subparagraphs
XI
(xi) to (xxiv), otherwise than in accordance with the authority of this Act or any other written law, shall be presumed, until the contrary is proved, to be trafficking in the said drug.” [45] Dalam kes ini Mahkamah perlu memberi perhatian bahawa ini adalah di peringkat kes pendakwaan. Pihak pendakwaan hanya perlu membuktikan satu kes prima facie. Adakah berdasarkan kepada keterangan-keterangan pendakwaan setakat ini telah membolehkan pihak pendakwaan melunaskan tanggungjawab membuktikan satu kes prima facie di akhir kes pendakwaan. [46] Oleh itu Mahkamah berpendapat bahawa pihak pendakwaan telah gagal membuktikan satu kes prima facie bagi pertuduhan di bawah s. 39B ADB 1952 terhadap OKT. OKT dibebas dan dilepaskan. Bertarikh: 26hb. April 2024 (ROSLAN BIN MAT NOR) HAKIM MAHKAMAH TINGGI MALAYA TEMERLOH, PAHANG DARUL MAKMUR PIHAK-PIHAK: Bagi Pihak Pendakwa Raya Ain Nur’Amiyerra Awod Abdullah dan Lee Wai Yi Timbalan Pendakwa Raya Temerloh, Pahang Darul Makmur Bagi Pihak OKT Dinesh Muthal Tetuan Dinesh Muthal Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.