Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM, MALAYSIA RAYUAN SIVIL NO: DA-12B-26-07/2022 ANTARA NAGENTHIRAN A/L THANGARAJOO … PERAYU
DA-12B-26-07/2022
High Court of Malaysia2 Apr 2023
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“Simpanan Pekerjaan (KWSP) yang turut ditolak oleh Tuan HMS yang telah dibuktikan berjumlah RM 676.00 sebulan. Berkaitan caruman KWSP, Mahkamah Tinggi di dalam kes Lau Kung Kai v Abu Serah bin Bol (M) [2008] MLJU 352 telah menyatakan; “The complaint that the EPF contribution must not be taken into account has no merits”
“h Hakim Suraya Othman HMT (pada ketika itu) di dalam kes Devadass a/l Raju v Tham Soon Kum & ors [2013] 1 MLJ 700. [35] Manakala di dalam kes Azizah Abdul Manan & ors v Dr Norlelawati Ab Latip & ors [2013] MLJU 1614, Hakim Abdul Rahman Sebli HMT (pada ketika itu) pernah menimbang berkenaan award kepada ahli keluarga ap”
“h SP7 untuk melakukan aktiviti-aktiviti lain seperti rekreasi dan beriadah. [40] Peguam Perayu telah membawa perhatian Mahkamah kepada kes Nurul Husna Muhammad Hafiz & anor v Kerajaan Malaysia & ors [2014] MLJU 1922 di mana Hakim Vazeer Alam PK (pada ketika itu) telah membenarkan kos pembantu rumah serta kos penjagaan”
“ayu berhak untuk memilih pilihan yang terbaik buatnya. (rujuk; Sevasangar a/ P Ramasamy dan satu lagi lwn Abdul Nazar [2014] 8 MLJ 236 dan Seeni Ibrahim Naina Mohamed & anor v Mohd Fazli bin Sulaiman [2016] MLJU 1187). [53] Cadangan Perayu berkaitan kos kerusi roda tersebut adalah bersandarkan kepada keterangan SP4 dan”
“I noticed that it has been customary of the courts to make a lump sum award. [16] Pendekatan yang sama telah diambil di dalam kes Pusparajah a/l Bathmanaban dan satu lagi lwn Mohd Nizam bin Md Yamin [2016] MLJU 1293. [17] Mahkamah berpandangan bahawa penentuan perkataan yang digunakan di dalam seksyen 28A(2)(c)(i) dan”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM, MALAYSIA RAYUAN SIVIL NO: DA-12B-26-07/2022 ANTARA NAGENTHIRAN A/L THANGARAJOO … PERAYU
1
1.
2
YLS RESOURCES SDN BHD … RESPONDEN-RESPONDEN DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM, MALAYSIA SAMAN NO: DA-B53KJ-3-05/2020 ANTARA NAGENTHIRAN A/L THANGARAJOO … PLAINTIF DAN 1.
2
YLS RESOURCES SDN BHD … DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN Pendahuluan [1] Ini adalah merupakan satu rayuan oleh Perayu yang merupakan Plaintif di dalam tuntutan asal ke atas keputusan Tuan Hakim Mahkamah Sesyen Kota Bharu (Tuan HMS) bagi satu tuntutan tort kemalangan. Rayuan ini hanyalah ke atas kuantum. [2] Tuan HMS di dalam penghakimannya telah merekodkan isu liabiliti sebanyak 90% kecuaian Responden dan 10% kecuaian Perayu. Bagi isu kuantum, Tuan HMS memutuskan seperti berikut: LIABILITI Defendan 90% - Plaintif 10%
a
Gantirugi am RM371,700.00
b
Gantirugi khas RM7,803.90 i. Kehilangan Pendapatan RM415,564.65 ii. Kos penjagaan (peringkat awal) RM172,800.00 iii. Kos penjagaan (peringkat kemudian) RM216,000.00 iv. Kos alat orthotik RM222,975.00 v. Kos Rehab Assistive Devices Ditolak vi. Kos depression medication Ditolak [3] Seramai 9 orang saksi telah dipanggil oleh Perayu manakala Responden tidak memanggil mana-mana saksi. Sejumlah 21 ekshibit dikemukakan seperti berikut: Perihal Mukasurat (Rekod Rayuan) Ekshibit i. Surat dan kontrak pekerjaan Plaintif yang dikeluarkan oleh EMRAIL Management Sdn Bhd 333-339 P1 ii. Slip-slip gaji Plaintif 340-349 P2 iii. Surat-surat, kontrak tawaran kerja dan sijil perhargaan Plaintif yang dikeluarkan oleh EMRAIL Management Sdn Bhd dan surat Leighton Contractors (Malaysia) Sdn Bhd 455-462 P3 iv. Sijil Kelayakan Keselamatan Diri di Landasan, Pas Kerja MMC-Gamuda Joint Venture dan Kad CIDB Plaintif 465-468 P4 v. Surat-surat EMRAIL Management Sdn Bhd 489-492 P5 vi. Slip-slip gaji Plaintif 493-509 P6 vii. Gambar-gambar jentera kerja Plaintif 468-473 P7 viii. Laporan pakar orthopedik oleh Dr. M.N. Manukaran bertarikh 26/9/2020 540-553 P8 ix. Laporan pakar orthopedik kedua oleh Dr. M.N. Manukaran bertarikh 23/3/2021 415-419 P9 x. Laporan pakar psikiatrik oleh Dr. Subash Kumar Pillai 427-433 P10 xi. Laporan pakar rehabilitasi oleh Dr. Kavitha Uma Ratnalingam bertarikh 28/5/2021 435-453 P11 xii. Pengesahan Penyakit oleh Dr. Wan Muhamad Afiq Wan Nik bertarikh 17/8/2018 278 P12 xiii. Resit Hospital HRPZ II 283-284 P13 xiv. Resit Hospital Kuala Krai 285 P14 xv. Resit-resit Hospital Shah Alam 286-292 P15 xvi. Resit Jitron Healthcare Sdn Bhd 298 P16 xvii. Tax Invoice dari Erikg Sdn Bhd 299 P17 xviii. Sijil Cuti Sakit AR436582 595 P18 xix. Sijil-sijil En. Santosh Kumar Prasad 570-573 P19 xx. Orthotic Assessment Report daripada Pusat Anggota Tiruan Central Sdn Bhd bertarikh 12/8/2020 554-569 P20 xxi. Orthotic Assessment Report daripada Secure Logic Tech Sdn Bhd bertarikh 7/1/2021 520-528 D21 Ditandakan melalui S.73A Akta Keterangan 1950 Prinsip rayuan berkaitan rayuan ke atas kuantum [4] Prinsip rayuan berkaitan kuantum adalah mantap sepertimana yang diputuskan di dalam kes Pang Ah Chee v. Chong Kwee Sang [1985] CLJ Rep 236; [1985] 2 CLJ 221; [1983] 1 MLJ 153 di mana Mahkamah Persekutuan melalui Hashim Yeop Sani HMP (pada ketika itu) telah memutuskan: "It is however long been settled that where a trial judge has erred in the "direction of being too generous" that would not by itself constitute a matter to be appeal from (Pahang Lim Siong Motor Co. & Anor v. Cheong Swee Khai & Anor). In Plywood & Sawmill Ltd v. Lock Ngan Loi Gill FJ (as he then was) explained the principle clearly when he said: "The general principle is that an appellate court can only interfere with an assessment if it is considered inordinately low or inordinately high as to make the court exclaim, 'Good gracious, is that the sum which has been awarded - that sum must be altered', or it is so much out of line with the discernable trend or pattern of awards in reasonably comparable cases that it must be regarded as a wholly erroneous estimate." In such assessment therein generally ample room for individual choice to arrive at a fair and reasonable figure and the appellate court is always slow to reverse the trial judge's decision on such assessment unless there are strong grounds for interference. The Federal Court in Kek Kee Leng v. Teresa Bong Nguk Chin & Anor following Lord Wright's judgment in Powell Duffryn Associated Collieries Ltd at pages 616-617 again stressed that it not enough that there is a balance of opinion or preference. "The scale must go down heavily against the figure attacked if the appellate court is to interfere whether on the ground of excess or insufficiency." [5] Perayu di dalam hujahannya membangkitkan 4 isu seperti berikut:
a
ganti rugi kehilangan pendapatan;
b
kos penjagaan Perayu;
c
kos alatan bantuan pemulihan (rehabilitation assistive devices); dan
d
kos ubat depresi Analisis dan dapatan mahkamah Isu (a); ganti rugi kehilangan pendapatan [6] Tuan HMS di dalam penghakimannya telah membenarkan sejumlah RM461,738.50 sebagai kehilangan pendapatan di mana Tuan HMS mengambilkira gaji pokok Perayu sebanyak RM5,150.00 sebulan dengan ditolak 1/3 (RM1,716) = RM3,433.00 x 134.5 bulan. Tuan HMS telah menolak tuntutan kerja lebih masa dan caruman EPF di atas alasan ia bukanlah merupakan pendapatan (“earnings”) sepertimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 28 Akta Undang-Undang Sivil 1956 (Akta 67). [7] Berdasarkan kepada keterangan yang telah diberikan, adalah tidak dipertikaikan bahawa Perayu adalah merupakan pekerja Emrail Management Sdn Bhd yang bertugas sebagai “Machine Operator (Tamper)”. Ia berdasarkan kepada keterangan oleh SP1 dan SP5 yang telah mengesahkan berkenaan pekerjaan serta pendapatan Perayu. [8] Berdasarkan kepada keterangan SP5, Mahkamah mendapati bahawa Perayu telah mula bekerja dengan Emrail Management Sdn Bhd pada 6/5/2017 dan Perayu diterima bekerja kerana Perayu adalah seorang yang berpengalaman dan berkemahiran bagi mengendalikan Tamper Machine. Prestasi Perayu adalah turut disahkan baik sehinggalah Perayu mengalami kemalangan pada 16/8/2018. [9] Mahkamah turut mendapati Perayu berada di dalam kontrak pekerjaan yang kali pertama pada 6/5/2017 sehingga 15/8/2018 sebelum dilanjutkan lagi dari 16/8/2018 sehingga 15/8/2019 (Ekshibit P1). Pada hari kejadian kemalangan, Perayu adalah di dalam tugas rasmi. [10] Selanjutnya Mahkamah turut mendapati Perayu telah ditamatkan pekerjaan melalui surat bertarikh 4/7/2019 (Ekshibit P5) dan SP5 di dalam keterangannya menyatakan; “Earlier the management understand his medical condition and the difficulties faced by him whereby the management has approved his prolong medical leave. His health condition will not able him to carry out his duty at Kelantan. So, the management has no choice but to end his contract upon the expiry of his contract.” [11] Keterangan SP5 ini pada pemerhatian Mahkamah telah gagal diapresiasi sebaiknya oleh Tuan HMS yang telah menyatakan bahawa Perayu adalah pekerja kontrak selama 2 tahun sahaja dan telah ditamatkan tempoh kerja bukannya diberhentikan dari kerja. Tuan HMS turut pada pandangan Mahkamah adalah terkhilaf apabila merumuskan bahawa tiada keterangan yang menunjukkan Perayu ditamatkan kontrak kerja akibat dari berlakunya kemalangan ke atas dirinya. [12] Kekhilafan Tuan HMS ini mewarankan campurtangan Mahkamah yang merumuskan bahawa Perayu telah dibuktikan sebagai seorang pekerja kontrak yang mempunyai pendapatan tetap dan pekerjaan Perayu juga telah terpaksa diberhentikan disebabkan oleh kemalangan yang menimpa dirinya. [13] Selain membuktikan bahawa Perayu adalah merupakan seorang pekerja, Mahkamah turut perlu menimbangkan wujudnya risiko sebenar dan substansial yang dihadapi oleh Perayu untuk memperoleh pendapatan yang sama sepertimana sebelum kemalangan. Ini telah dijelaskan oleh Mahkamah Persekutuan di dalam kes Ngooi Ku Siong & Anor v. Aidi Abdullah [1984] 1 CLJ Rep 294; [1984] 2 CLJ 163; [1985] 1 MLJ 30 yang menegaskan keperluan pembuktian seperti berikut; “There is also a difference between loss of future earnings and loss of earning capacity although both items are under general damages. Future loss of earnings or loss of prospective earnings are awarded for real assessable loss i.e. loss that is capable of assessment at the date of the trial. It must be proved by evidence and not by mere speculation. In the absence of such evidence if the court is satisfied that the plaintiff has suffered a loss of earning capacity, he will be awarded a sum as part of the general damages for his disability suffered as a result of the injuries sustained, instead of compensation for loss of future earnings. It arises where there is a residual risk that the plaintiff might be thrown out of work altogether at some future date. The risk must be real and not speculative or fanciful. Any loss of money is relevant, whether the money is properly described as "earnings" or not, provided that the money is more than a "mere possible contingency." Thus loss of possible contract as opposed to loss of probable contract is not recoverable. (See Kemp and Kemp on the Quantum of Damages, Volume 1, Fourth Edition on pages 122 and 123)...” [14] Mahkamah telah menimbang keterangan yang dikemukakan dan mendapati SP4 di dalam keterangannya telah menyatakan bahawa “Due to his lack of tertiary education and current condition, it will be challenging for him to begin a new career and to be gainfully employed”. Keterangan ini, tidak disangkal oleh Responden. Oleh itu, Mahkamah merumuskan bahawa Perayu telah membuktikan ketidakupayaannya untuk mendapat pendapatan yang sama seperti sebelum kemalangan. [15] Isu selanjutnya yang berbangkit adalah berkaitan pengiraan sebenar pendapatan Perayu sepertimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 28A Akta 67 iaitu sama ada tuntutan kerja lebih masa adalah turut boleh dikira sebagai pendapatan Plaintif di dalam menentukan award ganti rugi pendapatan. Perhatian Mahkamah telah dibawa kepada kes Md Selim Reza Imran v Salim bin Daros & anor [2018] 12 MLJ 309 di mana Hakim Lim Chong Foong HMT menyatakan; [18] ….Although the basic salary of the appellant was RM1,090 but the average take home salary of the appellant for the last three months prior to the accident was RM2,926 inclusive of overtime and allowances. [20] The multiplicand should fairly RM2,926. Consequently, the part for loss or earning is 9 x RM2,926 = RM26,334. As for the other part on loss of earning capacity, I noticed that it has been customary of the courts to make a lump sum award. [16] Pendekatan yang sama telah diambil di dalam kes Pusparajah a/l Bathmanaban dan satu lagi lwn Mohd Nizam bin Md Yamin [2016] MLJU 1293. [17] Mahkamah berpandangan bahawa penentuan perkataan yang digunakan di dalam seksyen 28A(2)(c)(i) dan (ii) Akta 67 adalah pendapatan (“earnings”) dan bukannya gaji (“wages”) sepertimana yang diperuntukkan di bawah Akta Pekerjaan 1955 (Akta 265). Sehubungan itu, di dalam menilai jumlah ganti rugi kehilangan pendapatan, Mahkamah perlu mengambilkira jumlah keseluruhan yang diterima oleh Perayu dan bukan gaji semata-mata. [18] Di dalam kes ini, Ekshibit P2 adalah slip gaji Perayu dari bulan Februari 2018 sehingga Ogos 2018. Perayu turut dibuktikan bahawa pendapatannya bagi bulan Ogos 2018 di mana Perayu ditimpa kemalangan, pendapatannya adalah sebanyak RM11,000.99 termasuk tuntutan lebih masa. Oleh itu, Mahkamah bersetuju ke atas tuntutan Perayu jumlah pendapatannya termasuk kerja lebih masa secara purata adalah sebanyak RM7,765.76. [19] Isu selanjutnya adalah berkaitan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerjaan (KWSP) yang turut ditolak oleh Tuan HMS yang telah dibuktikan berjumlah RM 676.00 sebulan. Berkaitan caruman KWSP, Mahkamah Tinggi di dalam kes Lau Kung Kai v Abu Serah bin Bol (M) [2008] MLJU 352 telah menyatakan; “The complaint that the EPF contribution must not be taken into account has no merits when the purpose was to assess a suitable multiplicand in a dependency claim. Courts have even considered EPF contribution in cases other than dependency claim. For example in Noor Azahar Habin v. Rajaswari Sithampara Pillai & Anor [1991] 1 CLJ 150; [1991] 3 CLJ (Rep) 339 HC which was an accident case where the plaintiff became paraplegic and there was a dispute as to multiplicand for future loss of earnings, etc. inclusive of loss of EPF contribution, the court observed as follows: To my mind the plaintiff is entitled to be compensated for the loss of his employer's contribution to the Employee's Provident Fund. The multiplier in this regard should also be 14. On the issue of entitlement to EPF employer's contribution, the above-quoted case was cited with approval in Soh Hau Huat @ Anthony v. Mohd Nor Taya & Anor [1992] 4 CLJ 2185; [1992] 3 CLJ (Rep) 600.” [20] Berpandukan kepada panduan kes-kes yang dirujuk, Mahkamah berpandangan bahawa Tuan HMS KB telah terkhilaf di dalam penentuan jumlah ganti rugi apabila mengecualikan pengiraan sumbangan caruman KWSP. Ini kerana ia adalah turut merupakan pendapatan yang diperolehi oleh Perayu yang akan dikumpulkan sehingga Perayu bersara kelak. Jumlah yang terkumpul ini akan diterima secara terkumpul selepas Perayu bersara. [21] Oleh itu, jumlah pendapatan yang wajar diawardkan kepada Perayu adalah sebanyak RM8,441.76 (RM7,765.76 + RM676.00) sebulan x 134 bulan = RM1,131,195.84. Mahkamah turut berpandangan bahawa Perayu turut layak untuk mendapat separuh gaji bagi 3 bulan di mana Perayu hanya dibayar separuh gaji iaitu RM4,4220.00 x 3 bulan = RM12,662.00. Sehubungan itu, jumlah kehilangan pendapatan keseluruhan Perayu adalah pada pandangan Mahkamah adalah sebanyak RM1,143,857.00. [22] Namun isu ini tidak terhenti di sini kerana Tuan HMS di dalam penghakimannya telah menolak 1/3 sebagai kos sara hidup apabila menyatakan seperti berikut; “Keterangan SP1 ialah Plaintif membayar sendiri sewa rumah bulanan termasuk api dan air. Plaintif juga bertugas oncall 24 jam dan membeli makanan sendiri. Plaintif juga membeli pakaian sendiri. Plaintif dan Pakar Urologi Defendan juga mengesahkan bahawa Plaintif adalah seorang perokok. Oleh itu, berdasarkan keterangan saksi yang berkenaan, saya memutuskan untuk menolak 1/3 sebagai cost of living expenses, dari jumlah RM5,150.00 tersebut menjadi RM3,433.00 sebulan.” [23] Peguam perayu menghujahkan bahawa penolakan ini adalah salah serta tidak munasabah. Ini kerana Responden gagal untuk membuktikan sebarang keterangan bagi menunjukkan sebarang kos sara hidup sepertimana di bawah seksyen 28A Akta 67. (rujuk; Marappan Nallan Koundar v Siti Rahmah Ibrahim [1990] 1 CLJ (Rep) 174 dan Lau Lee Ching & anor v Muhammad Faiz Md Yusof [2019] 1 LNS 2109). [24] Bagi pandangan Mahkamah, Seksyen 28A Akta 67 telah memperuntukkan keperluan Mahkamah untuk menolak kos sara hidup. Di dalam kes ini, Perayu tidak langsung mengemukakan apa-apa keterangan berkaitan perkara ini namun sebaliknya saksi-saksi yang lain memberi keterangan seperti berikut:
a
Plaintif membayar sendiri sewa rumah setiap bulan, termasuk bil api dan air;
b
Plaintif membeli makanan harian sendiri;
c
Plaintif juga bertugas “oncall” 24 jam dan sepanjang masa itu Plaintif perlu membeli makanan sendiri;
d
Plaintif juga membeli pakaian sendiri; dan
e
Pakar Plaintif dan juga Pakar Urologi Defendan telah mengesahkan bahawa Plaintif adalah seorang perokok. [25] Berkaitan pemotongan kos sara hidup, Mahkamah Agung di dalam kes Marappan Nallan Koundar v Siti Rahmah Ibrahim [1990] 1 CLJ (Rep) 174 telah menyatakan seperti berikut; [3] The court should not make any deduction for living expenses under the subsection of s.28A CLA as there was no proof or admission in this case as to what the actual living expenses of the plaintiff were at the time when she was injured. (rujuk; Lau Lee Ching & anor v Muhammad Faiz Md Yusof [2019] 1 LNS 2109). [26] Sehubungan dengan itu, menggunakan pendekatan yang sama, Mahkamah memutuskan bahawa Tuan HMS adalah tidak terkhilaf apabila memutuskan bahawa jumlah ganti rugi kehilangan pendapatan adalah tertakluk kepada pemotongan sebanyak 1/3. Oleh itu jumlah RM1,143,857.00 hendaklah dipotong sebanyak 1/3 menjadikan jumlah yang sewajarnya diawardkan adalah sebanyak RM862,571.40 Isu (b); kos penjagaan Perayu [27] Bagi isu ini, terdapat 3 perkara yang dirayu oleh Perayu iaitu kos penjagaan sebelum bicara, kos penjagaan selepas bicara dan kos penjagaan separa oleh isteri selepas bicara. [28] Tuan HMS di dalam penghakimannya hanya mengawardkan kos penjagaan seperti berikut:
i
RM800 x 12 bulan x 20 tahun = RM192,000.00 (muda/peringkat awal); dan
II
(ii) RM1,000 x 12 bulan x 20 tahun = RM240,000.00 (berusia/peringkat kemudian). [29] Alasan Tuan HMS adalah diperturunkan seperti berikut: “Oleh itu, saya memutuskan Plaintif hanya memerlukan part time daily care dan bukan full time daily care kerana Plaintif tidak mengalami kelumpuhan pada satu badan. Semasa memberi keterangan di Mahkamah pada 21.3.2022 iaitu sekitar 4 tahun selepas kemalangan, Plaintif dibantu di rumah oleh ibu dan isteri Plaintif. Keadaan Plaintif boleh menjadi bertambah baik di masa akan datang dan boleh bekerja semula sama ada part time atau full time, walaupun mendapat gaji yang berkurangan di masa hadapan nanti.” [30] Dari aspek keterangan, Mahkamah mendapati bahawa tidak dipertikaikan bahawa Perayu secara amnya mengalami kecederaan dan memerlukan bantuan serta penjagaan dari pihak ketiga termasuk dari isterinya. Ini dapat dilihat melalui keterangan SP2 dan SP4 serta laporan oleh SP4 di P11. [31] Di dalam P11, telah dinyatakan; “Care Assistance Nagenthiran is mostly independent in his basic ADL from a seated level. However, he will require assistance with instrumental (domestic and community) ADL such as grocery shopping, meal preparation and house chores. This is currently managed by his mother and wife. As his wife works full time and his mother is elderly, a part time maid will ease the extra burden placed on his family. These impairments, which handicap him and diminish his quality of life, will be aggravated as he ages. As such, a full time maid may be required as he ages or should he develop an injury to either of his upper limbs. Home modifications to allow easy and safe access to the bathroom and within the house should be undertaken.” [32] Berkaitan kos penjagaan sebelum bicara, tuntutan Perayu adalah ke atas penjagaan oleh isterinya iaitu SP7. Berdasarkan kepada keterangan SP7, beliau telah menjaga Perayu selepas Perayu dimasukkan ke Hospital Shah Alam dari 20/8/2018 sehingga 24/11/2018 di mana SP7 terpaksa mengambil cuti tanpa gaji selama 4 bulan. Malah fakta ini diakui oleh Laporan Pakar Responden iaitu di D21. SP7 semasa itu bekerja dengan kilang Daikin dengan gaji sebanyak RM1,800.00. [33] Kos penjagaan oleh isteri atau ahli keluarga, diiktiraf sebagai salah satu ganti rugi yang boleh diawardkan kepada mangsa kemalangan. Di dalam kes George v Pinnock [1973] 1 WLR 118, Mahkamah Rayuan UK telah menyatakan; “When a gravely injured husband is entitled to damages and his wife renders services to him instead of a nurse he is entitled to recover compensation, which he should hold on trust for the wife, for the value of services without the need for a legal agreement; and even though the wife may only be doing domestic duties in the house, all extra attendance on the husband calls for compensation.” [34] Kes ini telah dirujuk oleh Hakim Suraya Othman HMT (pada ketika itu) di dalam kes Devadass a/l Raju v Tham Soon Kum & ors [2013] 1 MLJ 700. [35] Manakala di dalam kes Azizah Abdul Manan & ors v Dr Norlelawati Ab Latip & ors [2013] MLJU 1614, Hakim Abdul Rahman Sebli HMT (pada ketika itu) pernah menimbang berkenaan award kepada ahli keluarga apabila menyatakan; “[48] It is now trite law that damages can be given for services rendered gratuitously by family members like parents or the surviving spouse. A value can be attached to the services and awarded as damages: Marappan Nallan Koundar & Anor v. Siti Rahmah Ibrahim [1990] 1 CLJ 32; [1990] 1 CLJ (Rep) 174; [1990] 1 MLJ 99; Devadass Raju v. Tham Soon Kum [2013] 7 CLJ 178; [2013] 1 MLJ 700. In this regard I agree with learned counsel for the plaintiffs that the court can take judicial notice of the fact that currently the cost of employing a maid including the agency deposit and expenses et cetera can reach RM1,200 a month.” [36] Mahkamah mendapati bahawa Tuan HMS tidak menimbang prinsip yang telah diputus dan diterima di Malaysia berkenaan kos berkaitan penjagaan Perayu oleh isterinya. Sehubungan dengan itu, Mahkamah memutuskan bahawa Mahkamah ini perlu mengubah dapatan itu. [37] Mahkamah berpandangan bahawa jumlah pampasan yang munasabah adalah sebanyak RM2,000.00 sebulan bagi kos penjagaan oleh isteri Perayu bagi bulan Ogos 2018 hingga Jun 2022 (42 bulan). Ia menjadikan jumlah keseluruhan adalah sebanyak RM 84,000.00. [38] Selanjutnya rayuan Perayu adalah bagi kos penjagaan selepas bicara. Asas rayuan Perayu adalah berdasarkan keterangan SP4 yang dihujahkan tidak dicabar oleh mana-mana pakar oleh pihak Responden. Peguam Perayu menghujahkan Perayu layak untuk dipampas seperti berikut:
i
Pembantu rumah bukan sepenuh masa (part time maid) - RM800.00 sebulan x 168 bulan (sehingga Plaintif berusia 49 tahun) = RM134,400.00; dan
II
(ii) Pembantu rumah sepenuh masa (full time maid) – RM2,000.00 sebulan x 294 bulan (dari umur Plaintif 50 tahun hingga 73 tahun) = RM588,000.00. [39] Selain itu, peguam Perayu turut menghujahkan bahawa Perayu turut layak untuk kos penjagaan separa oleh isterinya iaitu SP7 kerana Perayu perlu dibantu memandangkan Perayu kini cacat fizikal. Ia termasuk Perayu perlu ditemani oleh SP7 untuk melakukan aktiviti-aktiviti lain seperti rekreasi dan beriadah. [40] Peguam Perayu telah membawa perhatian Mahkamah kepada kes Nurul Husna Muhammad Hafiz & anor v Kerajaan Malaysia & ors [2014] MLJU 1922 di mana Hakim Vazeer Alam PK (pada ketika itu) telah membenarkan kos pembantu rumah serta kos penjagaan oleh ahli keluarga. [41] Mahkamah telah mengambil initiatif untuk meneliti Laporan Pakar di P11 dan mendapati:
a
Perayu telah dimasukkan ke Pusat Rehabilitasi PERKESO pada Oktober 2020 dan mobiliti serta kebolehupayaannya telah meningkat;
b
Perayu dalam proses latihan untuk kembali bekerja;
c
Perayu berkeupayaan untuk memandu kereta yang diubahsuai;
d
Perayu juga boleh bergerak sendiri di katil;
e
Perayu juga boleh berjalan dalam jarak dekat menggunakan “walking frame”; dan
f
Perayu juga boleh berjalan selama 10 minit. [42] Di mukasurat 443 Rekod Rayuan, turut dilaporkan; “Nagenthiran requires mainly set-up assistance or minimal assistance for activities such as grooming, dressing, bathing and toileting …….. He is also able to do some domestic activities of daily living, such as to make himself a hot drink, from a seated position or assist with light housework.” [43] Ini disokong oleh keterangan SP4 seperti berikut; : In Socso, use bathroom independent?. Without clinical. : No 9, mobility independently?. He use side walk. : Doesn’t need someone to transfer him. Basic activity for daily usage. Can do it?. Yes. [44] Keterangan-keterangan ini bagi pandangan Mahkamah selari dengan dapatan Tuan HMS berkenaan keadaan Perayu yang hadir ke Mahkamah pada 21/3/2022 iaitu lebih kurang 4 tahun selepas kemalangan. Walaupun Perayu dibantu, namun ia hanya dibantu oleh isteri dan ibunya tanpa sebarang penjaga lain. [45] Kedudukan ini sama sekali berbeza dengan kes Nurul Husna (supra) yang mengalami “severe brain damage” yang membuatnya terpaksa bergantung sepenuhnya kepada bantuan sokongan orang lain. [46] Di atas pertimbangan ini, Mahkamah tidak mendapati sebarang kekhilafan Tuan HMS di dalam award yang telah diberikan berkaitan kos penjagaan Plaintif kecuali yang berkaitan kos penjagaan sebelum perbicaraan oleh isteri. Isu (c); kos alatan bantuan pemulihan (rehabilitation assistive devices) [47] Secara amnya Tuan HMS telah menolak tuntutan ini dan Tuan HMS telah menyatakan; “Peguamcara Plaintif berhujah sebanyak RM995,893.00, iaitu RM31,293.00 (cost estimate for medical and therapy needs) dan RM964,600.00 (cost estimate for assistive devices), sepertimana butiran yang dinyatakan di dalam hujahan bertulis Plaintif, manakala peguamcara Defendan berhujah item ini perlu ditolak. Saya menolak item ini kerana SP2 selaku Pakar Orthopedik pilihan Plaintif mengesahkan Plaintif telah mencapai tahap pemulihan yang maksimum dan sudah tidak perlu menjalani apa-apa rawatan lagi di masa akan datang. Oleh itu, tiada keperluan untuk memberikan kos medical and therapy needs tersebut. Plaintif sendiri mengesahkan telah hadir rawatan di Hospital Shah Alam dan juga pergi ke PERKESO untuk counselling and occupational therapy, dan telah menjalani program “Return to Work”. Begitu juga cadangan SP4 untuk penggunaan kerusi roda dan alat orthotik, ia adalah bersifat overlapping dengan quotation orthosis Plaintif dan Defendan, di mana saya telah membenarkan award bagi item orthosis tersebut. Begitu juga saya memutuskan Plaintif tiada keperluan mendapatkan khidmat seorang pemandu dengan jumlah RM912 ribu, kerana ianya adalah sesuatu yang bersifat “luxury”. Ini kerana Plaintif boleh sahaja menyewa kenderaan untuk pergi ke Hospital Shah Alam, sekiranya masih perlu rawatan susulan. Tiada bukti yang kukuh tentang tempoh berapa lama rawatan susulan yang diperlukan. Plaintif juga telah dibekalkan kerusi roda oleh PERKESO secara percuma, oleh itu tiada award bagi kerusi roda diberikan. Saya juga memutuskan Plaintif tiada keperluan untuk kukuh untuk mendapatkan award bagi home modification.” [48] Peguam Perayu walaubagaimanapun telah merujuk perhatian Mahkamah kepada Laporan oleh SP4 yang telah membuat pengesyoran sepertimana di Appendix 1 dan Appendix 3 sebagai anggaran kos bagi perubatan dan terapi serta anggaran alatan sokongan. Kos tertinggi adalah bagi mendapatkan kos mengupah pemandu dan peguam telah merujuk kepada kes Nurul Husna (supra) dan Inas Faiqah bt Mohd Helmi (an infant suing through her father and next friend, Mohd Helmi bin Abdul Aziz) v Kerajaan Malaysia & ors [2016] 2 MLJ 1. [49] Mahkamah berpandangan bahawa SP2 telah mengesahkan bahawa rawatan ke atas Perayu telah mencapai ke tahap maksimum dan tidak lagi memerlukan rawatan serta pembedahan lanjut. Ini menjadikan sebarang keperluan terapi dan konsultansi adalah tidak lagi diperlukan. Malahan Perayu diakui oleh SP4 sedang dalam proses untuk latihan kembali bekerja. [50] Berkaitan keperluan pemandu khas, Mahkamah mendapati bahawa Perayu bukanlah dalam keadaan yang langsung tidak boleh bergerak. Ia berbeza dengan kes Nurul Husna (supra) yang telah diulas oleh Mahkamah serta kes Inas Faiqah (supra) adalah turut berbeza kerana ia turut melibatkan “severe and irreversible brain damage” semasa proses bersalin. Di dalam kedua-dua kes, Plaintif terpaksa bergantung sepenuhnya kepada alat bantuan. [51] Sehubungan dengan itu Mahkamah berpandangan bahawa tiada sebarang kekhilafan oleh Tuan HMS apabila menolak tuntutan ini berkaitan kos bagi perubatan dan terapi serta anggaran alatan sokongan. [52] Selain itu, peguam Perayu turut mengemukakan rayuan berkaitan keperluan membeli kerusi roda. Peguam Perayu menghujahkan bahawa alasan Tuan HMS bahawa ianya boleh diperolehi secara percuma adalah satu kekhilafan kerana Perayu berhak untuk memilih pilihan yang terbaik buatnya. (rujuk; Sevasangar a/ P Ramasamy dan satu lagi lwn Abdul Nazar [2014] 8 MLJ 236 dan Seeni Ibrahim Naina Mohamed & anor v Mohd Fazli bin Sulaiman [2016] MLJU 1187). [53] Cadangan Perayu berkaitan kos kerusi roda tersebut adalah bersandarkan kepada keterangan SP4 dan SP9 dengan mencadangkan kos sebanyak RM186,250.00. [54] Peguam Responden sebaliknya menghujahkan bahawa keterangan SP9 telah menyatakan bahawa kerusi roda yang dicadangkan olehnya adalah bagi “bilateral lower limbs amputee” yang tidak terpakai bagi Perayu yang telah dibuktikan boleh berjalan sedikit. Malahan keterangan SP4 bersetuju Perayu “should be encouraged to stand and walk short distance, as there are physiological benefits to standby and walking”. [55] Sebaliknya peguam Responden merujuk kepada cadangan orthotist pihak Responden yang mencadangkan kerusi roda berharga RM8,500.00 bagi menampung kerusi roda yang disediakan oleh pihak PERKESO. Bagi Mahkamah cadangan Responden ini adalah munasabah memandangkan kepada keadaan Perayu kini. [56] Bagi Mahkamah ia bukan berkenaan dengan pilihan terbaik namun Mahkamah perlu juga menentukan keperluan sebenar Perayu. Pada hemat Mahkamah, kerusi roda sedia ada adalah dibuktikan mencukupi bagi Perayu dan tambahan satu lagi kerusi roda sepertimana cadangan Responden adalah mencukupi bagi menampung kos kerusi roda Perayu. [57] Sehubungan dengan itu, Mahkamah membenarkan tuntutan kerusi roda sebayak RM8,500.00. Isu (d); kos ubat depresi [58] Tuntutan Perayu bagi mendapatkan ubatan depresi ini ditolak mentah oleh Tuan HMS berdasarkan kepada dapatan Tuan HMS bahawa Perayu telah hadir memberi keterangan dan didapati tidak lagi berada di dalam keadaan depresi serta tidak mempunyai sebarang pemikiran untuk membunuh diri. Malahan keterangan pakar turut mengesahkan bahawa Perayu tidak lagi mengambil sebarang ubat depresi. [59] Peguam Perayu sebaliknya merujuk kepada keterangan SP3 yang menyatakan bahawa Perayu perlu untuk mengambil ubatan dalam tempoh 1 hingga 3 tahun atau lebih serta perlu juga menjalani terapi. Peguam perayu mencadangkan jumlah yang munasabah adalah seperti berikut:
i
Kos ubat: RM210.00 x 12 bulan x 5 tahun = RM12,600.00; dan
II
(ii) Kos konsultasi: RM350.00 x 4 kali setahun 2 tahun = RM7,000.00 [60] Mahkamah telah menimbang keterangan SP3 dan berpandangan bahawa walaupun SP3 menegaskan keperluan Perayu untuk mengambil ubatan tersebut, namun ternyata Perayu sendiri mengakui di dalam keterangannya Perayu tidak pernah mengambil sebarang ubatan depresi selama 4 tahun. Degan kata lain, Perayu mengakui bahawa dia tidak mengalami sebarang masalah depresi. [61] Sehubungan dengan itu, Mahkamah berpandangan bahawa Tuan HMS adalah tidak terkhilaf di dalam dapatannya bahawa tuntutan ini adalah suatu yang tidak perlu. Kesimpulan [62] Di atas analisis-analisis yang telah dinyatakan, Mahkamah membenarkan sebahagian rayuan Perayu dan memerintahkan seperti berikut:
a
rayuan ke atas ganti rugi kehilangan pendapatan dibenarkan dan jumlah yang diawardkan oleh Tuan HMS digantikan dengan jumlah sebanyak RM762,571.89;
b
rayuan ke atas kos penjagaan hanya dibenarkan bagi kos penjagaan sebelum perbicaraan oleh isteri Perayu di mana Mahkamah membenarkan jumlah sebanyak RM84,000.00 manakala kos-kos penjagaan lain adalah dikekalkan;
c
rayuan ke atas kos alatan bantuan pemulihan (rehabilitation assistive devices) adalah ditolak kecuali Mahkamah membenarkan tuntutan kerusi roda sebayak RM8,500.00;
d
rayuan ke atas ubat depresi adalah ditolak sepenuhnya; dan
e
tiada perintah berkaitan kos. Bertarikh: 22hb Jun, 2023 (DATUK MOHAMAD ABAZAFREE BIN MOHD ABBAS) Hakim Mahkamah Tinggi (2) Kota Bharu Kelantan. Pihak-pihak: Bagi Pihak Perayu : C.M Maran Tetuan G. Dorai & Co. Peguambela dan Peguamcara No. 7, Jalan Mawar 1 Taman Mawar 48000 Rawang Selangor Darul Ehsan. Bagi Pihak Responden-Responden : Wong Yam Kah Tetuan Wong Yam Kah & Co. Peguambela dan Peguamcara 3818, Jalan Hamzah 15050 Kota Bharu Kelantan. Tarikh Bicara : 11hb. Januari, 2023 Tarikh Keputusan : 02hb. April, 2023 Undang-Undang Yang Dirujuk: ➢ Akta Undang-Undang Sivil 1956 ➢ Akta Pekerjaan 1955 Kes-Kes Yang Dirujuk: ➢ Pang Ah Chee v. Chong Kwee Sang [1985] CLJ Rep 236; [1985] 2 CLJ 221; [1983] 1 MLJ 153 ➢ Ngooi Ku Siong & Anor v. Aidi Abdullah [1984] 1 CLJ Rep 294; [1984] 2 CLJ 163; [1985] 1 MLJ 30 ➢ Md Selim Reza Imran v Salim bin Daros & anor [2018] 12 MLJ 309 ➢ Pusparajah a/l Bathmanaban dan satu lagi lwn Mohd Nizam bin Md Yamin [2016] MLJU 1293 ➢ Lau Kung Kai v Abu Serah bin Bol (M) [2008] MLJU 352 ➢ Marappan Nallan Koundar v Siti Rahmah Ibrahim [1990] 1 CLJ (Rep) 174 dan Lau Lee Ching & anor v Muhammad Faiz Md Yusof [2019] 1 LNS 2109 ➢ George v Pinnock [1973] 1 WLR 118 ➢ Devadass a/l Raju v Tham Soon Kum & ors [2013] 1 MLJ 700 ➢ Azizah Abdul Manan & ors v Dr Norlelawati Ab Latip & ors [2013] MLJU 1614 ➢ Sevasangar a/ P Ramasamy dan satu lagi lwn Abdul Nazar [2014] 8 MLJ 236 ➢ Seeni Ibrahim Naina Mohamed & anor v Mohd Fazli bin Sulaiman [2016] MLJU 1187
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.