(ii) adalah baru atau novel. [21] Dalam kes CKE Marketing Sdn Bhd v Virtual Century Sdn Bhd [2005] CLJU 206, Zulkifli Ahmad Makinuddin H. (pada waktu itu) memutuskan: “.... the question of novelty is dependent on the nature of the article. A relevant consideration would be whether the article is a generic product that is commonly used by members of the public. In such circumstances it is likely that the design features applied to an article are already individually in existence or in use prior to the formation of the said article. In this connection the totality of the design features taken as a whole and the overall appearance of the common article becomes a paramount consideration for the Court's determination whether the same possesses novelty as compared to articles that were disclosed to public earlier. In relation to generic or common products such as in the present case, the standard of novelty or originality must be construed according to its circumstances. ... The definition for "statement of novelty" as provided for under the Act reads as follows: "statement of novelty, in relation to an industrial design means a statement relating to the representation of an article to which the industrial design is applied that indicates those features of the representation in respect of which novelty is claimed." It is clearly indicated from the above definition that the monopoly right granted to the first defendant under the Act is with respect to the overall visual appearance of the representations made or filed in which designs in circles A and B are applied thereto. It is my view that the plaintiff's attempt to isolate each of the designs marked as circles A and B in the registration from the first defendant's article and to compare the same individually against purported prior art is wholly misleading and incorrect in law.” [22] Ini bermakna untuk Defendan berjaya dalam tuntutan balasnya, Defendan perlu membuktikan bahawa reka bentuk milik Plaintif yang didaftarkan sebagai RB70 itu bukan suatu reka bentuk perindustrian dan ia bukan suatu reka bentuk yang baharu. [23] Seperti dinyatakan awal tadi, definisi “rekabentuk perindustrian” di bawah s.3 Akta RBP merangkumi 4 ciri yang layak didaftarkan di bawah Akta RBP iaitu ciri bentuk (shape), ciri tatarajah (configuration), ciri corak (pattern), atau ciri hiasan (ornamentation), pada sesuatu barang melalui apa-apa proses atau cara perindustrian, iaitu ciri yang, pada barang siap, merupakan ciri yang menarik dan dinilaikan dengan pandangan mata. Perakuan Pendaftaran RB70 milik Plaintif adalah meliputi dua (2) ciri iaitu ciri corak (pattern) dan ciri hiasan (ornamentation) dengan representasi-representasi yang ditunjukkan dalam artikel seperti dikepilkan kepada Perakuan Pendaftaran tersebut. Mahkamah ini putuskan reka bentuk Plaintif yang didaftarkan sebagai RB70 itu memenuhi sepenuhnya ciri-ciri dan definisi reka bentuk perindustrian seperti diperuntukkan dalam Akta RBP. [24] Defendan membangkitkan bahawa corak bunga orkid dan daun-daun yang digunakan dalam reka bentuk perindustrian milik Plaintif yang didaftarkan sebagai RB70 itu merupakan corak yang biasa dan banyak digunakan dalam industri batik, dan boleh diperoleh dengan mudah dimana-mana. [25] “Statement of Novelty” dalam RB70 menyebut: “The novelty of the design resides in the pattern and ornamentation applied to the article as shown in the representation.” [26] Mahkamah ini memutuskan, sama seperti apa yang diputuskan dalam kes CKE Marketing, bahawa Defendan sama sekali terkhilaf kerana mendakwa Plaintif menuntut reka bentuk corak orkid dan daun-daun sebagai reka bentuk baharu “novel”. Mahkamah ini mendapati apa yang dituntut oleh Plaintif sebagai “novel” adalah corak seperti dipaparkan dalam RB70 itu secara keseluruhannya meliputi dua (2) ciri iaitu ciri corak (pattern) dan ciri hiasan (ornamentation) dengan representasi-representasi yang ditunjukkan dalam artikel seperti dikepilkan kepada Perakuan Pendaftaran RB70 tersebut. Bukan bunga orkid dan daun-daun secara literalnya yang dituntut oleh Plaintif sebagai novel kerana jika sedemikian tentunya permohonan Plaintif ditolak oleh pihak Pendaftar Reka Bentuk. [27] Mahkamah Tinggi dalam Alpha Home Appliance Sdn Bhd v. NSB Home Appliance & Anor [2015] MLRHU 1309, memutuskan: “As stated in s 12(2)(a) above, the test to determining if a design is new is by asking the question of whether an identical design or "an industrial design differing from it only in immaterial details or in features commonly used in the relevant trade was disclosed to the public anywhere in Malaysia" (see Magicboo Beauty Sdn Bhd v. Koh Chui Ngoh [2013] 4 MLRA. .... I find it useful to reproduce the principles as summarised in Russell-Clarke and Howe on Industrial Design (7th Edn): Prior publication of a design by prior use can be said to take place when the design has been applied to articles, and those articles have been used in such a way that the design becomes disclosed to the public before the date of application for registration of the design in suit. It should be noted that it is sufficient if the design is used on any kind of article, and it need not be the same article, or even in the same category, as the article in respect of which the design is registered or sought to be registered. In general there will be publication if articles to which the design is applied are manufactured, displayed or used in such a way that members of the public will or might see them. It is not necessary that the articles should been sold. Prior use thus means not use by the public, but use in public as opposed to use in private.” [28] Mahkamah ini bersetuju dengan Plaintif bahawa RB 70 tidak pernah sama sekali didedahkan, mahupun digunakan sebelum priority date Plaintif iaitu pada 31/01/2020. Mahkamah ini tidak bersetuju dengan dakwaan Defendan bahawa corak RB 70 adalah biasa dilihat di dalam corak-corak batik dan telah berada di pasaran sejak sebelum RB70 didaftarkan kerana hak eksklusif RB70 bukan terletak pada bunga atau daunnya semata-mata, tetapi pada padanan corak hiasan, dan bentuk bunga orkid dan daun-daun secara keseluruhan, sepertimana yang dinyatakan di dalam Statement of Novelty RB70 tersebut. [29] Mahkamah ini juga bersetuju dengan hujahan pihak Plaintif bahawa tangkapan skrin penjualan kain batik oleh pihak ketiga (rujuk muka surat 1 - 2 Ikatan B5), yang ditunjukkan oleh Defendan sebagai bukti bahawa reka bentuk Plaintif yang wujud dalam RB70 telah didedah kepada umum telahpun dijelaskan dalam keterangan SP1 bahawa penjualan kain batik oleh pihak ketiga itu telah berlaku selepas tarikh pendaftaran RB70. [30] Mahkamah ini dapati RB70 tidak mempunyai ciri-ciri yang biasa digunakan di dalam pasaran batik (features commonly used in the relevant trade) kerana apa yang didaftarkan sebagai suatu reka bentuk perindustrian merangkumi reka corak dan hiasan secara keseluruhan, dan bukannya pada bunya orkid atau daunnya sahaja. [31] Berdasarkan tuntutan balas Defendan, jelas sekali permohonan Defendan untuk membatalkan pendaftaran RB70 milik Plaintif adalah dibuat menurut seksyen 27(1)(a) Akta RBP yang memperuntukkan: “27. (1) Pada bila-bila masa selepas pendaftaran sesuatu reka bentuk perindustrian, mana-mana orang yang berkepentinganboleh memohon kepada Mahkamah—