23.5.2020 Umur : 3 tahun 7 bulan [6] Pemohon mendakwa bahawa Responden merupakan seorang yang panas baran dan sering memulakan pertengkaran dengan Pemohon atas isu-isu yang remeh tanpa sebarang alasan dan Responden Suami telah mendera Pemohon dari segi fizikal, mental dan emosi. [7] Pada atau sekitar bulan Januari dan Februari 2023, dikatakan bahawa semasa Pemohon berada di rumah kediaman keluarga di No. 11-9-1, Desa Golf, Persiaran Bukit Jambul, Bayan Lepas (premis tersebut) semasa satu pertengkaran diantara Pemohon dan Responden, Responden telah bertindak memukul serta menghentak kepala Pemohon di pintu hadapan rumah tersebut sehingga menyebabkan Pemohon mengalami kecederaan bengkak di bahagian muka Pemohon. [8] Dikatakan ekoran daripada penderaan dan keganasan Responden ke atas Pemohon, Pemohon telah menelefon kakak Pemohon dan meminta pertolongannya untuk membawa Pemohon dan kanak-kanak tersebut pulang ke rumah ibu bapa Pemohon di Ipoh Perak demi keselamatan mereka. Kakak Pemohon telah datang ke Pulau Pinang untuk membawa Pemohon dan kanak-kanak tersebut pulang ke Ipoh, Perak. Tetapi Responden telah menghalang Pemohon daripada membawa kanak-kanak tersebut pulang bersama Pemohon ke Ipoh. [9] Pada atau sekitar 2 Julai 2023, Pemohon mendakwa bahawa Responden telah datang ke rumah ibu bapa Pemohon dan merayu supaya Pemohon pulang ke premis tersebut dan berjanji dengan Pemohon tidak akan bertindak secara ganas dan akan mengubah perangainya demi kebaikan keluarga dan Pemohon telah bertindak pulang ke premis tersebut demi kepentingan dan kebajikan kanak-kanak tersebut. Walau bagaimanapun, pada atau sekitar 16 Ogos 2023, semasa berada di premis tersebut, Responden mula memarahi Pemohon dan apabila Pemohon memberitahu Responden untuk berhenti menjerit dan menggunakan percakapan yang kasar dan lucah dihadapan kanak-kanak tersebut, Responden bertindak untuk menggunakan perkataan yang kasar dan lucah serta memukul Pemohon dan menghentak kepala Pemohon mengakibatkan Pemohon tersandar di dinding premis tersebut. [10] Akibat insiden itu dan sebab risau dan takut perangai Responden akan bertindak lebih ganas dan demi keselamatan Pemohon dan kanak-kanak tersebut, Pemohon telah merayu kepada Responden untuk menghantar Pemohon serta kanak-kanak tersebut pulang ke rumah ibu bapa di Ipoh. Responden telah bertindak untuk menghantar Pemohon pulang ke rumah ibu bapa Pemohon tetapi tidak membenarkan kanak-kanak tersebut tinggal bersama Pemohon di Ipoh dan telah mengambil kanak-kanak tersebut pulang ke Pulau Pinang. [11] Manakala Responden menafikan segala-segalanya yang dikatakan oleh Pemohon di dalam affidavit sokongan Pemohon yang mana kebiasaannya berlaku pertengkaran mulut sahaja di mana Pemohon akan memarahi Responden tanpa sebab yang munasabah. Pemohon juga memarahi Responden dan pertengkaran ini hanya mengambil masa lebih kurang 10 hingga 15 minit dan setelah itu Pemohon dan Responden akan berbaik semula. Ini adalah perkara biasa yang berlaku di antara Pemohon dan Responden. [12] Responden pula menegaskan bahawa Pemohon telah meninggalkan Responden dan anak-anak perkahwinan dan balik ke rumah ibu bapanya di Ipoh, Perak. Pemohon hanya mengambil barang-barang kepunyaannya dan Pemohon sendiri yang tidak membawa kedua-dua anak perkahwinan ke rumah ibu bapa dan Responden langsung tidak menghalang Pemohon untuk membawa kedua dua anak tersebut. HUJAHAN PIHAK-PIHAK [13] Peguamcara Pemohon berhujah bahawa semenjak Pemohon pulang ke rumah ibu bapa Pemohon pada atau sekitar 16 Ogos 2023, walaupun Pemohon telah cuba berulang kali untuk menghubungi kanak-kanak tersebut setiap hari untuk bercakap dengan kanak-kanak tersebut, Responden menghalang kanak-kanak tersebut daripada bercakap dengan Pemohon dimana panggilan telefon ke telefon bimbit Responden tidak akan dijawab serta Responden menghalang kanak-kanak tersebut bercakap, melawat dan/atau tinggal bersama Pemohon. [14] Peguamcara Pemohon menegaskan bahawa semenjak kelahiran kanak-kanak tersebut iaitu anak sulung, Rishwariya a/p Eric Steven pada 5 September 2016 dan anak kedua, Vasunddra a/p Eric Steven pada 23 Mei 2020, Pemohon telah menetap dirumah keluarga dan telah menguruskan rumah tangga dan menjaga keperluan harian Responden serta kanak-kanak tersebut. Ia sudah menjadi satu kebiasaan untuk kanak-kanak tersebut hidup bersama Pemohon. Pada segala masa material, sejak perkahwinan Pemohon dan Responden, Pemohon telah menguruskan segala kerja-kerja di rumahtangga keluarga iaitu menjaga serta menguruskan segala keperluan kanak-kanak tersebut serta menjaga makanan dan minuman keluarga mereka pada setiap hari dan keperluan harian keluarga mereka. [15] Dihujahkan oleh peguamcara Pemohon bahawa Responden yang bekerja sepenuh masa hanya pulang ke rumah kediaman mereka pada atau sekitar 7.00 malam setiap hari dari hari Isnin sehingga Jumaat. Responden telah melayan Pemohon dan kanak-kanak tersebut tanpa kasih sayang atau timbang rasa dan Responden tidak mengambil berat tentang kebajikan dan kepentingan Pemohon dan kanak-kanak tersebut dan telah menyebabkan Pemohon serta kanak-kanak tersebut menderita. Pada segala masa material, Pemohon adalah pengasuh utama kanak-kanak tersebut dan adalah di dalam kepentingan, keselamatan dan kebajikan kanak-kanak tersebut bahawa kanak-kanak tersebut tinggal bersama Pemohon dimana kanak-kanak tersebut akan mendapat kasih Pemohon, perhatian dan jagaan penuh di dalam satu persekitaran yang stabil serta tidak memudaratkan keadaan kesihatan kanak-kanak tersebut. [16] Seterusnya peguamcara Pemohon menegaskan bahawa bahawa kanak-kanak tersebut yang berusia 7 tahun dan 3 tahun dan merupakan kanak-kanak perempuan adalah dan demi kebajikan dan kepentingan kanak-kanak tersebut adalah wajar dan munasabah untuk kanak-kanak tersebut berada di dalam jagaan Pemohon dimana kanak-kanak tersebut memerlukan kasih Pemohon dan jagaan dari Pemohon selaku ibu kandung mereka. [17] Manakala peguamcara Responden berhujah bahawa Pemohon telah meninggalkan Responden dan anak-anak perkahwinan dan balik ke rumah ibu bapanya di Ipoh, Perak. Pemohon hanya mengambil barang-barang kepunyaannya dan Pemohon sendiri yang tidak membawa kedua-dua anak perkahwinan ke rumah ibu bapa dan Responden langsung tidak menghalang Pemohon untuk membawa kedua dua anak tersebut. [18] Peguamcara Responden seterusnya berhujah bahawa Responden menghantar Pemohon pulang ke rumah ibubapa dan Responden tidak menghalang anak-anak perkahwinan tersebut tinggal bersama Pemohon di Ipoh. Walaupun Responden telah memberitahu anak-anak perkahwinan tetapi mereka enggan dan tidak mahu tinggal bersama Pemohon. Pemohon telah menyekat (“block”) nombor telefon Responden dan bagaimana pula sekarang Pemohon menyatakan bahawa Responden tidak membenarkan Pemohon bercakap dengan anak-anak perkahwinan tersebut. Pada sekitar bulan September 2023 seorang peguam wanita telah menghubungi Responden untuk memfailkan petisyen penceraian bersama Pemohon. Peguam tersebut menasihatkan Responden supaya membenarkan anak-anak perkahwinan tersebut bercakap dengan Pemohon padahal Responden tidak pernah menghalang anak-anak Responden bercakap dengan Pemohon. [19] Peguamcara Responden menegaskan bahawa Responden yang menguruskan segala keperluan Pemohon dan anak-anak kerana pada ketika itu Pemohon hanyalah seorang suri rumah tangga manakala Responden yang menanggung segala perbelanjaan keluarga daripada pendapatannya. Responden yang menghantar anak sulung Responden untuk bersekolah semasa Responden dalam perjalanan untuk pergi bekerja. Jarang sekali Pemohon menghantar anak Responden ke sekolah. [20] Peguamcara Responden seterusnya menegaskan bahawa Responden merupakan akar tunjang bagi keluarga ini dan kedua dua anak tersebut sangat menyayangi Responden kerana Responden seorang sahaja yang mengambil berat tentang kebajikan dan kepentingan kedua dua anak perkahwinan tersebut. Sebaliknya kedua-dua anak perkahwinan tersebut tidak pernah meninggalkan Responden. Walau pun kedua-dua anak tersebut merupakan anak perempuan tetapi mereka sangat mesra dan ingin tinggal bersama Responden di Pulau Pinang. Responden memohon kepada Mahkamah ini supaya kedua-dua anak perkahwinan tersebut tinggal bersama Responden memandangkan sejak dilahirkan mereka hanya berharap kepada bapanya iaitu Responden sendiri. Tambahan lagi, anak sulung Rishwariya kini bersekolah di darjah satu di Pulau Pinang dan beliau lebih suka bersekolah di Pulau Pinang memandangkan beliau mempunyai ramai kawan kawan di sekolah tersebut. Sekiranya berlaku sebarang perubahan tempat tinggal ia akan mengakibatkan mental dan emosi kanak-kanak tersebut terjejas. DAPATAN DAN KEPUTUSAN [21] Mahkamah mempunyai bidangkuasa luas berkenaan dengan hak jagaan, pemeliharaan dan kawalan kanak-kanak. Seksyen 88(2) Akta 164 yang mengatakan bahawa dalam memutuskan hak penjagaan anak-anak perkahwinan, pertimbangan utama Mahkamah adalah kebajikan anak-anak perkahwinan: Power for court to make order for custody.