(r) 30 grammes or more in weight of Methamphetamine; shall, instead of being liable to the punishment provided for that offence under the section under which the person has been so found guilty, be punished with imprisonment for life or for a term which shall not be less than five years, and shall also be punished with whipping of not less than ten strokes.” [17] Hukuman pemenjaraan minimum yang diperuntukkan di bawah seksyen 39A (2) Akta adalah 5 tahun dan maksimum 30 tahun selaras dengan Akta Keadilan Jenayah (Pindaan) 2007 (‘Akta A 1302’). Telah menjadi prinsip undang-undang mantap bahawa faktor utama yang wajar dipertimbangkan oleh Mahkamah dalam menjatuhkan hukuman adalah faktor kepentingan awam. Faktor-faktor lain yang turut diberikan pertimbangan dengan sewajarnya termasuklah, antara lainnya, keseriusan kesalahan yang dilakukan, faktor peringanan hukuman dan faktor pemberatan. Kesalahan melibatkan dadah berbahaya adalah satu kesalahan yang serius lebih-lebih lagi bila melibatkan kuantiti yang banyak. Kesalahan serius mewajarkan pengenaan hukuman yang berat dan deteran untuk menghalangi pesalah dari melakukan kesalahan yang sama secara berulang. Di samping itu hukuman deteran juga dapat menjadi tauladan dan pengajaran kepada orang ramai supaya menjauhi kesalahan yang serupa. Rayuan Jenayah No: B-05(M)-190-05/2017 8 [18] Kami bersetuju dengan Puan TPR bahawa Perayu patut menerima hukuman pemenjaraan tidak kurang dari 20 tahun penjara dan 10 sebatan rotan oleh kerana jumlah dan berat dadah yang dipertuduhkan melebihi 126 kali berat minimum yang ditetapkan di bawah seksyen 39A (2) (r) Akta. Faktor mitigasi oleh Perayu lebih bersifat peribadi yang akan memberi kesan ekonomi terhadap tanggungannya. Faktor ini sepatutnya telah dipertimbangkan oleh Perayu sebelum melakukan kesalahan yang dipertuduhkan. [19] Kami turut bersetuju dengan Puan TPR bahawa trend hukuman dalam kes-kes yang diputuskan oleh Mahkamah sebelum ini turut dipertimbangkan oleh Mahkamah ini. Dalam kes PP v. Yap Sooi Loong [2016] 1 LNS 244; [2016] 3 MLJ 467, Mahkamah ini menjatuhkan hukuman 15 tahun penjara dan 10 sebatan rotan kerana pemilikan Methamphetamine seberat 53.73 gram. Dalam kes Hisham Abd Majid v. PP [2018] 1 LNS 863, Mahkamah Tinggi mengenakan 18 tahun penjara dan 10 sebatan rotan kerana memiliki Methamphetamine seberat 115.04 gram dan 15 tahun penjara dengan 10 sebatan rotan untuk pemilikan dadah jenis yang sama seberat 39.99 gram. [20] Seterusnya dalam kes Mary George Unazi v. PP [2017] 5 CLJ 34 Mahkamah ini menjatuhkan hukuman 18 tahun penjara kerana memiliki 765.9 gram Methamphetamine. Perayu seorang wanita terselamat dari dikenakan hukuman rotan. Dalam kes Adam Atan v. PP [2009] 1 CLJ 33, Mahkamah ini mengambil kira berat Cannabis yang terlibat iaitu 379.36 gram melebihi 7½ kali ganda berat minimum ditetapkan di bawah seksyen 39A (2) Akta dan telah mengenakan hukuman 18 tahun penjara dan 10 sebatan rotan. Sedangkan berat dadah yang terlibat dalam kes rayuan di Rayuan Jenayah No: B-05(M)-190-05/2017 9 hadapan kami ialah 126 kali ganda berat minimum diperuntukkan di bawah seksyen 39A (2) (r) Akta. [21] Berdasarkan kepada alasan-alasan yang kami sebutkan di atas, kami telah menjatuhkan hukuman pemenjaraan 20 tahun berkuat kuasa sejak dari tarikh ditangkap dan 10 sebatan rotan ke atas Perayu dalam kes ini. Kami berpendapat bahawa hukuman tersebut patut, setimpal dan munasabah dalam keadaan kes ini. Bertarikh: 18 Disember 2018 t.t. (KAMARDIN BIN HASHIM) Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia Peguam Cara Bagi Pihak Perayu: Joseph Tan Chee Keong Tetuan Tan Chee Keong & Co No. 23-2A, Jalan Perindustrian PBP 1/2 Taman Perindustrian PBP Pusat Bandar Puchong Selangor Bagi Pihak Responden: Mangaiarkarasi a/p Krishnan Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Peguam Negara Putrajaya