Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KANGAR (BAHAGIAN RAYUAN DAN KUASA-KUASA KHAS) PERMOHONAN BAGI SEMAKAN KEHAKIMAN NO.: RA-25-1-01/2025 Dalam perkara menurut Artikel 5, 8,
RA-25-2-01/2025
High Court of Malaysia16 Jan 2026
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KANGAR (BAHAGIAN RAYUAN DAN KUASA-KUASA KHAS) PERMOHONAN BAGI SEMAKAN KEHAKIMAN NO.: RA-25-1-01/2025 Dalam perkara menurut Artikel 5, 8,
10
(10)(a), 10(1)(c), 10(2)(a), 11 dan 1121(1) Perlembagaan Persekutuan Dan Dalam perkara s.47 dan Bahagian III Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Perlis) 2006 (Enakmen 4 Tahun 2006) Dan Dalam perkara mengenai fatwa bertarikh 20.09.2024, dengan nombor rujukan MAIPs(S) 16 DYMM.Ps.600- 4/4/1 Jld.8; PUN.Ps. 05/14 Jld. 18, yang digezetkan pada 17.10.2024 di bawah Bahagian III Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Perlis) 2006 (Enakmen 4 Tahun 2006) Dan S/N J39Ro7iiTkq4tNHDuqwhRg Dalam perkara satu permohonan untuk semakan kehakiman untuk relief dibawah perenggan 1 jadual Akta Mahkamah Kehakiman 1964 selaras dengan Aturan 53 dan Aturan 92 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 ANTARA GISB HOLDINGS (No. Syarikat : 201301037478 (1067307-T) … PEMOHON DAN
1
Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis
2
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat melayu Perlis …RESPONDEN-RESPONDEN DIDENGAR BERSAMA DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KANGAR (BAHAGIAN RAYUAN DAN KUASA-KUASA KHAS) PERMOHONAN BAGI SEMAKAN KEHAKIMAN NO.: RA-25-2-01/2025 S/N J39Ro7iiTkq4tNHDuqwhRg Dalam perkara menurut Artikel 5, 8,
10
(10)(a), 10(1)(c), 10(2)(a), 11 dan 1121(1) Perlembagaan Persekutuan Dan Dalam perkara s.47 dan Bahagian III Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Perlis) 2006 (Enakmen 4 Tahun 2006) Dan Dalam perkara mengenai fatwa bertarikh 20.09.2024, dengan nombor rujukan MAIPs(S) 16 DYMM.Ps.600- 4/4/1 Jld.8, yang digezetkan pada 17.10.2024 di bawah Bahagian III Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Perlis) 2006 (Enakmen 4 Tahun 2006) Dan Dalam perkara satu permohonan untuk semakan kehakiman untuk relief dibawah perenggan 1 jadual Akta Mahkamah Kehakiman 1964 selaras dengan Aturan 53 dan Aturan 92 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 S/N J39Ro7iiTkq4tNHDuqwhRg ANTARA NASIRUDDIN BIN MOHD ALI (No. KP : 591125-04-5673) … PEMOHON DAN
1
Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis
2
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat melayu Perlis …RESPONDEN-RESPONDEN
1
Terdapat dua kes yang didengari secara bersama-sama dan kedua-duanya melibatkan permohonan-permohonan di bawah A. 53 k.3(1) Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 (KKM 2012) iaitu untuk memohon kebenaran mahkamah ini untuk satu kebenaran untuk memulakan satu proses semakan kehakiman ke atas keputusan Jawatankuasa Fatwa negeri Perlis (JFP) iaitu responden (Res).
2
Keputusan Res adalah berkaitan Fatwa berujukan MAIPs (S) 16, DYMM.Ps. 600-4/4/1 Jld 8: PUN.Ps 05/14 Jld. 18 yang telah diwartakan pada 17/10/2024 di bawah Bahagian III Enakmen S/N J39Ro7iiTkq4tNHDuqwhRg Pentadbiran Agama Islam (Negeri Perlis) 2006 (Enakmen No 4/2006) (fatwa tersebut).
3
Pada 14/10/2024, JFP telah mengeluarkan satu fatwa berkaitan pegangan kumpulan GISB Holdings Sdn Bhd yang difatwakan sebagai fahaman yang bersifat batiniah, menyeleweng dan sesat. Fatwa tersebut turut menyimpulkan bahawa model ekonomi yang diamalkan oleh GISB Holdings Sdn Bhd adalah bercanggah dengan prinsip ekonomi Islam kerana ianya dikatakan mempunyai unsur penindasan serta pehambaan terhadap mereka yang terlibat serta eksploitasi ke atas ahli, kanak-kanak, wanita dan keluarga.
4
Fatwa tersebut seterusnya telah merumuskan segala ajaran, aktiviti dan apa sahaja yang boleh membantu GISB Holdings Sdn Bhd adalah dilarang dan berlanjutan itu orang Islam adalah dilarang mengamalkan ajaran, pegangan atau fahaman GISB Holdings Sdn Bhd termasuk mengadakan dan menghadiri ceramah, kelas pendidikan dan pembelajaran dan termasuk menyokong, mengembang dan menyebarkan kepercayaan tersebut.
5
Pemohon-pemohon berpandangan bahawa fatwa tersebut telah menganggu gugat operasi serta reputasi mereka memandangkan aktiviti, operasi dan pengajaran oleh GISB Holdings Sdn Bhd telah dilarang. Berlanjutan itu kedua-dua pemohon telah memfailkan permohonan-permohonan ini. S/N J39Ro7iiTkq4tNHDuqwhRg Prinsip perundang di bawah A.53 k.3(3) KKM 2012
6
Peranan Peguam Negara (PN) di peringkat ini adalah jelas iaitu sebagai penjaga kepentingan awam dan berperanan untuk memastikan bahawa PN menyemak semua permohonan semakan kehakiman untuk memastikan sama ada penyertaan PN adalah wajar (rujuk; Kanawagi a/l Seperumaniam v. Dato’ Abdul Hamid bin Mohamad [2004] 5 MLJ 495; Peguam Negara Malaysia v. Nurul Izzah bt Anwar & Ors [2017] 4 MLJ 656; Peguam Negara Malaysia v. Chin Chee Kow (as secretary of Persatuan Kebajikan dan Amal Liam Hood Thong Chor Seng Thuan) [2019] 1 MLJ 307 dan Messrs Tai Choi Yu & Co, Advocates (suing as a firm and Tai Choi Yu as sole proprietor) v. Arifin bin Zakaria & Anor [2020]
7
Apabila PN muncul pada peringkat ini, PN muncul bukan untuk mana-mana responden, tetapi dalam kapasiti sebagai PN. Ini telah ditegaskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Kijal Resort Sdn Bhd v. Pentadbir Tanah Kemaman & Anor [2016] 1 MLJ 544 yang menyatakan seperti berikut: “[129] In the present case the first respondent is Pentadbir Tanah, Kemaman; and the second respondent is a company known as Maju Timor Sdn Bhd. The first respondent is represented by the State Legal Advisor of Terengganu, while the second respondent is represented by a private lawyer. It is not disputed that neither of them was present in court at the hearing of the application for leave. Besides the appellant’s counsel, an officer from the Attorney General’s Chambers was present in S/N J39Ro7iiTkq4tNHDuqwhRg court at the hearing for leave. His presence in court was based on the notice given by the appellant under O 53 r 3(2) of the RHC 1980 which requires that: ‘The applicant must give notice of the hearing of the application for leave not later than three days before the hearing date to the Attorney General’s Chambers and must at the same time lodge in those chambers copies of the statement and affidavits’. [130] The presence of the officer from the Attorney General’s Chambers throughout the proceeding does not mean that he was representing the first respondent particularly when the application for leave was made ex parte…”
8
Secara amnya peranan PN pada peringkat ini adalah untuk membantu mahkamah dalam menapis permohonan-permohonan yang remeh dengan menunjukkan kepada mahkamah apa-apa isu yang boleh membatalkan hak mana-mana pemohon untuk menyemak mana-mana keputusan pihak berkuasa awam.
9
Secara amnya isu-isu yang membolehkan mahkamah ini membatalkan sesuatu permohonan kebenaran semakan kehakiman adalah termasuk seperti berikut: a) permohonan itu remeh dan menyusahkan; b) pemohon tidak mempunyai kes yang bermerit; c) permohonan adalah di luar batasan masa; S/N J39Ro7iiTkq4tNHDuqwhRg d) pemohon tidak mempunyai locus standi; e) sabjek semakan kehakiman adalah tidak dibolehkan atau dibenarkan di bawah semakan kehakiman; f) terdapat prosedur alternatif yang lebih sesuai; dan g) semakan kehakiman adalah prosedur yang tidak sesuai. (rujuk; WRP Asia Pacific Sdn Bhd v. Tenaga Nasional Bhd [2012] 4 MLJ 296; Tang Kwor Ham & Ors v. Pengurusan Danaharta Nasional Bhd & Ors [2006] 5 MLJ 60; dan Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Hj Abdul Razak v Attorney General & Ors [2020] 3 MLJ 114). Pendirian para pemohon
10
Peguambela kedua-dua pemohon menegaskan bahawa fatwa tersebut telah membuat dakwaan secara spesifik ke atas GISB Holdings Sdn Bhd sebagai satu ajaran sesat dan mengamalkan ajaran-ajaran yang sesat. Namun tiada sebarang peluang telah diberikan oleh JFP kepada mana-mana ahli atau individu yang terkait dengan GISB Holdings Sdn Bhd untuk memberi penjelasan serta mengemukakan keterangan-keterangan sebelum JFP membuat fatwa tersebut. Ini menjadikan pandangan JFP adalah tidak tepat.
11
Peguambela selanjutnya menegaskan bahawa atas isu ini sahaja ia menjadikan permohonan kedua-dua pemohon ini adalah real dan genuine memandangkan kedua-dua Pemohon adalah terkesan ke S/N J39Ro7iiTkq4tNHDuqwhRg atas fatwa tersebut. Ia sepertimana yang telah ditegaskan oleh Mahkamah Rayuan dalam kes QSR Brands Bhd v Suruhanjaya Sekuriti & Anor [2006] 2 CLJ 541 seperti berikut: “[16] It is to rid this dichotomous approach which often produced injustice that O. 53 in its present form was introduced. There is a single test of threshold / locus standi for all the remedies that are available under the order. It is that the applicant should be "adversely affected". The phrase calls for a flexible approach. It is for the applicant to show that he falls within the factual spectrum that is covered by the words "adversely affected". At one end of the spectrum are cases where the particular applicant has an obviously sufficient personal interest in the legality of the action impugned.”
12
Di peringkat ini, PN membantah pemberian kebenaran berpaksikan kepada 2 isu utama iaitu: a) fatwa tersebut tidak boleh disemak di sisi undang-undang melalui semakan kehakiman berdasarkan kepada Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan; dan b) fatwa tersebut tidak boleh disemak di sisi undang-undang melalui semakan kehakiman kerana ia merupakan budibicara prerogatif ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis (DYMM Tuanku Raja Perlis).
13
Bagi PN, asas kepada semakan kehakiman adalah sama ada fatwa tersebut boleh disemak kerana ia melibatkan bidangkuasa mahkamah ini. Pendirian PN ini bersandarkan kepada keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes WRP Asia Pacific Sdn Bhd v. Tenaga Nasional Bhd [2012] 4 MLJ 296 di mana Mahkamah Persekutuan telah menegaskan bahawa sesuatu kebenaran tidak wajar dibenarkan walaupun sesuatu permohonan semakan kehakiman tersebut tidak remeh dan menyusahkan apabila ianya tidak boleh di semak oleh mahkamah ini di sisi undang-undang. Analisis dan dapatan mahkamah
14
Memandangkan bantahan PN adalah berpaksikan kepada bidangkuasa sedia ada mahkamah ini, maka mahkamah perlu menentukan sama ada sabjek dalam semakan kehakiman ini, iaitu fatwa tersebut berada dalam bidangkuasa mahkamah ini. Jika jawapannya adalah negatif, maka pintu untuk satu kebenaran semakan kehakiman adalah tertutup ke atas kedua-dua pemohon tanpa perlu mahkamah ini mendengar merit permohonan-permohonan mereka.
15
Ini sepertimana yang ditegaskan oleh Mahkamah Rayuan dalam kes Syarifah Nooraffyzza Wan Hosen v. Director of Jabatan Agama Islam Sarawak & Ors [2018] 3 CLJ 620 seperti berikut: “[16] It is trite that once jurisdiction is challenged, the court may not decide on the merits of the case without first determining whether it has jurisdiction over the subject matter. Jurisdiction is a question of law and a court is precluded from adjudicating the S/N J39Ro7iiTkq4tNHDuqwhRg matter on merits when it lacks jurisdiction. Therefore, the question of jurisdiction has to be decided first. (See Pentadbir Tanah Daerah Seberang Perai Tengah & Anor v. Bagan Serai Housing Estate Sdn Bhd [2016] 8 CLJ 846). [17] Jurisdiction is everything and without it, the court must down its tools.”
16
Sabjek ke atas semakan kehakiman ini adalah berkaitan fatwa. Ia merupakan satu sumber hukum dalam perundangan Islam. Ia pernah dibincangkan oleh Mahkamah Rayuan dalam kes SIS Forum (Malaysia) dan lain-lain lwn Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor dan lain-lain [2024] 1 MLJ 67 (SIS Forum 2024) seperti berikut: “[25] Berdasarkan kepada makna atau definisi fatwa, keterangan oleh DSMT dan juga peruntukan undang-undang di bawah EPAIS, bolehlah disimpulkan bahawa suatu fatwa itu adalah salah satu sumber hukum dalam perundangan Islam yang diperoleh daripada pendapat dan/atau pandangan pihak yang berwenang dan berwibawa mengemukakannya bersandarkan kepada Hukum Syarak. Dengan kata lain, pendapat dan/atau pandangan berhubung dengan ketetapan hukum dalam sesuatu fatwa hanya boleh dibuat oleh mereka yang pakar dalam soal Hukum Syarak dengan bersandarkan sumber hukum yang sahih seperti nas al-Quran, hadis dan sumber hukum lain, termasuklah ijtihad, dan ketetapan tersebut dibuat setelah diperoleh maklumat lengkap hal permasalahan yang berbangkit.”
17
Bidangkuasa sesebuah negeri untuk mewujudkan sesuatu fatwa adalah terletakhak di bawah Perkara 1, Senarai Negeri, Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan kuasa kepada Dewan Undangan negeri perkara-perkara berkaitan “the control of propagating doctrines and beliefs among persons professing the religion of Islam; the determination of matters of Islamic law and doctrine and Malay custom”.
18
Bersandarkan kepada kuasa ini, DUN Perlis telah meggubal Enakmen 4/2006 yang memberi kuasa kepada JFP untuk mengisukan fatwa. Ia bersandarkan kepada seksyen 47 Enakmen 4/2006 yang memperuntukkan seperti berikut: Kuasa Jawatankuasa Fatwa untuk menyediakan fatwa Tertakluk kepada seksyen 51, Jawatankuasa Fatwa hendaklah, atas perintah Duli Yang Maha Mulia Raja Pemerintah, dan bolehlah atas kehendaknya sendiri atau atas permintaan oleh mana-mana orang yang dibuat melalui surat yang dialamatkan kepada Mufti, menyediakan suatu fatwa atas apa-apa persoalan yang belum muktamad atau yang menimbulkan kontroversi berhubungan dengan Hukum Syarak.
19
Jika ini diambilkira, ia jelas menunjukkan bahawa sesuatu fatwa yang dikeluarkan oleh JFP adalah dibuat oleh pakar dalam perkara-perkara berkaitan undang-undang syariah dan bersandarkan kepada Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan, ia dengan jelas menegaskan bahawa mahkamah ini sebagai mahkamah sivil, tidak S/N J39Ro7iiTkq4tNHDuqwhRg mempunyai bidangkuasa memandangkan ianya berada dalam bidangkuasa Mahkamah Syariah. Perkara 121 (1A) menyatakan; “(1A) The courts referred to in Clause (1) shall have no jurisdiction in respect of any matter within the jurisdiction of the Syariah courts.” (Rujuk; Dalip Kaur v Pegawai Polis Daerah, Balai Polis Daerah, Bukit Mertajam & Anor [1992] 1 MLJ 1; Mohamed Habibullah bin Mahmood v Faridah bte Dato Talib [1992] 2 MLJ 793; Sukma Darmawan Sasmitaat Madja v Ketua Pengarah Penjara, Malaysia & Anor [1999] 2 MLJ 241; Rosliza bt Ibrahim v Kerajaan Negeri Selangor & Anor [2021] 2 MLJ 181; Latifah bte Mat Zin v Rosmawati bte Sharibun & Anor [2007] 5 MLJ 101; AJS v. JMH & Another Appeal [2022] 1 CLJ 331; Indira Gandhi a/p Mutho v Pengarah Jabatan Agama Islam Perak & Ors and other appeals [2018] 1 MLJ 545; dan Dahlia Dhaima bt Abdullah v Majlis Agama Islam Selangor and another appeal [2025] 1 MLJ 374).
20
Pertimbangan mahkamah ke atas fatwa tersebut mendapati intipati fatwa tersebut adalah berkaitan pemahaman, ajaran, kepercayaan atau amalan pemimpin, pengikut, pekerja atau ahli GISB Holdings Sdn Bhd dan rangkaiannya yang mempunyai penyelewengan dan unsur yang sangat bertentangan dengan ajaran yang sah agama Islam. Oleh itu, fatwa tersebut dibuat untuk menyekat muslim dari mengamalkan amalan, kefahaman, ajaran, kepercayaan tersebut atau mana-mana amalan, kefahaman, ajaran, kepercayaan yang mempunyai persamaan dengannya.
21
Apabila kedua-dua pemohon berhasrat mencabar fatwa tersebut maka adalah wajar bagi mahkamah ini merumuskan bahawa kedua-dua pemohon berpendapat bahawa dapatan yang dibuat oleh JFP ialah tidak tepat atau dengan kata lain pemahaman, ajaran, kepercayaan atau amalan pemimpin, pengikut, pekerja atau ahli GISB Holdings Sdn Bhd dan rangkaian mereka, adalah selaras dengan ajaran sebenar Islam. Ini jelas bermakna bahawa kedua-dua pemohon pada dasarnya adalah mencabar intipati fatwa tersebut.
22
Sekiranya mahkamah ini memberikan kebenaran maka mahkamah ini kemudiannya perlu memulakan prosiding yang sukar untuk menentukan isu berkaitan akidah Islam termasuk sejarah, prinsip kajian perbandingan, tafsiran al-Quran dan riwayat kenabian, dan prinsip amalan bagi maksud untuk menjawab sama ada pegangan agama yang diamalkan oleh ahli GISB Holding Sdn Bhd dan rangkaian mereka selaras dengan Islam, dan selepas itu memutuskan sama ada kedua-dua pemohon berhak mendapat pelepasan yang diminta.
23
Sehubungan dengan itu, mahkamah ini sebagai mahkamah sivil bukanlah forum untuk menentukan perkara ini dan ia berbalik kepada salah satu raison d'etre di sebalik fasal (1A) dalam Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan iaitu hanya mereka yang benar-benar berilmu dan memiliki tahap kepakaran yang mencukupi dalam perkara tersebut diberikan tanggungjawab untuk memutuskan perkara tersebut. Pihak yang diiktiraf secara sah mempunyai kepakaran ini semestinyalah Mahkamah Syariah.
24
Keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes SIS Forum (2024) adalah relevan untuk dirujuk, kerana fakta dan relif yang diminta tidak berbeza dengan kes ini. Perayu-perayu dalam kes SIS Forum (2024) telah mencabar kesahihan fatwa bertajuk Fatwa Pemikiran Liberalisme dan Pluralisme Agama yang diterbitkan dalam Warta Kerajaan Negeri Selangor yang telah membuat kesimpulan bahawa perayu terlibat dalam menyebarkan ajaran atau kepercayaan ‘liberalisme’ dan ‘agama pluralisme’ yang menyimpang daripada syariat Islam. Terkilan dengan fatwa tersebut, perayu memfailkan semakan kehakiman bagi mahkamah membatalkan warta tersebut. Walaubagaimanapun, Mahkamah Rayuan dalam satu keputusan majoriti telah menolak rayuan perayu dan memutuskan seperti berikut: “[27] Jika dilihat kepada subperenggan 1.4(a) dan (d) permohonan, pihak pemohon telah memohon perintah certiorari berasaskan alasan-alasan berikut:
1
1.4. satu perintah certiorari untuk memastikan keputusan yang dibuat oleh Responden-responden pada 17.07.2014 melalui fatwa, dengan nombor rujukan MAIS/SU/BUU/01– 2/002/2013–3(4), yang digazetkan pada 31.07.2014 di bawah Bahagian III Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003 (Enakmen 1 Tahun 2003 yang memiliki kesan untuk kononnya: a. mentakrifkan ‘SIS Forum (Malaysia) dan manamana individu, pertubuhan atau institusi yang berpegang kepada fahaman ‘liberalisme dan pluralisme agama’ S/N J39Ro7iiTkq4tNHDuqwhRg sebagai ‘sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam’; … d. mengarahkan mana-mana individu yang berpegang kepada fahaman liberalisme dan pluralisme agama untuk bertaubat dan kembali ke jalan Islam… Daripada butir-butir permohonan tersebut, jelaslah bahawa pihak pemohon dalam permohonan semakan kehakiman di hadapan HMT telah secara langsung mempertikaikan pendapat dan/atau pandangan R1 berhubung dengan hal perkara yang tergolong dalam penentuan Hukum Syarak. Di subperenggan 1.4 (a), pihak pemohon mempertikaikan pentakrifan R1 ke atas P1 dan ahlinya yang berpegang kepada fahaman liberalisme dan pluralisme agama dan di subperenggan 1.4 (b) pula, pihak pemohon mempertikaikan penentuan hukum oleh R1 di bawah Hukum Syarak yang memerlukan mereka yang berpegang kepada fahaman liberalisme dan pluralisme agama untuk bertaubat dan kembali ke jalan Islam. [28] Nyatalah, perkara-perkara yang dipertikaikan tersebut hanya berada dalam pengetahuan mereka yang pakar dalam Hukum Syarak dan perlu dibicarakan dan diputuskan di Mahkamah Syariah, bukannya di mahkamah sivil.Oleh kerana perintah yang dipohon di perenggan 1.4 permohonan adalah merupakan perkara pokok dalam semakan kehakiman pihak pemohon terhadap pihak responden, maka kami bersependapat dengan HMT yang mana telah memutuskan S/N J39Ro7iiTkq4tNHDuqwhRg bahawa Mahkamah Tinggi tiada bidang kuasa untuk mendengar dan memberikan perintah seperti yang dipohon”
25
Namun peguam kedua-dua Pemohon telah membawa perhatian mahkamah bahawa keputusan SIS Forum (2024) telah diakaskan oleh Mahkamah Persekutuan sepertimana yang dilaporkan dalam kes SIS Forum (Malaysia) & anor v Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor & ors [2025] 7 CLJ 179 (SIS Forum (2025)).
26
Peguam menyatakan bahawa Mahkamah Persekutuan telah menegaskan bahawa kes tersebut tidak ada kena mengena dengan intipati agama Islam atau perkara yang berkaitan dengan akidah. Cabaran hanya melibatkan semakan ke atas penggunaan kuasa tertentu oleh responden di bawah undang-undang yang berbeza dari isi dan kandungan keputusan mereka.
27
Ini pada hujahan peguam membawa maksud bahawa semakan kehakiman dibolehkan untuk mencabar proses kepada sesuatu fatwa tersebut dikeluarkan memandangkan setiap kuasa mempunyai hadnya. Ini sepertimana yang ditegaskan oleh Mahkamah Persekutuan seperti berikut: “[33] As has often been said, all legal powers must have legal limits and the adjudicator of those limits upon constitutional and legal interpretation is the Superior Courts. Viewed from this perspective, to the extent that the Syariah Courts act beyond their jurisdiction, they remain subject to judicial review by the
28
Penghakiman ini pada hujahan peguam kedua-dua pemohon adalah selari dengan keputusan yang pernah dibuat oleh Mahkamah Rayuan dalam kes melibatkan pihak yang sama namun melibatkan isu yang berbeza. Ia adalah dalam kes SIS Forum Malaysia v Kerajaan Negeri Selangor, Majlis Agama Islam Selangor (Intervener) [2022] 3 CLJ 339 (SIS Forum (2022)) di mana isunya adalah berkaitan tafsiran perkataan semakan kehakiman yang digunakan dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 iaitu sama ada ia memberi kuasa kepada Mahkamah Syariah yang digubal oleh sebuah negeri melangkaui ruang lingkup yang dibenarkan oleh item 1 Senarai Negeri (Senarai II Jadual Kesembilan) Perlembagaan Persekutuan.
29
Mahkamah Rayuan dalam kes tersebut telah memutuskan antara lain: “[71] This court has in recent decisions, clarified the scope of judicial review when it concerns matters pertaining to religion. Where a matter concerns public law powers specifically, questions of obligations and compliance or non-compliance with written law are subject to judicial review no matter the essence of the original subject matter. It should be evident that written law here includes both Federal and State laws. Two cases aptly illustrate this.”
30
Atas aspek ini, peguam kedua-dua pemohon menghujahkan bahawa semakan kehakiman kedua-dua pemohon adalah asasnya bukanlah ke atas fatwa tersebut tetapi ke atas proses bagaimana fatwa tersebut dicapai yang dikatakan telah melanggari beberapa S/N J39Ro7iiTkq4tNHDuqwhRg keperluan perundangan dan ia telah mencabuli hak kedua-dua pemohon.
31
Bagi memperhalusi hujahan ini, mahkamah perlu melihat dengan secara objektif apakah relif yang sebenarnya dipohon oleh kedua-dua Pemohon dalam permohonan semakan mereka. Bagi maksud kemudahan perbincangan, diperturunkan relif-relif yang menjadi asas permohonan semakan kedua-dua pemohon sepertimana yang terkandung di Kandungan 2 seperti berikut:
1
Kebenaran memfailkan permohonan untuk semakan kehakiman untuk relif-relif berikut: a) sekiranya perlu, tempoh masa dilanjutkan untuk membuat permohonan ini sehingga tarikh pemfailan permohonan ini mengikut Aturan 53 Kaedah 3(6) Kaedah Kaedah Mahkamah 2012; b) satu deklarasi bahawa keputusan yang dibuat oleh Responden-responden pada 20 September 2024 melalui fatwa, dengan nombor rujukan MAIPs.(S) 16, DYMM.Ps. 600-4/4/1 Jld. 8; PUN.Ps. 05/14 Jld. 18, yang digazetkan pada 17 Oktober 2024 di bawah Bahagian III Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Perlis) 2006 (Enakmen 4 Tahun 2006): i. melampaui ("in excess") peruntukkan Artikel 5, 8, 10, 11 dan Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan setakat mana ia cuba S/N J39Ro7iiTkq4tNHDuqwhRg memperuntukkan perkara-perkara berkaitan dengan:
i
hak mana-mana individu atau organisasi seperti Pemohon untuk menjalankan aktiviti ekonomi, sosial, dan organisasi yang sah tanpa dilabel secara sewenang-wenangnya sebagai sesat;
II
(ii) syarikat yang sah didaftarkan menurut undang-undang seperti Pemohon yang bukan merupakan orang perseorangan sebagai menganuti fahaman agama;
III
(iii) larangan menyeluruh terhadap segala operasi, aktiviti, dan ajaran yang dikaitkan dengan Pemohon atas alasan untuk membendung dakwaan fahaman batiniah yang tidak disokong oleh bukti khusus atau pematuhan kepada keadilan prosedur;
2
Satu deklarasi bahawa Pemohon yang merupakan sebuah syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 (kini Akta Syarikat 2016), atau mana-mana pihak lain yang tidak memprofes agama Islam tidak boleh tertakluk kepada keputusan yang dibuat oleh Responden-responden pada 20 September 2024 melalui fatwa, dengan nombor rujukan MAIPs.(S) 16, DYMM.Ps. 600-4/4/1 Jld. 8; PUN.Ps. 05/14 Jld. S/N J39Ro7iiTkq4tNHDuqwhRg 18, yang digazetkan pada 17 Oktober 2024 di bawah Bahagian III Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Perlis) 2006 (Enakmen 4 Tahun 2006) memandangkan Bahagian III Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Perlis) 2006 (Enakmen 4 Tahun 2006) serta bidangkuasa Responden-responden hanyalah terpakai kepada individu yang memprofes agama Islam;
3
Satu perintah certiorari untuk memasukkan keputusan yang dibuat oleh Responden-responden pada 20 September 2024 melalui fatwa dengan nombor rujukan MAIPs.(S) 16, DYMM.Ps. 600-4/4/1 Jld. 8; PUN.Ps. 05/14 Jld. 18, yang digazetkan pada 17 Oktober 2024 di bawah Bahagian III Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Perlis) 2006 (Enakmen 4 Tahun 2006 yang memiliki kesan untuk kononnya: a. Mentakrifkan Pemohon sebagai mempunyai kultus pemimpin sehingga menyamakan kedudukan pemimpin yang bersifat batiniah, menyeleweng dan sesat walaupun Pemohon bukan orang perseorangan dan hanyalah entiti undang-undang yang tidak mampu mempunyai apa-apa pegangan akidah; b. mentakrifkan Pemohon sebagai mempunyai: i. ajaran, pegangan atau fahaman sesat berunsur batiniah; ii. kepercayaan dan ajaran; S/N J39Ro7iiTkq4tNHDuqwhRg c. Mengharamkan dan melarang, meskipun kuasa sebegitu tidak terletak dengan Responden-responden segala operasi, aktiviti, dan ajaran yang boleh membantu atau dikaitkan dengan Pemohon; d. Menyimpulkan cara operasi Pemohon sebagai bercanggah dengan ekonomi Islam walaupun Pemohon bukan di bawah bidangkuasa Responden-responden; e. Untuk dibawa ke dalam Mahkamah Tinggi untuk dibatalkan dengan serta-merta.
32
Analisis mahkamah ke atas relif-relif tersebut mendapati bahawa kedua-dua pemohon pada asasnya memohon deklarasi bahawa fatwa tersebut adalah melampaui Perkara 5, 8, 10 dan 11 dan Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan. Ia pada pandangan mahkamah mempunyai kesan secara lansung dalam mempertikaikan kesahihan fatwa tersebut dan membatalkannya. Ia secara jelas memohon mahkamah ini untuk membuat satu keputusan sama ada melalui perintah deklarasi ataupun certiorari bagi mengisytiharka bahawa fatwa tersebut adalah tidak sah dan tidak terpakai ke atas mereka.
33
Ini pada pandangan mahkamah adalah secara lansungnya memberi kesan ke atas intipati fatwa tersebut yang akan membuka mahkamah ini kepada perbincangan yang berada di luar bidangkuasa dan kepakaran mahkamah ini. Ini kerana ia bukan semata-mata satu isu berkaitan prosedur namun ia akan menyentuh secara lansung S/N J39Ro7iiTkq4tNHDuqwhRg bagaimana JFP mengkaji isu-isu yang berbangkit sebelum membuat keputusan mengeluarkan fatwa tersebut.
34
Kedua-dua pemohon turut memohon deklarasi bahawa GISB Holding Sdn Bhd yang merupakan sebuah syarikat, tidak boleh tertakluk kepada fatwa tersebut atau dengan kata lain ia hanya terpakai kepada individu yang beragama islam. Ini menjadi sabjek sepertimana yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes SIS Forum (2025) yang memutuskan: “[60] In any event, it is our view that the word 'profess' even in its widest sense can only be stretched so far as to denote 'a commitment to faith' - something only a natural person is capable of doing. It denotes the mental and spiritual acceptance of certain beliefs and utterance as well as adherence foremost to the Kalimah Syahadah and for practising Muslims, acts of worship via solat fardhu and solat sunnah, fasting in the month of Ramadhan as well as the performance of the Holy Pilgrimage (Hajj). Corporations are unable to do those things because they are not natural persons.”
35
Peguam kedua-dua Pemohon menghujahkan bahawa keputusan SIS Forum (2025) ini telah mengakaskan keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes SIS Forum (2024) dan menegaskan bahawa kesannya cabaran melalui semakan kehakiman ke atas proses membuat fatwa tersebut adalah dibolehkan kerana ia bukannya ke atas intipati fatwa tersebut.
36
Mahkamah berpandangan bahawa hujahan peguam adalah tidak selari dengan apa yang dipohon oleh mereka kerana relif yang dipohon adalah untuk fatwa tersebut tidak dikuatkuasakan ke atas GISB Holding Sdn Bhd. Perkara ini pada pemerhatian mahkamah adalah suatu yang tidak relevan sama sekali. Ini kerana fatwa tersebut hanya menyentuh kepada amalan yang dijalankan oleh GISB Holding Sdn Bhd yang dikatakan menyalahi ajaran Islam. Ia tidak dalam mana-mana keadaan mengatakan bahawa GISB Holding Sdn Bhd adalah sesat dan menyeleweng.
37
Ini berbeza dengan fakta dalam kes SIS Forum (2025) yang melibatkan Fatwa bertajuk Fatwa Pemikiran Liberalisme dan Pluralisme Agama yang dengan secara terang dan jelas menyatakan; “1. SIS Forum (Malaysia) dan mana-mana individu, pertubuhan, atau institusi yang berpegang kepada fahaman liberalisme dan pluralisme agama adalah sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam. ……..
4
Mana-mana individu yang berpegang kepada fahaman liberalisme dan pluralisme agama hendaklah bertaubat dan kembali ke jalan Islam.”
38
Asas keputusan Mahkamah Persekutuan adalah fatwa tersebut tidak boleh terpakai pada SIS Forum kerana ia bukan orang perseorangan dan tidak boleh ditafsir sebagai orang yang menganut agama Islam. S/N J39Ro7iiTkq4tNHDuqwhRg Fatwa hanya sah setakat terpakai pada orang perseorangan dan tidak sah kepada bukan orang perseorangan, termasuk SIS Forum. Dalam kata lain, ia hanya sah setakat dibaca dengan memotong perkataan-perkataan SIS Forum (Malaysia) dan perkataan-perkataan 'dan pertubuhan, atau institusi'.
39
Tun Tengku Maimun KHN (pada ketika itu) dalam penghakiman majoriti menyatakan dengan jelas seperti berikut: “[66] Thirdly, the performance of certain religious duties by a corporation on behalf of its Muslim members is not the same as saying that the corporation is a person professing the religion of Islam. We cannot therefore conclude that this payment of zakat by corporations should amount to saying that Islamic law can apply to corporations as persons professing the religion of Islam in the context of this case. [67] Thus, we agree with the appellants and the minority judgment of the Court of Appeal that the fatwa cannot apply to the first appellant as the first appellant, not being a natural person, is incapable of being construed as a person professing the religion of Islam. [68] We reiterate para. 1 of the Fatwa to the extent that it says, as follows:
1
SIS Forum (Malaysia) dan mana-mana individu, pertubuhan, atau institusi yang berpegang kepada fahaman liberalisme dan pluralisme agama adalah sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam. [69] We make no observation nor comment on the part of the paragraph that says 'fahaman liberalisme dan pluralisme agama adalah sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam' as we are in no position to do so. [70] However, consistent with the reasons stated above, we find that para. 1 of the Fatwa is only valid to the extent that it applies to natural persons (individu) and invalid to the extent that it applies to artificial persons including the first appellant. In other words, para. 1 is valid only to the extent that it is read by deleting the words: 'SIS Forum (Malaysia)' and the words: 'dan pertubuhan, atau institusi'.”
40
Oleh itu, mahkamah berpandangan bahawa keputusan Mahkamah Persekutuan tersebut adalah dalam fakta yang berbeza dan lansung tidak mengikat mahkamah ini. Sebaliknya, kedudukan undang-undang berkaitan ketidakbolehan mahkamah ini untuk menyemak perkara yang di luar bidangkuasanya sepertimana yang dinyatakan di bawah Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan adalah kekal dan relevan.
41
Selain itu, dalam kes SIS Forum (2025) fatwa yang dipertikaikan tersebut mempunyai kuat kuasa undang-undang yang jelas terjumlah sebagai arahan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia S/N J39Ro7iiTkq4tNHDuqwhRg Malaysia (SKMM) untuk mengambil tindakan terhadap pelantar-pelantar media sosial atau mana-mana orang yang mengikut atau menyebarluaskan pandangan-pandangan yang dikutuk oleh fatwa tersebut. Perkara ini pada pandangan Mahkamah Persekutuan melampaui bidang kuasa DUN Selangor kerana ianya adalah campur tangan terhadap undang-undang Persekutuan dan terhadap badan Persekutuan. Ini sama sekali bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
42
Perkara yang sama adalah tidak berbangkit dalam kes di hadapan mahkamah kini kerana jelas fatwa tersebut hanya sekadar menyentuh berkaitan segala ajaran, aktiviti dan apa sahaja yang boleh membantu GISB Holdings Sdn Bhd adalah dilarang dan berlanjutan itu orang Islam adalah dilarang mengamalkan ajaran, pegangan atau fahaman GISB Holdings Sdn Bhd termasuk mengadakan dan menghadiri ceramah, kelas pendidikan dan pembelajaran dan termasuk menyokong, mengembang dan meyebarkan kepercayaan tersebut.
43
Atas dasar ini sahaja mahkamah ini tidak teragak untuk merumuskan bahawa kedua-dua pemohon tidak sepatutnya dibenarkan untuk mencabar fatwa tersebut melalui permohonan sebegini dan mewajarkan mahkamah ini untuk menolak permohonan kebenaran.
44
Namun mahkamah turut mempertimbangkan hujahan Tuan PKP berkaitan ketidakbolehan mahkamah ini untuk digunakan bagi mencabar kuasa prerogatif ke bawah DYMM Tuanku Raja Perlis sebagai Ketua Agama dalam negeri Perlis. Ia dinyatakan dengan S/N J39Ro7iiTkq4tNHDuqwhRg jelas di bawah Perkara 6 Undang-undang Tubuh Kerajaan Perlis seperti berikut: Raja sebagai Ketua agama
6
(1) Ketua agama bagi Negeri ialah Raja dan Raja boleh memerintah supaya dibuat undang-undang untuk tujuan mengatur dan menubuh sebuah majlis yang dinamakan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu bagi membantu dan menasihat Baginda di dalam segala perkara yang berkaitan dengan agama Negeri dan adat istiadat Melayu.
2
Dengan tidak menghiraukan adanya Jemaah Pemangku Raja atau Pemangku Raja di dalam Negeri dengan sebab Raja telah dilantik menjadi ataupun menjalankan tugas Yang di-Pertuan Agong maka Raja hendaklah terus menjalankan tugas sebagai Ketua agama Negeri.
3
Sebagai Ketua agama Negeri, Raja hendaklah, menurut syarat Perlembagaan Persekutuan, memberi kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong bagi mewakilinya di dalam apa-apa perbuatan, adat istiadat atau upacara mengenai agama Islam yang dengan persetujuan Majlis Mesyuarat Raja-Raja kena diikuti di dalam Persekutuan semua sekali.
45
Berdasarkan seksyen 48 Enakmen 4/2006, sesuatu fatwa hanya boleh diwartakan selepas ianya mendapat perkenan Duli Tuanku Raja Perlis yang memerlukan Majlis untuk memaklumkan kerajaan negeri. Peruntukan tersebut diperturunkan seperti berikut: S/N J39Ro7iiTkq4tNHDuqwhRg Tatacara pembuatan fatwa
48
(1) Sebelum Jawatankuasa Fatwa membuat fatwa, Mufti boleh menyebabkan supaya kajian atau penyelidikan dijalankan sebagaimana yang diarahkan olehnya dan kertas kerja disediakan.
2
Apabila Jawatankuasa bercadang hendak membuat fatwa Mufti hendaklah memanggil suatu mesyuarat Jawatankuasa Fatwa bagi maksud membincangkan fatwa yang dicadangkan itu.
3
Selepas fatwa disediakan oleh Jawatankuasa Fatwa, Mufti hendaklah, bagi pihak dan atas nama Jawatankuasa Fatwa, mengemukakan fatwa yang disediakan itu kepada Majlis.
4
Majlis boleh, selepas menimbang teliti fatwa itu, membuat syor kepada Duli Yang Maha Mulia Raja Pemerintah untuk mendapatkan perkenannya bagi pewartaan fatwa itu.
5
Syor yang dibuat di bawah subseksyen (4) hendaklah disertakan dengan memorandum penjelasan dan ulasan daripada Majlis jika Majlis berpendapat penjelasan dan ulasan itu perlu.
6
Apabila fatwa itu telah diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Raja Pemerintah, Majlis hendaklah memaklumkan S/N J39Ro7iiTkq4tNHDuqwhRg Kerajaan Negeri tentang fatwa itu dan selepas itu hendaklah menyebabkan fatwa itu disiarkan dalam Warta.
7
Sesuatu fatwa yang disiarkan dalam Warta hendaklah disertakan dengan pernyataan bahawa fatwa itu dibuat di bawah seksyen ini.
8
Sesuatu fatwa hendaklah disiarkan dalam bahasa kebangsaan dalam tulisan Rumi, tetapi teks fatwa itu dalam tulisan Jawi boleh juga disiarkan.
9
Apa-apa pernyataan yang dibuat oleh Jawatankuasa Fatwa tidak boleh diambil sebagai fatwa melainkan jika pernyataan itu disiarkan dalam Warta menurut subseksyen (6).
46
Peruntukan tersebut adalah jelas menunjukkan bahawa fatwa tersebut adalah tertakluk kepada prerogatif DYMM Tuanku Raja Perlis dan mahkamah berpandangan bahawa ianya tidak boleh dibenarkan untuk dipertikaikan oleh mahkamah ini.
47
Dalam kes Sulaiman bin Takrib v Kerajaan Negeri Terengganu (Kerajaan Malaysia, intervener) and other applications [2009] 6 MLJ 354, ia melibatkan fatwa yang dikeluarkan oleh kerajaan Terengganu dan Mahkamah Persekutuan menyatakan dalam penghakimannya seperti berikut: “[102] The fatwa under discussion was in fact published in the Gazette although under the AIRA 1986 a fatwa need not be published in the Gazette. Reading from the government Gazette S/N J39Ro7iiTkq4tNHDuqwhRg of the state of Terengganu of 4 December 1997 which is, again, already reproduced in the judgment of my learned Chief Justice, and pursuant to ss 25 and 26(3) of the AIRA 1986, it is clear that the publication of the fatwa was done on the direction of the DYMM Sultan. In effect therefore, it is made by DYMM Sultan on the advice of the Fatwa Committee. I read the Fatwa Committee in this respect as only an advisor to the Sultan. We must not forget that the DYMM Sultan is the head of the religion of Islam in the state of Terengganu as declared and set forth in the laws of the constitution of the state of Terengganu (see s 3 of the AIRA 2001)...”
48
Kes Sulaiman Takrib (supra) bagi pandangan mahkamah sangat berkait dengan kes di hadapan mahkamah kini kerana Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa fatwa adalah prerogatif DYMM Sultan termasuk untuk mengarahkan fatwa disiarkan, walaupun di bawah seksyen 26(3) Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam 1986, menyatakan penerbitan fatwa dalam Warta adalah tidak wajib. Ia selari dengan keperluan di bawah seksyen 48 Enakmen 4/2006 bahawa sesuatu fatwa hanya boleh diwartakan selepas ianya diperkenan oleh DYMM Tuanku Raja Perlis. Dengan kata yang lain, perkenan DYMM Tuanku Raja Perlis adalah pra-syarat dan syarat wajib sebelum fatwa boleh disiarkan secara sah dalam warta.
49
Mahkamah berpandangan bahawa pra syarat tersebut bukanlah satu tindakan mekanikal di peringkat DYMM Tuanku Raja Perlis. Namun ia melibatkan pertimbangan yang dimulai seawal arahan diberikan kepada JFP untuk menyediakan sesuatu fatwa berkaitan apa-apa persoalan hukum syarak. Selepas sesuatu fatwa disediakan, ia perlu S/N J39Ro7iiTkq4tNHDuqwhRg dipersembahkan untuk diperkenankan sebelum diwartakan. Selagi mana ini tidak berlaku, maka fatwa tersebut tidak mempunyai kuatkuasa undang-undang.
50
Apa yang diperlukan oleh undang-undang bukanlah suatu proses biasa namun ia bertujuan untuk mengukuhkan institusi DiRaja sebagai penaung dan Ketua Agama Islam di negeri Perlis. Ia adalah tindakan penting yang mempunyai kesan mengubah suatu deraf fatwa menjadi satu fatwa yang mengikat setiap orang Islam di negeri Perlis sebaik sahaja ia disiarkan dalam Warta.
51
Selain itu, memperkenankan sesuatu fatwa adalah merupakan satu kuasa prerogatif DYMM Tuanku Raja Perlis sebagai Ketua Agama Islam yang berbeza dengan fungsi legislatif DYMM Tuanku Raja Perlis dalam memperkenankan sesuatu Rang Undang-undang. Ini kerana ia merupakan satu proses untuk menjadikan sesuatu Rang Undang-undang tersebut diwarta dan dikuatkuasakan. Jika dalam tempoh 30 hari sesuatu Rang Undang-undang tersebut tidak diperkenankan, maka berdasarkan Perkara 62(2A) dan (2B) Undang-undang Tubuh Kerajaan Perlis, sesuatu Rang Undang-undang itu disifatkan telah diperkenankan oleh DYMM Tuanku Raja Perlis.
52
Sehubungan dengan itu, mahkamah ini merumuskan bahawa ia menunjukkan bahawa mahkamah ini tidak mempunyai bidangkuasa untuk mengkaji semula fatwa tersebut memandangkan fatwa tersebut dibuat menurut prerogatif DYMM Tuanku Raja Perlis. Ia menjadikan mahkamah ini tiada bidang kuasa untuk mendengar dan menentukan pertikaian terhadapnya.
53
Atas dasar pertimbangan ini, mahkamah merumuskan bahawa permohonan kebenaran di Kandungan 1 adalah ditolak. Bertarikh: 9hb. April, 2026 (DATUK MOHAMAD ABAZAFREE BIN MOHD ABBAS) Hakim Mahkamah Tinggi Malaya Kangar, Perlis. S/N J39Ro7iiTkq4tNHDuqwhRg Pihak-Pihak: Bagi Pihak Pemohon : Encik Zulfikri Bin Ulul Azmin Peguam Bela & Peguam Cara Tetuan Zulfikri Ulul Azmi, Sh. Mahanom & Co Lot 366, Tingkat 1, Wisma Watan Jalan Sultan Yahya Petra 15150, Kota Bharu Kelantan Bagi Pihak Responden : Encik Ahmad Hanir Bin Hambaly @ Arwi bersama Encik Mohammad Solehheen Bin Mohammad Zaki Jabatan Peguam Negara 45, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya Tarikh Keputusan : 16hb Januari, 2026 S/N J39Ro7iiTkq4tNHDuqwhRg Undang-Undang Yang Dirujuk : Perlembagaan Persekutuan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perlis Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Perlis) 2006 (Enakmen 4/2006) Kes-Kes Yang Dirujuk : Kanawagi a/l Seperumaniam v. Dato’ Abdul Hamid bin Mohamad [2004] 5 MLJ 495 Peguam Negara Malaysia v. Nurul Izzah bt Anwar & Ors [2017] 4 MLJ 656 Peguam Negara Malaysia v. Chin Chee Kow (as secretary of Persatuan Kebajikan dan Amal Liam Hood Thong Chor Seng Thuan) [2019] 1 MLJ 307 Amal Liam Hood Thong Chor Seng Thuan) [2019] 1 MLJ 307 Messrs Tai Choi Yu & Co, Advocates (suing as a firm and Tai Choi Yu as sole proprietor) v. Arifin bin Zakaria & Anor [2020] 5 MLJ 207). Kijal Resort Sdn Bhd v. Pentadbir Tanah Kemaman & Anor [2016] 1 MLJ 544 WRP Asia Pacific Sdn Bhd v. Tenaga Nasional Bhd [2012] 4 MLJ 296 Tang Kwor Ham & Ors v. Pengurusan Danaharta Nasional Bhd & Ors [2006] 5 MLJ 60 Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Hj Abdul Razak v Attorney General & Ors [2020] 3 MLJ 114 S/N J39Ro7iiTkq4tNHDuqwhRg QSR Brands Bhd v Suruhanjaya Sekuriti & Anor [2006] 2 CLJ 541 WRP Asia Pacific Sdn Bhd v. Tenaga Nasional Bhd [2012] 4 MLJ 296 Syarifah Nooraffyzza Wan Hosen v. Director of Jabatan Agama Islam Sarawak & Ors [2018] 3 CLJ 620 SIS Forum (Malaysia) dan lain-lain lwn Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor dan lain-lain [2024] 1 MLJ 67 Dalip Kaur v Pegawai Polis Daerah, Balai Polis Daerah, Bukit Mertajam & Anor [1992] 1 MLJ 1 Mohamed Habibullah bin Mahmood v Faridah bte Dato Talib [1992] 2 MLJ 793 Sukma Darmawan Sasmitaat Madja v Ketua Pengarah Penjara, Malaysia & Anor [1999] 2 MLJ 241 Rosliza bt Ibrahim v Kerajaan Negeri Selangor & Anor [2021] 2 MLJ 181 Latifah bte Mat Zin v Rosmawati bte Sharibun & Anor [2007] 5 MLJ 101 AJS v. JMH & Another Appeal [2022] 1 CLJ 331 Indira Gandhi a/p Mutho v Pengarah Jabatan Agama Islam Perak & Ors and other appeals [2018] 1 MLJ 545 Dahlia Dhaima bt Abdullah v Majlis Agama Islam Selangor and another appeal [2025] 1 MLJ 374 SIS Forum (Malaysia) & anor v Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor & ors [2025] 7 CLJ 179 SIS Forum Malaysia v Kerajaan Negeri Selangor, Majlis Agama Islam Selangor (Intervener) [2022] 3 CLJ 339 Sulaiman bin Takrib v Kerajaan Negeri Terengganu (Kerajaan Malaysia, intervener) and other applications [2009] 6 MLJ 354
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.