Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET JENAYAH JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR KES NO : 83D-4133-11/16 ANTARA PENDAKWARAYA
83D-4133-11/16
Magistrates Court of Malaysia12 Jul 2017
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET JENAYAH JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR KES NO : 83D-4133-11/16 ANTARA PENDAKWARAYA
3
AMIRA BINTI ABDULLAH ALASAN PENGHAKIMAN PENDAHULUAN Tertuduh dalam kes ini telah dituduh di mahkamah pada 21/11/2016. Perbicaraan dijalankan dan di akhir kes Pendakwaan, mahkamah mendapati pihak Pendakwaan gagal membuktikan satu kes prima facie ke atas OKT 2 dan OKT 3 dan kedua-dua OKT dilepaskan dan dibebaskan tanpa perlu membela diri. OKT 1 dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA) memandangkan waran tangkap ke atas OKT telah gagal dilaksanakan sejak ianya dikeluarkan pada 21/05/2017 dan wang jaminan ke atasnya 2 dilucutkan hak. Pendakwaan kemudiannya telah memfailkan rayuan ke atas keputusan Mahkamah. Pertuduhan Pindaan “Bahawa kamu bersama-sama pada 16/11/2016 jam lebih kurang 6.00 petang di rumah alamat No. 9, Jalan Rawa 9, Taman Perling 81200 Daerah Johor Bahru Dalam Negeri Johor telah didapati memiliki dadah berbahaya jenis Methamphetamine berat bersih 12.89 gram dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan dibawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A (1) Akta yang sama dan dibacakan bersama di bawah Seksyen 34 Kanun Keseksaan” Pihak pendakwaan telah memanggil seramai 5 orang saksi yang terdiri daripada: SP1 : Insp Noor Fairoz Hisham Bin Esah (pegawai tangkapan) SP 2 : L/Kpl Mohamad Firdaus Bin Abdul Sani (anggota polis mengendalikan barang kes) SP 3 : Puan Siti Zubaidah Binti Hanapi (Ahli Kimia) 3 SP 4 : Kpl/W Nik Aslinda Binti Nik Ramli (penjaga stor) SP 5: Sjn Khairol Anuar Bin Zainudin (pegawai penyiasat) RINGKASAN FAKTA KES. Pada 16 November 2016 jam lebih kurang jam 6.00 petang, SP1 iaitu Pegawai Tangkapan bersama 14 lagi anggota polis daripada IPD Johor Bahru Utara telah pergi ke sebuah rumah beralamat No.9, Jalan Rawa 9, Taman Perling, 81200 Johor Bahru, Johor setelah mendapat maklumat daripada orang awam berkenaan . Setibanya di sana, SP1 mendapati pintu pagar tidak berkunci dan terus masuk ke kompaun rumah. Pintu hadapan bertutup tetapi tidak berkunci lalu SP1 telah mengetuk pintu dan memanggil serta memperkenalkan diri sebagai pegawai polis. OKT1 kemudiannya telah membuka pintu tersebut. SP1 keluarkan kad kuasa dan memberitahu “kami polis” dan arahkan untuk membuat pemeriksaan di dalam rumah. Selepas dibuat pemeriksaan ke atas OKT 1 tidak menjumpai apa-apa barang salah cuma OKT 1 ada memberitahu bahawa beliau merupakan tuan rumah. Kemudian, SP1 bersama anggota serbuan telah masuk ke dalam rumah dan mendapati OKT2 dan OKT3 sedang makan di meja rendah yang terletak di ruang tamu. Pemeriksaan badan telah dilakukan terhadap OKT2 dan OKT3 tetapi tiada apa-apa barang salah dijumpai. Pemeriksaan telah dibuat di dalam rumah tersebut sambil diperhatikan oleh kesemua OKT dan telah menjumpai (1) peket plastik lutsinar di dalamnya disyaki 4 mengandungi dadah jenis syabu anggaran berat kasar 19.34 gram di atas lantai berhampiran dengan meja tersebut. SP1 telah merampas semua barang kes dadah tersebut dan ketiga-tiga telah ditangkap untuk dibawa ke IPD Johor Bahru Utara bagi siasatan lanjutan. KEPUTUSAN DAN DAPATAN MAHKAMAH Pada peringkat ini, beban pembuktian adalah oleh pihak pendakwaan untuk membuktikan kes prima facie terhadap kesemua OKT. Mahkamah wajib meneliti serta menilai keterangan saksi-saksi pendakwaan secara maksimum. Sekiranya mahkamah tidak bersedia untuk mensabitkan kesemua OKT dengan pertuduhan yang dihadapkan kepada kesemua OKT jika kesemua OKT dipanggil untuk membela diri, dan kesemua OKT memilih untuk berdiam diri, maka tiada kes prima facie telah dibuktikan [PP v Mohd Radzi bin Abu Bakar (2006) 1 CLJ 457 dan Balachandran v PP
2005
1 CLJ 85]. Di dalam kes Looi Kow Chai & Anor v PP (2003) 2 AMR 89, mahkamah rayuan telah mengikuti keputusan kes Arulpragasan a/l Sandaraju v PP (1997) 1 MLJ 1, dan memutuskan antara lain bahawa jika di dalam suatu kes terdapat salah satu daripada dua perkara berikut, prima facie tidak dibuktikan: 5 Terdapat lompang dalam kes pendakwaan [Abdullah Zawawi v PP
1985
2 MLJ 16] Keterangan memberikan/membenarkan lebih dari satu inferens dibuat [PP v Kasmin bin Soeb (1974) 1 MLJ 230] Setelah membuat penilaian secara maksimum terhadap kesemua keterangan saksi pendakwaan, dah setelah meneliti hujahan pihak pendakwaan dan pembelaan, mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan satu kes prima facie terhadap OKT 2 dan OKT 3. Alasan-alasan adalah seperti berikut: Pihak pendakwaan gagal membuktikan bahawa OKT 2 dan OKT 3 mempunyai milikan terhadap exhibit dadah tersebut. Bagi mewujudkan suatu kes prima facie terhadap OKT di atas pertuduhan memiliki dadah, pihak pendakwaan haruslah terlebih dahulu membuktikan bahawa tertuduh mempunyai milikan, kawalan dan pengetahuan ke atas dadah tersebut. Di dalam PP v Muhamad Nasir bin Shaharudin & Anor [1994] 2 MLJ 576, maksud milikan/possession diterangkan secara berikut: untuk membuktikan milikan, adalah perlu untuk membuktikan bahawa OKT mempunyai pengetahuan terhadap dadah itu, dan mempunyai kawalan atau jagaan terhadap dadah tersebut. 6 Di dalam kes PP v Mohd Farid bin Mohd Sukis & Anor [2002] 3 MLJ 401, mahkamah memutuskan pembuktian elemen milikan adalah seperti berikut: Therefore, in order to prove possession, the prosecution must prove that there is first, physical control over the controlled drug and second, knowledge of the existence of the thing itself, that is the existence of the controlled drug, but not the name or nature of the drug. SP1 melalui keterangannya ada menyatakan bahawa OKT 1 adalah orang yang membuka pintu rumah dan mengaku bahawa beliau adalah tuan rumah yang diserbu. OKT 2 dan OKT 3 telah ditahan semasa sedang makan di ruang tamu di dalam rumah tersebut di mana dadah telah dijumpai. Tempat di mana barang kes dijumpai juga bukan di bawah kawalan dan jagaan OKT 2 dan 3 kerana pemilik sebenar adalah merupakan OKT pertama yang mana fakta ini didapati melalui keterangan OKT semasa serbuan dan juga dokumen cukai pintu yang tertera nama OKT 1 sebagai pemilik. Mahkamah mendapati adalah tidak memadai bagi pihak pendakwaan dengan hanya membuktikan bahawa dadah tersebut telah dijumpai berhampiran OKT 2 dan OKT 3 iaitu di atas lantai bahagian bawah meja makan yang sedang diduduki oleh OKT 2 dan OKT 3 maka kedua-dua OKT tersebut dikatakan mempunyai kawalan dan pengetahuan berkenaan dadah tersebut. Dapatan Mahkamah ini disokong oleh fakta 7 bahawa barang kes bukannya boleh dilihat secara terang-terangan sebaliknya dijumpai di bawah meja. Oleh yang demikian, Mahkamah mendapati bahwa OKT 2 dan OKT 3 tidak mempunyai pengetahuan dan kawalan terhadap dadah yang dirampas. PP V ARIS BIN YUNUS 1989 1 CLJ 239 Held:
3
The essential element which the prosecution had to establish against the accused was in possession of these drugs and possession has to be established by evidence.
4
Mere possession in premises does not make the person present an occupier as there must be a sufficient exclusivity of possession to make a person an occupier.
5
In the present case the totality of the prosecution evidence only went to show that when the house was raided the accused and Rusly were found present inside and there was no evidence to show one or the other was in occupation of the premises.
6
In the circumstances the accused was acquitted without being called upon to enter upon his defence. Pihak Pendakwaan juga gagal membuktikan bahawa OKT 2 dan OKT 3 tinggal bersama-sama dengan OKT 1 di dalam rumah tersebut kerana tiada sebarang barangan peribadi kepunyaan OKT2 dan OKT3 atau apa-apa sahaja bukti yang boleh mengesahkan bahawa OKT 2 dan OKT 3 tinggal di situ dijumpai sewaktu serbuan. 8 Mahkamah juga merujuk kepada kes PP v Tan Tuan Seng [1993] 2 CLJ 557 bahawa untuk menggunapakai Sek 37(d) bagi membuktikan milikan, pihak pendakwaan mestilah membuktikan bahawa tertuduh mempunyai exclusive custody or control terhadap dadah yang dijumpai. Di dalam kes Toh Ah Loh dan Mak Thim v Rex, mahkamah di dalam kes tersebut telah memutuskan bahawa beban pembuktian adalah pada pihak pendakwaan untuk membuktikan bahawa OKT mengetahui bahawa terdapat dadah di dalam rak plastik tersebut. Sekiranya ini dapat dibuktikan, barulah pihak pendakwaan boleh menggunapakai Seksyen 37(d), di mana seksyen ini dapat menimbulkan tanggapan bahawa OKT memiliki dadah tersebut dan tahu bahawa dadah itu adalah Cannabis. Sekiranya OKT 2 dan OKT 3 menyewa, sudah pasti pihak Pendakwaan akan mengemukakan dokumen sewaan premis tersebut di Mahkamah namun ini telah gagal dilakukan. Oleh yang demikian, Mahkamah mendapati bahawa OKT 2 dan OKT 3 sememangnya tidak mempunyai kawalan sepenuhnya ke atas dadah yang dijumpai memandangkan mereka bukan menyewa atau tinggal di premis serbuan. Di samping itu juga, terdapat percanggahan terhadap identiti barang kes apabila pengecaman gambar oleh SP2 yang menyatakan P6 bukan brg kes sedangkan SP5 menyatakan ianya adalah brg kes. Wujud keraguan dalam rantaian barang kes yang material bagi di pihak pendakwaan dan mahkamah mendapati percanggahan yang ketara ini tidak dapat dijelaskan dengan kukuh oleh saksi-saksi pendakwaan. 9 Atas alasan-alasan seperti di atas ini sahaja Mahkamah mendapati pihak Pendakwaan telah gagal membuktikan kes pendakwaan pada tahap prima facie (maximum evaluation of evidence). Maka dengan itu OKT 2 dan OKT 3 dilepaskan dan dibebaskan tanpa mengarahkannya untuk membela diri. Disediakan Oleh,
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.