Mahkamah mendapati bahawa kedua-dua pihak, Plaintif dan Defendan, dianggap telah melepaskan (waived) klausa kontrak yang menetapkan Defendan perlu berkhidmat minimum 2.5 tahun, apabila Defendan menghantar notis bertarikh 20.12.2025 dan Plaintif menerimanya. Terdapat keterangan jelas bahawa Plaintif yang mempunyai pengetahuan penuh mengenai keperluan tempoh perkhidmatan minimum Defendan, secara sukarela, melalui tindakannya yang secara tersurat dan tersirat, telah secara konsisten didapati bersetuju menerima notis itu dan bertindak terhadapnya, di mana Defendan hanya perlu menamatkan perkhidmatan selepas 3 bulan notis tersebut berkuat kuasa. Dapatan ini dibuat berdasarkan keterangan-keterangan berikut: a. Komunikasi Whatsapp yang dihantar oleh SP1 kepada SD1 dan Defendan bertarikh 2.1.2023 (muka surat 104 dan 117 hingga 119 Ikatan B) di mana SP1 menyatakan: “B) dr Joyce U have resigned n gave 3 months notice and we expect that u r working each day at the clinics or we discuss our plans with you” (muka surat 104 dan 117 Ikatan B) “3) depending on BDsb biz schedule, either u r required to work full time in BDsb or partly BDsb & partly NBDsb as u have 1 day balance leave according to HR records for the next 3 months or mutual consent to end early” (muka surat 119 Ikatan B) b. SP1 bersetuju dengan cadangan peguamcara Defendan semasa pemeriksaan balas bahawa: “Q: Agree, alright. So what that means, therefore, Dr. Joyce is still required to come back and serve a 3 month notice, correct? Cannot hear, sorry. Dr. Joyce, therefore, can still come back and serve a 3 month notice, correct? 10 A : Yes”